........... Tun Mahathir Dan Bersih 4 - Mohon Tun Jelaskan Kenapa Demo BELUM LAGI Pilihan Terakhir. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Dan Bersih 4 - Mohon Tun Jelaskan Kenapa Demo BELUM LAGI Pilihan Terakhir.

Tuesday, August 11, 201534comments


Ramai yang sudah mula memperkatakan mengenai komen Tun Mahathir tentang Bersih 4, kononnya Tun setuju dengan demo jalanan. Ada baiknya jika kita dengar sendiri apa kata Tun -




Terjemahan dari fb SSTDM 

Tun: Itu mungkin pilihan terakhir. Maksud saya, kita bukanlah bangsa yang ganas. Kita adalah orang yang mengikut pemikiran lebih dari kata hati. Oleh itu, kita tidak boleh selesaikan dengan cara berdemonstrasi kerana ini akan menyusahkan orang lain. Tetapi katakanlah sekiranya tiada cara lain, mungkin… sebagai jalan akhir kita terpaksa selesaikan dengan pilihan itu.


Media: Adakah kita sudah berada di pilihan terakhir?

Tun: Belum.

Jadi anda nilaikan sendiri apakah Tun Mahathir setuju dengan Bersih 4.

Saya tertarik pada jawapan akhir Tun Mahathir yang mengatakan kita masih belum tiba tahap pilihan terakhir. Maknakata, Demo Jalanan masih belum menjadi pilihan terakhir Tun.

Saya sendiri tertanya2 apakah pilihan yang ada pada rakyat jika Najib terus mahu memperbodohkan rakyat dengan alasan Dermanya dan 1MDB serta Najib terus mengelak dari bersemuka dengan rakyat dalam menjelaskan isu 1MDB.

Saya tidak menolak kemungkinan ramai yang beranggapan demo sebagai pilihan terakhir mereka.

Wei, tunggulah Pilihanraya, kan namanya demokrasi.

Well, saya dah jawab soalan itu. Mengikut sistem demokrasi yang kita amalkan, rakyat tidak diberi hak untuk memilih siapa jadi PM, rakyat hanya diberi hak memilih parti yang jadi kerajaan. 

Jadi bagaimana rakyat yang masih mahu BN terus memerintah tapi tidak mahu Najib sebagai PM, apakah mereka ini tidak berhak bersuara ?

Nasiblah, dah itu sistem negara Malaysia. Tak suka, boleh belah ....

Kalau begitulah cara pro Najib jawab, memanglah anda bodoh sombong !

Makanya saya lihat mesyuarat bahagian2 Umno yang kini sedang rancak berlangsung merupakan salah satu cara di mana Umno boleh memujuk hati rakyat pro BN yang bukan ahli Umno.

Ahli2 Umno harus menjadi wakil kepada suara rakyat dalam memperkatakan isu Derma dan 1MDB. 

Jika ahli2 Umno diam dan akur kepada alasan2 bengong yang pro Najib berikan, saya tidak tolak kemungkinan rakyat bukan Umno akan merasakan mereka sudah tidak punya saluran lagi bagi bersuara. Dan kemungkinan pilihan terakhir mereka adalah Bersih !

Sebab rakyat bukan Umno yang tidak puashati dengan Najib tidak nampak jalan lain lagi ! PAC dah kudung. Task Force dah kena pancung. So nak tunggu apa lagi ? ? ?

Ya, Tun Mahathir kata - BELUM LAGI. 

Jadi saya harap Tun yang menjadi wakil suara rakyat dapat jelaskan kenapa BELUM LAGI ?

Ada yang boleh sabar namun ada juga yang tidak boleh sabar membuta tuli. Mereka mahu lihat sesuatu sedang diusahakan.

Nak tunggu apa lagi ?

PS - Di atas adalah rumusan ringkas perbualan saya bersama rakan2. Ramai dah fed-up dengan cara Najib and gang menangani isu2 yang Najib sendiri cetuskan. 

Ada rakan yang cadangkan supaya Umno sendiri anjurkan satu perhimpunan rakyat sempena PAU 2015 supaya rakyat tidak merasakan yang mereka sudah tidak punya saluran untuk bersuara lagi. Saya setuju dengan cadangan ini. 

