........... Usul Tidak Percaya Kepada PM .... Adakah SAMA Dengan Usaha Menjatuhkan Kerajaan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Usul Tidak Percaya Kepada PM .... Adakah SAMA Dengan Usaha Menjatuhkan Kerajaan ?

Saturday, August 15, 201561comments

Bila Tmbalan PM membuat satu tuduhan, pastinya ada isi, bukan tin kosong. 

"Saya dapat maklumat ada usaha untuk gulingkan kerajaan sedia ada yang sedang dilakukan dan didalangi oleh tokoh-tokoh tertentu.

"Terdapat usaha mendapatkan SD di kalangan ahli parlimen pembangkang dan juga (usaha) untuk menarik ahli parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan melalui pintu belakang," - Mkini.
  
"Peguam sedang menyediakan memorandum tujuh muka surat dengan kertas kuning dilampirkan dengan SD untuk dibentangkan menyatakan bahawa mereka mempunyai suara majoriti.

"Ini akan membawa kepada pergolakan politik negara. Mereka tidak sanggup menunggu pilihan raya akan datang, mereka mahu menggunakan cara pintu belakang," 


Memorandum berkertas kuning dan Akuan Bersumpah untuk menumbangkan kerajaan ? 

Muhyidin yang menjawab tuduhan itu ( sekiranya ada yang kaitkan namanya dengan usaha itu ) berkata - 
 
"Saya tidak akan cuba menjatuhkan kerajaan. Bodohlah saya nak jatuhkan kerajaan yang saya bantu dan terlibat," - Mkini.



Cakap2 mengenai usul Undi Tidak Percaya ni dah lama tersebar. Malahan Tun Mahathir sendiri pernah melontarkan idea ini semasa program Bicara Negarawan di mana Tun berkata -

“Sebenarnya Parlimen boleh menjatuhkan Najib dengan mengusulkan undi tidak percaya kepadanya.

“Tetapi ahli UMNO bukan majoriti dan terpaksa mendapatkan sokongan daripada ahli Barisan Nasional,”
Menjatuhkan atau menukar Najib sebagai PM dengan orang lain itu biasalah, hampir semua orang bercakap tentang itu. Tapi saya tidak pernah dengar sebarang usaha atau cakap2 mengenai usaha mahu menjatuhkan kerajaan ! Melainkan parti pembangkang ......

JUST FOR THE SAKE OF DISCUSSION ..... apakah boleh disamakan usaha untuk menjatuhkan Najib melalui undi tidak percaya dengan usaha menjatuhkan kerajaan ?

Setakat nak tukar PM jer ..... sebab rakyat tak puas hati dengan cara Najib. Boleh kan ? Kita bukan nak tukar kerajaan. Kita masih mahu kerajaan BN cuma PM jer ditukar dengan orang lain. 

Mengikut Perkara 43 - Jemaah Menteri -  fasal 4 -

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. ( KLiK )


Apa yang saya fahamkan, perlembagaan membenarkan PM ditukar. Tak perlu tukar kerajaan pun, MELAINKAN PM yang tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen itu mahu mengheret sama kerajaan, maka beliau boleh meminta perkenan Agong supaya Parlimen dibubarkan.
Pendek kata - TIDAK SALAH jika ada usaha mahu menukar PM melalui undi tidak percaya. 

Mungkin pakar undang2 dapat memberi penjelasan yang lebih tuntas dalam soal ini.

Sebaiknya Umno yang buat perubahan ini. Jangan sampai berlaku ke tahap Parlimen sebab jika ia berlaku, ia bakal memberi gambaran negatif terhadap Umno. Seolah Umno akur dan sokong PM yang tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. 

Jika Umno yang bertindak terlebih dahulu, mungkin rakyat akan masih beri peluang kepada Umno kerana rakyat akan melihat Umno masih mewakili suara rakyat.

Terserahlah pada ahli2 Umno ..... rakyat sudah dan sedang bersuara ketika ini. Nak mengikut arus atau menongkah arus rakyat ?

Share this article :

+ comments + 61 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 5:46 PM

Kalau usul tidak percaya disamakan dengan menumbangkan kerajaan, maknanya Perlembagaan Malaysia membenarkan kita tumbangkan kerajaan la ye? Ataupun ia memang dari mula lagi dirangka untuk mengelakkan mana2 PM yang lemah lagi bahlol daripada menjahanamkan lagi negara?

Apa2 pun, tolong jangan beri peluang si Suharto Jr ni jadi PM.

Oh ya, betul ke Mat Maslan dapat cek RM2 juta? Bukan menuduh, sekadar bertanya je ye.

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 6:08 PM

Saja nak provoke tu utk senang ambil tindakan displin. 3 serangkai yg kena pecat berhati2 lah.
Bila nak dengar betul2 isu yg berkaitan Najib ni diluahkan di prngkt bahagian. Seolah2nya tidak ada perkara besar pun berlaku. Mungkin ahli Umno tgah khusyuk main hp masa perbahadan usul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 6:11 PM

Rakyat telah beri kepercayaan kpd beliau utk mentadbir. Apa yg rakyat mahu adalah satu sistem pentadbiran yg bijak dan membina negara serta memberi manafaat kpd rakyat. Apa jadi kpd kepercayaan itu?
Oleh kerana tindakan kurang bijak jemaah menteri serta kelemahan ketuanya maka rakyat menjadi lemas. Sudah tentu rakyat tidak mahu corak pemerintahan yg lemah hingga gagal menjawab setiap isu2 yg timbul walaupun ianya remeh dan semudah abc....
Bila rakyat menuntut agar bertanggungjawab,rakyat pula d persalahkan malah dgn pelbagai benteng kuasa d gunakan utk pertahankan kesilapan mereka. Ini bukan pibg sekolah rendah,ini adalah negara yg terbina oleh rakyat yg penghuninya. Salah kah rakyat bersuara? Yg paling utama rakyat tidak pernah berhasrat menumbangkan kerajaan.
Menumbangkan kerajaan bermaksud menggantikan keseluruhan pemimpin yg ada dgn yg baru. Ada rakyat minta? TIDAK.

