........... Terima RM1 Juta Dari Najib Satu Perkara Biasa - Siapa Lagi Yang Pernah Terima Duit Dari Najib Sila Tampil ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Terima RM1 Juta Dari Najib Satu Perkara Biasa - Siapa Lagi Yang Pernah Terima Duit Dari Najib Sila Tampil !

Thursday, August 20, 201578comments

Semalam Shahrir mendakwa rakyat sudah menerima penjelasan kerajaan mengenai isu RM2.6 billion dan turut menyindir pengamal media sosial sebagai syok sendiri dalam isu berkaitan. 

Ramai yang dah baca pendedahan Sarawak Report mengenai beberapa pemimpin Umno yang didakwa menerima wang dalam jumlah yang besar daripada Najib secara peribadi dan ini termasuk Shahrir sendiri yang membuat pengakuan.

TMI 17/8
Saya percaya Shahrir juga amat yakin yang rakyat turut menerima alasan bahawa pemberian wang seumpama itu merupakan satu perkara biasa.

"Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian saya jika bukan dari presiden parti saya sendiri?," - juga dilapor oleh mStar.

Isu ini kemudiannya terus senyap ..... mungkin benar rakyat sudah menerima pemberian wang dari seorang PM, contohnya Najib dalam kes ini sebagai satu perkara biasa !

I don't know la...... Pemberian RM1 JUTA dari akaun peribadi Najib sebagai PERKARA BIASA ? ?

Turut dikaitkan adalah nama2 seperti Mat Maslan dan Mas Ermieyanti walaupun mereka tidak memberi komen. Kenapa tidak ada pihak yang mahu mendapatkan pengesahan  dari mereka tentang dakwaan ini ? Adakah kerana ia satu PERKARA BIASA ?

Maaflah .... saya tidak dapat menerima perkara seperti ini sebagai satu PERKARA BIASA. ( PS - Isssh, jangan salah faham. Saya sebut ini dalam konteks POSITIF. Baca dulu seterusnya .... )

Kalau menerima peruntukan dana kerajaan bagi pembangunan kawasan ..... ya, itu perkara biasa.. Kalau menerima peruntukan dari Parti bagi tujuan sama ..... ya, itu juga satu perkara biasa. Tapi BUKAN dari akaun peribadi pemimpin !

Tiga persoalan segera timbul .... Pertama, berapa ramai lagi yang pernah menerima wang dari akaun peribadi Najib ? Kenapa mereka ini tidak mahu tampil membuat pengakuan ? Adakah perlu tunggu pendedahan dari media seperti Sarawak Report baru mereka mahu mengaku ? 

Setakat 3 nama yang disebut ( dan hanya 1 yang mengaku ), BUKANlah satu perkara biasa. Siapa lagi ? Adalah lebih baik mereka tampil sendiri dan buat pengakuan sebelum nama2 mereka didedahkan kerana saya percaya SR mempunyai senarai yang lebih panjang. Kalau nak tunggu didedahkan baru nak mengaku, rakyat akan punya tanggapan negatif ...... sepertinya mereka ini rasa bersalah dan malu untuk tampil mengaku.

Jika dana itu bertujuan untuk pembangunan masyarakat, seharusnya mereka bangga kerana kerana punya inisiatif untuk bergerak mencari sumber dana selain dari peruntukan kerajaan dan/atau parti. Kenapa tak nak orang ramai tahu ? 

Hmmm ..... akhir2 ini ramai yang buat perkara kebajikan secara senyap2 .... ek ? Murninya hati ....

Kedua, berapakah jumlah yang mereka semua terima jika perkara ini merupakan satu perkara biasa ? Berapakah yang telah dibelanjakan dari poket peribadi Najib untuk perkara biasa ini ? Kalau Shahrir sorang saja dapat RM1 juta begitu saja ...... WOW! Pasti berjuta-juta RM telah didermakan oleh Najib untuk rakyat ..... TANPA diketahui ! 

Seharusnya mereka yang pernah menerima dana seperti itu daripada Najib tampil kerana pendedahan perkara ini pastinya akan membantu memperbaiki imej Najib yang semakin teruk tercalar ketika ini ! Saya tidak dapat menerima kenyataan seorang penderma yang sanggup mengeluarkan berjuta-juta RM dari simpanan peribadi demi membantu rakyat secara SENYAP seperti Najib mendapat kritikan negatif dari rakyat ..... INI TIDAK ADIL !

Najib seharusnya mendapat pujian yang melambung2 bukan saja dari rakyat Malaysia, malah dari seluruh dunia ! Tidak ada pemimpin lain di dunia seperti ini ...... pastinya cerita Perdana Menteri Malaysia yang menderma berjuta-juta RM secara senyap ini bakal menjadi bualan rakyat sedunia ...... malah bakal menjadi satu kisah teladan yang diturunkan antara satu generasi ke generasi yang lain ! Tak bangga ke ??? ( macam cerita Khalifah Umar... gitu .. )

Ketiga, kalau Najib sanggup bersedekah sebegitu banyak, berapa pula wang yang dimiliki beliau ? Kemungkinan besar dana itu datangnya dari derma RM2.6 billion yang diterima oleh Najib dari seorang penderma billionair yang juga tidak mahu dikenali.

