........... Soalan Cepumas - Kalau WSJ Tak Dedahkan, Bila Agaknya Najib Nak Ngaku Ada Orang Derma RM2.6 Billion ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Soalan Cepumas - Kalau WSJ Tak Dedahkan, Bila Agaknya Najib Nak Ngaku Ada Orang Derma RM2.6 Billion ?

Wednesday, August 5, 201531comments




Kekadang tu rasa malas dah nak layan hujah2 dan alasan2 yang sengaja direka oleh pro Najib hanya untuk beri coverline bos mereka. Hujah2 yang bagi saya amat mencabar minda tapi bukan mencabar kita untuk melawan hujah tapi mencabar kita untuk menerima kenyataan yang mereka itu menganggap rakyat akan terima begitu saja alasan yang mereka berikan.

Bodohnya hujah2 mereka ! 

Tugas mereka mungkin adalah untuk membentuk minda rakyat supaya ikut sama bodoh macam lembu, yang akan percaya dan terima bulat2 apasaja yang di sua oleh orang2 Najib.

Yang penting bukannya cerdik tapi tahap kesetiaan membabi buta - itulah yang ditagih dari rakyat.

Memang patutlah gelaran yang diberikan oleh Datuk Khairuddin kepada golongan ini iaitu Golongan Pembodek Minda Lemah Berotak Udang ! Mula2 tu saya rasa agak kelakar bunyinya, agak over gitu.... tapi lama kelamaan terasa semakin ngam pula gelaran itu buat pro Najib.

Perhatikanlah perkembangan isu derma RM2.6 billion yang diterima Najib. Tanyalah sesiapa pun, kalau benda ni berlaku kepada mana2 pemimpin lain di dunia - Didakwa wujud transaksi RM2.6 billion ke dalam akaun pemimpin sebuah negara. Pemimpin itu tidak mahu mengaku malah bermain2 dengan kata2 dan disokong oleh para balacinya. Selepas sebulan, terbukti transaksi itu benar2 wujud. Para balacinya tetiba kata itu wang derma dan tak salah kalau seorang pemimpin terima derma RM2.6 billion. Siapa yang tak percaya, dia itu bodoh dan berniat nak jatuhkan pemimpin - pasti orang itu akan ketawa guling2. BODOHnyalah rakyat negara itu kalau boleh percaya begitu saja !

Salleh Keruak selaku bos MCMC yang baru berkata pengkritik tidak mungkin puas hati dengan apa jua alasan yang diberikan ( TMI ).... yang merujuk kepada kenyataan SPRM yang mengesahkan wujud transaksi itu dan kata itu duit derma. 

Hadooooi .... Said ni expect semua orang boleh terima dengan puashati jawapan yang terlalu simple dan umum itu ? Tak boleh tanya lagi dah..... case closed ? ? ! Apa dia ingat rakyat Malaysia ni semua lembu ke ? Mahu negara menuju status negara maju tapi waktu sama mahu minda rakyat macam lembu ?


Ini contoh terbaru alasan bengong demi mempertahankan Najib dari Rahman Dahlan - Lebih baik bagi Presiden Umno memegang duit RM2.6 billion itu dalam akaunnya sendiri daripada meletakkannya di bawah proksi. Beliau lebih rela, selesa dan yakin dengan cara itu ! - TMI.

Kenapa tidak Rahman cadangkan semua ahli Umno simpan duit simpanan masing2 ke dalam akaun Presiden Umno saja ! Kan lebih selamat begitu......

Pendek kata - Najib adalah orang yang PALING AMANAH dan PALING DIPERCAYAI didunia ini ......errr... termasuk Rosmah juga selaku isterinya. 

Anda percaya Najib Rosmah untuk pegang duit simpanan anda ?

Ke mana pergi hujah Akaun Amanah yang sebelum ini dilaung2kan ? Adakah bila sedar yang Akaun Amanah itu memerlukan bukti dalam bentuk bertulis antara MT dengan Najib yang memberi kuasa memegang amanah itu dan beberapa perkara lain bagi mengesahkan pemberian amanah itu, maka sekarang hujah paling senang adalah - Akaun Peribadi Najib, tanpa perlu sebut Akaun Amanah !

Apakata kita gostan sekejap dan tanya ....... sebelum isu RM2.6 billion ini didedahkan oleh WSJ, ada tak sesiapa yang tahu tentang deposit RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib ?

Bank Negara pasti tahu ....... lagi ? 

Rosmah ...... errr...... tahu kot. Lagi ?

Lagi ? Siapa lagi tahu ?

Banyaklah ko punya amanah kalau duit masuk pun tak cakap pada sesiapa sehingga dibocorkan oleh paper Amerika ! Itupun Najib sehingga kini masih tidak komen apa2.