Sekurang2nya ia mampu absorb tekanan propaganda Bersih 4 yang saya percaya akan lebih agresif semakin kita menghampiri 30 Ogos.

Worse come to worst, kita tunggu saja PRU14 dan kempen Undi Protes ..... dengan kesedaran BN akan tumbang.

Mohon pandangan rakan2 sekelian ....

PS 2 - Baca juga artikel terkini dari AKadir Jasin, yang juga bertunjangkan permasalahan hilang kenyakinan rakyat terhadap Najib -

Lima Senario Kesudahan Krisis Politik Mohd Najib

 

Malangnya, bagi rakyat jelata masalah mereka tidak akan dapat ditangani dengan berkesan kerana tumpuan Perdana Menteri adalah untuk menyelamatkan diri beliau dahulu selain hakikat bahawa kerajaan pimpinan beliau telah hilang keyakinan umum.

Di pihak penentang Mohd Najib pula, khususnya anggota perundangan (legislative), mereka sepakat bahawa Mohd Najib perlu disingkirkan demi kelangsungan negara tetapi tidak mempunyai keazaman politik (political will) untuk berpakat menjatuhkan beliau melalui undi tidak percaya.

Sementara di kalangan elit Umno dan BN pula, hipokrasi menjadi kata kunci – di depan puji dan puja di belakang caci dan cerca. Tetapi suara berani ahli akar umbi meminta Mohd Najib mengundurkan diri sudah mula kedengaran di mesyuarat agung tahunan bahagian-bahagian Umno.

Share this article :

+ comments + 34 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 6:06 PM

Wakil wakil rakyat yang mahukan perubahan boleh ikut cara Najib jatuhkan kerajaan PR di negeri Perak dulu, tetapi tak jadikan wang sebagai habuannya. Jadikan semangat mahu selamatkan negara dan demokrasi berparlimen sebagai prinsip perjuangannya. Somebody yang ada courage perlu ambil tindakan untuk memulakannya. Bawa wakil wakil rakyat dengan mempunyai jumlah majoriti yang cukup mengadap YDP Agong dan persembahkan mereka mempunyai cukup bilangan untuk menubuhkan kerajaan baru. Pulangkan paku buah keras kepada Najib dan berdoalah kepada Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 6:19 PM

Saya setuju dengan Tun, demonstrasi tak bagus untuk ekonomi negara. Too disruptive. Lagi pun kita sebagai penyokong BN tak nak turun ke level Anwar Ibrahim yg suka sangat berdemo. Rasanya langkah yg paling baik untuk suruh Najib belah is ahli2 UMNO hantar memo suruh dia resign. MP opposition pun patut buat undi tak percaya. If masih tak berjaya, kita tunggu PRU14 ajelah. Nampak sah prophecy R.A.H.M.A.N akan menjadi kenyataan..

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2015 at 6:19 PM

Maknanya Tun M masih ada jurus2 maut yang masih tersimpan rapi. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 6:29 PM

Tunggu pru14 buat pilihan. Pilih yg mana anda suka. Demo jalanan byk kesan buruk. Jatuhkn najib tergesa2 mengakibatkn kesan x langsung kpda ekonomi. Ringgit mungkin jatuh merudum dr sekarang. So..wakil pemimpin dr umno atau pembangkang kena berfikiran rasional terhadap sesuatu tindakan yg di ambil. Demo jalanan bukn penyelesaiam terbaik setakat ni. Ada baiknya memilih pd pru14 nnti. Semua masyarakat berkehendakan pemimpin amanah dan berkredibiliti utk mentadbir malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 6:42 PM

blog ini adelah antara blog yang mempengaruhi pembaca untuk menjatuhkan kerajaan. saya hanya nak tahu sila nyatakan rancangan sebenar pak din dan sekutunya tak pe lah rancangan tun m sekali. setelah najib diturunkan lepas tu ape? siapa jadi pm, siapa jadi tpm, nak jatuhkan umno nak naikkan pakatan rakyat ke, sila buat satu pelan secara kasar ape yang sebenarnya ingin dirancangkan. nak bebaskan anwar ke? sekurangnya saya nampak visi tuan tuan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2015 at 6:45 PM

@Anonymoushuh ? Najib itu kerajaan ke ? Najib itu Umno ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 6:51 PM

Bagi aku pru 14 nih ... untuk kerajaan pusat 100% sure aku x akan undi bn .....
Manakala untuk kerajaan negeri aku akan undi calun bn ....

