........... RM2.6 Billion Dan Kemerdekaan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 Billion Dan Kemerdekaan

Thursday, August 27, 201519comments




Kemerdekaan secara mudahnya bermaksud Kebebasan. Rakyat Malaysia bebas untuk membuat keputusan bagi menentukan halatuju negara sendiri. Kita tidak terikat dan tidak perlu tunduk kepada mana2 kepentingan pihak luar. 

Dulu sebelum Merdeka, perjalanan negara ditentukan oleh pihak luar. Rakyat yang ditugaskan untuk memerintah negara harus tunduk kepada perencanaan penjajah dan bagi memastikan semuanya berjalan seperti yang direncanakan, maka diletakkan wakil penjajah sebagai Penasihat atau Residen.

Penasihat atau Residen menjadi lambang penjajahan kuasa luar ke atas tanahair kita. Penentangan orang Melayu terhadap penjajah dimanifestasikan dalam bentuk tindakan terhadap Penasihat atau Residen. 

Kini negara sudah Merdeka. Tidak ada lagi Penasihat atau Residen luar yang menentukan dasar2 dan halatuju negara kita. Menerusi demokrasi, rakyat memilih wakil yang kemudiannya menubuhkan kerajaan bagi mengurus pentadbiran negara. Kerajaan pula akan melantik seorang Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir.

Semuanya dipilih secara bebas oleh rakyat sendiri. Jika rakyat tidak lagi menyokong kerajaan pilihan, rakyat juga bebas untuk memilih wakil baru yang kemudiannya akan menubuhkan kerajaan yang baru dan seterusnya memilih seorang Perdana Menteri yang baru. Merdeka !

Kerajaan yang kita pilih selama ini memberi kuasa yang begitu besar kepada Ketua Pentadbir atau Perdana Menterinya. Berbekalkan mandat yang diberikan oleh parti yang diwakilinya, beliau bebas membuat apajua keputusan demi kebaikan rakyat yang memilih partinya untuk menjadi kerajaan.

Selagi Perdana Menteri itu meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaannya ........ selagi Perdana Menteri itu tidak terikat kepada sebarang pengaruh luar ..... selagi Perdana Menteri itu tidak tunduk kepada tuntutan pihak luar .... selagi itulah beliau mendapat kepercayaan rakyat.

Dari artikel terbaru chedet -

13. Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya bahawa RM2.6 bilion adalah hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk beliau memenangi pilihan raya. Rakyat Malaysia tidak mahu mempercayai bahawa calon mereka untuk pejabat tertinggi di negara ini merupakan penama seseorang dari negara lain. Apakah yang akan menjadi kewajipan beliau kepada penyokong-penyokong? Adakah beliau akan berkhidmat untuk rakyat Malaysia atau untuk negara asing?


Apakah kita masih lagi Merdeka sekiranya senario di atas menjadi kenyataan ? Pihak luar tidak memerlukan khidmat Penasihat atau Residen sebagai wakil sekiranya Ketua Pentadbir sendiri tunduk kepada kemahuan mereka atau menjadi proksi mereka.

Makanya, adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya Najib dan pemimpin2 Umno melihat isu Derma RM2.6 billion itu sebagai satu masalah dalaman parti semata2.

Sebagai Perdana Menteri, Najib bertanggungjawab kepada seluruh rakyat. Sebarang isu yang melibatkan integriti dan ketelusan Perdana Menteri adalah isu rakyat dan Najib wajib memberi penjelasan kepada seluruh rakyat bukan hanya kepada ahli2 Umno saja.

Sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke 58 tidak lama lagi, saya harap Najib akan berdepan dengan rakyat dan menjelaskan secara tuntas mengenai isu Derma RM2.6 billion yang diterimanya secara peribadi bagi menyakini rakyat bahawa negara kita masih lagi Merdeka !

Tidak ada gunanya ucapan2 bersifat retorik kerana semua itu boleh disiarkan melalui jurucakap kerajaan. Rakyat tidak mahu dengar mengenai ETP, GTP, Pemandu dan sebagainya tapi apa yang rakyat mahu dengar adalah penjelasan dari Perdana Menteri sendiri mengenai derma RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Rakyat mahu kepastian yang Ketua Pentadbirnya tidak menjadi alat kepada pihak luar. Kuasa dan tanggungjawabnya tidak harus dikompromikan demi kepentingan peribadi.

Tunjukkan bukti yang Malaysia masih lagi Merdeka !

