........... Penjelasan Derma RM2.6 Bil - Zahid Mendahului Siasatan SPRM ? ( Juga Eksklusif Video dari Anina ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penjelasan Derma RM2.6 Bil - Zahid Mendahului Siasatan SPRM ? ( Juga Eksklusif Video dari Anina )

Sunday, August 23, 201565comments

Kali ni saya nak komen kenyataan Zahid mengenai Derma Najib. Anda boleh baca kupasan blogger JMD - Isu derma RM2,600 juta makin lama makin merepek . Saya bukan nak sentuh perkara yang sama tapi mengenai 2 lagi point Zahid yang saya rasa ramai tak perasan akan implikasinya.

Dari Mkini -

Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Kenapa Zahid tak pasal2 sebut tentang KWAP ? Ramai yang tahu dana KWAP RM4 bil yang dipinjam oleh SRC itu SEDANG disiasat oleh SPRM. Ia juga berkaitan dengan dakwaan deposit RM42 juta yang dimasukkan ke akaun Najib setelah melalui beberapa siri transaksi yang melibatkan Gandingan mentari dan Ihsan Perdana.  Nama2 Jho Low, Nik Faisal dan Suboh sedang dicari untuk disoal siasat berhubung kes sama.

Point saya - Kes SEDANG DISIASAT dan Zahid pula seperti mendahului siasatan dengan kenyataan di atas ! ?

Satu lagi, kenapa Zahid sebut sedangkan isu itu belum panas lagi ? Apakah Zahid pula yang sengaja mahu memanaskan isu KWAP ?

Satu lagi Zahid kata -

"(Wang) AS$100 juta pertaa diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib,"



Huh ? AS$100 juta mana pulak ni ? Ada lagi deposit bernilai AS$100 juta ke ?

Takperlah.. mungkin typo di pihak Mkini tu .... tapi aksi pindahan melalui beberapa syarikat supaya identiti penderma tidak dikenali atau supaya tidak ada yang melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib adalah satu alasan yang lawak. Kalau setakat mahu merahsiakan identiti, cukup sekadar persetujuan antara penderma dan penerima, tidak perlu bersusah payah nak pakai pelbagai akaun bagai....

Kalau tanya saya, ia lebih berupa satu aksi Money Laundering !! 

Tapi mungkin Zahid rasa orang Umno boleh terima penjelasan sebegitu ....


Mkini
                                     *******************************************

Merujuk kepada tajuk artikel JMD - Isu derma makin lama makin merepek, cuba baca kenyataan Ketua Umno Kepong - 

"Umno ini satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi bla bla bla ......." - TMI.

Hadoi la.... dah jadi macam satu pertandingan pulak sesama pemimpin2 Umno, siapa yang paling kuat bodek Najib ! Pelbagai versi dah timbul. Mana perginya versi dana politik dulu ?

Ada betulnya cakap Anina Saadudin di bawah ini -






KLiK untuk ke Youtube.

... dah jadi seperti musim sinetron kat TV ! .... Setiap ucapan perasmian itu dia akan cuba usaha untuk menerangkan tentang isu derma 2.6 billion. Malangnya ahli Umno disajikan dengan versi penerangan yang berbeza2. Contohnya untuk politik, untuk pilihanraya, untuk ISIS, untuk Yahudi .... and what's next ?

.... Kita bukan berhadapan dengan 3 juta ahli Umno, kita berhadapan dengan 28 juta rakyat Malaysia ..... mereka berhak untuk tahu perkara yang sebenar.

.....sudah sampai masanya untuk Presiden Umno Datuk Seri Najib tampil dengan satu penerangan yang jelas dan terang bukan hanya untuk 3 juta ahli Umno tapi untuk seluruh rakyat.

Share this article :

+ comments + 65 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2015 at 8:30 PM

Tuan Din,

Laporan dari Gulf Times "Switzerland could turn the scales in 1MDB scam" http://www.gulf-times.com/eco.-bus.%20news/256/details/452165/switzerland-could-turn-the-scales-in-1mdb-scam

"In the 1MDB case, the whereabouts of $1.8bn of its funds are unknown. A probe found that around $680mn made their way on a private bank account of Malaysia Prime Minister Najib Razak, who denied any wrongdoing and claimed that the money was a “donor” from Saudi Arabia, meant as of appreciation to Malaysia for “championing Islam” and fighting militant group ISIS.

However, unease is growing in the Middle East over the issue. The Saudi government is reportedly not amused about making in into the headlines in the 1MDB case, and at Falcon Private Bank’s parent, Aabar Investment, which is a subsidiary of Abu Dhabi-government-owned International Petroleum Investment Company, two top executives, Chairman Khadem al Qubassi and CEO Mohamed al Husseiny, have been shown the door."

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2015 at 8:31 PM

Salam Din. Walau apapun alasan yg disuakan kepada umum, tetapi, apa yang pasti , esok nilai ringgit merudum lagi begitu juga dengan index saham mungkin esok hit 1520 point lagi..merudum sampai Najib n gerombolannya surrender.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2015 at 9:01 PM

Betul tu brother Din, macam sinetron Indonesia lak by suspen je lebih but fakta elek...

Sinetron bermula selepas isu ini terbongkah melalui laporan berita WSJ, till now masih berterusan suspen sahaja. Rasanya makin banyak versi then makin berpintal jadinya 'derma' ini.

Versi dari 'pendakap gigi' Najib ini umpama bagaimana suasana atas tanah bila helicopter nak mendarat. Tuan punya badan pula sekadar menghunus jari pada ahlinya dengan berkata itu hak Presiden as Manager pasukan bola, "jangan banyak tanya"...

Biarkan, biarkan, biarkan... Semua kenyataan dari pendakap gigi ini later rasanya akan jadi 'senjata makan tuan' kot. Rasanya juga, ada pihak yang mengikuti, rakam all kenyataan ini agar kenyataan2 ini boleh dijadikan bukti penting bila 'derma' ini terungkai dengan sendirinya.

