........... Najib - Jangan Sesiapa Cuba Masuk Campur Atau Merampas ...... ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib - Jangan Sesiapa Cuba Masuk Campur Atau Merampas ...... !

Friday, August 21, 201561comments


Baca status baru Najib di atas ..... no one should attempt to interfere with or hijack that obligation to lead. 

.... jangan sesiapa cuba masuk campur atau cuba merampas tanggungjawab memimpin itu ! Peeeeergh ! 

Ingat waktu mula2 diberi tanggungjawab itu, antara lain Najib cakap, era kerajaan lebih tahu sudah berakhir ....... itu duluuuuuuuuuu ..... sekarang - Jangan Masuk Campur !

Ingatkan Najib nak sebut, Kalau saya salah tolong tunjukkan .... tak pun, Bekerjalah bersama saya ..... rupa2nya Najib nak bagi warning. Jangan Masuk Campur !

Terlalu jauh bezanya Najib selepas 6 tahun di tampuk kuasa. Apakah kuasa sudah membutakan matahati Najib atau sememangnya beginilah sikap Najib yang sebenar, yang hanya menunggu masa untuk menunjukkan belangnya ?

Atau ..... keadaan sudah menjadi di luar kawalan sehingga memaksa Najib pertahankan kuasa yang dimiliki, walau apapun yang berlaku kepada rakyat dan negara ? 

Jika benar rakyat menjadi keutamaan Najib, cuba fikirkan - Apakah jika Najib letak jawatan, rakyat akan sengsara ? 

Takpun cuba bayangkan ..... Najib umumkan mahu letak jawatan, apakah rakyat akan tergamam seketika ..... kemudian meraung sedih memikirkan nasib negara tanpa bimbingan beliau lagi takutkan ekonomi negara akan terus merudum dan negara bakal jadi hancur ?

ATAU .... secara spontan rakyat tanpa mengira fahaman politik akan melompat kegirangan, bertepuk tangan meraikan suatu kemenangan yang bakal membawa satu sinar harapan baru kepada negara untuk kembali menjadi makmur dan maju ?

Apapun yang PASTI adalah, Najib akan berusaha sehabis teh ( sehabis daya ) untuk pertahankan jawatan atau kuasa yang dimilikinya ! Adakah demi rakyat atau demi dirinya sendiri ?

Kalau baca artikel terbaru chedet - Upside Down Law ( terjemahan Melayu dah ada ), apakah Tun Mahathir sudah tidak percaya lagi kepada proses pemilihan rakyat ( baik Pemilihan Umno mahupun PRU14 )

9. Tetapi dari laporan dan komen dalam media alternatif pemangkang dan kebanyakan rakyat Malaysia benar-benar bimbang dan marah dengan penyalahgunaan kuasa Najib. Penipuan dalam pilihan raya akan bukan lagi suatu perkara asing baginya untuk memastikan kemenangan pilihan raya akan datang.

Tun Mahathir mengharapkan satu tindakan dalam bentuk undi tidak percaya dapat dilakukan dan ini memerlukan satu bentuk kerjasama antara ahli2 Parlimen pembangkang dengan ahli2 Parlimen BN yang tidak lagi sokong cara Najib.

Seperti komen blogger shahbudin (KLiK) -

Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan.


Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia  boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta.


Apakah rakyat sudah tidak punya kuasa lagi ?  Jika benar, ini bermakna Demokrasi sudah hilang ...... tapi pengundi masih boleh mengundi masa PRU14, kan ?

Soalan yang sebenar adalah - apakah anda masih percaya Najib akan terus menjunjung Demokrasi yang sebenar ?

Bukankah usaha melalui Undi Tidak Percaya juga merupakan satu proses Demokrasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara ? Bukankah ada termaktub dalam Perlembagaan

Mengikut Perkara 43 - Jemaah Menteri -  fasal 4 -

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. ( KLiK )



Tak pun, Pendek kata lagi - Anda mahu BR1M lagi ? 

Mkini

Share this article :

+ comments + 61 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2015 at 4:46 PM

Ahaii
Sudah ada perkhabaran beberapa cawangan akan dibubar jika resolusi mereka tidak sokong Najib dan minta Najib letak jawatan ditolak bahagian da Umno Pusat.

Menarik ni, nak tgk mcmana ketua bahagian, wakil Dun, parlimen, MB,KM, MKT tepis isu ni.

