........... Najib - Duit 1MDB BUKAN Duit Rakyat !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib - Duit 1MDB BUKAN Duit Rakyat !!

Saturday, August 1, 201529comments



Tajuk TMI di atas memang tak boleh blah ! Kena cek dulu artikel kot2 spin dari TMI. Antara yang di quote ayat Najib sendiri -

"Ini bukan duit rakyat"  

Apa perasaan anda bila baca ayat di atas ? Ada tak macam ni - Ooooooo ..... patutlah 1MDB  diorang buat macam duit mak bapak diorang punya !!  Bila rakyat tanya2, diorang marah balik. Sebab dalam fikiran diorang, rakyat takde hak nak ambil tahu, sebab itu BUKAN DUIT RAKYAT !!

Serius beb, ikut hati memang nak maki jer ni ..... tapi takut admin blog ini tak lepaskan pulak.  Ayat satu baris pendek itu saja sudah cukup untuk menjelaskan SEGALAnya tentang kemelut 1MDB, tentang kenapa Najib dan 1MDB tidak pernah merasakan keperluan untuk menjawab dengan jelas segala persoalan yang di ajukan tentang pengurusan kewangan 1MDB.

Najib turut menyalahkan pengkritik yang menggagalkan penyenaraian IPO 1MDB seterusnya menyebabkan wujudnya ketidaksepadanan yang menyebabkan masalah aliran tunai.


Tak sia2 juga Najib lantik Zahid gantikan tempat Muhyiddin sebagai TPM. Pantas Zahid pun back up sama !

Dari Malaymailonline -

1MDB didn't use the government's money or allocations. A lot of the deals are between lender and borrower, so in this case, here will definitely be repayments and a payment schedule must be made.

1MDB tidak pakai duit atau peruntukan kerajaan. 

Bagi saya, senang je - Apa saja yang berkaitan dengan kerajaan, maknanya ada kaitan dengan rakyat. 1MDB milik penuh kerajaan, bermakna ia milik penuh rakyat. 

Jika 1MDB kantoi hutang, siapa yang kena bayar hutang ? Apakah Najib nak kata yang pemberi hutang terpaksa lupakan hutang itu begitu saja ? Bukankah kerajaan juga yang akan tanggung ?

Kerajaan dapat duit nak gantikan hutang itu dari mana ? Kalaupun kerajaan banyak duit, hak siapa duit itu ? Kerajaan sekadar pegang amanah dari rakyat jer untuk uruskan duit itu. Banyak lagi yang boleh digunakan duit kerajaan itu demi rakyat daripada dibelanja hanguskan atas nama 1MDB !

Itu hujah berkait, bagaimana pula hujah yang direct - RM950 juta standby kredit yang diberikan kepada 1MDB itu apa ?

                                              ****************************

 Ini satu lagi lagi artikel yang boleh buat anda geleng kepala dengan Najib dan 1MDB. Dari Mkini -


"Saya bercakap dengan rakan-rakan Kementerian Kewangan dan sebagainya.

"Memang ada program kurangkan hutang. Saya minta masa enam bulan," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban hari ini.

Najib memberitahu beban hutang tidak boleh berkurangan secara tiba-tiba "esok".


Apa yang penting, kata beliau, sudah ada perbincangan dibuat dan Emir Qatar menyatakan minat untuk membeli tanah di Bandar Malaysia.

"Duta China pun kata mereka berminat," katanya.


JUAL  JUAL  JUAL !

Tanah yang nak dijual bagi melunaskan hutang 1MDB itu tanah siapa ? Yang kerajaan Najib gatal pi ambil tanah yang asalnya direzabkan untuk Bumiputera kemudian jual murah giler kepada 1MDB, sekarang 1MDB nak JUAL kepada orang asing ..... itu bukankah merugikan rakyat ?