Mana hilang Nik Faisal Ariff Kamil (Pengarah Urusan SRC Internasional) ini, kenapa kenapa sembunyi diri or disembunyikan, jika kenyataan pendakap gigi itu benar...?

Mana hilang Datuk Suboh Bin Yassin (Pengarah SRC Internationl Sdn Bhd) ini, kenapa sembunyi diri jika kenyataan pendakap gigi ini benar...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2015 at 9:14 PM

Tentang penerangan nanti dulu skreip belum siap lagi?.Mungkin kut!.agak-agak saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2015 at 9:35 PM

Oleh kerana najib mengaku tahu transaksi wang tersebut sprm perlu merekodkan keterangan ds zahid ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2015 at 10:12 PM

Wak Zahid ingat kita yg kat Malaysia ni bodoh2 belake. Bila kita menipu akan jadi cerita yg caca marba dah nampak sangat menipunye. Sekarang ni banyak sangat dah terlepas cakap dah jadi rojak...kami tahu korang memang kaki kencing, tak payah nak konar laa....lingkup la UMNO ni tak lama lagi kalau banyak sangat kaki penipu,kaki auta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2015 at 10:17 PM

Lawan Yahudi?

Masa rakyat tengah menderita dilanda banjir, yang seronok2 main golf dengan Presiden Amerika sekutu nombor 1 Yahudi tu siapa?

Yang beriya2 nak sign TPPA yang menguntungkan sekutu2 Yahudi tu siapa?

Yang bagi duit berbiliyon2 kat Goldman Sachs syarikat Yahudi tu siapa?

Yang meleburkan duit kat Singapura sekutu Amerika dan Yahudi tu siapa?
Habis berbiliyon2 kena beku, tak pasal2 dapat kat sekutu Yahudi.

Ni lawan Yahudi ke namanya? Tolong Yahudi ade la!

Siapa yang buat semua tu? Ehh, saya tanya je, takde pun sebut nama siapa2. Tapi yang buat semua tu memang sahlah dia boneka Yahudi! Munafiq celaka! Takkan terlepas di dunia mahupuun di Akhirat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2015 at 10:30 PM

utk sunni. dia ingat kita bodoh kot...agenda terbaru mereka kembali mengugut nasib org melayu sekiranya bn kalah. mcm saya kata dulu lagi kita sepatutnya mempunyai alternative. tp agaknya dh terlambat,

org kita kalau dulu termakan ugutan, bacaan saya keadaan sekarang mcm mana pn org melayu belum tentu akan undi umno.

umno akan menyaksikan tsunami melayu. tp org melayu juga akan rugi. tetapi sanggup lagi kah kita bersekongkol dgn parti yg terang2an membela segala penyelewengan pemimpin?

org kita dh terjadi baru nk tergadah. kita dh nampak semua ni dr awal lagi. tp kita x buat apa2..jadi kita sekarang dlm dilemma undi atau tidak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2015 at 11:40 PM

Xboleh nak tunggu pilihanraya akan dtg utk hukum depa ni. kalau buat lagu tu makna, seperti marahkan nyamuk sekoq habis kelambu dibakaq. Tapi la ni kalau umno tu sendiri xmampu nak buat apa2 ...maknanya depa ni sume nyamuk yg menyorok dlm kelambu, memang nak kena semboq jugaklah. dah xdak cara lain.

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2015 at 11:55 PM

Kalau Zahid boleh tau pasal 2.6billion ni,kenapa TPM sebelum ni x tau?

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2015 at 12:00 AM

Salam bro Din

Boleh dikatakan setiap minggu kita disajikan dgn berbagai cerita berkenaan 1mdb dan wang 2.6 biilion ini dan minggu depan akan ada lagi cerita2 baru dan setiap menteri yg pertahankan najib berlainan jln ceritanya dan cerita terbaru dari org no.2 SB yg saya yakin benar kerana SB lah yg pertama mendapat info2 yg sahih barulah info2 ini pergi ketelinga menteri KDN kemudian PM mungkin selepas ini akan ada lagi cerita yg baru mungkin dari luar negara dan kita saksikan watak2 yg akan pertahankan cerita ini dgn jalan cerita mereka dan ini lebih dari sinetron kerana cerita ini byk suprise dan thrilling utk ditonton oleh umum kerana penonton akan menilai watak2 yg betul dan bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 12:33 AM

Sanggup mati bersama Najib....sungguh Setia ketua umno Kepong... Lebih baik mati bersama iman...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 12:35 AM

Bro Din saya risau lah Bro....................kerana tak pernah saya lihat zaman saya hidup ini betapa banyak nya ketua2 bahagian UMNO yang SEMUA nak atau mahu MATI. Macam..........macam satu WABAK penyakit misteri Mad Cow disease yang pernah melanda Britain satu ketika kepada lembu2 ternakan mereka.

Setiap ucapan yang saya lihat di berita TV3 sekarang ,semua mereka nak atau mahu MATI untuk AH jib Gor ini. Apa dah jadi kepada negara kita yang tercinta ni bila boleh kata semua pak menteri kita yang nak atau MAHU MATI ni?????

Apa pun kita kena acknowledge aura Ah Jib Gor adalah SPECIAL,umpama seorang pemimpin Reverend JIm Jones yang pernah menyuruh pengikut nya seramai 900+ orang BUNUH DIRI untuk nya dalam tahun 1978 November di Guyana.

Hahahahahahahahahaha!!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 12:44 AM

Nasib baik si Zahid tak kata RM2.6B tu didermakan oleh Ultramen dari Planet Marikh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 1:17 AM

-luv tun m.

