........... Serang Balik Penyerang Najib ! Duit Bagi Dah ...... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Serang Balik Penyerang Najib ! Duit Bagi Dah ......

Saturday, August 8, 201535comments

Serang balik mereka yang menyerang Najib ! Duit nak, tolong tak nak .... Pundek la ! 

Hahahaha .... agaknya begitulah kata hati Najib. Desperate giler nampaknya Najib kali ni. Agaknya peranan yang dimainkan oleh Zahid, Saleh Keruak, Rahman Dahlan, Azalina, Mat Maslan, dan Lester Melanyi masih tidak mampu menampan kritikan bertali arus terhadap Najib. 

Buka akaun Facebokk dan Twitter. Jika anda tidak boleh menjadi blogger, menggunakan Facebook dan Twitter pun memadai.

Bila anda melihat pandangan salah, betulkannya. Bila anda melihat presiden parti diserang, anda boleh serang mereka kembali.

Bagaimana jika presiden parti diTANYA berulangkali tapi beliau mengelak untuk menjawab ? Bagaimana jika presiden parti yang sudah bersiap2 hendak bertempur tetiba patah balik bila dapat tahu musuh sedang menanti ?

Lawak la beb Najib ni ! Hilanglah seruan supaya berjuang atas nama Kebenaran, menegakkan yang Hak dan mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanahair. Sekarang dah menjadi seruan supaya Pertahankan Presiden Anda !  Betul atau salah itu belakang kira.

Jelas untuk kesekian kalinya, Najib mengheret Umno dalam masalah peribadinya.

TMI

Ada satu komen mengenai isu derma RM2.6 billion -

"Sebab tu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah kata, (duit RM2.6 bilion) itu bukan rasuah, bukan duit 1MDB.

"Ia dah selesai, dah selesai,"
- Mkini.


Dah selesai ?  Simplenya cara Najib berfikir ...... Apa yang dah selesai ?

Apakah menurut Najib rakyat tidak perlu bertanya lagi ? Biarpun perkara itu ( derma RM2.6 bil ke dalam akaun Najib ) amat tidak masuk akal ?

Najib cakap banyak di atas tapi masih tidak ada sebarang pengakuan tentang deposit yang dikatakan derma itu. 

Mkini

Macamana askar yang dibayar Najib itu mahu mempertahankan dirinya kalau tidak dibekalkan maklumat ? Malahan bagi saya, apa yang perlu Najib buat adalah bersemuka dan berdepan dengan rakyat dan jawab seala persoalan. Itulah jalan terbaik.

Tak perlu nak heret Umno dalam masalah peribadi. Tapi rupanya Najib memang pengecut, lebih rela berselindung dibelakang Umno dan lebih rela melihat orang Melayu bercakaran sedangkan beliau sendiri mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah yang diciptanya sendiri itu !

                                  *****************

Ni berita lama, dah 4 hari tapi masih berlegar dalam fikiran saya kerana impaknya masih terasa ...... pelik.


Sinar

Badan penguatkuasa kita terpaksa buat Solat Hajat ? Saya tidak pasti apakah perkara sebegini pernah berlaku dalam sejarah sebuah badan penguatkuasa negara kita ?

Dan ini berita semalam -


astroawani
Entahlah.... tak boleh nak komen banyak ....

Mungkin inilah sebabnya mengapa bila suspek dalam sesuatu kes merupakan orang yang punya kuasa, seeloknya dia diberhentikan sementara dari tugas sehingga siasatan selesai.

Malangnya dalam kes berkaitan 1MDB dan Najib, semua SOP dikecualikan. 

PS - Jangan lupa nyatakan pandangan anda samada anda percaya atau tidak deposit RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib itu merupakan satu Derma - bancian ada di penjuru atas kanan blog ni ( web version )

Sehingga jam 6:30 pm ini -

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2015 at 6:48 PM

Menyerang d pentas maya je? Bersemuka boleh tak? Takut? Lawak abad ini jib!
FAKTA...
Dia lupa SPRM kata derma....dlm istilah SPRM kan termasuk unsur2 rasuah.
Bila pulak SPRM kata ok dan dah selesai? Bila ye.....
SPRM nak tumpu yg kecik tu....42juta tu. Bank lokal...pemberi pun lokal. Walau pun telah melarikan diri. Eh eh....pasal apa pulak lari? Apa nak d takutkan jika tak bersalah? Pelik jugak!

