........... Pro Najib Mula Jual Minyak Jenama " Kalau Masuk Pun Billion2 Dalam Akaun Najib, Apa Salahnya ? " | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pro Najib Mula Jual Minyak Jenama " Kalau Masuk Pun Billion2 Dalam Akaun Najib, Apa Salahnya ? "

Saturday, August 1, 201561comments

Kenapa tetiba jer pemimpin2 yang pro Najib ini keluarkan kenyataan2 yang lebihkurang sama jer berkaitan isu deposit USD700 juta ke akaun peribadi Najib ?

Mereka BUKAN nak tolong jawab ADA atau TIDAK ADA deposit2 itu sepertimana yang rakyat semua hendak tahu, tapi -

1 -
KLiK


KLiK

KLiK

hujah mereka lebih cenderung kepada meminta rakyat supaya menerima sebagai 'tidak apa' kalau benar transaksi2 itu wujud !

Lain macam jer bunyi mereka ni .......

Rakyat expect pemimpin2 Umno akan membantah keras dakwaan WSJ contohnya - TIDAK WUJUD transaksi2 itu ! ( tanpa perlu sebut samada duit dari 1MDB atau dari siapapun )

 rupanya mereka lebih kepada  - Kalau benar pun, apa salahnya ....

CARA duit itu masuk pun yang ala2 MONEY LAUNDERING pun rakyat disarankan supaya buat tak tahu jer ... agaknyalah.


Saya bukan nak lawan berhujah tapi point saya adalah Kenapa sepesen jer kenyataan mereka, ek ? Apakah mereka tahu sesuatu yang kita tidak tahu ? Atau secara kebetulan jer nada mereka sama dalam isu ini ?

Share this article :

+ comments + 61 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 3:18 AM

cam cite bujang lapok... sudin nk ttp mulot ayu...adik ton... kene bagi doplosen..n auta cite...nk tau rahsia kene bg lagi doplosen...betul x che din

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 3:20 AM

bila penguasa bertuhan kn duit... pasti rakyat di tindas....

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 3:23 AM

Kalau 'tiada salahnya' aku pun nak minta jugalah dari menteri-menteri atau perdana menteri yang dermawan tolong lah derma sikit kat akaun peribadi aku. Dah hujung-hujung bulan lepas raya ni harap maklumlah gaji kami kecik. Tiap-tiap bulan pun kerja sebulan tapi gaji yang dapat cuma cukup pakai 3 minggu saja. Tak kesian ka..

Lawak sungguh. Setau aku lagi tambah kaya lagi la tambah kedekut. Orang kaya bodoh lagi bangang manalah yang sanggup derma sampai 2.7 BILLION. RM pulak tu kalau Rupiah tak heran la jugak...

Dan kalaulah 'tiada salahnya' mohon kerajaan bubar saja MACC. Buat rugi duit pembayar cukai saja dok bayar gaji dia orang semua yg ada dalam suruhanjaya pencegahan rasuah tu lebih-lebih lagi sekarang ni nilai RM pun dok tengah susut nilai dan dok buat rekod tiap-tiap hari. Lebih baik guna duit tu buat sapot bank negara stabilkan nilai RM lagi la bagus

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 3:36 AM

Wah mudahnya nak suruh rakyat bersubahat. Ingat semua, jgn kita sama2 menanggung bala yg dibuat oleh pemimpin atasan. Tolak pemimpin korup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 3:40 AM

Akan tiba masa nya nanti lojik mereka yang pro Ah Jib Gor akan berkata jika alasan ini TAK di terima oleh rakyat,reasoning mereka akan pulak berbunyi "Mereka yang terima duit itu TIDAK bising bisng ,apasal rakyat nak menyibuk hal ini!" Mark my word.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 3:47 AM

Biasanya...jika dah keluar alasan camtu...terbuktilah memang dakwaan WSJ itu betul...patutpun xberani saman...loyar buruk buat surat utk kasi penyokong ajib yg bangang terhibur je..

So blongang2 pro ajib camne pulak? Sebelum ni kemain lagi backing...skrg ape jadi? Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 5:51 AM

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya".
NAK TANYA SIKIT...Kalau penjawat awam terima duit raya atau ang pau dari pemberi adakah dianggap rasuah sedangkan penerima/penjawat awam itu memberi kebenaran kepada pemberi untuk beri duit raya atau ang pau kepadanya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:18 AM

Pemimpin yahudi pun x buat statement mcm pemimpin umno buat kalau pemimpin mereka didapati bersalah!!!!jadi siapa lagi keji dari yahudi sekarang ni????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:29 AM

Tak payahlah buat kesimpulan bodoh

Tunggulah ajerlah hasil siasatan....