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 27, 2015 at 1:26 PM

Sdr. Din,
Apakah Malaysia sudah Merdeka sekiranya kita masih lagi memerlukan penasihat dari luar?
Apakah Melayu sudah Merdeka sekiranya ekonomi Melayu sendiri bergantung pada bangsa asing? Malah apabila ketua tertinggi bangsa Melayu itu sendiri turut melebihkan bangsa pendatang demi secebis undi.
Apakah Agama kita juga turut Merdeka tatkala Islam dicaci & dihina sewenang-wenangnya oleh bangsa pendatang tanpa perlu risaukan sebarang tindakbalas?
Adakah Islam, Melayu & Malaysia ini telah benar-benar Merdeka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 1:47 PM

Besides Mahathir’s takes, the other reason for Muhyiddin’s departure, probably from the Umno Deputy President’s post too, comes from Najib himself in London before the last General Election in 2013.

Najib was quoted as saying in the media that he could do what his father, Abdul Razak, did in the wake of the searing Sino-Malay race riots on 13 May, 1969, i.e. declare a state of emergency, suspend Parliament and democracy and rule by decree. “But I won’t do that,” Najib hastened to add.

It does not mean that just because there was no repeat of Abdul Razak in 2013, there would not be one in 2018. This is where Zahid as Home Minister enters the picture as a safer and better bet than Muhyiddin to carry out whatever “nefarious” plans Najib has in mind come 2018. Otherwise, why doesn’t Najib step down, having lost the confidence of the majority of the people, the business community and investors?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 2:11 PM

Kita sudah lama dijajah oleh yahudi melalui yahudi yang bernama melayu pada yang sama menakutkan kita bahawa yahudi Dan dap merupakan nightmare bagi umat melayu islam....adakah sekelompok berkenaan bangang atau bangsat???!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 2:58 PM

Saudara din...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bibir mesra jiwa parah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 3:15 PM

-luv tun m.

- tiada makna kemerdekaan jika penasihat kerajaan mengikut pelunjuk penasihat asing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 3:19 PM

Sekarang ni kita mana ada merdeka.... kita semua dijajah oleh NAJIB

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 3:48 PM

Kekadang pernah gak aku terfikir. Kenapa begitu mudah seorang PM menyalurkan bantuan berjuta ringgit kepada kaum kiasu? Apa sahaja kehendak kaum kiasu dituruti, hatta untuk memansuhkan hak melayu pon sanggup dilakukan. Oleh itu, aku teringin benar nak tau. Ada tak segala tindak-tanduk PM yang seringkali menyusahkan melayu, dipengaruhi oleh mana-mana individu atau memang atas kehendak dirinya sendiri.

Tindakan menghancurkan hak melayu hakikatnya adalah satu tindakan songsang atau pelik bagi seseorang yang bergelar presiden kepada parti keramat melayu. Kan pelik tu ? Sepatutnya presiden parti melayu kena jaga melayu betul2 dan bukan bertindak sebaliknya. Pemimpin UMNO sepatutnya bebas daripada dikuasai atau dipengaruhi oleh sesiapapun. Pemimpin UMNO sepatutnya melebihkan dan mengutamakan melayu walau dalam apa keadaan sekalipun. Presiden UMNO sepatutnya merdeka daripada sebarang bentuk penjajahan dan mesti bebas daripada pengaruh luaran atau pengaruh dalaman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 5:18 PM

Pemimpin umno ramai seperti dalam p ramlee seperti bapa anakku sazali. Apa-apa isu duit duit duit. Kepimpinan ini yang merosakkn anak anak generasi apa pun. Anakku sazali salahkan bapak. Bapak salahkan anak. Fikir-fikirkan lah akibat tiada amalan dari fahaman nilai adab iman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 5:33 PM

-luv tun m.

