........... Shahrir 'Kalau Aku Kayaaaaaa' - Rakyat Terima Penjelasan RM2.6 bil | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Shahrir 'Kalau Aku Kayaaaaaa' - Rakyat Terima Penjelasan RM2.6 bil

Wednesday, August 19, 201538comments

KLiK

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, maklum balas yang diterima di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menunjukkan rakyat menerima penjelasan itu dengan baik.

Katanya, sentimen rakyat berhubung isu yang diperjelaskan itu tidak berdepan dengan sebarang masalah.

"Berita kurang menyenangkan tentang isu itu sekadar gembar-gembur menerusi media sosial yang tidak betul.

"Nampaknya baik, tak sehebat yang digembar-gemburkan media sosial. Media sosial syok sendiri
.



Tu diaaa..... media sosial syok sendiri ....

Terlalu besar risiko yang dipaksa oleh Najib dan kuncu2nya ke atas Umno. Paling baik untuk membuktikan kata2nya itu adalah dengan membatalkan penangguhan Pemilihan Umno dan biarkan pemilihan berlangsung.

Apakah kepimpinan Umno masih tidak percaya akan kematangan ahli2 Umno untuk mengamalkan demokrasi setelah berpuluh tahun wujud ?

Apapun keputusannya, siapapun yang menang, saya yakin Umno akan muncul sebagai sebuah parti yang lebih kuat dan bersatu dalam berdepan PRU14.

Najib juga akan mendapat kembali respek bukan saja dari ahli2 Umno tapi juga dari rakyat secara umumnya. 

Barulah nampak sedikit gaya ala seorang Pahlawan Bugis yang berani berdepan dengan cabaran. Ini tidak, belum apa2 dia dulu dah lari ........

Apa yang saya harapkan ketika ini ..... biarlah ada satu Pilihanraya Kecil dalam waktu terdekat supaya dapat kita saksikan apakah benar media sosial syok sendiri. Kalau boleh biarlah kawasan yang mempunyai pecahan pengundi yang sama diperingkat nasional.

Tak kisahlah atas alasan apa PRK itu .... yang pasti, kawasan itu bakal mendapat durian runtuh !

Oya, ni apa citer pula pendedahan mengenai perbelanjaan melalui kredit kad Najib sehingga RM3.5 juta semasa percutian musim panas tahun lalu ?Wassatiyah sungguh lah...

Apalagi, Najib .... samanlah Sarawak Report ! 

Tapi memang respeklah ahli2 Umno .... selepas pelbagai pendedahan mengaibkan yang tak mampu ditolak dengan berkesan mengenai Najib dan Rosmah, mereka masih lagi tunduk akur, angguk2, geleng2 mengikut rentak. 

Pendek kata - berhiburlah dengan lagu ini ...


Kalau aku kayaaaaaaaa....... 
Tulis cek selamba tak tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak  000 000....




Share this article :

+ comments + 38 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2015 at 5:47 PM

Dia syok sendiri tu. tunggu je bior depa tau langit tinggi rendah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 5:59 PM

UMNO dah jadi parti pengkhianat orang melayu. Kita terima sajalah hakikat.

Tak payahlah harap UMNO lagi lah.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 19, 2015 at 6:09 PM

Assalammualaikum wmt,
Rupa-rupanya kayu ukur kehendak dan kemahuan rakyat Malaysia yg seramai 30 juta orang ini hanyalah berdasarkan pengakuan atau penjelasan pemimpin UMNO saja.

Kalau semua pemimpin UMNO kata dia sokong Najib, maka itu dikira semua rakyat suka sangat dgn kepimpinan Najib.
Bila ketua bahagian UMNO kata mereka tak kesah dgn wang derma berbilion ringgit yg dimasukkan ke akaun pribadi Najib, maka semua rakyat pun begitu.
Bila Ketua Bahagian UMNO tak hairan dan tak mahu ambil tahu perbelanjaan PM semasa bercuti di luar negara, maka rakyat ramai pun tak kesah punnn....