Ya, hutang boleh dikurangkan dengan banyak ( saya sangsi hasil jualan tanah boleh langsaikan seluruh hutang 1MDB ) melalui penjualan tanah 1MDB, tapi cuba fikirkan ..... APA YANG TINGGAL BILA SEMUA DAH DIJUAL UNTUK BAYAR HUTANG ?

Apakah nanti Najib akan anggap semua kira settle ? Takde siapa yang rugi ....

Habis tu, tanah2 yang tak pasal2 terjual itu nak kira macamana ? Dari elok milik Bumiputera tapi disebabkan kewujudan 1MDB, semua tergadai.... apakah itu bukan satu kerugian ? ( KLiK )

Kalau 1MDB tak wujud, tanah2 itu kemungkinan besar sudah/sedang dimajukan atas nama Bumiputera. Tanah itu memang tak ke mana, lambat laun akan dimajukan juga dengan prasarana yang canggih, tapi MILIK SIAPA ? 

Jika rujuk kepada kenyataan Najib awal tadi yang 1MDB tidak guna duit rakyat, tanah itu mungkin sudah jadi milik 1MDB ( milik rakyat juga 1MDB ni ) tapi bila dijual dengan harga murah giler, ia sepatutnya dihargai dengan pembangunan untuk rakyat bukan untuk dijual sebab nak bayar hutang !

                                                       ****************************

Artikel sebelum ini kita baca komen2 pro Najib yang seolah cuba pengaruhi rakyat supaya menganggap deposit USD700 juta ke dalam akaun peribadi Najib itu sebagai - TIDAK APA. Hari ini kita baca pula aksi Najib -

BH

 Nampak ? 

Kenapa tiba2 je Najib sebut hal sumber dana politik ? 

Kita cuma nak tahu ADA atau TIDAK ADA deposit USD700 juta ke dalam akaun peribadi Najib.  Yang lain2 tu seperti tujuan duit itu, semua tu kita cerita kemudian.

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 5:29 PM

Cakap dengan Najib kena ada fakta:

Fakta pertama:
Modal 1MDB daripada pembayar ke-3

Persoalan Pertama:
Siapa yang jadi penjamin hutang 1MDB?

Persoalan kedua:
Apa perniagaan 1MDB untuk membayar balik wang pihak ke-3 tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:04 PM

Makin lama makin mengarut ....
Ko giee laaa hack system ...cr info smuaa ...kan senang...

Asyikk ulang benda yg sama ..


Selamat berjuang ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:12 PM

Pulun, jangan tak pulun, bila beronti tontu dapek tun! Hontam ajolah....bantai jolah duit rakyat macam bantai kobau, apo salah he sobab yg kayo oghang ghombau....oghang kito jugo kan, kan, kaaannn!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:15 PM

tuan penyu...
harap aku jamganlah lepas ni dia kata pm bukan diberi kuasa oleh rakyat... tetapi adalah insan kurniaan tuhan kepada rakyat...
aku makin benci kerajaan malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:16 PM

Ambik duit dr kwsp duit siapa?
Ambik duit kwap duit siapa?
Ambik duit TH duit siapa?
Najib ingat die maharaja ke?
Akan perintah kekal selamanya tanpa hirau persepsi rakyat?
Umno jgk busuk sebusuknya
Jijik,korup
P*ndek betollah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:20 PM

Bukan kah Tabung Haji memegang sukuk 1MDB dengan nilai lebih kurang RM900+ juta! Bukan kan ini DUIT RAKYAT yang menabung di TH yang TELAH di GUNA oleh Ah Jib Gor? Semakin hari semakin merapu 'reasoning" si Ah Jib Gor ni! Saya fikir akan sampai satu masa nanti bila Ah Jib Gor run out of reasons,maka sesiapa masih menyoal lagi ISU 1MBD akan di tangkap dan di penjara dan kemudian akan 'disappear' macam tahanan2 di MESIR!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:23 PM