Tak boleh sabar ke???

Daripada buat persepsi negatif dan jadu macam yahudi dan kafir DAP, eloklah kita tunggu dan diam.....kebenaran pasti tertegak dan pembohongan pasti akan terdedah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 7:21 AM

Secara amnya mereka menyokong perbuatan menerima sesuatu (atau rasuah) dari orang lain? Kalau betul orang bagi, sebutkan nama supaya tidak menimbulkan fitnah atau tohmahan rakyat.

Secara amnya jugak politik di Malaysia membenarkan sesiapa jua menerima sumbangan untuk kepentingan peribadi. Begitukah pandangan ahli-ahli politik kita?

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 7:25 AM

Persoalan yang timbul ialah kenapa Najib x saman malu dekat WSJ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 7:29 AM

Din, satu blog mengatakan tiada peruntukan dalam parti umno yang Presiden boleh pecat Timbalanlan.maknanya Najib tak boleh pecat Muhyiddin.Boleh Tuan yang bijak sana tolong jelaskan adakah pemecatan Anwar sah oleh Dr. mahathir. Ini untuk kes study saja, supaya undang-undang dijunjung bukan kerana nak tipu rakyat.Dan apakah kesan moralnya pemimpin2 umno yang kebayakkannya bersifat diktator macam negara Zimbabwe afrika.Ataupun malaysia ni memang negara haramjadah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 7:33 AM

statement org bodoh..tgk akta bafia n paling lekeh pun tgk peraturan pegawai kerajaan...apa punya piang yg bg statement kalu masuk dlm akaun peribadi ape ade hal...kita ada undang2..ikut je le...malu aku hd juruodit cwangan umno sb pemimpin hebat umno rupanya bodok serupa telor....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 7:41 AM

Pemimpin UMNO tahu tak padahnya akan makin buruk. Rakyat akan bertambah tambah hilang kepercayaan pd UMNO kalau jawabannya macamtu.
Memang betul agaknya talo hayat UMNO dah dipenghujung.
Dulu takut cakap bohong dan menyeleweng dlm UMNO sbb akan dibuang dari UMNO. Sekarang takut ckp yg benar dan.bermaruah sbb akan dibuang. Memang UMNO dah hancur sbb duot dan kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 7:42 AM

tak payah lah nak sibuk pasal duit masuk akaun sapa...kalau kamu di tempat tu pun kamu buat perkara yang sama..yang patut kita ambil tahu adakah duit tu duit haram, kemana dia di belanjakan..kalau untuk rakyat apa yg nak sibuk...kalau untuk parti..apa yang sibuk...kalau kamu pemimpin party abc pun kamu perlukan dana untuk party dan untuk bantu rakyat..apa kamu buat...mungkin kamu kebas senyap senyap kut...

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 7:52 AM

Kabinet yg d tombak ini bukan utk menambah baik....cuma membina pertahanan longlai sebuah kerajaan. Mungkin d mata beliau inilah org2 yg boleh d beli dgn duit utk bercakap merapu2 serta menghalal cara. Secara benarnya org2 yg tiada prinsip maruah dan moral sama spt beliau....selain dari membeli masa.
Suka atau tidak bacalah skrip yg dah d siapkan...agar pentadbiran berjalan lancar. Tadbir apa saya tak pasti.
Dulu perbuatan menghalal cara ni taklah berbillion spt skrg....tapi sesuai lah peredaran masa.....ni semua utk rakyat. Kan sinonim alasan tu! Dlm tubuh mereka mana ada darah pejuang dah....janji kaya. Dan duit2 negara tu mmg utk mereka... balun lah sampai mati pun tak pa...tak salah pun! Sbb rakyat tak buat apa pun...paling kuat bising2 dlm media sosial. Turun protes kalu....tangkap! Mudah kan? Selagi berkuasa.....
Yg dia tak pikir sikit hari lagi nak bangun dah tak boleh.......sbb dah d serang angin ahmar. Apa mcm? Sabar sikit hari je lagi.......sbb prospek najib nak d serang stroke amat tinggi! Tunggu kawan2.....Allah kan ada....kpdNYA lah saya berserah atas perbuatan mereka....lailahailla anta subhanaka inni kuntum minal zholimin......nak tengok beliau tumbang.....amal kan lah.....jika benar beliau zalim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:02 AM

Ye lah kalau duit masuk dalam akaun dia adalah hak dia - dah orang nak bagi apa masalahnya?
Tapi kalau duit yang masuk tu kena bayar balik sampai bergolok bergadai jual tanah kat ahli keluarga sendiri dengan harga 40 kali ganda mahalnya tu .......macam tak kena je..

