........... Tan Sri Sanusi - Kabinet Baru Adalah Kabinet 1MDB ! ( Video ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tan Sri Sanusi - Kabinet Baru Adalah Kabinet 1MDB ! ( Video )

Saturday, August 1, 201526comments


Dibawah adalah rakaman video yang saya rakam semalam ( Jumaat ) bersama Tan Sri Sanusi Junid. Ada 3 isu yang disentuh, saya siarkan video yang pertama dulu. 



KLiK untuk ke Youtube.

...bila DAP menimbulkan isu ini ( 1MDB ), nampak macam tidak ada perhatian dari pihak kita. Tapi bila Tun Dr Mahathir lihat isu ini, dia kaji dan dia tahu isu ini boleh bawa mudarat kepada negara kita. 

.... beza antara Tony Phua dengan Tun Mahathir .... Tony Phua timbulkan isu ini untuk mengalahkan BN dalam Pilihanraya. Tun Mahathir nampak, cara ini memang boleh mengalahkan kita, kecuali kita sendiri ambil masalah ini dan selesaikan.

Kita diminta sabar dan tunggu siasatan dan laporan dari PAC dan Petugas Khas, rakyat tertunggu2 dan tertanya2 .... tiba2 orang yang duk selidik ini, sebahagian daripadanya yang ada dalam PAC dah naik pangkat jadi timbalan Menteri

Sebenarnya kerja dalam PAC ini, saya rasa lebih penting dari kerja Timbalan Menteri ! 

Orang yang tengah duk buat kerja secara aktif dalam PAC, 4 orang paling aktif dalam PAC ini telah dinaikkan pangkat jadi Timbalan Menteri ..lumpuhlah PAC.

....yang dah berhenti kena digantikan dulu ... jadi ini memerlukan masa lagi.  

...Pasukan Petugas pula, sorang dah kena berhenti pasal sakit. Patutnya orang yang sakit tu minta berhenti tapi ini tidak. Orang yang dikatakan dah lama sakit ni tak minta berhenti pun, dia nak menyelesaikan tugasnya, tiba2 dia diberhentikan. Itu kan jadi tandatanya.

,,,,, hasil dari penyelidikan (siasatan) ini, dah ada tangkapan ... dan ada yang nak ditangkap dah lari. Rakyat tertanya2, dunia pun dah tertanya2. Kawan2 saya dari luarnegeri yang duk ikut ( semua perkembangan negara kita ) pun heran - Kenapa orang kerana dah ada tindakan dari Pasukan Petugas .... tiba2 ada pemecatan.

..... saya rasa apa yang Tan Sri Muhyiddin kata tu tidak ada yang sensitif. Apa yang Tan Sri Muhyuddin kata itu perkara biasa. Yang orang duk cakap hari2 dah.  Muhyiddin tunjukkan patutnya begini, patutnya begitu .... tiba2 dia di pecat. 

.... saya tak fikir dia dipecat kerana ucapan itu. Saya fikir ucapan itu adalah sebab terakhir. Kerana nak siapkan senarai nak lantik kabinet baru ni makan masa. 

... yang jelas orang2 yang dilantik dalam kabinet baru itu adalah orang2 yang bersuara menghentam Dr Mahathir. Seolah2 kabinet ini kabinet 1MDB ! Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet untuk menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB.

Masalahnya masih belum selesai. Bunga pinjaman bank jalan terus. Pelaburan yang tak menguntungkan jalan terus.Modal bank terpaksa jalan terus..... Apa nak jadi kepada negara ini ?