Mustahil Najib punya simpanan berjuta2 RM dan sanggup bersedekah pula berjuta2 RM dengan pendapatan resminya !

Nah ! Inilah peluang terbaik untuk pemimpin2 Umno membantu menyelamatkan imej Najib. Mereka yang pernah menerima sumbangan dana dari akaun peribadi Najib seharusnya tampil beramai2 secara sukarela kerana ini akan menjawab sebahagian persoalan RM2.6 billion itu. Ia bakal membuktikan bahawa dana itu sememangnya digunakan untuk pembangunan rakyat !

Apa yang nak dimalukan ? Kan ia satu perkara biasa .... 

Saya jadi kesian pula kepada pemimpin2 yang mengatakan mereka tidak ada menerima sebarang dana dari akaun peribadi Najib ..... seperti Muhyiddin, Shafie dan yang terbaru Anifah Aman  -





Yalah, kan ia satu PERKARA BIASA ?

Share this article :

+ comments + 78 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:09 AM

Bro.. memang perkara biasa, yang sangat luar biasa.. he..he..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:12 AM

Saya tidak tahu apakah hukum apabila dana untuk sesebuah organisasi dimasukkan ke dalam akaun peribadi salah seorang ahli/ ajk/ Presiden/ Pengerusi/ Ketua organisasi tersebut. Ada sesiapa yang tahu? Saya minta pencerahan. Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:22 AM

Biasa yg luar biasa.....en najib terbukti telah memusnahkan sistem pentadbiran negara dgn strategi wang adalah segala2.
Sedikit sebanyak bukti betapa kekayaan barisan menteri atau ketua2 umno terjawab. Ternyata perjuangan mempertahankan kedaulatan bangsa terhakis sama sekali. Apa yg melayu ada selain kuasa memerintah?TIADA
Perbuatan kecurangan ini bersaksikan berjuta rakyat yg bukan sahaja terdiri dari bangsa melayu bahkan semua. Tidakkah kita terpanggil utk sama2 bertanggungjawab menghentikan perbuatan jijik ini? Juta2 dari pemberian peribadi....biasa? Bull***t!
Kita d msia skrg menjalani hidup hasil tipu muslihat pemimpin tamak haloba. Ini amat membahayakan dlm tempoh jangka panjang. Terbukti sudah kita telah hancur. Maruah tiada lagi demi kelangsungan hidup mereka.
APAKAH INI YG KITA MAHUKAN SEBAGAI SEBUAH NEGARA MERDEKA?

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 9:29 AM

biasa bagi mereka .. tk biasa dibuat oleh kita. matlamat menghalalkan cara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:31 AM

Terlebih biasa ni....selalunya pemimpin umno akan sembah taikun2 seperti Vincent tan Dan Ananda....Kali ni najib pulak!!!???bagi saya seminggu untuk pikirkan hal ini!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:32 AM

Saya pasti rakyat senyap sebab tau suara mereka tak de nilai di mata kerajaan korup macam ni.

Ssmua pakat tunggu pru.

Mungkin ada yg berharap undi tak percaya jadi kenyataan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:33 AM

Dah jadi perkara biasa pulak. Dulu beria-ia menolak segala dakwaan Sarawak Report. Tohmahan belaka. Kini rupanya dah biasa buat rupanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:38 AM

Cash is king....nak minta rm 50 boleh...nak isi minyak motor dan beli pampers anak...minyak rm10...pampers rm11 20 pcs...makan tgh hari masa kerja...nak tunggu gaji 28 hb ni.....duit masa raya hr tu dah bajet cukup2 pun boleh off bajet....ohhh lupa...top up rm10.60....smua ada gst....tolong najib...rm50 jeeee...bukan bnyk pun....hr ni pun sarapan je boleh....tgh hari berlapar smpi ptg...mlm karang baru makan nasi wife masak...lauktelur goreng dgn kicap....menu rakyat marhaen....

Maklumlah...kita bukan org2 yg joint politik ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:45 AM

Cubaan......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:53 AM

Saya nak juga.......saya nak juga.....@Anonymous

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:56 AM

Bro Din,

Ni macam jerangkap samar je bunyinya.
mau meroyan pasni macai-macai ah jib

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 9:56 AM

Bro din, cuba check mana najib dan rosmah ada ogos tahun lepas... SR pun dah report najib spend usd1 juta shopping.. jgn salah faham ,bukan nak cari salah najib. Nak buktikan SR salah je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 10:15 AM

Kalau Najib berani, sila laksanakan PAU segera. Kita buat pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden secara terbuka. Biar 3 juta ahli memilih sendiri pemimpin atasan UMNO dan pastikan undi dibuat secara rahsia. Jangan ada sebarang ugutan atau tindakan terhadap mana-mana ahli UMNO. Muhyiddin patut diberi peluang untuk mencabar kedudukan Najib sebagai Presiden dan Shafie Apdal pulak diberi peluang mencabar Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 10:17 AM

kepada encik najip..sila dermakan rm1juta kepada saya. saya janji akan jadi keyboard warrior yang akan jilat anda sampai licin. bro dinturtle ni akan saya pelangkung habis2an dan semua tukang komen yang dok kutuk anda akan saya balas balik hujah mereka..anda toksah percaya para menteri dan wakil rakyat tu..mereka memang dah kaya raya. bila anda jatuh anytime soon, mereka2 semua itu akan cari dahan baru untuk jaga perut mereka..