Dah sampai masa, Umno atau Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 5:03 PM

tanggungjawab najib sekarang hanya perlu melepaskan jawatan.. tak lebih kita minta.. berundurlah secara terhomat.

saya rasa majoriti rakyat malaysia sependapat dengan saya najib cuma mampu memimpin minoriti dari rakyat. itu pun sebab cash is king

dah lah berbohong bahawa anda dipilih rakyat. anda tidak pernah pun melalui pemilihan untuk jawatan perdana menteri

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2015 at 5:23 PM

Keadaan Najib macam tertekan jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 5:54 PM

Kalau bersalah kita naki Najib masuk penjara.

Jangan UMNO memandai - mandai berbincang untuk Najib letak jawatan secara berhormat.

Lepas tu kita nak UMNO tukar pemimpin - pemimpin secara menyeluruh. Cantas semua tunggul tunggul. Mulakan Dengan T Adnan yang macam bagus tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 6:04 PM

Hahaha.. Cash is king. Takburnya ckp. Jgn masuk campur, esok2 kalu tergolek dok... Baru tau langit tu tinggi ker rendah. Kalu yg masuk campur ke arah kebaikan apa salahnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 6:06 PM

Jika Ah Jib Gor meletakkan jawatan nanti, pastikan kesemua kabinet fan clubnya turut sama meletakkan jawatan. Semuanya sekali termasuklah TPM Zahid. Bagi jawatan Presiden UMNO pulak buka ruang seluas-luasnya kepada TSMY supaya mencabar kedudukan Ah Jib Gor sebagai Presiden UMNO dan TSSA pulak diberi peluang untuk merebut kedudukan Timbalan Presiden UMNO.

Apa yang pasti ialah kita nak UMNO kembali ke landasan asal iaitu membela hak melayu. Geng-geng liberal patut ditendang keluar kerana merosakkan UMNO dari dalam. Kita tak mau rakyat di peringkat akar umbi memandang UMNO di peringkat bahagian ni seumpama kelab ekslusif yang dikhaskan untuk yang berduit dan berpangkat besar jer. Inilah antara punca yang menyebabkan rakyat menjauhkan diri dari UMNO.

Jangan sampai rakyat membenci UMNO kerana sikap pemimpin UMNO sendiri yang hanya melawat kampung bila time pru jer. Pemimpin UMNO sepatutnya ubah mindset iaitu, "Bila aku datang ke kampung-kampung, aku bukannya melawat kampung, tapi aku sebenarnya balik kampung". Ingat tu pemimpin UMNO, jauh tu beza antara melawat kampung dengan balik kampung.

Satu lagi, jangan lupa kembalikan semula hak melayu yang dimansuhkan atau dihapuskan sebelum ini. Antaranya kuota bumi, mecd, ISA dan lain-lain yang sememangnya menjadi hak orang melayu sampai bila2 pon. Jangan sekali-kali melihat tolong melayu seumpama memberi tongkat. Tongkat tu adalah istilah yang dicipta untuk menghapuskan hak melayu dan menghalalkan kesamarataan yang kononnya lebih adil.

Begitu jugak dalam soal ekonomi, kek ekonomi patut dibahagi-bahagikan samarata supaya tidak ada golongan yang mengaut untung berlebihan melalui konsep monopoli dalam perniagaan. Kata samarata, jadi kenalah kongsi-kongsi. Sebab itu orang melayu marah kat Ah Jib Gor sebab melebihkan, membodek dan memanjakan kaum yang satu tu.

Apa yang pasti ialah, Ah Jib Gor patut meletakkan jawatan sesegera yang mungkin sebelum banyak lagi kemusnahan yang akan timbul akibat silap mendengar nasihat. Patutnya dari dulu lagi dengar nasihat free dari bekas negarawan barulah tak timbul macam2 masalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 6:28 PM

Saya rasa kenyataan najib ni terbit bila memebaca tentang kisah bekas perdana menteri korea yang dibicara dan disumbat kdlm penjara.... jadi, bertindak atas laporan tersebut, beliau pun menghunus keris kontot pahlawan bugisnya untuk memberi amaran.... macam kartun daaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 6:43 PM

naikkan BR1M kpd rm3000 sorang..kami sokong. hehehehe
x habis pun 2.6b tu..bagi jelah...

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
August 21, 2015 at 6:47 PM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 semua..