RAKYAT CUMA MAHU PERDANA MENTERI D TUKAR KERANA BELIAU TELAH MEMBAWA PELBAGAI KEMUSNAHAN KPD SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA TERMASUK EKONOMI.
Jelas dan terangkan?
Menukar dari tak baik kpd lebih baik itu salah atau tidak?

Selamat bersara!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 6:52 PM

aku berpendapat menggulingkan PM dengan menggulingkan kerajaan adalah dua perkara yang berbeza. oleh kerana Zahid mungkin takut dengan bayang bayang sendiri berfikiran kedua duanya sama. mana lebih baik diantara menggulingkan PM diparlimen maupun kabinet dengan meggulingkan PM dijalanan? mungkin menteri kabinet, demi mempertahankan kerusi selesa dengan PM, tapi bagaimana pula rakyat? mana yang sepatutnya didahulukan diantara mengikut kata PM atau memenuhi permintaan rakyat yang mengundi mereka dan seterusnya menempatkan mereka dikerusi empuk yang mereka duduki sekarang?

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
August 15, 2015 at 7:10 PM

Dulu=kami mahu PM baru tp yg dpt TPM baru.
Sekarang=kami mahu PM &TPM baru boleh kah dapat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 7:17 PM

Ini satu TPM yang tak pakai otak,banyak pikir pakai kepala lutut. Org2 Malaysia dah muak dgn Najib dan kabinet 1MDB nye. Tanya soalan kat Pm sampai la ni tak jawab2, MP kerajaan pun dah naik cuak kat Najib. Yeop, pakai akal sikit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 7:24 PM

Bro Din,

Kalau AjibGo turun, pemangku presiden (TSMY) selaku pemangku pengerusi BN akan mengadap Agong utk perkenan perlantikan PM baru. Dalam perlembagaaan rasanya tak tertulis TPM kot (betul kan kalau silap) secara automatik jadi PM. Jadi, DSZH utk jadi PM secara laluan ekspress nampaknya agak kelam. Jadi, Ajibgo mesti dipertahan sehingga 18 bulan akan datang dimana DSZH akan assume Timbalan Presiden.

Dengan mematikan karier DSSA (orang Sabah bah..), maka dengan mudah H2O boleh jadi the highest rank punya VP Umno. Tu matematiknya.. Tapi DSZH harus ingat konvensen Jerai.. Nanti dimakan sumpah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 8:07 PM

Nampak sangat Zaid takut menjadi tpm Yg paling sengkat... Dia mencabar tokoh Yg dikatakan dalang nak jatuhkan kerajaan tp dlm masa Yg sama Zaid takut menyebut nama tokoh tersebut.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 8:13 PM

salam,
pandangan saya terhadap tpm zahid ni macam tong kosong, bukannya tin kosong. sejak isu syiah dalam pau yang lepas dan juga isu melayu semasa pemilihan, maka zahid ni boleh la dikatakan tong kosong untuk ahli umno yang suka dengar benda yang syiok sendiri, tapi tiada tindakan. kalu h2o hanya amaran, zahid ni tong kosong, sedap bunyi bila dipalu, tapi tarak apa dalam tindakan, sejuk sendiri.
boleh ke tukar kerajaan macam negara lain? apa ingat rakyat malaysia bodoh macam tpm zahid ke? nak tukar kerajaan tunggu pru la, tapi nak tukar pm tak perlu pru. masa tun lah tak ada pun ahjibgor bising kata tun lah pm yang dipilih oleh rakyat dan tak perlu turun dan kasi sama ahjibgor. pakat galak dok tekan tun lah lagi ada la. kasi lebih cepat letak jawatan. mereka ni cakap tak serupa bikin. saya fikir mereka perlukan duit banyak kerana mereka bayar untuk orang angkat dan julang mereka. tanpa bayaran, maka orang ni akan tinggalkan mereka terapung di udara. sakit tuh kau jatuh, gayat sentiasa kerana perlu bayar kat mereka yang dok angkat dan julang. tak boleh berdiri sendiri.
betul bro din, tpm zahid ni, tong kosong, bukan tin kosong. tong lebih besar dan kuat bunyinya berbanding tin yang kecil. sejuk la 4 hari lagi. tpm zahid pun tak bunyi dah isu ni. kasi gempak kerana ahli dok bising kat mesyuarat bahagian, kasi cool, alih isu. sekarang ni, kita rasa otak dan pemikiran kita setanding dengan menteri yang banyak maklumat tu dan banyak penasihat tu, kerana menteri la ni tak banyak dah dengar cerita menteri banyak membaca.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 8:23 PM

Menjatuhkan kerajaan?
Menggulingkan kerajaan?
Usul tak percaya menjatuhkan pemimpin kerajaan?
Sama ke, atau serupa tapi tak sama ke, atau memang serupa? Pakar perundangan kena jelaskan!

