........... Derma RM2.6 Bil - Keikhlasan Rahman Dahlan DiHargai Namun Masih Banyak Yang Tergantung | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Derma RM2.6 Bil - Keikhlasan Rahman Dahlan DiHargai Namun Masih Banyak Yang Tergantung

Wednesday, August 12, 201544comments


KUALA LUMPUR - "Permainan tamat," itulah yang dikatakan oleh Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan jika benar wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah rasuah.

Bagaimanapun Abdul Rahman yakin wang tersebut bukan rasuah dan ia dibenarkan oleh perlembagaan parti dan undang-undang negara.

Menurutnya, biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan lanjut bagi mengesahkan perkara itu.

"Tanya SPRM lah, sudah tentu perdana menteri cakap ia bukan rasuah. Kalau tidak game overlah," katanya
- Sinar.



Yep, itulah yang sebenarnya ! Kali ini saya setuju dengan kenyataan ikhlas dari Rahman Dahlan. Kalau terbukti dana itu mempunyai unsur2 rasuah dan/atau Najib gagal membersihkan namanya, maka GAME OVER lah kepada Najib.

Makanya kita dapat lihat permainan Najib dan rakan2nya dalam isu ini .... begitu ALL OUT mahu menghalalkan dana itu dan begitu berani mematahkan apajua yang dilihat sebagai ancaman yang mampu mempertikaikan alasan yang diberikan.

Sebab it's DO OR DIE buat Najib dan mereka yang bergantung kepada kedudukan Najib.

Jangan salah faham pula, saya tidak menuduh apa2. Saya sekadar menyatakan pemerhatian kepada apa yang berlaku dari mula dana ini didedahkan oleh WSJ.

Mereka yang terlibat secara langsung dalam isu ini mungkin tidak nampak apa yang kita lihat dari luar ini. Bagi mereka, mungkin semuanya lancar ...... tapi kita yang melihat dari luar ini dapat menyaksikan satu lakonan yang jika diadili oleh barisan pengkritik, pastinya menerima kritikan2 pedas kerana plot dan jalan ceritanya yang longgar. Tapi skrip memang terbaik !

Dari segi lakonan .... well ..... kena gali dalam lagi. Jom kita lihat babak seterusnya -

Katanya, mungkin penderma itu mahu melakukan kebajikan sepertimana Putera Arab Saudi Alwaleed Talal yang mendermakan  kesemua hartanya berjumlah AS$32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan.

“Kenapa tidak (didermakan) kepada Umno?


Apa masalahnya dengan skrip di atas ? 

Kita sekarang membicarakan isu yang melibatkan wang yang begitu besar, RM2.6 billion ! Dan isu ini juga merupakan penentuan kepada kedudukan PM kita. Bukan kecik anak punya isu, beb.... dan di sini kita hanya disajikan dengan hujah berdasarkan MUNGKIN ?

Pengarah Strategik Komunikasi BN tuh ! Bagi seorang yang punya akses kepada maklumat2 rahsia dan berhubung terus dengan Najib juga sebagai ketua yang menyalurkan maklumat kepada askar2 medianya, Rahman hanya mampu berikan hujah yang bertaraf MUNGKIN ?

Kenapa bermain dengan PERSEPSI bila beliau sengaja melontarkan nama Putera Arab Saudi sebagai contoh ? 

Bukankah SPRM masih menyiasat kes ini ? Jadi kenapa perlu Rahman memberikan andaian2 yang bersifat MUNGKIN ? Kenapa tidak tunggu saja hasil siasatan penuh SPRM sebagaimana yang dituntut dari rakyat ?

ATAU memang setakat menyatakan dana itu sebagai DERMA saja siasatan yang dijalankan ? Titik. Tidak ada laporan lain selain Derma ? Dan Najib pun dengan konfidennya telah menyatakan Isu Selesai ?

Tidak semudah itu ....... penonton yang menyaksikan drama kehidupan  ini pastinya mengaitkan apa yang sudah dipaparkan dalam babak2 sebelum ini.Kena ada konsistensi atau Continuity supaya perjalanan drama itu lancar. 