Sifirnya mudah dengan undi bn untuk kerajaan negeri, dan jika majoriti rakyat atas pagar dan penyokong bn mengundi bn ... bermakna kerajaan negeri akan dikuasai oleh bn ....

Aku tidak akan undi calun parlimen dari bn biarpun dia adalah calun yang terbaik dan terhebat kerana jika aku undi calun bn untuk parlimen bererti aku undi najib untuk kekal jadi perdana menteri ... kerana jika calon parlimen dari bn menang majoriti .... mereka pasti akan melantik najib menjadi perdana menteri ...

Aku harap kau siarkan komen aku ini agar rakyat terbanyak tahu bagaimana mahu menyingkirkan najib melalui kuasa unit mereka ....

Selamat Berjuang ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 6:56 PM

"BELUM"... Betul pendapat Tun ini. Kita faham kemarahan rakyat kini memang tahap tinggi. Saya & rakan2 juga sama.

Hoping the best but expecting the worst,
Are you going to drop the bomb or not?
Can you imagine when this race is won?
Turn our golden faces into the sun,
Praising our leader, we're getting in tune,
The music's played by the, the madmen...

Memang jika kita ikut pendapat Tun ini, maybe negara makin huru-hara dalam aspek Ringgit & Ekonomi. Maybe juga segala bukti mampu diubahsuai oleh Najib then segala2nya akan senyap selamanya.

Today till persidangan Parlimen Oktober ini, masih ada jalan untuk kita tamatkan isu ini seperti apa yang AKJ nyatakan 5 kemungkinan itu.

Jika 5 pendapat AKJ ini tak berlaku till tamat sidang parlimen oktober ini, then dalam masa yang sama ringgit terus menjunam, bursa saham terus menjunum juga, maka kita fikir la apa yang patut kita lakukan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 7:07 PM

yang kita tak suka adalah najib bukan umno...apa salahnya kita jatuhkan najib ..salah ke..lalu undilah bukan berontak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 7:09 PM

Mohon bagi rakyat/pembaca yg arif.. cuba senaraikan pilihan yg kita (rakyat) ada bg menukar seorang PM yg boros & mnyusahkan rakyat ini (Demonstrasi jalanan tidak termasuk!)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 7:20 PM

Wah hebat hujah sempoi tuan...

So, boleh ke tuan bentangkan plan tuan agar ringgit & bursa saham kembali stabil dalam masa 6 bulan lagi ini selari janji Najib yang 6 bulan lagi isu 1MDB ini settle...?

Apa yang tuan faham tentang Fundamental & Perception dan kesannya pada ekonomi Malaysi? Boleh ke tuan bentangkan plan tuan untuk atasi 'perception' ini yang berpunca dari Najib sendiri by :-

1) Nafi sekeras-kerasnya laporan WSJ ini.
2) Hantar surat minta penjelasan/kepastian to WSJ.
3) Kata nak saman them.
4) Sebulan kemudian sebelum SPRM umum yang 2.63 ini 'derma' dari timur tengah, pihak dari Najib dah canang isu 'Political Donation' ini legal. Sehingga kini, Najib belum lagi menjelaskan or akui dengan jelas bahawa 2.63 ini beliau terima as 'derma' dari timur tengah. Boleh tuan beri kami bukti ini, tentang Najib dah akui dengan jelas & terang...

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2015 at 7:22 PM

itulah kebenarannya, semoga jadi kita semua dalam golongan orang bersabar dan bersedia mengambil tindakan yg drastik bila tiba masanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 7:30 PM