-UMNO sekarang semakin teruk. UMNO dahulu tidak lagi menjadi ikutan lalu UMNO sekarang menjadi rebutan. ya, rebutan menginginkan jawatan dan kekayaan.
-Zahid dibelenggu rasa serba salah atas kenyataannya. namun, ia terhutang budi kerana najib memberinya kedudukan sebagai timbalan perdana menteri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 1:40 AM

-luv tun m.

-kepimpinan najib semakin teruk. tidak ada perdana menteri di negara kita seteruk najib memerintah.
-kuasa politiklah yang akan mengawal ekonomi( majoriti cina yang pegang) serta sosiokerakyatan seperti pekerjaan profesional(india semakin meningkat naik) . politik itulah kuasa melayu yang akan mengawal semua perkara diatas.
- najib perlu berundur demi kesinambungan politik melayu kerana majoriti rakyat adalah menyokong UMNO. namun, diatas ketamakan najib itu sendiri membuatkan rakyat berbilang kaum mengolah UMNO itu sebagai parti yang teruk. sedangkan yang teruk itu najib , bukan parti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 3:26 AM

Waktu WSJ cuba MENGGAMBARKAN kononnya USD 700 juta (RM 2.6B) yg dimasukkan ke akaun Najib adalah duit Songlap atau duit Rasuah dari duit 1MDB, kita dapati Najib tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan itu.

Tapi, Najib ada jelaskan, beliau tidak mengambil 1 sen pun duit itu utk kepentingan dirinya. Katanya, Duit itu ada digunakan utk aktiviti sosial kemasyarakatan i.e. CSR.

Semasa siasatan sedang berjalan, ramai mendesak Najib supaya menjawap ada ke tidak duit RM 2.6 B masuk ke akaun nya. Najib tetap tidak mahu menjawap. Najib hanya minta rakyat bersabar, minta rakyat jgn mudah terpengaruh, tunggu hasil siasatan dari pihak berkuasa. Najib ada juga berkata, kalau dirinya di panggil utk disiasat, beliau sanggup bekerjasama.

Kenapa Najib tidak mahu menjawap ? Jawapannya, kerana Najib tahu beliau tidak seperti yg didakwa, tidak menyalah gunakan kuasa, tidak melanggari undang2. Kalau Najib menjawap, Najib akan dituduh mendahului siasatan. Najib akan di tuduh mencampuri urusan siasatan. Najib akan dituduh cuba memberi tekanan. Najib akan dituduh cuba mempengaruhi siasatan yg sedang berjalan. Berbagai-bagai lagi tuduhan rekaan yg berniat jahat.

Najib juga bersikap bertimbang rasa. Beliau tidak mahu, jika beliau menjawap sedangkan siasatan sedang berjalan, sekiranya nanti hasil siasatan dari pihak berkuasa yg menyiasat akaun beliau mengesahkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan spt yg didakwa, pihak berkuasa yg menyiasat itu pulak akan dituduh yg bukan2. Konon telah menerima ugutan dari atasan la, telah menerima tekanan/arahan dari atasan la, terpaksa lah jawap sebegitu la...sebegini la.

Akhirnya ....Najib biarkan SPRM sendiri yg menjawap dan mengesahkan, YA ada duit RM2.6 B masuk ke akaun peribadi Najib dan , TIDAK duit itu bukan duit dari 1MDB , bukan duit songlap , bukan duit rasuah seperti yg di gambarkan WSJ.

Nampak kan.

Najib telah bertindak betul dan bertimbang rasa. Sebabnya....Najib Berani Kerana Benar.

Hah... sekarang , apabila Zahid kata tiada wang KWAP yg masuk ke akaun Najib, padahal siasatan sedang berjalan, kenapa pulak tak mahu terima kenyataan Zahid itu. Konon Zahid mendahului siasatan pulak ?

Abendeee la korang ni.

Tak mahu menjawap, salah....... ada orang sudi menjawapkan, pun salah. Persoal pulak sebab siasatan sedang berjalan.

Kenapa Zahid berani konfim tiada duit KWAP masuk ke akaun Najib ? Jawapannya, sebab Zahid tahu hal/cerita yg sebenarnya..... sabotaj politik

Takkan la Zahid berani nak menyalah guna kuasa tak tentu pasal, takkan la Zahid nak malu kan diri sendiri kalau jawapan SPRM nanti adalah sebaliknya.

Zahid kan dah TPM. Tinggal satu step je lagi.

Jangan pulak nanti apabila SPRM mengesahkan, hasil siasatan mereka keatas KWAP sama seperti apa yg -Zahid katakan, korang tuduh SPRM sudah ditekan dipengaruhi pihak atasan pulak.

Sudah-sudah la bersangka buruk tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 4:52 AM

Di atas ini adalah hasil siasatan penjilat tegar.
Boleh pakai ke ?
Jgn bodohkan orang !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 7:15 AM

WSJ tuduh/mengambarkan Najib songlap atau rasuah isu 2.63B...? Tuan faham bahasa English ke? Then kenapa 'sembang deras' kata nak saman bagai?

Najib tak guna untuk peribadi tapi untuk CSR? Mana buktinya? Duit itu berada dalam akaun Najib bermula March > Ogos 2013 (8 bulan sahaja). Then akaun tutup, pindah keluar negara. Mana bukti Najib belanjakan kesemua 2.63B ini untuk CSR...?

Tidak mahu menjawap sebab siasatan sedang dijalankan...? Hairan juga yea kenapa 'pendakap gigi' Najib lebih awal canang 'political donatio' ini legal in Malaysia beberapa hari sebelum SPRN umumkan 2.63B ni 'derma'...?

Tentang KWAP & SRC Internasional. Najib & 'pendakap gigi' nya sendiri yang gah menyatakan sebelum ini, jangan mendahului siasatan. Jika kenyataan tuan, cara & langkah Zahid betul tentang KWAP & SRC ini so, Zahid kan KDN then susah sangat ke untuk tau mana Nik Faisal & Mohd Suboh ini sembunyikan diri. Kenapa both orang ini tak to SPRM bagi keterangan yang Najib & Zahid ini betul...?