"U reap what U sow... U sow what U reap"


"Jangan sesiapa cuba masuk campur..."
- IF U are just a garbage collector, then nobody will ever mind..
- TAPI U ni PM of a nation, n whatever U do AFFECTS the nation..
- Our nation is in a very bad shape now.. guess who's responsible?


"Tak siapa boleh rampas amanah suci ini..."
- Wow! Look at that.. So arrogant.. So selfish..
- Confirm this fella is SICK.. Hantar pegi berubat A.S.A.P!
- Allah SWT can take it away ANYTIME.. As simple as that..


"Allah SWT yg MAHA kuasa... Makhluk TAKDE kuasa.."
- Bila amanah yg diberi telah dikhianati, tunggu la balasan-Nya..
- U 'Lead By Example', not the other way around, takkan itupun taktau kot..
- Rakyat minta U resign nicely U taknak, now U 'face the music' laa..



"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 21, 2015 at 7:00 PM

Assalammualaikum wmt,
Siapa yg dimaksudkan 'jangan masuk campur' urusan mempin oleh PM Najib ni?
Adakah amaran itu dituju khas kepada adindanya - Mohd. Nizarbdul Razak?

Sebagaimana kita ketahui, sejak kebelakangan ini Nazir sering membuat komen yg menampakkan dia tak sehaluan dgn kepimpinan abangnya. Walaupun beliau banyak menyentuh mengenai soal ekonomi dan kewangan, tapi rakyat nampak kedua beradik itu macam tak ngam. Adiknya tak setuju dgn cara abang mentadbir negara.

Apakag Najib dan Kak Ros takut penonjolan Nizar ini kalau dibiarkan, boleh menambah lagi kurangnya sokongan rakyat kpd mereka dan beralih pulak kpd Nazir?

Atau takut ada golongan tertentu dalam UMNO yg mahu lepas geram, menonjolkan Nazir sebagai pengganti Najib?
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 7:01 PM

MPs UMNO yang sayangkan UMNO lebih dari Najib wajar pilih undi yang disarankan Tun Mahathir........ Untuk masa depan anak cucu Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 21, 2015 at 7:10 PM

Assalammualaikum wmt,
Siapa yg Najib maksudkan supaya 'jangan masuk campur' urusan memimpinnya kini?
Lain macam jer bunyinya?
Macam beri amaran kpd orang terdekat jer?
Siapa?
Mohd. Nazir Tun Abdul Razak ke?
Apakah ada ura-ura dikalangan ahli UMNO yg mahu menamakan Nizar sebagai pencabar Najib sebagai pemimpin?
Bunyinya mungkin pelik, tapi tak ada istilah mustahil dalam politik.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 7:24 PM

Punah ranah semua apa yang diharapkan,agak-agak bila rakyaat tergor sikit mesti kena cantas.Mungkin akan ada lebeh banyak lagi cantasan yang akan dibuat.Seorang ahli majlis tertinggi telah menasihatkan kepada ahli-ahli UMNO jangan pertikai apa juga tindakan/wang derma yang diterima oleh president.Harap ahli jadi saja lembu pawah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 7:28 PM

Game changing now...
Rakyat bkn setakat nk najib resign, kalo blh umno tumbang trus,umno lambang korup (terbukti pon...tgk gelagat ketua bhgian sampaila menteri)
Najib dll juga mesti melalui proses bicara di mahkamah
Dipenjara jika bersalah...
Sistem undang2 mesti prevail..kembalikan kepercayaan rakyat
Dah terok sgt najib langgar semua undang2,isu moraliti, sampai menteri x malu dah ngaku terima duit dr najib!
Najib dah cuak la tu sb berita korea selatan tu
Masih hidup dlm bayangan indah dia blh pegang mesia 22 thn & jd lejen mcm tun!!
Hahahahahahaha...in ur wet dream najib..in ur wet dream

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 7:35 PM

Bubar cawangan bgus jugak...br padan muke ketua bahagian...
Berlagak power sgt..
Mgkn kah 1 lg cara...jika terdesak sgt...jika x dpt nk buat undi x percaya terhadap najib,majoriti adun & ahli parlimen ugut tidak sokong lg bn & keluar bn buat sementara waktu sbg tanda boikot dgn najib!
Isytihar diri calon bebas!
Bn akan goyang jugak dlm parlimen!
Sama mcm jd kat perak dulu....kita tgk apa tg ku nan nk buat
Apa zahid blh buat?x dpt ko jd tpm lg...tsmy still timbalan presiden!
Sapa yg berani??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 7:40 PM