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 1:17 AM

Sb itu kabinet kayu ni kaninet bunuh diri...
Mmg betol la ckp najib dr awal!
1 pasukan yg jitu dan bersama secara koelktif
Xdela najib sorg kena salahkn bila ade mslh timbul
Najibkn mmg suka slhkn org lain
Diepon tau dah buat tahi mcm mana nk escape
Bila terbongkar mslh 1mdb..semua menteri terpalit
X blh lari

....................
Reply To This Comment ...................
August 2, 2015 at 2:51 AM

tuan din,
malu saya nak komen dlm isu 1mdb, sebab jawapan dah tahu, ilmu hikmah milek Allah swt amat luas.
tunggu saja BALA UMUM semakin hampir, bersedialah apa yg patut.

....................
Reply To This Comment ...................
August 2, 2015 at 3:17 AM

Segala yg ditujukan oleh TSS adalah suara rakyat yg biasa menjadi cakap cakap di mana mana pun kedai mamak, di pejabat, di shopping mall, di jamuan open hse hari raya, di seminar topic paling panas di Msia sekarang. Tetapi hari ini nampak TDM begitu tak semangat dan sangat sedih lihat mantan PM selama 22 tahun di layan begitu oleh anak murid sendiri. So I give up lah biarlah apa nak terjadi jadilah rakyat pun sudah penat. Saya terserah sahaja kepada Tuhan untuk yg terbaik buat negara yg kita cintai Malaysia. Bye Bro Din pls take care ya wish you all the best dan saya ingin berterima kasih pada saudara yg banyak cover news 1MDB jadi yr effort is truly appreciated.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 5:47 AM

DEngo Kabo ada duit bernama dari 1MDB nak hantar 1200 orang pergi haji....Itu duit hutang hak seluruh rakyat...MEREKA yang pergi guna duit tu mungkin akan dapat HAJI MARLBORO...sebab guna duit hutang rakyat untuk pergi haji....Kami tak redho pun...Nak pergi haji gunakanlah duit yg benar benar diketahui punca ...halal dan bersih..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 7:21 AM

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani aku berdoa agar Tuan Din serta rakan rakan dikurniakan Allah rasa kuat dan tidak patah semangat sama sekali untuk berjuang di alam cyber bagi membongkar segala apa yang tak betul dilakukan oleh pemimpin negara Malaysia ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 8:15 AM

Redha saja apa yg berlaku. Tiada satu pun org UMNO berjawatan tinggi yg lantang mengkritik Najib. Yg ada hanya penakut dan opportunist yg sygkan jawatan dan duit. Jadi kita lupakan saja BN utk pru akan dtg. Srbab samada kita pangkah BM atau pembangkang,rakyat tetap akankena jual. Istikamah dan berdoa agar ada khalifah yg lbh baik dr kedua2 parti ini di PRI14
Yg kecewa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 8:30 AM

Jawapannya senang aje

1. Cash is king
2. Cash buys positions
3 Cash guarantees loyalty
4. Cash creates cabinet
5. Cash chooses 1MDB cabinet

A. A sodomist tried but failed and jailed
B. A truth speaker dismissed and dropped from wooden cabinet

The big winner is a CRIMINAL.

A Criminal PM
A PM who lies
A PM who instils fear in citizens
A PM who is a Marcos in the making

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 8:31 AM

Tepat skali.
dlm sy tak keruan memikirkan apalah nasib malaysia akn dtg, ada individu yg menyuarakan dan nampak apa yg sibotak dr gua bugis dh buat.
smoga ramai lg pemimpin kita mara kedepan, lawan sibotak, slamatkan umno, slamatkan anak cucu kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 8:44 AM

Dah ramai bersuara namun tak boleh nak gugurkan najib sebab dia guna falsafah CASH is king.

Yang lebih memilukan UMNO boleh dijual beli. Sumpahan amanah tak guna langsung.

Rakyat tak boleh nak buat apa.

Raja2 takkan asyik nak tengok aje???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 8:56 AM

Najib kata dia suka lantik orang yang loyal bukan yang cerdik. Maknanya yang dilantik sekarang ni semuanya loyal, setia, tapi tak cerdik. Tak cerdik maknanya bodoh. Bila bodoh senanghlah nak diperbodohkan.

