........... Tun Mahathir @ Bersih - Apa Lagi Cara/Pilihan Yang Ada Untuk Rakyat Dapatkan Kebenaran ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir @ Bersih - Apa Lagi Cara/Pilihan Yang Ada Untuk Rakyat Dapatkan Kebenaran ?

Monday, August 31, 201568comments


Kemunculan Tun Mahathir di demo Bersih sebaik saja kembali dari Majlis Bicara Negarawan Pasir Gudang Johor Baru sememangnya satu berita yang mengejutkan banyak pihak. Semasa berucap di JB, Tun langsung tidak memberi sebarang indikasi niat untuk muncul di Bersih. Begitu juga semasa sesi Press Conference, jadi rata2 pro Tun turut terkejut bila diberitahu Tun ada di Bersih !

Bagaimanapun, jika diteliti ucapan Tun di JB, kita boleh rasakan bahawa Tun sudah give-up dengan sistem yang ada dalam mencari Kebenaran disebalik isu2 yang diperjuangnya terutama yang berkaitan dengan 1MDB dan RM2.6 billion.

Mungkin luahannya di JB telah memberinya satu semangat baru untuk bertindak di luar jangkaan ramai itu.

"Kalau kerajaan tak peduli undang-undang, kenalah guna demonstrasi. Itu pilihan terakhir. Lihat Marcos bila dia merosakkan negara, mereka terpaksa buang dia,"- Mkini.





0:58 saat - Yes, it is a last option.... Ya, ini adalah pilihan terakhir.

Pada 10 Ogos yang lalu Tun ada berkata yang demo adalah pilihan terakhir dan Bersih bukan/belum pilihan terakhir lagi. 20 hari sudah berlalu dan kita sendiri dapat saksikan pelbagai tindakan yang dilakukan oleh orang Najib untuk mematikan sebarang usaha untuk mendapatkan kebenaran disebalik isu derma RM2.6 billion.

Setelah 20 hari berlalu, keadaan telah mengubah pendirian Tun Mahathir dan kini bagi Tun, rakyat harus bangkit dan bersuara dengan apa cara sekalipun, waima melalui demo kerana rakyat sudah tidak ada pilihan lain.

video

Saya tahu ramai di kalangan pro Tun juga berbelah bahagi dengan tindakan drastik Tun ini. Cuba kita semua fikirkan apa yang Tun sebut ....... dan cuba kita jawab atau berikan jawapan kepada soalan ini -

Apa lagi jalan/pilihan yang boleh kita lakukan untuk mendapat Kebenaran ?

Kalau ada, saya percaya Tun Mahathir juga mahu tahu !

Di JB Tun ada sarankan supaya rakyat beramai2 tampil buat laporan Polis terhadap Najib ..... waktu sama Tun juga skeptikal apakah pihak Polis akan bertindak untuk menyiasat atas laporan2 itu ?

                           *******************

Dari segi politik pula, diberitakan majoriti pendemo adalah bangsa Cina. Adakah semua mereka ahli Dap ?  Mungkin ya, mungkin tidak. 

Adakah Bersih kali ini menuntut kerajaan BN dijatuhkan ? Atau lebih ramai yang menuntut Najib letak jawatan dan/atau menjawab isu RM2.6 billion ?




"Saya sokong rakyat bukan BERSIH. BERSIH pun rakyat, mereka pun tak suka Najib.

"Ada orang nak bagi buruk nama saya kononnya saya sokong BERSIH. BERSIH pun rakyat. Bukan semua pakai baju kuning, ada juga yang tak pakai baju kuning.

"Saya hadir sebagai solidariti kepada rakyat,"

Yang pasti, terdapat sekelompok besar rakyat Malaysia yang juga merupakan pengundi sedang berkumpul dan berkali ganda yang menyokong mereka sedang mengikuti perkembangan demo itu ...... sekelip mata saja Tun Mahathir telah berjaya menambahkan sokongan ratusan ribu lagi untuk bersamanya !

Saya percaya selepas episod ini, pengaruh Tun semakin kuat. Dan bukan saja sokongan datang dari orang2 Melayu tapi juga dari kaum2 lain.

Sementara Najib hanya bersandarkan sokongan dari ahli2 Umno saja di mana itu pun diragui sokongannya padu.

Bukalah mata wahai pemimpin2 Umno ! Macam ini Umno mahu berdepan dengan PRU14 ? 

Perhati dan selami naluri rakyat ..... apakah masa 2 tahun setengah cukup untuk memenangi hati rakyat jika Najib masih di atas ?

Cukupkah dengan sokongan ahli2 Umno saja ?

Rakyat bukan bermusuh dengan Umno tapi jika diteruskan keadaan sekarang, bukan saja Najib yang ditolak rakyat tapi dengan Umno sekali akan ditolak !

Sekali lagi saya lontarkan soalan - Apa lagi jalan/pilihan yang boleh kita lakukan untuk mendapat Kebenaran ?

Share this article :

+ comments + 68 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 1:35 AM

Marcos tumbang bila rakyat filipina serbu istananya dan marcos + imelda lari bagai anjing bercawat ekor..

Mungkin kita pun kena perambat mat najip tu macamtu supaya timbul pepatah baru lepas ni:

BAGAI NAJIB BERCAWAT ROSMAH

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 31, 2015 at 2:04 AM

1. Laporan polis Datuk Paduka Khairudin pun diperam. Sehingga perlu diadu kepada polis di Perancis & England serta hakim di Switzerland. PDRM hilang kredibiliti.

2. Task Force untuk menyiasat 1MDB kini hanya tinggal nama.

3. MT UMNO terus jadi bisu & pekak. Tidak mahu buat apa2 pun walaupun tahu Najib sudah salahguna kuasa.

4. Menteri2 UMNO terus jadi bodoh sebab hari2 kerja menipu untuk Najib.

5. Parti2 komponen BN senyap sunyi tak berani sentuh Najib.

6. Parti2 pembangkang dayus kerana tak berani buat usul undi tak percaya & menyatakan syarat untuk membebaskan penjenayah liwat baru hendak buat usul undi tak percaya.

7. Harapan kepada pengundi2 di Pekan, Pahang untuk tolak Najib pada pilihanraya. Tapi ini hanya akan berlaku 2 tahun lagi (mungkin lebih lama?).