Dan soalan cepumas - Kalau tidak didedahkan oleh WSJ sebulan lebih yang lalu, apakah Najib sendiri akan dedahkan atau buat pengakuan kepada sesiapa bahawa dua tahun lepas ada RM2.6 billion masuk akaun peribadinya dan akaun itu sudah ditutup beberapa bulan kemudian ?

Bila agak2 tu Najib nak beritahu ?

Ni bila dah kecoh pun Najib masih tak mengaku apapun.... yang kecoh2 ni semua balaci Najib jer. Najib sendiri masih senyap !

PS - Rekomen untuk baca -

1 -  RASUAH TAK BOLEH, TAPI DERMA DANA POLITIK BOLEH!

2 - Agama, bangsa dan negara tergadai jika terima ‘dana politik’

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 5:03 PM

Setuju, lagi banyak menteri-menteri kabinet 1MDB bercakap nak cover line 1PM, lagi terserlah kebengonggannya.

Lagi banyak bercakap, lagi banyak persoalan yang timbul.

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 5:06 PM

I do not aware about this Clare Rewcastle or Sarawak Report....not until the 1MDB issues have been brought up by our beloved TDM. Since then I've followed all the reports from her blog and so far one thing that I've clearly noticed, whatever issues she brought up regarding on the 1MDB or even DS Najib previously have now been proven as Beyond Reasonable Doubt....one by one!! Hence, till to date she has earned our (malaysian people) trust for all her reports. Trust by it's very nature cannot be given; it can only be earned!!

As what TSMY mentioned in his last speech at the Cheras UMNO, some people said that this foreign media have produced false accusation and so on....but what is actually the truth?? Can someone enlighten the people of Malaysia with clear evidence in order to convince us not to believe Clare Rewcastle or even other foreign media?? From my humble opinion, DS Najib and his cabinet MUST counter all the accusations with hard evidences...not just by a simple statements here and there from his 'confuse' apple polishing ministers!!

Regards.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 5:13 PM

Kesian tengok rumah anak-anak yatim dan pusat pengajian agama......Pemungut derma pakcik dan mak cik tua berpanas berhujan berjalan kaki masuk ke kampung dan taman perumahan Kutip derma.Kalau lah ada orang (Tok Arab ke, koperat ke...) boleh derma 1 billion tak lah susah-susah nak pergi pungut...

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 5:30 PM

derma la....derma....murah hati penderma tu..najib umur nya dh senja....duit derma yg bebilion tu bwk skali masuk kubur la...7keturunan xabis duit tu...best nya la kan jd org besar2 ni...ade org yg nk DERMA sapai bilion2..klu mcm kite2 ni yg jadi org susah ni plk org nk derma 10ringgit pun pyh kan....

# kadang2 dh TAWAR HATI dgn isu politik msia..dgn pmimpin yg byk menipu,byk helah...hati ni pun dh rs KECIK Sgt....dpt pemimpin yh hnya mentingkn diri sndiri,kroni,dan kluarga beliau..kite sbg rakyat terabai...ramai yg susah kat bwh ni..diorg xnk turun tgk..ape jasa dia spjg memerintah? apa pmbangunan dia buat spjg mmerintah? jasa nya hanya menyakitkan hati rkyat dgn harga brg yg mahal..dgn taraf hidup yg tgi tetapi gaji yg rendah......

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 5:30 PM

DARI AHLI UMNO - TERIMA DERMA OK. TAPI DERMA UTK PARTI MESTI MASUK AKAUN PARTI ( sekurang2 2 tanda tangan dan MKT mesti tahu) BUKAN AKAUN PERIBADI- ADA FAHAM DS Najib Razak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 5:35 PM

Cash is kingggggg! Ada duit semua boleh beliiiiii!

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 5:41 PM

Bro din.
Ada terbaca satu artikel yg nak menjustifykan kemasukkan duit derma politik dlm account najib. Saya kurang memahami dan saya nak bagi kat bro din utk baca dan comments. Ada email add blh saya forward sebab artikel ni dlm screenshot dlm whatsapp group.

