........... RM2.6 Bil Derma PERIBADI Najib, Bukan Untuk Parti ! Sebab Tentang IS ( Yang Belum Wujud Ketika itu ! Huh ??? ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 Bil Derma PERIBADI Najib, Bukan Untuk Parti ! Sebab Tentang IS ( Yang Belum Wujud Ketika itu ! Huh ??? )

Monday, August 17, 201579comments

Malaymailonline

Tu dia .... ABIM pun dah enter frame dalam isu Derma RM2.6 Bil Najib ...... Lagi ramai pemimpin2 Umno cuba menjawab bagi pihak Najib tanpa mereka sendiri tahu apa sebenarnya yang berlaku, akan semakin bercelaru jalan cerita ( atau spin ) yang cuba dilakukan oleh pro Najib !

Kali ni Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan beri komen kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Kuantan  Datuk Wan Adnan sepertimana laporan Sinar semalam. Kita cek dulu apa kata Wan Adnan -

- Najib beri penjelasan kepada 146 Ketua2 Bahagian hari Rabu lepas

- Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

- Tambahnya, wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

-  “Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga  negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,”

- Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Presiden ABIM tak berapa nak percaya kenyataan Wan Adnan di atas tapi, jika benar sekalipun, derma itu seharusnya diberikan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana perjuangan Islam itu adalah secara kolektif. 

Ia tidak seharusnya diberikan kepada seorang individu bernama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

ABIM minta Najib sendiri berikan penjelasan kerana penjelasan seperti itu hanya menambah kekeliruan rakyat dan langsung tidak membantu imej Najib yang semakin teruk.


Sinar

Betul, saya sokong pendirian ABIM. Kalau difikirkan, berapa banyak sangatlah sumbangan peribadi Najib kepada Islam selama 4 tahun menjadi PM untuk menerima sumbangan peribadi sebanyak RM2.6 billion sebagai penghargaan ?

Wan Adnan kata sumbangan itu adalah kepada Najib BUKAN kepada parti ! ( adakah itu yang disebut oleh Najib kepada 146 KB ? ) 

Nah sekarang kita jadi keliru pulak dah ...... jadi bukanlah derma politik ?

Yang paling best adalah ini -

On 8 April 2013, having expanded into Syria, the group Islamic State of Iraq (ISI) adopted the name Islamic State of Iraq and the Levant, also known as the Islamic State of Iraq and al-Sham.[1][2][3]

Starting in April 2013, ISIL made rapid military gains in northern Syria, where according to the Syrian Observatory for Human Rights, it was "the strongest group".[4]

- KLiK.

RM2.6 billion itu masuk akaun Najib pada 21 Mac 2013 ..... errr..

Pernah dengar Najib bercakap tentang IS atau ISIS atau ISIL pada tahun 2013 ?

Halo !!! Boleh tak pro Najib berikan SATU penjelasan yang Resmi/official tentang RM2.6 billion itu ? Lagi baik kalau Najib sendiri yang keluarkan kenyataan.

PS - Terimakasih kepada seorang pengomen di artikel sebelum ini yang telah beri tip kepada IS timeline di atas.

PS 2 - Para ulama terutamanya Majlis Ulama, mohon berikan pandangan/pendirian juga ! Senyap jer ......

Share this article :

+ comments + 79 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 8:46 PM

Pencacai semua tengah perah otak camna nak spin.

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
August 17, 2015 at 8:52 PM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 sekalian..


"Rasulullah SAW pernah bersabda... 'Manusia Munafik' ada 3 ciri2.."

"Bila bercakap ia berbohong"

"Bila berjanji ia tidak tepati"

"Bila diberi amanah ia khianat"


Ya Allah Ya Rahman... Selamatkan kami rakyat Malaysia..


"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 8:56 PM

IS.......
I...Isteri.
S..Sendiri kot.

Payah...berpusing...
Mana satu niiiiii.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 9:06 PM

Yg kerja siang malam lawan isis bahgian anti terorism pdrm. Berapa najib salurkan peruntukan ? Ada ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 9:13 PM

Is yg belum wujudpun dah masuk sekali ni.nak putar kemana lagi ni.terima kasih kpd yg berusaha membongkar pembohongan.semoga usaha anda dberkati n org org yg berbohong itu pasti sj akan dilaknati.pray for Malaysia.hancurkan rasuah salah guna kuasa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 9:17 PM

jika benar wujudnya derma arab saudi untuk menentang ISIS (kita anggapkan sbg benar)

ia membuka satu sisi rahsia hitam diplomasi
pada awal tahun ini kumpulan penganalisis bebas geopolitik dunia telah mendedahkan sejak beberapa tahun Arab Saudi giat membiayai kumpulan dan ketua ketua islam di pelbagai negara termasuk di selatan thai dan malaysia sebagai sebahagian dari usaha Arab Saudi mengembangkan ideologi Wahabism yg sgt berbahaya dan sebahagian dari Perang Proksi atau shadow war Arab Saudi menetang pengaruh Iran di peringkat global.

apakah Malaysia kini telah terjebak dalam proxy war dan sectarian war tersebut?

penganlisis2 bebas tersebut antara boleh di baca/dicari artikelnya pada awal tahun ini di globalresearch.ca

kumpulan tersebut menganalisis perkembangan semasa perang perluasan agenda globalisasi pihak pihak tertentu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 9:43 PM

salam,
punya banyak nak tipu, sampai tak tahu yang mana satu kita nak percaya. ada 146 ketua bahagian yang pi dengar, rasanya adalah 145 bahagian punya cerita. takkan satu bahagian jer yang buat cite ni. kurang-kurang 144 bahagian pun buat cite sama. apa ketua bahagian tak dengar presiden cakap ker? dari presiden umno, turun ke naib presiden, turun mt, turun lagi ke ketua bahagian pakat kencing ahli umno. minum air kencing ajer ahli umno ni. bukan presiden jer yang hari-hari kencing ahli dan rakyat, ahli umno pun pakat kencing sesama mereka. sakit bangat ni, penyakit cash is king.