8. Penolakan rakyat secara keseluruhan terhadap wakil2 rakyat yang tak berguna hanya akan berlaku semasa pilihanraya dan ini terlalu lama.

9. Najib telah disaman dan aduan dibuat kepada lembaga disiplin UMNO. Bila akan ada tindakan selanjutnya ? Perlu tunggu lagi.

10. Nilai matawang kita jatuh merudum teruk hari demi hari. Begitu juga saham2. Pelabur2 Lari. Pekerja2 dibuang. GST tetap sama. Rakyat makin susah.

11. Tidak boleh tunggu lagi. Tindakan segera perlu diambil supaya Najib letak jawatan supaya ada kepercayaan pelabur2 kembali dan ekonomi kembali pulih.

12. Pilihan terakhir ialah protes jalanan atau gerakan rakyat sama seperti yang berlaku di Filipina ketika diktator Marcos yang merompak wang negara/rakyat. Marcos dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri melalui protes jalanan berhari2.

13. Sedih melihat Mahathir keseorangan hanya kerana kita semua bimbang BERSIH itu milik DAP. Sedangkan Mahathir tidak pernah kata beliau menyokong agenda BERSIH. Sehinggakan ada sesetengah penyokong beliau sendiri membelakangkan beliau hanya kerana persepsi ini. Sedih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 2:15 AM

Abg Din,sekali lagi ditegaskan yg Tun tak sokong bershit sebabnya bershit nak jatuh kan kerajaan,manakala Tun nak selamat kan kerajaan sedia ada dan negara dgn turunkan Boogeysman.Tun lebih bijak dan bukan nak bakar kelambu sebab sekor nyamuk..

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2015 at 2:20 AM

Salam merdeka tok din dan sahabat semua.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Aku bukan orang fakta nak bercerita tentang tentang ekonomi dari sudut pasaran saham nilai minyak fiskal defisit apa lan semua. Jauh sekali nak berbahas politik pegangan kuasa majoriti minoriti bla bla bla.. aku orang miskin yang kerja bawah panas menyuap nasi untuk keluarga, yang menilai sesuatu atas REALITI didepan mata. Aku tak hingin nak duduk side sesiapa, sebab tak ada yang hingin nak duduk side aku.

Yang jelas aku nampak ialah: zaman Tun dulu dia pun makan banyak jugak, semua orang pun tau. Tapi aku tak kesah, itu antara dia dengan Tuhan. Sebab yang penting ialah berapa banyak yang diberikan balik kepada rakyat, itu yang membezakan seseorang pemimpin. Dulu mana ada dengaq perebutan Melayu Cina India. Semua dapat makan sama-sama. Tapi sekarang??

Tak payah cerita la nilai matawang masih kukuh takkan effect rakyat yang tak keluaq negara apa semua... Takkan nak tunggu jadi Zimbabwe beli teloq pun kira billion baru nak tersentak...

Aku tau minion-minion hang mesti ada yang dok baca blog ni. Hang dengaq sini, aku taknak hang Najib. Hang tak boleh pakai. Penasihat banyak sangat. Yang bodo semua hang bawak penaik, yang ada otak semua hang tebas buang. Pasai apa hang maki bangsa saudara seagama hang? Lepas tu hang keluaq iklan suruh sehatisejiwa. Hang lah pemimpin aku yang paling tak ada akai. Berapa banyak air mata rakyat menitik kesan dari salah urus hang. Hang jawab lah dengan Allah esok.

#akubukanbangsat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 2:24 AM

Alhamdulillah....tq info n persoalan tuan din..
sedang bersiap2 utk bermunajat kpd Allah agar najib tersentak dan beredar dr kerusi pm....Hanya kpd Allah aku bermohon kerana najib telah menzalimi diriku dgn gst...penipuan wang rakyat...petrol...nilai ringgit...harga barang dll...

Ya Allah...sungkurkan najib dari jadi pm dan Kau angkatlah seorang pemimpin yg lebih adil dan bertimbangrasa...bukalah keaiban najib sbg seorang pemimpin yg penuh mazmumah dan hipokrit dlm hidup sehariannya...
Aku sokong Tun Mahathir n isteri..Moga Allah beri kesihatan yg sempurna kpd Tun n isteri...

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
August 31, 2015 at 2:30 AM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 semua..


"AhJibGo - The EXclusive PM"

-Its a fact that AhJibGo will do anything to maintain power..

-He doesn't care apa Rakyat fikir.. apa Rakyat cakap.. apa Rakyat rasa..

"By Hook or By Crook... By Any Means Necessary.. Dia Dah Tak Peduli"

-IF dulu he resign nicely, he won't be SO HATED macam skrang ni..

-BUT STILL AhJibGo boleh buat "muka selamber" aje..

-MUKA TAK MALU tahap Mega!


"U Reap What U Sow"

-Hari2 kita Rakyat dihujani dgn LIES LIES n more LIES, this has to STOP..

-U can fool some people for some time... TAPI U cannot fool all the people all the time..

-Now Rakyat DESAK U resign.. but still U refuse.. U ni "tak faham bahasa" ke apa?!


"U Lead By Example" -atau- "Kepimpinan Melalui Teladan"

-Pemimpin3 kita dah jadi 'Biadap Terhormat'... Guna macam2 'kata kesat'

-Lepas satu 'bad word', keluar lagi satu 'bad word', lepas tu satu lagi..n then satu lagi..

-Kita nak didik 'Generasi Muda' jadi 'Biadap' ke? Jadi 'Celupar'? Jadi 'Samseng'?

-Ini TAK ELOK for 'Generasi Muda'... IbuBapa pun tak 'sebut/guna' words like this..

-"Nilai2 Murni Malaysia" akan 'PUPUS' seandainya sikap ini berterusan.. Confirm!!!


"The Malaysian Dilemma"

-Hari ni 'Hari Merdeka', tapi kita Rakyat nak sambut pun rasa sebak, sedih, sayu...

-Now kita dijajah dari dalam.. AhJibGo dah 'CENGKAM' Kita.. Tapi masih ada lagi yg 'tak sedar' kita telah dijajah semula.. "Cash Is King" kan???