Oii najib!!! Kami yg mengomen termasuk tun/pembangkang dll bukan rakyat? pala otak hang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 7:51 PM

KPN beri amaran jangan bercakap pasal 1MDB. Peguam Negara baru pula warning jangan buat insinuasi terhadap 1MDB. Selepas ini, undang2 akan dibuat supaya rakyat tidak boleh berfikir ataupun bermimpi tentang 1MDB di mana ia akan merupakan jenayah yang lebih berat dari merompak 2.6b.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 8:18 PM

Yg buat ulasan ni tak faham bahasa Inggeris...Najib bagi maksud lain tapi si Din Turtle ni
bagi maksud lain pulak...niat nak memburukkan Najib

Cukuplah , tak perlu nak nak buat fitnah...

Pahala tu dah byk sangat ke??? Nak jadi manusia yg muflis di akhirat nanti ke???

Din Turtle, bertaubatlah....lagi byk ulasan kamu dibaca org, lagi banyak dosa akan kamu tanggung...

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 21, 2015 at 8:27 PM

Dalam konteks Najib ni istilah yang sesuai adalah "He sowed what he reaps & He ripped what others have sown".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 8:34 PM

Dia takkan berundur punya. Percayalah...

Selagi dia berkuasa...dia masih ada masa untuk coverup semuanya.

Selagi ada kuasa...dia akan sediakan semua yg perlu untuk selamatkan diri jika tak berkuasa lagi..errr contohnya sediakan apartment mewah kat taywan mcm jlo or kat kazaktan nun...duit dah ada berbillion..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 8:38 PM

Dpt brim rm3000 pun hang dah happy? Org dpt puluh2 ribu hingga juta2..hang setakat 3k je? Itu pun rasuah jugak tu. Hang tak takut ke makan hasil dari sumber yg meragukan? Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2015 at 8:41 PM

@Anonymoussaudara tidak pula nak berikan maksud lain yang saudara fahami ??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 9:11 PM

Ini semua adalah permainan politik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 9:26 PM

Pembaca disini bijak nenggunakan akal....knp takut sangat.. Perkara Yg betul janganlah dinafikan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 9:43 PM

Menteri yg terima duit tuh bukan tak malu tapi mencabar apa orang boleh buat? Sampai sekarang pun takder citer langsung pasal terima duit tuh. Maknanya apa yg dia buat adalah betul. Kalau salah dah tentu kena dakwa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 9:48 PM

Orang yg sama beri komen yg sama. Nampak sangat kamu yg muflis dengan idea. Bawak bawaklah bermuhasabah. Jumpalah Muthu untuk kenal Manickam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 9:58 PM

Subhanaallah... Dah terang lagi bersuluh but masih nak jadi munafik pula tuan pakar bahasa English ini.

"For it the people who elected me, and i am proud and humbled to bear that mandate,"- Najib fb.

1) Siapa yang pilih Najib jadi PM? Yang pasti 48% rakyat Malaysia sahaja yang pilih BN bukan pilih Najib as PM.

2) PM terpilih secara tradisi sahaja as siapa jadi Presiden Umno ini la yang dengan pasti akan jadi PM.

3) Presiden Umno menang tanpa bertanding or tanpa dibenarkan ada pertandingan by pelbagai protokol Umno sendiri.

4) Adakah ketua bahagian ini benar2 mewakili seluruh rakyat bahagiannya? Sudah tentu tidak, hanya sekadar ahli Umno bahagian yang sokong ketua mereka then menyokong Presiden Umno.

So, mana hujah bukti dari tuan yang tuan pakar in English...?

",which is the people's to give and to take away. It does not belong to any individual, however eminent."-Najib fb.

Tuan faham ke apa makna 'eminent' ini...? Elok tuan study dalam2 kata2 Najib "to give and to take away-however eminent' ini.

Kan jelas meludah kelangit then kena pada his own face & also on your face also tuan.

1) 48% sahaja yang undi BN, sekali lagi saya sebut 48% sahaja yang undi BN yea., bukan mutlak undi Najib jadi PM.

2) Dengan hanya 48% sahaja ➕ dalam Umno sendiri now sudah ada penolakkan terhadap kepimpinan Najib (Najib sahaja), maka adalah lebih bermaruah Najib & tuan sama berpegang la pada own words ini "to give and to take away"...