Lagi pulak bodoh mana nak bagi kat orang ratus2 juta for free..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 1, 2015 at 8:32 AM

Assalammualaikum wmt,
Salah tak salah saya tak tahu. Saya bukan seorang yg berkelulusan undang-undang. Bukan seorang peguam macam Azalina. Tapi setahu saya, sebagai seorang peguam dia harus merujuk kpd sesuatu kes serupa sebagaimana yg pernah diputuskan oleh mahkamah.

Kalau tak silap saya, bekas MB Selangor, Dato' Harun Idris pernah dijatuhi bersalah oleh mahkamah Malaysia kerana menerima sumbangan sebanyak RM250,000. Beliau dihukum penjara. Penerimaan wang itu dianggap rasuah oleh mahkamah walaupun ianya dimasukkan ke akaun UMNO Selangor. Kes ini berlaku sekitar tahun 70an.

Apakah kerana terima sumbangan kpd pemimpin bagi pihak parti (UMNO) dan dimasukkan ke akaun parti, salah? Manakala jika sumbangan kpd PM dan dimasukkan ke akaun peribadi PM, tak salah dan rakyat tak boleh persoalkan? Perkara biasa?

Saya harap bloger Kadir Jasin dan Zam boleh ulas kes Dato' Harun Idris itu kerana mereka orang lama (wartawan) yg masih bertugas ketika itu. Mereka berdua tentu lebih tahu dan lebih berwibawa untuk merujuknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:35 AM

Dengan statement seperti ini, pasti sudah UMNO ini korup. Bila ada yang sanggup bagi 2b, tak akan free je dah tentu imbuhan balik kepada yang bagi melebihi 2b?

Disini Rakyat terfikir apa pula harta milik Rakyat yang tergadai?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:49 AM

UMNO bakal melingkup, dah tak boleh nak diselamatkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:52 AM

Ini la contoh terbaik tahap pemikiran Najib.
Menteri recycle terpaksa dikitar semula demi meraih sokongan.
Sekiranya kita amati betul-betul, barisan kabinet baru ini terdiri dari jemaah menteri yg boleh dipersoalkan kemampuan mereka membawa Malaysia kembali ke zaman kegemilangan seperti zaman Tun.
Agak-agak Din la, mampu ke Mat Maslan berdebat dengan bangsa Eropah, Amerika atau beliau hanya akan menjadi badut sarkes dimata derang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:58 AM

apa yg ada dlm pemikiran dierg ni... ingat kenyataan mcm tu org suka & terima? klw aku boss mestilah aku suka.... tp org ramai???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 9:16 AM

Kebencian terhadap umno ni sy lihat dah lain mcm,lain dr yg lain
Berbanding benci pd pkr,pas & dap
Benci pd pembangkang sb politikalnya
Tp benci pd umno ni dah mcm 1 budaya,cth kite benci pd dadah
Benci pd korupsi sm mcm ckp benci pd umno
Ko jgn nk korup mcm umno bhaiii...cth nya
Rata2 seluruh family sy benci,meluat dgn umno
Mereka yg mmg sokong pembangkang akan ckp ah mmg betol la selama ni umno mmg korup...i've told u so...
Yg atas pagar percaya begitu,yg asal sokong umno terpaksa akui
Umno jahanam dr dlm..cybertrooper,menteri,najib yg memburukan legasi tun bkn sj memburukkan tun tp umno secara total..membunuh legasi tun akhirnya membunuh sejarah kegemilangan umno sendiri
Akhirnya rakyat kata..umno dr dulu,kini,selamanya korup
Akhirnya siapa yg rugi?
Strategi dangkal dan bodoh
Skrang pon dah lemah,bodoh,korup pulak tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 9:17 AM