P/S Perbuatan suruh menyerang tu apa nak d ertikan? Salah tak jika kita paham ertinya....menghasut...menyuruh utk kejahatan? Tak betul ke?Jika itu maksudnya salah kan......jibun..jibun apa yg sedang anda lakukan ni.
Kita tak pernah pun serang beliau cuma bertanya...mengapa dungu sangat susah nak jawab? Tu saja.

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2015 at 7:13 PM

PM kita tak jujur apabila tidak memberitahu kepada Majlis Tertinggi wang derma yang diterima. Tidak ada ketelusan.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 8, 2015 at 7:31 PM

Assalammualaikum wmt,
Sekarang rakyat sepatutnya faham kenapa ahli UMNO dan pemimpin UMNO diperingkat bahagian sokong Najib walaupun dihati kecilnya tidak.

Sebagaimana yg diucapkan Najib, mereka semua dah dapat habuan. Bahagian UMNO dapat bantuan setiap bulan. Ada macam-macam bantuan dia dah bagi. Hinggakan ribuan orang telah dibiayai untuk tunaikan Haji ke Mekah. Ucapan Najib penuh dgn ungkitan mengenai jasa dan bantuannya. Ungkitttttttt! Pemimpin jenis apakah yg suka mengungkit?

Bebalnya, apakah sebelum Najib jadi PM dan Presiden UMNO, Bahagian-bahagian UMNO tidak ada bantuan dari Ibu Pejabat parti? Zaman najib saja baru ada? Kalau dah banyak bantuan yg diberi kenapa prestasi BN semakin merosot dlm PRU lalu. Nyaris tak lingkup.

Sekali lagi segala hujah yg Najib keluarkan kantoiiiiiiiiiiii! Tak dapat diterima oleh orang yg waras fikirannya. Rakyat ramai bukannya bangang.

UMNO bukan hanya hidup dibawah kepimpinan Najib. UMNO ditubuhkan sebelum Najib lahir di dunia ini lagi - 1946. Najib waktu tu di mana?

Jangan suka mengungkit. nanti kalau ada yg ungkit pulak apa yg Najib-Rosmah buat kan susah.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 7:36 PM

Lol, najip2, ni standart ko.. menyedihkn

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2015 at 7:41 PM

Hairan betulah saya dengan poll baru ni dengan poll sebelum ni (aset ke unit)....Ada lagi yang percaya dengan Najib.... :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 7:49 PM

kalau najib bukan perdana menteri agaknya ada x org nak derma sebanyak itu? kalau xda maknanya wang tu bukan haknya. ia diberikan atas sebab jawatannya. maka ia bukanlah berstatus sebagai derma! ia merupakan satu sumbangan.memandangkan ia adalah sumbangan maka dia perlulah declare nilainya dan perlu jelaskan siapa penyumbangnya dan menjelaskan cukainya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 8:07 PM

dah mula mengungkit dan dah nampak dia tertekan. 100% UMNO diheret dalam masaalah peribadi dia. aku rasa yang rama dok hentam ialah najib dan takder kena mengena dengan UMNO. duit disalurkan ke akaun najib dan bukanya UMNO. saperti kata dia duit yang disalurkan ke bahagian bukan duit najib tapi duit UMNO. syarikat sarat hutang 1MDB bukan syarikat UMNO dan kenapa pulak mesti diheret UMNO untuk mempertahankan dia. dia buat kerja macam negara ni dia punya kerana dia boleh berhentikan kakitangan, boleh tukarkan kakitangan ikut suka dia jer. dulu sebok task force dan sekarang dah tak releven dah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 8:20 PM

Najib dah disumpah rakyat malaysia termasuk golongan wali-wali yg sentiasa mendoakan kesejahteraan Malaysia. Harapnya pencacai2 beliau kalau nak sokong pun berpada2lah. Saya simpati dengan rakyat kota belud - kawasan rahman dahlan yg juga kepala pencacai najib. Habis dihantar bala oleh Allah sebagai peringatan kepada rahman dahlan ni.. Ingatlah, sesuatu tu Allah berikan bukanlah secara sia-sia. Harap2 zahid hamidi pun sama, takut nanti tak kesampaian jadi pm dah tumbang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 8:40 PM