"Biar Buta Mata -JANGAN- Buta Hati"

Allah AWJ berfirman...
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)


"Saya hadir sebagai solidariti kepada rakyat" - Tun Dr. M :-)

-Moga Allah SWT sentiasa lindungi 'Semua3 Veteran2 Malaysia'

***Ameeenn**


"Sambut Kemerdekaan Dalam Kedukaan"



"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 5:34 AM

1MDB & 2.6bil...... Rakyat mau tahu. Tun M selaku bekas PM dan masih berpengaruh merupakan orang yang paling sesuai bersuara bagi pihak rakyat. Kalau nak minta cikgu di sekolah atau peniaga nasi lemak bersuara, siap mau dengar?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 6:35 AM

Najib takan turun.....tangannya mencekik UMNO semacam ransom...kalau aku jahanam maka jahanam la semua. Para MT shj lah yg boleh melonggarkan jerutan tangan Najib sekiranya masih ada sekelumit rasa jati diri melayu demi kesinambungan generasi akan dtg. Sedih melihat Tun M diambang usia emas beliau masih lagi terpaksa mengerahkan sisa2 kudrat yg ada demi membela nasib bangsa. Tak malukah generasi2 muda kita terutama sekali Pemuda Pemudi UMNO? Haprak punya pemimpin2 muda UMNO yg hanya melihat tanpa rasa bersalah ayahanda sendiri diperlakukan sedemikian rupa. Dasar kacang lupakan kulit...terus-terang saya katakan rasa meluat sikap bermuka2 haprak2 nie dah sampai ke tahap nak ludah je kat muka diorang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 6:45 AM

Apa jua tindakan atau kata2 Tun, jangan sesekali difahami secara direct. Tun banyak memberi mesej secara tersirat hanya untuk sesiapa yang pandai menggunakan akal.

Sebab itulah jangan melihat Tun sebagai penyokong bersih. Tapi lihatlah Tun sebagai seorang negarawan yang telah berputus asa kerana telah menemui jalan buntu. Segala jalan keluar telah tertutup. Tiada harapan sama selali. Tiada cahaya di hujung terowong. Hasrat untuk melihat seorang perdana menteri melepaskan jawatan secara terhormat tidak tercapai.

Sedangkan keadaan dalam negara makin lama makin buruk. Ekonomi kita hancur. Politik kita jugak hancur. Tapi "orang itu" masih tidak mengakui kesilapan sendiri. Masih lagi berfantasi kononnya 3 juta ahli masing menyokongnya. Masih lagi mendakwa ekonomi kita stabil. Sedangkan realitinya rakyat hidup dalam kesempitan dan kesengsaraan. Rasionalisasi subsidi, gst, ketidakstabilan harga petrol, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit adalah mimpi ngeri bagi rakyat Malaysia.

Punca kepada semua kemusnahan ini tak lain tak bukan ialah Perdana Menteri Malaysia. Kesilapan kerana memperkenalkan idea yang menyusahkan rakyat. Kesilapan kerana mengambil nasihat yang salah. Dan paling penting, enggan mengaku salah walaupun dah kantoi. Dengar denyut nadi rakyat konon.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 7:25 AM

Malaysia adalah negara demokrasi,salahkah sesaorang rakyaat yang tidak bersetuju dengan cara pentabiran najib bagi meluahkan harsatnya?.Peduli siapa dia,harap kita jangan jadi lalang sudahlah,mana arah angin tiup maka melentuk.Berdirilah diatas kebenaraan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 7:57 AM

Mungkin juga tsunami cina berlaku sebab orang cina dapat maklumat bahawa Najib senang dirasuah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 9:04 AM

@ anon 5.34am.
Pandangan anda menjadi kurang bijak bila merendahkan dua pekerjaan itu. Saya faham tetapi bila kita membuat perbandingan tetap tidak baik. Kerana guru lah...hari ini kita mungkin telah hidup selesa...kerana penjual nasi lemak kita dapat sarapan yg enak! Kita d dunia ini ada tugas masing2...jadi jgn ada yg terasa dgn kata2 kita. Saya tetap setuju jika sesuatu pendapat itu baik dan bernas tanpa mengira latar belakang pekerjaannya....kerana ilmu itu tidak memilih siapa yg akan perolehinya. Ia bergantung sejauh mana individu itu mencari membaca dan menggunakan kebijaksanaan mereka. Dlm perjalanan hidup saya...biasa bertemu dgn guru yg baik dan penjual nasi lemak yg berkhemah yg mana lebih bagus dari en najib!.
SBB ITU KITA D BERI AKAL.Maka tanya lah diri kita apakah kita lebih bagus dari mereka? Jgn merendahkan org lain utk kelihatan hebat...sia2!
Harap maklum.
Sekian. Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 9:06 AM

Terserlah keberanian Tun. Sanggup pergi ke Bersih yg diketahuu umum mmgnya lubuk segala pembencinya.
Irihati saya terhadap Tun yg mempunyai isteri yg sanggup berjuang disisinya tak kira masa dan usia.
Rosmah sanggup ke buat apa yg Dr Siti Hasmah buat. Banyak kali kita lihat Najib keseorangan. Contoh terbaik masa banjir besar tempoh hari.
Agak2nya kalau Najib dipenjara sanggupkah Rosmah menunggunya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 10:03 AM

Tun tak support Bersih (the organisation) tapi dia support demo yang nak pressure Najib to resign. Orang kurang bijak aje yg tak faham (atau mungkin buat-buat tak faham). Kalau Tun support Bersih, mesti dia pakai t-shirt kuning. Orang Melayu tak ramai join demo tu sebab orang Melayu majority tak support Bersih (the organisation) yg terang2 nak bebaskan Anwar dari jail dan dikuasai oleh pro-opposition.