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 5:45 PM

bila difikirkan balik..kite semua ni nampak BODOH dan diPERBODOHKAN..kita semua dh mcm bola..dilempar ke kiri dilempar ke kanan..hujah disini kata lain..disana kata lain...mereka semua pandai bermain kata2 dan putar belit..akhirnya kita yg jadi mangsa..undang2 ditangan mereka..kuasa pngkat dan duit ditgn mereka..mereka boleh buat ape mereka suka...walaupun hakikatnya mereka itu adalah pesalah.....cuba lihat contoh...yg berserban didenda sebnyak rm90..yg penari tiang cume didenda rm25...disitu kita dpt lihat....betapa zalim nya peraturan dan undang2 msia dpt pmimpin yg sial..dia boleh merubah akta apa pun..sbb itu dia sentiasa betul..sentiasa tidak bersalah...
# saya kecewa...dan buntu..mcm2 artikel dikeluarkan oleh para2 blogger yg membongkar akan penyelewengan najib and the gang..tapi...diaorg selalu saja terlepas..selalu saja selamat..selalu saja betul...diorg selalu dimenangkan..sementara kita mcm org bodoh yg mejerit2 pd yg xmungkin...raja2 semua pulak hanya diam membisu..rkyat dicaci diherdik oleh pemimpin2....raja2 buat apa? bersenang2 dlm istana krn mereka sudah mewah sgala2 nya? bagaimana dgn rakyat?

# abg din tlg bagi cdgn BAGAIMANA CARA NAK buat najib and the gang yg zalim2 tuh ditngkp dan dihukum atas ksalahan2 beliau..? tlg jelaskan apa kuasa yg mampu menghukum diorg?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 5:52 PM

Ahmad Maslan dah mengesahkan Najib adalah PM bodoh.... Bukan kah Ahmad yg mengatakan PM manalah yg bodoh sgt nak terima duit 2.6b dlm akaun sendiri. Sekarang terbukti, rakyat Malaysia tertipu dgn kebodohan ahli kabinet yg taat pada najib lbh dari segalanya. ooops maaf rakyat tak tertipu, ada yg sedar tapi rakyat tak mampu buat apa2 sbb polis pun makin kayu . Yg kena tuduh tak kena tangkap, yg memberikan fakta skrg kena tangkap. dan persepsi yg berlaku dari reaksi org najib mengesahkan segala kebenaran. Rasuah tahap luarbiasa, dokumen yg benar oleh Sarawak report malah waran tangkap terhadap najib juga menjadi satu kebenaran terkumpul hasil kebodohan memimpin PM malaysia. siapa yg akan mempertahankan malaysia dari segala momok hodoh perasuah dn pesalah ini? tiada. ternyata PM paling rasuah dan paling bodoh dikalangan PM yg pernah ada. Di dlm pemerintahan Najib sajalah , ada negeri yg sanggup memperkatakan tentang referendum keluar malaysia. ini sudah pasti diikuti oleh negeri pembangkang yg paling rigid sbb yg mengeluarkan kiasan ini adalah negeri Johor dan malaysia timur. Shame on u najib!!! patutlah ada kes bekas askar ditangkap kerana membawa pump gun semasa kehadiran najib di Melaka. nasib berita ni tak jadi berita utama TV3...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 5:53 PM

din, kan ke sprm dah buat pengesahan bahawa 2.6 bilion tu bukan duit yang disakau dari syarikat 1emdibi. jadinya persoalan pertama yang selalu disebut2 sudah terjawab. adakah kenyataan dari sprm itu menyakitkan? maka akan timbullah rasa tidak puas hati, sprm sudah dibeli, tidak telus, pengarah sprm ditekan najib dan macam2 lagilah. bising2 mengatakan bahawa duit 2.6 bilion tu datangnya daripada sumbangan luar berasal dari timur tengah. dana tersebut diistilahkan sebagai dana politik @ dana pilihanraya @ what everlah...yang sewaktu dengannya. oleh itu, adakah perlu agaknya najib memberitahu rakyat jelata bahawa dana tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya oleh sipolan bin sipolan? jumlahnya pulak sekian juta sekian bilion. perlu atau tidak? memang la tak puas hati sebab lastik ke kepala najib sentiasa miss, tak kena. namun, bagai disebut oleh big bos dap dan pkr, dana sumbangan luar untuk parti politik tak perlu diisytiharkan, hatta siapa penyumbangnya juga dirahsiakan. aku sikitpun tak berharap najib kekal sebagai perdana menteri, namun kena terima hakikat yang pedih bahawa siasatan sprm memberi jawapan negatif berbanding dakwaan. korang dah tidak percaya pulak kepada sprm?

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 6:04 PM

@Anonymouspersoalan pertama sudah dijawab sprm? Saya tak tahu kat tempat lain tapi blog ini tidak pernah kaitkan dana 1mdb dengan deposit rm2.6 bil dlm akaun Najib. Blog ini cuma konsisten minta Najib buat pengakuan .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 6:12 PM

salam,
saya setuju sangat dengan komen bro dan mempunyai pandangan yang serupa. pandangan bro adalah serupa dengan ramai lagi rakyat malaysia yang mampu berfikir dengan baik. mereka juga pandai membuat analisis setiap sumber berita yang mereka dapat. bukan semua rakyat malaysia berpolitik, tapi sikap ahli politik menyebabkan mereka terjerumus sama ke dalam hal politik. banyak hal lagi kita nak buat, tapi benda mudah dan simple macam ni pun pemimpin gagal nak selesai dengan baik. nampak sangat la pemimpin tak fokus dan kurang cerdik dalam tindakan.