- tiada makna kemerdekaan pada tahun ini jika najib sendiri mengikut telunjuk penasihat asing. tiada juga makna kemerdekaan jika najib sendiri memporak-perandakan negara.
-tentang derma itu pula menunjukkan najib mudah dibeli oleh kuasa asing disebabkan ketamakkan wang oleh dirinya sendiri.
-ada sesuatu balasan yang pasti najib perlu lunaskan antara lambat atau cepat kerana berasa amat bimbang jika muslihatnya terbongkar lagi.
- berkenaan dengan tppa, hamba berasa sedikit sentuhan. dimana adakah najib mengikut telunjuk penasihat asing untuk mempersetujui tppa dimana semua tahu yang tppa itu dibawah kuasa asing yang mempunyai pengaruh .
-jika najib mudah dibeli, bererti hilang lenyaplah maruah kita sebagai bangsa perpaduan kerana dipijak dek orang.
-hal ini boleh mengakibatkan negara kita di jajah semula tetapi melalui rundingan-rundingan oleh pihak tertentu dalam segala urusan ekonomi dan sosial.
-erti kemerdekaan adalah kebebasan dari dijajah atau duduk dibawah kuasa asing dan tiada nilai maruah jika negara beraja serta berdaulat tetapi dipijak dek kuasa luar .
-isu 1mdb pula menjadi satu rentetan yang mengheret UMNO seolah-olah parti UMMO adalah sebuah syarikat. najib silap besar kerana mempergunakan pasti keramat untuk berniaga.
-UMNO semakin dipandang kotor disebabkan najib dan isterinya. malahan, maruah parti bagai tiada dipandang lagi disebabkan najib lebih utamakan penasihat berhidung belang serta pak dan mak menteri yang menyokongnya secara membuta-tuli turut amat dikesali. pak dan mak menteri inilah namanya UNGKAL dan tidak faham bahasa dimana rakyat yang menyokong UMMO mula bangkit demi memperbetulkan UMNO semula.
- penyokong UMMO khususnya mula menjerit selepas bisik membisik tidak lagi dipedulikan oleh kerajaan.

- rakyat sudah mula menjerit selepas bisik membisik tidak lagi diambil tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
August 27, 2015 at 9:20 PM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 semua..


"Talk Is Cheap"

-AhJibGo ni cakap nya banyak sesangat.. itu lah, ini lah.. but when it comes to 'affirmative action' apa pun takde.. Yilek!

"Prove Your Worthiness"

-Mula2 'HARAM JADAH', lepas2 tu 'BANGANG', baru2 ni 'BANGSAT' pulak dah...
-Apa jenis Pemimpin ni...guna 'kategori perkataan' yg macam ni?
-'Generasi Muda' dok tengok je gelagat 'Generasi Tua'..
-'Kepimpinan Melalui Teladan' apa ke benda nya ni???
-Mungkin sebab tu agaknya 'Generasi Muda' skrang ni jadi semakin biadap..

"Walk Your Talk" -not just- "Talk Your Walk"

-Cakap tak serupa bikin, dia cakap lain tapi dia buat lain..
-Last2 dia buat 'selamber derkk' je.. Seakan2 takde apa2 yg berlaku!
-"Manusia Muka Tembok" pun rasa nya tak buat perangai macam ni..


***tepuk dahi lagi**



"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 11:21 PM

Bukan nak menyalahkan sejarah but baca la betul-betul kenapa pengasas UMNO keluar dari parti. Kemerdekaan dipelopori oleh Tuanku Abdul Rahman, now lihat & nilai sendiri kenapa Onn Jaafar menentangnya...

Susah payah merdeka ini diperolehi, susah payah Hussein Onn sambung legasi Tunku Abdul Rahman, susah payah Tun Razak sambung legasi Hussien Onn, susah payah Tun Mahathir sambung legasi Tun Razak, susah payah Tun usahakan macam-macam untuk bina Malaysia selama 22 tahun pentadbirannya. Suka-duka tetap ada but rakyat tetap aman damai, tak ada gst .

Dengan senang hati Tun serahkan pada Pak Lah, awalnya cemerlang then entah mana silapnya, kemudian Pak Lah dipaksa turun atas alasan keputusan pru-12 teruk.

Permulaan legasi tinggalan PM terdahulu mula dihakis, nilai merdeka mula menurun kearah penjajahan moden pula bila Najib ambilalih Putrajaya. Apco dilantik, residen mula dilantik dengan belanja berbillion untuk kononnya menaikkan imej Malaysia dimata dunia.Naikkan imej Malaysia ke naikkan imej Najib yang tidak punyai apa2 legasi & imej ini...?

Biasa as human being, Najib tak mahu pentadbirannya dibayangi legasi Tun Mahathir. Lalu Najib cuba membina legasinya sendiri tanpa modal, tanpa pengetahuan, sekadar ikut sahaja cadagan penasihat residennya. Maka terhasil la 1MDB ini yang seawal 2009 lagi dah gagal bilamana perjanjian Business 1MDB ➕ Petrosaudi dihujani doubt. Nak tutup lubang kegagalan urusan with Petrosaudi then lubang lain pula terpaksa digali. Gali lubang tutup lubang berkali-kali ini menghasilkan masalah besar now hingga terhasilnya hutang 42 billion.