Rasanya kalau demo tu bukan under banner Bersih... lagi ramai orang datang. Tapi mungkin Cina tak datang pulak. Wallahulam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 10:17 AM

TAbik hormat serta jutaan terima kasih buat Tun Mahathir sekeluarga yang berani dan berkoban hingga akhir hayat dalam menentang segala kejahatan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemegang tampuk pemerintahan Malaysia. Jenayah korup dan salah guna kuasa beliau membawa Malaysia ke lembah kehancuran dan juga pembalasan pedih daripada Allah s.w.t. Akibat salah kiblat kita kepada wang sebagai tujuan hidup maka segala usaha pembangunan selama ini akan musnah kerana tidak lagi mendapat keberkatan Illahi. Ah Jib Ngok janganlah terlalu mementing diri, turunlah ke bawah dan jumpa rakyat sendiri dan fahami apa kehendak rakyat. Kalau Prawan Bugis ini boleh berterus terang sejujur mungkin bagi penerangan atas segala isu wang ringgit yang menimpa nama beliau maka baru kami rakyat Malaysia boleh beri kepercayaan sama ada Perdana Menteri ini masih layak atau tidak untuk duduk kerusi PM.. dan UMno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 10:24 AM

Bodohnya kau..kt Malaysia demo bermusim..pendemo bukan ada telor..kena sergah polis berterabur belum tentera lagi..mungkin kau suka duduk bawah perintah komunia cina..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 10:29 AM

Jelas sekali apa yang Tun sampaikan...tapi sayang seribu sayang,Najib tidak ada "BALLS" utk jawab cabaran Tun. Semua jawapan dari BARUA2 terutama dari Sabah yakni 2 ekor beruk...Salleh Keruak dan Rahman Dahlan. Aku takkan sokong BN lagi pada PRU 14 yg akan datang. Umno dan BN sinonim dengan duit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 10:33 AM

Tindakan Najib tidak ubah seperti Anwar Ibrahim yg memperkudakan SB utk tujuan jahatnya. Tapi pada masa itu Pengarah SB yakni Datuk Moh Said masih cintakan Malaysia. Apa dah jadi dengan IGP Tan Sri Khalid? Mana kesetiaan kamu terhadap Malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 10:37 AM

Ini di panggil "hijacking an event for your own interest"..sekarang baru aku ingat balik kenapa aku tak pernah suka Mahathir..

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2015 at 11:08 AM

Salam Jebat Ahmad,
Saya nk tanya kalau kamu jadi pemimpin, adakah kamu akan kecualikan keluarga kamu dari masuk tender2 kerajaan atau memiliki syarikat?.

kalau kamu jadi CEO PLC adakah keluarga kamu dikecualikan dari masuk tender syarikat? Governance memBolehkan sekiranya proper disclosure dibuat dan CEO abstain dari tender committee. So klu Anak pemimpin ada syarikat plc dan kaya, tak salah. Saya tak dengkis klu lihat Melayu senang. Tapi perlulah dgn proses yg betul.

Selalu segelintir manusia cakap macam maha adil tp cuba kita lihat contohnya bila bapak mati meninggalkan sekangkang kera harta pun keluarga rakus bergaduh menuntut harta. Perggh.

Melayu buta melihat form over substance. Saya nk tanya di zaman pemerintah mana yg rakyat paling senang mengecap kerjaya atau pendidikan. Jawab sendirilah Bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 11:11 AM

Tak siapa suruh saudara suka atau membenci dr. Mahathir. He is true warrior.
And melayu memang mudah lupa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 11:12 AM

STUPID - Knowing the truth, Seeing the truth but

still believing in lies...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 11:35 AM

@Anonymous
and a few orang kampung perished during his reign...ermmm..makes me wonder

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 31, 2015 at 12:13 PM

Assalammualaikum wmt,
Tun M biasa lakukan sesuatu yg pada mulanya tak mampu diterima oleh akal umum.
Tapi bila masa berlalu dan apa yg dibuatnya jadi kenyataan, barulah semua orang l. akuinya. Betul. benar, bagus dan macam-macam kata pujian.

Itulah Tun M yg rakyat Malaysia kenali sejak dulu. Jangkauan pemikiran Tun M terlalu jauh. Yg berpandangan singkat tak mampu nampak apa yg Tun M nampak.

Salahlaku dan salahguna kuasa PM Najib meresahkan ramai rakyat.
Pemimpin yg tak lagi berkuasa nampak apa bakal berlaku dgn cara kepimpinan Najib yg kpd mereka sangat songsang dan merugikan bangsa, negara dan agama Islam.
Maka ramailah pemimpin masyarakat dan politik yg tak sebulu dgn PM Najib tapi mementing keselamatan serta ekonomi negara, pergi jumpa Tun M minta beliau buat sesuatu. 'Do somethings'.

Setelah Tun M merasakan tak ada lagi cara yg boleh dilakukan melalui proses undang-undang, maka itulah yg ada untuk Tun M zahirkan permintaan ramai terhadapnya.

Tunggu dan lihat sajalah apa yg akan berlaku.
Yg lebih penting sama-sama kita tunggu apa pulak tindakan dan celoteh temberang juak-juak Najib yg dipaksa/terpaksa membelanya kerana telah disogok dgn jawatan dan/serta wang.
Wallahh'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 12:16 PM

@Anonymous

"For his own interest" mana nya? Kalau panggil ko bongok kang ko marah. Janganlah bebuat salah paham pulak tujuan tun turun padang bersama rakyat...dia sokong kuasa rakyat untuk turunkan najib, bukan Bersih!! Bersih pun suka dapat tumpang populariti tun....berapa banyak nilai publisiti kat situ dan mereka mahu tun "hijack" event tu untuk impak yg lebih besar ie. lebih ramai orang akan tahu Bersih dan tujuannya berdemo, walaupun tun cuma sokong supaya najib turun. Ko anti tun selama ini ko punya pasal lah....cuma aku rasa kesian jugaklah sbb ko tak tahu whats good for you!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 12:28 PM

MAJLIS RAJA-RAJA melalui wakil para BAGINDA sekelian Yang DI PERtuan Agung ialah jalan terakhir yang masih terbuka bukannya buat gerakan rakyat.

Gerakan rakyat berbau demokrasi tulen dan anti sistem Raja-raja. Juga Raja-Raja kita itu ialah Islam maka ianya juga gerakan anti Islam.

Jangan kita lupa Perdana menteri kita iaitu KETUA GOVERNMENT di lantik oleh Majlis Raja-Raja. Kita bukan negara demokrasi. Siapa kata kita ni negara demokrasi itu bodoh orangnya. Pertamanya Mlaysia itu bukan negara walhal sebenarnya ianya satu peresekutuan Negara-Negara yang bebas Merdeka(periksa kedaulatan States di Perlembagaan Persekutu tak silap artikel 4) Keduanya kita ini yang diperintah secara CONSTITUIONAL MONARCHY dan mempunayai GOVERNMENT/PEntadbiran lantikan feudal (lantikan/ penubuhan Government). Kamu semua pernah pilih/undi Najib jadi PM? Adakah Parliment (forum rakyat) yang melantik PM?