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 8:25 PM

Salam Bro Din

Rakyat pada keselurohannya hanya mahu PM di tukar dan ini sgt jelas bukannya kerajaan yg hendak digulingkan tetapi dlm kepala otak para menteri ini yg sama waktu dgn Najib pada mereka jika Najib di gulingkan bermakna jawatan2 mereka juga tergugat jadi menteri2 yg selama ini mempertahankan Najib sdg sedaya upaya utk menghalang parlimen dari mengadakan undi tak percaya pd Najib maka timbul lah kononnya ada plot utk menjatuhkan kerajaan dan dgn spin yg begini maka Najib boleh gunakan akta hasutan so actually mereka2 ini takut akan kedudokan mereka baik dlm kabinet dan parti jadi apa yg didakwa oleh Zahid ini adalah tidak benar dan tak masuk akal malah ia menjadikan rakyat tidak yakin pd kerajaan yg ada skrg.

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 8:33 PM

Baru tgk berita dsn reaksi wajah Zahid ketika menyebut konspirasi ini
Terus terang aku dapat kesan, Zahid dan juak2 pengampu cuba nak alih perhatian setiap mesyuarat bahagian sekarang dari membincang salah laku Najib dlm dua isu terbesar ini.
Sungguh hitam hati puak2 ni, semua ahli Umno 'dikerah' mempercayai konspirasi ini dan sebarang usul dan perbahasan akan hanya membincang konspirasi utk mngguling PM dan kerajaan sedia ada. Secara langsung jika ada sebarang perbahasan ttg 1MDB dan derma 2.6b, maka individu/perwakilan akan dianggap cuba mngkhianati PM, kerajaan dan Umno.

Zahid dan juak2 PM juga menggesa siasatan dijalankan segera
Bagaimana hasil siasatan draf waran tangkap Najib, dah siasat ke belum... Gani Patail yg segar bugar tak pasal dipecat atas alasan kesihatan

Naauzubillah min zalik..
Semoga ahli Umno dan pemimpin Umno yg berakal waras tidak akan tunduk dan terus berjuang utk kebenaran
Jam Najib terus berdetik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 8:35 PM

Si Jawa ni kemaruk teringin nak jadi Perdana Menteri bila nanti si Bugis pencen. Tak kan dia tak sedar keseluruhan rakyat Malaysia sudah reject Ah Jib Gor . Si Pahlawan Bugis pun tak 'adil'dengan menanggong PAU. Dia patut ambil fresh mandate al least from ahli ahli UMNO untuk sambung jawatan nya!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 8:55 PM

kalau korang nak tengok macamana mentaliti blongang/cytro najib.

korang tengok kat sini.

cytro najib bodoh sombong

memang patut la soalan/jawapan diorang selalu off tangent dan merapu.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 8:55 PM

Tengok muka Zahid mmg dia dan juak2 pengampu tgh merancang utk menutup mulut semua perwakilan Umno yg sdg bermesyuarat sekarang dari menyentuh atau mngupas sbarang hal ttg 1MDB
dan derma 2.6b
Pemimpin dan ahli akan'terperangkap' dgn mainan Zahid, dan hanya akan bertumpu mncari dalang konspirasi mnjatuhkan Najib dan kerajaan
Sesiapa yg tidak patuh akan dilabel pengkhianat dan perancang konspirasi tersebut
Sayangnya, puak pengampu ini sebenarnya sdg mmpercepatkan lagi 'pemergian' Najib
Sepatutnya, gelanggang ini mnjadi tmpat mreka membuat segala penafian di samping mengetengahkan pula bukti2 yg menunjukkan Najib tidak bersalah
Mmg patut pun, puak pembangkang melabel politik grup Najib sekarang cuma politik kangkung

Woi Zahid, dulu rakyat nak Najib je turun, sekarang kau pun boleh angkat beg sekali

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 9:27 PM

Saudara Din,perengan ke3 dari paparan anda dari bawah sangatlah baik sekali sekiranya ahli UMNO mengadakan persidangan,sama tergemparkah atau biasa bagi mencari kata putus atas pekara yang terfitnah atau sebaliknya bagi mendapatkan jawapan untuk kami rakyaat betul-betul faham apa yang terjadi.Buangkanlah unggkapan "mau BRIM lagi tak".Lepaskan sifat menugut itu.Baru cantik!.

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 9:28 PM

@adzzam adzzamya, saudara ada point. Mungkin zahid mahu halang suara yang dicetuskan Muhyiddin dari merebak ke mesyuarat bhg2 lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 9:36 PM

hahaha dari ahjibgor jadi ahjibgo
memang relevan hehe

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 9:55 PM

Bak katauhyidin bro din, bila ada yg label beliau pengkhianat...."kamu berhingus lagi, says dah ada dalam Umno

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 10:15 PM

Sorry aku tak maksudkan kau bro din....maknanya politik Zahid ni plotnya mudah dan kolot sgt

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 10:15 PM

Zahid tu sembang je lebih. Hari tu dia kata dia dah tahu sapa yg bersekongkol ngan pengganas kiram dan individu tersebut akan diambil tindakan. Tp sampai skrg, xda apa pun.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 10:30 PM

Itu diaaa!