Pening dengan puak pro ah jib gong nih. Kalau kita kata mereka dah mengaku ada kemasukan dalam akaun ah jib gong, mereka kata mereka tidak maksudkan begitu. dan mereka minta kita tunggu siasatan. Semasa siasatan berjalan dengan lancar ketua pasukan penyiasatan pula kena pecat kerana tersilap cakap beritahu yang akaun ah jib gong tidak dibekukan kerana dah ditutup. Giliran aper, akaun dah ditutup nak dibekukan. Sedangkan tujuan pembekuan akaun adalah untuk menghalang urusan keluar masuk duit, sedangkan akaun ah jib gong tidak boleh dimasukkan duit lagi. Pernyataan itu secara tersirat memberi ganjaran bahawa ah jib gong pernah ada akaun sebagaimana ditohmahkan, akaun itu telah ditutup, akaun itu pernah menerima kemasukan sejumlah wang. Ah Jib Gong pun dah mengaku secara tersirat yang dia ada terima duit yang banyak tetapi dia tidak gunakan untuk kepentingan peribadinya, saya rasa dia gunakan untuk membayar hutang 1ndb ... saya bersangka baik kepadanya ...

....................
Reply To This Comment ...................
anak p.e raja
August 1, 2015 at 9:34 AM

semalam saya telah komen DSN tak lagi perlu menggaku YA atau TIDAK wang USD 700 Juta masuk dalam akaun nya kerana pengesahan telah dibuat oleh Azalina dan Rahman Dahlan, cumanya sekarang duk perah HOTAK mereka cara nak menghalalkan nya.

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
August 1, 2015 at 9:35 AM

ketua bangang pengikut mesti lah kene bangang..kalau cerdik kene buang.dah terbukti.
dah pm najip maka pengikut mestilah berfikiran seperti najip.kalau x kene pecat.. sang kelembai beraksi lagi...sedih tgk negara ku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 9:38 AM

Kami punya account x masyuk pun. Akaun mereka semua ada masyuk gak ke? abg ajib ada berapa akaun? kim salam kat kak mah k.

Dgr kata abg ajib sponser 1200 org pi haji. Harap bakal haji semua doakanlah abg ajib utk sponser semua umat islam kat malaysia ni pi haji... x luak pun 2bilion tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 9:39 AM

Alahai Malaysia. Menteri no longer half past six (incompetent)... sekarang menteri dah jadi tiga suku (crazy). Are they now saying that coruption is ok? So long as the bribe is disguised as donation or gifts? Patutlah si Najib amik si Azlina tu as menteri... buat statement macam bodoh aje. So is so obviously amoral if she can't see how wrong her statement is.

Azlina oooi.. nobody gives FREE huge donations or gifts ok. The question is what do they expect in return???? Malaysia tergadai just so Najib and his merry bandits can stay in power and bermandi dengan duit? Berapa banyak tanah yg meant for Bumiputera bertukar tangan ke orang asing (without any benefits to rakyat)? Are we going to sign TPPA just so USA & UK can continue to support Najib as PM?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 9:39 AM

Kalau betil duit tu dari penaja yg murah hati..lantak ler...tapi..biasanya kalau seseorang tu menaja..billion lak tu..mesti lar pihak penaja mengharapkan balasan...ni jumlah billion...dan kalah duit ni adalah sebahagian dr pinjaman 42b 1MDB..dah sah duit ni adalah duit haram jadah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 9:55 AM

salam,
jawapan spesen pasal maklumat daripada sumber yang sama iaitu cgpa 3.85, ketua penerangan umno. cara olahan ajer ikut cara masing2 faham dan sampaikan. yang pasti, otak dah dibrainwashkan untuk berkata, mempercayai dan menolak sebarang percanggahan maklumat yang diterima. segala maklumat selain daripada sumber lain tidak diterima dan dikatakan berniat jahat, fitnah, salah, sabotaj dan sebagainya. sekarang kalu ada duit masuk ke dalam akaun ketua jabatan tak apalahkan. asalkan ketua jabatan kata untuk kegunaan anak buahnya dan organisasinya, sprm terima ker?
syarikat abc kasi kat ketua jabatan terus masuk akaun peribadi untuk kegunan majlis hari keluarga jabatan. bukan untuk boss bermewah. tapi isteri boss tak kerja, tapi duit masuk akaun ada. anak tiri boss pulak pakai keta mewah, tapi kerja lama tak mampu nak pakai, bila dah berhenti dan bapa tiri jadi ketua jabatan, anak tiri hidup mewah. bila anak buah tanya, pegawai atasan kata jangan tanya, itu ketua jabatan punya hak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 10:08 AM