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 9:54 PM

tuan din;

najib sebenarnya sedang mencari jalan keluar terhadap permasalahan WANG BESAR, tak kira apa jenis jawapan terus akan dipaparkan untuk tatapan rakyat, namun terujud GAME RUSSIAN ROULETTE , yg tak berkenaan mungkin turut jadi mangsa, namun dia tidak peduli lagi, mencuba terus mencuba sampai......(KESUDAHAN PEMBACA YG BUDIMAN BARANGKALI SUDAH TAHU JAWAPANNYA)

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 10:39 PM

Salam bro Din

Jika benar apa yg dikatakan wang itu adalah derma dari Arab atas sumbangan menghalang gejala ISIS maka najib mengundang bahaya kpd negara dan yg pasti wang yg masuk ke akaun Najib sebelum tersebarnya pengaruh ISIS, selain itu juga agen2 risik antarabangsa telah menghidu dana ini dan ini juga antara senjata mereka utk menjatuhkan kerajaan kerana yg pasti mereka2 ini tahu siapa "penderma" yg baik hati itu dan perkara ini mungkin diketahui oleh bekas ketua SB dimana ia diberhantikan khidmatnya bersama2 AG Gani Patail pd hari yg sama. Sebenarnya Najib bukan hanya terperangkap dlm negeri malah dia juga telah terperangkap oleh pihak2 asing terutama Singapura dimana rahsia ttg 1mdb dan wang yg disalurkan ke dlm akaun Najib semuanya melalui dari sana oleh itu kpd ahli2 Umno dan menteri2 dlm kabinet haruslah mengambil perkara ini sbg serius kerana Najib telah mengheret parti dan kerajaan dlm isu ini sdgkan segala urusan 1mdb dan wang yg masuk ke akaun Najib tiada siapa yg tahu hanya org2 tertentu spt Jho Low dan perkara ini hanya diketahui setelah WSJ mendedahkannya dan kita juga tahu yg WSJ ini juga dikuasai oleh agensi antarabangsa dimana mereka boleh menjahanamkan ekonomi dan politik negara yg nampaknya menuju kearah apa yg mereka mahu skrg ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 10:39 PM

Apa yg akan d putar utk episod baru pulak. Rahman dah kantoi hari ni. Tiba2 wan adnan buat hal.....naya najib hari ni. TDM tetap berbisa. Lena ke najib mlm ni tidur sebantal tu.....tipu2 kantoi....tipu lagi kantoi jugak. Takkan mcm ni je sampai pru14? Ekonomi dah merudum baru nak minta nasihat pakar....mmg lembab atau baru sedar.....tak tahu la. Tak pe biar najib rasa erti tekanan pulak yg mana skrg rakyat tanggung. Kongsi2 la kan.....

Hakim main mata dgn maling....Haha hihi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 10:51 PM

'derma' peribadi lah pulak?

kalau macam tu. aku nak minta maaf lah dengan cytro najib.
aku dok ingat 'derma' untuk UMNO. sebab tu aku dok tanya kenapa 'derma' parti boleh masuk akaun peribadi, bukan akaun amanah.

tapi selaku insan paling amanah di alam semesta, lebih amanah daripada 2-3 orang pemegang amanah yang boleh check and balance. najib telah mengaku yang 'derma' tu sebenarnya 'derma' peribadi. sebab tu masuk akaun peribadi yang sebelum ni diwar warkan sebagai akaun amanah parti.

nak spin apa lagi eh? dah berbelit belit sampai tak jumpa punca dengan hujung dah ni.

ha. ha. ha.

aku dah cakap. korang kena prepare spin spin akan datang.
tak sampai sebulan pun. nak kena spin baru lagi.
tayar kereta F1 tak kena spin teruk macam ni.

ha. ha. ha.

korang spin je lah yang ni dulu.
sambil sambil tu, korang fikir perancangan spin seterusnya.

bak kata tuan sadiq sigaraga.
"aku dah bilang. belum habis pikir, bala lain dah datang".

ha. ha. ha.

balik cerita 'derma' peribadi najib ni.

ada tuduhan kata najib dah 'pulangkan' USD630 juta. najib pakai USD50 juta sahaja.
dan 3 orang dinamakan dapat faedah dari najib. shahril samad, ahmad maslan dengan mas ermiyati. shahril samad dah ngaku dapat duit belanja dari najib. ahmad maslan dengan mas ermiyati belum komen.

aku bukan apa. aku nak tolong bagi idea kat korang, cytro najib, pasal kemungkinan bala yang nak datang. korang boleh prepare awal awal spin spin untuk hal ni pulak.

satu part, shahril samad dapat duit RM1juta, dah disahkan betul tuan empunya badan sendiri.