Najib syok sendiri..dia sudah takut..diharap TSMY jangan serang serang...atau buat sebab....takut diberhentikan dari umno oleh kuncu Najib....kalau ada pertandingan insyaalah TSMY boleh menang mudah....Saya totok UMNO pun dah benci dgn sikap PM...dulu sokong kuat...sekarang ni bye bye...Sebenarnya PM cuma nak selamatkan diri sendiri...bukan nak selamatkan umno..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 9:07 PM

" Apa yang berlaku adalah mereka terus berdiam diri apabila mendapat wang tetapi apabila saya diserang, semua diam."- Ucapan Pahlawan Bugis today till berbuih-buih mulutnya.

Betul pandangan brother Din, Pahlawan berterusan berniat heret sama Umno dalam masalah peribadinya = derma peribadinya.

Pro Najib ni type lebih suka tengok kain bini kawan kot dari tengok kain bini sendiri yang jelas 'koyak' juga. Kita nak jawapan, they spin to pembangkang lak. Jika kaum cina ini, khinzir memang makanan lazim mereka & tak salah apa pun then adakah Umno yang Islam ni pun nak kata "mereka boleh makan khinzir, then salah ke kalau kita pun makan juga." Aduihhh....

Dalam sesuatu peperangan, siapa yang patut dihadapan...? Semestinya kapten pe. Situasi now terbalik pula. Pencacai dihadapan then Najib as kapten ni batang hidung pun tak nampak.

Lawak stupid je by his words " ambil duit diam" ini. Macam meludah kelangit je. 2013 masa Najib ambil 'derma' ni beliau pun diam juga pe till May 2015. Even dah out dalam WSJ, tetap 'bisu' juga.

Pada awal isu ini timbul, ramai antara kita memang dah boleh agak ramai kalangan ahli Umno tau tentang 'mewah' Najib pada March till Ogos 2013 ini. Cuma hampir keseluruhan mereka tak tau punca dari mana, ada yang bertanya masa itu tapi tak dibenarkan untuk tahu & tak perlu tahu.

Bila Tun mula timbulkan sedikit then all ahli Umno hentam Tun by kata Tun sekadar nak naikkan Muhkriz, Tun marah sebab Najib pun tak nak teruskan bina jambatan bengkok.

Bila WSJ tulis berita ini yang satu dunia boleh baca, pro Najib masih tak percaya juga awalnya. Bila Najib tak berani nak saman fitnah WSJ then sprm umum 2.63 billion ini derma yang datang dari timur tengah, bila Najib sendiri akui secara sinis then baru la all ahli Umno terganga mulut till terpacul "alamak" ini, termasuk Tan Sri Muhyiddin sendiri pun terkejut sama.

Jika kita ini pro Najib (sebahagian sahaja) kita pun sama juga akan diam diri dari membuta tuli pertahankan Najib atas sebab berikut :-

1) Kita tak tahu apa pun tentang 'derma' ini sejak March 2013 till May 2015. So, kita nak berperang guna peluru apa?

2) Tuan punya badan sendiri membisu berbillion bahasa, then logik ke kita lak sakitkan otak kita untuk menjawap...?

3) Isu ini lebih pada Najib, sebab 'derma' ini masuk accounts peribadinya. Tak ada kena mengena secara direct pada Umno. So, perlu ke Umno pertahankan Najib dalam isu ini. Perlu ke heret nama Umno sama sedangkan baki duit itu telah hilang entah kemana tanpa kekal dalam Umno.

4) 'Collective responsibility' ini ada pertembungan juga, sama-ada secara direct or indirectly. Tau or tak tau, suka or tak suka, nak ke tak nak, seluruh ahli Umno memang dikira terpalit sama. Jika tak nak terpalit coz memang ada yang tak terima apa2 pun dari 'derma' ini, maka bersuara la, tunjukkan sifat bersih anda, buktikan anda bersih, bersuara untuk cuci semula Umno ini.

