........... Najib Menipu Bila Kata 1MDB Belum Ada Kerugian ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Menipu Bila Kata 1MDB Belum Ada Kerugian !

Monday, August 10, 201565comments

Artikel TMI mengenai ucapan Najib di Mesyuarat Perwakilan Umno Pasir Gudang ini memang menarik ! Nak ketawa pun ada sebab kita boleh bayangkan situasinya bagaimana kalau berada dalam dewan ketika itu ...

KLiK

Saya bukan nak komen ulasan TMI yang majlis itu 'lesu' sebab perkara itu subjektif. Tak boleh komen kalau tidak berada dalam majlis. Tapi bab bila Najib sebut hal BR1M -

"Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," katanya dan disahut:"Tidak" oleh sebahagian perwakilan.

Aduyai ..... Najib, Najib ..... takde modal lain lagi dah ke ? Hanya BR1M sajalah yang sering beliau ucapkan di mana2. Fikirkanlah mentaliti atau apa yang ada dalam kepala Najib bila beliau tanya begitu !

Memang betul2 Cash Is King la Najib ni !

Apa Najib ingat duit boleh beli sokongan dan sanjungan rakyat ke ? Masa PRU13 pun BR1M dah diberi tapi apakah ia mampu beli sokongan pengundi ? 

Ingatkan adalah modal baru yang lain untuk memenangi hati rakyat, rupanya masih juga bergantung kepada BR1M. 

Ambil tetap ambil ..... gila, orang nak bagi duit takkan tak nak terima. Bukan duit Najib atau Umno pun tapi duit rakyat juga. Kalau Najib masih bergantung pada BR1M juga untuk PRU14, habislah BN ......

BR1M bukan lagi faktor penentu pilihan rakyat malah ia tidak pernah menjadi faktor semasa PRU13 pun. 

" Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak ? " 

Tolonglah Najib, jangan sebut ayat sebegitu lagi. Macam menghina pun ada. Pasti ada yang rasa geram jer bila Najib cakap macam tu ..... apalagi dengan gaya intonasinya yang macam menganjing.

Saya percaya laporan TMI di atas sebab kemudiannya Najib berkata -

"Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Ada cara lain ke lebih baik ? ? ? OMG ! Najib bila tak ikut skrip jadi beginilah. Hancur ! Mesti Najib tak sangka akan menerima jawapan Tidak dari hadirin. Dalam kepalanya dah terbayang hadirin akan bersorak gempita .. NAK !!!!  Tu yang gelabah tu bila skrip lari .... ada ke tanya hadirin balik ada cara lain ke lebih baik ?

Yang bayar penasihat berbillion2 RM tu buat apa ? Kalau Najib sendiri dah tak tahu nak fikir apakah cara lain yang lebih baik dari BR1M, berundur jerlah. Bagi orang lain ambil alih, mungkin akan ada idea2 baru yang lebih bernas dan segar.

"Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian:"

Biar betul Najib ........ saya malas nak cek fakta 1MDB tapi saya pasti untuk tahun berakhir Mac 2014, 1MDB rugi RM600+ juta, itu pun selepas diambilkira penilaian semula nilai tanah, kalau tidak kerugian akan jadi RM1+  bil  ! 

Lagi senang citer, kalau tak rugi apakejadahnya kerajaan bagi lagi hampir RM1 bil sebagai standby credit ? Kalau untung kenapa sampai terpaksa nak jual tanah semata2 nak bayar hutang ?

Kalau saya kata Najib MENIPU dalam ucapannya, aci tak ?

Sampai bila ahli Umno atau rakyat ( sebab ucapannya disiarkan secara meluas ) hendak faham isu 1MDB kalau tidak diterangkan fakta sebenar ! Atau fakta sebenar cuba disembunyikan melalui ayat2 yang bombastik yang tambah mengelirukan rakyat.

KEMASKINI : Ini ayat penuh Najib berkaitan kerugian itu -

“Tak adil, kalau nak kira kerugian (1MDB), banyak lagi isu lain. 1MDB belum ada kerugian sebab kita masih ada aset. Ada hutang yang boleh kita selesaikan. Ini perspektifnya yang saya nak letakkan,” katanya.


Najib masih berpegang kepada teori Aset melebihi Liabiliti bagi mendakwa 1MDB belum ada kerugian lagi.

Panjang la pulak kalau nak berdebat soal Aset melebihi Liabiliti. Apa yang saya tahu, Operasi 1MDB RUGI. 

Kita tunggu lapuran tahunan berakhir Mac 2015 pula...... kenapa lambat kalau dah tahu 1MDB ni seluruh rakyat nak tahu kedudukan kewangannya ? Apakah masih nak bergantung kepada penilaian semula harga tanah untuk menyelamatkan 1MDB ?

Paling baik adalah dengan mengadakan pertemuan dua hala 1MDB/Najib dengan rakyat/media. Apa yang payahnya ????

Share this article :

+ comments + 65 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 1:11 AM

Inilah jadinya bila pemimpin yang tak mempunyai amalan mahmudah dlm aspek kehidupan....panggillah dfk..duke...uai dll pakar motivasi...pemimpin jenis ini memang sudah tiada perasaan malu dalam dirinya....malu pada Allah...malu pada manusia...jenis pemimpin yg tak berpijak di bumi nyata...fakta dan data adalah realiti semasa...tapi dia cuba menafikan secara intrinsik....jenis pemimpin munafik yg menganggap smua org umno akan menyokongnya lagi....setia kpd parti bukan individu...malulah wahai datuk seri...sampai bila nak menongkat langit...orang rakyat makin membenci...menanah telinga bila mendengar ucapan mu yg bagai dibuat buat...bukan seperti suara pemimpin yg naturalnya dilahirkan sbg pemimpin..lihatlah Tun Mahathir...berkarisma dan dihormati oleh bangsa Jepun sekalipun...suara yg santai dan menenangkan jiwa membuatkan otak dan tenaga bergerak seiring...
AKU TAKKAN LUPAKAN JHO LOW...JHO LOW...JHO LOW...MASTERMIND 1MDB...PELINGKUP DUIT RAKYAT...
MANSUHKAN GST SEGERA..
MANSUHKAN NAIK TOL...
MANSUHKAN NAIK PETROL...
MANSUHKAN ROSMAH MANSUR...