Maybe ini la sikap sebahagian ahli Umno, tak tau, tak nak ambil tau then main hentam je & ikut sedap hati hurai istilah bahasa. Tuan semak sendiri dalam fb Umno Malaysia, maybe ada lagi, maybe they dah delete post ini. Tentang "Ekonomi mapan", saya tegur then admit them replied asked me rujuk DBP-persuratan melayu. Saya rujuk & rujuk juga sumber lain then memang sah "mapan" ini tak sesuai digunakan dalam hal ekonomi yang ada turun naik ini, "ekonomi mampan" ini yang bahasa tepat 'sustainable'. Mapan lebih terarah 'establish' = tetap...

Saya bukan pakar bahasa but saya suka membaca then akan rujuk kamus & rujukan lain pada perkataan yang saya tidak faham. But ada pihak, tak faham then hanya rujuk pada satu sumber sahaja then suka hebahkan pada dunia untuk ditertawakan oleh orang pada kita...

Munafik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 10:00 PM

Jadi cuba awak translate sikit...bagi kitorang faham...

Sudah2la tu aniaya rakyat. Awak yg menyokong pun dapat dosa tau tak?

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2015 at 10:04 PM

Jangan harap la MP nak undi
Aku kata balik ke cawangan je.

Bahagian dgn Pusat semua dah kena beli

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2015 at 10:10 PM

Tq bro, ko fham helah politik ni.
Kuasa sebenar mmg ada di cawangan sekarang.

Ikut pendedahan skrang, ketua bahagian, wakil2 rakyat semua mcm terlibat dlm wang besar ni.
Tu sebab semua menikus.

Pada aku, undi tak percaya di parlimen hanya 20% akan berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 10:10 PM

Bro din...x boleh ker org Melayu Umno or bkn Umno buat petisyen rakyat minta DYMM Seri Paduka Baginda Agong pecat ahjibgo bangang takut kat bini ni? Ahjibgo bangang ni dh jd lebih teruk lanun ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 10:17 PM

Najib akan berakhir pemerintahan dia dalam keadaan yang paling menghinakan,

biarlah dia seorang yang pergi, bukanya sebuah Negara tercintan yang bernama Malaysia ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 10:19 PM

Cara utk menjatuhkan en najib amat mudah.
Sembahyang hajat satu negara selama 7 hari bermula jam 2 pagi. Kita tengok en najib power ke Allah lebih power. Ni jer cara membuang pemimpin angkuh riak dan takabur. Confirm jatuh

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2015 at 10:40 PM

Ini cerita antara kuasa atau penjara...tanpa kuasa akan ke penjara....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 11:26 PM

Amat setuju...sungguh hina kejatuhan beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2015 at 11:54 PM

"Atau...keadaan sudah menjadi diluar kawalan sehingga memaksa Najib pertahankan kuasa yang dimiliki, walau apa pun berlaku kepada rakyat dan negara.?"

Setakat ini, memang sangat jelas Najib tak kan turun dengan bermaruah berdasarkan pada apa yang telah beliau lakukan ini :-

Serbu SPRM secara terang2an atas alasan maklumat dibocorkan kepada pihak asing. Jika betul SPRM punca bocor maklumat then kenapa tak dakwa mereka dimakamah...? KSU tunggang-langgang by Sabtu tukar 2 pegawai to JPM then Isnin tukar semula ke SPRM. Apa benda ni...?

AG tetiba dikatakan sakit then tak mampu jalankan tugas even Isnin Ghani Patail berjalan untuk masuk pejabat tapi dimaklumkan yang beliau tak boleh masuk pejabat sebab telah dipindah jabatan. Isnin itu Ghani Patail sakit tenat ke till on wheelchair to Office...?

Datuk Akhil Bulat disarakan dari jawatan pengarah 'Special Branch' kerana tamat kontrak. Rabu lepas 19/08/2015 Datuk Abdul Hamid Bador timbalan pengarah 'Special Branch' telah terima surat arahan/tawaran perpindahan jawatan to JPM bermula pada 17/09/2015.

"Former Special Branch deputy director Datuk Abdul Hamid Bador says he has high regard to former prime minister Tun Mahathir Mohamad and will not lodge a police report against him."- Astro Awani today.

Tuan-tuan baca then teliti la sendiri kenyataan beliau itu. Seolah ada sesuatu tidak kena, till beliau lebih sanggup dikerat2 daripada kenalan Tun. Ini la bukti & senario politik Najib & Malaysia now as kat Tun dalam blognya "Upside Down". Juga macam kat Brother Din & AKJ "treating systemic failure"...