Selain FAKTA kes yang masih tertunggak, banyak faktor2 lain yang memerlukan penjelasan juga. FAKTA kes yang kita tahu secara resmi adalah - Dana itu disebut sebagai DERMA oleh SPRM. Itu saja. 

Hujah2 lain seperti ia adalah Dana Politik .... adakah itu FAKTA atau alasan yang disogokkan oleh orang Najib ?

Satu lagi FAKTA kes adalah, TIDAK ADA seorang pun yang tampil membuat pengakuan mengesahkan dia tahu mengenai dana itu sebelum ini. Dan ini termasuk empunya diri sendiri iaitu Najib !

Ya, kenapa Najib belum lagi membuat apa2 pengakuan mengenai dana itu ? Jika Najib berikan alasan yang siasatan masih berjalan, kenapa orang2 Najib pula yang tak menyempat2 dengan pelbagai hujah seperti mahu mendahului siasatan ?

Kita menanti kemunculan Gabenor Bank Negara esok, harap2 beliau dapat memberi pencerahan secara berFAKTA mengenai transaksi Derma ini. 

Rakyat dah naik mual dengan semua alasan2 bersifat MUNGKIN ini.

Bagi Najib dan gengnya, mungkin isu ini Game Penentuan. Tapi bagi rakyat, we don't care ! Kita hanya mahu kebenaran. Jika benar sebagaimana yang dimungkinkan, alhamdulillah. Tapi jika tidak ?

Kerana perjalanan drama setakat ini terlalu longgar dan tidak ada konsistensi. Contohnya - dalam real life, apakah anda yakin untuk serahkan amanah menjaga wang kepada seorang yang semua orang tahu mempunyai gaya hidup mewah melangkaui pendapatan ? Itu CONTOH jer ....

Diharap babak2 seterusnya akan memberi penjelasan kepada beberapa isu yang tidak konsisten ini.... 

PS - KEMASKINI 11:30 AM 

Baru semalam saya bertanya pernah dengar mana2 rakan Umno dalam BN yang menyokong Najib dalam isu Derma RM2.6 billion dalam akaun peribadi ? Dari Mkini -

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, tidak pernah menjadi amalan di mana dana politik didepositkan ke dalam akaun bank peribadi presiden parti itu dan memegangnya bagi pihak parti.

Ong berkata ini adalah untuk menggariskan antara kepentingan parti dan individu, dan untuk menghalang wang itu digunakan untuk kepentingan peribadi.


Menteri perdagangan antarabangsa dan industri II itu berkata MCA tidak akan dapat berbuat apa-apa jika dana untuk parti itu dipakai untuk kegunaan peribadi dan kemudian orang itu menafikan mempunyai dana tersebut.

Ong mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar), yang mempertahankan kontroversi RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menegaskan bahawa ia "adalah amalan biasa".

Ong dipetik oleh akhbar Oriental Daily sebagai berkata: "Jika wang masuk ke akaun peribadi, maka ia adalah di luar kawalan kita. Jika pemegang akaun itu menafikannya, apa yang anda boleh lakukan?"

Beliau berkata sejak penubuhan MCA, ia telah menjadi amalan untuk menyalurkan dana untuk parti itu ke dalam akaun parti.

Katanya, adalah sukar untuk mengesan sumber pembiayaan jika ia dipegang oleh pemimpin.


Nampak gayanya ada yang nak kena buang kerja  !  Jawapan Ong di atas bukannya satu formula sains tapi logik yang budak kecil pun tahu. Tapi demi mengelakkan GAME OVER ...... segalanya MUNGKIN.