MANA PERGINYA PENASIHAT YG DIBAYAR BERJUTA JUTA TU YA...SURUHLAH MRK YG JD KEYBOARD WARRIOR...NI NAK SURUH RAKYAT JUGA YG JD PERISAI DIA...KAU YG CIPTA MASALAH..KAU YG CIPTA MASALAH...KAU INGAT WIFIN MOBILE DATA NI FREE KE...KENA GST KAU TAHU TAK...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 1:30 AM

Najib dah takut.... Ia lah En. Din.. saya dengar ucapan Najib sangat memualkan serta geli dan muak. Menipu tak habis-habis. Dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 2:11 AM

Dengar cerita di majlis ini dia juga bersunggut yang dia selalu dihantam oleh media dan bloggers yang membuat dia marah.

Masaalah semua ini timbul kerana KEBODOHAN dia juga kerana SILAP judgement menghabus kan ISA. Satu perisai yang sangat berguna pada suatu masa kepada kerajaan. Tapi kerana nak ambil hati orang Cina dan penyokong2 pembangkang,ia di hapuskan oleh Pahlawan Bugis bodoh ini. Padan muka!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 2:12 AM

Untuk kesekian kalinya suka saya peringatkan para pengomen supaya JANGAN gunakan bahasa kasar, mencarut, menghina kaum, fizikal dan jangan lari tajuk. Nanti penat jer taip tapi komen saya tidak siarkan.

Oya, juga JANGAN guna semuanya HURUF BESAR.

PS - Tengok artikel saya, mana ada bahasa kasar. Tapi ramai juga yang bengang kan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 2:28 AM

Statement Hishamudin menunjukkan UMNO ni clueless. Bukan Najib je.

KJ macam biasalah ....Anwar Ibrahim in the making. Ketua Wanita .....whatever la umno

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 4:34 AM

Ada part lain yang agak best jugak yg Bro Din tak sebut waktu perasmian bahagian Pasir Gudang tu. MB Johor bagi 2 ucapan, pertama selaku ketua bahagian sebelum ucapan najib dan kedua selaku pengerusi negeri Johor selepas ucapan najib. Ucapan pertama dia terpaksa "minta maaf" kat perwakilan dengan menjelaskan bahawa najib sendiri yg minta nak rasmikan dan bukanlah kehendak dia atau bahagian yang sebenarnya. Dalam ucapan kedua pulak dia ucap terima kasih pasal perwakilan tak baling apa-apa kat muka najib waktu dia berucap. Kalau kat Penang dulu najib dapat "NO for BN" kat Johor kali ni dia dapat pulak "NO untuk BR1M". Dah 2 negeri bagi NO kat najib. Sama2 kita tengok negeri mana pulak yg nak bagi "NO" lagi kat dia lepas ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 7:07 AM

Sebenarnya... Dato najib hanya syok sendiri. Tak tahu masalah rakyat sebenarnya.
Rakyat bukan nak tau pun ...UTC , BRIM , ETC , TPP.TPA dll. Rakyat mahu kos sara hidup mereka seharian terkawal. Sekarang cuba lihat kos sara hidup .... aduhyai mencanak naik.
Syok dgn brimnya .... 1 hari boleh habis untuk bayar hutang.
Rakyat nak rumah kos rendah .... Bawah rm 100.1000 . Asyik asyik rumah mampu milik
Mampu milik ke .... kalau rm 300 ~ 500 ribu ( berapa gaji pokok majoriti rakyat - rm 10.000 ka ) .... Ada menteri , ada penasihat , ada perumahan negara. ini pun tak boleh kira.... hampeh.
Ok ... aku bagi contoh .( 2 katogeri
Rakyat yang bergaji rm : 3000.00.
Rumah - 450.00
ultility - 300.00
kereta - 500
belanja dapur - 300
minyak kereta - 200
sendiri punya - 300
sekolah anak sorang - rm 3.00 ( 4 0rang - 12 inggit sehari - sebulan 360.00 )
lain - lain hal - mungkin 300 ( beli buku , jajan dan ll )
cuba kira ... berapa baki... ciput beb... ciput rm 290.00
kegunaan yg tak terduga banyak lagi tu .... tak masuk .
CUBA BAYANGKAN ... GAJI RM 1500.00
NOTHING ... YELEK....HAMPEH
Last .. last kemana mahu jelas hutng ... Along jawapnya.
PRINSIP AKU .... NAJIP KENA UNDUR SECARA TERHORMAT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 7:16 AM

Nilah yg tokperakbkata najib dah meraban teben...nunggu masa je...kotor dan pengotor...teman nk tanya yop zahud kita....kalu nak jd pm mee segera ceoat di makan cepat habis....sokong lah najib...sb grass root umno dah meluat sesangat dgn najib..jgn tanya lah org keliling mike yop..semua akan ckp ok bos beres bos no problem bos...sb deme ni yop kaki sakau projek...jgn jd mcm pak pandio...menang sorak kg tergade yop...bisik bisik le kat bos mike tu yop...cukup le....berundor la...mike akan jd anak jantan kalu mike berkiblatkan perjuangan dan parti...paksa naji berundor...ape nk dikira najib tu...mike sayang parti ke sayang najib...jgn sampai orang perak sumpah mike yop sb tk bertelor....ke mmg dah tk bertelor...mcm bos mike juga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 7:17 AM

Aku berharap selepas ni, sewaktu Najib berucap ada yang bangun dan tanya soalan mana pergi duit derma tu. derma tu untuk dia atau untuk UMNO. Tanya kenapa takde orang boleh kritik dia sebagai Presiden.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 7:23 AM

Aku rasa Najib patut lupakan seketika soal Komuniti Asean yang makin ghairah dipromosikan kat tv setiap hari. Selesaikan dulu masalah dalam negara kerana ianya lebih penting. Begitu jugak tentang Wawasan 2020 yang realitinya nampak masih samar-samar. Sila perbetulkan dulu keadaan ekonomi negara yang dah nazak sekarang ni.