perkara membangunkan negara adalah benda yang wajib pemimpin buat. semua rakyat nampak dan mampu untuk menilai kebaikan kerajaan. tapi salah guna kuasa dan sumber kewangan bukanlah benda wajib yang harus pemimpin lakukan. jika ada salah, bukanlah niat rakyat nak jatuhkan kerajaan atau pemimpin. tapi mereka yang lakukan sendiri. saya percaya kepada Allah swt kerana setiap rakyat beragama islam lelaki di malaysia sentiasa berdoa untuk negara malaysia dan pemimpin terutama setiap kali solat jumaat. itulah keberkatan yang ada sejak dahulu lagi. doa yang kita baca telah dimakbulkan dan pemimpin yang melakukan kemusnahan akan melakukan kesilapan dan turun. perkara yang berlaku bukanlah satu konspirasi kerana ianya datang daripada rakyat bawahan sahaja. bukan pemimpin yang besar dan guna dana yang terancang. amat memalukan jika konspirasi jatuhkan kerajaan hanya melibatkan jutaan ringgit sahaja berbanding wang yang hilang berbillion ringgit. mudah sangat nak jatuhkan kerajaan malaysia. tdm pun kata, jika hilang jutaan ringgit tu kira masih lagi dalam kepimpinan yang bagus.

sekarang mereka putar dan putar seolah-olah rakyat malaysia ini terlalu bodoh seperti mana orang yang berada disekeliling ahjibgor. tahukah mereka bahawa lebih daripada 3 juta penyokong pembangkang tak akan undi umno dan bn walaupun pemimpin umno bertukar, tetapi penyokong atas pagar sentiasa akan melihat dan memerhati serta menganalisis setiap apa yang kerajaan buat. membodohkan penyokong atas pagar adalah satu tindakan yang amat kurang bijak. pemuda umno pun malu nak pegang poster pemimpin mereka sekarang. janganlah alih isu dan fokus serta lakukan yang terbaik. pemimpin pas memang nak lihat umno tumbang kerana selagi ada ahjibgor disitu, maka peluang pas lebih cerah untuk tawar menawar dengan semua pihak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 6:26 PM

@dinturtle

macam macam cara boleh tutup penipuan kononya penderma dana itu dari mana.. sama ada dari 1mdb ke ? jho low ke ? syiekh arab ke ? itu bukan persoalan dah sekarang

Derma ke akaun peribadi najib.. atas alasan dana politik tidak dapat diterima akal sama sekali

dan menambah ketidak percayaan kepada najib dan institusi berautoriti negara .

dah tak ada cara lain .. guna badan berautoriti untuk menutup penipuan

menda simpel je .. najib boleh mengaku sendiri seawal dtuduhan dibuat.

kononya nak saman WJS, skang adakh najib masih nak saman wsj ?

akhirnya yang nampak menipu adalah najib..

lepas ni tiada orang akan percaya najib lagi kecuali mereka yang buta perut.. buta hati. otak hanya ada CASH IS KING

pemimpin UMNO dan parti UMNO dah menjadi najis dan tiada maruah selagi mereka terus menyokong kepimpinan pinipu Najib

Maka dengan ini saya ishtihar UMNO adalah pembelot kepada amanah bangsa melayu.

UMNO wajib diganti dengan parti baru. Biar hancur UMNO bersama pemimpin pemimpin Khianat amanah bangsa, agama dan negara biar UMNO tamat riwayat sebagai PARTI HAPRAK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 6:28 PM

Biarlah depa beri alasan apa pun. Hari ni hari depa.! Kita tunggu pru14 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 7:00 PM

aku dah jawab kat http://theunspinners.blogspot.com/ bawah tajuk Palang gol pengkritik yang sentiasa berubah-ubah, yang mengulas tentang bualbicara lanskap dengan rahman dahlan.

memandangkan theunspinners dah publish post baru dan post aku belum keluar, aku mengandaikan unspinners tak nak keluarkan post aku tu.

so, aku post balik kat sini lah. reworded dan sikit tambahan. boleh kan din?

pertamanya, yang mengalihkan tiang/palang gol ni, bukan pengkritik, tapi penyokong najib. bila mereka terus memainkan isu kononnya najib telus dan tak bersalah dalam isu 'derma' najib, maka pengkritik mula menyoal tentang isu 'derma' tersebut. apabila tidak mampu menjawab persoalan 'derma' tersebut, maka dimomokkan kononnya pengkritik mengalihkan tiang gol. siapa sebenarnya berkali kali mengalihkan tiang dengan gol, dengan isu pemecatan tpm, ag dan sebagainya? tentunya bukan pengkritik.

