........... Isu RM2.6 Billion - Dari Awal Lagi Rakyat Telah DiPerbodohkan !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu RM2.6 Billion - Dari Awal Lagi Rakyat Telah DiPerbodohkan !!

Monday, August 17, 201536comments

Mkini
Cuba kita ingat kembali waktu mula2 isu Deposit RM2.6 billion ini meletup sebulan setengah yang lepas dan diikuti dengan kenyataan dari tuanpunya akaun yang secara otomatis menjadi Billionair iaitu PM Najib ..... Antara ayat yang Najib nukilkan waktu itu -

4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak.
.
KLiK

Laporan akhbar dan media sosial SEMUA beri gambaran bahawa pasukan Petugas Khas / Task Force yang telah ditubuhkan sebelum itu bagi menyiasat 1MDB telah diberikan tugas tambahan iaitu bagi menyiasat dakwaan RM2.6 billion itu.

Seluruh rakyat Malaysia ingat Task Force sedang menyiasat kes itu dan ini termasuk tuan punya akaun Najib ! Makanya ramai yang bertanya kenapa Najib tidak disoal siasat padahal dia adalah suspek utama dalam kes RM2.6 billion ?

Dan kenapa Najib tidak digantung tugas sebagai PM sementara siasatan berjalan ? 

Rupa2nya - "Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.

"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.


Anda sebagai rakyat Malaysia ..... tidak terbau hancing ker ? Macam kena kencing jer  ?

Kita diminta bersabar menunggu hasil siasatan Task Force dan jangan buat sebarang spekulasi. Tapi Rahman kata Task Force tidak sepatutnya siasat Najib ! ???

Laporan asal adalah dari artikel TheStar ( ada saya komen di artikel sebelum ini - KLiK )
 
In the first place the task force was illegally constituted. They were not supposed to be investigating the PM or any individual for that matter.


Bagaimana dengan kenyataan Najib dalam blognya seperti di atas ?

Apa ni ? ? ?

                                    ******************

Tak cukup memperbodohkan rakyat, Tengku Adnan cuba buat lawak ngeri pula dengan kenyataan  ini -

" Kami sudah berkali-kali menjelaskan isu ini. Sebagai Setiausaha Agung, saya sedar tentang perkara ini dan begitu juga bendahari parti " - TMI.

Huh ?  Mereka berdua sedar tentang deposit itu SEBELUM atau SELEPAS alasan Derma dicipta oleh team Najib ?

Dan mereka 'berkali-kali' menjelaskan perkara ini SEBELUM atau SELEPAS ayat Derma mula enter frame ?

Kenyataan yang ini pun nak kena rekod juga -

Seorang pemimpin bahagian Umno mendakwa wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah "sumbangan politik dari Arab Saudi".

"Ia sebagai sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Ketua Umno Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat seperti dilapor oleh Sinar Harian Online Hari ini. - Mkini.


Laporan itu juga menyebut, wang tersebut juga sebagai menghargai usaha Malaysia menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS)
.


Paling tak boleh blah adalah nasihat dari Najib sendiri yang menggesa pemimpin dan anggota parti supaya menutup isu dana politik, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat. - Mkini.


Ya, kita setuju isu dana RM2.6 billion ini seharusnya diselesaikan dengan kadar SEGERA supaya tumpuan dapat diberikan kepada banyak perkara lain. Saya ulang - diselesaikan segera BUKAN ditutup !

Dalam banyak2 komen yang meluatkan, komen dari Mukhriz menunjukkan sekurang2nya dalam kepimpinan Umno masih ada yang boleh pakai -

- "Saya sangat tidak selesa dan rasa tak sedap hati dengan isu RM2.6 bilion ini.
 
"Benda ini sudah terbuka, saya tak cakap pun orang sudah tahu dan apabila disoal, saya sendiri tak tahu macam mana hendak menjawab,"

- Menurutnya, keadaan menjadi bertambah buruk apabila pihak berwajib dilihat berdolak-dalik dalam memberikan jawapan sebenar berhubung status dana berkenaan.
 
"Bila awalnya kita (Umno) menidakkan, kemudiannya apabila nak keluarkan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita mengiyakan pula," katanya.

- "Boleh ke kita nak yakinkan rakyat bahawa Umno merupakan parti yang menegakkan Islam, memartabatkan Melayu dan memajukan tanah air tetapi pada ketika masa yang sama kewibawaan kita sendiri dipertikaikan," - Sinar.