Kita memerlukan menteri kewangan baru yang hanya melaksanakan tugas2 kewangan sahaja tanpa dicampur-aduk dengan jawatan yang lain. Seorang PM terlampau banyak kerja dan tidak sepatutnya menyandang tugas sebagai Menteri Kewangan. Tun M dulu mengambil alih jawatan sebagai Menteri Kewangan sebab penyandangnya ketika itu tak boleh harap. Pada masa yang sama, keadaan ekonomi ketika itu adalah sangat kritikal dan tidak stabil.

Br1m dah tak mampu nak pujuk rakyat sebab penerima br1m pon kena gst jugak. Yang miskin, oku, ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik yang tak mampu bekerja, pelajar, penganggur, peminta sedekah, makcik cleaner, pak guard semua dikenakan gst. Tanpa pengecualian. Br1m tu sekarang ni dah setaraf macam duit raya untuk budak2 jer. Setakat beli jajan dan gula2 lepaslah. Macam tulah penerima br1m, bila dapat duit, duit sekejap jer dah habis dibelanjakan. Nak buat simpanan jauh sekali kerana harga barang meningkat akibat gst.

Nilai duit kita pulak makin lama makin kecik. Ada sesetengah barang memang kita import masuk ke dalam negara. Dan rakyat terpaksa membayar dengan harga yang amat tinggi. Apa pilihan yang ada ? Rakyat tiada pilihan sama sekali.

Peliknya di zaman Najibb segala2nya nak dimansuhkan. ISA, subsidi, mecd yang jika tak dimansuhkan pon takde masalah rasanya. Lebih2 lagi subsidi yang amat diperlukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 10, 2015 at 7:30 AM

Saya amat bersetuju dengan Anon 1:11am.
Najib telah berada disuatu tahap dimana suvival politik (mungkin juga suvival diri beliau sendiri) lebih mendapat kepentingan dari maruah dan harga diri beliau sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 7:46 AM

Din, sbb apa najib perlu lambatkan siasatan 1MDB ? Najib terpaksa buat yg pelik asalkan dpt lengahkan? Najib harap semua duit khazanah negara, cukai gst, duit pinjaman, jualan aset dan lain lain yg noleh diperah lagi utk jadikan 1MDB nampak macam tak rugi.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 7:46 AM

Tanda2 awal UMNO Johor tolak Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 10, 2015 at 7:52 AM

Assalammualaikum wmt,
"Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Kepada saya, jawapan untuk ungkitan Najib itu ialah, "Ada. Iaitu anda letak saja jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO.
InsyaAllah, akan ada orang lain dlm UMNO yg boleh selesaikan permasalahan yg tidak mampu diselesaikan oleh Najib.
Contoh, perletakan jawatan oleh Dato' Onn selaku pengasas UMNO tidak melemah dan mematikan parti keramat orang Melayu itu. Malah ianya lebih berjaya.

Kalau yg buat hal Najib, tapi yg dok jawab dan membela adalah Pak Menteri yg dah dibeli, eloklah kepimpinan negara dan UMNO juga diserahkan kpd pemimpin UMNO yg lain. Tak susah, Tak perlu berdolak-dalih. Dan yg lebih penting lagi Najib tak akan menerima lebih banyak perkataan 'NO' drpd para perwakilan UMNO Bahagian.

Kalau perwakilan UMNO bahagian dah kata 'NO kpd BN dan NO kpd BRIM', apakah Najib dan para juaknya masih mahu mengatakan bahawa Najib mendapat sokongan 3 juta ahli UMNO?
Malulah sikit. Kerana malu itu adalah sebahagian daripada iman.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 7:59 AM

Bertuah dapat sewa rumah rm450. Yg duk bandar sewa apartment minimum rm700. Jgn disuruh carilah yg murah. Yg ni paling murah. Dh tmpt keje kt pusat bandar pun gaji rm3000. Jika cari jauh masalah pengangkutan dan tol. Ckpla mcm mana pengangkutan awam kita xbyk xbgus lg. Rakyat terpaksa beli /sewa kete atau paling tidak kena ada motor sebab jika tempat kerja jauh yg nk masuk tu xde bas/teksi lalu atau rumah/flat/apartment mampu sewa jauh dr tmpt kerja. Golongan yg ni ramai tau tak. Yg kaya anak kaya mana pernah lalui. Sbb tu kita xboleh dah pilih dr golongan anak keluarga kaya. Mereka xfhm. Tgk menteri2 la. Semua hampeh cm najib gak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:00 AM

Kesian kat Najib ni,ada betul jugak dia cakap orang asyik tanya duit tak turun lagi, so kerja tak boleh buat.Kerja dia cari cash utk UMNO ni. Itu sebab pembesar UMNO lain mesti support dia sekarang ni atau sama-sama UMNO karam dgn dia. Tapi kalau fikirkan balik,kalau dia kasi semua rakyat 1juta sorang pun,tak luak duit 2.6b tu...Cash is king! Jahanam negara mcm ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:10 AM

NAjib nak samakan pengundinya di Pekan yang rajin meminta-minta dengan seluruh rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:11 AM

Ringgt jatuh. Will it possible that the Asset can DEPRECIATE? Many reason for it example: Insecurity that inbalance the country where the Asset is. War and natural disaster. eg IPP In Bangladesh. Bangladesh?