apa lagi encik najip..sila dermakan rm1juta kepada saya secepat mungkin. hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 10:23 AM

Katakanlah seorang Ketua Bahagian menerima RM1 juta. Kita tanyakanlah kepada AJK-AJK di bahagian tersebut. Adakah mereka jugak telah menerima habuan masing-masing daripada peruntukan RM1 juta tersebut ? Daripada AJK bahagian tersebut, adakah ahli-ahli di peringkat akar umbi pon turut sama menerima pemberian tersebut ? Kalau ahli-ahli akar umbi tak terima, adakah sebarang projek kebajikan atau kemasyarakatan telah dilaksanakan di bahagian tersebut ? Jika duit itu telah dibelanjakan, kita nak tau jugak apa yang dibuat dengan lebihan atau duit baki. Apakah duit baki itu disimpan ke dalam tabung bahagian atau dipulangkan kembali ke sumber asal (akaun peribadi PM). Senang cerita macam nilah, selagi tiada audit yang benar-benar meyakinkan, duit yang diterima oleh bahagian masih dianggap sebagai misteri. Misteri kerana boleh dipertikaikan sama ada ia wujud atau dakwaan palsu semata-mata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 10:26 AM

Saudara Din, derma RM 2.63 bilion tu dah jadi bukan derma untuk UMNO, dah bertukar kepada derma untuk negara dari Arab Saudi sebagai menghargai Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah serta untuk memerangi ISIS.

Pelik juga saya, ISIS tak wujud lagi masa wang derma itu diberikan, macam mana Arab Saudi tiba-tiba nak beri penghargaan untuk perkara yang belum berlaku?

Zaman Najib adalah zaman transformasi, dulu Government Transformation Program (GTP), Economic Transformation Program (ETP), sekarang dah jadi transformasi dari tunai ke aset, aset lepas tu transformasi lagi pula ke unit. Tak cukup dengan trasformasi tu, datang pula transformasi baru, derma kepada parti dari tok arab yang ikhlas ber'trasnformasi' kepada derma kepada negara oleh Arab Saudi pula.

Najib sedang pelingkup UMNO dan pelingkup Barisan Nasional kerana nak sorokkan skandal jenayahnya, tapi ahli-ahli UMNO rileks saja biarkan parti mereka dijahanamkan, mereka ni seperti terlalu suka dan gumbira melihat parti mereka dijahanamkan oleh pemimpin pengkhianat seperti Najib ini, apakah bagi ahli-ahli UMNO sekarang ini skandal jenayah Najib ini perlu dipertahankan, dibela habis-habisan, pelingkupkan parti pun tak apa?

Kalau beginilah keadaannya, nanti dalam PRU 14, hanya ahli UMNO sahaja kot yang akan undi calon Barisan Nasional, dengan 3 juta orang ahli tu, boleh ke menang PRU 14 yang dijangka lebih dari 13 juta orang pengundi kelak?

Ahli-ahli UMNO ada jawapannya, samada mereka sayangkan parti, atau nak membodohkan diri melindungi jenayah pemimpin mereka hingga parti sendiri lingkup punah ranah.

Sedarlah semua.

Ikhlas dari,

Abu Bakar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 10:30 AM

Persoalan yang timbul di sini ialah :

1. Siapa penyumbang sebenar derma RM2.6b ? Adakah seorang individu, syarikat atau NGO ?
2. Siapa penerima derma RM2.6b ? Adakah Ketua Bahagian, ahli-ahli UMNO atau yang tiada kaitan dengan UMNO ?
3. Apakah tujuan atau sebab sebenar derma itu diberikan ? Mana ada orang nak kasi derma free-free ajer tanpa sebab.
4. Apa yang dibuat dengan baki derma tersebut jika derma itu tidak habis dibelanjakan ?
5. Kenapa Bank Negara, SPRM, LHDN dan PDRM tak ambik kesah apabila sejumlah besar wang masuk ke dalam akaun peribadi seseorang ? Kenapa tak disiasat kemungkinan ada unsur jenayah ke atau apa-apa kesalahan mengikut undang-undang negara ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 10:41 AM

Kalau dah "Matlamat Menghalalkan Cara"...Semuanya menjadi amalan biasa..Kan Malaysia BOLEHHH...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 10:47 AM

..dah lama beno jadi MP
..kononnya berniaga kedai dobi...
berprinsip le sangat.. kosongkan kerusi JB, resign entah apa jawatan tak lama dulu
.... rupa rupanya.. prinsip ke dia.. tak chukup chukup..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 10:55 AM

Lepas ni syoklah para pemakan rasuah menerima rasuah berjuta-juta dan berbilion-bilion banyaknya, bila ditangkap, boleh pertikaikan, kata itu wang derma, tak patut ditangkap, malahan tak boleh dedahkan penderrmanya, kerana dia seorang yang ikhlas.