Kalau masuk duit satu juta ke akaun pegawai kerajaan yang tak tahu dari mana puncanya pun apa salahnya? Tak banyak pun. Tak payah beritahu pehak cukai. Pemberian orang, terima sajalah. Tak salahpun. Semua pegawai kerajaan boleh terima duit cara begini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 10:18 AM

Amaun yang besar yang masuk ke akaun peribadi adalah satu kesalahan. Katakan kita nakkan satu akaun khas untuk dana pilihanraya. Maka, kita kena wujudkan akaun baru, no akaun baru atas nama Tabung Pilihanraya atau apa2 nama yang sesuai. Selepas itu, barulah tabung itu boleh dipantau oleh bank negara apabila derma atau sumbangan dimasukkan dalam kuantiti yang besar. Dana pilihanraya bukannya macam tabung milo milik PAS yang tak pernah diaudit.

Katakanlah saya sebagai pegawai di sebuah jabatan kerajaan. Saya nak menganjurkan majlis sambutan hari raya untuk jabatan saya. Tiba2 ada kontraktor yang sering berurusan dengan saya, terhutang budi sebab dapat tender dari jabatan saya, offer nak sponsor. Saya pon setujulah sebab jabatan saya boleh berjimat-cermat. Persoalannya, jika kontraktor tu nak sponsor dalam bentuk cek, katakan RM10,0000. Akaun manakah yang sesuai saya gunakan ? Akaun peribadi saya sebagai akaun tumpang atau akaun jabatan saya sendiri. Andai saya guna nama akaun jabatan saya sendiri, dan tentu saya akan kantoi ngan audit. Tapi, jika masuk dalam akaun saya sendiri, SPRM akan cari saya pulak. Setelah saya menimbang antara kedua2nya, saya memilih untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya. Tapi dengan syarat, tiada sesiapapun tahu kecuali orang2 tertentu sahaja. Saya tahu ianya adalah salah, tapi ianya seumpama dosa kecil jika nak dibandingkan dengan dosa besar andai diketahui oleh audit. Lagipun, duit itu sendiri bukan untuk saya, tapi untuk jabatan saya jugak. Cuma menumpang sekejap jer dalam akaun saya sebelum dikeluarkan balik untuk perbelanjaan majlis hari raya. Oleh itu, saya tak rasa bersalah pon. Mungkin inilah sebabnya kenapa sumbangan untuk dana pilihanraya dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Sekali lagi kita nak bertanya, ada atau tak ada. Itu ajer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 10:22 AM

Apabila pemimpin tertinggi berkiblatkan "Cash is King" - menteri2 pak turut pun ikut sembah wang tunai.

Jati diri dan amanah boleh dijual beli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 10:24 AM

Mengucap pjg aku bila dgr kenyataan menteri/pemimpin dlm UMNO terutamanya, dlm isu ni....aku terpikir 2 persoalan:

1. Siapa yg nak bg RM2.6++ billion free2 gitu jer? Apakah bentuk kepentingan negara yg menjadi cagaran bg jumlah sebyk tu???

2. Apa rasionalnya hantar surat semcm menggugut utk saman WSJ sedangkan kenyataan mereka skang ni seolah2 mengiyakan transaksi2 itu benar2 wujud?? Nak menipu siapa diaorg ni??

Menipu diri sendiri seolah2 kita sudah tidak hormatkan diri sendiri...apatah lagi cuba menipu org lain....hilang sudah hormat aku pd diaorg ni....

andai ditakdirkan satu hari nanti mereka diadili dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah dunia...aku tak akan ada sekelumit kasihan pun pd diaorg ni...mereka hanya layak mereput dlm penjara.....dendam dan benci saja yg aku ada utk diaorg ni....

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 10:29 AM

Itu first task utk depa kot selepas dilantik.. ada dalam KPI agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 10:36 AM

Kalau deme tau, tolong bagi jelas la. Pasal apa tak mau jelas betul betul sampai semua orang boleh faham dan boleh terima. Itu aje yang kita mintak. Perkara macam ni perkara serious. Mana boleh orang ramai nak terus setuju kalau penjelasan ini sikit itu sikit dan nak orang ramai terima.

Pelik la perangai orang yang mengaku memimpin kita. Kurang sifat. Boleh jadi mereka don't live by "Bersih, Cekap, Amanah" anymore.