Malaysia bukan Republik. Raja-raja kita bukan setakat cremonial yang selalu di gembar-gembur oleh para demokrat. Kita ini Constitutional Monarchy yakni kausa Raja-Raja di hadkan oleh Perlembagaan tetapi bukan bermakna di hapuskan lansung. Raja-Raja kita ada kuasa juga dalam mempengaruhi Pentadbiran (government).

Raja- Raja Melayu haruslah megembeling tenaga jika Ketua Pentadbir mereka yang mereka lantik aka PM aka Najib sudah hilang fungsi. Contohilah Raja Thailand.

Maka JANGAN SEBUT JOIN BERSIH PILIHAN TERAKHIR. Kenapa kepala semua orang berfikiran DEMOKRAT?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 12:46 PM

salam,
sehingga kini saya masih lagi menyokong tdm dan percaya apa yang dikatakan olehnya. tdm berada di kawasan orang ramai berkumpul menunjukkan sokongan kepada rakyat. dan ditekankan oleh tdm bahawa beliau sokong rakyat dan bukannya penganjur bersih. ramai orang cina bukan bermakna bahawa mereka penyokong dap. kekadang kemanusiaan itu lebih tinggi daripada bangsa dan politik. sebab tu kita lihat ada yang menolong tanpa mengira bangsa kerana dalam jiwa mereka ada kemanusiaan. kritikan kepada tdm lebih kepada tindakan politik. memburukkan dan menjatuhkan orang adalah tindakan politik. tdm memang dalam kedudukan politik kerana ingin menurunkan ahjibgor. tetapi ramai yang lupa, pemimpin yang mereka sanjung juga cakap tak serupa bikin. tegur tdm kata jilat ludah kerana sokong bersih. tapi pemimpin mereka cakap jangan rasuah tahun 2012, 2013 terima rasuah. banyaknya cakap air liur sahaja.
sejarah ahjibgor ialah dia nak lihat kejayaan sahaja walaupun terpaksa berbohong dan tipu fakta. masa ahjibgor menteri pendidikan, ramai yang berjaya dalam peperiksaan, tetapi graf kelulusan rendah dan markah cemerlang diturunkan. saya bimbang begitu juga dalam ekonomi negara, fakta dimanipulasikan untuk tunjuk bagus

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 12:54 PM

Hanya tun dapat menyatukan pelbagai kaum di tanah melayu. Secara saikologinya tun turun ke bersih sesuatu strategi yg amat bijak. Kini totally masyarakat cina menolak kepimpinan najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 1:22 PM

Anon 1024....yg bodoh hang. Yg pekak pun hang. Yg tuli pun hg. Itu semua yg hg kata hanya persepsi. Hg tgk x masa bersih org Cina yg dok tuang ayaq buat org Melayu ambik wuduk. Depa puak umno yg dok laga kita ni. Kita rakyat marhein ni dok aman damai ngan semua Cina Melayu Tamil dsb. Hg sungguh sungguh bodoh tahap gaban. Puak2 ahli umno pun yg ramai mcm hg la sebab tu pemimpin umno boleh jual dgn modal sekupang je hampa semua percaya jadi seribu. Bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 1:46 PM

Kenapa tun refer marcos dan rakyatnya?

1 benda yg negara ni dah HILANG ialah KEBERANIAN!!!...semua takut...bila takut, orang lain pijak...
1 benda aku hormat org philippines ialah dorang x takut!!! Bawa datang semua pihak berkuasa tapi dorang x takut...makin banyak lagi kluar ada....

Baca sejarah philippines...marcos, ramos, Estrada, arroyo...cek macamna dorang jatuh...time si royo pun dia kontrol biru ijau tpi jatuh gak....kena kantoi lagi...

Soalannya....apa objektif anda??? Kalau objektif anda utk pondan bugis turun....maka bersih bukan 1 masalah!!!

Alasan niaga terganggu itu dan ini TAPI apa akan jadi kalau duit makin jatuh, ekonomi rosak, niaga pun kena tutup??? Utk peniaga2, maaf tapi apa yg bersih buat pun mungkin akan menguntungkan kamu jika ekonomi kembali baik dan duit naik...
Yang penting NIAT kita utk bebas dari PENIPU/PEROMPAK/PENGKHIANAT negara!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 3:00 PM

Majority of the yellow shirts are DAPs.That's for sure.We support TDM on the street,but not the Bershit.We want to maintain the current government but not the weak PM and the clueless ball lickers.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 31, 2015 at 3:03 PM

@Anonymous

Sepatutnya saya masukkan point di bawah pada komen saya di atas tetapi saya fikir kerana negara kita diperintah oleh raja berpelembagaan. Yakni, raja2 tidak boleh terlibat secara langsung dalam politik maka saya tinggalkan point di bawah.

9a. Tiada hasil daripada mesyuarat majlis raja-raja mengenai penolakan rakyat terhadap Najib.

Maka, hanya tinggal pilihan terakhir iaitu protes jalanan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 3:32 PM

D minta berehat utk siasat...tak endah.
D minta letak jawatan tak mahu.
Jadi ada baiknya d TANGKAP dan d soal siasat baru dia nak bercakap benar.
Majoriti tidak lagi percaya kpd beliau kerana berkata bohong, mengamalkan rasuah serta lemah serba serbi.
JANGAN MENIPU UTK BERKUASA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 5:36 PM

apa lagi pilihan ?

1. Umno & BN desak najib letak jawatan (Pecat Najib .. hehehe)
2. Undi tidak percaya (perlu kesepakaan PR / BN)
3. Majlis raja raja (boleh guna ke?)
4. Najib disabit kesalahan jenayah (hampir mustahil)
5. Demo Aman Rakyat / Gerakan rakyat (Belum tentu dapat turunkan najib .. kecuali ???????)
6. Najib letak jawatan atas kesedaran sendiri (..entahla)
7. Tunggu pilihanraya (sanggup ?? dan belum tentu juga dapat tukar)
8. Campur tangan tentera ? instihar darurat (buat negara sampai darurat ... extreme)

persolanya sekarang bukanlah pilihan tu.. sepatutnya tanya seberapa lama rakyat boleh bersabar dengan Najib.. atau adakah ahli politik hanya akan sedar bila ada huruhara buruk berlaku dan masa tu semua sudah terlambat.

buat masa ni pilihan mendesak masih lagi secara aman.. kita tak tahu bila ia akan bertukar menjadi mimpi ngeri.