Najib dah mula mengajar penjenayah untuk merosakkan undang-undang dan menjahanamkan negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 10:57 AM

Jikalau dilihat daripada air muka ternampak rasa "bersalah".

Mana boleh suka suka terima duit dari presiden. Mesti ada tulisan - untuk apa, wang dari mana, berapa dah belanja, berapa baki ...

Ini bukan duit raya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 11:11 AM

Ni semua cerita cerita karut dari ahli politik dan pemimpin yang mengarut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 11:13 AM

My Dear Bro...
Ini perkara biasalah bro.. yang luar biasanya macam kami pencacai bawahan yang tak dapat derma walau sekupang...kalau kita perati muka pemimpin kita dah tak ada nur langsung dah. Didunia mungkin boleh lepas.. nanti lah hukuman ALLAH. Duit tak dapat membeli malaikat. Ingatlah wahai najib dan kuncu kuncu kamu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 11:16 AM

duit derma juga diberi kepada negara2 lain.. contohnya selatan thailand dan filipina. eh- nampaknya korang lbih tahu duit derma tu dari empunya badan (pemilik akaun peribadi).. dan adakah duit kepada mereka juga dimasukkan kedalam akaun peribadi??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 11:25 AM

Abang Din,
Saya amat-amat khuatir apabila politik suap menyuap ni semakin berleluasa, bala Allah yang bakal tertimpa kat pundak kepala kita akan lebih dahsyat. Rasanya akan ada lagi musibah sedemikian dan bersiap sedialah kita akan kesannya. Jangan salahkan takdir kerana kita yg memilih sendiri jalan ini (melalui pemimpinyg kita lantik)..

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 11:33 AM

Rasanya..dah tiba masanya kita ramai2 humbam pemimpin yang terlebih cerdik ni ke dalam tong sampah macam negara lain buat...tak habis2 memperbodohkan rakyat...ingat rakyat zaman sekarang ni bodoh macam depa? Humbam dalam tong sampah baru puak2 makan rasuah ni ada akai....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 11:40 AM

Djepun ada atromen di amarika ada bat man di malaysia ada dermamen.anda ada masalah jgn risau dermamen akan dtg melayang bersama jet peribadinya.eh nak terbang kemana pula tu.sekejab dermamen nak pergi beli beg biskin dulu bersama memnya.warna blue saphire blum ada kasi sama dgn cincin.anda sendiri mahu ingat la ye.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 12:00 PM

Janganlah memperbodohkan diri sendiri, Rakyat pun tak akan tertipu lagi. Masih ada masa untuk UMNO memperbetulkan kesilapan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 12:08 PM

Duit berbilion blh beli tiket melancung walau ke bulan maupun matahari..kaku sanggup lah..to duit sebnyk itu belum menjanin najib n rosmah boleh beli tiket ke syurga.....selagi duit yg najib dpt dan diberi kpd org itu was2....syuega bukan milik kalian...fikirlah...solar siang malam tp dok mentedarah duit yg tk betul hujung pangkalnya....tunggulah azab Allah swt...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 12:11 PM

kalu ampa nazir kt masjid terima tip dari jemaah masa tgh duk collect sedekah utk masjid. tip tu bukan hak ampa tp hak masjid. sebab ampa memang dah terima upah utk buat keja tu. lain kalu ampa memang buat keja sukarela xdak terima upah dari sesapa.

serupa jugak kalu ampa pi restoran kat luaq negara. tip yg ampa bagi tu depa akan kumpul utk share semua pekeja. sebab bukan dia sorang yg keja kat situ. depa sedaq tip yg dia terima bukan hak dia. depa follow style org muslim.

hat citar depa yg terima derma tu. ampa pikiaq sendiri lah nah. kita xbleh nak abaq camna lagi ..depa xdak masalah nak tekan brek emergency pastu pi pusin citer kut lain pulak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 12:18 PM

Mengong. Sama macam cerita Mat 3.85 rasa dia kena boo dari 'orang luo (luar)'. Tak taula orang luar dewan ka, orang luar negara macam Bangla yang Zahid bawak masuk atau puak pelampau IS yang jadi topik utama Najib. It happens so what?..... kata depa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 12:19 PM

"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," .......

kencing? wAJIB cuci NAJIs

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 12:22 PM

saya sebagai YDP PIBG bolih lah lepas ni mointa derma dimasukan ke akaun peribadi saya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 12:28 PM

SO CAMNE NI PARA BLONGANG PRO NAJIB SEKALIAN? korang semua dapat RM 1 juta jugak ke? kalau tak, memanglah korang bangang. kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 12:29 PM

yang paling bikin aku sakit hati, PAC mana? kononnya awal bulan Ogos nak panggil arul kkekanda dan sorang mamat lagi kan? apsal takde cerita pun?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 20, 2015 at 12:57 PM

Assalammualaikum wmt,
Inilah bukti tak baiknya apabila wang derma ke ape ke, disimpan oleh Ketua dlm akaun peribadi. Sudah tentu agihannya tak sama rata. Ada yg dapat ada yg tidak. Siapa yg cekap dapat. Siapa yg baik dgn boss pun boleh dapat. Dan yg paling utama, siapa yg pandai bodek boss dan isteri boss, lebih banyak ler dapat habuan. Bukan saja duit malahan jawatan yg ada kalanya tak sepadan dgn pengalaman dan kebolehan akademik seseorang.