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 10:48 AM

Din,

Senada seirama sudah ditentu dirancang awal2 lagi. Patut la Azalina dpt masuk balik kabinet, ada tugasan khas rupanya. Jadi tukang jilat.

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 10:58 AM

Salam din. Rahman dahlan kata kalau duit masuk utk politik itu halal. Mereka dah gunakan nas agama bagi menghalalkan cara mereka. Tunggulah kehancuran mereka dah pun bermula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 11:38 AM

Ginikah tahap pemikiran menteri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 12:14 PM

Zahid kata vidiyo muhyiddin tu mcm orang frust & marah. Dia nk ckp suma orang umno tau ke duit tu masuk?

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 1:43 PM

UMNO dah macam sarkas skrg ni.. Amir Raja Lawak pun dah jatuh ranking.. Ahmad Maslan tetap no 1 dan Azalina mungkin nak rampas kejuaraan..

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 2:21 PM

Mulai sekarang SPRM tidak boleh ambil tindakan kpd Pegawai Kerajaan jika Vendor bank in duit ke akaun Pegawai tersebut. Vendor suka suka nak bagi apa salahnya. Najib boleh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 2:29 PM

Ooohhh masok acct pm maknanya kes mencuri jugak la...klau minah atau mamat mencuri susu d smarket d penjarakan. Ikutkan agama islam terbukti kena potong tangan maaaah. Hehehe,, klau gitu first time ever dlm donia pm husband and,wifey tangan kudong.

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 2:42 PM

Nak tunggu apa lagi. Sememangnya duit tu masuk. Siasat pun tak guna kalau tak BERSIH, CEKAP dan AMANAH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 3:21 PM

Kita boleh lihat HYPOCRISY bloggers2 pro Ah Jib Gor kerana bila Nurul Izzah perjuangkan hak hak LGBT,dia di kutuk sekeras keras nya. Its an open secret gaya hidup Azalina ini dan semua orang tahu sexual preference dia! TAPI sebab dia sokong si Bugis liar ni ,statement2 nya di terima bulat2 macam satu 'fatwa' pulak oleh penyokong nya!

Logik JAWAPAN membela Ah Jib Gor menerima duit masuk akuan nya dah nak sampai tahap kurang ajar, lihat lah akan tiba satu masa nanti penyokong nya akan berkata ' Jangan peduli apa yang PM buat sebab itu hak dia sebagai PM" that we will be the day kita dah sampai sama taraf macam negara2 di Afrika di mana peminpin mereka adalah seorang DICTATOR yang corrupt! So much for moral high ground views coming from Azalina and Ah Jib Gor!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 3:25 PM

@Anonymouswoooooooo.... yang ini kena tegur sikit ! bab gaya hidup Azalina .... jangan sebarkan sesuatu yang kita tak de bukti.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 1, 2015 at 4:24 PM

@Anonymous
Dari segi undang2 anda berkemungkinan disyaki menerima rasuah.
jika mahu terima pemberian berkenaan, perlu dimasukkan di dalam bank. Tapi ingat, jumlahnya perlulah BESAR dan anda juga perlu jawatan yg setara dgn pemimpin negara 1malaysia yg dicintai. Sekiranya anda sudah memenuhi syarat2 berkenaan, baharulah wang yg diterima menjadi "DERMA" & "HALAL"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 4:25 PM

Saya tak peduli semua alasan. Negara ini tak ada undang-undang tak ada peraturan kewangan ke? Pemimpin urus negara seperti negara Malaysia ini syarikat? Syarikat pun tertakluk kepada peraturan etika perniagaan. Hakikatnya duit terlampau banyak masuk ke dalam akaun peribadi seseorang rakyat negara ini telah mencabuli,langgar peraturan undang-undang kewangan negara yang dipantau oleh bank negara. Apa-apa alasan yang tak ikut peraturan,undang-undang negara semuanya SAMPAH oleh SAMPAH MASYARAKAT DUNIA

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 1, 2015 at 4:31 PM

@Anonymous
yang "MENERIMA" sekarangpun TAKDA CAKAPpun duit tu TAK MASUK dlm akaun dia apathlagi dia guna duit tu utk siapa/apa. Tu yg masalahnya. RM 2.7Bilion tu besar nilainya bukan sikit. Pulaknya muncul semasa isu 1MDB meletop. mana la rakyat tak kaitkan kedua-duanya atau sekurang2nya nak tahu. paling mudah "org tu" jawab dulu, ada tak duit sebanyak tu masuk dlm akaun dia n dia guna utk parti ke, kemasyarakatan ke. selagi tak jawab, jgn salahkan rakyat kalau isu ni jd bahan. ini hal peribadi yg menjahanamkan UMNO/BN, "org tu" wajib bertanggungjawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 1, 2015 at 4:35 PM