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 8:19 AM

1MBD : Tajuk yg dah jemu dan muak utk d bincangkan. Betul ke?
Saya tidak setuju. Mengapa? D sinilah segala2nya bermula. D sbb kan 1mdb ini negara terpalit dgn pelbagai isu. Maruah tercalar dan musnah d persada dunia. D sebalik masalah ini rupanya terlalu banyak cerita yg tidak d ketahui rakyat dari objektif penubuhannya hinggalah ke pengurusan serta amanah yg d salah gunakan berlaku. Kepentingan sendiri mengatasi kepentingan rakyat. FAKTA2 d putar belitkan hingga kepercayaan terhadap negara kian terhapus. Ini adalah kenyataan.
D sbb kan mempertahankannya PM d kutuk dan d hina oleh rakyat yg mana ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah menteri2 beliau mengeluarkan pendapat yg tidak jelas dan tak boleh d terima akal...hingga terlihat mereka2 ini kurang cerdik. Cuma kenyataan itu lebih d nilai sebagai ampu bodek utk mengekalkan jawatan dan gaji lumayan. Bila ini terjadi impak yg harus d tanggung rakyat dan negara sungguh besar. Kita kehilangan rasa hormat dari negara2 luar dan rakyat msia d luar negara menanggung malu yg amat sangat. Apakah ini yg d cari oleh PM?
Kemudian kita sebagai rakyat mula menegur salahlaku ini....yg ada sikit kuasa dan pangkat terpanggil utk menyuarakan rasa tidak puas hati....lalu? D tangkap di soal siasat dan sebagainya. Ini merupakan tekanan dari pihak atasan. Adakah kita sebagai rakyat sebenarnya d tindas utk mengatakan kebenaran? Paling utama mengapa mereka2 ini langsung tidak boleh d tegur?
Kehilangan pemain watak utama menjadi misteri. Jika benar mengapa harus melarikan diri? Mengapa?
Jalan cerita 1mdb ini terlalu panjang malah d tambah dgn isu2 baru membuatkan negara menjadi lesu ......
Nasihat saya cuma satu....Najib b Abd Razak...anda perlu meletak jawatan supaya pasukan baru muncul dan menyelamatkan situasi ini. Ianya semakin melalut dan berbelit2 demi utk menyelamatkan diri anda dan pihak2 yg rapat dgn anda. BERSARA LAH walaupun mungkin tidak aman...itu adalah hukuman berkat doa mereka yg anda zalimi. Nasi telah menjadi bubur...bubur ini hampir atau sudah basi menunggu utk d buang saja......
Anda tak dapat lagi berundur secara hormat....tetapi berundurlah kerana ia jawapan terbaik utk rakyat.

Selamat bersara walau anda d kenang sebagai seorg yg telah gagal.

Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:31 AM

Aku ingat lagi din,masa aku sekolah menegah dulu...Najib jadi menteri pertahanan,gaji askar di naikkan...masa jadi menteri pelajaran pun gaji cikgu2 di naikkan. Memang dah terang dan jelas bahawa Najib dan duit tidak boleh di pisahkan. Sekarang rakyat menunggu penjelasan dari PM yang dapat derma berbillion2 ni dari mana wang yg banyak tu datang...sampai sekarang habuk pun tarak. Tak pe lah Din,PRU 14 nnt kita kasi bungkus ini penyamun penyamun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:32 AM

Sebenarnya ada banyak cerita2 di belakang tabir di sebalik perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Gudang. Cuma ianya tidak disiarkan kat tv ajer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:37 AM

Salam bro Din. Dulu saya menunggu untuk mendengar ucapan YAB PM depan Tv tapi sekarang saya segera tukar channel bila PM berucap. Ngape ye?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:42 AM

kadang aku pelik gak dengan orang melayu ni tak pernah bersyukur. aku pun susah gak anak 4 orang belajar dari universiti sampai sekolah rendah. nak kira laki bini kerja gaji lagi tak cukup sejak barang naik. aku pun mula berjimat beli barang aku pi TESCO skit punya banyak ke barang diskaun, anak nak tengok wayang aku kata lain kali bila aku ade duit lebih aku kata aku bawak pi. aku beli cd pirate je tengok anak beranak. cuti hujung minggu duk rumah suruh isteri masak. aku tengok ari tu satu keluarga cina makan kat restoran melayu nasi je asing lauk sume kongsi mai lima orang air beli tiga je datang pulak naik kereta besar. bawa keluarga pi masjid ramai ramai berjemaah baru berkat gaji kecil pun cukup. macam tu lah nak hidup sementara anak nak besar dan kita lepaskan tanggung jawab, bila kerajaan bagi kemudahan kutuk je tak pernah bersyukur. dapat duit kerajaan tak ingat ape terus bawak pi luar belanja makan tak ingat susah, bila banding dengan negeri lain yang susah marah pulak. aku makan pun dikedai la ni lauk 2 jenis je tak macam dulu 4,5 jenis. macam tu baru rasa reda dengan keadaan dan kita akan rasa takjub rupa nya kurang ni ada lah lebih baik. wasallam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 9:07 AM

salam semua sahabat.

sudah tiba masanya-Ogos 2015 bulan kemerdekaan
marilah kita kibarkan jalur gemilang SEPARUH TIANG.
Jangan hanya gah di keyboard, tp tindakannya-Hampeh.

beli bendera kecik di pasaraya.
masukkan bendera separuh tiang plastic.
gunakan stepler tembak untuk klipkan bendera pd tiang plastik unt elakkan terbang ditiup angin.
jom kita pakat nyatakan bantahan-turunkan najib segera!