Kisah derma 2.6b ringgit ini sebenarnya menimbulkan masalah dlm kepimpinan UMNO peringkat bawahan. Perasaan syak wasangka kpd seseorang ketua itu ada dapat duit free dari Najib berkentayangan. Hasad dengki dan fitnah pun jadi semakin melebar hasil bisikan iblis.

Justeru, tak mustahil isu duit derma dlm akaun Najib ini akan membawa masalah lebih besar perpecahan sesama pemimpin UMNO peringkat bawahan. Itu belum kira persepsi rakyat. Kalau yg positif tu tak apalah. Tapi bagaimana dgn yg berpersepsi negatif? Yg melihat pemimpin mereka korup atau ada wang tersembunyi pemberian Najib yg tidak sampai ke bawah? Walhal pemimpin itu tak terima pun. Kan payah jadinya dan mudah menimbulkan perpecahan sesama sendiri dlm parti.

Tak taulah apa nak jadi dgn isu duit derma ini. Semakin hari semakin parah. Segala pendedahan baru tak mampu ditepis malah terpaksa diakui atau terus membisu. Bila yg terdakwa membisu, maka lebih teruk lagilah sangkaan buruk dikalangan masyarakat umum. Ketika itu, duit sendiri pun akan dituduh sebagai duit pemberian Najib.

Lepas ini tak tahulah berita apa lagi yg akan didedahkan.
Wallahhu'alam/

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
August 20, 2015 at 1:04 PM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 sekalian..


"The Instant Millionaires Club" - Oh ada ahli baru la! Who is next eh?


"Budak sekolah beli aiskrim pun kena GST"

***Tepuk dahi dalam geram**


"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 1:31 PM

Hullo Shahrir! Sudah masuk berapa juta.Dari Najib RM1 juta + ??. Dari Pak Dollah berapa juta? Dari Mahathir berapa juta? Tolong jumlah semua?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 1:53 PM

Diawal isu 2.63B = derma ini meletup dulu then kita tertanya-tanya kenapa hampir seluruh ahli Parlimen & ADUN BN membisu seribu bahasa. Now rasanya kita dah boleh agak & tau sebab mereka2 ni jahit mulut.

"Waktu ambil duit dulu, mereka diam. Bila saya diserang, sepatutnya mereka serang kembali, pertahankan saya"- PM.

" Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian saya jika bukan dari Presiden parti saya sendiri? "- Shahrir.

Betul juga apa kata Tan Sri ini... But bila teliti betul-betul then macam tak betul je pun yea gak. Patut minta la dari Bendahara BN or Umno, ini menampakkan legal & bersih. Kenapa minta duit peribadi Presiden...?

Minta dari Presiden ini memang tak salah apa pun. Kami cuma nak tau gak, 1 million ini Shahrir terima dari duit BN & Umno ke or datang peribadi dari Presiden...? Boleh Tan Sri jelaskan sikit, kan rakyat bodoh pe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 1:55 PM

@lleekh
Ada la sikit bang dol....tak banyak juta2 je!
Tu pun tak Abis pakai lagi.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 2:13 PM

Dua tokoh putar alam.....
S - Saya
H - Hanya
A - Ambil
H - Hak
R - Rakyat
I - Itupun
R - Rasuah !

N - Niat
A - Aku
J - Jelas
I - Ingin
B - Berbohong......
Kan...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 2:29 PM

Cuba check negara2 lain yg dimaksudkan...masuk akaun peribadi ke atau masuk akaun amanah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 3:22 PM

Apa kata lepas ni kita bg no. account masing2 kat najib punya facebook.
Mana tau dpt sumbangan dr Najib.
Dpt dlm rm100 jadi la...

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
August 20, 2015 at 3:28 PM

Saya pun mahu juga...rela jadi bodoh asal dapat duit jota2...puiiih

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
August 20, 2015 at 3:30 PM

Duit derma ni pastinya tiada rekod tiada resit...maklumlah pendermanya xnak publisiti nnt riak katanya.nak odit cemana bukti xde...ujung2 ahli umno terima baik semua sekalilah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 3:33 PM

@anon3.22
Pulak.....saya tak mahu sbb duit tu duit haram. Habis rakyat kena tipu dan duit tu yg pasti bukan DERMA. Tu semua cerita bohong mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 3:42 PM

Malam ni....kita sembahyang hajat, sapa yg guna duit derma dgn cara tak betul,....hantar ke Thailand......biar kena bom.......

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 4:00 PM

Apa yg kita pusing2 sgt, kpd ahli Umno yg tak sokong Najib, keluar aje dari parti Umno.
Kalau dah ramai yg keluar nnt tau la ahli2 parlimen dan MKT ni betapa serius hal kepimpinan Umno ni.