Sila bandingkan pihak luar as Thailand telah siasat, hukum Justo yang cuba ugut bekas majikannya iaitu Petrosaudi. Jika ugutan Justo tak bersandarkan pada bukti sahih then kenapa dia didapati 'BERSALAH'...

Bandingkan juga apa tindakkan yang telah Aabar ambil pada Khadem al-Qubassi ( Chairman Aabar Properties) ini, beliau telah digugurkan jawatan pada 23hb April lalu. Khadem ini la la berurusan dengan 1MDB guna Petrosaudi melalui Jho Low. So, kedua mereka ini sudah tiada dalam Aabar/Petrosaudi. Apa akan berlaku pada duit USD2Billion yang 1MDB pinjamkan pada Petrosaudi ini...? Lenyap atau Aabar akan ganti...?

Bandingkan juga tindakan Aabar mengugurkan Mohamad Badawy al-Husseiny as CEO Aabar/Falcon Bank bermula 24hb Ogos ini. Persoalan sini, Jun lepas if tak silap saya, ada perjanjian USD3Billlion antara Aabar ➕ 1MDB by pinjaman/cagaran. USD1.48Billion Aabar telah salurankan pada 1MDB. So, apa akan berlaku pada perjanjian ini....?

Setakat hari ini, memang sangat jelas Najib tak akan turun dengan hormatnya. Lumrah la brother Din, yang buat salah then tak mampu tangkis, they tetap akan terus "berusaha sehabis teh" ini bak kata brother Din.

Kita masih berharap agar Najib turun secara aman & bermaruah. Lihat la Pak Lah yang tak lakukan salah besar pun, beliau faham maksud "eminient" ni kot lebih dari anon 8:18 ini. Pak Lah turun denga aman & berhormat. Lihat la wajah ceria & bersinar Pak Lah now...

Pada anon 8:18, saya minta maaf yea if bahasa saya kasar. Niat saya sama je, aman damai Melayu & Malaysia matlamatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 12:03 AM

...janlan pintas untuk jadi JUTAWAN....rebut jawatan KETUA BAHAGIAN....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 12:35 AM

"Please ignore bogus news posted and widely circulated on sosial media claiming to belong to Astro Awani."- Berkenaan kenyataan Datuk Abdul Rahman Bador bekas timbalan pengarah SB.

Kenapa tetiba Astro kata itu bogus sedangkan berjam2 published dalam fb them, kita tunggu la SKMM siasat. Astro umumkan then Block news dalam fb itu jam 8:45pm tadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 1:17 AM

Najib signal yg dia tau ada angin tengah bertiup kencang. Dan dia tahu dia tak mampu halang angin ini dari bertiup.

Memula Zahid, kemudian Najib. Angin dah makin kuat la tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 3:03 AM

Kenapa PM Clueless ni ingat hanya Dr Mahatir yang mahu dia turun? Siapa beritahu dia majoriti rakyat menyokong dia? Hari tu pilihanraya pun 52% tak sonong dia. Sekarang apatah lagi. Hari ni dia kata 3 juta ahli Umno belakang dia. Esok dia kena ludah dengan ahli Umno dari Langkawi. Mana dia sokongan 100% yang dia rasa dia ada tu? Kalau dia konfiden, takkan dia tangguh PAU sampai dekat 2 tahun.

Muka tak malu betul, PM ni.

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2015 at 5:53 AM

Rosnajib! Hang jangan angkuh! Kalau Allah masuk campoq atau rampas balik pangkat dan harta yang dibagi kat hang ni perlu dapat izin dari hang dulu ka?!

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2015 at 6:04 AM

Setuju 200%

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 6:59 AM

Do as u wish dir..pm najib..rakyat memerhati dan menilai..anda kini ternampak amat bersalah dan biasanya bila org bersalah akn sentiasa tidak percaya pd org lain dan sentiasa berhujah utk memperlihatkan dia yg betul...nape tuan..udah panik ke...sabar tuan..masih ada,jln keluar yg terhormat...cepat bertindak jgn sampai rakyat pula bersuara..jgn campor urusan jami..kami nk undi siapa itu kami punya sole right provided by the perlembagaan..jgn pula nnt bila pru keluar fatwa najib....tak undi bn masuk neraka plak ye najib...buat lah katakah ckp lah...rakyat memerhati tari anda...doa mereka yg dizalimi tiada hijab dan penguasa yg zalim tiada tempat d syurga Allah swt..pilihan ditangan anda...sayang parti ....sayang rakyat...sayang legasi tun razak...berundor lah secara,terhormat...its ur choice pm najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 7:07 AM