Kau pening aku lagi pening-Dia nak jual TANAH AIR KU
Aku dulu nak jual tanah sawah kat kampong bpak aku bawa parang
Dia kata kau jual tanah ''rezab'' ka tu
LU TAU TANAH APA,,,,Tanah kubur aku
kau dah jual bila rasa kau nak ''mampus'' terjun lombong
NAJIB -apa kata yu jual tanah org FELDA -felda kan usha dari tun razak BAPAK PEMBANGUNAN
Kau bapak segala PEMBOROSAN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:26 PM

Saya sebagai pro najib i gin memperjelaskan disini bahawa ramyat malaysia perlu akur dan perlu faham bahawa...
Segala harta dan duit2 bebilion kepunyaan mutlak 1MDB... tapi segala hutang dan kegagalan urusniaga nya adalah hak rakyat... so jangan nak memandai2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 6:47 PM

Jika bukan duit rakyat..duit siapa? SILA JAWAB!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 7:24 PM

Duit 1mdb tu bukan duit rakyat, masa bayar balik hutang tu baru duit rakyat kot?


Kah kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 7:59 PM

Sedutan ucapan Obama kepada African Union.
https://www.youtube.com/watch?v=_tcmmzMwn28

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:19 PM

Aku tngk tv3 tadi tekejut din. Bukan nak ckp apa tapi najib ni lagi teruk dari babi. Aku tak marah pun dan aku ckp babi bukan dlm bentuk maki. Aku ckp dengan nada putus harapan. Kita anggap babi ni hina, betul ke? Dia ada tugas dia dlm alam ni. Dia buat tugas dia elok2. Dia ikut lumrah alam. Cuma kita je pandang babi ni hina. Tapi si najib ni yg patut kita pandang sampah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:21 PM

aku pinjam loan bank.
bukan duit korang.

suka aku lah nak buat apa dengan duit tu.
apa yang korang kecoh?

korang kerja bayarkan loan aku je.

maka pembongak/blongang najib dan rosmah pun berbuih mulut menyokong.

ha. ha. ha.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:27 PM

UMNO UMNO. Terang - terang auta pun masih nak percaya Najib.

Rosak dah UMNO ni. Samada jangan mengundi terus atau pangkah PAS. Pilihan yang paling teruk adalah pangkah UMNO.

Besar kemungkina UMNO menang juga. Tak tahulah nasib badan. Ingatkan mewakili melayu, rupa -rupanyan memperbodohkan orang melayu dari 2008 lagi.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:27 PM

Nampaknya kita kena terima hakikat, najib skrg berjaya membina momentum sokongan terhadapnya dikalangan ahli umno. Jika ia berterusan pasti segolongan rakyat juga akan turut sama. Sekarang org najib menghalalkan segala tindakan yg dianggap salah oleh pengkritiknya. Strategi baru najib iaiah menghapus musuh politik ,membiarkan tuduhan dan mencipta persepsi bahawa semua salah laku adalah halal. Serangan dari luar tak akan berjaya menjatuhkan najib kecuali dari dalam umno sendiri dan Muhyidin bukan orgnya kerana dgn senangnya najib singkirkan dari mainstream politik negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 9:39 PM

Patutlah dia laksanakan GST...Duit dari GST sj berbillion sebulan..bolehlah kurangkan hutang...

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 10:10 PM

Cari dan guna pakai HAK kita sebagai rakyat....beliau PASTI tumbang. Mustahil tiada. Bersatu lah.Rata2 semua nak kebaikan,buat lah. Kan ramai cerdik pandai kat sini. Takkan semua saluran dah tertutup kot?
Penuhkan masjid2 dgn sembahyang hajat....PASTI tumbang tatkala bantuan Allah yg kita tagihkan sbb d zalimi sebegini rupa. Jgn sebut je....laksanakan.
Soalan bonus......mana ulama? Takde seorg pun bersuara? Kata Islam agama rasmi? Yg pakai serban ramai.......fesyen je kot! Ilmu.....entahlah.
Terang lagi nyata.....tatkala kamu bertelingkah maka kembalilah kpd Al Quran dan hadith. Ni lah masanya.
ADA BRAN? Come beb! Kita boleh....hendak dgn tidak je. Bising2 pun dapat apa.....kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 10:10 PM

