........... Drama RM2.6 Billion - Alasan Kemungkinan Dana Politik DiCabar Pkr Melalui Saman ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Drama RM2.6 Billion - Alasan Kemungkinan Dana Politik DiCabar Pkr Melalui Saman !

Wednesday, August 12, 201539comments

TMI

Tak ramai yang melaporkan berita Pkr saman Najib dan SPR kerana melanggar Akta Pilihanraya atas isu dana politik RM2.6 bil. The Star turut melaporkannya.

Juga di Mkini - PKR antaranya menuntut kesemua keputusan di 222 kerusi parlimen dibatalkan sebelum sebuah pilihan raya umum yang baru diadakan.

Ini sekadar bergossip politik jer, ok. 

Bagi saya, berat nanang kes ni ! Selama ini saya tidak fikir baik BN maupun PR akur kepada undang2 yang menghadkan belanja kempen PRU kepada RM200k Parlimen dan RM100k DUN. Tahun bila undang2 tu .... 1954, sebelum Merdeka lagi, beb ! Zaman 5 sen pun masih ada nilai. Ingat cerita Seniman Bujang Lapok di mana mamat tiga orang tu berkongsi 10 sen sorang nak bayar pengayuh beca ?

Undang2 tetap undang2.... kan ? Anda tidak bersalah selagi tidak didapati bersalah. Selagi tidak ada repot atau saman dibuat, isu ini tidak timbul langsung.

Tapi bila ada orang buat repot dan/atau kemukakan saman ? Masing2 akan keluarkan bukti lah apalagi dan terpulang kepada hakim menentukannya.

Kes ini menarik sebab ia isu RM2.6 billion ! 

Lebih menarik bila pemimpin2 Umno BN sendiri yang mendakwa RM2.6 billion itu merupakan dana politik.

Errr .... bukan dah tukar jadi derma ke ?  Hahahahaha ...... entahlah labu... kita layan jer. Ini semua kes MUNGKIN ( kesinambungan artikel sebelum yang ini - KLiK )

Tu la.... mungkin pun mungkin la, lepas satu-satu KEMUNGKINAN disogokkan kepada rakyat bagi menjustifikasikan RM2.6 bil itu, tapi kena fikirkan juga implikasinya.

Menarik juga untuk kita tunggu alasan Rahman Dahlan atau Saleh Keruak untuk menepis saman ni. Kalau lekat, PRU 13 sekali lagi la kita !

Dulu geng Anwar punyalah keliling negara dengan Black 505 kerana tak puashati dengan keputusan PRU13, kali ini mereka dihadiahkan pula satu lagi modal untuk agenda yang sama. Cuma kali ini modal itu dihadiahkan oleh Najib.

Inilah contoh kesan negatif bila Umno BN diheret oleh Najib dalam isu peribadinya. Kalau betul RM2.6 billion itu diagihkan kepada calon2 PRU13 BN, mungkin taklah terkilan sangat calon2 terbabit. Kalau habuk pun tak dapat ? Habis tu macamana orang Najib boleh kaitkan duit itu dengan dana politik ?

Perlu diingat juga, Umno BN sudah pasti ada salurkan dana politik yang resmi, yang mana ada direkodkan oleh SPR ( ada ke ? ). Jadi MUNGKIN RM2.6 billion ini adalah tambahan kepada dana sedia ada.

MUNGKIN Rahman Dahlan akan beri satu lagi keMUNGKINAN baru ..... ya, duit itu memang didermakan untuk dana politik Umno tapi tidak semestinya dibelanjakan masa kempen PRU13. Ia dana untuk pembangunan setiap kawasan dan juga untuk sedekah kepada rakyat yang memerlukan.

Tidak ada rekod sebab sebagaimana Najib menerima amanah, begitu juga calon2 yang menerima dana itu diberi amanah mengagihkan dana ikut pandai mereka.

Amacam ? 

Hmmmm .... tidak ada siapapun yang mahu tanya calon2 BN samada mereka ada terima sebarang dana tambahan dari Najib sebelum PRU13 lalu.

Kalau semua kata tidak ada terima sebarang dana tambahan dari akaun peribadi Najib, nak kata apa pulak ?

Kena lah periksa cek stub .... atau penyata akaun. Kepada siapa dan berapa... semua boleh disemak. Tapi kenapa semua calon2 BN senyap jer ...... ?

Tulah saya kata, tak semudah itu untuk Najib kata Kes Selesai walaupun diberikan alasan Derma. 