berbalik kepada isu 'derma' najib, banyak persoalan timbul. pada mulanya, blongang najib memberi alasan tidak salah untuk menerima derma dalam akaun amanah dengan mengeluarkan perkara 27.2 perlembagaan UMNO.

tetapi perkara 27.2 sendiri menyatakan akaun amanah, bukan akaun peribadi.

maka, berkokok lagi penyokong najib, memberi alasan, lebih selamat kalau disimpan dalam akaun peribadi najib. so, datang WTF question. menggunakan akaun persendirian najib lebih selamat dari menggunakan akaun amanah yang memerlukan 2,3 trustee untuk tujuan kawalselia. adakah najib lebih jujur berbanding kawalselia 2-3 orang pemegang amanah UMNO?

jika najib betul betul amanah dan akaun peribadi tersebut betul betul akaun amanah, bukan akaun peribadi (akaun peribadi untuk tujuan amanah - ha. ha. ha. semua orang dah pening dengan ayat tu kan, but that's what najib's blongang trying to say, so, try to understand it), kenapa tidak ada seorang ahli UMNO pun, selain najib aka presiden, waima timb presiden sendiri yang tahu kewujudan dana tersebut? dan sebagaimana soalan din dalam post ni, jika tidak didesak oleh netizen dan pembocoran dokumen dokumen (yang berbuih mulut blongang najib cakap palsu dengan 1001 teori, andaian and what's not. paling best menuduhnya sebagai tindakan zionis untuk menjatuhkan seorang muslim paling suci yang masih hidup) ADAKAH najib akan mengumumkan (bukan najib umum pun, SPRM sebenarnya, najib takde cakap apa pun lagi), bahawa dia ada memegang dana bernilai RM2.6b untuk kerja parti, sekurang kurangnya kepada MKT UMNO sendiri? adakah ini tindakan seorang yang amanah?

menyorot ucapan najib di Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya, pada Februari 2012. boleh tengok youtube ni

saya quote ucapan najib secara verbatim, sekitar 1:30 pada video tersebut
"Kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif dibawah GTP bagi tujuan mengawal political financing.

inisiatif ini akan memberi penekanan bahawa setiap sumbangan kepada mana mana parti politik samada diperingkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan kepada akaun parti"

adakah tindakan seorang yang jujur dan amanah apabila beliau melakukan perkara yang sebaliknya lebih kurang setahun kemudian?

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 7:01 PM

[lebih chars, kena buat 2 part]

cubaan untuk mengalih isu berlaku lagi apabila berlaku cabar mencabar dan tuduh menuduh pembangkang dibantu oleh orang luar dan zionis dan tidak mahu mengisytiharkan sumber dana mereka.

memandangkan ramai yang mengecam najib dan blongangnya bukanlah dari pembangkang, maka, isu tersebut tidak bersambut dan tidak begitu dipedulikan. maka, tuduhan mengalihkan tiang gol berlaku lagi, kali ini oleh rahman dahlan malam tadi.

memetik rahman dahlan malam tadi, beliau mengatakan, pengkritik sudah mengalihkan goal post, dari isu 1MDB kepada isu derma. sekali lagi kita tekankan, isu 1MDB masih dipersoalkan, cuma cubaan mengalih isu 1MDB sedikit sebanyak berjaya kerana isu 'derma' ini menimbulkan lebih banyak persoalan dan masalah yang belum/tidak terjawab oleh penyokong najib.

antara persoalan yang timbul ialah isu akaun peribadi vs akaun amanah yang telah disebut diatas.
2) wang yang dibawa masuk itu, adakah sudah disiasat dan disahkan dibawah AMLA?
3) memandangkan 'derma' tersebut dimasukkan ke akaun peribadi, adakah ianya disiasat oleh LHDN. adakah ia nya taxable?
4) jika ianya tidak taxable, LHDN sepatutnya mengumumkan dibawah perkara/akta berapa yang ianya dikecualikan. ini penting kerana, orang ramai mungkin boleh menggunakan perkara sama untuk tujuan pengecualian cukai dan meminta refund jika mereka telah membayar cukai sedangkan mereka layak dibawah perkara sama
5) jika ianya taxable, sudahkah cukai tersebut dibayar?
6) jika belum dibayar, bilakah tindakan arahan pembayaran akan dibuat?
7) pendapatan RM2.6b mempunyai nilai cukai lebih kurang RM800j tidak termasuk penalti. ini adalah jumlah yang sangat besar untuk dihapuskira/sapu bawah karpet. siasatan tidak perlu lama kerana SPRM sudah mengesahkan perkara tersebut, jadi tiada isu wujud atau tidak 'derma' tersebut.