Mudah dan senang sangat penilaian penyokong-penyokong Najib.... yer!
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2015 at 6:10 PM

Bro Din....aku ahli UMNO berdoa agar UMNO kalah PRU14....sbb UMNO skrang bongkak, sombong, ...semuanya ada.....x percaya dngn sentiment rakyat...so....rasanya kena bagi try parti lain plak...Jika tak perform ...tukar kerajaan pd PRU......mcm Amerika...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 6:20 PM

aku sokong
pm perlu dpt undi dari seluruh rakyat bukannya dari ketua bhgn umno saja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 6:48 PM

Aku cuba menghadam cukai gst bermula april 2015...aku mencuba selama sebulan utk bertahan...kemudian petrol pulak naik turun naikkkkk....gst prepaid pun kena juga....sebulan aku bagi peluang...akhirnya aku tidak lagi mampu menanggung kezaliman ini....pelbagai benda mula aku catu...tahun ini buat pertama kali aku tak membeli kuih raya...hanya kodok tepung cicah kuah kacang jika tetamu dtg ke rumah dgn keropok lekor....cukuplah...bermula mei 2015...setiap kali terluang dan dijemput Allah untuk bertahajjud...sentiasa bermaindi bibir aku agar Allah tunjukkan satu persatu keaiban atau penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintahku....tidak seperti zaman TunMahathir dulu...hanya yang baik kupinta untuknya....

Namun tidak sesekali aku benarkan bangsa n agama lain memegang tampuk pemerintahan Tanah Melayu ini....

Biar putih tulang...asal jangan putih mata...HINDARI DAP...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 6:52 PM

MAAF...UMNO tak salah...yg salah adalah Najib dan subordinatesnya yg tidak lagi mempunyai akal fikiran yg waras kerana telah dipenuhi dgn makanan mazmumah....bercampur aduk...

moga Allah membalasnya....
pasti ada lagi berita ttg kebejatan duit yg dilakukan oleh mereka....

yb singa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 6:56 PM

jenis syok sendiri jg ni...x pyhlah nak temberang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 6:57 PM

salam,
sharir tu guna mana punya petunjuk? rakyat mana yang dengar penjelasan? tak ada pun? oooo yang ketua umno bahagian kuantan cakap, duit sebab sokong is dan sunni. tu baru sorang ketua bahagian cakap, 145 mana lagi? ooooo dah buat mesyuarat bahagian. kuantan la yang akhir, ahli umno kuantan terima bulat-bulat segala yang ketua bahagian cakap tanpa ada bangkangan. surat khabar tak tulis pun ahli bantah dan tanya. kenapa ahli umno tak buat usul sokong penjelasan presiden. kira semua ahli umno terima la tu termasuk rakyat kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 7:05 PM

@ FZL Resources

Kalau kamu ahli UMNO, kali ini pastikan kamu memilih Ketua Cawangan dan Perwakilan yang benar2 berwibawa. Biasanya dimesyuarat Cawangan ahli tak berapa kesah siapa yang jadi Ketua Cawangan dan Pereakilan. Akibat dari ketidakesahlah maka Najib susah diundurkan. Masing2 sudah dibeli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 7:19 PM

Shahril PEMBOHONG BESAR. Sebagai rakyat saya tak pernah terima segala penerangan mereka ttg apa sekali pun. Malahan saya bermunajat kpd Allah agar kalian menerima segala azab sengsara kerana berdusta menipu dan memperbodohkan rakyat. Anda kalian berdosa dgn saya dan rakyat msia khasnya. PAHAM?
Selagi najib dan kuncu2nya tidak berhenti selagi itu dosa kalian tidak saya ampun kan. Jika anda seorg Islam anda tentu paham erti DOSA. Atau kalian hanya isi alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 7:19 PM

Dah dapat miliion, kan cakap pun senag???????????????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 7:20 PM

shahril nk mnta duit lg tue kt najib...aritu da dpt rm1j..ni dia mnta lg laa ni...huhuhu sbgai wakil pahlawan bugissss

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 7:20 PM

Maruah aku bukan free. Huloq la sikit.

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/BNBBC_PC_PARLIAMENT_18082015_TMIKAMAL_ARIFFIN_04.jpg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 7:32 PM

Tiada siapa sudah diharapkan di dalam UMNO. semuanya tak ubah seperti penyagak.,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 7:39 PM

Masuk duit bagus. Lepas ni jangan bakar jambatan pula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 8:11 PM

Ko dah dapat 1juta bolehlah cakap camtu..