Ku Li: Perlu tentera jika mahu 'guling kerajaan'
https://mmy.malaysiakini.com/news/308703

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 10:55 PM

kepada ALLAH aku pohonkan....
andai najib salah....hukumlah dia. seandainya ini semua fitnah.....ENGKAU hukumlah dengan sekeras2nya agar jadi peringatan.

menyampah ngan politik melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:04 PM

suka hati ko lah semua bahagian masih sokong najib kerana nak jaga periuk nasi masing2.Yang penting rakyat dah tak caya..mana lebih kuat ketua bahagian atau rakyat biasa macam aku ni..silap haribualan rakyat dah listkan mana ketua bahagian yg patut di singkir...tunggu ajela...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:17 PM

Najib Najib. Belit mengalahkan ular.

Anwar pun tabik lah si Najib nih. Seluar terlondeh pun boleh kona kiri kanan lagi. Ada pulak tu orang sokong dia.Power mamat nih.

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 11:40 PM

pd sy dia bercakap bukan utk kepentingan rakyat tp utk kepentingan pm dan sudah tentu utk diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 15, 2015 at 11:43 PM

1) Saya memang kurang berkenan dengan Menteri KDN yang juga bekas penyokong tegar Anwar ni kerana sejak beliau jaga KDN terlalu banyak isu berkaitan kelemahan keselamatan negara ini. Saya rasa Malaysia sudah tidak selamat lagi dijaga beliau.

2) Apa cara yang boleh dibuat lagi untuk menurunkan PM (yang banyak menyusahkan negara ini kerana terlibat dengan pelbagai skandal) selain daripada kedua2 wakil rakyat dari pihak kerajaaan dan pihak pembangkang bergabung membuat usul undi tidak percaya terhadap PM ?

3) Jika semua pemimpin UMNO takutkan Allah lebih daripada mereka takutkan Najib maka adalah lebih mudah jika mereka ini yang membuat usul menyokong perletakan jawatan Najib sebagai Presiden UMNO yang mana ini secara automatiknya menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan beliau sebagai PM dan Menteri Kewangan.

4) Persoalannya masih adakah pemimpin2 yang dilantik oleh rakyat yang benar2 beriman ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:55 PM

kalau nak guling kerajaan pun ada aku kesah?yang aku tahu kerajaan sekarang memerintah pun atas undi 48% rakyat malaysia saja.Tu pun mereka masih menang.Silap mata mengalahkan david copperfield.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 12:37 AM

Sistem demokrasi kita bukan melilih kerajaan dr jumlah keselurohan undi tp bilangan kerusi... Persoalan ni mudah sahaja... Semua ditangan ahli umno... Mudah bukan... Tak Perlulah tpm marah marah n cari kambing hitam...umno bukan milik pm tpm n panglima panglima nya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 12:48 AM

" Ini akan membawa kepada pergolakan politik negara. Mereka tidak sanggup menunggu pilihanraya akan datang, mereka mahu gunakan cara pintu belakang"...

Elok kita teliti betul2 kenyataan itu berdasarkan perkara lalu. Rasanya kita masih belum jumpa fakta 'Undi tidak percaya' ini salah dari segi undang2 perlembagaan Malaysia. Cuma perkara ini belum pernah berlaku dalam politik Malaysia. Betulkan saya jika silap.

"Saya tak akan benarkan"-ucapan TPM/KDN. Adakah menteri dalam negeri ini punyai kuasa bawah undang2 untuk menghalang mana2 ahli parlimen istihar diri mereka as bebas...?

Kenyataan diatas umpama meludah kelangit je. Sama seperti 'sembang deras' Najib yang beliau dipilih secara demokrasi untuk menjadi PM. Lihat & nilai semula apa yang pernah berlaku pada Pak Lah, kan beliau juga dipilih secara demokrasi then kenapa beliau diasak teruk agar letak jawatan...?

Sebab masa Pak Lah 2008 ini result PRU-12 sangat buruk ke? Pencacai Najib sure sangat akan kata "YES". So, adakah result PRU-13 bawah Najib lebih baik dari PRU-12 Pak Lah...?

Pencacai Najib akan kata zaman Pak Lah, ekonomi slow then ada campur tangan seorang budak tingkat 4 Putrajaya. So, lepas Najib ambilalih, adakah ekonomi kita lebih baik dari Pak Lah? Maybe sedikit yes but terbukti lebih banyak created hutang, lebih ramai budak2 tingkat 4 Putrajaya ada laa.

Pak Lah tidak pun melakukan suatu kesalahan yang terlalu besar or berat, tetapi diasak bertalu2. Akhirnya Pak Lah turun dengan aman & bermaruah. Kini asakan lebih teruk to Najib, bukan sahaja dari dalaman Umno but also dari rakyat marhain. Kenapa Najib tak boleh terima kenyataan...?

Maybe pakar perundangan boleh bahas berdasarkan fakta perlembagaan sama ada jika ada ahli parlimen istihar jadi wakil bebas then adakah ini satu KESALAHAN? Adakah itu atas tujuan nak JATUHKAN kerajaan?
Kita orang Melayu ini memang tak nak negara jadi huru-hara, tetapi pemimpin kita yang indirectly seolah mahukan itu berlaku semata-mata nak tutup salah mereka sendiri, nak selamatkan diri mereka sendiri. Kita hentam bukan sebab nak jatuhkan Umno/Melayu or kerajaan, kita nak mereka dengar sengsara kita ini. Jika benar pemimpin Umno ini Melayu sejati yang berpegang pada sumpahnya, maka lakukan la perkara-perkara ini utk redakan suasana politik Malaysia :-

1) Adakan Perhimpunan tergempar Umno dan adakan pemilihan semua peringkat jawatan.