Maka sekarang ni kita nak tanya blogger blogger yang ada ni...anda loyal atau tidak. Kalau anda loyal bererti anda bodoh. Kalau tak loyal bererti anda cerdik. Itu Najib yang kata bukan kita.

....................
Reply To This Comment ...................
August 2, 2015 at 10:00 AM

Saya bersetuju. Tengok pada perkembangan semasa, sy pun dah give-up dgn kerajaan Najib serta usaha2 oleh pihak2 rasional untuk menyedarkan UMNO yg nampak semakin tiada kesan. Justeru itu, sy sebagai seorang dr rakyat Msia yg telah mengikuti perkembangan krisis 1MDB ini sejak dari awal melihat sudah semakin sukar untuk melihat PM Najib berundur cara terhormat atau disingkirkan berdasarkan tindakan agresif beliau seminggu dua ini.

So, saya give-up!! Tun Mahathir, suara yg paling kuat pun dah slow down....mayb dah give-up jugak.....! Biarlah apa nak jadi dgn politik Msia lepas ni....DAP menang ka, PKR menang ka...UMNO kalah ka.... I DONT CARE anymore!!

Sy juga dah ambil keputusan untuk resign dari keahlian UMNO berkuatkuasa sertamerta....

TQ bro Din....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 10:54 AM

Kerajaan Najib ni nak jadikan Malaysia macam cowboy town. The might is right! Sangat memalukan kita ada Perdana Menteri yang sangat teruk macam ni. Seluruh dunia memerhati aksi merepek kerajaan Najib. Rakyat Malaysia sekarang hanya mampu menggeleng kepala dan menunggu dengan sabar untuk mengundi di PRU14.

....................
Reply To This Comment ...................
August 2, 2015 at 12:20 PM

Off topic....
Kalau semua berita d internet palsu....mana nak dapat yg benar. Jadi 3juta yg menyokong tu pun palsu la ye? Yg najib kata tak akan berundur tu pun palsu jugak la tu.....ish...ish...ish susah betul nak jadi rakyat msia mcm ni....hidup dlm kepalsuan sepanjang masa....kata keruak tu berita semua palsu. Jilat jgn tak jilat. Sbb saya tau pun dari internet....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 1:07 PM

Splendid Bro DT and all your effort without tiring,

Long before I read Matthias Chang's writings I have already said,

-Anwar is a simple Decoy
-Najib is the real TROJAN
-UMNO is TOAST,
-KARMA is a real BITCH
But rather I say it again and liked to share/quote Matthias Chang and copy-link and certain paragraphs that explained itself well that I shared his view even before I stumbled upon his 'research paper'.
1- Link
http://futurefastforward.com/images/stories/featurearticles/How_Najib_Won_A_Tactical_Battle_To_Avoid_Arrest_But_Lost_The_War.pdf
2- Read Matthias Chang's article and you'll understand.

THEY DO NOT GIVE A DAMN ABOUT THEIR
HEINOUS CRIMES AS THEY BELIEVE THAT THEY ARE ABOVE THE LAW
AND THE JUDGMENT OF THE ALMIGHTY!

These criminal elements have condemned
themselves and have destroyed UMNO for good.

I repeat, UMNO is finished, destroyed for good!
Even if the Rosmah-Najib Tag-Team is replaced, UMNO is finished and come
the next General Elections, UMNO would be consigned to the rubbish heap.

The biggest problem that the Rosmah-Najib Tag-Team has is their utter failure to
have any faith in the Almighty and that the law of KARMA is irreversible.

The infantile Najib declared that it was the “Whites”, “Foreign Whites” that are
conspiring with locals to destroy his corrupt regime and pointed at Sarawak
Report as the foreign culprit. How stupid and idiotic can he be? From the time
when he became the Deputy Prime Minister, he was manipulated by foreign
intelligence. And when he ascended to the ultimate thrown of power, the same
power behind war criminal Blair embedded their agents within the corridors of
power in Putrajaya. Israeli agents controlled the entire agenda of the RosmahNajib
Tag-Team, if truth needed to be told.