Pro Najib pastinya akan serang Mukhriz kerana tidak mengikut skrip yang telah dirancang tapi untuk pengetahuan kepimpinan Umno, apa yang diucapkan oleh Mukhriz itulah yang mewakili suara rakyat ! 

Rakyat mentertawakan alasan Derma yang diberikan.

Rakyat mahu isu ini diselesaikan segera.

Rakyat mahu Najib tampil beri penjelasan yang lengkap bukan lagi berbelit2 lidah memberi pelbagai alasan yang hanya memperbodohkan rakyat. 

Dari awal pendedahan WSJ lagi rakyat telah diperbodohkan !

Share this article :

+ comments + 36 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 8:55 AM

Maskot Pee Emm baru. Macam macam lucu dan aneh yang keluar dari maskot tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 8:59 AM

Sudah la Najib. Terus bercakap dan terus nampak kuat menipu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 9:12 AM

Hahaha drama2 ..yg best najib suruh jgn bincang psl dana 2.6b lg, byk sgt spinner sampai najib pun dh pening..so adakah najib untouchable? Sampai xleh siasat allegation? So yg suruh tggu siasatan sbelum ni nape?

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 9:12 AM

Adakah nenteri ini mengaku melakukan kesalahan jenayah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 9:26 AM

kencing? wAJIB cuci NAJIs

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
August 17, 2015 at 9:42 AM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 semua..


"The AhJibGo Factor"


"I never asked my boss about political funding when I was No.2 : AhJibGo" - Statement yg amat jelas3 menunjukkan ke-bodoh-sombong-an seseorang... Bila dia ni buka je mulut dia, mesti keluar 'statement2 kurang-cerdik' seperti ni..


"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
August 17, 2015 at 10:27 AM

assalam bro din.
tak mengapa lah rakyat dikencing.kita ni mentimun pd mereka di atas tu...kununnnnye...ikhlas kata dah tak ada perasaan lg pd najip ni..benci tidak..suka jauh laa lagi...tunggu masanya.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 11:53 AM

Teringat kata2 pengarah sprm.
" ini keja gila"
Esoknya kena pindah jpm.
Esoknya lg tak jadi pulak.
Hihihi... .malaysia lawak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 12:01 PM

Bila pemimpin berTUHAN kan duit dengan slogan 'CASH is KING' ,kita boleh buat kesimpulan AKHLAK atau MORAL nya ada RENDAH. Jadi tak hairan lah orang orang yang di kelilingi nya pun sama juga.

Jangan lupa dia ni juga yang buat atau fabricate video bermutu 'half past six' yang pernuh fakta2 yang SALAH untuk selamat kan Boss dia.

Jangan lupa dia ni juga yang spin cerita Justo telah UBAH suai document 1MDB yang telah di serahkan kepada Sarawak Report which is NOT TRUE.

Dia tak sedar diri kah yang rakyat Malaysia yang educated sudah tahu yang dia ni pun kaki Bohong atau kaki kencing kita macam boss dia si Pahlawan Bugis tu!

Sekarang LATEST spin cerita baru dia dengan Tengku Adnan adalah mereka telah mengetahui tentang dana $2.6 B dah lama. Kalau dah tahu awal2 tentang dana ini MENGAPA kena tunggu lama sangat sehingga banyak nasib orang Melayu kena buang kerja. This scandal is destroying banyak nasib hidup orang orang melayu, semua kerana Parti Presiden yang berakhlak rendah dan tidak bermoral. Ah JIb Gor patut tukar Cash is KIng kepada 'Money is God"!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 12:13 PM

sebenarnya aku pun dah malas nak komen isu ini. pemilik blog dan pengomen menghantar komen setiap hari membuat dosa semoga allah mengampunkan kamu semua kerana telah menfitnah orang lain. hari ini shahrir mengaku menerima dana 1 juta untuk perbelanjaan bahagian dia. perlukah kita suruh dia letak jawatan, berapa banyak kah bahagian dan cawangan umno yang menerima sumbangan dari kepimpinan aku rasa kalau nak suruh sume letak jawatan sudah sampai umno dibubarkan. releven nya untuk sesebuah parti terus beroperasi memerlukan dana yang besar tak kiralah kerajaan atau pembangkang. kalau kita perhalusi semasa piliharaya, tukang pasang bendera, tukang pasang poster, bawa kereta ambil pengundi tukang masak, tukang jaga didalam pusat pengundi semua minta duit. hakikat nye mane mane parti serpihan tidak akan bertahan lama kalau tak de duit kecuali pkr kerana anwar telah songlap duit awal awal. itulah lah logik nya, dan ade satu parti sahaja yang jujur dan amanah iaitu PAS sahaja kerana ia hidup dengan sumbangan ahli nya yang berpegang pada total islam. so marilah kita beramai masuk PAS supaya kita selamat di dunia dan akhirat. takbir...... allahu akbar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 12:14 PM