>aku melayu rasis<

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 9:25 AM

anon 8:42am..mmg lar kita semua bersyukur..tapi ada ke patut dalam rakyat semua mengikat perut..pemimpin senang2 dapat derma RM2.6b...kot duit tu dia bg kat rakyat xper lar..ni tak tau duit tu buat apa..kemana perginya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 9:47 AM

PERSOALAN ?????
Apa ada disebalik derma .... adakah suka suka atau sebaliknya.
Banyak tuuuu .... 2.6 bil.
Nilai ringgit makin jatuh - kata asas ekonomi kuat . kalau kuat kenapa ringgit jatuh .
Kerajaan jangan terbuai dengan pujian ... masih terkawal , masih terkawal katanya.

....................
Reply To This Comment ...................
aku
August 10, 2015 at 10:08 AM

Boleh tak pergi haji yg 1MDB sponsor hari tu? Ragu2 la sumbernya..rugi Jibby, buat baikpun rakyat dah tak pandang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 10:13 AM

Najib ni memang selamba dek aje hari-hari menipu rakyat. Ada penyakit kronik kita punya PM ni.. Maybe somebody should admit him to rumah sakit jiwa. 1MDB tak rugi? Alahai, Chairman 1MDB tak tau baca penyata kira-kira ke? Sudah-sudahlah Najib hang nak menipu rakyat.. rakyat tak sebodoh hang. Bila dia tanya pasal BR1M, memang sah dia treat rakyat macam pengemis yang boleh dibeli dengan wang yg sedikit. Corrupt giler PM kita ni rupanya. Sebijik macam Anwar Ibrahim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 10:17 AM

eh anon 8:42 ngaku jugak ko kenyataan rega barang makin naik ye?

hah dulu kau boleh jugak senang-senang, sekarang dah susah. itu kau yang ada anak 4, habis orang yang mcm jiran aku tu anak kurang sorang cukup sedozen apa hal? Kau jangan ambik kira anak 4, 5, 6 saja. Nak komen bersyukur pun agak-agaklah, bukan kami umat islam Malaysia ni tak tahu pandai bersyukur tp kapasiti kehidupan kita ni berlainan. Maybe kau 4 orang tu "cukup" dgn apa yang ada, tp yang 11 orang tu berhempas pulas nak hidup apakah cukup kalau makan ikan kering saja setiap hari??
Aku taknak ckp riak, tapi kalau kau nk tahu jiran aku tu selalu berhutang duit dgn aku tau tak demi nak suapkan anak anak dia dgn nasi. Lauk? kau nak tau lauk apa? lauk ikan yg layak diberi mkn pd kucing! makan luar? jangan berangan! kereta? kereta labi tolak pun blom tentu dia ada! Itu baru citer satu family tempat aku dan aku caye, masih banyak family yg TERPANA dgn hasil kerja buat menteri-menteri yang konon diketuai oleh RAKYAT DIDAHULUI, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!

pada anon 8.42 dan seangkatan dgnnya, bkn marah, cuma tak setuju dgn konsep bersyukur anda. Bersyukur diam-diam sudahlah. komen anda membuatkan hati nurani kami tersentuh. Sama macam MH370. hujah bergulung-gulung tp apapun yillek! sedang perasaan waris pulak makin sedih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 10:35 AM

statement mangkok hang nie...bersyukur klau pemimpin yg melingkup segalanya kena bersyukur gak ka?

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 10:38 AM

Seringgit dua kupang
Ada duit beribu juta
Kita ini bukan penumpang
Duduk kat atas kaki auta....

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 10:47 AM

berfikiran secara rasional dan matang.melihat dr sudut mata burung.tidak mengamalkan prinsip syiling dua muka.rujuk hadis dan al qur'an bukan perasaan.kenali diri sendiri baru boleh kenal tuhan dan manusia bersebelahan.setiap tulis bicara depan allah akan dikira.pastikan fakta nyata bukan bukan hanya dengar kata!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 11:17 AM

Anon 8:42 AM,

Kalau bercerita bab bersyukur ni memang panjang. Aku nak buat cerita sikit supaya senang faham...

Katakanlah kita nak buat majlis korban. So, kita pon pakat2lah sama2 menyembelih seekor lembu dan melapahnya beramai-ramai. Bila tiba time pengagihan daging korban, daging yang molek2 disimpan oleh Pengerusi & The Geng untuk diagih2kan kepada kroni2 jer. Yang tinggal hanyalah tulang-temulang jer. Kita yang penat-lelah melapah daging korban, tapi kita cuma dapat tulang-tulang jer. Kita pon apa lagi bersyukur ajerlah sebab diberi seketul tulang. Tahun depan, upgrade lagi, dapat 2 ketul tulang dan semakin bertambah tulang untuk tahun2 seterusnya. Kita pon kata takpelah kalo tak dapat merasa makan daging pon, dapat tulang pon jadilah. Kita pon masih tetap bersyukur macam biasa meskipun tiap-tiap tahun kita tetap dapat tulang.