Bawalah duit tu masuk kubur....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 8:45 PM

Shahrir baru sedar dia dapat harga 50% jualan murah. Baru dia tau di mata Najib dia sebenarnya berharga 1 juta aje. Bodoh kampung pun dapat 2 juta. Apa terer si Shahrir ni kalau macam tu. So ini la dia nak cuba buat macam Justo. Semalam buat press conference melawan Timbalan PM. Harap-harap PM akan bagi lagi sejuta dua ke agaknya tu. Ini bukan fitnah, sebab dia sendiri mengaku, dapat juta-juta dari Presiden perkara biasa, tak de hal. Dulu dia ada integriti. Kos dialisis di hari tua ni mahal agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 9:20 PM

Sy akn menunaikn hj penerbgn KT39. InshaaAllah. Spt saudara, sy juga akn terus berdoa agar kepimpinn beralih pd yg sepatutnya. Yg adil yg beriman.

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2015 at 9:31 PM

Dapat satu juta, angkat sampai otak pun tinggal dijamban. Rupa-rupanya ini lah orang yang "baik"!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 9:35 PM

“In the first place, the taskforce was illegally constituted. They were not supposed to be investigating the PM or any individual for that matter,” he said in an interview run by English daily The Star. - Rahman Dahlan

Dulu cakap boleh siasat, tidak ada apa nak di sembunyikan, suruh tunggu, tunggu, tunggu last2 rakyat jadi tunggul!

Kah kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 9:52 PM

Rakyat dipaksa 'terpaksa' ber-eksperimen dgn undi pr dlm pru akan dtg...
Duduk bwh umno pon ssh...bwh pr pon tiada jaminan lg..
Tp kenala cuba jgk...pr juga sudah tentu akan buat terbaik ytk kekal berkuasa..
Keinginan,dendam,kemarahn rakyat akn diterjemah dlm undi
Xkan pr bodoh sgt nk ikut mcm umno utk kekal berkuasa.
Pru lg 3 thn..lepastu ade lg 5 thn dlm pemerintahan siapa yg menang pru itu..
Jangkakan bhw mesia x stabil utk 8-15 thn akan dtg...
Tun m...walaupon sy berharap sgt umur panjang..tp ms itu mgkn x tercapai lg...
Org umno mana nk nmpk/berupaya nk fikir mcm ni...semua mcm shahrir yg tua x nak mengalah, nk kekal kuasa xkan terfikir mesia lg 15 thn mcm mana sb dia & spesis penting diri mcm die dah lama mamp*s...tinggal kami generasi pembenci ummmmm...nooooooo

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
August 19, 2015 at 10:04 PM

Kerana Najib ramai MP dan menteri dah jadi bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 10:18 PM

Tiga jota snggok anggok geleng geleng ikut rentak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 10:46 PM

Bukan sbb najib..mmg sama2 bo**h najib dgn mad maslan tiada beza termasuk rahman, salleh mael. Satu club la tu!

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
August 19, 2015 at 10:59 PM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 semua..


"Bila Aku Kaya" - Artikel yg amat menarik... Hahaha2!


Sememangnya itu saja yg difikirkan oleh mereka3 dari 'Golongan Kaki Bodek Minda Lemah Otak Udang' ni... Setiap hari mereka hanya berfikir bagaimana nak mem-per-bodoh-kan kita rakyat marhaen n bagaimana nak memperKAYAkan LAGI diri sendiri n kroni2.. MEREKA sungguh TAK AMANAH!


"Kalau Aku Kaya" - TerbaikkK la Bro DT! #Kipidap! Hahaha3! :-)


***Tepuk dahi sambil ketawa**


"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 11:34 PM

Shahir 'kencing' 3 juta ahli DUMNO macam Najib 'kencing' tapi datang PRU ahli tetap pangkah BN macam Aina perwakilan Langkawi. Hmm..

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2015 at 1:14 AM

Umno tak salah, yg salah pemimpin yg curang dlm beramanah.

Aku cadangkan ahli Umno dan rakyat MALAYSIA BERKABUNG satu hari sebagai protes kpd mereka yg memperbodoh dan mempersenda kita ini.

Lelaki bersongkok dan berlilit kain putih /kopiah putih, manakala perempuan bertudung hitam.
Bendera Umno dikibarkan separuh tiang.