kalau semua betul. katanya pihak berkuasa singapura tengah siasat kes ni. najib boleh kena tuduhan pengubahan wang haram rentas sempadan.

kalau macam tu, khalid tak boleh nak suruh PDRM geledah dan soal siasat MACC singapura. ali hamsa pun tak boleh nak pecat/pindahkan pegawai penyiasat singapura.

itu lagi satu bala nak kena fikir tu.

buat masa sekarang, mantra favourite korang, itu semua fitnah dan rekaan yahudi zionis, boleh pakai lagi. tapi macam aku cakap. satu part dah sah betul. baik korang prepare siap siap. karang kena gelak lagi.

saya putar #MahJib "wang besar. wang besar. RM2 juta. saya dapat RM2 pun dah ok bos."

selamat berputar.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 11:19 PM

rahman dahlan ni bukan ketua bahagian ke?

kalau ikutkan si wan adnan, najib jelaskan kepada 146 ketua bahagian, rabu lepas, 'derma' tu 'derma' peribadi. bukan untuk parti.

tapi rahman pegi bantai jawab dalam the star hari ahad lepas, 'derma' tu 'derma' untuk parti. orang putih cakap. kaki dalam mulut lagi.

kalau si rahman ni bukan ketua bahagian pun. dia kan badut penjawab soalan utama bagi najib sekarang. ganti ahmad maslan.

kurang kurang. bisik bisik lah sikit kat pengarah komunikasi strategik. strategi dah ubah. kencing dah bertukar. dah takde ketum dalam kencing. kita guna lagi power. pil kuda.

apa da. pengarah komunikasi strategik pun kena kencing jugak ke?
terencat akal betul lah.

ha. ha. ha. rahman dahlan. EPIC FAIL.

kalau pengarahkomunikasi strategik pun kena kencing. memang tak pelik la pembongak cap ayam semua lencun.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 11:28 PM

Should IS paints a bull's to najib's head?

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 11:55 PM

Bendera-bendera hitam bertuliskan kalimat tauhid berkibar sepanjang lembah Sungai Eufrat dan Tigris, terbentang dari Suriah ke Irak. “Negara Islam Irak dan Suriah”, atau Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) atau Negara Islam (IS) sudah kuasai banyak kota di pinggiran sungai pusat lahirnya peradaban manusia itu.

Sebelumnya, Abu Bakr al-Bagdadi (ketua ISIS atau IS) pada tahun 2010, adalah pimpinan Al-Qaidah di Irak atau AQI (Al-Qaeda Iraq). Lalu karena beda kepentingan, pada April 2013, AQI berganti menjadi Negara Islam di Irak dan al-Sham atau Islamic State of Iraq and Syria atau ISIS.

Lalu ISIS menjelma lagi menjadi Negara Islam (IS), kelompok pimpinan Abu Bakar al-Baghdadi ini memproklamirkan Kekhalifahan. Target mereka, dari Spanyol hingga Indonesia berada di bawah satu bendera Islam.

Kelompok ini menjadi kelompok jihad utama yang memerangi pasukan pemerintah di Suriah dan membangun kekuatan militer di Irak. Huruf “S” dalam singkatan ISIS berasal dari bahasa arab “al-Sham”, yang merujuk ke wilayah Damaskus (Suriah) dan Iraq.

https://indocropcircles.wordpress.com/2014/08/02/isis-dibuat-oleh-cia-dan-mossad-untuk-memecah-islam/

Bro...nak cari salah....jumpa lah salah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 12:27 AM

Kalau derma peribadi betullah ku seman cakap. Umno ni hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Duit 2.63b tu bukan umno punya. Habis tu kenapa pulak yg dua panglima najib tu marah2 pd ku seman ?
Poning ? ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2015 at 12:33 AM

Paling menarik, laporan Sarawak Report terbukti benar apabila Datuk Shahrir mengaku terima RM 1 juta dari Najib.
Cepat betul Shahrir capai pelampung....tapi nak kena ingat jugak, pelampung keselamatan pun ada jangka hayat

SPRM, apa lagi boleh tak jejak duit RM 1 juta ni, masuk akaun yg betul ke tak ?
Sekarang ada RM 2.599 b lagi.

Ahmad Maslan, tak panas bontot ke
Rupa2nya Si Mas pun ada sangkut
Sekarang dah nampak line up Najib yg baru, rupa2nya ada udang sebalik mee

SPRM dah boleh buat checklist

Hairan la aku pulak, Sarawareport, The Edge dan WSJ, kaw2 kena bambu, tapi Harakah, Suara Keadilan, Roket yg dah berpuluh tahun menipu dan menghasut tindakan mcm tampar nyamuk je

Hmmm, juak2 pengampu, cangkul, penggali dan pongkes dah sedia, pilihlah tanah yg baik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 12:40 AM

If you can't beat them, join them...
If you want to beat them, join them first..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 18, 2015 at 12:51 AM

Bukan setakat ABIM sahaja sepatutnya bertanya mengenai derma kerajaan Islam kepada kerajaan kita sepatutnya Ketua Agama Islam di negara ini pun kena bertanya.