Perabis 300ribu je..dpt jd ketua bhgn...dah dpt jawatan ..dok melangut jat kementerian dpt projek...bila mai pemilihan apa susah...tabor je fulus berebut ahlu umno sokong kita...malah bnyk ketua,bhgn yg beranggapan..apa,susah..cari duit cukup cukup ..sampai masanya balik bhgn tabor...mcm ayam je depa mai sokong kita...tabor mcm jagung ayam...ni kata ketua2 bhgn yg kaya raya di perak..to them..members have no values...ahli umno je yg terhegeh2 memuja ketua bhgn..depa hormat ahli masa nk pemilihan dan pru...

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2015 at 7:07 AM

Bro Din..

Jika Peguam Negara Malaysia sudah tidak mahu meneruskan lagi siasatan ke atas segala skandal yang membabitkan 1MDB dan juga PM najib, Peguam Negara Swiss pula yang akan membuka siasatan berasingan berikut kenyataan akhbar yang disiarkan di akhbar Swiss..

The notice to Le Temps from the Swiss Attorney General states:

“Regarding the state of affairs to which your request relates, confirms that the MPC [Swiss Confederation] opened a criminal case against two 1MDB bodies, dated August 14, 2015, and against Unknown [an individual who is yet to be named – one obvious suspect being Tarek Obaid, the Director of Petrosaudi International] . The procedure is being conducted under the laws concerning the bribery of foreign public officials (art. 322septies CP), dishonest management of public interests (art. 314 CP) and money laundering (Art. 305bis CP). The opening of the criminal action follows two communications from the communications office for money laundering (MROS).[Translation]

Nampaknya imej najib kini akan semakin popular ke serata dunia dan kita sememangnya patut berbangga dengan beliau dan juga brainchildnya iaitu syarikat sarat hutang yang juga semakin meletup popularitinya. Dengan IPIC yang sudahpun memecat pengerusi serta CEO Aabar yang menjadi rakan kongsi 1MDB maka AKAN SEMAKIN MENGELUPUR LAH najib dengan para penjilatnya lepas ni. Baru saja najib bagi warning kepada orang Malaysia supaya jangan masuk campur tapi nampaknya ada pulak pihak berkuasa negara lain pulak yang ingin sama nak masuk campur... AMIN AMIN AMIN

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 22, 2015 at 7:58 AM

Assalammualaikum wmt,
Najib tak akan mampu duturunkan melalui UMNO.
UMNO kini adalah Najib dan Najib itu adalah UMNO.
Semuanya dah terperosok dalam poket Najib.
Itu sebab, walaupun yg buat hal alah adNajib secara peribadi tapi yg terima akibatnya UMNO. Dgn mudah Najib berlindung disebalik nama UMNO. Bila para pemimpinnya diam ahlinya tak boleh buat apa-apa.
Najib dah berjaya jadikan UMNO miliknya.

Saya setuju dgn cadangan anon supaya umat Islam adakan sembahyang hajat memohon Allah turunkan Najib dari kepimpinan negara, bangsa dan agama.

Lihat saja apa yg terjadi dgn kisah pertukaran sertamerta dua orang pegawai kanan SPRM baru-baru ini. Bila semua kakitangan beragama Islam Suruhanjaya itu adakan solat hajat diseluruh negara, secepat kilat Allah swt makbulkan dan pertukaran itupun ditarik balik.
Fikir-fikirkanlah......
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 8:32 AM

Fitnah... jgn burukkan.. bertaubat.. tu jela modal macai najib.. 2.6b buat xtau.. negara lingkup sebab najib buat xtau.. ringgit makin jatuh buat xtau.. ekonomi makin tenat buat xtau.. rakyat makin terhimpit sbb gst buat xtau..