penyokong najib bersorak gembira dengan kenyataan SPRM, seolah olah najib sememangnya suci dan sudah disucikan oleh SPRM. benarkah begitu?
merujuk akta SPRM di website mereka
dibawah tafsiran perkara 3 m/s 12; derma juga adalah suapan.
“suapan” ertinya—
(a)
wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga,
harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis
harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan,
atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

adakah kenyataan SPRM bahawa ia adalah derma bermaksud najib tidak bersalah atau bermakna najib sedang disiasat kerana mungkin menerima suapan?

satu lagi yang orang lupa ialah, SPRM/MACC sebenarnya bukan hanya anti rasuah. corruption juga bermakna penyalahgunaan kuasa. anwar aljuburi pernah dipenjarakan kerana menyalahguna kuasa.

berbalik kepada rahman dahlan dan 1MDB, rahman dahlan memberi contoh wang JV dengan petrosaudi tidak hilang kerana 1MDB mendapat pulangan bernilai lebih RM2b.

tetapi rahman dahlan buat buat lupa, bahawa, pulangan itu berbentuk unit (just unit), bukannya wang. dan unit tersebut kita tidak tahu apa nilai sebenar, siapa penilai dan disandarkan pada apa. kalau unit ASB, sekurang kurangnya kita tahu nilai dan penilainya, dan jika kita nak bayar hutang, kita boleh tebus duit kita di ASB dan membayar hutang tanpa perlu menggadai tanah.

kalau kita tanya rahman dahlan, kita hutang dengan dia RM1,000,000.00 (RM100.00 sikit sangat bagi diorang), dan kita bagi dia sekeping kertas bertulis RM2,000,000.00, adakah beliau gembira? adakah beliau menganggap hutang tersebut selesai?

isu 1MDB masih belum berjawab dan masih belum selesai. cuma perbincagan sekarang tertumpu kepada 'derma' najib. siapa yang telah mengalihkan isu kepada 'derma' najib? tentunya bukan pengkritik, tapi penyokong najib.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 7:10 PM

setiap jumaat mohon rakyat malaysia berpakaian hitam sebagai simbolik solidariti mendesak najib letak jawatan sebagaimana solidariti datuk nenek kita terdahulu menentang malayan union

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 7:21 PM

Duit masuk 2013 dan tak bagitau siapa sampai didedahkan oleh WSJ maka dia tak akan bagitau sapa2 sampai bila2 pun. Memandangkan 3juta ahli UMNO tidak membantah, maka ini bermakna mereka bersetuju dan menerima penjelasan isu derma ini. Oleh itu, wajarlah ahli2 UMNO dikatakan tidak berotak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 7:35 PM

Bro din,

SPRM akan panggil najib berhubung DERMA 2.6 bilion. Sebentar td pengarah operasi khas SPRM ditahan polis.

Dah sampai masa Majlis Raja-Raja Melayu bertindak. Saya percaya majoriti rakyat mahu YDP Agong menggantung tugas najib drpd pm.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 5, 2015 at 8:25 PM

Assalammualaikum wmt,
Yg dipertikaikan rakyat ialah salahlaku pentadbiran Najib selaku PM.
Tapi yg kena soalsiasat ialah pegawai SPRM.....
Apa dah jadi dgn kerajaan Malaysia sekarang?
Lain yg bngkak, lain yg bernanah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 8:30 PM

@Anonymous
Salam...
Saya boleh terima kenyataan daripada SPRM...
Yang buat orang (sayalah tu) spekulasi adalah sangat kebetulan jumlah USD700 juta tu sama plak dengan USD700 juta yang selalu sangat disebut2 dalam isu 1MDB ni...mungkin kebetulan
Penderma ni satu lah plak...apasal tak transfer USD550 Juta ke, USD800 juta atau paling baik USD 1 Biliyon...kan senang..takde orang nak banding2 dengan angka2 yang menjadi isu dalam 1MDB...
Musykil...yup..saya musykil selagi tiada penjelasan spt Akaun Amanah, Nominees..
dan oh ya apa jadi dengan duit tu setelah akaun ditutup..? :)

kalau boleh minta sebelah sana cuba spin berita dari Utusan ni...
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm#ixzz3hoT1nrIb

Jangan terbelit leher dah leee...
Wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 8:35 PM

Slm kekawan...THERE IS NO DONATION!!! What kinda donation needs 3 layers of companies to get it to the recipient?

It was done through swift transfer. Why was it not transfered directly to the recipient? From wsj info, the money transfered was even deducted before it was transfered to him (25m to 22m).