6:42 pm.
Sampai bila pun tuan takkan nampak. Mata dan hatu tuan sudah buta kerana dibutakan. Sama ada kerana tak cukup pelajaran atau pendidikan mungkin ?
Siapa yg nak jatuhkan kerajaan ?
Siapa yg kata nk bebaskan anwar ?
Siapa yg nk jd pm siapa yg nk jd tpm bukan kita yg menentukan. Tun m dah cakap. Itu umno yg tentukan. Kita tak kata kita benci umno. Umno yg diasaskan oleh tun m yg nama asalnya umno baru yag asas perjuangannya alif ba ta.
Agama bangsa dan tanah air.
Jgn buat fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 7:57 PM

bila masa pulak kita nk jatuhkan kerajaan.
cuba semak betul2 cuba baca betul2.
permintaan ramai sangat mudah.
Najib letak jawatan tapi kerajaan masih, saya ulangi masih BN.
UMNO ada 3.2 juta ahli. pandai2lah pilih sapa jadi PM. tak semestinya Muhyiddin tak semestinya Zahid.
3 juta ahli. takkanlah tak ada yg bijak pandai...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 8:42 PM

Gelojoh tahap bangsat demo2 nie!!!!
Besar sgt ker kesalahan sampai nak berdemo!!!
Cukuplah anwar buat huru hara sampai berpecah bangsa...
Cuma khuatir...dulu kita kutuk anwar krn memburukkan negara dan pemimpin kerajaan.Skrg kita nak lakukan perkara yg sama...bermuhasabah lah sikit!!!
Tak malu dgn bangsa lain...malu lah dgn bangsa sendiri....
Kadang2 meluat dgn kegilaan akan kuasa dunia nie!!!!Seolah2 diri sendiri mcm tak pernah dibenci krn menyalahgunakan kuasa!!!Tunggulah pru14...nak kempen utk jatuhkan umno/bn...teruskan!!!!
Bosan dgn sikap tamak dan gila kuasa pemimpin2 melayu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 8:59 PM

Jatuhkan najib tergesa2? Lawaknya.
Najib jadi bisu ttg isu beliau dah berapa lama? Sbb tu beliau kena jawab dari awal. Tapi berbelit2. Mcm mcm putar yg d lakukan tak termasuk kenyataan kurang cerdik menteri2 beliau. Tahu tak...depa yg duduk kat atas tu semua kita yg bayar kita tanggung. Cukai2 tu pi mana?
Kita tak pernah ada niat nak jatuh kan kerajaan,kita mintak najib razak berundur atas alasan lemah memimpin negara serta isu2 yg beliau palit kan kpd umno dan rakyat. Tu saja. JELAS tak?
Depa kita bagi kereta siap dgn driver sedang kan kereta kita bank keluaq surat nak rampas. Hang suka? Gaji pulak belaih ribu....kita 2800 je ! Awat la hang tak sedaq lagi. Depa duduk banglow....kita rumah flat. Ada ka patut? Tu pasai kita dok lantik supaya suara kita sampai ke parlimen. Tlg perjuangkan hak kita.....salah ka? Habaq sikit no!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 9:07 PM

@Anonymous

soklan bangang!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 9:20 PM

Saya stuju. Saya,pon tidak mahu letak diri setaraf si peliwat tua tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 9:43 PM

??? Trrtinggal keretapi ke kau ni. Baca perlembagaan dulu baru komen ya.tq.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 9:51 PM

Bangang bangang semuanya. Ikut lah undang2 dan perlembagaan yg ada. Semua nya nak ikut cakap engkau orang , letih lah MACAM ni. Yang cerita tentang rm jatuh ni.pun satu hal. Kau ingat rm saja ke yg jatuh. Jadi , rm jatuh ni dunia kau orang boleh kiamat ke? Aku biasa hidup susah dan aku sanggup hidup susah lagi jika itu ketentuan Allah. Aku nak tanya , kau orang rugi banyak ke yg rm jatuh ni. Kau orang takut barang naik harga ke , atau takut kilang tutup , tak ada kerja? Tang tu pun hangpa nak kalut , macam mana nak sembang nak jadi macam pejuang palestin? Baru timpa musibah rm jatuh, riuh nya nauzubillah. Orang islam di luar sana dugaan mereka lebih hebat, masih lagi istiqamah, hangpa rm jatuh dah krcoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 9:54 PM

Anon 859. La, hang undi najib ka? Hang pi la cari wakil hang yg hang undi. Bingai. Kalau wakil hang kalah itu Hari, maknanya hang salah langkah. Nasib lah kan. Maknanya orang lain senang, hang je lah yg susah. Tapi sabar. Mohon pada. Allah

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2015 at 10:12 PM

Komen2 pro Najib yang menggunakan pendekatan serang posmen @ ungkit isu lama Tun, tidak akan dilayan. Malas .... Anda masih boleh hantar komen2 sebegitu di blog lain terutama blog pro Najib