Share this article :

+ comments + 44 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 9:57 AM

Orang yang menerima duit itu masih hidup bebas. Beliau adalah pemegang akaun berkenaan. Dialah hanya seorang lagi manusia yang tahu siapa 'pendermanya'. Baiklah, SPRM dah pun kata duit itu adalah 'Derma'. Kita dengar cakap dema lah. Tapi yang kita nak tau siapa 'penderma tuh? MT UMNO pun tak tau hal hingga WSJ dedahkan. Tak adakah sedikit sifat ingintahu dikalangan Ahli MT nak tau dari mana suber duit yang masuk tu. Kenapa tak tanya Mohd Najib. Hangpa Ahli MT tentu hangpa paling berhak untuk tau sumber kewangan. Adakah hangpa interrogate Najib? Semua ahli UMNO dan semua rakyat Malaysia berhak tau sumber kewangan tersebut kerana nama dan maruah Malaysia sedang terjejas teruk hingga mata wang kita merudum.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 10:07 AM

kenapa pula itu bukan rasuah. tidak semena mena dapat 2b mesti ada habuan atau ganjaran tertentu yang didambakan. jarang sekali kita mendengar dalam buana ini insan yang sudi sedia menderma dengan begitu banyak sekali wang jika dia tidak mengharap sesuatu pulangan yang hanya oleh org yang didermakan itu sahaja mampu menyediakannya. pala bana punya menteri kaki kpas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 10:15 AM

KONONNYA derma untuk badan kebajikan...umno itu badan kebajikan ke? lagi pelik, orang umno sendiri tak tahu dan yang tahu pulak kata takde pun dimasukkan ke dalam akaun umno.

akaun peribadi najip tu akaun kebajikan ke? kalau begitu, abang najip...pass lah sikit duit tu kat kami semua ni..kami mengharapkan kebajikan dari anda.

jika manusia dah tak peduli halal haram...hidup akhirat..semua yang salah pun nak dihalalkan demi ego, kuasa dan kekayaan...tunggu je la balasannya nanti..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 10:41 AM

Orang kata, kalau kita berbohong sekali, kita selalunya akan berbohong sebanyak 2 kali...
Ini kerana, kita terpaksa berbohong sekali lagi semata-mata untuk menutup pembohongan yang pertama. Akhirnya, pembohongan ini akan sentiasa berterusan berulang-ulang kali, selagi ianya masih belum terbongkar. Buruk akibatnya apabila pembohongan ini terbongkar. Namun, masih ada jalan keluar seperti menyalahkan pihak lain untuk dijadikan sebagai kambing hitam. Seseorang mesti terkorban atau dikorbankan demi survival politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 10:49 AM

Ok...jalan cerita dia mudah jer...

1. Kita kacau Peguam Negara
2. Kita kacau SPRM
3. Kita kacau PAC
4. Kita wujudkan akta baru untuk menghalalkan derma politik
5. Ungkit berulang-ulang kali jasa kita terutamanya dalam pemberian BR1M
6. Bodek pemimpin dari Sabah dan Sarawak demi meraih sokongan (nak harapkan Semenanjung mungkin tak cukup kot)

dan banyak lagi pelik2 yang mungkin akan berlaku selepas ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:38 AM

Ada pesanan.... kalau tak tahu hujung pangkal lebih baik berdiam diri... Dato Rahman ni tahu byk ker... nk berckp tu biar logik lah... kejap ckp gitu kejap gini mcm org nyanyuk... baik MT UMNO buat mesyuarat berbincang jalan yg terbaik untuk negara... panggil ahli ekonomi malaysia dan Tun M mintak pandangan ...kalau DSN kena turun utk kebaikan negara ambil lah tindakan itu ganti dgn org yg layak utk mengembalikan keyakinan rakyat dan dunia kpd negara kita ni... pls lah... jgn lah sampai nasi dh jadi bubur baru nk bertindak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:38 AM

Kalau tidak ada pendedahan tentang wang ini dari WSJ. MT UMNO, ahli UMNO dan rakyat Malaysia tidak tahu tentang keberadaan wang 2.6 billion ini dalam akaun PM. Beliau mendiamkannya dari MT dan Ahli UMNO sekian lama. PM yang tidak AMANAH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:43 AM