Doesnt make sense...all bull shit

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 9:19 PM

Salam semua,saya pernah member komen di blog kluangdiamond pada sebulan yang lalu.Komen saya adalah "pada pendapat saya ada yang tak kena pada pemerintahan Najib".Terbukti benar Najib dah buat Malaysia tunggang langgang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 9:54 PM

Jika PM amanah dan jujur, sewaktu mula-mula menerima wang 2.6b ini lagi, dia haruslah berkongsi maklumat penerimaan wang derma ini dengan ahli MT UMNO sewaktu mesyuarat tertutup. Ini tidak berlaku! Ahli MT UMNO pun terpinga-pinga bila isu ini meletup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 10:54 PM

Kalau benar wang yang diberikan itu adalah wang derma yang suci murni dan ikhlas, maka wang derma untuk parti tu adalah wang parti, apakah wang itu diaudit oleh pihak parti? Malahan sebagai sebuah pertubuhan, UMNO mesti menghantar penyata kewangan yang telah diaudit kepada pihak pendaftar pertubuhan, apakah wang derma ini termasuk dalam audit kewangan UMNO pada tahun 2013 memandangkan wang itu dimasukkan pada tahun 2013?

Kalau wang itu tidak diishtiharkan di dalam penyata audit UMNO yang perlu dihantar kepada pendaftar pertubuhan, maka UMNO telah melakukan kesalahan menyembunyikan maklumat serta memberikan maklumat palsu kepada pendaftar pertubuhan dan perkara ini boleh diambil tindakan undang-undang.

Macam saya cakap sebelum inilah, Malaysia ada undang-undang, kalau rakyat tertakluk kepada undang-undang itu, takkan Najib oleh lepas bebas dari sebarang peruntukkan undang-undang kerana dia berjawatan Perdana Menteri?

Dalam isu RM 2.63 bilion itu, pihak berkuasa perlu menyiasat apakah ‘derma’ berkenaan diperoleh secara yang sah mengikut undang-undang atau melanggar peraturan undang-undang AMLA (Anti Money Laundering Act). Ini kerana pengubahan wang haram adalah jenayah yang sangat serius di mana-mana negara pun, termasuklah di Malaysia.

Dalam isu RM 2.63 bilion ini, pihak LHDN perlu menyiasat wang ini kerana ia dimasukkan ke dalam akaun Najib, akaun peribadi Najib, bukannya akaun rasmi parti, dan apakah benar wang itu diserahkan kepada parti? Jika tiada bukti penyerahan wang itu kepada parti, maka Najib boleh didakwa menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya, malahan wang itu perlu dicukaikan mengikut undang-undang cukai, kadar cukai adalah tak kurang dari RM 680 juta mengikut kadar pada tahun 2013.

Dalam isu RM 2.63 bilion ini juga, apakah wang ini diishtiharkan sebagai harta parti dan diaudit dalam penyata kewangan parti di mana setiap terimaan yang diterima oleh pertubuhan perlu diishtiharkan di dalam penyata kewangan pada tahun tersebut. Adakah UMNO menghantar maklumat mengenai penyata kewangan mereka yang dinyatakan di dalamnya mengenai ‘derma’ RM 2.63 bilion itu? Kalau tak ada, macam saya tulis di ataslah, UMNO telah membuat pengishtiharan palsu mengengai penyata kewangan mereka yang dikemukakan kepada pihak pendaftar pertubuhan, maka UMNO akan berhadapan dengan tindakan undang-undang, di mana memberi kenyataan palsu kepada pendaftar pertubuhan adalah bermaksud memberikan keterangan, pernyataan, maklumat palsu kepada pihak kerajaan di mana kalau ikut seksyen 128 penal code, boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun.

Juak-juak Najib jangan ini isu ini boleh diselesaikan dengan cincai begitu sahaja, negara kita ada undang-undang, perlu ikut saluran undang-undanglah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 11:12 PM

Ucapan Najib dalam satu majlis 'Program Jelajah Janji Ditepati'. Berbuih-buah mulutnya masa berucap.

" Mengikut sepotong hadis, Nabi Muhammad saw, ada 3 ciri org munafik. Pertama, bila dia bercakap, dia bohong. Kedua, bila dia janji, dia mungkir janji. Bila dia galas amanah, dia khianati amanah".

" Jangan sekali-kali kita jadi orang MUNAFIK, sebab itu la kita gunakan ungkapan "Janji Ditepati" supaya sebuah kerajaan, bila kita bercakap kita bercakap PADA YANG BENAR dan bukan kita BOHONG".

" Kalau kita tak mampu, kita tak akan sebut. Kalau kita janji, kita tidak tunaikan, DOSA itu adalah amat BESAR".

" Tuhan akan LAKNAT kita, rakyat akan hukum kita. Mereka akan hukum kita, mereka akan hukum pemimpin yang tak lakukan apa yang telah dijanjikan ataupun dia MENIPU rakyat".