Salah memang tak terhindar dari kita as manusia. Salah akui, perbetulkan, mohon maaf, Insyaallah, kami Melayu yang masih boleh maafkan anda. Kita tau sangat kita salah but tetap masih munafik, maka kami Melayu ini akan tentang juga anda yang Melayu juga.

Later jangan la spin lagi by kata Melayu bunuh Melayu yea. Hang Tuah & Hang Jebat juga sama2 Melayu, Pahlawan terbilang lagi, rakan seguru, membesar bersama juga akhirnya terpaksa bunuh-membunuh kerana Tuah pertahankan pemimpin, Jebat pertahankan keadilan. Saya lebih rela jadi Jebat, mati bermaruah dari jadi Tuah menang tetapi hilang maruah dimana akhirnya Tuah malu then hilangkan diri till now tanpa kubur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 9:57 PM

Dalam borang untuk duit yang di-pindahkan ke-ekaun Najib ada di-tuliskan duit itu adalah bayaran. Ada dua kali bayaran. Tidak ada perkataan derma.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 10:01 PM

'Tentera Upahan' selalunya akan tewas,kerana mereka tidak ada jati diri.Kesetiaan mereka hanya kepada wang sahaja.TPM adalah suatu ketika dulu merupakan ketua perang kepada Al-Juburit.Zamil KITA dan Azwandin adalah bekas hulubalang si mata lebam,dan mereka ini sifatnya hanya akan bertuankan hantu raya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 10:05 PM

Aduyai...
Tak habis2 lagi dok cerita hal 1mdb..
Cubalah bawa bertenang...nak najib jatuh..undi waktu pemilihan...korang spin sana sini tak ke mana pun!!Tiada sistem kouta memudahkwn najib disingkirkan.Kenapalah bodoh sgt korang bercerita ttg 1mdb.Majoriti rakyat sedar..wang derma itu bukan wang 1mdb.Dan hasil program 1mdb telah dan pernah digunakan utk kebajikan rakyat.
Nak spin bagai org gila tapi najib msh jugak bertahan...buat apa!!!
Yang sedih...menteri2 yg digugurkan mula meroyan sana sini membuka pekung masing2.KONON ada masa lbh utk mengukuhkan parti.Gelak tokong babi dgn korang..oiii!!
Aku klu penderma kata...rahsia dan senyap...tunai jer permintaan!!
Klu dia tak amanah dgn wang tersebut...tetap ada balasannya dunia dan akhirat.Bukannya mengutuk dan mengata seolah2 kita bakal ahli syurga.Yang bodo...kenapa tak soal najib betul2 dan bukannya menikam dari belakang.Tak cayalah klu mrk2 ini pernah mengumum jumlah dana bantuan untuk kempen pru13 yg lepas termasuk fuckaton.Cuma yg pasti setiap parlimen dan dun di dalamnya memerlukan antara rm1juta ke rm5 juta utk tujuan kempen.Pernahkah yg kena gugur nie berkata atau umum mana mrk dpt duit!!?????
Sudah2 lah wei!!!!Najib tak tumbang pun...tggu lah pemilihan parti dan gunakan peluang tersebut!!!
Yang digugur...JANGAN IKUT CARA ANWAR AIBKAN ORG...AKHIRNYA TUHAN AIBKAN DIA!!!
TUNJUKKAN SEMANGAT IKHLAS DAN BUKAN SEMANGAT MELATAH YG MEMALUKAN DIRI!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2015 at 11:00 PM

You are desperate PM, Jgn di ungkit!.. buruk siku...itu kewajipan..kalu tidak jgn jadi presiden. Jgn alihkan issue 1 MDB dan "Deems". You step on the wrong foot. Just go for a holiday or vacation!, you need one!. Take a rest.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 11:09 PM

Najib ada penyokong ke. Dengar mrk berhujah pun dah tahu yg mrk nak jahanamkan Najib bukan nak menyokong.
Silap besar Najib pecat Muhyidin. Zahid Hamidi langsung tak boleh dipercayai. Tunggu peluang aje nak singkir Najib.
Perhatikan pada mrk yg meminta Muhyidin dilucutkan jawatan dr Timbalan Presiden UMNO. Bukan nak tolong Najib tp nak cepat bg laluan Zahid jadi TPM bila dia dah sah org nombor 2 UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 11:12 PM

Saya pelik mana suara Cuepacs bila pegawai kanan SPRM ditukar serta merta. Kena tukar atas alasan masalah disiplin. Nak harapkan KSN backup penjawat awam memang mustahil.