Anon 10.49 ..
anda mungkin dilantik sebagai punahsihat najib yang ke ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 12:04 PM

Duit Rm2 ribu 6 ratus JUTA masuk dalam akaun PERIBADI najib. Kalau di takdirkan najib mati esok, siapa yang akan mewarisi harta pusaka duit ini? ROSMAH MANSOR ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 12:08 PM

Hahahahahhaha, orang masuk duit 2.6 b dalam akaun orang lain, orang lain yg marah!!!???? Pada aku suka hati kat orang yg memberi lah nak masukan kat akaun siapa (literally). Yg kau sibuk pasal apa, duit tu kah engkau ke ? Cuba kau contact penderma tu, tanya dia ....dia derma kat najib ke atau untuk umno , atau untuk apa. Kalau nak tau siapa penderma tu , pi tanya BNM , Ambank ke , SPRM ke atau PDRM. Tapi ke tanya elok2 la . Kat Najib kau tak boleh tanya , sebab dia dah janji dengan penderma tak kan dedahkan siapa penderma.

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 12:21 PM

@AnonymousKalau anda tidak mampu untuk berfikir dan berpendirian seperti saudara 12.08 ni, jangan haraplah nak jadi sibertrooper Najib !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 12:25 PM

DT & para pembahas,

"Game Over" mungkin jargon atau slanga tapi andainya (aku tak pakai mungkin) semua ini adalah game (permainanan) maka tak salahlah kalau DT dan pembahas lain menganggap ini semua (kenyataan semua menteri penjilat tegar) adalah lakonan pathetic yg tak menjadi. Betui la orang bijak-pandai kata, kalau duduk atas problem mana nak nampak problem tu, tambahan pula pungkoq lebaq. Kenalah think outside the box or think up on the coconut tree kut. kahkahkah - penjilat tegar, one cent no use.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 12:38 PM

Dah saman ke WSJ?... Ni kan fitnah...maaf dah ketinggalan.... Rupanya betulllllllllllllll. 2.6 b ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 12:38 PM

Pro najib bising yang pembangkang terima Dana yahudi supaya tunduk kepada kemahuan mereka memporak peranda Malaysia...nak Tanya Arab dengan yahudi ada beza ke??adakah negara Palestin Dan Iraq dah sebebas Dan merdeka seperti
seperti najib,jho low Dan rosmah????ke saya yang Tanya yahudi nak typical macai najib???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 12:41 PM

@Anonymous

Hampeh punya otak udang sibertrooper ahjib gor ni... bangang punya fikiran. Nak menjawab biarlah dengan fakta dan logik akal yang waras..

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 1:21 PM

kalau derma itu ada unsur rasuah,maka berapakah nilai projek yang kena beri kat penderma tu? kalau untung projek tu 10% maka projek tu mestilah bernilai 26 bilion.itu baru pulang modal.penderma mestilah nak untung.sudah tentu projek tu sekurang2nya 30 bilion.barulah dapat untung 4 bilion.tapi kalau untung nya hanya 5% sudah tentu nilai prjeknya 52 bilion.baru pulang modal krn rasuah 2.6 bilion.bermakna projek itu mestilah bernilai 60bilion.dapatlah untung 8 bilion. tolong senaraikan projek kerajaan malaysia yang nilainya seperti yang saya sebutkan tadi yang perlu beri kepada penderma yang menderma.barulah dikatakan rasuah.

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 2:03 PM

Ok.game over bro..dreme....hapeh2lah..donesyen ke..lantak kome lah...tp rakyat nk tau dreme tu kemane yop....ke akaun anak tiri ke atau ke akaun FLOM... ke...kemane yop...terime dreme ok...salahgune dreme ok jugak ke...kalu salah guna derma namanya tak amanah atau pecah amanah...derma utk umno ke rakyat msia....2belliun yop..kianat dua kali pun keturunan najibrosmah tj abeh mengkedarah yop....siasat ke akar umbi...dan bila ia melibatkan dana derma...akan ada beneficiary reciever nya...ingat sprm pdrm ag n ksn...ni hak rakyat.....kang tujuh keturunan hangoa rakyat sympah nnt....buat kerje kerana allah bkn keraba najib...rakyat melihat...tp allah maha segalanya....jgn bila mati esok tanah pun reject...