Tuan-tuan nilai la sendiri ucapan berbuih Najib ini. Siapa yang seakan 'munafik' ini? Najib or Muhyiddin or Tun or Task Force or kita 30juta rakyat Malaysia ini...? Or SR & WSJ ni yang memang sah bukan Islam yang terikat sabit munafik ini...!

Berkenaan adakah jika WSJBtidak dedahkan isu ini then adakah Najib akan benamkan dalam2 isu ini? Jawapan jelas memang "YES" jika berpandu pada fakat2 ini :-

1) Accounts itu hanya aktif untuk 6 bulan sahaja, March to Ogos 2013. Waktu itu all pihak sibuk menjelang PRU-13, juga sibuk masih berlegar cerita kedai kopi till dalam Parlimen buruknya perjalanan & result untuk BN.

2) TPM & Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin sendiri baru2 ini telah menyatakan dangan jelas bahawa beliau sendiri pun tak tahu menahu tentang wujudnya 2.63 billion ini March to Ogos 2013. Berbohong ke Muhyiddin till dengan tenang terima digugurkan dari kabinet...?

Yang sangat tahu all butiran 2.63 billion ini datang dari mana, bila dikeluarkan, keluar cash or cek or transfer hanya Bank Negara & Ambank sangat tepat. Transaksi ini tak boleh & tak mungkin boleh dipadamkan. Jika cuba dipadamkan, maka Bank Negara & Ambank boleh jadi huru-hara.

Tak susah kan untuk siasat & ungkai kebenaran isu ini. Bank memang berhak untuk tidak umumkan pada public all butiran ini. Tetapi Bank Negara or polis berhak untuk tengok all transaction ini bila ada CBT/kes.

Apa cerita ni?
Cer cerita...........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 11:32 PM

Mcm cerita P.Ramlee pulak..Nujum Pak Belalang.,tok penghulu pun kena ngan org2 dia skali kena percaya kata tuk Nujum dalam geluk jampi.. katanya duit yg masuk akaun najib duit derma..Kalau tak percaya.. kena pecat..eheh..percaya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 12:29 AM

penyokooooooooong ahjibgoooooooooor dahhhhhhhhhhhh lariiiiiiiiiiiiii. no komen. tungguuuuu fulus masuk duluuuuuuuuuu. nantiiiiiiiiiiiiiii kita kasiiiiiiiiii ajarrrrrrrr sama semuaaaaaaa oranggggggggg. derma tuuuuuuuuu halalllllllllllllll. cumaaaaaaaaa nakkkkkk lariiiiiiiiii cukaiiiiii. bank negara takkkkkk kisahhhhhhhh kalu menteri kewangan dah beriiii kebenarannnnnn. lhdn tak boleh ambil wang tu pasalllllllllll wang dermaaaaaaaa. kalu tergunaaaaaa, itu kita pinjammmmmmmm duluuuuuuuu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 12:36 AM

malaysia ke hancuran . teme kasih pada yang sokong najib

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2015 at 8:05 AM

dulu masa WSJ buat tuduhan tu aku rasa mmg Jibby tak tahu pun ada duit dalam akaun dia tu sebab mungkin dia tak pegang kat ATM nesin tu kot..orang lain yg simpan dengan pin number sekali..he.he..(kalau salah, maaf ye..)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 2:48 PM

Makcik nak cadang - oi Najib, mintak le lagi derma dari orang yang sangat pemurah tu .. sape gamaknya ya ?? Kata tokeh unta. Kali ni bukan untuk parti, sebab parti bagi banyak mana pun perangai tak ubah2. Kali ni Najib oi, kamu mintak untuk bina rumah rakyat yang takde rumah macam anak saya yang kerja tak renti2 nak bagi anak makan. Kamu mintak untuk selamatkan budak-budak Melayu .. apa oghang putih kata "human capital" apa benda .. pulihkan dari najis dadah. Belanja le lebih sikit untuk deme2 ni. Malu bangsa. Jangan lupa mintak juga lebih sikit nak bantu ibu2 tunggal selerak sana sini tak dapat nafkah sebab laki tak guna...Ke mintak lebih sikit nak betoikan jalan-jalan yang belubang sana sini .. di Kolumpor ni pun apa koghangnya. Nama je bandor besor . Kamu mintak juga sumbangan nak cuci segala longkang, sampah sarap di ghomah2 pangsa yang nyakitkan hati. Ke kamu guna duit tu untuk bayor gaji lebih untuk oghang2 Malaysia . takda le oghang pendatang je yang bolot kedai2. Perangai pun bukan senonoh. Tapi entah le kot penguasa PBT pun udah meghasa yang 2.6 billion tu UMENO udah tolong . Makcik udah tak lalu mikior smua ni ..peghut senak ghasa nak muntah . Lemehh.

Post a Comment