2) All jawatan termasuk Presiden dipertandingkan tanpa perlu quota untuk layak bertanding. Ini boleh buktikan adakah anda dipilih secara demokrasi or menang tanpa tidak dibenarkan adakan pertandingan. Najib berani ke?

3) Bubarkan Parlimen then rakyat yang buktikan sama ada dakwaan Najib ini betul yang beliau dipilih oleh rakyat secara demokrasi...

Persoalan here bukan rakyat tak sanggup tunggu PRU-14 tetapi kami dah tak tertahan dengan suasana 'ikat perut' kami sedangkan pemimpin senang lenang buat itu buat ini. Janji itu, janji ini, kata rakyat miskin tak kena gst but maggie ini makanan kegemaran pak menteri ke. Yg tak kena gst ni them kot cos all almost percuma dari kejaan dan lain2 termasuk 'derma' dari timur tengah...

MUNAFIK...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 12:56 AM

che din...keris berayon x komen kew..sj tnye...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 12:56 AM

@AnonymousSi jawa kemaruk ini kalau di biarkan nanti dia akan keluar fatwa bahawa menukar PM atau Ah Jib Gor ibarat macam orang Islam tukar ugama atau Tuhan nanti, dan sesiapa yang bersubahat melakukan nya adalah MURTAD!!!
Bagi dia ni si Pahlawan Bugis adalah Tuhan nya!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 1:01 AM

Lbh baik perompak dr pembelot.
Tukar je krjaan dh muak dgn kerajaan sedia ada. Klau tukar najib pun line up kerajaan yg skrang cuma pentingkan diri sndiri. So bt pe kekalkan?? Kecawa gila dgn kj ada dia bersuara? Bertanya as org yg wakilkan org muda2? Ada? So? Korang nilaikan sendiri. Pape pun najib has to go, n tpm please.ya Allah please bg petunjuk yg terbaik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 1:21 AM

memang betul negara kita tak boleh nak undi PM .. tapi kalau pun kita boleh pilih PM... bukan senang nak turunkan seseorang PM tak kiralah kat negara mana pun. Negara demokrasi totok US pun belum tentu rakyatnya boleh turunkan presiden kalau presidenya jenis tak paham bahasa dan agak bangang dengan kehendak rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 2:53 AM

Saudara din
Saya amati komen2 diruangan ni banyak yg lebih waras dan bernas berbanding ucapan tpm. Sedarkah TPM bahawa berjawatan TPM tak mesti mencerminkan pemegang jawatannya mempunyai tahap intelek yg tinggi. Inti ucapannya amat mudah diperbetulkan oleh pengunjung blog ini.
Tq saudara Din

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2015 at 5:44 AM

La..Awat dato sri Zahid nak heboh2 nak guling kerajaan? Buat saja pemilihan Umno untk 3 juta ahli nya.Jgn takut Dato sri..Buat cepat2 untk kebaikan parti dan Bn,sblm Pru. Kita tgk sape terguling guling.Baru demokratik,adil dan telus Dato sri.Saya sbg ahli Umno x sbr nak mengundi.Psl budget jgn risau Dato Sri, kerana wang Dana Rm 2.6b tu ada lagi kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 7:03 AM

Kaki bodek tahap tertinggi zahid ni. Ingat masa dia ketua pemuda cum balaci anwar nak sound tun dlm persidangan umno. Last2 kemaluan sungguh bila tun sound dia balik kaw2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 7:14 AM

Siapa saja nak cuba pertahankan nasib najib dah jadi badut juga. Cukuplah najib jadi badut. Sekrg ni mana mana pun aku pergi najib dipersenda. Jadi bhn lawak. Aduhhhh...ini bala yg paling dahsyat dlm.politik. Aku rasa bombang UMNO tak lama lagi akan jd bhn lawak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 7:46 AM

permainan mereka simple:

kita harus berhati2,

mereka ingin menyamakan apa2 yg berkaitan najib dgn kerajaan dan umno.

mereka mahu mengheret semua bersama najib.

kita harus viralkan " menjatuhkan najib tidak sama seperti menjatuhkan kerajaan atau menjatuhkan umno" !!

permainan simple tp mungkin org akan terperangkap dan termakan hasutan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 7:50 AM

aku nak tanya ko din. adakah salah zahid menyebut begitu? zahid bercakap atas kapasiti sebagai naib presiden umno dan tpm. kebetulan yang tidak patut dinafikan (spin la kalau boleh) maklumat daripada kdn menyatakan ada konspirasi begitu. sebagai tpm, naib presiden umno & menteri kdn adakah zahid kena duduk diam2 jika sudah ada maklumat? dia juga perlu point penting untuk diucapkan dlm persidangan umno ampang. aku nak tanya ko satu lagi, jika ko nak rasmi apa2 majlis, apa yg ko nk cakap? ko cakap biasa2 saja walaupun ko ada point sgt penting untuk up nama ko agar kelihatan hebat? jangan nak membongak la din kalau ko tak akan buat macam zahid buat. politik din, politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 9:30 AM

Kasi ahli Umno undi layak ke x layak Dsn jd Pm,habis cerita.Kan ada 3 juta ahli!!..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 10:09 AM

Manakah para pejuang agamaku,
Manakah para ustaz dan ustazahku
Manakah para agamawan ulama islamku
Menagapakah kalian kaku dan bisu?