Masa najib umum zahid hamidi jadi tpm baru, KSN tersengih sambil tepuk tangan. Sekarang penjawat awam yang menjalankan tugas ditahan, disoal siasat, diganggu sampai ditukar serta merta. Takde sapa nak bela mereka yang amanah ni.

Agak2 pru14 najib boleh harapkan undi penjawat awam lagi ke?

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2015 at 11:18 PM

@Anonymousnak soal Najib betul2 la ni masalahnya dia tak berani nak berdepan dengan rakyat secara dua hala. Kenapa ek ? Tidak pernah walau sekali sejak isu 1mdb panas apatahlagi sejak isu deposit rm2.6 bil, Najib berdepan dengan soalan secara berdepan. Semuanya sehala atau secara bertulis.

Kita nak bertanya jer....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2015 at 11:45 PM

bukan rakyat xboleh tunggu next pilihanraya. tapi rakyat dah x boleh tahan hari2 kerajaan duk kata rakyat salah informasi, rakyat tak pandai, rakyat degil. rakyat kena percaya ja bulat2 apa yg duk kuaq kat tv3 atau kat paper. jgn duk tanya lebih dari apa yg depa dah habaq. sebab rakyat tak pandai... buat pa nak tau citer yg lebih detail. hat citer pembangkang rakyat xnak tau pun. dah x pasai rakyat yg salah pulak sebab x pi siasat. hadooi ....mcm dia tuan rumah ...kita ni mcm tetamu ja ...kena duk sengap. tuan umah jamu makan baru kita makan. kalau makan tak top up ...buat2 ja mcm xda apa masalah.

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2015 at 11:47 PM

Tidak ada istilah derma, duit itu duit 1MDB. Atas arahan SPRM terpaksa kata Derma.
Nafi nafi nafi alih alih kata derma.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 12:20 AM

Ni dah boleh heret pm sbg menghasut! Tp macai dia kata dia menasihat!
Asasnya, mana ada selesai! najib=Anwar Ibrahim dah...PM luar tabii'...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 12:24 AM

@Anonymous cuepacs tu utk kakitangan awam bawahan bukan utk pangkat professional macam dato bahri atau lain2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 12:31 AM

@Anonymous Takde masalah kalau najib nk jadi PM pon. Bukan blh dia PM samapai 1,00o tahun. Tp kenapa nk marah org yg tak suka najib? Demokrasi la sikit, takkan semua org setuju najib buat apasaja. Kalau mcm tu tak payah la election, lantik jd PM seumur hidup. Itu kalau dia mampu hidup lama le.

Perbuatan songsang PM Najib yang pertama ialah BERBOHONG dalam Sidang Parlimen bila mengatakan pelaburan petro saudi itu telah ditebus TUNAI dan kemudian selepas 3 bulan ditukar menjadi aset dan sehari selepasnya menjadi unit.

Nah...kalau seorang PM itu mampu berbohong dalam parlimen atas kapasiti ahli dewan dan anggota kerajaan. Maka dia juga boleh berbohong diluar dewan dengan lebih senang. Maka kamu patut malu minta rakyat Malaysia percayakan PEMBOHONG menjadi PM (Pembongak Malaysia).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 12:40 AM

Ajib...ajib..

Nak dedah akaun umno konon...yg dia nak libatkan umno apehal? Duit billion2 tu masuk akaun peribadi ko...bukan masuk akaun umno. So sepatutnya ko kena dedah akaun ko...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 12:44 AM

Selama ini rakyat dok soal Najib betul2,cuma dia tak jawab2.Bisu seribu batu.Tiba2 kata derma sejumlah yg besar itu....lagi syak wasangka duit atas angin....ditambah lagi dgn gaya hidup mewah skeluarga Najib yg melampau. Rakyat musykil tp Najib tak jawab2. Siapa pndermanya?..kalau ada...