Now, SPRM dah sahkan itu adalah 'derma', so bentangkan la bitiran derma ini, kenapa 5 bulan sahaja berada dalam Malaysia, kenapa USD30 million sahaja digunakan, mana bako USD650B lagi ini...?

Emmm, pagi-pagi dah sembang kat kedai kopi je hujah2 tuan ni...

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2015 at 7:15 AM

Ini adalah satu kes rasuah dan penyelewangan wang rakyat secara teran-terangan yang kini telah bertukar menjadi satu drama komedi. Selepas ini ada yang akan kata duit 2.6b itu untuk memerangi nyamuk aedes pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 7:40 AM

Aku nasihatkan kamu makenon 3.26am ajak najib berdiri depan cermin kamu tengok jgn sampai kamu tak boleh tidur dampai pukul tiga empat pagi.
Kesian kamu kuat otak kamu sakit ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 7:50 AM

Anon 3.26,

Ada bersekolah tak?

Saya syorkan anda ambil upsr pada 8, 9 dan 10 sept ini. Padtu ambil PT3, SPM, STPM, Ijazah....pas tu baru komen yang sepatutnya.

Apabila dah berpelajaran, baru minda terbuka dan fikur secara rasional

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 24, 2015 at 7:52 AM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Sanggup mati bersama Najib?
Hebat! Kak Ros pun belum tentu sanggup mati bersama Najib. Kalau dah mati tinggallah dunia yg jadi kesayangannya. Hidup mereka hanya untuk didunia saja, kan... kann....

Tak tahulah berapa juta pulak si mamat ni dapat dari Najib... Atau ini semua sebagai peluang nak dapat habuan macam Sahrir, Mat Maslan dll...
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 8:06 AM

zahid pencacai anwar ngn najib n rosmah nie.....x insaf2 lg rupanya....tgh mmpi nk jd piem laa tue

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 8:08 AM

zahid da dpt bhgian cm shahrir samad....tue. yg tau tue...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2015 at 8:10 AM

Ahaiiiii
Ooooo gitu ceritanya ye
Bangang, kau ingat rakyat boleh percaya bulat2
Kenapa jawapan kpd 2.6b berbeza2
Seko kata peribadi, sat lg dana politik, ubah pulak utk Pru, tukar lg sbb IS, latest ada mangkuk ayun kata utk lawsn DAP pulak

Woi mangkuk, kalau rakyat tanya satu persatu, jawab dgn bukti sahih,.
Jangan jawab pakai air liur je

Mana 4 surat yg kata mengiringi derma tu. Dah masuk akta rahsia rasmi ? Atau dah missing in action.
Tanya pasal dana politik Umno.
Najib kata dia akan bentang kalau pembangkang bentang dulu.
Apa ke bangang, tu jawapan nak menipu, nak lepas diri.
Kalau betul derma tu utk bantu Umno bentang aje penyata kewangan Umno.
Rakyat bukan bodoh.
Kalau kau tanya pembangkang psal dana politik ni, mati hidup balik dia orang takkan mengaku atau beritahu, terutama DAP dan PKR.
Rakyat pun ramai yg tahu, parti ni memang terima dana luar khususnya US dan Singapore.
Begitu juga dgn NGO2 yg sokong pembangkang, sebab agenda mereka nak jatuhkan kerajaan.

Tapi satu yg aku kata lawak antarabangsa, 2.6b tu utk lawan DAP.

Betul. Memang betul la. Betul2 bangang!!

Nampak sgt kerajaan sgt lemah, terutama Umno.
Nampak sgt pemimpin langsung tak ada idea nak cantas propaganda pembangkang.
Atau
Kerajaan Najib memang sarat dengan masalah, menteri2 dan wakil rakyat asyik kumpul kekayaan.
Idea tarak, cuma tunggu cadangan penasihat luar yg ada racun di dalamnya.
Pendapat aku kuat mengatakan, Najib dah termasuk perangkap MOSSAD dan CIA.
Pengkalan mereka tak jauh, seberang tambak Johor je.

1MDB dan 2.6b ini memang dirancang mereka secara halus, menggunakan kelemahan pemikiran , sifat boros serta tamak Najib and family juga sifat ampu bodek juak2 pengampu Najib.
Tambah memburukkan, pihak ini amat maklum tentang kebobrokkan rasuah di Malaysia.

Wakil2 rakyat mudah terpengaruh, sistem penguatkuasaan undang2 tercemar dgn pelbagai isu integriti berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.
Sekali pandang dah macam beberapa negara Amerika Latin contohnya Colombia .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 8:15 AM

che din.... tringat sy sinetron bawang putih bawang merah yg gempar 1malaysia dlu...jln cite nye hampeh...watak2 nye menarik perhatian dgn lakonan yg memualkn....sme cm cite 1mdb nie laaa.....rakyat nk tau Kelentong ape plk mggu dpn smpi najib chekmate

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 24, 2015 at 8:26 AM

Menteri Keris menyatakan bahawa seolah-olah ada gerakkan utk menggulingkan Kerajaan. Persoalan yg timbul, Siapa yg nak gulingkan Kerajaan ni?
Setahu dan sefaham saya, rakyat hanya mahukan Najib yang TURUN.
Adakah sekiranya Najib turun maka Kerajaan Malaysia yang sedia ada tidak boleh berfungsi?
Atau mereka sedar sekiranya Najib diganti maka jawatan mereka juga akan goyah? Secara tidak langsung seluruh kabinet yang ada sekarang juga akan dibuang. Maka ini kemungkinan apa yg dimaksudkan dengan ayat "Gulingkan Kerajaan".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 9:09 AM