Protes ini hanya mengkehendaki anda berpakaian seperti berkabung dan jalani rutin harian seperti biasa.

Adalah diingatkan JANGAN berkumpul, JANGAN membawa sepanduk, JANGAN berdemo di jalanan kerana kita ada maruah dan agama. Paling penting jangan menyusahkan pencari rezeki dan lalu lintas di jalanraya.

Diharap protes ini akan memberi mesej dan pengajaran jelas kpd mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 1:49 AM

Rakyat mne plak yg sokong n stuju ngn statement tu? X,fhm btl ler balaci najib ni. Lain yg rakyat nk, lain plak yg fiorg smpikn.... hancur smuenye. So jgn terkuzud kalu PRU nti bungkus. Jgn x cukup tanah nk lari sbb tkut nk kne msok jail....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 7:54 AM

haaa,,,,kalau nak tau ini namanya POLITIK.......baik apa parti memerintah pun sama je acuannya,,,,ACUAN DEMOKRASI.......bahananya ialah rakyat antara rakyat bertohmah ,,,,, angkara ketamakkan INDIVIDU dan TEAMNYA yang betsifat YES BOS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 8:17 AM

Lebih baik setan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali...

Dalam konteks politik sekarang, setan yang dikenali tak lain tak bukan ialah UMNO itu sendiri. Malangnya, UMNO sendiri seolah-olah tak berminat nak membersihkan imej negatif yang digambarkan sebagai setan yang dikenali. UMNO sendiri yang merosakkan kepercayaan dan amanah orang-orang melayu. Banyak hak-hak melayu dimansuhkan atau dihapuskan. Melayu dibiarkan terkontang-kanting tanpa pembelaan meskipun golongan inilah yang memberi sumbangan terbesar dalam PRU-13.

Pada masa yang sama, UMNO jugak dilihat terlalu liberal dan menolak konsep "tolong melayu". Menolong melayu dianggap seolah-olah macam dosa besar semata-mata untuk menjaga hati kaum-kaum yang lain. Apa salahnya tolong melayu ? Apa salahnya kuota bumi ? Apa salahnya ISA ? Apa salahnya MECD ? Apa salahnya DEB ? Mengapa terlalu apologetik dalam konteks membela bangsa pribumi ?

Diharapkan supaya setan yang dikenali ini kembali ke landasan asal dan tidak terikut-ikut dengan konsep kesamarataan versi barat. Hak melayu bukan sekadar pemberian br1m semata-mata, malah lebih dari itu. Soalan yang paling meluat ialah," tuan-tuan nak br1m lagi ke tidak ?". Sampai bila nak biarkan melayu mengemis dan merintih simpati di bumi sendiri ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 11:47 AM

Rasanya Sharir ini pernah jadi Datuk Bandar KL. Beliau seorang politician yang agak dihormati zaman kegemilangannya. Sejak isu 1MDB & 'derma' ini, beliau sendiri membiarkan politician nya makin lusuh.

" Nampaknya baik, tak sehebat yang digembar-gemburkan media sosial. Media sosial syok sendiri."... -Sharir.

Rasanya beliau & team nya kot yang hypo then syok sendiri ini. Cuba beliau tanya sendiri pada seluruh pengundi yang undi beliau untuk Parlimen Johor Bharu, adakah pengundi berpuashati dengan sifat beliau now...?

Cuba beliau tengok semula fakta pru-13, BN hanya perolehi 48% sahaja sokongan rakyat. So, rakyat ke yang syok sendiri or Sharir & the gang yang syok sendiri...? Jika ➕ masalah now ini, rasanya maybe 40% je kot rakyat masih sokong BN.

Jika betul media sosial syok sendiri then kenapa MT setuju tangguh PAU? Kan itu bukti MT yang syok sendiri.

Malam semalam Sharir ada dalam prog tv3 'Soal-Jawab' bersama seorang lagi panel Datuk Paul if tak silap. Sharir masih terus biarkan politician nya berterusan lusuh by berterusan merapu, melalut & emosional but tak menjawap pun pada soalan dari pengacara. Rasanya, Datuk Paul as businessman pun senyum je tengok telatah Sharir ini semalam.