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2015 at 1:44 AM

@Anonymous

Aduyaiiii... kenapalah benak sangat nak terima kenyataan yang najib tu tak akan jawap walau apa soalan pun lebih-lebih lagi kalau pasal 1MDB dan 2.6 Billion yang masuk akaun peribadi dia. Budak sekolah rendah pun tau, najib pergi ke Arab Saudi dulu tu kenapa? Kalau 'Anon 10.05' yang benak ni ada anak yang sekolah rendah, cuba tanya anak kenapa najib pi Arab? Mesti anak akan jawap kerana najib takut Tun Mahathir nak tanya soalan secara berdepan face to face dalam forum #Nothing2Hide

Kenapalah benak sangat nak faham.... ni mesti dapat banyak dari najib tu yang mai serang sini ikut seruan najib... Dapat berapa bro..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 2:37 AM

Kalau nak cari kadi
Pusing rumah Pak Wahab
Kerbau yang makan padi
Kambing yang kena jawab

-v-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 3:48 AM

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak SAH sudah ada ciri ciri sifat seorang DESPOTIC Leader. Kalau Philippines dulu biasa ada pemimpin macam Marcos dengan Imelda nya, Pol Pot di Burma,kita rakyat Malaysia SUDAH di takbir oleh seorang pemimpin DESPOT.

Ciri bini dia si Rosmah serupa macam isteri Marcos yang ada fetish KASUT, si Rosmah ini obsess dengan HANDBAG Hermes Birkin nya.

Najib melalui polisi DESPOTISM nya akan melantik loyalist2 nya untuk membela image dia. Dengan TENTERA 3 juta ahli2 UMNO nya mereka akan menyerang mana mana pihak yang memburuk image pemimpin DESPOT mereka. Sesiapa yang menentang atau memburuk IMAGE Najib ,character assassination akan di lancar kepada mana mana individual melakukan nya. Rahsia2 mereka akan di bongkar kepada umum tentang kekayaan mereka perolehi. Najib LUPA bahawa SEMUA rakyat sudah tahu bahawa kekayaan orang melayu datang dari nepotism dalam UMNO,ini termasuk diri dia dan juga kaum keluarga dia. Budaya ini sudah di terima oleh orang melayu dan sudah jadi satu NORM. Kita boleh lihat individual macam Dr M, Tan Sri Zeti,TSMY,AG di peleceh kan melalui media2 agar rakyat benci kepada mereka kerana mengutuk Najib.

Sesiapa yang a 'threat ' kepada kedudukan dan kuasa Najib,loyalist2 rapat dia akan go all out untuk membela dan TINDAS musuh2 Najib, contoh macam Zahid Hamidi. Orang2 atau Civil Servant akan di UGUT dengan raid2 kepada rumah mereka,kemudian di TRANSFER kedalam COLD STORAGE .

Seriously Folks,bila lah Rakyat Malaysia nak SEDAR yang kita sudah di perintah oleh seorang DESPOTIC leader yang SUDAH mula menutup suratkhabar, sentiasa berBOHONG, menerima rasuah,hanya mahu di kelilingi oleh orang YES man yang Loyal kepada nya,menindas sesiapa yang tahu membonkar rahsia jenayah nya. Yang BEST sekali ciri ciri yang ultimate dari despotic leader ini, kepada mereka ini'Business is as usual' macam nothing WRONG has happen!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 7:59 AM

saudara Alfie 3.48 am....tolong jgn gelar dia 'haji' lagi boleh tak.....dia hanya memfitnah pak haji yg lain dan agama islam saja....