Yes, ada pendapat mengatakan kegagalan1MDB adalah atas sebab tetiba harga minyak global dunia merudum. But rasanya rudum harga minyak ini tak berkait apa pun dengan urusan 1MDB. Perkara kedua pula, mereka kata usaha untuk IPO kan IPP yang 1MDB beli ini gagal sebab Tun Sabotaj. Lawak je alasan ini pada kami yang faham & tau kenapa IPP gagal untuk IPO. Pada yang tak faham then saja tak berusaha untuk faham, mula la melompat & menari mengikut apa saja rentak yang dimainkan oleh Najib.

Kesilapan terbesar PM kita ini adalah kerana gelojoh untuk bina legasi sendiri dalam masa yang singkat. Sedar la wahai pemimpin2 kini, legasi yang Tun bina itu bukan datang dengan mudah, mudah atas nasihat residen luar. Tetapi datang dari kesungguhan Tun, rakyat membantu sama menyumbang cos Tun memenangi hati rakyat tanpa paksaan. Bukan macam PM now ini yang terang-terangan 'membeli' hati rakyat dengan macam2 program yang happy sekejap but later sengsara.

Kebelakangan ini, rakyat seolah macam "hilang semangat" terhadap sambutan merdeka. Dulu2 rakyat dengan rela hati membeli bendera guna duit sendiri. Kini pula even diberi secara percuma pun, ada rakyat yang tak mau kibarkan, jika ada pun atas sebab terpaksa.

Sedih juga tengok situasi ini, but pemimpin macam tak sedih apa pun. Nak salahkan rakyat juga ke cos tak ada semangat nasionalisma? Tanya diri sendiri dulu wahai pemimpin-pemimpin Malaysia...

Merdeka tetap dihati kami.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 11:27 PM

MALU SIOT!

http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/11828337/Embattled-Malaysian-PM-Najib-drops-speech-to-global-anti-corruption-gathering.html

http://www.smh.com.au/world/malaysias-prime-minister-najib-razak-dodging-anticorruption-spotlight-20150827-gj8srv.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 11:38 PM

Sorry Din, off topic jap...

Tadi aku tertengok iklan sempena Hari Kebangsaan ke-57 yang dilakonkan oleh PM kita yang tersayang. Cuma, yang aku musykil ialah apakah patut perpaduan kaum digambarkan apabila orang cina boleh cakap bahasa tamil dan orang melayu boleh cakap bahasa mandarin. Jika bahasa tamil dan bahasa mandarin ditakrifkan sebagai bahasa perpaduan, aku nak cakap memang amat-amat menyedihkan. Kata 1Malaysia, tapi guna pelbagai bahasa. Kenapa bahasa tidak disatukan dan semua bangsa menggunakan hanya satu bahasa ?

Apakah kepelbagaian bahasa dan kepelbagaian sekolah vernakular menepati matlamat penyatuan antara kaum ? Semua kaum bebas melaksanakan adat dan budaya masing-masing. Tapi bila menyentuh soal bahasa ianya tidak patut ada kompromi. Semua warganegara Malaysia sepatutnya wajib berbahasa melayu dengan fasih dan lancar. Tiada pengecualian sama sekali.

Oleh itu, saya menentang sekeras-kerasnya iklan sempena Hari Kebangsaan yang meminggirkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara. Tak habis-habis nak bodek bangsa lain semata-mata nakkan sokongan. Ini adalah budaya politik yang kurang sihat dan patut dihentikan sama sekali. Bila sebut perpaduan, bahasa melayu adalah bahasa yang paling tepat untuk menggambar perpaduan.

Oh, ya....tahun ni adalah tahun pertama kita tidak menggunapakai gelaran Hari Kemerdekaan kerana menghormati Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia. Untuk makluman, tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak adalah tidak sama dengan tarikh kemerdekaan di Semenanjung Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2015 at 12:40 AM

Latest.....

NAJIB HIDING AGAIN...???

For Najib Razak, the Malaysian prime minister beset by controversy over nearly £450 million paid into his personal bank account, the timing of a global anti-corruption conference in Kuala Lumpur next week could not be more awkward.

The embattled leader has now quietly cancelled his scheduled speech to 2,000 delegates on the opening day of the International Anti-Corruption Conference that his country is hosting.

The summit, which is organised by the Transparency International, the world’s leading anti-corruption organisation, is held every two years in different locations.