Beliau sendiri menyatakan & akui Fundamental Malaysia sangat kukuh. Namun waktu beliau menjawap soalan, beliau seolah tidak sandar pada Fundamental but lebih terarah seolah rakyat & media sosial yang bodoh even sebenarnya jawapan merapu beliau yang memperlihatkan kepandaianya menjadi bodoh in public.

Tentang Ringgit jatuh :- Beliau mempersoalkan, adakah rakyat mengunakan duit USD. Jadi kenapa risau Ringgit jatuh...!

Tentang Saham jatuh :- Beliau mempersoalkan adakah raykat main or labur dalam saham. Yang beliau tahu, hanya syarikat pelabur je yang main saham. Tak ke bodoh jawapannya, saham FGV ipo pada harga $4.50, now pada harga $1.40 = rugi $3,100 satu lot ini Sharir akan gantikan ke..?

Sharir tak jawap tepat pun pada soalan dibawah ini but merapu entah kemana.

1) Hutang luar negara now 794 billion.
2) Risab hanya 100 billion.
3) Hutang isi rumah 87%.

Syabas pada Datuk Paul yang memberi pendapat yang bernas. Beliau menyatakan bahawa masalah Perception ini perlu diatasi. Ketidak tentuan perlu diatasi segera cos perniaga macam hilang arah then letakkan diri mereka 'tunggu dan lihat' by keep tight their capital. GST memang telah memberi impact yang sangat besar till Inflation naik mendadak to 2.2% untuk Q2 banding 0.7% Q1...

Kepada Tan Sri Sharir & sekutu sewaktu dengannya, buktikan la anda ke or kami yang "SYOK SENDIRI" ini by adakan la PAU or adakan la PRU dalam masa terdekat ini... Ada balung ke...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 2:37 PM

Hampir setiap hari ajib dan mat maslan disumpah seranah oleh rakyat akibat GST. Pemimpin yg menganiaya rakyat...tunggu je la balasannya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 8:58 AM

kesabaran najib, menangani ujian, membawa malaysia lebih terkenal dimata dunia.. kerakusan pembangkang untuk mengambil alih kuasa, memberi kekuatan kepada kerajaan untuk menghadapi pru14.. kemelut rm2.6b bukanlah penyebab kepada tergugatnya paras ekonomi negara.. sebagai PM najib wajar menerima jumlah wang tersebut, membolehkan keupayaan mentadbir negara dengan lebih cekap.. tidak timbul soal rasuah.. kerana najib mempunyai dana sendiri untuk memantapkan dirinya sebagai PM...

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2015 at 5:44 AM

Sori bro,
Protes aman mcm ni actually very good way, tapi aku tak rasa bleh effect anything la. Kuasa dah terlalu berpusat. Sampai diorang dah tak hormat rakyat. Diorang dah terlalu berani. Tengok la berapa banyak statement2 rasmi yg 'bodoh' boleh keluar dari mulut diorang. Mana kira perasaan rakyat marhaen ni. Asalkan habis interview, tugas setle. Kita bukan boleh cuit dia pun. Sampaikan anak diorang yg masih berhingus tapi dah pakai Lamboghini pon boleh publicly keluar statement mengajar kita cara2 berjimat.. diorang dah tak takut tentang PRU14 bro. Cash is king, remember.. tinggal 1 cara je lagi, cara Tun M - undi tak percaya.

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2015 at 10:03 PM

Kaya sana, kaya sini perkara biasa, itu pasal Semua orang bertikam belakang nak jadih ketua, duit masyok, berjuta wei, siapa tak nak, takat 2 tiga ringgit tak dak hal, tapi kalu bagi juta, mana boleh!..pasal duit nie Semua orang gelap mata..kalu dah pegang jawatan berpenggal 2, hmmm mana mahu lepas..bro..sayang....nanti tak masyok...bertaubat lah bro,...tak leh bawa kekubur...

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2015 at 12:29 AM

Selamat pergi dan selamat pulang saudaraku. Semoga mendapat haji yang mabrur.

Doakan semoga yang haq mengatasi yang batil seberapa segera yang boleh di muka bumi Malaysia ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2015 at 5:04 PM

tu baru dapat rm 1 juta. Kubog kat depan dah tak nampak dah. Hoi sharir hang tu dah tak lama dah. bertaubat sebelum terlambat.

Post a Comment