@hasnul rahman
Berdasarkan fasal undang2 terkini Malaysia yg dirombak sempena rombakan kabinet baru2 ini, hanya PM sahaja yg boleh menerima wang melalui akaun bank. yg lain2 kalau terima, boleh dgn izin PM. Tak caya tanya Datuk Azalina. Muktamad!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 4:44 PM

Betul tu. Ini baru cara yang betul. Anda lebih layak pegang jawatan perdana menteri ataumementeri kewangan. Perdana menteri dan menteri kewangan yang ada sekarang memang pemikiran tahap sekolah menengah yang tak fail subjek banyak. Sebab keturunan je tu terjadi terletak dia ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 1, 2015 at 4:47 PM

@Anonymous
Saudara Alfie, tak perlu serang peribadi Azalina. kita tumpu pada kenyataannya yg seolah-olah membenarkan rasuah. Kalau jd mcm si ANU tu baru bincang ramai2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 5:03 PM

Bro Din,

Now people involved in this so called konspirasi abab ini tengah ketar lutut. They know what they have done. Now they are afraid.

If nothing happen, chills saja lah.

Now Muhyiddin dont want to talk more on the current issue. He knows alot. Remember? We should not believe with what SR or anybody says regarding this matter.

I like and love to see whats is the outcome of the current situation. From what i see, Najib is winning.

Oh, OTSB kata ada orang akan jadi TPM 7 hari jer. Baik baca sebelum dia delete.

Cheers.

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 5:15 PM

Kalau najib boleh makan rasuah kenapa aku tak boleh...Najib tolong bubarkan SPRM...aku pun nak cepat kaya mcm ko juga...moral of the story

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 5:40 PM

@Ahmad Albab

sama pulak tu dua dua org johor

orang johor memang mcm tu kot hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 6:23 PM

Semua benda, gila gila nafikan tetapi akhirnya betul.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 1, 2015 at 6:57 PM

Assalammualaikum wmt,
Bedasarkan 56 komen kekawan mengenai kenyataan Azalina itu, ternyatalah 'Menteri Lama yg adi jBaru' itu telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai menteri di JPM.
Tanpa kalian sedari, kenyataan Azalina itu telah mengalih perhatian kita semua kpd isu salahlaku Najib dgn 1MDB. Isu sebenar yg jadi masalah negara bangsa. Yg kalian bantai ialah Azalina dan UMNO. Isu sebenar terkesamping. Tak mustahil akan lenyap dari ingatan semua tak lama lagi.

Itulah tugas Azalina sebagai menteri di JPM yg berpendidikan undang-undang. Nanti akan ditimbulkan pulak kenyataan baru yg lebih panas bagi maksud melupakan rakyat kpd isu Najib/Rosmah dgn 1MDB.
Fikir-fikirkanlah.........

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 8:27 PM

@Anonymous

anwar tidak dipecat oleh mahathir sebagai timbalan presiden.

dia dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

jawatan sebagai timbalan presiden umno anwar digugurkan bila dia dipecat dari umno kerana isu moral oleh majlis tertinggi umno...

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 8:33 PM

fasal 27.2 menyatakan bahawa mt mempunyai kuasa untuk melantik sesiapa saja sebagai pemegang amanah.

ia tidak mengatakan bahawa presiden mempunyai hak memegang akaun amanah bagi umno tanpa kelulusan mt.

apabila muhyiddin sendiri memerlukan penjelasan dari najib,ia satu indikasi bahawa tindakan najib tidak melalui mt umno.

mt umno perlu didesak untuk menunjukkan bahawa kelulusan dari mereka diberikan kepada najib untuk memegang wang tersebut bagi pihak umno...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 12:00 AM

Isu juta2 masuk akaun kak rusma pun dah senyap...tapi saudara toksah risau...kitorang tak mudah lupa..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 1:06 AM

Panjangkan umur najib hingga boleh pimpin malaysia selama 33 tahun....ayuh beramai ramai kita sokong najib...beri kekuatan kepadanya untuk lebih terkenal seantero dunia...inilah pahlawan melayu terakhir...hidup najib...

Post a Comment