Source - http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/11828337/Embattled-Malaysian-PM-Najib-drops-speech-to-global-anti-corruption-gathering.html

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2015 at 5:29 AM

Balik2 isu perkauman. Hmm perpaduan ialah dimana boleh toleransi antara kaum, itu lah yg uniknye negara kita. Org kelate,ganu,utaraq belah2 kampung loghat mereka pekat xserupa bm pun. Yg bestnye kaum lain di kg2 ni sama pekat loghat mereka terutama org utara. We cannot force someone to love our language.benda2 simple mcni kite wat simple je la.just my 2cent.merdeka ka kite kalu ideologi perkauman mash main2 kan?
Off topic

Bila minyak dunia naik minyak kite mahal
Bila minyak dunia murah minyak kite msh mahal. Ada org kata itu harga minyak mentah belun campur kos proses tp org kata klu kt UK, US hrga ikt hrga dunia(boleh siapa2 sahkan). There is something really wrong wit our govt. BN barang naik? Perhaps

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2015 at 9:11 AM

@qistina
Kepada Puan qistina 5:29 AM,

Tolong jangan bersikap apolegetik apabila kita bercakap soal bahasa rasmi negara. Bahasa melayu adalah bahasa pertuturan utama di Malaysia dan ianya bukan isu perkauman. Soal dialek atau loghat dalam mana-mana negara pon adalah perkara biasa. Kalau kita nak meraikan kepelbagaian bahasa, seolah-olah kita nak meraikan perpecahan dan bukannya penyatuan. Kalau untuk pertuturan harian di rumah, terpulanglah nak bercakap dalam bahasa apa pon. Tapi, bila kita fokus kepada Hari Kebangsaan iaitu hari yang menyatukan semua kaum, perbezaan dari segi bahasa itu sepatutnya tidak ada. Kata 1Malaysia, jadi sebaiknya biarlah guna 1bahasa betul tak ? Sebelum lupa, isu ini timbul kerana gara-gara iklan Hari Kebangsaan lakonan PM kita yang muncul di tv baru-baru ni.

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2015 at 10:26 AM

Qistina
Perenggan akhir tu aku setuju.

Perenggan mula2, Qistina kena gali semula kenapa kontrak sosial dibuat sebelum British luluskan kemerdekaan Malaysia.

Kontrak sosial bukan tujuan menindas, ia adalah batu sempadan antara pemilik dan penumpang contoh paling mudah peraturan/etika/displin di tempat kerja, ada bos, penolong bos dan pekerja, tidak ada istilah kuli/hamba. Semua org terikat dgn peraturan, melanggar/abai peraturan akan mnjadikan situasi bekerja tidak seimbang dan harmoni.

Bersih 4.0 akan diadakan. Kenapa ini brlaku dan di mana silapnya.

Pada aku, kesilapan besar kerana benteng terakhir kesejahteraan negara ( ISA) telah dimansuhkan.

Puak yg enggan menghayati kontrak sosial berwenang2 merobek semua akujanji sebelum ini

Najib sila letak jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2015 at 11:31 AM

Wahai rakyat malaysia. Tahu kah kamu kita ada AKTA BAHASA KEBANGSAAN ? Tahu kah kamu kita ada DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ?
Atau ke dua2nya sudah di TONG SAMPAHKAN ? ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2015 at 11:51 AM

Anon 9:11
Konsep 1 bahasa, 1 negara mmg telah lama diperkenalkan utk menyatupadukan rakyat.

Konsep 1 M diperkenalkan oleh Najib. Konsepnya baik tetapi amalan dan pengisian tidak seiring. Kena tengoklah balik intipati konsep ni.

Cuma pada aku, sepatutnya konsep ini menggunakan tajuk Sayangi Malaysia, bukan 1 M.

Penggunaan tajuk 1M telah disalah erti terutama kaum lain yg tidak membaca dan menghayati pun, apa itu 1 M. Pun begitu, org2 Melayu juga gagal memahami konsep 1 M , kerana itulah minda masih terikat dgn budaya kerja mengharapkan habuan semata2.

1M , aku lihat telah disamakan dgn konsep Malaysian Malaysian yg dipelopori DAP. Mereka beranggap semuanya sama taraf dari semua segi. Konsep liberalisasi ditanamkan sehingga kesemua peringkat termasuk Raja Berpelembagaan dan agama Islam.

Ini adalah amat bertentangan dgn komsep 1 M, yg meminta rakyat bekerja keras, bertanggungjawab, hidup harmoni dsb.
Sememangnya ada suara2 yg bertanya, kenapa Singapura boleh begitu maju wpun mereka sendiri tidak pun menjadikan bahasa mandarin sebagai bahasa perantaraan dan tidak terdapat pun sekolah2 aliran di sana?

Jawapannya, memang diakui kejayaan mereka ini, tetapi kita harus ingat dan teliti, bagaimana pulak nasib agama Islam dan orang2 Melayu di sana?

Post a Comment