Saya sudah komen dulu mengenai mesyuarat Majlis Raja2 yang mana Ketua2 Agama Islam akan bersidang di mana persoalan wang derma tersebut perlu dibincangkan dan dipersoalkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 1:00 AM

najib , najib .... dah takde jalan keluar dah .... surender je lah ... ko nak ajak semua puak puak ko jadi penipu gak ke,,,,bodoh la yg mengikutnya....naye
rakyat ko kerjakan ,,,, takde nye rakyat ni bodoh nak menyokong ko balik....rosak imej keluarga ko dek perangai tamak haloba ko tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 1:13 AM

Kepada saudara yusuf haris (maaf ejaan nama tuan terlalu asing buat saya, tapi sebutannya bunyi macam yg saya taip tu la rasanya), cerita ganjaran kerana menentang ISIS ni macamni la:

Dato Lee Chong Wei merangkul kejuaraan All-England hari ini

Tapi esok baru dia nak naik.flight nak ke England untuk peringkat kelayakan All-England 2015


Saudara faham ke tak cerita saya ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 1:13 AM

SALAM BRO,AKU MENYERU SEMUA AHLI UMNO TENTUKAN PENDIRIAN.KITA NAK SELAMATKAN UMNO ATAU NAK SELAMATKAN NAJIB ? AKU LEBIH SAYANGKAN UMNO DAN NAJIB BOLEH TERJUN KE PARIT !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 1:18 AM

La ni depa tibai ataih lagi.. depa henjut cekeroi pulak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 1:50 AM

Bukan masa mula2 dulu najib sokong IS ke...kemudian u turn kata IS x bagus pulak...hahaha...

pemimpin terakhir zaman ini...mcm graf....mula2 pemimpin bersusah payah nak bangunkan negara...naik pemimpin seperti TUN RAZAK pun berkorban utk negara...naik pula TUN M yg aku sanjungi lagi berkaliber terus membsngunkan negara dan membina masa depan negara...

alih alih...naik pak lah dan pok jib...graf makin menurun...negara lain pun dah x hormat pd pemimpin kita...cukai makin bertambah...duit makin jadi hutang...nama negara harum busuk pun sbb kapal terbanglah...dermalah....majlis kahwin yg grand lagi...dan macam2...ini petanda...naikkkkkkk then turunnnnnnnnn...

tapi aku takkan bg cina pegang kuasa politik di tanah melayu ni...soriiii...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 1:50 AM

Mungkin Majlis Fatwa Kebangsaan boleh keluarkan hukum pemimpin menerima dana untuk organisasi melalui akaun peribadi?

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2015 at 1:52 AM

@ISACDan kali pertama Najib sebut IS adalah pada Jun 2014 ketika meminta ahli Umno meniru keberanian dan semangat juang IS !!

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2015 at 1:54 AM

Habaq kat Najib klu dia nak sgt bg jawapan menipu kononnya derma tu sumbangan kerana Msia giat mengekang IS, dia kena bg derma tu kt Cawangan Khas PDRM..mrk yg tgkap..tapi hairan juga..ada ke mrk yg ditgkap dituduh berjuang utk IS?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 5:24 AM

Ya Allah...tak habis2 nak menipu diorang semua ni ye. Sblm ni kata political donation...smp su agung dan bendahari umno pun mengaku mereka dah lama tahu...(mereka ni tahu tak apa dosa dan balasan sbg saksi palsu?)

Skrg dah ubah lg? Political donation dah dah jadi donation against Isis yg tak wujud lagi? Mcm cash berubah jadi units?

Semoga Allah melaknat pemimpin2 yg khianat. Amiiin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 5:32 AM

Juta2 masuk alaun kak rusma tu apa cerita pulak ye? Sumbernya dari situ jugak kot?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 5:40 AM

dah cakap, jawab je .. terus timbul persoalan persoalan baru. menda lagi diaorang nak konar lepas ni.

kepada PRO Najib yang tak tau baik anda diam je tak ya jawab jawab., anda makin merosakan nama Najib je.. bukan setakat najib, kerajaan, BN & UMNO rosak teruk sebab korang

Baik korang TANYA dulu elok elok kat Najib then baru bagi penerangan... OK.

KAH KAH KAH

Bangang Tetap Bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 5:44 AM

Ops lagi satu .. mungkin betul mmg ada sumbangan dari arab. Tak pertikai kan itu, TAPI KITA ORANG TANYA PASA 2.6 Billion tu dari sapa ? yang masuk mac 2013. Din skang soalan kena spesifik.. sebab Najib jawab UMUM pastu tuduh orang lain main persepsi. bila terbukti tuduhan betul mula konar sana konar sini

KAH KAH KAH

Bangang Tetap Bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 6:53 AM

bangkai gajah sedang/tengah di tudung dengan tudung meja?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 8:13 AM

Selagi nama pen"derma" tidak didedahkan, duit trsbut adalah time bomb sudah hancurkan kepercayaan rakyat kpd pemimpin. Rakyat tak akan berenti mengandai dan menuduh Najib dan mempalit UMNO sekali kerana najib berlindung dlm rumah UMNO. Yg bodohnya ada pemimpin UMNO yg terhutang budi dgn habuan najib cuba nempertahankan najib. Menyebabkan semua ahli UMNO terheret sama semakin serabut dan kebingungan. Agaknya itulah akibat nya bila berketuakan orang bebal.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2015 at 8:20 AM

Macamana agaknye ek memek muka dan perasaan malu yg akan terserlah dari hati terpancar ke MUKA ROSJIB semasa najib yg "suci bersih" memebentangkan belanjawan 2016 di parlimen pd oktober nanti......
Ke.....najib dah tak ada perasaan malu lagi kerana ALLAH telah "cabut" perasaan malu itu dari hati sanubari najib buat selama lamanya.......
Ke guaner TUANG PRESIDENG !!!!!
TUANG MURSYIDUL ANG PUNG senyap seribu bahasa mutakhir niii.....dah TAK LOGIK AKAL KE NAK BERSUARA !!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 8:34 AM

sdr.09:17 dinasihatkan komenlah artikal yg diatas. jngn.dok kona sana, kona sini..., habis semua nak di kencing nya pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 8:57 AM

Sumbangan tu masuk akaun Najib supaya dia boleh dakwah kepada isterinya. Dakwah pun pakai duit. Bukan percuma. Tahap keinsafan manusia berbeda-beda.