UMNO has been destroyed by the hands of the Rosmah-Najib Tag-Team which
hands were controlled by Israeli intelligence. These were the same operatives
behind Blair. Assholes of the highest order!

I must thank the Israeli Intelligence Services for giving me a front row seat to
learn how they operate in Malaysia and the manner in which they control the
Prime Minister’s Office. It has been an invaluable experience. How they have
destroyed UMNO will be a text-book reference guide for all future operatives
deployed to destroy Muslim majority countries within a “democratic political
setting”.

P.S. For obvious reasons, I cannot disclose in this article how through
psychological warfare, the Rosmah-Najib Tag-Team was ravaged mentally
through fear and doubts to commit this huge tactical blunder, rendering to us our
sweet victory.
P.S. There is a parallel war going on, at the geopolitical level between the big
powers and as yet, there are no outright winners. Already these powers and their
intelligence services are spending a huge amount of US$ to win over their
assets.
P.S. NSA, the FED, the US Treasury, British, Chinese and Japanese Intelligence
Services are all aware of the financial transactions relating to 1MDB. It is all out
there and each and every intelligence service is strategising as to how to exploit
the information to their advantage and reap maximum blackmail gains. Malaysia
will be milked dry and then destroyed in one way or another. And, the RosmahNajib
Tag-Team is responsible for subjecting Malaysia to this heinous
geopolitical blackmail.

From afar, it seem a disappointment but in reality we have won because we saw the unravelling of their despicable deeds that will see the curses of the malay-muslims' curses upon the current hierarchy for generations to come!

Melayu Luar Negara


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 1:20 PM

Bagi pihak yang banyak mendengar & baca hujah kedua2 pihak, rasanya semakin tebal persepsi keatas tindakan yang PM lakukan Selasa lepas. PM & pihaknya tetap dengan pendirian & hujah mereka, tambahan pula, memang mereka yang punyai kuasa now. Kita pula tetap juga dengan pendirian & hujah kita berdasarkan makin banyak persoalan yang macam belum ada jawapan, makin banyak pula 'kebetulan' yang berlaku lately ini. Wait & wait & wait...

Rasanya kita dah masuk peringkat 'letih' dah selepas dengan mudahnya PM berjaya mencantas akar kita dari terus menjalar & mencengkam bumi. Kepada siapa lagi kah yang kita boleh harapkan lagi now? :-

Majlis Raja-Raja➖ Belum ada ura2 akan bersidang untuk bincang isu ini. Jika bersidang pun, belum tentu Sultan2 & Yang Dipertuan Besar sanggup cemar duli untuk luang masa mereka sejenak by selami rintihan kita yang memang taat pada perintah Tuanku. Maybe juga campurtangan Majlis Raja-Raja tetap terbatas cos berpegang pada prinsip tidak boleh campuri urusan tadbir negara.

Parti Umno➖ Maybe 'YES' but mostly to 'NO' kot. Sukar untuk ahli or even yang dok atas untuk bersuara garang sikit. Baru bersuara sekali in public Umno gathering, Muhyiddin & Shafie Afdal terus kena terminated, tak ada surat amaran pun. Apa akan berlaku pd 2 orang ini dalam Umno? Sama2 la kita tunggu & lihat. Nak harap pada veteran Umno yang lain? Boleh la cuba but mereka dah tak ada apa jawatan pun dalam Umno, juga tak ada dalm Parlimen juga. So, kemana suara veteran ini boleh sampai tanpa tv3, Berita Harian & Utusan Malaysia...