Ikut kata Rahman Dahlan, lihat pada mesej yang disampaikan bukan pembawa mesej

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 10:24 PM

Percayalah... dr dlu pendirian Tun teguh & consistant. Dia x akan stop. Pengaruhnya kian meluas dikalangan rakyat. Org muda respect Tun. X de kenangan lampau tp hanya yg ada HARI INI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 10:28 PM

Kalau hang nk hidup susah pasalbkebodohan hang tanggong sendiri je ar. Yg hang menjerit kt sini apa hal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 10:39 PM

Teringin nak tengok acara2 kemeriahan lepas ni jadi dok meriah lagi. lagi molek tu. duk umoh je. dok nyusahkan orang. biorler gambar dalam paper nampok muka pm zoom dekat je. bior tv, paper sume pening takda gambor nok tampal sebab acara tak meriah kan. kita pun lama tak beli paper pun ..pinjam kedai mamak je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 10:39 PM

Utk pengetahuan hang kereta aku merc cls 350...pajero ada sebijik.rumah aku 2 tingkat bunglow kat area jln lama gombak. Aku tak undi najib....dan ada bisnes sendiri....hang ada ka....lain kali jaga hang punya bahasa no! Hang silap besaq....pasai akai takdak.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 11, 2015 at 10:40 PM

Apa masalah pemimpin2 baik daripada kerajaan mahupun pembangkang yang dipilih oleh rakyat ? Apa yang mereka semua tunggu lagi ? Bila hendak buat undi tak percaya ?

Najib sudah banyak kali beritahu bahawa beliau tidak akan berundur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 11:59 PM

Bro patah tumbuh hilang berganti
Future allah tentukan
Ni bukan blog menhasut
Ini blog bagi cerita on other perspective.
We got brain , baik amik buruk buang
Tu yang Allah suruh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 12:07 AM

Woi anon 9:51...jgn komen pakai kepala lutut. Nnti minyak naik, brg kperluan harian naik, gaji x naik hang plak memekak.hang hidup sebatang kara xpa. Kami ni byk tanggungan..beban kewangan. Tu x kira lg org lain yg dok toreh getah...nun sana nelayan lg. Awat..keja xdak hang nk tlg ka bg duit bayaq duit umh keta letrik air kami...ni ank lg nk pi sekolah. Tu blom blanja sakit demam. Hang nk susah lantak hang. Jgn cari pusat zakat sbb tulang 4 kerat hang tu x berguna x mau usaha...berserah pada takdir. Tuhan x suruh buat benda bodoh mcm hang. Jgn tunjuk bongok sgt. Ni pi berambuih komen tempat lain...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 1:56 AM

Nak lantik ahli parlimen pembangkang pejuang hak kita..? Geli hati aku baca nii. Sejak 2008 dalam parlimen apa yg depa pejuang. Asyik gaduh sama sendiri, tak puas hati kat MB, tukar, tak puas hati kat parti, keluar buat parti baru, tak puas hati kat YB suruh letak jawatan, ambik bini dia jadi calon, tak puas hati kat laki, minta cerai. Tak puas hati kat kereta lama, tukar yg baru, tak puas hati rumah kecil, beli banglo, tak puas hati bini lama kahwin baru, lagi apa....hampa pikiaq sendiri la no peragai ahli pembangkang dengan umnobn ni same same saja la... tak da yg kurang atau lebih. Hampa nak tau ka sapa yg dok perosak najib la ni, bukan la pembangkang, no satu ahli parlimen Umno la jugak. Pernah ka PM sebelum ni bagi duit kat rakyat macam BRIM. Bagi duit RM 200 kat studen U dan tgkatan 6. Bagi duit kat belia yg kerja dan tak kerja. Hampa yg ada banglo, ada mercedes nak heran apa dgn RM 200 tu, tapi orang kampong aku, boleh lompat sampai ke langit dgn duit banyak tu. Tanya ahli parlimen Umno yg najib bagi kat depa lima juta seorang untuk pembangunan sosial ekonomi parlimen masing masing pi ke mana. Sampai ka kat rakyat. Minta PM cek semula ahli parlimen ni yg tak amanah sampai rakyat marah kat Najib. Perlu buat repot SPRM, patut ke repot la... Aku juga nak habaq mai kat pembangkang. Dok tunggu PM bubar parlimen lambat lagi, dah kata hampa rakyat banyak sokong, nak selamatkan ekonomi negara, nanti bila Sarawak bubur Dun, harap Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan turut bubar. Semua YB pembangkang Adun dan MP lepas jawatan ramai ramai. Mau tak mau PM kena bubar parlimen... berani ka hampa buat macam tu, tentu tak berani punya, apa pasai tak berani? Aku cabaq hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 8:23 AM