Najib boleh memudahkan semua pilihan diatas dengan meletak jawatan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 6:29 PM

Sabar tuan... Rasanya, tuan ini mesti Guru kot, tu yang cepat naik amarah. Baca apa yang dinyatakan/ditulis, juga baca apa maksud yang tersirat juga. Perbandingan diatas itu sekadar perbandingan sahaja tentang apa pengalaman yang Tun miliki sebagai mantan PM untuk berhujah dengan Najib as PM now.

Tuan sendiri telah akui & nyatakan dengan jelas yang tiap dari kita miliki mahir & kebolehan tersendiri, dalam bidang tertentu, serta tetap menyumbang sesuatu juga pada negara.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2015 at 6:57 PM

Salam
Jalan terbuka luas depan mata tapi ramai yg abaikan.

Kepada seluruh muslimin dan muslimat, marilah kita mendirikan solat hajat memohon agar dipelihara negara ini daripada segala musibah dan kekalutan.

Mohon kpd Allah agar kebenaran mengatasi kebatilan

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2015 at 7:17 PM

Salam Merdeka to brother Din & rakan-rakan disini...

"hijacking an event for your own interest"- Anon 10:37am. Kita semua punyai hak untuk suarakan pendapat kita then brother Din yang punyai hak sama-ada nak siarkan or not cos blog ini milik beliau. Anon 10:37, hujah tuan good but mana faktanya, cerita la sikit.

Siapa sebenarnya yang 'hijacking an event for their own interested ini'...? Tun ke pada waktu ini semata-mata nak naikkan cepat Mukhriz jadi next PM? Sedar ke tuan, Mukhriz perlu berada dalam Parlimen seat & jadi naib presiden dalam Umno then only hajat Tun itu boleh tercapai. Rasanya bukan la satu kesalahan besar later on anak ikut jejak ayah jadi PM juga. Ini berlaku in United State of America.

Bukan kah Najib juga ikut jejak Arwah Tun Razak by jadi PM now... Rasanya, rakyat akan kata bahawa Najib la sebenarnya yang 'hijacking an events for his own interested' by jadikan Umno as his benteng dari serangan rakyat terhadap masalah yang beliau hasilkan now. Memang sangat kuat benteng yang Najib gunakan ini cos if ahli menentang Presiden Umno till tahap ucapan atau fail kes, maka akan dipecat dari kabinet or automatik gugur keahlian dalam Umno.

" Apalagi jalan/pilihan yang boleh kita lakukan untuk mendapat kebenaran".- Bermula Isnin 03/08/2015 (if tak silap saya) bilamana Ghani Patail hadir kepejabat tapi tak dibenarkan masuk then beliau dimaklumkan yang beliau telah ditamatkan jawatan sebagai AG, maka tertutup sudah setakat ini semua pintu untuk kebenaran terbang bebas.

Dulu kala kita tak pandang sangat siapa AG & kuasanya ini kan? Now baru kita tahu, betapa tinggi & hebatnya kuasa yang ada pada seorang AG ini...

Berbaki lebih 2 tahun lagi sebelum pru-14 :- Mampu ke Najib & BN terutama Umno menangi hati rakyat...? Saya or rakan-rakan yang 'atas pagar' ini sangat pasti sudah tahap hilang sabar, hilang simpati pada Umno. Sebahagian kecil ahli Umno sendiri, rasanya mula hilang minat juga. Lagi la maybe 'political donation' sudah terbatas pada pru-14 ini.

Mampu ke PM tumpu pada urusan untuk selesaikan masalah ekonomi kini, sedangkan persoalan lain tetap 'gantung tak bertali...? Jika PM mampu selesaikan masalah Fundamental ini, PM tetap masih ada masalah Perception...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 8:06 PM

@Anonymous

"3. Majlis raja raja (boleh guna ke?)"

YDPA sebagai wakil Majlis Raja-Raja melalui Artikel 55 (2) membubarkan Parliment dan melantik Cabinet (sewaktu Parliment terbubar) melalui Artikel 43 perenggan dua.
----------------------

Article 55

(1) The Yang di-Pertuan Agong shall from time to time summon Parliament and shall not allow six months to elapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first meeting in the next session.

(2) The Yang di-Pertuan Agong may prorogue or dissolve Parliament. ( dissolve --> BUBAR PARLIAMENT) (prorogue ---> gantung Parliment tanpa membubarkannya)


Article 43

(1) The Yang di-Pertuan Agong shall appoint a Jemaah Menteri (Cabinet of Ministers) to advise him in the exercise of his functions.

(2) The Cabinet shall be appointed as follows, that is to say -

(a) the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House; and

(b) he shall on the advice of the Prime Minister appoint other Menteri (Ministers) from among the members of either House of Parliament;

BUT IF AN APPOINTMENT IS MADE WHILE PARLIMENT IS DISSOLVED (jika perlantikan Kabinet waktu Parlimen terbubar) a person who was a member of the last House of Representatives may be appointed but shall not continue to hold office after the beginning of the next session of Parliament unless, if he has been appointed Prime Minister, he is a member of the new House of Representatives, and in any other case he is a member either of that House or of the Senate.

1) Bubar Parliment
2) Lantik Cabinet sewaktu terbubar.
3) Tunggu hingga next Pilihanraya.


Ini salah satu cara selain vote of non-confidence pada Najib. Tetapi Sukar dan mungkin rakyat tak faham --> sebab rakyat selalu ingat mereka yang berkuasa kononnya DEMOKRASI la tu

So terpulanglah pada Majlis Raja-Raja. Kalau Ehsan kepada rakyat.............