Tidak pernah dalam sejarah malaysia, mungkin sejarah dunia kot bilamana begitu ramai pembodek2 pemimpin utama (PM) begitu bersahaja, muka tak malu, tiada rasa bersalah dan sanggup dipanggil bangang begitu galak menongkah arus membela ketua mereka sepertimana berlaku di Malaysia... apakah dunia luar tabii yang diasaskan oleh al-jubb, kini telah menjangkiti para haprak umno?? apakah kerana jawatan, pengaruh atau pakat nak kecek duit 2.6 bil yang ada pada pm? kan dah diberitahu duit tersebut dah tak banyak, lebih sikit dari 1bil... tu pun dah disorok dan singapura dah bekukan...
Kegilaan apakah ini??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 9:36 AM

Ini mesti keris berayun yg sudah malu dgn kerisnya.sudah sudah la menjilat najis.byk mana dpt kat dunia ni kalau tak berkat mcm najib tu akan dkutuk juga.ia bkn sangkaan lg.2.6 bilion tak boleh menjadi derma krn penerimanya adalah pemimpin tertinggi negara.jika derma knpa dsembunyikan bagai sehingga tpmpun tak tahu.utk politik utk kebajikan.kebajikan apa yg najib lakukan selain berbelanja besar utk keluarganya n rakyat dbiar melarat ddlm khemah.nonsence sangka baik kamu ni.boleh merosakkan negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 9:38 AM

Bak kata pihak macai2 klau rasa betul kenapa editor SR tak nak menyerah. Ok samalah tu klau dah rasa betul 3 org yg MACC minta tampil tu cepat2lah balik Malaysia sekesaikan masalah PM, masalah TPM, masalah 3.8, malah masalah ramai KB. Dah masing2 dah tak tentu arah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 9:46 AM

Teringat cerita lucu tahun 60an. Kisah Abu yg tiba-tiba mendapati wang yg sangat banyak ditinggalkan dlm rumahnya. Risau akan duit yg banyak itu akan diketahui jiran-jiran atau dicuri Abu terpaksa memikirkan jalan selamat melindungi wangnya. Dia dapat 1Idea yg bernas. Dibawanya duit yg banyak tu kedalam penggiran hutan lalu ditanamnya. Setelah ditanam, Abu masih ragu2 adakah duitnya selamat. Timbul pula lagi 1Idea yg lebih bernas. Abu membuat papantanda dengan tulisan " DISINI TAK ADA DUIT " dan memacak papantanda keatas tanah yg menimbusi wangnya lalu pulang kerumah. Nak jadikan cerita ketua kampung yg bernama Ali melalui kawasan hutan dan nampak papantanda yg bertulis " DI SINI TAK ADA DUIT ". Sebagai ketua kampung yg bijak Ali mengsyaki sesuatu lalu mengambil peluang mengali tanah yg baru di timbus tu. Apabila didapati wang yg banyak Ali berteriak " Aku kaya, siapa lah yg bengap tanam duit disini ". Satelah habis kesemua duit diangkutnya, Ali terfikir sejenak kalau2 tuanpunya duit akan tahu dia telah mengambilnya. Tercetus lagi 1Idea yg lebih bernas dikepala Ali lalu diambilnya papantanda dan mencacakannya keatas tanah yg sudah ditimbus tu. Papantanda itu tertulis " ALI TAK AMBIL DUIT DISINI "

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 9:53 AM

Najib ni macam twin Anwar aje. Cakap berbelit-belit dan muka tebal tak tahu malu. Orang keliling dia pun sama kaki menipu. Sudahlah Zahid. Lagi banyak hang cakap, lagi meluat rakyat dengar. Lagi kurang respect rakyat pada hang. Tak sangka orang kurang bijak macam hang pun boleh jadi TPM.. Apalah nasib Malaysia dapat PM and TPM macam ni.

*BN Supporter*

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 10:06 AM

Wahai tuan yg bijak sana..sini aku nak tanya ye..kenapa masa siasatan SEDANG dijalankan
1.AG dilucutkan jawatan.
2.Pegawai SPRM disiasat konon kebocoran maklumat.
3.PAC Chairman tukar jd menteri lg sorang pun angkut join kabinet.
4.TPM dilucutkan jawatan kerana bertanya dlm perasmian UMNO.
5.Mana hilangnya 2 orang pengarah SRC yg wajip disiasat.
6.Kenapa duit derma tukar jadi duit dana politik tukar lg duit penghargaan lawan isis tukar lg duit lawan yahudi???
Apa yg najip pujaan hati ko tu xberani nak jawap pd rakyat Malaysia..apa yg nak disembunyikkan klu xsalah???
Tuan yg junur dan amanah sudah masyuuk ke abb bela najip???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 10:21 AM

Bro. . .ada ingat mad maslan cakap. Perdana menteri bodoh saja masukkan 2.36billion dlm akaun peribadi.
Kami melayu yg tidak mahu dicucuk hidung oleh perdana menteri bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 10:40 AM

@Anonymous
najib jawab bagi pihak diri sendiri mendahului siasatan.

zahid jawab bagi pihak najib tidak mendahului siasatan.

lawak ke der apa kau buat ni?

kalau najib dedahkan akaun bank dia kena BAFIA tak?
kalau zahid dedahkan akaun bank najib kena BAFIA tak?

cuba fahamkan dulu apa itu mendahului siasatan.

najib cakap dia tak bersalah. itu penafian. bukan mendahului siasatan.
zahid cakap najib tak salah. itu mendahului siasatan.

kau ni berfikiran songsang. ada belajar dengan aljuburi ke?

kau nak kronologi peristiwa kan.

mula mula WSJ tuduh ada wang masuk akaun najib. dan akaun itu telah ditutup.

jawapan pertama najib.
"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun kalau saya nak jadi seorang penyamun"

keluarlah spin blongang/cytro najib, artikel tu fitnah. no akaun salah. tak cukup digit. yahudi dengki etc.

kemudian ahmad maslan cakap.
"Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu."