Tu pun tak boleh fikir ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 9:26 AM

Sekejap utk parti, sekejap derma peribadi. Wahai sekalian hamba rakyat, itu bukan spin, itu bukan auta, itu bukan bohong. Itu tanda2 jiwa sudah kacau bilau, otak sudah semakin kelabu asap.
Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 gantung diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 9:40 AM

wang besar wang besar.. saya putar lagi halim

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 9:49 AM

@Anonymous
Salam DT & JK,
Saya rasa yang digunakan sebanyak USD31 mil, dan di"PULANG"kan USD650 mil..
Nak ketawa bila menaip perkataan di"PULANG"kan..haha
Jumlah USD700 mil ni yang dah memang dah disahkan wujud oleh MACC..
Yang tak di umumkan adalah "kemungkinan" ada lagi?
Takpelah kalau itu sebagai "derma" kan..? nak wat camner..?
Tapi yang heran tu pemegang akaun senyap sunyi, yang lain2 sekelilingnya plak yang memandai2 buat macam2 cerita...
Last2 kan dah kenaa...kipidap...heheh
Wallahu'alam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 9:58 AM

@dinturtle
Salam Din,
Saya slagi suka komen Rahim Satria August 17, 2015 at 8:56 PM..
I = Isteri
S = Sendiri...tapi lebih tepat kalau S = Saya
Jangan marah yek ISAC August 17, 2015 at 11:55 PM, nanti kena jual ...
Gurau jek...heheh...

PS: Mana peginya si Keris...rindulah plak rasenya...
Tak bestlah kalau penghibur penglipulara takde ngomen...hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 10:57 AM

Terbaek bro !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 11:17 AM

Alahai Najib... semakin merepek. The whole world is laughing at you and your merry bandits. Percayalah takde siapa dalam Malaysia ni yang telan RM2.6b tu hadiah sebab berjuang menentang IS. Kalau betul pun, RM2.6b tu patut pergi ke Special Branch yang siang malam spy untuk keselamatan Malaysia. Apa yang Najib buat selain enjoy pergi overseas (atas alasan kononnya berkerja) bershopping dengan isteri dengan duit negara?

Sudah-sudahlah Najib. Rakyat dah semakin menyampah dan meluat tengok muka tak tahu malu hang dan isteri.

*BN Supporter*

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 11:49 AM

@Anonymous
terima kasih kerana membetulkan fakta.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 12:09 PM

Spiner yg terbaik..dia org xmalu ke asyik2 tukar.. Banggang tahap beruk,beruk pun pandai sy tk nak pemimpin mcm nie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 1:09 PM

Betul bro. Setuju.
Rengkas tapi terbaek !

....................
Reply To This Comment ...................
Amet Konton
August 18, 2015 at 2:31 PM

Najid adalah pendekar bugis. Tok arab pun cair kena kencing. Ko bulieh? Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 2:49 PM

Tajuk dh makin menangkap DT.

Isi memang power dah.

Terbaik DT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 2:52 PM

@Anonymous
Lebih tepat - wang besar wang besar.. saya putar lagi boss... :P

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 3:12 PM

@dinturtle
Salam DT & ISAC,
Formation of ISIS..
"On 8 April 2013, ISI-leader Abu Bakr al-Baghdadi announced that he had created Jabhat al-Nusra and was now merging them with ISI into one group, "Islamic State of Iraq and al-Sham" (ISIL or ISIS), under his command.[71][75] Golani rejected this merger attempt. Nusra split up, some members, particularly foreign fighters, followed Baghdadi’s edict and joined ISIL, others stayed with Golani.[71]"
rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_State_of_Iraq di bawah "Expansion into Syria

Duit masuk March 2013, penggunaan nama ISIS pada 08 April 2013, pertama kali announce June 2014..

Tepat kronologi spt sdr Anonymous August 18, 2015 at 1:13 AM...
Agaknya WSJ tersilap tipu tarikh atau penderma bagi post-dated cek kot..?
Jangan marah yek ISAC,,,gurau je tau...hehehe

Wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 4:28 PM

Takpe....Shahril kata rakyat dah terima baik pasal derma najib. Maknanya rakyat tak kisah la tu...biarlah rezeki dia. Kah.....kah....kah. Lawak hari ini dari mulut bernilai 1 juta....
Tu je yg mampu shahril kata...nak buat mcm mana...kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 5:29 PM

Katakan ianya akuan peribadi dan katakan Najib MATI hari ini, (bukan doa hanya andaian- minta Najib panjang umur dan sihat selalu ok) adakah balance wang tersebut akan di FARAIDKAN pada ahli waris - isteri anak-anak kerana ianya harta peribadi juga walaupun datangnya dari derma? Bebiilion tu lama kalau nak di habiskan dan macam-macam boleh jadi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 6:04 PM

Jijiknya mereka ini. Sanggup jual nama agama utk halalkan 2.6b !!.. permainan apa ini ? Menipu.. membohong. Guna agama...
Laknatlah nereka ini...
Binatang lebih mulia dr mereka.

