........... Penemuan Serpihan MH370 Di Reunion - Balaci Najib Jangan Mula Nak Menangkan Bos Anda | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penemuan Serpihan MH370 Di Reunion - Balaci Najib Jangan Mula Nak Menangkan Bos Anda

Thursday, August 6, 201517comments

Mkini
Selingan dari isu 1MDB ..... mengenai penemuan serpihan MH370 di Pulau Reunion. 

Waktu kehilangan MH370 tahun lepas, saya sering menulis mengenai perkembangan dan komen2 berkaitan isu ini. Jadi berita pengesahan penemuan serpihan bangkai jet itu agak melegakan.

Akhirnya ketemu juga satu bukti fizikal akan kewujudan MH370. Syukur alhamdulillah ,,,,,

TAPI ...... agak menjengkelkan bila saya baca ini dari kenyataan Najib -

“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.

“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.


Oklah, Lautan Hindi pun Lautan Hindi lah ..... lautan itu memang luas, Tapi bila baca artikel balaci Najib yang tak pasal2 masih cuba memenangkan Najib ( seolah mempolitikkan isu ini ! ), saya kena komen jugalah ....


Jika kita masih ingat, ramai yang mencerca dan menuduh Perdana Menteri menipu apabila mengumumkan hasil analisis pada tahun lalu bahawa pesawat terbabit berakhir di Lautan Hindi.


Kenapa mulakan sudut politik ni ? Takut Najib kena hentam ke sebab serpihan itu ditemui di Lautan Hindi yang SALAH  ARAH ?

Ya, saya juga antara yang memperlekehkan keputusan Najib yang memusatkan misi pencarian di selatan Lautan Hindi. 


Saya cek dah kedudukan Pulau Reunion ni masa mula dilaporkan penemuan serpihan MH370 itu. Ketika itu belum disahkan lagi dan saya pun malas nak panjangkan isu ni. 

Balaci Najib tahu tak di mana kedudukan Pulau Reunion di Lautan Hindi itu ? Kalau peta Mkini di atas tidak jelas, perhatikan peta dari Google Map ini -




Reunion Island lebih dekat dengan Mauritius berbanding Australia dan cuma 1,469 km dari Deigo Garcia !  JAUUUUUUUH sesangat dari selatan Lautan Hindi yang Najib yakin sesangat tahun lepas sebagai lokasi pencarian.




Saya tidak menolak kemungkinan terhempas dekat Australia kemudian serpihan itu dihanyutkan ke Reunion, malah saya tidak menolak apajua kemungkinan tapi agak2lah kalau nak menangkan Najib juga.

Buat tak tahu sudah la.... Lagi ditulis begitu, semua benda Najib nak kena menang, lagi orang menyampah ! 

PS - Apakah Teori Deigo Garcia kembali hangat selepas ini ?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 8:51 AM

Din buat la undi maya..kena kan Najib..ini lah waktunya yg sesuai..comfirm najib malu.. ha ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 9:06 AM

salah Najib jugak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 10:08 AM

Zaman najib apa dia buat semua terbalik. Pakar kata sebelah kiri, dia cari sebelah kanan. Undang2 kata rasuah, dia kata derma.

Sekarang yg lagi memalukan konon berkerjasama dgn scotland yard nak tangkap editor sarawak report tapi polis sana dah beri protection pd warga mereka sebab dia tak melanggar undang2.
Klu dinegara kita undang2 tu bila2 boleh terbalik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 10:32 AM

mintak maaflar nk komen sikit..