kemudian SPRM mengesahkan ada 'derma' masuk akaun peribadi najib sebanyak RM1.2b. dan akaun itu telah ditutup.

semenjak kenyataan SPRM, mad maslan dah tak cakap pasal takde duit masuk dalam akaun najib. tak boleh nak konar dah. mad maslan dah checkmate.

blongang/cytro najib pening kejap. sah lah tuduhan WSJ, memang ada duit masuk dan akaun dah ditutup.

keluar alasan, itu derma untuk parti. tak ada salah untuk parti terima derma.

bila ditanya kenapa masuk akaun peribadi bukan akaun amanah?

bermacam macam jawapan diberi. antara paling lawak. duit tu lebih selamat kalau najib pegang seorang. ramai ramai pegang tak selamat.

bila semua jawapan kelakar kena gelak. Keluar cerita baru, duit tu derma untuk kerajaan Malaysia pulak. orang paling kuat bawak versi ni adalah zahid.

dalam pada rahman dahlan dok defend kata derma tu untuk UMNO, keluar pulak statement dari wan adnan kata najib cakap derma tu untuk najib secara peribadi.

pulak dah.

keluar lagi tuduhan baru, duit tu guna sikit je. Dalam USD30juta. Baki USD650juta dah di’pulangkan’. Shahrir, mad maslan dan ermiyati dapat belanja sikit sorang. shahrir dah mengaku bab dapat belanja tu. mad maslan dan ermiyati masih senyap. tak tau nak cakap apa kot. sekurang kurangnya, satu daripada empat tuduhan kat situ dah disahkan. kalau tuduhan tu benar, derma kenapa kena pulang balik? Itu belum cerita cara derma masuk akaun. berlapis lapis.

so. cerita konon tak nak mendahului siasatan ni antara kelakar seram terbaru cytro najib. ada ke jawab sendiri tu mendahului siasatan. orang tolong jawabkan tak mendahului siasatan pulak. shahrir mendahului siasatan lah sebab dia jawab sendiri? mana datang la idea terlebih bijak tu.

antara alasan best blongang najib sebelum ni ialah, SPRM dah sahkan najib tak salah. semalam, SPRM keluarkan statement, siasatan keatas RM1.2b belum selesai. bengong lagi budak najib.

mangkuk mangkuk yang cakap SPRM dah sahkan najib tak salah, itu contoh mendahului siasatan. Kalau kau tahu apa itu mendahului siasatan.

senang je dol. panjang panjang pun kau pening lagi nak spin. ringkas je. takde SPRM, takde ISIS, takde 1MDB.

rahman dahlan kata derma untuk UMNO. zahid kata derma untuk Malaysia. wan adnan kata derma untuk najib. yang terbaru, masa rasmi bahagian alor star semalam, najib cakap derma untuk parti.

pada fahaman kau lah, supaya senang kau spin. derma ni untuk sapa sebenarnya?

Kalau kau kata untuk UMNO maknanya zahid dengan wan adnan pembohong. kalau untuk Malaysia. rahman dahlan dan najib pembohong. dan seterusnya, dan seterusnya, sampailah abang jamil mampus.

lain lain tu, kitorang tanya kemudian

-jiwa kacau-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 10:43 AM

salam,
secara jujur, saya fikir lebik bn kalah jika andai nanti zahid yang akan jadi pm. lihat apa yg pernah zahid ucapkan, semuanya kosong kosong kosong. zahid tong kosong nanti bila dah jadi pm, lagi besar tong kosongnya. rakyat akan panggilnya pm tong kosong. sekarang tpm tong kosong. lihat, zahid dah diam dalam isu khianat. nanti diam pula dalam isu derma. lepas zahid bunyi, kita hanya kena kata, ya ya ya. kalu tanya dan nak maklumat lanjut, telur zahid terus hilang. lagi teruk daripada ahjibgor ni. setiap kali zahid bunyi dan timbul isu, hanya persoalan yang timbul, siapa, bila, bagaimana, di mana. zahid cuma buat ucapan sastera klasik dan dongeng. sedap dengar, percaya jangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 10:43 AM

One man, one donation,
We suffer like hell.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 12:32 PM

Siasatan ke atas derna tu bila dimulakan? adakah sebaik sahaja ia didedahkan atau selepas diasak bertubi tubi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 1:05 PM

Minah ni aku rasa tak pandai mana pun. Glamer je lebih.

Tapi bila dia cakap benda yang terang lagi bersuluh dan nampak macam dia cerdik, maknanya umno ni sampai tahap boleh dikuburkan dah.

Tak payahlah kita nak bela umno kata pemimpin memang tak bersetuju dengan Najib tapi kena berhati - hati nak jaga parti lah bla bla bla .......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 1:48 PM

kita putar lagiii....wang besar....wang besar....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 1:55 PM

.....DUit Adalah Rajaaaaa......betul ke????.…mmmmmmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 4:21 PM

saya mmg dah malas nak sokong UMNO.. tapi skang dah ramai ahli UMNO bersuara pasal kes ni. lega rasanya tak semua pemimpin dan ahli UMNO otaknya hanya CASH is KING.

Kembalilah wahai ahli UMNO kepada perjuangan agama bangsa dan negara. kembalikan semangat cintakan tanah air. Ingat UMNOlah yang menuntut kemerdekaan dari British. Maka apalah sangat NAJIB.

dato ONN, dia pengasas UMNO. Dia tau apa yang patut dia buat bila ahli tidak lagi bersama dengan beliau.. Itulah Pemimpin hebat dan bertanggungjawab.

harap suara keramat ini berterusan sampai Najib turun sebagai PM Malaysia dan presiden UMNO.

kalau kalah pun pilihanraya tidak apa asalkan anda dah bersuara untuk kebenaran
Kalah dan menang itu adalah HAK ALLAH. Semoga dipermudahkan Allah.

kepada pencinta kebenaran teruslah besama kebenaran.