Aku...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 6:08 PM

"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya." - *Mkini 5/7*
.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 6:13 PM

Kalau ABIM enter frame, jangan percaya la. Sebab ABIM ni terlajak hipokrit... double standard.

Konon berjuang memartabat kan islam, tapi PELIWAT BONTOT JANTAN di bela di sanjung.

Wah..wah...wahhhhh .. kalau Najib terima derma, tak boleh.....konon kalau nak derma mesti derma pd kerajaan la... pd rakyat Malaysia la...konon perjuangan Islam itu secara kolektif la....siap mintak Najib beri penjelasan bagai.

Tapi time Anwar sedap2 meliwat bontot jantan sampai melekat air mani kat jubor Saiful...tak pulak ABIM mintak Anwar perjelaskan, takde kita dengar ABIM minta Anwar bersumpah. Kata perjuangan islam tu kolektif.

Jangan percaya la kat ABIM tu. Hipokrit bertengkek-tengkek.

2.6B tu memang derma politik. Bukan duit 1MDB, bukan duit rasuah. SPRM dah mengesahkan Ianya di kredit ke dlm akaun Najib. BNM pun dah hantar laporan pd AG.

Kenapa ke akaun Najib bukan ke akaun parti atau akaun kerajaan ? Jawapannya, pak arab trust pd Najib dan trust Najib tahu bila nak gunakan.

Kenapa Najib tak syorkan kredit ke akaun parti atau akaun kerajaan ? Jawapannya, pak arab tak setuju, maknanya Najib ada syorkan.

Kenapa Najib tak berkongsi hal ni dgn MT Umno ? Jawapannya, Najib ada berkongsi, tetapi bukan pd semua, sebab dlm UMNO ramai duri dlm daging, musang berbulu ayam, gunting dlm lipatan.

Makna nya Najib sanggup ambik risiko demi Agama, Bangsa dan Negara.

Najib tak perlu nak jelaskan kemana wang itu telah di salur dan bagaimana ianya telah dibelanjakan.

Kita pun dah tahu, sedikit-sebanyak wang itu telah dibelanjakan untuk rakyat, untuk parti dan untuk menyekat penyebaran fahaman militan IS.

Kalau korang kata, konon pro-najib spin la.... tak logik la...tak konsisten la....sebab nya , wang derma itu masuk bulan Mac 2013 tapi IS mula dikenali bulan Apr 2013.

Sebenarnya, korang yg spin.

Takkan korang tak reti peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" .

Cukup2 la spin tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 6:25 PM

Sekali pembohongan dimulakan, si pembohong terpaksa mencipta jelaan bohong utk cuba menutup pembohongan pertama. Apa nak dikata lagi..kita rakyat akan terus disajikan cerita pembohongan sekiranya si pembohong ini tetap kekal mentadbir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 6:29 PM

Bila Najib nak berterus Terang...knp tak mengaku ada wang Sebanyak tu...knp dikatakan fitnah?...knp tutup akaun...knp diberikan kepada orang tertentu...oh lupa pulak, duit tu untuk Najib bukan untuk umno... Suka hati dialah...tak begitu




....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 6:45 PM

Bro. . .
Ertinya peangai najib songlap duit 2.63 billion ni sama dengan perangai nuar main bontot janan ?
Itu ko yg cakap. Bukan aku ckp.
Sebenarnya dua dua kita tak boleh sokong. Dua2 perlu diperangi.
Paham ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 6:53 PM

The more Ali Baba & the 40 Thieves tried to cover the more exposed their behind are....desperado dah Lanun Bugis nih!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 6:58 PM

Konsep Cash Is King boleh membinasakan mana2 pemimpin yang mengamalkannya. Jika sekali rakyat disuap, sampai bila2 pon rakyat akan mintak disuap. Sampai bila nak kasi ikan percuma kat rakyat. Kerajaan terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk pemberian BR1M. Kerajaan boleh berjimat-cermat dengan cara mengajar rakyat supaya berdikari berusaha sendiri dengan memberi joran atau pancing. Pemberian BR1M ini seharusnya difokuskan kepada yang benar-benar memerlukan pembelaan dan bukannya diberikan kepada yang masih mampu mencari rezeki sendiri.

Percayalah, jika kerajaan masih lagi nak menggunakan taktik tabur duit untuk raih sokongan rakyat, kerajan terpaksa berbelanja lebih daripada yang sepatutnya sekiranya benar-benar nak memenangi PRU-14. Itupun jika rakyat masih terpedaya atau tergoda dengan pemberian yang kecil itu. Bukankah lebih baik jika duit yang berlebihan itu digunakan untuk menampung kekurangan pendapatan negara apabila GST ditarikbalik, membuat kawalan harga rumah dan menstabilkan nilai ringgit.