Blogger➖ Ramai dah blogger sepi diri or dah mula slowdown now. Takut ditangkap atas seksyen 124, yea la kot. Sesiapa pun tetap ada sifat ini. Tun dah agak sepi, jebatmustdie diam terus, Din, Apanama & AKJ masih ada bersuara lagi. Makin ramai dah antara kita mula berhati2 untuk ulas isu 1MDB & 'Political Donation' ini. Lagi pun, rasanya dah banyak tulisan secara sangat meluas & berkali dah highlight isu2 ini, dah berbulan & maybe juga dah bertahun.

Wakil Rakyat➖ Nama sahaja 'wakil rakyat', memang pengundi yang pilih agar mereka2 ini dapat wakilkan suara rakyat. But kini mereka lebih cenderung mewakali diri sendiri & keluarga mereka sahaja, juga seolah2 hanya mewakili parti sahaja. So, ada baiknya pihak Dewan Bahasa & Pustaka mencari istilah baru yang lebih sesuai & tepat bagi mengantikan istilah 'Wakil Rakyat' ini.

Parti Komponen➖ Belum kedengaran lagi suara mereka. Kenapa? Adakah diam mereka ada makna tersirap yang jadi buaian lak pada Umno untuk berterusan 'lena nyaman'...

Sesiapa pun dari kita semua bila tense dengan sesuatu perkara itu, tak banyak sikit mesti ada punca & kesannya pada diri kita. Pembakangan mesti ada tujuan mereka, biasa la tu cos mereka ada tugas as pembangkang.

Tun mula bersuara, apa sbenarnya tujuan Tun, hanya Tun tau jawapannya. But pada kita, maybe kita nilai lepas tafsir dari banyak sudut. Yang agak terserlah jelas, Tun memang lebih tau dari Najib tentang apa itu politik & political donation. Tun dah mula dapat lihat & kesan silap yang BN lakukan lately ini yang pdmada pru-14 akan maybe berlaku "senjata makan tuan". Ini la fakta niat Tun secara keseluruhan. But sayang, billion kali sayang. Kata nasihat & pendapat dari tokoh sendiri diabaikan tapi lebih yakin pada pendapat penasihat yang bukan pun bangsa Nusantara, bukan juga Islam...

Pilihan apa yang kita ada now? Protes jalanan, diam sahaja or tunggu pri-14 then kita laksanakan hak kita sebagai pemilik bersama Malaysia ini dengan undi kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 2:15 PM

Rakyat Malaysia dikerah paksa kena Berfikir,Bersikap,Akur dan Hidup Cara UMNO. Barulah disahkan rakyat Malaysia. Majlis Raja-Raja itu sekadar Majlis Perjumpaan Satu Kerabat. Itu shj. Segala Keputusan UMNO tak perlu dipersoal selidik cara betul salah dari segi undang-undang asalkan kuasa UMNO dijamin semua orait. Hakikatnya semenjak MH370 lagi Malaysia telah hilang hormat di peringkat antarabangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 2, 2015 at 2:44 PM