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
August 9, 2015 at 8:03 AM

anon 1005 klu ko terer p lah tolong tanya najip napa dia suka posing2 cakap...napa dia xnak cuti masa siasatan atas dia dijalankan...kami semua rakyat xcrdik cam kamu..tolonglah ye...kmi cuma tau memekak kat alam cyber aje.tu pun sipi2 lelebih takut gak masuk kedalam

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2015 at 8:44 AM

xtgk k najib ckp pe smlm kat tv3 suku? dia ckp dia boleh bagi tau duit tu dr mn..asalkan pembangkang pun bagi tau duit pmbangkang dpt tuk psiapan mengundi tu dr mana...nk ngundi dgn bendera warna warni..kenderaan k hulur hilir..guna duit..kene jelaskan jgk duit tu dtg dr mn..lps tu najib kate dia selalu kene hentam sbb dia presiden parti...klu dia xpresiden parti..org xkn hentam dia..
#haha..mcm lawak je najib ni...dh klu org biase,xda pulak org nk kecoh duit dan pnipuan..skg org kecoh psl kau sbb psl kau tu leader...yg diamanahkan jaga negara,yg diamanahkan kaga duit negara..bodoh tul punye statement najib ni
-

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 9, 2015 at 9:15 AM

Assalammualaikum wmt,
Apabila Menteri Belia dan Sukan - KJ, bertekad mengkritik tindakan JPA menukar serta merta dua orang pegawai kanan SPRM selepas mereka disiasat, ianya menimbulkan isu baru yg ada kaitannya dgn isu 1MDB. Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan itu ada kaitan dgn urusan tugas Suruhanjaya itu yg sedang menyiasat salahlaku dan salahurus dua buah syarikat yg ada kaitan dgn 1MDB.

Yg dapat difahamkan ialah KJ tidak mahu SPRM bersendirian tanpa sokongan rakyat. Sementelahan pula isu sokongan kpd SPRM telah 'diambil kesempatan' oleh pembangkang dgn lawatan sokongan yg mereka berikan baru-baru ini.

Mungkin untuk menunjukkan bahawa rakyat dan ahli UMNO/BN juga perihatin dgn apa yg menimpa SPRM - hinggakan pegawai mereka seolah-olah terpaksa memohon rahmat Allah swt melalui solat hajat, maka KJ selaku Ketua Pemuda UMNO/BN bertindak dgn kritikan yg dilihat umum sebagai menyanggah tindakan para penasihat dan penyokong Najib serta Zahid. Kpd mereka, KJ sudah lebih......

Memandangkan KJ telah 'menyelok pekasam', seeloknya beliau seloklah hingga sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi. biarlah basah. Dan itulah perjuangan namanya.

Justeru, elok disarankan kpd Pemuda UMNO/BN dibawah pimpinan KJ supaya mengadakan satu kunjungan ramai pemimpinnya ke SPRM bagi menzahirkan sokongan padu kepada kakitangan Suruhanjaya itu. Pulihkan semangat mereka untuk terus berkhidmat dgn cemerlang, gemilang dan terbilang'

Selain Pemuda UMNO/BN, NGO-NGO yg perihatin terhadap maruah pentadbiran negara juga sepatutnya melakukan perkara sama. Kemungkaran mesti dicegah.

SPRM memerlukan sokongan padu selagi ianya berkhidmat demi kesejahteraan rakyat yg mahukan negara ini bebas drpd rasuah dan salahguna kuasa oleh para pemimpin yg semuanya dipilih oleh rakyat juga. Pemimpin yg ada diatas sana bukannya dapat jawatan itu kerana warisan sepertimana pemerintahan feudal. Mereka naik kerana sokongan undi rakyat. Tak kira sama ada sebagai MP mahupun MT UMNO.

SPRM perlu dipertahankan kradebelitinya.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 9:56 AM

Skrng bahagian kena siasat kepada siapakah 'sumbangan' derma itu diberi, berapa banyakkah yang diberi, kemanakah dibelanjakan Dan untuk apatah dibelanjakan dan adalah bendahari bahagian tahu Dan dah diminitkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 9:57 AM

Baru skrng KJ nak bersuara dgn lantana. Kenapa ye??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2015 at 1:49 PM

@Anonymous

Bahagian nak siasat?

hmmm..entah2 ketua bahagian dah sendawa...

macai je yang bergentayangan pertahan Presiden. dapat sisa tulang pun belum tentu tapi diminta jadi pejuang oleh Presiden.

ikan mereput dari kepalanya...

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2015 at 2:23 PM

Syyyy takde sape tau. Diam2 sudah la..ok?
Jgn bising Nnt kantoi..Bia org lain jawab ye....ok bye
Hehehe!

Post a Comment