Rakyat cuma nak hidup dengan pendapatan sekarang tanpa perlu berbelanja lebih. Cukup makan, cukup pakai dan cukup simpanan pon dah melegakan rakyat. Hakikatnya, jika kerajaan benar-benar prihatin kat rakyat, kerajaan boleh menurunkan harga petrol, memansuhkan GST dan membuat kawalan terhadap dagangan matawang ringgit. Yang penting bila rakyat happy, rakyat takkan mengungkit lagi apa yang PM dah buat. Rakyat pon akan buat-buat lupa jer sebab rakyat tak rasa susah, tak rasa sengsara dan tak rasa terbeban dengan kos sara hidup.

Cuma, masalahnya, sehingga sekarang belum nampak apa-apa pon tindakan dari kerajaan untuk menubuhkan pasukan khas membincangkan pelan tindakan ekonomi semasa. Dulu Tun M pernah tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang terbukti berkesan dalam menempuh kesukaran akibat kegawatan ekonomi. Tapi, masalahnya sekarang kita belum nampak apa yang kerajaan buat dalam menangani masalah ekonomi sekarang yang membelenggu rakyat Malaysia.

Jika Ah Jib Gor masih sayangkan jawatannya, sila betulkan balik apa jua kesilapan yang telah dilakukannya sebelum ini. Antaranya seperti pemansuhan subsidi, pemansuhan ISA, pemansuhan MECD dan segala yang telah dimansuhkannya patut ditarikbalik. Jika tidak, rakyat akan membuat keputusan dan keputusan itu ialah dengan memecat Ah Jib Gor dalam pru yang akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2015 at 7:20 PM

Hukumnya harus selagi pemimpin itu jujur dan amanah
Tapi dlm bab Najib???
Lu pk la sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2015 at 7:22 PM

SPRM di arah kata duit derma, sebab itulah Polis buat kacau. Kamu nii tak tengok ke, arahan di mainkan oleh pihak atasan. Bila dah tipu, nak tipu utk tutup tipu. Tipu tipu dan tipu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2015 at 7:29 PM

Matlamat tidak menghalalkan cara. STOP


....................
Reply To This Comment ...................
Mat Ma$lan
August 18, 2015 at 7:50 PM

Tapi Najib Tak Mati Hari Ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 7:55 PM

Emmm, 'senyum kambing' punya statements. Tuan punya diri tak explain but Pang-Enam lebih mabuk air ketum.

Bila yea agaknya nak buat majlis pelancaran 'derma' ini...? Yea la, bila derma untuk anak yatim yang puluh ribu & hanya bermusim, kan Najib yang sampaikan dalam majlis rasmi even Menteri JPM ada.

Jika Najib buat majlis rasmi sempena 'derma' ini then kami nak gak hadir. Yea la, dapat makan free & boleh cuci mata yang dah banyak habuk ini.

Persoalan tak dijawap juga, kenapa pulang semula to Singapore baki 'derma' tu...? "korang" = bahasa budak mabuk ketum.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 18, 2015 at 8:03 PM

Duit dari Cayman Island dibawa ke Singapura. Dalam perjalanan duit itu berjaya berubah dari bentuk duit kepada aset dan kemudiannya berubah lagi menjadi Units.... Just Units.
Konsep kitar semula juga digunapakai dalam isu 2.6 billion (sekarang dah jadi hampir 3 billion) ini.
Daripada SR & WSJ serta Yahudi yg ingin menggulingkan Najib, berubah kepada Derma, berubah lagi menjadi wang UMNO yg disimpan Najib atas dasar keselamatan, berubah wajah sekali lagi daripada Derma menjadi Sumbangan atas jasa Najib menentang IS???
Kedua-dua senario diatas jelas memperlihatkan bahawa Pahlawan.... Err... Paklawak BooGees tidak mampu menjawap walau sepatah pun persoalan - persoalan rakyat. Semua jawapan hanya diberikan melalui mereka yg tiada kena mengena dengan persoalan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 9:08 PM

@Anonymous
tertinggal kapal bugis ke dude?

berenang je bro. sempat lagi kejar tu. kapal nak tenggelam takleh belayar laju mana.

kan najib dah kata, derma tu untuk dia secara peribadi, bukan untuk UMNO atau kerajaan Malaysia, walaupun yang 'komited' menyekat penyebaran fahaman militan IS adalah kerajaan Malaysia.

ini masalah budak najib.
pertama: tak baca artikel. main terjah je.
kedua: Najib adalah UMNO. najib adalah kerajaan Malaysia. kemungkinan juga, najib adalah Malaysia.
ketiga: rasa best/pemalas nak mampus, tak nak research langsung.

since engkau dah buka cerita pasal sediakan payung sebelum hujan kan dude.

aku nak cerita sikit.

pada mac 2013, IS masih dikenali sebagai ISI di Iraq dan al-Nusra Front di Syria.

april 2013 barulah ISI dan al-Nusra bergabung menjadi ISIS

jun 2014, ISIS menukar nama kepada IS

sentimen awal pada ISIS adalah ini adalah pejuang mujahidin yang membantu umat Islam terutama ahlus Sunnah wal Jamaah mempertahankan diri dari kekejaman syiah di Iraq dan Syria. majoriti umat Islam, esp. di Malaysia pada masa tu, percaya, ISIS adalah jelmaan mujahidin Afghanistan.

itu semasa diorang dah jadi ISIS. bukan ISI atau al-Nusra.

pada pendapat kau lah, berani kerajaan Malaysia menghalang fahaman 'mujahidin' di Malaysia, pada tahun build up to PRU?

even pada ucapan 20 tahun UMNO Cheras pada jun 2014, najib puji ISIS berani.