Dengar najib bagi statement mcm tu teringat parang belakang Rumah dah lama x asah!!!!!panas dalam hati ni hnya TUHAN sahaja yang tahu!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 1, 2015 at 10:31 PM

Sabar....... saya pun mendidih dah ni.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 11:28 PM

salam,
yang ada dalam kepala saya adalah maklumat yang diberikan adalah untuk ahli umno dan penyokong bn yang tak mau berfikir panjang. kalu dah itu yang pemimpin kata, ok jer. maklumat kerajaan betul. maklumat lain salah. apa yang mereka cakapkan hanya untuk terus kekal berkuasa ajer. mereka tahu orang ini tak mampu untuk berfikir jauh. timbalan presiden pun tak faham, apa tah lagi rakyat. cukup dengan kata fitnah, bukan cerita yang benar, bukan duit rakyat, akan melakukan perubahan. ayat yang cukup untuk telinga dengar.

macam tpm cakap masa pau nak hapus syiah. sekarang senyap sunyi. tak ada sebarang berita pun. itu menunjukkan bahawa ahli umno hanya suka dengar bunyi dan bukan praktikal yang mereka inginkan. tapi bab duit itu betul2 serius tak boleh main jika masuk dalam poket. muhkriz tak boleh dapat jawatan pasal tak main duit la. jujur la sangat kat dalam umno ni. no fulus no undi. dah diajar sejak zaman kuli menentang tdm jawatan presiden.

sekarang mereka sampaikan kepada orang yang kurang faham. mereka rasa ahjibgor telah menjadi mangsa dan berasa kesian kerana usaha untuk menjatuhkannya walaupun bukan salah pm. itu versi yang disampaikan kepada orang bawah. saya kesan ini bila berbual dengan rakan sekerja yang kurang maklumat dan bukan orang yang suka membaca perkara serius atau berat. bab 1mdb ni pun saya tak faham banyak. tapi selagi tak dapat membuatkan tdm, bro din, akj, ostb, apanama faham dan puas hati, kita akan terus tanam dalam kapla bahawa ada sesuatu yang tak betul kerajaan buat.

saya yakin bahawa pru 14 nanti kemenangan adalah tipis antara kedua pihak. haji hadi hanya berani selepas nik ajis meninggal untuk memberi sokongan kepada ahjibgor. kalu nik ajis ada, tak ada ulam dalam pas yang berani bersuara kerana telur dah di makan oleh nik ajis. walau pun kerajaan melakukan perkara yang baik untuk rakyat, penyokong pembangkang dan bn tak akan mengubah undi mereka kecuali segelintir kecil penyokong bn dan umno. mereka akan melihat apa yang kerajaan buat dan tak ragu2 untuk mengalihkan undi mereka. tapi pemimpin umno bertindak seolah penyokong tak ada pilihan untuk mengundi. mereka mungkin ingat pengundi baru akan mengundi mereka dan mengganti pengundi yang beralih arah. penyokong pembangkang tak pernah beralih arah, hanya penyokong atas pagar sahaja beralih arah. mampukah ahjibgor membuatkan pengundi ini menukar fikiran untuk beralih kembali mengundi bn?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 12:07 AM

kalau nak jatuhkan najib, semua penyokong BN jangan keluar mengundi pru akan datang..... pergi lah bercuti hiburkan hati.......... 3 juta ahli umno belum cukup untuk najib jadi PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 1:14 AM

Yes, pandai mamat ni. Dia ikut cakap penasihat pakar "turnaround" dia , iaitu Idris Jala dengan Wahid Satay EPU tu. Cara dia orang memang bijak; jual asset, jual semua, spender pon jual...sampai takde apa lagi untuk dijual. Bila jual dapat duit, bila dapat duit kita cakap kita berjaya menguntungkan kerajaan...walaupun pon dah terbogel takde spender.