cuba sahabat renung bebaik..
kalau ikut gerak hati sy,( yg mungkin sedikit dipengaruhi benci pd najibmah), flight ini telah dikawal dr "luar"bukan pilot sah untuk ke deigo Garcia tapi tidak kesampaian kerana pilot cuba sedaya upaya unt melawan sepanjang perjalanan tersebut. Sebab itu bila flight berpatah balik dapat dikesan mereka ke utara lautan hindi tetapi berpatah semula ke selatan. Sekiranya flight tersebut berterusan dr udara Vietnam ke deigo Garcia melalui udara Malaysia, insyaAllah MH370 selamat mendarat disatu tempat yang dirancang oleh pihak yang kita sediri boleh agak.
Itu cuma apa yang ada dlm kotak fikiran sy.
dan satu pertanyaan..selain dari ketentuan Allah, atas kapasiti manusia kenapa semua ini berlaku??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 11:03 AM

Persoalan yang masih belum dijawab hingga kini...

1. Mengapa tutup transponder secara manual ?
2. Mengapa gigih sangat ikut jalan jauh sekiranya benar berlakunya kecemasan ?
3. Mengapa satelit US yang paling canggih dalam dunia pun tak dapat mengesan kapal terbang sebesar tu ?
4. Mengapa radar negara-negara yang dilalui oleh MH370 pun tak dapat mengesan pergerakan MH370 ?

Kemunculan teori-teori seperti :

1. Kemungkinan berlakunya remote control ke atas MH370 kerana adanya device yang boleh dikawal dari jauh. Teori ini muncul apabila US telah mewajibkan semua pesawat buatannya mesti mempunyai alat anti-pengganas susulan tragedi 11/9.

2. Secara kebetulan Diego Garchia berada dalam kemungkinan liputan laluan MH370.

3. Penggunaan alat seperti Electro Magnetic Pulse (EMP) dan jammer yang berpotensi untuk melenyapkan signal radar. Persoalannya, jika benar alat tersebut digunakan, siapakah yang memasangnya ?

Kesimpulannya, berakhir di Selatan Lautan Hindi tidak menjawab persoalan utama yang masih berlegar-legar dalam fikiran rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 11:04 AM

Din kura-kura la sepetutnya buat tak tahu dengan tulisan yg dikata balaci tu. Yang Din Kura-kura emosi sgt, apa hal..... nak menangkan siapa pulak ? diri sendiri ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2015 at 11:10 AM

@AnonymousSaya tak nak salahkan Najib tapi jangan spin fakta.

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2015 at 11:25 AM

Tlg jgn aibkan pemimpin yg SEDANG aib....sbb dgn huruf j yg dia ada boleh jadi AJIB atau AJAIB......Hahahahahaha
Ajib orgnya.....
Ajaib kes2 nya.......huhu!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 12:00 PM

MH370 tetap satu misteri even sebahagian bangkai tersadai dipantai Reunion Island ini. Masa penemuan serpihan pertama lagi, kita dah doubt :-

1) Reunion Island ini terletak antara Madagascar & Mauritis, jauh dari 'perjalanan terakhir MH370 iaitu selatan India Ocean. Pulau ini berada timur India Ocean.

2) Just bayangkan, sebesar batang mancis pun serpihan ini tak ditemui dikawasan pencarian even dengan peralatan tercanggih dunia. Now tetiba serpihan tertumpu hanya menghala Reunion Island ini. Logik & tak logik je

3) Waktu awal nahas ini, ada statements jelas dari penduduk pulau Mautitis ni macam nampak pesawat terbang rendah dalam keadaan terbakar atas ruang udara Mauritis. But pakar2 termasuk Najib tetap tak endahkan statements penduduk Mautitis ini.

4) Serpihan sah now. So, adakah team pencarian akan menghala kawasan serpihan antara Madagascar ➖ Reunion Island ➖ Mautitis ➖ Diego Garcia...?

So, untuk waktu ini & maybe puluhan tahun lagi, pro Najib tak payah la nak menari tango atas penemuan ini yang tak membuktikan siapa yang kawal pesawat, kenapa dilencongkan, mana perjalanan terakhirnya.