Umno kan peneraju BN, kalau bnyak cawangan ttup tentu kesan besar kpd DUN dan Parlimen.

Ketika tu nanti baru mereka tahu, Najib ni liabiliti terbesar yg mesti dihentikan.

Berkali2 aku dah kata. Cawangsn punya kuasa besar menentukan bahagian dan pusat.

Usul Pemuda Tampin takkan berjaya kerana bila sampai di Perhimpunan Agong ia akan hanya menang sorak tetapi tetap ditolak Umno Pusat.

Lihat betapa gigihnya ahli2 Parlimen bekerja dan bersatu mnyatakan sokongan padu kpd Najib. Cuba fokir kenapa?

Adakah rintihan dan keluhan, usul di peringkat bahagian akan laku?

Cawangan yg tak sokong Najib kena buat msyuart tergempar/ luarbiasa.
Kemukakan hanya usul tak menyokong kepimpinan Najib dan mintak dia letak jawatan sebagai Presiden Umno/ PM.

Kalau ditolak , bubarkan cawangan. Wakil DUN dan parlimen tau la nanti, ketiak berpeluh ke tidak, tambah2 jika kubu kuat Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 4:09 PM

Aku tahu selama menyertai Umno unsur gertak dan momok2an ke atas cawangan kerap berlaku.

Wakil rakyat yg dilantik rakyat seakan lupa siapa yg memberi kuasa.
Rakyat yg beri kuasa pulak 'takut' sebarang kemudahan akan tersekat atau lambat.

Ancuman 2 ini ada secara terus, ada cara berkias dan lembut....alaa kak buat je, kita sama kita......tahun depan pusat tambah lagi ni...kalau pakcik sokong, korum pun cukup, senang saya nak buat kerja/ mintak sumbangan dari pihak atas.....mcm2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 4:14 PM

Contoh wakil rakyat yg dibeli....

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 4:23 PM

Semoga Malaysia di lindungi oleh Allah dari sebarang malapetaka..

:(

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 4:46 PM

kepada ahli ahli umno yang tak dapat 1juta sila tuntut segera 1juta anda ... kah kah kah kah

kat sapa lagi nak mintak tolong kalau bukan dari presiden UMNO anda sendiri. kan ?

ini mmg biasa... kah kah kah

bangang tetap bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 4:51 PM

kalu ketua bahagian ada kurang dari 200 orang, sorang 1juta, timbalan 0.5 juta, ajk sorang 0.05 juta, puteri 0.001juta, kalu ada pangkat menteri lain harga, macam cgpa3.85, jilat dan jolok lebih, banyak la dapat, blongang dapat 0.000001juta, tak sampai pun 1 ribu juta yang digunakan. ada banyak lagi. tapikan, katanya 2.5 ribu juta dikembalikan. dapat tak untuk semua orang. patutla kuat menjilat yang dah dapat. yg belum dapat hangin satu badan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 5:01 PM

Shahrir pun nampaknya dah bengang dengan Najib.Sebab tu dia expose apa yg SR cakap tu betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 5:29 PM

Adakah yg diberi pada pemimpin umno utk kawasan yg dijaga atau untuk kegunaan sendiri,rakyat bawahan tidak menirima apa-apa pun dari sumbangan itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 5:42 PM

Anon 10.30 am kat atas tadi Tanya, kenapa tak SPRM dan sebagainya tak siasat pasal duit 'derma' ni.

Anon ni baru landing kat Malaysia ka?

Tak tau ka, kalau diteruskan siasatan, akan kena 'removed'.

Cuba baca interviu Rahman Dahlan dalam The Star, kan dia dah cakap, sesapa yg siasat PM akan dianggap cuba menjadikan PM seorang penjenayah, maka mereka harus di 'removed' .

Maksud si Rahman ni, PM is above the law. Tak boleh disiasat. Siasat PM sama hukumnya dengan pengkhianat Negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 6:26 PM

Kerana budi tergadai body, maka jd la mereka pencacai ah jib gor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 6:41 PM

Bro.Din!,anda sepatutnya joint sekali dengan mereka kan senang?.Mungkin macam TDM kata sekiranya TSMY tak banyak cakap (soal&jawab) dia pun senang masa depan.Depa hariea dah boleh nafas lega.Cuba tengok wajah TSSS ceria saja.Seronok lah tu.Jangan marah ,ini mungkin untuk menaikan keyakinan anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 20, 2015 at 7:15 PM

Rakyat terima BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)
Wakil rakyat pun terima BR1M jugak (Bantuan Rasuah 1 Million)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 8:12 PM

hahaha, 1M'sia D.Bohong...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:09 PM

Bagi rakyat pendapatan kurang duit lebih.Bagi wakil rakyat,integriti kurang,duit lebih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:17 PM

Mana tak bengang.Mat maslan kg pun dapat 2x ganda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:45 PM

It the game of money kpd para pemimpin.rakyat pula berhempas pulas utk sedikit duit n dcukai pula.apakah kita selesa berada dbawah sistem kapitalis ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:46 PM

Kalau kita bagi duit kat org dan mengharapkan balasan..rasuah lah namanya...so bagi duit kat org suruh sokong dia namanya apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 10:28 PM

Kita tanya 1 soalan saja ...