Untuk pengetahuan Najib, ramai yang tidak percaya dana itu Derma.

Sama-sama kita saksikan babak seterusnya dalam Drama RM2.6 Billion !

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 4:35 PM

Habislah lepas ni akan dikorek segala sumber dana politik PKR lebih2 lagi di zaman Anwar Ibrahim. Memang tidak dinafikan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin2 luar negara. Itulah aku cakap, dah elok2 orang tak tau dari mana sumber dana PKR, lepas ni semuanya akan terlondeh habis. Semuanya akan terdedah termasuk bagaimana Anwar Ibrahim mampu ke luar negara terlalu kerap. Serba-serbi pasal PKR ni semua aku dah baca kat AIDC,MyKmu dan TheUnspinners. Cuma tinggal nak disiarkan semula jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 5:56 PM

@Anonymous
Standard baca tajuk je ye.

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 6:12 PM

Hello Bro,
Boleh tolong promo my article and blog.

http://spin-kings.blogspot.sg/2015/08/spinning-ringgit.html

Vanakkam
Sir Wenger

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 6:15 PM

Satu drama siri pendakwaan yang panjang .... dengan entah berapa banyak penangguhan ...

Persoalannya ... mampukah pkr memanggil wartawan wsj untuk membuktikan dakwaannya. Bersediakah WSJ mendedahkan sumbernya. Dan mampukah pkr menanggung kos membayar saksi2 tersebut ...

Apapun mega movie 1mdb im4u akan terus rancak dipersada politik tanah air ...

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 6:20 PM

Korek lubang timbus lubang korek lubang timbus lubang...maka benarlah bro din....sb najib seorang rosak satu negara...betul kata menanda ayahanda TDM. ....najib mengtalkinkan umno dam benarlah kalu parti rosak..perossknya dhg terang lg nyata...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 7:15 PM

Inilah bahayanya bila mencuba untuk menegakkan benang yang basah. Akhir-akhir diri sendiri yang kena simbah. Dahlah negara tengah kekurangan duit. Defisit teruk. Harga minyak dah jatuh, scandal 1MDB, matawang lemah.. takkan nak buat PRU baru lagi? Berapa ratus juta lagi kena spend extra ni? Tak cukup GST, lepas ni ada tax baru "PRU Tax" pulak kot.. nak cover election baru. Alahai Najib... habis negara ko buat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 7:20 PM

Even ini sesuatu yang sukar, memang rumit, maybe memakan masa yang panjang but langkah yang berhemah dan melalui batas perundangan Malaysia. Seperti kata Tun "Belum"...

Segala-galanya terpulang pada Najib sama ada masih mahu heret Umno sama atau beliua sendiri berdepan masalah ini. Yea la, ramai dari pro Najib yang menjawapkan bagi pihaknya tentang 2.63B ini. Najib belum jawap secara tepat & jelas pun setakat hari ini.

So, amat sangat jelas Umno turut terheret sama, dalam suka or tak suka. Cuma makin pro Najib jelaskan makin berubah-ubah faktanya, makin berat masalah ini untuk Najib jawap sendiri later.

Esok, maybe Zeti Aziz akan adakan sidang media tentang lapuran angka-angka/Fundamental negara untuk suku ke-2 tahun ini. Then sama-sama la kita lihat Jumaat or minggu hadapan adakah lapuran Fundamental mampu tewaskan Perception...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 7:36 PM

Dana politik Umno, dana politik PKR, atau dana derma Najib? Mana satu nak korek ni, sebab dana derma Najib bukan dana politik Umno. Semua orang Umno tak tahu, kecuali Najib dan Tok Arab Tikar Terbang tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 7:53 PM

I rest my case tn hakim.
Kamu elok berehat ar mamat. Ckp takda fakta. Itu auta.

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 8:09 PM

@Anonymousanon 4:35 - kenapa akaun orang lain pula yang kena dedah kalau yang jadi kes adalah dana rm2.6 bil ? Heranla cara saudara berfikir

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 8:12 PM

@Anonymousanon 6:15 - ni sorang lagi ..... kenapa nak panggil wsj sedangkan yang mengaku dana politik adalah pemimpin Umno sendiri ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 8:34 PM

Selagi tiada rekod yg sah...tiada audit...tiada pembentangan dll...ia tidak boleh dianggap derma. Itu lebih kepada RASUAH.