Kita mesti yakin beliau tak menang pun. Sbb bukan nak cari kalah menang.....ini bukan game! Kita nakkan kebenaran. Jiwa kita mesti berjuang walau sebaris ayat....jgn lah cepat putus asa kawan2! Marilah kita BERSATU atas tiket perjuangan.....kita kan ramai? Tu je kuncinya BERSATU walau apapun terjadi.
Takkan semua pintu dah tertutup kot....pintu perjuangan kan masih terbuka luas?
Berapa ramai yg lulusan u....tokey2 besar...jaguh2 bidang masing2 takkan anda setuju d tadbir oleh org2 yg kurang cerdik.....malulah! Apa guna belajar tinggi2 sampai ada Phd? Baru usik sikit kat najib dah putus asa......lemahnya mental.....
Semut kecik tu kalau seekor mmg kecik punya hal....satu sarang tengok apa mcm? Tu sbb ada surah tu dlm Al Quran sebagai contoh..
Bangsa ku....bangunlah demi kebaikkan.....masa depan anak2 cucu kita. Rasakan perit pejuang dulu!
Melayu bangsa hebat...rakyat msia rakyat yg hebat jika tidak mana mungkin boleh duduk sama2 dlm satu negara berbilang bangsa. BERSATU LAH.
Jika kita tak berapa kisah bangsa asing jadi tokey dan kita jadi pengguna....apa ada hal pasal najib ni...kan? Tapi gunakan lah kebijaksanaan kita dlm berjuang. Kita ikut apa yg terbaik. Jgn jadi bodoh pulak buat benda tak tentu pasal! Buat betul2.
Sampai satu MB ni keluarkan kenyataan angkuh pun kita diam. Bangun rakyat msia......bangun! Jika bersatu dia takde pun tak jadi hal....tapi jika KITA takde diaorg jadi hal......
Serupa jugak majlis raja2.....tlg2 lah tengok tak de rakyat takde raja....cukai dari rakyat tu!
Belum kedengaran seseorg dari dlm umno ni yg betul2 garang....semua takut pangkat kedudukan dan wang ringgit menjadi kurang.....hanya kerana berkata benar,sedang kan semua mengaku akan kematian iserta hukuman d padang masyar kelak adalah BENAR......tipu Allah ke? Sabda Junjungan pun boleh tolak tepi je.....
Dunia ni sementara dan penuh tipu helah utk menyesatkan kita......BERIMAN lah. Kembalilah kpd AlQuran dan hadith.......
Ulama2 takde plak kedengaran bersuara....yg paham hukum hakam ni.....ada ilmu ke tidak? Sampai benda mcm ni nak biar je.....ke takut? Kata bertaqwa tapi ke mana taqwa tu? Sedar2lah wahai ulama sekelian....anda akan d tanya lebih lagi dari kami kelak....pasal anda berpangkat dan ada tanggungjawab......tak sedar ke tu?

YAKIN......KUNCI SEGALANYA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 3:32 PM

Quite an interesting different angle of remarks from Anon 1:07pm.
As for Anon 1:20pm,kita tak larat nak tunggu PRU,takut nanti by that time dah lunyai negara kita ini dan dah trillion ringgit diorang sapu. Yang pasti,UMNO mmg akan dibungkuskan oleh mereka ini sendiri...sigh!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 4:16 PM

Yes. Faham 'kemarahan' ramai pada tahap puncak now. Kita tak berapa mampu tentang mereka2 ini. Pihak ini mungkin mampu :-

1) Ahli & MT Umno mampu.
2) Ahli Parlimen mampu dalam Sidang Parlimen October ini. Itu pun perlu swing at least 15 Ahli dari BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 5:33 PM

Pada masa itu, aku nak muka2 celaka pengkhianat2 dan nak dengar apa temberang diaorang. Kemudian diludah muka2 celaka tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 5:55 PM

Kami rakyat Johor dah sepakat akan lupakan Umno...... Pru 14 akan kami buktikan, kau buatlah apa kau suka...Johor jangan kau sentuh.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 2, 2015 at 11:13 PM

Saya amat bersetuju dengan Anon August 2, 2015 at 1:20 PM di atas....

berkaitan Majlis Raja-raja untuk melakukan sesuatu.

Pada pendapat saya, jika ianya melibatkan institusi2 atau orang2 Islam yang dizalimi maka penaung2nya perlulah berbuat sesuatu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2015 at 1:35 AM

True..they tried with Anwar but luckily TDM was there...Pak Lah was a sleepyhead so they stopped for a while and with Najib they struck gold..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2015 at 5:36 AM

Laaa...toksah tanya bro. Najib sendiri dah kata blogger2 umno semua bangang kan? Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2015 at 5:38 AM

Mgkn jugak duit hasil GST yg menganiaya majoriti rakyat tu...berkat ke bawak naik haji sumber camtu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2015 at 9:53 AM

Benang yang hendak do tegak kan bukan hanya basah tetapi dah kuyup .

Post a Comment