Satu Soalan Saja Mengenai 'Derma RM2.6 Billion', Tapi Kita Menerima Berbagai Jawapan.. Mengapa?

Satu soalan saja yang ditanya kebanyakkan rakyat mengenai USD700 Juta ataupun RM2.6 Billion (hari ni RM2.8 Billion dah).. tapi kita mendengar berbagai-bagai jawapan.

Dan semuanya langsung tak ada kaitan dengan soalan.. soalannya ialah "Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?"

Jawapannya pula datang dari berbagai pemimpin UMNO yang berusaha untuk menunjukkan kepada Najib bahawa merekalah golongan yang setia dan sanggup membela Najib..

Berikut adalah satu soalan itu yang menerima berbagai-bagai jawapan..

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 6 : Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 7 : Yahudi kini sedang menyerang Malaysia.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 15 : Duit itu saya guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan.

Satu soalan yang perlu dijawab YA atau TIDAK sahaja. Tetapi malangnya jawapan yang diterima ternyata Tipu & Bohong belaka.

dollah yankee -
Sebenarnya dia sendiri sudah tercekik dengan jawapan yang dia bagi

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 11:18 PM

Salam bro Din

Shahrir ni sebenarnya play safe kerana dia ni boleh U turn pada puak2 yg berpengaruh dan dgn pengakuan dia ini agak2 apa game yg dia main ...dia pasti tahu yg perkara ini akan terbongkar jadi sebelum meletop dia awal2 lagi dah mengaku jadi tak secara langsung mereka2 yg menerima habuan dari Najib terperangkap dan kemungkinan ramai lagi yg akan mengaku ada menerima habuan kerana mereka2 ini juga boleh didakwa kerana menerima habuan dan kita saksikan episode spin seterusnya dari konco2 Najib....akan datang ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 11:30 PM

http://chedet.cc/?p=1835
https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http%3A%2F%2Fchedet.cc%2F%3Fp%3D1835

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 21, 2015 at 12:24 AM

1. Memalukan! Shahrir Samad ni ingat dia akan diangkat jadi menteri tapi cuma diberi wang saku RM1juta untuk jadi "attack dog" kepada PM saja.

2. Pemimpin2 BN terutamanya UMNO yang masih menyokong penerima derma RM2.6b sememangnya merupakan pemimpin2 yang LEMAH! Mereka ini sepatutnya malu dengan Ummi Hafilda.

".... mana nak memadamkan sejarah bukti penangkapan saya oleh 50 polis dan penderaan saya tanpa henti selama 48 jam, tahanan rumah selama hampir setahun ,pemaksaan surat akaun bersumpah yg mengaitkan saya dengan teori konspirasi....."

rujuk: http://srikandi7.blogspot.com/2011/03/anwar-disesah-di-kerdau-didepan.html


3. Kenapa mereka semua lebih takut kepada najib daripada Allah ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 6:16 AM

Its the time to demo 29 ni,utk suruh pendekar bugis resign. Lbh baik rosak ekonomi sehari dr merana hari2.. Tgk pd ahli task force kena lucut PR n disuruh pulang serta merta. Org yg patut lindung rakyat dgn undang2 tp undang2 digunakan utk tutup dari beritahu salah laku. Pendekar bugis is truely above the law..terpulang la pd anda utk nilaikan sendiri setiap pekara. Tiada gunanye kata sygkan negara,umno, tp biarkan kebodohan berleluasa. Lg satu utk direnungkan bersama, knp org luar busy body sgt sanggup anik inisiatif utk dedahkan salah laku pemerintah yg korup. Knp mreka lbh patriotic dari kite? Agenda yahudi? Hmm mungkin masalahnye pendedahan mereka jarang2 salah.bahkan kalau tidak didedahkan mungkin kita xtau sampai hari nie. There is something really wrong with us malaysian. Bak kata org, org malaysia mlas berfikir. Pasti ramai yg mlas demo secara fizikal. Rajin berinternet termasuk aku. Tp this time around demo is d best solution

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 8:14 AM

Ternyata, bila kena batang hidung sendiri, dah mula cari alasan nak halalkan perbuatan. Helah perkara biasa adalah merbahaya, kerana perkara yg haram akan menjadi halal kalau ada org macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 9:33 AM

SECARA LOGIKLAH..jika ahli umno nakkan sumbangan untuk perbelanjaan bahagian dia, dia kena mohon kepada bendahari parti..bukannya terus kepada presiden. dan permohonan yang lulus adalah melalui akaun parti bukan akaun peribadi presiden. jadi rm 1 juta yang sahrir tu dapat dari akaun umno ke atau akaun lain?

jika akaun lain, maka JELASLAH ITU ADALAH RASUAH. full stop!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 11:18 AM

depa ni lagi takut pada najib dari Allah sebab Allah 'tak bagi' depa RM2j, RM1j atau RM50k.

to be fair to shahrir. pengakuan shahrir dia terima duit dari presiden adalah satu statement 'selamat' atau menyelamatkan diri.