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 2:37 PM

@Kutukan Dewataramai yang tidak percaya dana itu derma. Tapi kalau bukan derma tak semestinya rasuah! Tidak ada siapa sebut ttg rasuah projek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 3:19 PM

Bila diri d kuasai mcm mana kita nak menguasai? Bila kita d perintah bagaimana kita mahu memerintah?
Cer tanya dato ibrahim.....dia banyak tahu sbb dia selalu ke sri perdana tu....dtg minum2 kopi sambil cerita....ada cerita biasa termasuk yg luar biasa!!
Hukum alam....tiap yg bermula pasti berakhir....sabaq sikit no......
Ucapan anina d langkawi tu ada maksud d sebalik! Hehehe......mcm mana hang tau nina? Hang ni pandai no.....obat dia senang je!
Mcm mana satu anak muda tu dapat beli ferrari tu ye....bukan 1 tapi 2 bijik beb! Besaq no kontrek dia....satu msia.....ni fakta! Sapa dia dok bagi....hehehe
Yang benar aku kena habaq la....kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 3:28 PM

Encik Din,

Bon terbitan 1MDB di keluarkan untuk langganan pelabur dalam USD. Kerajaan Malaysia (rakyat) perlukan lebih banyak ringgit untuk tebus bon bon ini jika ringgit terus lemah. Duit bon lesap, hutang pula meningkat akibat kelemahan matawang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 3:33 PM

Antara seloka Ismail Yaacob (aka cikgu man pen, Allahyarhamah) di PAU 2009, masih relevan:

"Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri,
Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi,
Jangan dok selalu dengar penasihat kanan ataupun kiri,
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi."

"Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah,
Ada saja isu menteri dok cari helah,
Menyebabkan rakyat tak tentu arah,
Mai pilihan raya Barisan Nasional depa tak pangkah.
Contoh, bila bayaran elektrik sikit naik atas,
Menteri kata jangan pakai 'air cond' pakai kipas,
Yang ada kipas elektrik dia suruh pakai kipas kertas,
Makan ubi kayu kalau tak cukup beras."

"Setengah kita cari makan dok ampu,
Tak dan bos nak cakap dia sampuk saya setuju,
Bos pi melawat kawasan dia sampai dulu,
Kita boleh kain pelikat envelope besar dia sapu.
Tuan-tuan dan puan-puan jangan dok ketawa,
Memang ini dok berlaku di antara kita,
Tetapi di dalam dewan ini semua baik-baik belaka,
Yang saya dok kata hak di luar tu sebanyak tiga juta."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 3:34 PM

Duit Tu Ada LG tak?mintak sikit.....

....................
Reply To This Comment ...................
kulop lopaz
August 12, 2015 at 3:39 PM

Mengapalah menteri drp umno ini tak faham faham hukum semula jadi yg ada di kepala otak manusia normal ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 3:39 PM

Bro Din,
Masa Najib jadi PM akan tamat tak lama lagi je, beberapa minggu atau bulan je bila isu2 berkaitan RM2.6 bil ni jadi kronik dan tak boleh diubati lagi. Orang yang akan suruh dia berambus tak lain dan tak bukan ialah MDN yang juga TPM bila dia yang kuat menyokong pun dah tak boleh topang lagi kerana dah cukup berat dan busuk.
2018 pula tahun UMNO/BN akan tumbang seperti Parti Congress India, kerana akar bawah sudah reput.
Makanya UMNO akan tumbang di tangan Zahid sebagai PM.
Dari tulisan bro dan dari blog che det, rakyat dah boleh buat kesimpulan yang pelaburan 1MDB dalam JV Petrosaudi/1MDB sebanyak US1Billion hangus kerana gagal. Duit US700million yang dikatakan dipinjam kepada JV untuk bayar hutang Petrosaudi sebenarnya tidak dibayar hutang tapi di convert jadi duit hadiah. Duit itu berjalan cukup jauh dari TimurTengah ke Hong Kong ke Singapura dan singgah di Malaysia sebelum hilang entah kemana.
Itulah yang dapat saya simpulkan dari tulisan bro, chedet, wsj dan sarawak report dan juga dari the edge dll.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 3:42 PM