Apakah kita nak tanya jadi macam tu sampai bila2 ? Bukankah kita patut memecat ajer pengerusi yang mengendalikan majlis korban tu dengan pengerusi baru yang lebih adil dan amanah ? Nak bersyukur pon agak2lah, bukan semberono jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 12:03 PM

betul tu... yg dok kat kg mungkin tak terasa sgt, tp yg idup kat pekan kalu gaji kurang dari 2k, dah bekeluarga, ramai anak yg belajar.. nak bayar loan rumah, bayar api air, petrol/ tambang, belanja dapur - tu kira jimat guna beras nasional ;-), mak pak kena ikat perut xpun buat part time cari duit saving tau emergency. lepas raya ni lagi teruk, semua barang boleh kata harga naik. dulu kalu pi beli barang dapur RM 100/= penuh troli sekarang RM 200/= pun belum tentu lagi cukup. takat duit BR1M tu yg dapat seronok ler kejap.. yg xdpt tu, kerenyih jer laa. ada wakil rakyat nak baca ker ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 12:12 PM

Najib tetap akan berterusan menipu, berterusan bertaichi terutama kepada rakyat yang taksub sangat pada media arus perdana. But seluruh dunia memerhati, membaca then tahu & faham sangat isu panas 2.63 billion serta isu 1MDB.

1MDB :- Belum rugi lagi or masih ada untung ini just atas kertas sahaja, yang faham perkara ini then memang tak akan & tak mungkin mampu percaya kenyataan MOF ini. Yea, belum rugi dari aspek account sebab harga tanah TRX & Bandar Malaysia akan meningkat tiap masa.

Dari segi Business sebenar, memang tak ada apa untung pun yang 1MDB ini hasilkan. Makin susut harta & makin buat pinjaman baru adalah. Jika untung 600 juta (atas angin), they tetap minus rugi 2 billion tiap tahun cos kena bayar interest 2.6B. So, ini belum rugi ke...?

Jika 'belum rugi' then kenapa nak jual, terpaksa jual tanah pada Aabar or China? Kenapa perlu kerajaan suntik 'stand-by cash' 950 juta ini to 1MDB? Kenapa perlu menghadap Aabar untuk loan bersyarat USD3 billion = 11billion ringgit...?

Dah 3 hari Bursa KL bergegar bermula Khamis lepas till 11am tadi.

Khamis- Jatuh 30.99 mata to 1,694 mata.

Jumaat- Jatuh 11.99 mata to 1,682 mata.

Isnin/10-Jatuh 24.66 mata ti 1,657 mata.

Pada Pro Najib yang tak faham apa tentang ringgit & bursa effect ni, belajar la untuk faham kesannya pada ekonomi Malaysia. Lama mana lagi Najib nak terus akui he hebat dengan duit 2.63 ini jika nak dibanding nilai berbillion duit pelabur asing dalam Bursa KL ini jika mereka pull-out all their investments.

Luar topic :- Dimana hak ahli2 Umno bawahan ini? Ada hak yang sama seperti ahli atasan ke as MT yang pandai2 sendiri sokong then luluskan usul PAU tangguh dulu till selesai PRU-14. Tangguh 18 bulan ➕ 12 bulan = 30 bulan = 2 1/2 tahun.

Ahli sampaikan pada cawangan, then cawangan sampaikan pada bahagian, then bahagian sampaikan pada MT. Tuan2 rasa MT baca dengan teliti ke apa yang datang dari ahli akar umbi ini...? Maybe they baca sikit sahaja, selebihnya masuk 'tong sampah' je. Ini la senario politik Umno. So, jangan la Najib dabik dada keterlaluan by kata "3 juta ahli Umno masih sokong saya, saya dipilih secara demokrasi". Aduihhh... Bila masa Najib bertanding then menang by undi untuk Jawatan Presiden Umno ini...? Bila Dato Sri Najib? 2009, anda mewarisi je dari Pak Lah then the next PAU pun anda menang tanpa dibenarkan pertandingan. Buktikan la kepahlawanan Bugis anda by batalkan penangguhan PAU, adakan pemilihan tergempak Umno now. Ada berani ke...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 12:27 PM

Terbaik la anon 8:42. Mula2 makan 4, 5 jenis lauk. Bila harga barang naik, kurangkan lauk tu jadi 2 jenis lauk.. bila ringgit makin jatuh, harga makanan semua melambung, kurangkan lagi dari 2 jenis lauk jadi 1 lauk. Bila ringgit dah menjunam, ko makan nasi putih je.. amacam? best x? kata bersyukur?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 12:32 PM

Betul tu. Angka2 atas kertas sahaja tak beri apa makna pada kita yang gaji < $3,000 ini. Perkara yang amat penting untuk kita as rumah yang betul2 mampu milik pada kita cos ini keperluan asas utama.

Kos sara hidup yang mampu pada kita ini penting. Maggie makanan protein murah untuk kita yang miskin ini pun kena gst ni apa crita.

Bab pengangkutan awam ini, saya sangat faham & perhati je dari zaman saya kerja S J Kenderaan to Pekan Rider till Rapid KL (resign when boss baru lebih pandai). Yang hairan, anda perhatikan la satu syarikat bus itu yang sangat buruk, exzos bising, asap hitam but masa terus tetap dibenar beroperasi. Wondering, macam mana boleh lulus Puspakom...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 1:28 PM

Mari kita ramai ramai sokong pembangkang pada pru yang akan datang. Ahli politik mereka bijak dan tidak korup. Saya percaya apabila mereka perintah nanti akan terhapus lah gst tol dll cukai yang membebankan raayat. Harga barang barang pun mesti lah akan turun. Ekonomi akan rancak kembali semua orang akan suka hati . Penulis blog akan garu kepala nak cari idea sebab tiada apa yang nak di komplen lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 1:49 PM

http://chedet.cc/?p=1825
http://webcache.googleusercontent.com/search?hl=en&q=cache%3Ahttp%3A%2F%2Fchedet.cc%2F%3Fp%3D1825