dari mana dia nak minta duit untuk kerja parti (najib pun mula mula claim duit 'derma' tu untuk parti, sebelum kena sesah) kalau bukan dari presiden parti? dan bila dapat duit, hampir takde orang tanya, duit ni halal ke haram?

yang jadi masalahnya, apabila kita beria ia mempertahankan orang yang terpalit dengan skandal, dan kita mengaku pernah terima duit dari orang tu, ada sikit masalah lah dari sudut integriti kat situ.

itu sebenarnya dua perkara berbeza. macam orang sembahyang pakai kain curi. sembahyang sah. dosa mencuri tu lain. sembahyang tu diterima ke tidak. itu urusan Allah.

balik kepada cerita duit billion billion ni.

pengerusi backbencher dapat RM1juta. ketua penerangan dapat RM2juta. ketua puteri dapat RM50k. RM50k je? itu je nilai puteri? murahnya. hantaran kahwin juliana banos lagi mahal. ha. ha. ha.

patutlah ada orang kata puteri ni penyedap je dalam UMNO. ha. ha. ha.

kurang kurang dapat la jugak. ye tak?

timbalan presiden confirm tak dapat. vp? shafie confirm tak dapat. ketua wanita? ketua pemuda? takkan puteri dapat, wanita dengan pemuda tak dapat. cikai nya wanita dengan pemuda. kalau puteri murah. wanita dengan pemuda apa? takde nilai?

atau ada sebab lain kenapa diorang ni dapat?

cerita salah dan betul.

ada blogger tulis, claire brown 'sembunyi' bukti dia salah.

ini masalah kalau kita tulis dulu kemudian tak fikir. taktik standard budak najib. tulis dulu kemudian tak fikir. bila kena belasah. tukar internet handler.

kalau 'sembunyi' adalah bukti/fakta kita buat salah, then, jho low juga 'sembunyi' di taiwan sekarang. he's not in the US anymore. dan taiwan takde ekstradisi agreement dengan US. itu maksud 'sembunyi'. tak payahlah budak najib nak datang buat lawak, sembunyi apa orang tau macam tu.

soalannya. adakah jho low juga bersalah? fakta? terbukti?

najib. tak pernah jawab soalan. itu pun 'sembunyi' jugak. sembunyi belakang ahli parlimen. sembunyi belakang menteri bodek. pegawai kerajaan yang tak kowtow kena pecat, pindah dsb. itu semua perbuatan sembunyi atau menyembunyikan sesuatu.

adakah itu bukti/fakta najib bersalah?

berkenaan pecat dan pindah.

bekas pegawai undang undang pejabat AG. disiasat kerana membocorkan maklumat. dah kena tarik status pemastautin tetap beliau.

belum kena dakwa. baru kena siasat. dah kena pecat. dah kena tarik priviledge. semua yang ada dalam kuasa orang yang berkuasa, diguna untuk intimidate. ini bukan sikap cuba menyembunyikan sesuatu? intimidate orang supaya senyap ni. kalau takde isu pun akan jadi satu cerita konspirasi. ini salah guna kuasa.

perpindahan timbalan pengarah SB ke JPM juga menimbulkan tandatanya. mula mula aku ingat perkara ni dilewatkan (bukan diliwat macam aljuburi) sebab backlash rakyat masa kes SPRM dulu. jadi, tunggu sejuk sikit. then buat balik.

tapi apabila datuk hamid keluar statement kerat 12, timbul cerita baru lagi. ada cubaan untuk fabricate story on Tun Mahathir? itu satu lagi kes salah guna kuasa. aljuburi kena jel first round dulu. sebab salah guna kuasa.

but the ship is sinking.

singapura sedang siasat. FINMA dah mula probe. khairudin dah buat report kat switzerland. US pun katanya dah start probing jugak.

ini dah masuk kategori cross border money laundering. banyak negara akan terlibat. thailand tak terlibat dengan kes ni. diorang terlibat dengan justo sahaja. kes diorang dah selesai. tapi maklumat diorang banyak.

the bugis ship is sinking. some people had jumped ship and some had started to sway into jumping ship too.

najib and the gang semakin desperate. boleh tengok dengan cara diorang handle siapa siapa/apa apa yang dibawah bidang kuasa diorang.

but will the ship sink fast enough for UMNO/BN to recover from this disaster.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2015 at 3:15 PM

Sori bro...solat hajat jgn dibuat lawak

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2015 at 8:27 AM

Biasa biasa.... Luar biasa...
Berjuta sekor seekor rasa...

#PestaSogok

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2015 at 8:28 AM

IGP
Brapa juta...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 12:51 AM

Pada Anon 10:17 am,

Lagu mana dia nak bank in, # akaun hang xada.. kalau nak same-day transaction pi la bukak akaun AmBank Islamic hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 1:25 AM

Banyak lagi la daripada maslan bongok tu.. sharir tua kerepot tu pun dapat sejuta.. takkan khalid tu tak kenyang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2015 at 11:41 AM

kalu bagitu, adalah perkara biasa bagi rakyat malaysia menerima derma dalam kuantiti banyak selapas ini...... dah tak ada rasuah dah......derma.....

Post a Comment