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 8:10 PM

Alhamdulillah. Saudara adzzam.
Tu yg sebenar2nya. Kitab lupa kan pasal bersih ni. Sbb event ni sampai sanggup tidur d jalanan.
Alangkah mulia tindakan kita jika bersatu dlm sembahyang hajat. Kita penuhkan masjid2 seluruh negara selama 7 hari.... jam 2 pagi. Buat satu badan menyelaras kerana ini bukan soal kecik.....soal negara. Dah kita org Islam kan ada panduan dan cara menghadapi musibah kezaliman ini. Jgn lah ketepikan soal agama dlm urusan dunia ini. Jika ini dapat d usahakan en najib PASTI tumbang. Saya yakin sangat2. Telah saya sarankan d blog ini...SEMBAHYANG HAJAT adalah jawaban kpd semua permasalahan skrg. Rakyat kata tertindas dan d zalimi dgn kos hidup yg d buat oleh kerajaan maka kita mohon lah dgn sepenuh jiwa kpd Allah PASTI akan d tunaikan.
ISLAM ITU BENAR. Mana mufti? Berani ke pimpin urusan ini? Jgn sembang je...
Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2015 at 8:32 PM

Sekadar sekelumit pandangan.
Kalau betul perhimpunan seperti ini jalannya, kenapa mesti dengan wadah pembangkang?
Dan kenapa BERSIH tidak ubah sahaja lokasi dan masa di tempat yang dicadangkan pihak berkuasa, exp di stadium?
Tun M boleh aja nyatakan pendirian akan hadir jika BERSIH buat mengikut alternatif yang diberikan.
Saya sendiri nakkan Najib turun.
Tapi naluri saya tetap berasa yang pendekatan BERSIH ini tidaklah menepati jalan yang baik.
Kita nakkan yang terbaik mengikut jalan perundangan dan peraturan. Peraturan sekecil ini pun BERSIH tak mampu ikut.

Kehadiran TunM akan jadi rekod hingga ke akhir zaman yang akan juga jadi hebahan pembangkang dan ikutan generasi baru sampai bila2.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2015 at 8:34 PM

Adus..turun je tgk bersih kena maki dan kutuk la,nak ambil tindakan la..bkn Tun pakai baju kuning pun.Yg ckp belit2 ,korner2,rm 2.6b kejap derma kejap itu ini.Tpm dah plak jmpa org derma tu,mcm2 lah.Kalau dah tau umno kuat bubar je parlimen tgk Bn kuat x blh menang majoriti.Atau suruh ahli umno buat undi sokong presiden ke x? Nak jd kan Tun kambing hiyam nampak sngt takut dgn dia.Salleh tun Keruak..cukup2 la nak ampu Pm.Cakap x guna la..Suruh umno bersih dulu jgn ckp x serupa bikin!! Kami ahli Umno pun dah meluat..

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 31, 2015 at 9:13 PM

Buat Sdr Anon 10:17AM.
Ini lah perbezaan yg amat ketara antara Najib & Tun Dr. Mahathir.

Seorang ahli politik akan memikirkan tentang Pilihanraya akan datang tetapi seorang Negarawan akan memikirkan tentang generasi akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 9:13 PM

Kami yg atas pagar ni pun meluat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 9:41 PM

Kami pun sama......benci dgn en najib bukan umno....tapi umno mesti d cuci jugak. Ramai daki2 dlm tu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 9:57 PM

Kerajaan telah mengurangkan beban kepada pembayar cukai pendapatan dengan tidak mengenakan cukai bagi warganegara yang berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak yang berpendapatan lebihkurang RM40,000.00 setahun. Ianya amat disokong dan bersyukur. Sekaligus individu yang berpendapatan tersebut merupakan majoriti dari penduduk di Malaysia.

Apabila GST diperkenalkan pada April 2015, apa yang dinikmati oleh majoriti penduduk Malaysia iaitu penghapusan cukai pendapatan tersebut seolah-olah telah diberi nafas baru. Apanya tidak, kerana setiap pembeli dari majoriti penduduk Malaysia yang berpendapatan sedemikian telah terpaksa membayar Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) kepada kerajaan untuk setiap sen yang dibelanjakan. Ini bermakna secara tidak lansung cukai pendapatan dikenakan semula ke atas golongan tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 10:42 PM

Bila majlis raja raja nak bertindak?
Apa guna MT umno kalau presiden bermoral rendah tapi masih menurut?Persembahkanlah masalah ini pada raja raja...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 10:48 PM

Masalah mereka ialah lokasi yg tidak strategik untuk berdemo...mereka perlu ke lokasi yg strategik dan tak perlu saya memberi idea dimana..
Kalau setakat dlm stadium cai najip gelak guling aje..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 10:57 PM

Tuan.bilamana undang2 diterbalikkan apa lagi cara yg ada?tiada rusuhan berlaku pun...kerana mereka tidak diketuai oleh perusuh tegar yg sedang berehat.dalam mt umno sendiri pun tak berani bersuara dalam kabinet semua hangguk2 apa pilihan rakyat?lapuran polis?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 11:13 PM

Solat tu aku sokong. Jgn tunggu satu malaysia solat. Hati bersih solat dgn rendah diri. Kita pun ade tk betul. Jgn tgk org je tk betul. Tk pyh tunggu mufti ke ape ke. Doa direct je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 11:14 PM

At least belajar sumthin info baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2015 at 11:15 PM

Aku atas pagar gak. Tgk je . yg aku yakin aku tk kan undi Dap wlaupun . ...tambah dn yg seankatan dgn Dap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 1:24 AM

Keburukkan pemerintahan Najib menutup kejahatan Bersih buat seketika.Solat semata-mata tidak menjadikan seseorang bijaksana.Perjuangan PAS dan PKR adalah untuk jatuhkan kuasa Melayu.DAP pecah dan perintah,tetapi PAS tukang pecah tapi tidak perintah.Setiap hari kah cina itu tuang ayaq ketika kamu berwuduk?Islam sangat berbeza dengan agama bawaan tok guru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 1:33 AM

Hahaha... Nk bergurau sikit yea tuan stress sangat pun tak elok untuk diri kita.

Robin hood dulu kala mencuri then sedekah kepada yang miskin. Robin hood kini pula mencuri dari rakyat then sedekah semula kepada rakyat.