Wanita tak tutup aurat,
Kaulah nombor UNO beri nasihat
Muslim ditangkap khalwat
Kau berceramah tanpa had

Dulu heboh kes liwat
Hukum hudud kena sebat
Apabila duit rakyat dirembat
Mengapa mulut kamu tutup rapat?

Sebelah mana kamu orang beragama?
Adakah Cash is King yang menutup mata?
Yang nyata haram takut bersuara
Tidak kah takut kemurkaan Allah Yang Esa?

Yang nyata salah dihalal tanpa kira
Yang nyata pencuri dijadikan heronya
Yang nyata perosak negara diangkat darjatnya
Yang nyata pejuang agama sembunyi di mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 10:28 AM

bilaaalahh si jiboruk ni nak turun tahta PM..

aku dah sabar nk tunai nazar buat pulut kuning nih!

ya tuhan, selamatkanlah bumi tercinta ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 10:40 AM

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/08/16/ahli-ahli-umno-perlu-mendapat-bukti-yang-mereka-minta/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 10:44 AM

Betul la tu zahid cakap sbb jatuhnya najib jap lagi berguling guling kaki ampu dalam dan luar kabinet akan dibicarakan. Korang main main eh amanah Allah swt nantikan revolusi ahli2 Umno hatta semua jutaan rakyat kat korang. Be prepared najib, zahid n all your macai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 11:09 AM

@Anonymous
najib adalah perdana menteri dan presiden UMNO.

najib bukan kerajaan. najib juga bukan UMNO.

blongang dan cytro najib. sila fahamkan betul betul.

therefore, menjatuhkan najib tidak sama menjatuhkan kerajaan atau UMNO.

menjatuhkan kerajaan tu menukar terus kerajaan. macam BN buat kat pakatan harami kat Perak dulu. jangan buat buat lupa atau masa tu kau belum akil baligh.

zaid jangan jadi munafik. dulu masa BN jatuhkan kerajaan pakatan harami di Perak, tak bunyi pulak dia. negeri dia tu.

ini orang nak turunkan najib sahaja. kerajaan masih nak kekalkan BN. mana ada jatuhkan kerajaan? tujuan utama ialah, ramai yang masih nakkan BN memerintah selepas next PRU.

zahid ni ada PhD kan? dia beli ke PhD dia?

blongang/cytro najib. tak payah bawak lawak seram najib adalah UMNO/kerajaan kat sini. propaganda cap ayam macam gitu tak laku kat sini. bak kata keris berayon. bawa fakta. jangan reka.

aku tabik pemuda Tampin. luluskan usul meminta najib letak jawatan. zahid hamidi akan rasmi esok. good timing. aku suka. ada lagi yang boleh pakai dalam UMNO.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 11:47 AM

Tin kosong berbunyi lagi...mana pengkhianat kes lahat datu...apa cerita kes syiah mat sabu

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 16, 2015 at 12:21 PM

Kemungkinan besar TPM baru kita sedang mengumpul bukti Gred A sebelum beliau mampu untuk mengambil sebarang tindakan keatas semua pihak terbabit seperti WSJ, SR dan semua yg kononnya ingin menggulingkan kerajaan Malaya ini.

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2015 at 1:04 PM

Kah kah Tampin? Datuk Shaziman punya tmpat tu, dengar2 Shaziman ni pun Najib dah tarik buat penasihat, tak salah bahagian kewangan jugak.

2 hari lpas sibuk naik bendera Umno tepi jalan......budak2 Umno tangkap lopong, tender dapat kat Macha...yg sadis, macha ni main letak je bendera atas jalan....dah tak de budak Melayu nak pasang agaknya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 2:07 PM

Ada betulnya pendapat tuan. Ini la rentak politik Malaysia. Kurang yang sanggup hilang jawatan/kemewahan by serang berdepan then ramai yang takut hilang jawatan/kemewahan but serang juga by lidah bercabang...

Perhati & kaji betul2 sifat Zahid ini. Sekali pandang, memang itu Zahid, dua kali pandang kelihatan itu adalah 'mentor/gurunya' (dari segi gaya berpolitik).

Mentornya dulu, hebahkan isu nepotisma/kronisma atas matlamat apa yea...? Kini Zahid pula hebahkan 'pintu belakang' atas sebab apa yea...?

Teliti betul2 siapa yang nepotisma/kronisma zaman mentornya. Siapa yang 'pintu belakang' now...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 2:23 PM

Wahai Tuan TIMBALAN PERDANA MENTERI

Perkataan yang di gunakan ialah "JATUHKAN KERAJAAN"

Kita perlu ingat Malaysia ini bukan REPUBLIK. KERAJAAN kita ialah RAJA-RAJA MELAYU. KERAJAAN kita bukannya kerajaan Rakyat seperti USA dan INDONESIA. Di USA dan INDONESIA. di sana GOVERNMENT (PENTADBIRAN) dan KERAJAAN ialah SINONIM/ Di Malaysia KERAJAAN dan GOVERNMENT ialah dua entiti KENEGARAAN berbeza.