USA & Russia punyai satelit tercanggih, maybe they tau cerita sebenar but tak mahu hebahkan. Sama juga MH17 ini, they tau pihak mana yang bedil... Malaysia ini kecil sangat jika nak bandingkan kekuatan dari segala-segi USA & Russia. MH17, Belanda negara anggota Euro pun terkebil2 nak asak Russia.

Memang sah serpihan itu milik MH370, but logik ke all serpihan yang ditemui setakat ini hanya bertumpu area Reunion Island sahaja, sedangkan Najib dengan banga mulut berbuihnya menyatakan ia berakhir dilautan South Indian Ocean.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 12:22 PM

Hahaha aku suke komen kau
aku ingatkan ko penyokong tegar pemimpin yang sedang aib tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 12:56 PM

Aduhai Pak Jibby . Dah takde citer ke nak diputarbelitkan ? Em . Nak buat pape tu , better fikir sikit perasaan org . Haih . Benda mmg sah tak logik . Apa la Pak Jibby ni . Fikir org suka ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 1:02 PM

Beberapa perkara yang boleh dianalisa berdasarkan apa yang aku fikir:
1) Petakan semua kemungkinan laluan akhir MH370 berdasarkan kepada pengakuan saksi-saksi di Maldives dan pulau-pulau di Lautan Hindi

2) Kalau tengok gambar flapperon tu nacam ada tumbuh tajam-tajam kristal / mungkin siput laut. Kaji kadar pembesaran benda tu untuk mengetahui jangka masa flapperon ni berada dalam laut. Mungkin tenggelam di dasar laut lepas beberapa lama timbul dan dihanyutkan ke Pulau Reunion.

3) Ada kaitan (teori konspirasi lagi!) dengan ugutan agar Malaysia menandatangani perjanjian TPPA?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 2:40 PM

This could have been resolved very much earlier had hishamuddin was not duped by his own conscience of corrobiration. Dulu banyak evidence surfaced but he dismissed as not corroborated..... pastu nak tunjuk support najib on 1MDB yang nyata terima rasuah bukan donation

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2015 at 6:44 PM

Hishamudin's incompetence was evident when he was the Menteri Dalam Negeri during the invasion by the Suluk terrorists.
As the Transport Minister his incompetency surfaced again. It is openly acknowledged that Hisham has a desire to be the PM of Malaysia following the footsteps of his cousin Najib.
Considering that Hisham and Najib come from the same background ( elite, pampered and was spared the hardships of the Rakyat ) is it any wonder that their incompetence is most evident during the performance of their duties. We are now witnessing turmoil in the country, economic hardships faced by the rakyats and political as well as security instability (SPRM vs Police) - all due to Najib's misdeeds.
Considering all the above can we afford another aristocrat ( an incompetent one at that) being a PM. Hisham, just as Najib has done, will probably create another mess.
So UMNO members could spare us an ill-wind that will blow nobody any good by the name of Hisamudin Tun Hussein Onn. VOTE HIM OUT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 7:26 PM

Najib tau cerita sebenar MH370. Katakanlah Pasukan Keselamatan Udara(TUDM/DCA) kita sedang tidur waktu tu, kapal itu melalui Thailand, Indonesia, Singapore, India, Australia, Maldives dan Diego Garcia,takkan mereka semua pun tidor?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 9:16 PM

Cuba cari, kut-kut mereka terjunam dalam kawah.mungkin ada serepihan yang tercampak keluar dari kawah akibat letupan.mustahil bagitu lama 515hr.baru terjumpa disekitar pulau ini.walaupun kitaran arus disini kita telah difaham,berapa banyakah gunung-gunung lautan yang terdapat dikawasan itu dengan kedalaman air hingga mencecah 7-8km.kalau boleh kerahkan RMN ship untuk mencari,boleh juga RMN personnel ini menambah pengalaman.Kawasan Reunoion Island.

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2015 at 5:39 PM

Anon.. bukan flight. Sepatutnya Aircraft

Post a Comment