Aduihhh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 1:53 AM

Umno bnyk ckp..propa lebih,mmg kami syg umno tp kami x syg pemimpin2 yg kaki ampu dan sapu duit untk diri sendiri.Org lain pun sapu jgk,tp x lah menyusahkan rakyat.Ckp belit2,org kg pun bkn bodoh wahai pemimpin2 Umno yg diatas.Malu la..psl 1mdb semua pun terlondeh.Mungkin prinsip Umno skrg Peduli Apa Aku Janji Masyuk,Persetan Dgn Rakyat.Mana Maruah Umno konon memperjuangkan Islam dan melayu??Malu la jd ahli Umno jika mempunyai pemimpin yg mcm Union Of The Snake!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 1:56 AM

Malu la.. Nak kutuk2 org tua yg umur 90an.xde kelas la pemimpin2 Umno.Tun tu jd ancaman?? Bravo Tun..Kita tgk Umno tunggang langgang slps Tsmy di lucutkan sbg timb pres.Talqin untk Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 8:02 AM

Melayu mmg mudah lupa
Kacang lupakan kulit.
Bukan segelintir tp kebanyakkan
Pahit itulah kebenaraanye

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 11:05 AM

aminn....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 11:15 AM

terbaik bro...raja2 kena bersatu smua, jgn hanya sultan johor dan sultan perak sahaja, raja2 sepakat insyaallah agong boleh bubar parlimen

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 12:51 PM

Najib takut bila turun kena hadap mahkamah n penjara, nak lari mcm thaksin takut malu keluarga dan keluarga mereka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 12:56 PM

salam bro, artikel terbaru chedet http://chedet.cc/?p=1857, menceritakan kenapa Tun turun bersih. sama seperti artikel bro.

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2015 at 3:59 PM

Din,

Walau apa pun justifikasinya Tun tak sepatutnya pergi ke perhimpunan bersih. Saya bekerja disyarikat Cina. Mereka gembira yg Tun turut sokong mereka. Jika kerajaan Melayu ni tumbang kpd DAP apa akan jadi. DAP boleh bekerjasama dgn PAP Singapura menubuhkan negara baru yg dikuasai oleh China. Ada 95 kerusi Parlimen di Singapura. Jika dicampur dengan kerusi Parlimen di Malaysia orang Melayu tidak akan dapat bangu lagi.
Kuasa non eksekutif raja2 Melayu tidak akan dapat menyelamatkan orang Melayu.

Din sudah2 lah berkempen untuk Tun menumbangkan Najib. Biar nasib Najib ditentukan oleh orang UMNO bukan orang2 China dijalanan yg dibantu oleh Tun M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 4:58 PM

Raja perak ada comment ke hal najib nie? Ingt tengku johor je yg comment. Kalau yg muda2 mc raja nazrin,tengku jb push kan best ada harapan, tp apakan daya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 6:15 PM

Saya stuju dgn esa adam. Kita ada e.g. akan melayu d spore. Dap/cina sebenarnya sudah berjaya. Tggu masa mereka ni nak take over putrajaya. Dan ketika itu ramai melayu akan terduduk trus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 6:26 PM

@Esa Adam

Ko jadi balaci kat syarikat cina DAP ok pulak ??

aku tau tujukan ko bukan nak jadi balaci cina DAP.. tapi cari rezeki halal.

sama macam Tun la.. Tun pergunakan bersih untuk sampaikan suara dia kepada kerajaan dan rakyat.

TV3 tak akan tunjuk punya ucapan tun kecuali yang boleh dispin untuk kepentingan najib.

Tun Bijak gunakan peluang.. sama maca ko bijak keja kat syarikat cina DAP untuk dapatkan rezeki halal

politik ni bro ko kena paham.

lagi satu tujuan tun adalah takut jika najib terus memerintah keadaan lebih buruk berlaku

aku tak sokong bersih jauh seekali DAP, tapi aku juga tak sokong kepimpinan najib. tapi aku hormat tindakan TUN.

Tun pasti dah fikir semasaknya sebelum ambil keputusan untuk sertai bersih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 10:31 PM

Baik buat dlm rumah masing2 jer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2015 at 1:24 AM

Mudahnye melayu di mainkan dgn idealogy perkauman. Sbb tue xmaju lg kot.for 22 years Tun try to educate the malays, but he failed and he will not succeed any time soon. Utk direnungkan bersama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2015 at 2:13 PM

Ya mmg benar Tun bijak gunakan peluang iaitu semasa kehadiran rakyat yg ramai. Kita Melayu ni kadang terlalu cepat buruk sangka. Bkn senang nak kumpulkn org yg begitu ramai. Itu sbb saya cadangkn slps solat Jumaat, tunjukanlah kesepakatan kita sbgai Melayu Islam yg kita mahu Najib dan konco2 nya letak jawatan dan disiasat.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 8:53 PM

Waalaikum salam Bad.
Cuba hang baca balik apa aku tulih tu.. ada aku tulih aku sempurna ka? ada pernah aku pertikai bab tender ka? Ada pernah aku persoalkan kronisma? Lantak pi lah hangpa nak makan berapa banyak pun, aku peduli apa.. kan dah terang dah aku tulih tu.. bacalah dulu baik-baik sebelum teruja nak reply. Hang baru jumpa keyboard ka??
Aku bercakap suara hati kebanyakan orang-orang sekampung dan setaraf dengan aku, yang aku jumpa hari-hari selepas lelah bekerja kat kedai dan kat surau, yang rata-rata merintih. Aku dah tulih jelas yang aku tak pandai ekonomi, politik, fiskal defisit apa lan semua - dan kami tak peduli pon soal tu aku habaq kat hang.
Yang kami peduli ialah harga beras, harga gula, harga minyak. Yang kami peduli ialah bila baca cerita lain, bila dengaq cerita lain, bila tengok berita lagi lain cerita dia. Yang kami peduli ialah kepincangan dalam kesatuan Islam dan bangsa Melayu yang semakin nampak retaknya. Itu yang kami orang kampung ni risaukan. Tak pernah dalam hayat kami rasa tak selamat macam ni..
Hangpa pemimpin nak makan banyak mana pun aku peduli apa. Tang mana yang aku dengki?? Kami rakyat taraf bawah takdak suara nak menghalang.. Hangpa nak telan berapa billion sukahati hangpa lah. TAPI BERAPA BANYAK YG HANGPA PULANGKAN KEPADA RAKYAT ITU YG MEMBEZAKAN SESEORANG PEMIMPIN. Itu saja yg aku luah.
Yang hang pi cerita bab CEO PLC abstain governance tu semua tu mai celah mana?? Ke hang nak tunjuk kepandaian sembang hang taraf eksekutif dan berapa modennya ilmu hang?? Kalau itu yang hang mintak aku sebagai orang kampung ni jawab, maka jawapannya; "Aku tak peduli pon, 'bro'. Percayalah.."
Telaah la dulu.. jgn terjah ja. Keyboard tak lari.. 'bro'..

Wallahualam.

Post a Comment