Yang penting najib dgn geng cukup makan.. macai najib logic..najibul ghunnah betul la!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 8:41 AM

Anon 8.18
Kita atau che din tak de nak buruk2kan en najib. Tapi itu semua adalah fakta. Cuma dah en najib ni mmg buruk....buruk laku buruk perangai buruk segala yg buruk...paham ke tidak?
Rupanya ada org dlm msia yg suka pemimpin yg tuli kpd rakyat....angkuh dan riak dgn jawatan. Apa daa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 10:17 AM

Lepas ni aku nak pi rompak bank dan lepas tu bagi amaran jangan sesiapa cuba masuk campur urusan aku. boleh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 11:38 AM

Kita tgk je lah...allah maha kaya..x pergi mana pun..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 12:38 PM

dari laporan yang dibuat khairuddin, pejabat AG switzerland dah mula menyiasat kes 1MDB dibawah tuduhan pengubahan wang haram.

kat switzerland, khalid tak boleh nak suruh 'henchmen' dia geledah pejabat AG, tangkap pegawai AG pukul 2-3 pagi untuk 'soal siasat'.

bak kata sarjan brahim "mari kita lihat. siapa yang kenaaa!".

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 22, 2015 at 12:42 PM

Saudara Jebat,
Pada pendapat saya, dalam kamus Najib ni dah lama Allah pun dia pecat dari hati dia. Bagi orang yang beriman takan berani nak melakukan perkara-perkara sebegini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 1:27 PM

Abang Din, bukankah Najib dan Anwar berdua itu kelompok Freemason? Diorang jenis munafik nii berani sangat mengerjakan kemungkaran dan khianat besar-besaran kerana organisasinya bercabang antarabangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 2:34 PM

Sediakan platfom utk buat sembahyang hajat satu negara selama 7 hari bermula jam 2 pagi d setiap masjid2 secara berjemaah. Mohon lah kpd Allah kerana itu yg wajib. Mohon dgn manusia bermacam syarat. Dgn Allah amat mudah. WAJIB en najib akan jatuh....seminggu saje. Lama ke? Jika tak sanggup jgn mengeluh permainan en najib. Semua org en najib boleh tipu. Kita nak tengok jugak dia boleh tipu Allah atau tidak?
CONFIRM jatuh. Tak mahu? Jika tak mahu saya pun tak boleh cakap apa. Rata2 nak mintak Allah tolong...ini lah caranya. Kita mohon bersungguh2. Nak layan kerenah en najib ni sakit kepala buat apa! Ni cerita dunia...maka kita dunia kan lah. Soal en najib nak berjawab d padang masyar kelak kita pun tak ambil tahu...sbb kita pun sibuk nak berjawab apa yg dah kita buat d dunia ni...renungilah sejenak jika kita hamba kpd Allah dan kpd DIA juga kita berserah dan memohon. Mintak benda baik PASTI Allah tunaikan......
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.
Ada ulama2 yg berani tampil? Silakan....utk pimpin solat hajat ini. Itu pun jika anda beriman!
Doa yg mudah termakbul.....doa org yg d zalimi. Tidakkah anda rasa anda d zalimi pemerintah?
Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 2:39 PM

Right decision to all Malaysians according to the immoral & liar...Najib...don't interfere because the truth is I, Najib will go to jail..betul ke Najib? Atau dah byk berbohong sampai dah tak blurr maximum..

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2015 at 4:01 PM

Ahaiii
Kalau sempat la kut.
Aku rase peluru lg cepat bersarang dlm kepala ko

Apapun teruskan perjuangan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 6:29 PM

Blur tahap meroyan..lbh kurang sasau..kurang sikit kot..mereng???tk sesuai kot..tp kau lg tk g berubat lama lama...jd gila bro....masa tu baru lah episode ckp sorang sorang...dan bila gila terlepas hukuman...so apekebende ber'pm' orang meroyan orang sasau orang yg mereng...turunkan org gila tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2015 at 8:47 PM

Komen yg terbaik setakat ini.
Solat hajat
Mufti 14 negeri sila tampil
Mufti perak dh kelaut

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2015 at 2:06 AM

Terlalu berani. Terlalu angkuh! Sampai dah tak tengok kiri kanan.
Demi Allah, aku tak halalkan hak aku dan keturunan aku dijamah oleh depa ni!

....................
Reply To This Comment ...................
roza
August 23, 2015 at 7:21 AM

nenalukan keturunan bugis betulah najib poyo ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2015 at 10:33 AM

kalau ringgit dah tak laku lepas paras 1USD - 5 ...jangan risau rakyat malaysia semua kita tukar nama matawang kepada Units Just Units kahkah kah
1 Malaysa Di Bodohkan....

Post a Comment