Kerajaan - Kata akar = RAJA. berasal dari perkataan sanskrit dan pengaruh Hindu Bersamaaan/sinonim dengan kata akar "Sultan" selepas kedatangan dan pendekatan Islam. Ini bermakna Kerajaan boleh di samakan dengan Kesultanan. Bahasa Inggeris nya ialah "Monarch" maka Kerajaan yang tepat sepatutnya di tafsir sebagai MONARCHY. Bersesuaian dengan Sifat Persekutuan kita (Malaysia) yang bersifat CONSTITUTIONAL MONARCHY. - Ada kuasa Perintah - Tentera misalnya. Tak ikut perintah MAKA DERHAKA seseorang itu.

Maka bila guna Jatuhkan KERAJAAN boleh di tafsirkan menjatuhkan MONARCHY.

GOVERNMENT= Kata akar GOVERN. Bahasa Melayu = TADBIR. MAka GOVERNMENT bermaksud PENTADBIRAN ada kuasa tadbir dan arahan (Directive).
TAK ikut arahan maka ENGKARlah seseorang itu. (bezakan dengan DERHAKA)

Mudahnya Persekutuan Malaysia di PERINTAH oleh KERAJAAN (yang terbentuk dari Raja-RAJA MELAYU) dan di tadbir Oleh GOVERNMENT yang di bentuk dan di ditubuhkan Oleh KERAJAAN. Jangan mengarutlah kata Government di tubuh oleh rakyat. (kes Selangor je- Kalau oleh rakyat boleh tubuh GOVERNMENT sudah lama dah Wan Azizah MB). Kita bukan REPUBLIK ok?

GOVERNMENT/PENTADBIRAN kita pecah tiga Legislative- Parlimen Executive-Pelaksana .Judiciary- Kehakiman.

1) Secara terjemahan terus ini bermakna bila Zahid kata ada orang nak jatuhkan KERAJAAN maknanya menjatuhkan raja-raja. Rujuk kes MOHD Amin - kes rompakan senjata Sauk dahulu. Tuduhannya menjatuhkan YDPA/Raja-Raja - Hukuman mati.. Saya fikir Zahid tidak maksudkan ini.

2) Secara teknikalnya dan kita anggap Zahid tidak ada kefahaman sistem Republik dan Monarchy Malaysia- Zahid bermaksud MENJATUHKAN GOVERNMENT. Kita perlu ingat bahawa GOVERNMENT ada tiga cabang. Perdana Menteri bukannya GOVERNMENT keseluruhan. Perdana Menteri ialah cabang EXECUTIVE dari TIGA CABANG GOVERNMENT.

Usul tidak percaya untuk PM hanyalah untuk menukar PERDANA MENTERI bukannya menjatuhkan dan mengulingkan GOVERNMENT. Kalau hendak Menjatuhkan GOVERNMENT kita kena Jatuhkan dua cabang lain juga LEGISLATIF- PARLIMEN dan Kehakiman. Ini bermakna PARLIAMENT hendaklah di tawan/bubar - ahli-ahli MP di sekat fungsinya dan Mahkamah/Istana Keadilan juga hendaklah di tawan/di sekat fungsinya. Kalau kita ingat dahulu kes di PERAK ada yang buat tindakan PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGRI BAWAH POKOK.. Ini ialah satu tindakan government waktu itu di bawah Pakatan RAKYAT bahawa cabang LEGISLATIF perak MASIH BERFUNGSI WALAUPUN HAKIKATNYA DEWAN TELAH DI TAWAN OLEH barisan nasional secara teknikal dan fizikal. (TAPI GAGALLAH PAKATAN RAKYAT WAKTU ITU - syukur alhamdulillah)

Ringakasan:-

Jatuhkan GOVERNMENT=

1) Jatuhkan PARLIMEN - Tawan Parlimen sekat Ahli Parlimen dari bersidang.
2) Jatuhkan KEHAKIMAN - Sekat Hakim bersidang Tawan Istana Keadilan
3) JATUHKAN EKSEKUTIF (keseluruhannya KABINET di sekat- Bukan Perdana MENTERI sahaja. Jika Perdana Menteri di jatuhkan bukankah TPM dan kabinet lain ada untuk ambil alih Eksekutif)

Jadi wahai insan ZAHID - Jika Menjatuhkan GOVERNMENT (atas prinsip government itu ada tiga cabang) itu perlulah menjatuhkan/sekat dari bersidangnya PARLIMEN (selain dari menyekat KEhakiman) bagaimana USUL tidak percaya itu boleh di katakan menjatuhkan GOVERNMENT walhal USUL ini perlu di Lakukan DI PARLIMEN itu sendiri? Nak bentang usul apanya jika Parlimen sudah di jatuhkan? Bentang USUL bawah POKOK?

Ada terasa sedikit tak taraf DR itu wahai Zahid macam tidak laku? Sudahlah guna Istilah JATUHKAN Kerajaan sudah tentu salah. Jatuhkan GOVERNMENT pun juga salah. Perkataan yang betul ialah Menjatuhkan PERDANA MENTERI.

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2015 at 2:27 PM

Si Zahid ni berucap and kluar statement dah macam ala2 mafia dlm filem Hollywood...!!! Najib dgn Zahid ni sebenarnya tgh mengidap sindrom syok sendiri berucap sana sini....depa ingat rakyat majoriti masih sokong puak diowang!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 2:35 PM

Biasalah orang politik buat statement mestilah bermotif politik.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 16, 2015 at 2:58 PM

Assalammualaikum wmt,
Satahu saya pelan menjatuhkan kerajaan BN melalui pintu belakang hanya pernah dicuba oleh Anwar Ibrahim melalui projek 16 Septembernya yg gagal dan tak menjadi kenyataan. Caranya ialah dgn membeli beberapa MP BN untuk menyeberang jambatan - jadi anggota pembangkang.