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 1:59 PM

orang melayu inilah kepandaian dia cakap luar je, ape yang berlaku tak tau ikut je orang kata, bila kata tak betui sume kata tak betui. bila nak cakap tu lain kali buat selidik dulu buat lah timbang tara. kalau kata 1mdb rugi sume ikut kata rugi, najib rasuah sume kata rasuah, ringgit jatuh sal 1 mdb ikut je sokong melulu je. tapi bila kata anwar main belakang dengan gambar tak caya lak. kata muhyiddin nak jatuhkan najib tak caya lak. apabila kita mencari maklumat untuk memuaskan hati kita inilah jadinya. setahu saya tak de satu pun laporan dibuat oleh pembangkang atau individu kepada sprm atau polis pasal najib. semua tuduhan dialam maya je. nanti kata pdrm atau sprm bawah najib lak. melayu melayu. itu saya kata, kalau benar ade bukti bawak pi ke pdrm atau sprm. kalau betul, kita pakat ramai2 buat demonstrasi suruh najib letak jawatan. ini kita tuduh dia dan suruh dia sendiri buktikan kebenaran nya. undang undang mane yang kita pakai. fitnah tanpa bukti, kalau silap lepas tu minta maaf dan kata aku main main je. sal jadi kat orang, kita sume boleh lah cakap besok kena kat keluarga anak bini kita baru padan muka. anak kena tuduh mencuri? bila tanya saksi tak pasti nampak dari jauh rambut hitam cam dia. tak takut kat tuhan ke. nanti mati mata terbeliak kerana fitnah kat orang. masa tak percaya kat kerajaan sume jabatan tak percaya, pdrm lah, sprm lah, wahid lah, zeti lah, tapi bila mase susah rumah kena rompak mase tu pi cari lak polis polis yang hangpa maki tadi. bukan menyebelahi mane mane pihak, kerana tau lambat laun kebenaran akan terserlah macam mh 370. kita sebagai rakyat perlu berfikiran waras setiap kejadian yang berlaku ade sebabnya. mat saleh kata 'see the whole picture'.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 10, 2015 at 2:00 PM

Assalammualaikum wmt,
Khabarnya, 107 cawangan UMNO dlm Bahagian Pasir Gudang dah serahkan memorandum kpd Presiden UMNO meminta meletak jawatan dan menarik balik penangguhan pemilihan kepimpinan parti dengan segera.

Apa maknanya kata-kata: "Saya tidak akan meletakkan jawatan kerana saya dipilih oleh 3 juta ahli UMNO......"?

Itu tindakan ahli atau cawangan serta bahagian yg berani. Bagaimana yg masih segan silu untuk bertindak seperti itu tapi dihati mereka begitu juga?

Sama-sama kita nantikan kesudahan sokongan ahli UMNO yg dilaung-laungkan Najib serta juak-juaknya.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 2:48 PM

kira pewot dia ja...pewot owang lain cukup ka tak cukup dia apa tau...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 3:39 PM

@Anonymous

nak bagi feedback skit untuk bro Anon 7:07am 10 August 2015.

mampu milik skrg dh jadi kategori RM650K kebawah bro. so hanya mampu tengok je.

kalau yang gaji RM3000 nak buat rumah harga dalam RM300k- RM500k, bulan2 minimum RM1350. so bygkan la. kalau gj RM3000 tolak epf, socso, bus pass, makanan, sewa rumah and utilities, tgl dlm RM700 je bro. mana mampu nk byr RM1350 installment rumah. ni cerita org gj RM3k yang takde astro ye.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 3:41 PM

Bodoh punya komen ar lu. Tak tau fakta. 1mdb tu sprm siasat ar tu. Yg pengarah kena tukar tu. Yg AG ada kuasa mendakwa pesalah kena direhatkan tu tak nampak ke. Memang kami percaya anwar meliwat. Itu pasal kami percaya umno. Kepercayaan kami terhakis sebab tindakan pemimpin yg korup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 3:57 PM

Ah Jib Gor kasi kat orang miskin BR1M. Tapi Ah Jib Gor rampas balik (mungkin lebih dari nilai BR1M) melalui GST dan pengurangan subsidi. Di mana hak anak2 yatim, orang miskin, oku dan rakyat marhein yang mengharapkan pembelaan berterusan dari kerajaan ? Apa gunanya pemberian itu jika dah diberi tapi diambik balik. Kalau macam tulah keadaannya, baik tak payah bagi langsung. Rakyat lebih rela jika GST ditarikbalik dan subsidi diwujudkan semula meskipun terpaksa mengorbankan BR1M.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 4:19 PM

kita serupa la bro...bila kluar je gambar najib berucap aku terus tukar channel!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 4:36 PM

Najib berjanji akan memulangkan kesemua jumlah cukai yg dipungut melalui GST kepada rakyat pada belanjawan akan datang.
Tak payah janji, mmgnya cukai yg dipungut di belanjakan utk kesejahteraan rakyat dan negara.
Jadi macam membenarkan tanggapan tidak semua hasil negara ditadbir utk rakyat dan negara. Ada berlaku kebocoran tabung negara ke.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 4:41 PM

Kpd anon 1:59.
Jadilah melayu yg menggunakan akal. Jgn jadi melayu dicucuk hidung atau melayu disuap brim.
Tak payah kaitkan al juburi tu dgn Satu Melayu Dapat Billion. Sama je bahayanya.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 4:43 PM

Aku pun sama..bila nak kuar jer psal najib berucap atau pic dia ke...terus tukar channel...mgkin sbb dah nak meluat kot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 5:06 PM

Tuan melalut apa benda tu...? Panjang hujah, tapi faktanya mana? If hujah begini dalam mahkamah then hakim pun tundukkan kepala cos mengantuk them tak ada fakta nak catat.