Wei...derma kat masjid dan surau yg jemaah masukkan dlm tong tu pun direkodkan dan diumumkan pada setiap kali solat jumaat la wei ..hah..itu br boleh dikatakan sbg derma.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 8:35 PM

Ko ni baca tajuk je ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 8:44 PM

@AnonymousBeza Anwar dengan Ah Jib Gor banyak. Anwar TAK mengaku dia terima DUIT tapi Si Pahlawan Bugis MENGAKU.

Anwar TAk ada audit trail kemasukan duit duit ini tapi si Bugis ini seluruh dunia tahu dari mana dan cara mana duit ini masuk Malaysia.

Lojik bloggers2 pro si Bugis sekarang ini adakah, Pembangkang ada berani disclosure sumber kewangan mereka jika Ah Jib Gor sanggup buat demikian.

Hello.......yang kena tangkap menerima duit DERMA adalah si Ah JIb Gor BUKAN nya Anwar!

Lu pikir lah sendiri!!! :-)

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 9:58 PM

Hujah anon 8:34 agak bagus.derma yg masih tak boleh dkatakan sebagai derma.mmg byk org tak dpt terima juga.ada ke pm dpt derma rakyat kena cukai.tahniah bloq sini byk org berbicara agak ilmiah.itu agaknya sbb byk yg kena tapis.ha ha sendiri mahu ingat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 10:21 PM

@Anonymous
Aku ni mmg anti anwar, jd aku mmg doakan dia lama duk kt dalam tu. Tp tak semestinya aku suka najib. Jauh panggang beb...sekrg ni malas nk dgr dia ckp...

Tp mcm yg sebelum2 ini aku ckp, najib ni loss, blur and stupid. Sbb dia cabar pkr dan dap bukak penyata akaun parti masing2, nanti dia bentang la pulak penyata akaun umno.

Tak ke bangang, nnti org tgk dan kira penyata akaun umno, tiba-tiba dah ada bukti mmg takde duit rm2.6b masuk dlm akaun umno? Mmg gerenti tak masok la, kalau masok 2013 takkan 2015 baru org nk bising, takkan TPM dann MT tak tahu.

Jd anon 435pm, kalau nk pilih pemimpin tu biarla yg cerdik dari kita. Kalau dia bodoh tak blh diajar atau kurang ajar, baik ambik lembu pak maun jd PM. Ada paham? Jei=nis mcm najib ni, sesuai le jd menantu kamu...


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:11 PM

@dinturtle kalau macam ni lah semua ahli politik main isu mampus lah rakyat.

sampai mati pun kita kena tipu.

come on... kalau tak ada salah buat apa nak takut kan bro din ?.

saya rasa kalau sekarang ni anwar ibrahim atau tun mahathir yang jadi PM pun perkara yang sama akan dituntut oleh rakyat.

masalahnya skang ni pro najib tak habis habis spin isu.. jawab je apa yang orang nak tahu sampai jelas.

dah jom tengok tv3 .. ada arul kanda.

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:16 PM

Yg nk kena korek bkn rosmah tp najib...sampai ke lubang cacing le kalu dlm mahkamah...shafee pun lari bro...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:26 PM

anwar dan najib 2x5 kaki kelentong...bezanya najib tak meliwat bontot mcm anwar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:28 PM

I tanya mampu ke pkr bayar kos semua saksi etc....wat a stupid question....bro...they come for free...no fee charge...tk tau la,lepas,ni....roti canai najib le kita,mkn ....all wl b xposed...masa tu gani patail dah pencen...no rules around him n in court all xposed....only miracle can safe bajib...mean time he is the only walking dead prime minister governing the nation....mr prime minister...step down n tell the truth...ingat dosa pahala...u masih ada,maruah kalu u step dwn n tell the truth...or else...tgulah azab dunia sblm di azab d sana....yg pasti seluruh keturunan tun razak terpalit sama n it took decades fir the nation to forget but not firgive...think..plz mr prime minister.tq...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:42 PM

drama yg menarik.. pape pun aku dh hilang kepercayaan kpd line up kerajaan yg skrang. rata2 pikir perut sndiri. azalina xperlu sidang parliment utk lantik ahli pac, blh tggu sampai oktober.
nazri xhbs kutuk tdm kt tim

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:56 PM

UMNO sendiri yang pilih untuk tidak bersatu dalam mengatasi hal ini. MT UMNO dengan rela hati membiarkan presiden parti menarik parti di dalam masalah peribadi beliau sendiri.