Kalaulah 30 juta rakyat Malaysia diberi peluang untuk memilih sendiri PM...
Kalaulah 3 juta ahli UMNO diberi peluang untuk memilih sendiri Presiden UMNO...
Agak-agaknya berapa percentkah undian yang bakal diterima oleh Ah Jib Gor ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 12:27 PM

tak lama tu gayanya....PEEEEE EEEEMMMM ni sepatutnya belajar malu seperti sikap MELAYU,,,,tapi dia ni tak reti malu,,,,keep touch dgn kes 1mdb,,,,,strategy pengalihan topik utama sedang berlaku.....disebankan KEINTEGRITIAN dia telah hancur,maka SELURUH rakyat UMNO menerima
malu yg teramat sangat....buat malu company je.

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 1:18 PM

Abistu,yang alasan tunggu audit tu ape cite? :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 1:47 PM

Party Anghok Saja ?
Mintak maap ek. Yg kami nak tukar si najib. Bukan kerajaan. Bukan umno. Pas buat fitnag boleh lah. Isue 1mdb bukan fitnah. Isuenya adalah integrity pemimpin.
Paham ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 1:51 PM

Ah Jib Gor suruh pasukan khas itu siasat betul dak dia terima duit 2.6 bilion sebab dia dah lupa ... bila petugas khas siasat dan sahkan bahawa duit itu ada masuk ke dalam akaunnya.

Dia berhasrat bahawa cukuplah petugas khas itu siasat bahawa ada wang masuk ... dan sahkan wang itu adalah derma ... maka tidak perlu ada pertuduhan ke atasnya dan segala bagai ... cukup untuk pengesahan itu sahaja ...
Malangnya petugas khas itu terlalu exciteded untuk menyiasat dan menyelesaikan kes ... dan terbukti ada kes untuk disiasat ...
Bagi mengugat kredibiliti dan moral pasukan petugas khas maka ketuanya yang ikhlas bekerja dipecat ... ironinya back dated pula tu ...
Pasukan SPDRM ditekan dengan beberapa siri tangkapan ... kononnya wujud kebocoran maklumat ... polis yang awalnya siasat 1mdb ... tiba2 beralih fokus kepada siasat kebocoran maklumat ... spdrm walaupun dah dikekalkan pegawainya ... moral mereka dah down ... tambahan pula mereka tahu siasatan mereka tidak akan ke mana kerana AG baru adalah orang ah jib gong ... dan pastinya jika ada kes dan keterangan pun AG baru tidak akan meneruskan arahan siasatan ataupun arahan pertuduhan ...
Polis yang telah nampak permainan ah jib gong ini telah menamatkan siasatan ke atas 1 mdb ... jika teruskan siasatan pun mereka hanya akan buat ala kadar sahaja ... kerana mereka juga tahu kehendak ah jib gong dengan perlantikan AG baru ini ialah TIADA PERTUDUHAN ... atau dengan bahasa mudahnya tiada kes terhadap ah jib gong ...
Jadi jangan haraplah kita akan mendapat apa2 perkembangan terbaru dari siasatan itu ...

Tentang pac jangan haraplah ada perkembangan ... kerana pengerusi pun belum dilantik lagi ...

Sementara masa berlalu ah jib gong akan melupuskan semua keterangan yang ada berkaitan 1mdb. Keterangan kes terhadap 1mdb mungkin telah rosak, sukar diperolehi atau sudah tidak berguna lagi ... dan dia pun selamat ... itulah yang akan berlaku ...