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 5:51 PM

Najib dah sampai ke dinding...org bg pintu dua takmua nk rageh pe lg...nk cari tingkap...terjun...tinggi tu..jatuh sakit...so nw he is playing with time...kot kot something miracle berlaku...sedar lah najib..u r a gonner...ur name dah busuk sebusuk2 bangkai...terpalit sama nama bapa u..kesian..la ni tang mana hang kelyar pun...pasti bau bangkai..a walking dead prime ministwr of msia

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2015 at 7:14 PM

Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:11 PM

1:28 pm. .
Bodoh tai sekolah. Orang bukan nk pembabgkang. Orang tak nak najib. Banyak merugikan melayu menguntungkan cina. Apa beza najib dgn pembangkang ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:16 PM

kita sebaya
masa tu aku berpendapat najib ni boros
tak sangka pulak sampai ke tahap ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:26 PM

aku single tapi lepas gst kualiti hidup aku menurun
dulu aku beli dynamo untuk basuh baju
lepas gst harga dynamo naik sampai aku rasa tak berbaloi beli
so aku tukar ke jenama sabun serbuk yg murah
maka walaupun aku tak ada tangunggan tapi tahap kualiti hidup aku sehari hari makin menurun.
itu belum kira barangan lain
dulu mandi pakai shower gel kini bganti ganti dgn sabun buku
bukan langkah berjimat tapi terpaksa kerana nilai duit aku dah merosot
tuan rumah naikkan sewa lagi
tunggu nanti harga petrol naik seterusnya harga barang jugak naik... sabun apa la pulak akun nak beli

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 8:28 PM

masa dia mkn 4 lima jenis lauk tu dia mentakedarah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 10:02 PM

@Anonymous

Banyakhlah sokong Pembangkang takkan jadi teruk macam ni. Kalau nak tau, environmen hari ni sebijik macam yang aku jangka akan berlaku kalau DAP memimpin Malaysia macam depa memimpin Penang. Hanya orang kaya akan kenyang, rakyat akan menderita, Melayu akan merempat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 10:23 PM

Kominis main jauh2.. kami xsuka najib bukan bermakna tolak umno secara total.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 10:56 PM

@Anonymousbelum berkuasa memang tak korup. tapi bila dah berjawatan lain jadinya. sekarang pun dah korup kat negeri2. cuma berita tak kecoh macam ahli bn. semua main sapu tak kira ulama pun. jangan dok kata tak korup, serupa ajer bila dah berkuasa kerana ramai yang dok tunggu nak hulur derma.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 5:39 AM

Itu barangan..mmg confirm naik harga. Ni haa PERKHIDMATAN mcm streamyx..online transfer semua ni...pun kena gst apehal? Padahal sama je plan dan servicenya.. itu najib dan para menteri dan penjilat bangang kata tak meningkatkan kos hidup?
Tak habis2 nak aniaya rakyat. Tak berkat hidup korang woi. Nak cover dgn brim? Dari awal lg aku cakap brim tu idea paling bangang tapi itu jugak la yg korang banggakan sangat..aduhai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 5:43 AM

Cara org bangang bersyukur mmg lain sikit. Hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 5:48 AM

Ni lagi sorang bangang..

Ko fikir kami ni suka pembangkang ke? Mcmana tak sukanya kami kat pembangkang....begitula tak sukanya kami kat ajib...jd faham2 je la.

Ramai lg kat luar tu blh ganti dia la. Org dah tak suka tu..berundurlah secara gentleman..ini tidak...sanggup tgk negara dan rakyat kacau semata2 nak kekal berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2015 at 5:51 AM

Whole picture yg aku nampak ialah pm sepatutnya berehat/bercuti/berundur sebab skandal yang disiasat ni melibatkan dia sendiri. Tapi apa jadi? Sebab ada melayu mcm awak 1.59pm lah yg dia tetap nak pegang kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2015 at 8:16 AM

tau xpe..tapi kan. diorg mewah2 semua..bukan nya nk dgr ckp dan luahan rakyat...tau menindas je..xde hutamg konon...dh sblm brg2 naik,subsidi dikurgkan...diorg ckp negara berhutang..byk tanggung hutang..sbb tu kene naikkn harge bla bla bla sekian sekian...dh tu hutang dtg dr rakyat ke?? sapai semua rakyat kene tanggung..diorg relex je goyang kaki..xpyh pk dpt gaji nk buat ape..bajet brp nk byr tu byr ni...rkyat? mcm2 nk kene pk..kenapalah para pemimpin xpk hal dan khidupan rakyat......

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2015 at 8:18 AM

Mmg patut d siasat salah laku beliau sbb beliau yg berada d pucuk membawa bencana kpd negara. Bukan sahaja kpd ekonomi bahkan kpd pemikiran.
Bagi sesetengah melayu yg tidak bermaruah politik adalah wang dan lubuk mengumpul kekayaan. Boleh nama kan seorg ahli politik atau pemimpin d msia yg sengkek yg cuma mengharap gaji semata? Ada? Mungkin ada...tapi berapa ramai?
Bila hasil pendapatan dari sumber yg tidak halal maka hati pun menjadi keras. Maka kebenaran d tolak sewenang2nya. Apakah ini contoh terbaik?
Saya sempat bertemu dan berbual dgn se org wakil rakyat yg dgn bangganya bercerita ..hobi beliau minum whisky! Jika keluar negara SOHO d London tempat wajibnya....rupanya d sana lubuk pelacuran! Itu menurut cerita beliau....Setelah berbelas tahun tak jumpa.... Allah mempertemukan sekali lagi dgn beliau...sedih melihat tahap kesihatannya. Salah siapa? Sbb itu AMANAH harus d pikul dgn penuh rasa takut kpd Allah kerana sesungguhnya ia amat berat!
Sbb itu saya tak pernah kagum kpd ahli politik msia. Contoh terbaru....shahidan.

Post a Comment