UMNO sudah hilang / lupa tujuan dan matlamat asal. Dan akhirnya UMNO bertukar menjadi UMNO Inc.

Sedih aku lihat parti sesuatu bangsa yang dikuburkan oleh ahlinya sendiri dek kerana duit. Tewas kerana duit adalah tewas yang paling hina.

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2015 at 12:56 AM

saman ni boleh makan masa sampai lepas PRU 15 lepas 2020 nanti baru akan ada keputusan. Malas nak layan sangat pasal nampak macam PKR sekadar nak ambil kesempatan saja bukan secara bersungguh pun. Yang aku nak tunggu nak tengok adalah tindakan balas oleh WSJ, The EDGE, Sarawak Report dan Tun Mahathir kerana najib dan kabinet kayunya pernah menuduh mereka ni berkonspirasi buat laporan fitnah untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik dulu.

Senarionya, dengan segala dokumen bukti yang dikemukakan dalam laporan 'pihak konspirasi' dulu tak pernah dinafikan oleh pihak AmBank dan Bank Negara, pengesahan SPRM mengenai memang ADA wang yang masuk ke akaun peribadi najib walau pun diputarbelitkan sebagai dana pilihanraya dan derma dan juga kenyataan yang keluar dari mulut najib sendiri tanpa dia sedar bermaksud memberi pengakuan berkenaan kebenarannya memang ADA transaksi wang masuk ke akaun peribadinya maka segala laporan yang dituduh fitnah oleh 'pihak konspirasi' itu dulu sebenarnya bukanlah fitnah tetapi adalah kenyataan yang berbukti...

Jadi tunggu apalagi. WSJ, The EDGE, Sarawak report dengan Tun Mahathir dah boleh saman najib yg tuduh mereka tabur fitnah dulu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 1:16 AM

Tu je Kepandaian dia... Nak kata apa...janji leh bercakap... Mulalah merapu...org Yg paling Lena tidur sebab rm merundum adalah nazri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 2:01 AM

Aduh...Apa nak jd la dgn parti melayu semua..Hancuuusss...Nak sokong parti apa ya...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 2:06 AM

Baru habis tengok TV3 tadi. Setelah PAC di lumpuhkan, Task Force di bubarkan,AG kena pecat,Pengawai SPRM kena ugut dan transfer.........baru lah si Arul confident timbul di TV3.

Biasa lah kerja dia berbohong macam duit ada di Bank Singapore, kali ini bunyi janji lagi optimistik . Salah satu sebab 1MDB ini terbantut kerana mismatch of funds dan business plan nya. Hello.........Arul machan ,bukan kan 1MDB telah bayar 10% commission dengan interest lebih 6% kepada GOLDMAN SACH untuk menjayakan project ini ,macam mana boleh terbabas dari planning,jumlah fees nya mencicah beratus juta USDollar!!
Kalau payment fee nya 'peanuts. kita faham lah yang we get monkeys to do the job!


alfie

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2015 at 2:22 AM

Najib dah masuk perangkap Zionist bila dia bersekongkol dgn Banker Yahudi Goldman Sachs untuk mendapat pinjaman RM42 billion dgn kadar riba tinggi yg tak dapat diterima akal yg waras. Kegelojohan serta kebodohan Najib mengkibatkan negara akan muflis seperti Indonesia & Greece.

Delete

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 4:07 AM

This is a good tactical move by PKR. One step to checkmate Najib like in a chess game. Like Indonesians will say maju kena mundur pun kena.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 5:52 AM

Butul..saya bnyk setuju..

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2015 at 7:44 AM

Dah smpai masanya Majlis Raja2 ambik keputusan tamatkan onar Najib ni
Nak harap undi tak percaya di Parlimen, usah mimpi
Sorang akan kata tnggu siasatan selesai, entah brape puluh tahun la pulak, mase tu negara dah bankrup
Sorang akan guna isu agama
Yg dari Sabah,Serawak ugut masa PRU nnt
Yg pengampu totok akan buat apa saja waima cabar kuasa YDA sekalipun!! !

Pada aku, jalan paling akhir, ialah Majlis Raja2
Kalau tak berlaku jugak cawangan Umno yg mngaku tak sokong Najib, buat la msyuarat cawangan luarbiasa, kita pun nak tgk betul tak ada 100 lebih cawangan kat Johor ni tak sokong Najib??