Malaysia hanya mengkelaskan IS sebagai pertubuhan pengganas pada oktober 2014.

Arab Saudi sendiri mengkelaskan IS pengganas pada mac 2014.

Arab Saudi, 'negara paling Islam dan pemimpin utama fikrah ahlus Sunnah wal Jamaah', bagi duit secara individu, kepada seorang pemimpin, sebab negara dia komited mengekang fahaman sekumpulan pejuang Islam mujahidin yang berjuang menyelamatkan ahlus Sunnah wal Jamaah di Iraq dan Syria.

kau rasa alasan kau synch?

ini dah jadi balik macam akaun peribadi yang sebenarnya akaun amanah tetapi dalam bentuk akaun peribadi.

sebab tu aku cakap sebelum ni. aku tolong korang bagi idea untuk korang spin.

contohnya, najib cakap, itu derma kepada dia secara peribadi. kenapa orang semua nak bising? suka hati dia dengan bini dia lah nak buat apa dengan duit tu.

saya putar #MahJib "wang besar, wang besar, RM2.6b. saya dapat RM2.60 pun kira ok. saya jilat sampai berkilat".

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
August 18, 2015 at 10:42 PM

wahai tuan anon 6:13 yg bijak...tolong jawap bleh...najip kata tak kenal jjho lo tapi ada plak gambar kenangan dlm kapal mewah sewa pak arab...cemana eh tu...bohong ke betul..kompius ar.benda yg kecik ni pun najip xberani nak jawap inikan pula 2.6b huhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 10:50 PM

mana mufti kerajaan? mana harus sa sini? mana sume? xnak ckp sepatah dua kata ke? puiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 10:57 PM

Tuan betul2 buat jiwa penjilat bertambah kacau ar.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2015 at 11:11 PM

Jangan ambil kira 9:17 tu...dia bukan tahu apa dia cakap. Dia cuma macam burung kakak tua...ikut apa orang kata...orang kata wahabi, dia ikut...tapi bila tanya apa itu wahabi dia tukar topic...
Bila orang buat yahanana...dia pun yahanana...dia tak tahu pun apa dia yang dia sebut yahanana tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 11:24 PM

@Anonymous

"Najib sanggup ambik risiko demi Agama, Bangsa dan Negara"

Kahkahkah lawak standard tinggi ni. Setaraf Comedy Central. Kahkahkah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 3:01 AM

Mamat penjilat najip oooi...ko fikir negara ni takde undang2 ke? Umno tak pakai undang2 ke? Ada isytihar ldn ke tak? Ada masuk audit ke tak?

Jika benar pak arab trust najip sesangat...apsal masuk akaun peribadi? Masuklah akaun amanah...najip bukan pencacai angkat tong taik pun kat malaysia nih...dia pee em ape. Ada kuasa. Takkan senang2 orang nak kenakan dia jika dia sndr ikut saluran undang2 yg btl. Ini tidak...dahla asyik menipu smp kantoi di parlimen...peraturan bnm pun dilanggar sesuka hati..buat 1mdb sembunyi2..dpt duit diam2...ko nak percaya org mcm tu? Mmg bangang le jawabnye.....

Awal2 dulu kata ini semua fitnah..takde duit sebanyak tu masuk akaun dia...laa ni apecer beb?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 3:02 AM

Dari awal lg aku dah kata...idea brim tu mmg bangang. Hanya org bangang sanggup buat semua tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 3:06 AM

Sebab sanggup ambik risiko tu lah dia buat 1mbd secara senyap2 kan? hahaha..Tak melalui parlimen pun. Last2 hutang menggunung rakyat jugak yg dipaksa tanggung...

Agama bangsa negara konon!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 9:19 AM

Dia melawan IS secara senyap masa tu IS belum lagi bergelar IS.. dia pi sana angkat senjata mana kita tau haha haha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 9:58 AM

strategik??? ermmmm tiru pkr kew jawatan tue jiwa kacau.... naik menyampah dgr bunyi jawatan tue... smpai sprm pon gune... meluat teman

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 11:19 AM

Sebenarnya mmg najib dah jawab semua soalan rakyat! Contohnya:
1. Tadi pergi mana en.najib?
Jawabnya...eh mana ada aku ambil duit tu utk peribadi.
2. Mlm tadi en.najib makan apa?
Jawabnya...eh 1mdb ni masih untung....takde masalah.
3.En.najib banyak kerja ke?
Jawabnya...kita lupakan pasal derma tu demi utk majukan rakyat.
Kan jawab tu kan? Serta banyak lagilah jawapan dari penjilat tegar........
HAHAHAHAHHA.....HAHAHAHAHA....
SELAMAT BERSARA wahai en najib!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 11:29 AM

klu xkerana serbuan Mosul pada 2014..ISIS xdiketahui oleh 98% penduduk dunia dan org islam sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2015 at 12:40 PM

JK kasi sengat cukup cukup sampai hulubelalang bugis sembelit! I like!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 9:58 AM

@AnonymousNajib dah bagi penerangan a.k.a kawtim dengan 146 lembu2 bahagian... patutlah umno suka ambil puak2 bengong untuk jadi ahli dan ketua bhg... supaya senang nak kawtim ... mulut dok nganga... jolok masuk 2, 3 ribu, pakat tepuk dan angguk!!!.. kah kah kah!!!

Post a Comment