DT & para pembahas,

Betui tu, yg sokong umno/bn tapi meluat kat pm sekarang takkan tak boleh bersuara. kalau semua kena zip mulut, at least bagila BRIM kat semua pengundi tak kira jumlah pendapatan. LOL. Tapi duit bukan segalanya.... yg tembolok tersumbat penuh pun todoq malam tak lena juga. Dok seriyau baq ang bila nak kena angkut. Nah, aku belanja satu sajak yang terang tak payah pikiaq sampai mata klip-pok, klip pok -- Jangan kata abang tak payung!

Ketololan Berjemaah
(Sajak Indomie Mi Goreng Rasa Cabe Ijo)

Ketololan adalah nasi talam
digaul saksama. Sama-sama
kunyah dan telan berjemaah.

Apakah tidak tolol
pembayar cukai bersusah-payah
menggaji penyamun?

Ketololan menjadi infiniti
bila ketua pasukan penguatkuasa
adalah kepala penyamun.

Oi! para pembayar cukai,
bangkitlah dan bertindak
sebagai majikan bijak.

Batu Kawan, Pulau Pinang.
08.07.2015

p/s: Pangkat, kuasa & duit ikut takat lubang kubur ja. masuk kubur; elek pocikk, tinggallah jasad, kain kapan, amal yg baik, ilmu yg elok serta doa anak2 saja yang menemani.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 9:51 AM

aku Nampak ada sorang yang bg komen cukup bodoh disini.
anon 9.51.

persoalan yg dia tulis amat-amat bodoh. Nampak sgt otak taraf jamban.
Tuan-tuan para sahabat sekelian lebih arif apa akan terjadi kalau RM kita jatuh pada taraf kritikal.
Tak perlulah diulas apa bahananya pd kita rakyat Malaysia. Jadi biarkanlah si anon sekor tu berbahagia dgn "hidup pernah susah"nya. Aku rasa anon sekor tu katak bawah tempurung kot, sedang orang berdebar kecut perot nak hadapi kemungkinan akibat kejatuhan ringgit melampau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 10:32 AM

jatuhkan kerajaan? apa hang fikir hanya najib je ke boleh jadi pm? nak suruh aku pilih skrg? aku pilih TIMBALAN PRESIDEN UMNO sekarang jadi pm jika najib berundur. so jatuh ke umno? jatuh ke kerajaan?

TAKDE KAN?

kata hang bangang kang marah...tapi memang bangang poooon...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 3:44 PM

bukan masalah najib x peduli org. pm kita sekarang sudah di tahap penjenayah. sampaikan ke tahap menukar org yg menyiasat. sampaikan mempergunakan polis utk menyelamatkan dia.

kalau dh sampai ke tahap tu apa lagi cara aman yg kita boleh buat.

tinggal undi tidak percaya yg ada. tp adakah seluruh so called "wakil" "rakyat" mampu meletakkan kepentingan negara berbanding kepentingan masing2 ? mampu melihat pengunduran najib sebagai sesuatu yg perlu dr sudut kemanusiaan berbanding " whts in it for me"

apa yg kita lihat sebenarnya adalah menifestasi betapa tidak bergunanya wakil2 rakyat negara kita. hampir setiap politician adalah kotor dan pentingkan diri sendiri.

bila hanya ini yg ada buat rakyat, kita hanya menunggu sehingga pada satu ketika kita sudah tidak dpt bertahan lagi. apabila penindasan berlaku pada tahap maksima apabila yg kaya terus menjadi kaya yg miskin terus menjadi miskin. ketika itu apa lagi pilihan yg ada?

sekiranya di us sudah ada penyelesaian muktamad. untung kita masih punya iman...

Post a Comment