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2015 at 5:06 PM

Ahaiii
Tambah cili lg bro...
Perwakilan yg sdg atau akan bersidang boleh buat aduan ke Lembaga Displin Umno ( sama je kut ) ttg MT2 dan pemimpin Umno yg dah terima duit Najib ni

Kita nak tgk jugak 'kembara' duit ni. Akaun siapa, bagi berapa, utk apa...ada bukti/penyata tak?

Takkan duit juta2 main bagi2 gitu je, mcm duit raya gamaknya.

Setakat ni yg ngaku sorang je, yg dua lagi senyap. Aku rasa klau ada siasatan ramai yg terlondeh kain

Sambil2 tu rajin2 le 'melawat' kaunter balai polis dan SPRM yg berdekatan.

Puak2 pengampu ni mau kena ajar jugak, adab dgn pengundi dan ahli Umno.
Bukan senang nak naikkan diaorg, tapi dah lepas ke atas senang2 je takutkan dan perbodohkan orang yg bertungkus lumus utk dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 5:16 PM

http://www.apanama.my/2015/08/bicara-negarawan-di-johor.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 5:23 PM

Mari kita tengok sape yg kena....

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 24, 2015 at 5:49 PM

Assalammualaikum wmt,
Ringgit semakin merudum. RM4.24 untuk 1USD.
Sementara berbanding dolar Singapura pula RM3 untuk 1SD.
Manakala indeks BSKL pula susut 42.53 mata menjadi 1532.14.
Alasan yg diberikan ialah kerana ekonomi China dan kejatuhan harga minyak.

Saya tak pandai soal kewangan dan saham-saham ni.

Maka saya jadi pelik kenapa negara jiran Singapura tidak terjejas sedikit pun?
Kalau kerana harga minyak sepatutnya Arab Saudi tentulah teruk ekonominya. Tapi ringgit kita semakin rendahh nilainya berbanding Rial Saudi.
Begitu juga dengan Thailand. Kenapa ekonomi mereka tak terjejas? Tapi ringgit semakin merosot berbanding Bhat?

Entahlah!
Hentam sajalah belalang!
Yang penting rakyat yg bodoh senang diperbodohkan. Sementara yg berkesempatan boleh kaut duit haram semahu-mahunya dgn cara sokong PM. Lagi kuat sokong, lagi banyak dapat. Negara nak terlingkup biarkan aje......
Biarkan.... biarkannnnnnn!
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 6:19 PM

Yang sanggup mati bersama pm pun ada...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 7:28 PM

Jangan pulak lepas ni keluar cerita duit donation 2.6 billiyon akhirnya da jadi UNITS JUST UNITS
kah kah kah
Tongatonggek

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 7:55 PM

Money Laundering la tu. Bukan derma.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 7:58 PM

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2015/08/apabila-pemimpin-sayang-yahudi.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 8:02 PM

Dulu kata nak saman wsj hari selasa...

Skrg ni nak fikir...mungkin bulan depan...

Penipu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 8:13 PM

Doa kami kepada Tuhan semesta alam makin hampir termakbul sepenuhnya. Semua pekung sudah tidak terpekung lagi.. Para pengkhianat yang diterajui oleh perawan bugis makin kepanasan, sudah tidak tentu arah, Ahli umno, orang Melayu secara harfiahnya telah dibangsatkan...dikutuk sebagai anai2, gunting dalam lipatan , pengkhianat dan sebagainya. Yang menakjubkan segala masalah timbul atas perlakuan songsang si Presiden Umno itu sendiri yang bodoh sombong dalam berpolitik. Setiap hari makin terserlah sebotak-botak Najib, botak gondol lagi hatinya yang langsung tidak tertanam dengan perasaaan ehsan, tawaduk mahupun amanah. Rambut putih namun hati sehitam-hitamnya. MOga Allah percepatkanlah segala jalan penyelesaian buat Negara Islam Malaysia tercinta ini. Amin

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2015 at 9:10 PM

Nk mnta derma 2juta, tp jgn cek kn skali gus kt nama sy, blh transaksikn ngn saluran brasingan ya, lps 2 nti kita snyap2 dh le.. hehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 9:51 PM

Tuan admin, tengok link...
Dah start dah...
http://www.reuters.com/article/2015/08/21/malaysia-1mdb-swiss-idUSL5N10W37A20150821

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 9:52 PM

so sekarang mcm mana ? kita melayu nk buat ape PRU nnt ? support umno? pas pn mcm sokong najib so support pas? pkr xkan la kot ? so mcm mana?

pohon bro din tanya balik soalan ni (x silap ade lebih kurang post mcm ni)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2015 at 10:05 PM

Semakin merapu.... Admin patut ambil smua kenyataan DSN dr mula smpi skarang ttg 2.6....tapi dr akbar utama bru da bukti yg ckp x srupa bikin...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 24, 2015 at 11:34 PM

1) Zahid Hamidi dan Khalid Abu Bakar sepatutnya merasa malu yang teramat sangat kerana siasatan kes penyelewengan syarikat sarat hutang 1MDB tidak mampu (tidak berani?) dilakukan PDRM walaupun laporan polis telah dibuat.

2) Siasatan terhadap kes tersebut telah diambil-alih oleh French Police & London Metropolitan Police. Imej Mesra, Cepat & Betul PDRM akan punah begitu saja jika PDRM tidak bertindak segera terhadap laporan kes 1MDB ini.

3) Begitu juga dengan integriti Ketua Hakim Negara akan rosak jika Swiss AG bertindak terhadap bukti2 berkaitan kes 1MDB yand telah diberikan padanya.

4) Apakah sistem perlaksanaan perundangan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat ini tidak mampu untuk berlaku adil ?