Itu perancangan Anwar. Dia mampu lakukan kerana dia ada banyak duit. Tak tahulah sama ada duit derma politik macam Naijib atau duit dari mana dia dapat.

Kini TSMY dituduh mahu menggulingkan kerajaan BN melalui pintu belakang.
Pintu mana dan macam mana? Mampukah TSMY beli MP sebagaimana rancangan Anwar? Banyakkah duit TSMY? Apakah TSMY juga ada duit derma politik dlm akaun peribadi macam Najib? Kalau ada dah tentu juak-juak Najib akan dedahkan sebagaimana dia kena dgn WSJ.

Maka adalah mustahil TSMY nak gulingkan kerajaan BN yg disertainya sejak sekian lama. Yg mungkin ada hanyalah mendesak Najib undur dari jawatan PM dan Presiden UMNO. Kedua jawatan itu bukannya 'kerajaan'.
Maknanya, gulingkan Najib bukanlah menggulingkan kerajaan BN. Fahamkanlah maksud guling kerajaan dgn gulingkan Najib. Ianya berbeza dan hanya yg tolol saja yg masih tak faham atau tak mahu faham.
Wallahhua'lam,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2015 at 5:57 PM

Zahid is a rhetoric expert. He has no quality as dep PM. Why?

1. Being rhetorical....he is a NATO

2. Being weak....he has no qualms in apoligizing e.g to LKY

3. Being ineffective...has he revealed on lahad datu or syiah case.

4. Being bodoh sombong....cakap berdegar2 tapi kosong

Apalah mak diharapkan pada zahid...Sokongannya pada najib adalah sokong membawa rebah dan memastikan berkuburnya UMNO.....wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2015 at 5:59 PM

Aslmkum..din n pembaca....kita bercakap berdegar degar....semuanya tampak hebat...tp kalu setakat ckp kedai kopi...apa pun tk bergerak...kita tahu najib langgar bnyk undang undang perihal dana politik...balancenya mana etc lah...najib masih pm. ..kita tk buat laporan pun baik ke sprm pdrm lhdn ros etc...perta buat aduan ke sprm mengenai AG kerana tudak mengambil apa apa tindakan undang undang ke aras najib yg bnyk benar salahlakunya dari segi undang undang...buat repot polis mengenai najib menipu ahli umno dab rakyat...buat repot ke sprm mengenai salah guna kuasa pihak2 tertentu..buat...baru boleh bertindak...ni dok layan maya je cmne nk tumbangkan najib...dok perang dlmm siber tk berkesudahan...buat repor dan rasanya din sbg blogger bokeh memulakan...pakat2 la semua blogger buat repor walaupun standard report semuanya tp ada pembuka jln utk siasatan dan tibdakan..mcm ts zeti..dia siasat dan ajukan laporan kpd ag...jika ag tk bertindak maknanya ag bias...dan mmg bias sb manat tu pernah bertanding pilihanraya...mana blh pilih ag yg ada kecondongan politik...buat repot n kalu dah buat tp tuada tindakan baru lah blh ambil tindakan spt bersih dok buat tu...sb utk sesuatu kertas siasatan dibuka mesti ada repot...sop depa lah..kalu rakyat biasa baru keluar blog je dah nk p tangkap..biar satu negara turun ke jln bkn utk demonsyrasu tp buat repot..cuba fikir lyar kotak..tk haru agensi berkenaan org ramai serbu utk buat report atas seorang individu...kita ikut undabg undang...pastu last skali baru undang2 kena ikut 1msia..

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2015 at 6:03 PM

Bro..itu nk divert issue kononnya tp rasanya menambahkan issue...apapun somebody has to start something...simpke...buat report to relevan agencies..jgn dok bwesuara cara maya je...sy respek makcik langkawi..blh bg anugerah tokoh umno yg berani..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 1:45 AM

@Anonymous apa benda yang ko cakap ni..

kalau ada yang nak usul undi tidak percaya kat najib kangkung .. itu bukan pintu belakang.. itu ikut perlembagaan..

jangan lah jadi bangang sangat

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
August 17, 2015 at 2:04 AM

dia jd tpm lalu tingkap ke???

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
August 17, 2015 at 2:15 AM

ada juga niat nak buat repot..tapi kes dulu yg merepot 1mdb kene bankrup kene siasat...sprm yg dok siasat pun kena siasat...hambe ada keluarga yg perlu disuap mulutnya...mohon tuan yg memulakan buat lapuran atas kecurangan pemimpin ye...syabas.

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 1:03 PM

Salam sebenarnya tak ada siapa nak buat undi usul tidak percaya..perkara ni timbul sbb takut akan bayang-bayang sendiri...serta bayangan semalam...abis rakyat nak meluahkan di jalan tak boleh sbb kena tangkap katanya rusuhan..sedangkan malaysia adalah sebuah negara demokrasi...mesti boleh membuat bantahan ..atau mungkin malaysia dah tukar cara demokrasi jadi kuku besi...rakyat sokong kerajaan sekarang tapi rakyat tidak sokong akan pengembala kerajaan ni..sbb pengembala ni tidak mengikut arahan..jadi sebab itulah rakyat meluat dgn pemimipin yang ada sekarang...nii...jadi apa salah nya jika ditukarkan

Post a Comment