Sementara 2.6 bilion yang masuk ke dalam akaunnya akan diminta rakyat lupakan ... pun juga siasatan tidak diteruskan ... jadi rakyat tidak ada jawapan ke atas kes 2.6 bilion yang masuk ke dalam akaunnya ... akhirnya semua orang terlupa ... dan dia kekal sebagai pm sehingga akhir hayatnya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 2:10 PM

Saja suka2....buang tebiat la tu. Tak lama lagi kong!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 2:33 PM

Jawablah Najib.... duit derma tu boleh dipulangkan balik ....ha spinlah lagi. Komen saya satu saja... rakyat Malaysia tahu beza antara lembu dgn kancil antara bodoh dgn cerdik antara penipu dgn yg jujur.
Jgn dipaksa kami menerima bulat-bulat apa yg disuapkan, kang muntah sembur atas muka kamu.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 17, 2015 at 2:36 PM

Assalammualaikum wmt,
Kalau Shahril Samad dapat 1juta dari Najib, agak-agak kalian Rahman Dahlan tu dapat berapa banyak?
Bagaimana pula dgn Panglima Kanan Najib - Zahid Hamidi?
Banyak lagi nama-nama yg seharusnya telah menerima 'wang sogokan' untuk terus menyokong pemimpin 'Cash is King'.
Memang jelas Najib dah jadi seorang King dikalangan pengampu-pengampunya yg banyak terima cash darinya.
Duit duit dimana kau duit....
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 2:50 PM

Nak carik kebenaran pun berdosa? Ttg shahril tu....PERLU letak jawatan. Baru tahu mengapa beriya2 pertahan najib. Cuba tanya bahagian dia....dapat duit haram tu tak? Ingat....darah daging tu

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 3:02 PM

Kerajaan Arab Saudi tu berfahaman wahabbi... Ulama2 pondok tak mengaku mereka tu dlm kalangan Ahlus Sunnah wal jamaah... mungkin ramai pemimpin2 Umno tak tahu, jadi mmg Kantoi lah...

ISIS tu pon penaja dia Arab Saudi yg berfahaman sama, tetapi Rasulullah SAW dh bersabda tentang Hadis Fitan akhir zaman bahawa puak2 berfahaman Wahabi ni akan berpecah belah kpd banyak kumpulan dan mereka akan berbunuhan sesama mereka sehinggalah Dajjal akan keluar dr kalangan mereka. (Sila rujuk Hadis Fitan akhir zaman oleh Nuaim b Hammad dari Saidina Ali kw)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 5:42 PM

@AnonymousBadut sarkas yang telah ditransformasikan kepada badut politik melalui NKRA... selupa halambejalah lah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 6:17 PM

Bayangkan 2.6 bilion disimpan sebagai fix deposit ... dengan keuntungan 3% setahun ...

Hem banyaknya ....

Setakat nak beli 3 ker 4 orang menteri kacang jer ...

Bayangkan dia beli 3 ker 4 orang menteri setahun

2 tahun dia punya kekuatan di parlimen x kan tercabut beb ...

Lepas tu masa pau nanti ... beli lagi undi ... boleh terlingkup tsmy ...

cash is king ...
i love pm ... vote pasti tidak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 6:43 PM

Semua ketua bhgn kecut2 nak beri penjelasan pada akar umbi.Periuk nasi nak kena jaga jgk.Tetapi ahli2 umno begitu teruja nak beri komen dan tggu jwpn.Nak suruh ahli umno buat undian lagi la semua kecut perut.Malu lah pembangkang tgh lemah dan goyang kaki shj.Apapun saya sbg penyokong Umno amat2 malu dgn perkembangan Umno skrg.Terus terang kami dan akar umbi dah hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan.Syg umno tp meluat dgn isu2 yg bodoh dan yg sendiri cari psl.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 7:17 PM

Mac 2013: Derma RM2.6b sebagai terima kasih kerana tolong lawan ISIS.

Jun 2014: Najib suruh UMNO contohi ISIS.

Apa ke jadahnye? Bijan, Bijan.

Nak tau apa yang lagi lawak? Mac 2013, ISIS belum wujud pun lagi!
https://en.wikipedia.org/wiki/Timeline_of_ISIL_related_events

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2015 at 7:28 PM

@AnonymousHahaha .... tak terfikir pula nak cek timeline IS

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 7:28 PM

Tapi tak pe.....soalan bijak the star telah memerangkap rahman utk berkata BENAR atas campur tangan ghaib! Dah dekat betul najib nak tersungkur dah ni....jawab jgn tak jawab dan integriti igp jadi taruhan......bertindak atau tidak?