Perkara ni serius, PKR mmg kaki spin.
Aku sgt yakin Najib takkan boleh adakan bukti duit 2.6 b tu tak terkait dgn PRU.
Kalau dpat buat pun msti berlubang sana sini dgn fakta2 yg paling mngarut dan senang dipatahkan. Ramai yg tahu, Najib dgn pengampu bodek selalu tersasul
Contoh paling bangang, bab 2.6 b, Najib kata derma, tukang bodek kata dana politik
Najib kata utk tolong GLC, org g haji, Umno bahagian...tukang bodek kata belanja utk PRU.
Tak ke saje2 bagi tali gantung kat pembangkang dan negara luar yg nak tgk Malaysia lunyai
Apa la punya bangang!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2015 at 7:45 AM

Masuk parti tupperware, silap2 bulih kaye

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 8:30 AM

Logik jugak saman tu. Tapi selagi berkuasa depa boleh pinda undang2. Postpone punya postpone last2 buang kes. Only in Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 9:37 AM

demo is the best.cz org umno sgt takut nk bersuara. ak ckp meluat dgn elegant silent by pendekar bugis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 10:39 AM

belah manapun ko din, logiknya adakah saman ni boleh lekat? kalau rujuk peraturan pilihanraya, hanya masa kempen sahaja perbelanjaan ada had. perbelanjaan sebelum kempen dan selepas pru bolehkah pihak pendakwaan detailkan? sebenarnya siapa yang kena buktikan, si penuduh ke si kena tuduh? malas la aku nak memihak, tapi report polis pkr ni hanya utk dapatkan milage politik je. tapikan, agak bodoh juga tindakan pkr ni. sepatutnya kena support najib jangan bagi goyang sebab najib adalah antara pemimpin utama umno yang paling tidak stabil. jika najib kekal sehingga pru14, senang2 pembangkang boleh kuasai putrajaya.....pelik juga aku....hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2015 at 11:04 AM

@Anonymoussaya setuju ia sekadar mileage politik Pkr. Mungkin mereka sekadar mencalar terus imej najib dan Umno tanpa mahu menjatuhkannya.( sebab mereka tahu najib akan tetap berdegil mempertahankan jawatannya )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 12:05 PM

Bro 10:39.
Setuju dgn tuan. Tetapi walau bagaimana pun kita nampak di sini tujuan pkr sebenarnya bukan untuk memenangi kes saman tersebut. Saman tersebut lebih kpd untuk merobekkan image najib dlm persediaan mereka untuk menghadapi pru 14 nanti. Walau apa pun keputusan kes saman itu dari segi political milagge akan tetap memehak kpd mereka. Dan ini akan digunakan dlm kempen pilihanraya nanti. Lebih memastikan kemenangan pru 14 akan berpehak kpd mereka. Ini kerana isue 1mdb dilihat dan telah dijadikan sebagai beban umno dan kerajaan yg telah diheret sama yg sebenarnya tidak ada kenemengena langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 12:19 PM

cai cai najib boleh renung dgn matahati...renung dgn fikiran manusia bukan fikiran bodoh sombong, bagaimana pendirian mereka disini yang selalu kaurang tuduh sebagai pembangkang dr Daping, paspispus dan Parti Kencing Rakyat.
Kami disini bukan kaki ampu mcm kau cai cai jibbrouk! Yang salah tetap salah. Pakatan haram bukan kami sokong, tp sekiranya mereka buat betul, kita terpaksa akui betul. Sama juga spt tuan jibbrouk cai cai semua, kalau dia buat salah kita mesti tegur. Kalau ditegur pun tak boleh, ditanya juga takboleh..harap kau yang ada otak pun tahu menilai.

Jibbrouk bukan lagi PM dimahukan rakyat.
Tapi Umno jgn di talkinkan, hanya itu saja yang kita ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 1:05 PM

Bro 12:19. . U re talking fact. Kita lihat sokongan kpd umno merudum akibat masaalah 1mdb. Lalu kita tegur kerana masih syg umno. Masaalahnya kita lihat umno sudah tidak ada beza dgn pembangkang merugikan bangsa melayu.
Kerana kita tidak mahu umno berkubur dlm pru akan datang. Itu kenyataan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2015 at 2:05 PM

Salam ,bro, dah lama wa tak dngar perkataan Jibbraouk....ini prktaan yg slalu aruah mmber gua guna .....bdak Gadong, N9

Post a Comment