Orang macam ni yang urus negara ? Kesian kita...jom ambil tindakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 3:49 AM

Think its the Mother of all Spin? Naaahhhh...its the Mother of the MOST SILLY Spin!

Pusing lah Bugis sampai Pening bersama dikeliling footlickers menunjuk jari telunjuk keatas....

UMNO is a gone case tahap chronic! Kalau kita ulas guna ilmiah tapi tak masuk dek akal Bugis No. 1 dan ahli UMNO yang sokong guna otak udang dah memang sah dan patut UMNO di tunjuk jalan keluar, walau melayu-muslim terdedah di pinggir dibumi sendiri.

Nafsi-nafsi lah kita selepas GE14!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 8:34 AM

Tentang ulama,ustaz ustazah ni..saya pun heran. Ramai golongan ni...Banyak jabatan agama..Kalau dijemput,dibayar diberi duduk dan bercakap baru nampakla mereka ni. Mana lah pakcik makcik kita kat kampung tu rasa keliru..mereka dah rasa eh semacam pelik betul jg apa kita bgtau masa raya itu hari..tapi suasana yg diberi amanahtok ketua kampung ketua usrah..xde apa2 pn...

....................
Reply To This Comment ...................
August 2, 2015 at 10:44 AM

Najib ni ingat semua rakyat Malaysia ni bodoh macam dia ke?Statement paling bodoh+bangang+bebal=bengap abad ini.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 2, 2015 at 1:17 PM

Apa hak Pengerusi 1MDB Ah Jib boleh menjual HARTA NEGARA ?

Kalau dah hendak sangat berniaga. Berniaga dan cari duit sendirilah bayar hutang.

Kalau perkara asas ekonomi macam ni pun menteri2 tak faham, memang benarlah kita sekarang dipimpin orang2 bodoh yang diketuai oleh seorang dungu.

Maaf Tuan Din, saya tidak memaki hamun pemimpin2 kita, cuma menyatakan kebenaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2015 at 6:42 PM

Tanah di TRX juga bukan tanah rakyat, itu tanah Mak Bapak dia punya. Bila suruh letak jawatan, pandai pula kata dipilih oleh rakyat secara demokratik. Kalau bertanding lawan Najib untuk jawatan PM, aku lebih rela pilih proboscis, sekurang-kurangnya si proboscis tidak menipu dan tidak merembat 'bukan' duit rakyat tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2015 at 8:09 AM

Najib memberitahu beban hutang tidak boleh berkurangan secara tiba-tiba "esok" TAPI HUTANG BOLEH BERTAMBAH 100% BILA BILA MASA TERMASUK ESOK HARI!. RAKYAT TIDAK BODOH . DULU PM kata 1MDB no problem last last kali rupa mengaku juga ada problem dalam NO PROBLEM. Kenapa tak dijualkan IPP yang dibeli dan bahyar HUTANG? Kena nak juat TANAH TRX? Kalu bukan duit rakyat kenapa bagi STNADBY CREDIT? PM PEOPLE ARE NOLONGER IN THE WOODS! BE FRANK AND HONEST WITH THE PEOPLE > EARN YOUR RESPECT DONT FORCE US TO GAVE YOU RESPECT. YOU ARE NOT ELECTED BUT WAS GIVEN THE POST PM ON SILVER PLATTER. PROVE TO US YOU ARE EFFICIENT LEADER AND UNCORRUPTED. DONT FORCE PEOPLE TO HOLD PLACE CARD I LOVE PM ! IT DISGUSTING, CASH IS NOT KING.! A GOOD WORK WILL EARN YOU WHAT YOUI DERSERVED, BY THE WAY WHY BY IPP ON BANGLADESH? EID BUBARRAK to YOU PM And FAMily and peoplle of Malaysia. Maaf Zahir Bathin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 4:02 AM

Bro,

Melayu di America pun panas, apa lagi yang dalam negeri?

Post a Comment