5) Maaf Zahid, anda sudah makin merepek!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2015 at 12:06 AM

Bagus persoalan tuan ini... Jika tuan rasa tak yakin pada pas or pkr, ini hak tuan. Jika tuan mahu UMNO ➕ BN kekal memerintah then itu juga hak tuan. Bagaimana untuk hajat tuan ini boleh tercapai...?

Ahli UMNO sendiri kena perbetulkan by bring down Presiden. Adakan Mesyuarat tergempar UMNO, adakan pemilihan ikut jadual pertandingan terbuka tanpa any quota & protokol.

-Boleh & mampu ke?

-Ahli akar umbi ada kuasa & hak ke?

-Ketua cawangan ada berani ke 'berlapar' if tentang Presiden?

-Ketua bahagian ada berani ke hilang projek jika terus tentang Presiden?

-Ahli MT sanggup ke hilang macam2 jawatan dalam GLC & kabinet?

All terpulang pada ahli UMNO untuk tentukan sendiri sebelum amarah rakyat betul2 reach tahap puncak then kami 'atas pagar' ini yang yentukan dalam pru-14...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2015 at 12:55 AM

Zack.. hang jaga2..
Apa pulak aedes..
Jgn2 utk hapuskan penyakit siput gondang kot !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2015 at 7:17 AM

Yang lantik Apco nasihat kerajaan malaysia bawah najib tu apa kejadahnya?Ini mesti salah nuar brahim juga.Memang umno kaki kencing melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2015 at 8:10 AM

Lalu terserlah tanpa dpt dselindung lg sekarang bahawa kaki jilat najib telah mendapat habuan haram jadah drpdnya.agaknya tidakkah mereka itu berasakan bahawa kulit muka mereka telah bertukar menjadi kulit babi.terus jilat lg demi perut n bawah perut sehingga semua kain anda terlondeh dan dimalukan dkhalayak umum.sekarang samada alang alang menyeluk pekasam biar mati bersama najib atau berundur adlh lebih selamat.diam wpun dkatakan tolol adalah lebih baik dr bising yg dkatakan h.......din turle tenang sj ok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2015 at 10:05 AM

Tahun 1997 ringgit jth tun pegged at 3.80,i IMF kata actiom yg outdated tp lps tu akaui ialah tindakan yg bijak.inilah contoh pemimpin yg boleh dikatakan pemimpin sebenar. Bkn seperti seseorang yg self proclaim pendekar.pikir2 kan lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2015 at 10:18 AM

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam 1Malaysia buat semua;

Saya di sini nak ajak bawa berfikir pasal 2 perkara:

1) Ramai di antara kita fokus kepada duit 2.6B (skg dah jd 2.8B lebih dah). Tapi melihatkan kepada jawapan2 merapu yang diberikan (dan kita di'paksa' untuk percaya), saya merasakan bahawa ini merupakan satu "misdirection" yg sengaja ditimbulkan. Maksud saya ialah walaupun 2.8B tu besar (saya sendiri tak pernah tengok atau pegang duit sebanyak tu) tapi berbanding dengan amaun sebenar yang dah 'lesap', 2.8B tu macam duit kecik ke. Contohnya: kenapa hutang 1MDB jadi sampai 42B (nilai sekarang dah 50B). Dan banyak lagi. So seolah2 pihak yang berkenaan sengaja biar kita dok kerumun isu 'duit kecik' ni supaya 'duit besar' yang dah digelapkan tu kita tak pandang apatah lagi nak tanya.

2) Oklah balik ke cerita 2.8B ni.

Yang bertanya:

- Muhyiddin dah tanya
- Tun M dah tanya
- 1Malaysia dah tertanya-tanya
- 1Dunia dah buat-buat tanya (mungkin mereka dah tahu kot saja je tanya sebab nak menyakat)

Yang Jawab:

- Najib dah jawab
- Zahid Tailong dah jawab
- Rahman Dahlan kakaktua dah jawab
- Ku Nan terbarai dah jawab
- Maslan tak sekolah dah jawab
- Shahrir taknak pencen dah jawab
- Said Keruak pun dah tolong jawab
- Khalid 'polis mati pencuri jaga' dah jawab jugak

Tapi, memandangkan duit tu masuk personal account, ada satu orang lagi yang belum jawab dan kita pun lupa nak tanya. Dia ni gerenti tahu punyalah hal duit tu. Tau siapa?


Jeng jejeng..




- Rosmah

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 25, 2015 at 1:56 PM

@Anonymousalammualaikum wmt,
Kalau bandingkan kepimpinan Najib dgn Tun M memang ler macam langit dgn bumi.

Najib pimpin negara dgn dikelilingi ratusan penasihat. Apa jua yg dia nak buat dia kena tubuhkan jawatankuasa itu dan ini, hinggakan tak terbilang berapa banyak jawatankuasa yg ditubuhkan Najib sejak dia berkuasa.

Yg dok rancang dan fikir orang lain. Sedangkan dia sebagai PM tak buat apa dan tak fikir pun nak buat apa. Tapi derma Pak Arab masuk poket dia - akaun dia.

Zaman Tun M, dia nak bina KLCC, KLIA, SIC, Putrajaya, Cyberjaya, Lebuh raya dan macam-macam lagi, tak adapun tubuh jawatankuasa macam Najib. Tun M laksanakan sendiri tanpa nasihat atau idea orang lain. Semuanya dgn idea sendiri dan dilakukannya sendiri sebagai PM.

Semasa Tun M ambil tindakan 'menambat ringgit' dulu pun dia tidak minta nasihat pakar. Dia bertindak sendiri. Tak guna akal orang lain. Itu sebab Tun M tahu banyak benda, dari A sampai Z. Itu sebab Tun M tidak blur macam Najib bila ada masalah.

Kini terbukti apa yg Tun M telah buat dapat pujian dan sanjungan rakyat malah dunia.

Justeru, Najib wajar ditamatkan perkhidmatannya.
Wallahhu'alam.

Post a Comment