Selamat bersara dlm huru hara......hehe. Betul lah kata seseorg yg berilmu ghaib.....najib akan jatuh dgn penuh keaiban.....tunggu dan lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 17, 2015 at 8:07 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Terima kasih bro!
Penyelidikan anda berjaya 'mengkantoikan' satu lagi 'hujah bodoh' juak-juak Najib.
Ini jelas membuktikan mereka tak tahu apa selain dari membela Najib ikut sedap mulut.
Tangkap muat dan serkap jarang.
Kantoi lagi........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 9:17 PM

Suruh najib senaraikan semua bhg umno yg dpt duit utk pru13 dn brp mereka dpt, dn jumlah semua mesti berjumlah rm2.6b yg diterima dr penajaan luar negara dn di campur dgn penajaan dr dlm negara yg mmg lazim diterima setiap kali pru, baru la telus ah jib gor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 11:41 PM

Kita bukan setakat diperbodohkan tetapi berterusan cuba makin diperbodohkan. But now kelihatan mereka yang menonjolkan kebodohan mereka.

5) Eventually he (President Nixon-used goverment officials to spy on his political rival) impeached and force to resign as President of U.S. The vice-President took over and in due course election were held. President won. End of problem. (chedet).

Tuan-tuan nilai la sendiri situasi diatas dengan situasi yang berlaku in Malaysia now. Salah Nixon yang bukan khianat amanah rakyat pun, sekadar guna jentera kerajaan untuk kepentingan diri sendiri. Nixon telah dihalang & dipaksa letak jawatan. Timbalan President ambilalih untuk sementara waktu, pemilihan President baru dilakukan. Adil...

Situasi kita in Malaysia pula jauh berbeza, Pelaku kekal, Timbalan pula dipecat, vice-president Umno pula lompat atasi Timbalan Presiden tanpa mengikuti amalan/tatacara politik biasa. Kenapa tak biar Timbalan ambilalih then adakan pemilihan Umno then pilih Presiden & PM baru yang benar-benar dipilih oleh ahli seperti yang Pahlawan laung-laungkan...?

Fikir la sejenak, kita bukan nak jatuhkan Melayu, kita nak Pahlawan yang benar2 Pahlawan yang benar2 disokong oleh ahlinya.

Pahlawan berterusan cuba kencing kita, kata banyak negara lain yang matawangnya jatuh, ada betulnya. Tapi kenapa yea Pahlawan tak sentuh pun atas sebab apa Bursa KL berterusan merudum ini....? Sebab utama adalah kerana pelabur asing memang tak mudah la Pahlawan nak kencing. Kita yang berfikir secara waras, timbang & tapis fakta semua pihak ini juga tak mungkin laa Pahlawan nak kencing berterusan.

Monday 03/08 1,744 mata.

Monday 17/08 1,572 mata.

Hilang 172 mata dalam 10 hari dagangan Bursa KL = entah berapa billion ringgit bertukar tangan to pelabur asing. Percaya la, makin Pahlawan masih nak terus kencing kita then makin ramai lagi pelabur akan pull-out dari Bursa KL ini...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 11:45 PM

tak habes habes kencing laa dia orang nie.. RAKYAT memang BODOH, itu lah fikiran dia orang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 12:00 AM

Adohai anon 12:13 akaun kau ada masuk sejuta jugak ke? Kahkahkah jilaaaat jangan tak jilaaaaat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 12:02 AM

..kalaulah undi boleh dikira dalam nombor negatif.. tak pun nombor imaginary je hahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 12:05 AM

Mungkin dia nak rakyat yang "akhirkan" hayat dia kut huhu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 1:16 PM

Kencing yg paling hancing bila ada pulak berok mat yeh kata RM jatuh menguntungkan negara. Kalau tak reti menilai akan kebaikan RM jatuh, dikatanya org tu bodoh.
Berapa punya besar dia punya kipasss daaa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2015 at 4:06 PM

Bodoh betul la mamat ni...dia paham tak..siasatan dilakukan ke atas menteri kewangan dan bukan perdana menteri dimana kebetulan org yg sama...mamat ni mmg ler bodoh macam haprak

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2015 at 4:46 PM

Kelakor sungguh. Selama ini pembangkang kutip derma dari rakyat ada sesiapa ambil tahu tak? Pasal apa? Oohhh...pasal kat pemimpin pembangkang buat apa saja semuanya okay belaka. Sibuk pulak nak ambil tahu pasal derma Najib terima. Lawak sungguh korang semua ni.

Post a Comment