@Kutukan Dewata

1. Ko sendiri yang buat andaian "rasuah" lepas tu tambah pulak andaian untung 5% la 10% la...kemudian ko sendiri pulak yang jawab soalan sendiri???

2. Tak ada siapa cakap duit tu duit rasuah?

3. Kalau betul pun rasuah...ko andai untung projek 10% atau 5% semata mata nak "belittle" potential rasuah 2.6bill. Buat pengetahuan tuan; ada projek yang boleh untung sampai 70% - 90%. Untuk projek 4 Billlion ini boleh memberi pulangan sampai 2.8 billion berdasarkan keuntungan 70%.... 2.6 billion ko sapu aku pulak ambik baki 200 juta!!!....ini masih jumlah yang banyak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 3:56 PM

@Kutukan Dewata

Bro:

Ni contoh macam mana nak rasuah 2.6bil dan masih lagi dapat untung juta juta!

CONTOH SAHAJA (tiada kena mengena dengan 1MDB atau lain lain):

Aku beli IPP yang patut harga 5 billion pada harga 8 billion. aku dapat "kickback" 2.6 billion lagi 400 juta tu untung sebenar owner IPP.

Amacam?

Contoh lagi (yang ni bab fraud pulak):

Aku pinjam loan sampai 42 billion (tapi rakyat yang bayar!)...kemudian aku laburkan sebahagian kat investment company kat Middle East contoh dalam RM 15 billion. Kemudian middle east person to salurkan balik 2.6bill kat aku as "derma"!

(Disclaimer: semua diatas adalah contoh semata mata! Tidak ada kena mengena dengan mana mana company atau PM yang masih hidup atau dah mati atau PM yang mana kalau mati lagi bagus dari hidup sebab hidup menyusahkan rakyat!)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 4:10 PM

Jika Ah Jib Gor adalah majikan dan anda adalah pekerja, anda wajib ikut 2 peraturan di bawah :

Peraturan No.1 : Ah Jib Gor sentiasa betul.
Peraturan No.2 : Sekiranya anda ada konflik ngan Ah Jib Gor, selalu mempertikaikan apa jua keputusan Ah Jib Gor, sering tak puashati ngan Ah Jib Gor dan suka mengkritik Ah Jib Gor, sila ikut Peraturan No.1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 4:25 PM

akhir 70 an, kalau din masih ingat ramai jugak pelajar2 yg belajar luar negeri terutama yg aktif dgn gerakan Islam kebanyakan mereka ini pengkagum saudara nwar menerima bantuan wang begitu banyak dr pak arab samada yg sama belajar atau yg ada kaitan dgn jutawan arab, pak arab ini beri atas dasar ingin mengembangkan islam, ada setengah drp mereka amek duit pak arab balik msia guna utk bisnes sendiri dan ada yg berjaya. Pak arab tk da pun nak monitor perbelanjaan tu. Tapi bila ada undang2 anti penggubahan wang haram sudah tak kedengaran lg derma dr pak arab masuk kpd individu2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 4:25 PM

Duit tu dr msia sebenarnya bkn dr timur tengah.org timur tengah tu kambing hitam je mcm joplo.cuma mereka tu blum jd kambing lg sbb mereka dah lari n joli dgn duit komisyen.

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2015 at 4:29 PM

Korang ni kalau nak tuduh apa2 pun, berlapik la sikit ! Tak pasal2 blog ni kena sekat nanti. Ada masanya saya lepas jer komen tanpa meneliti butiran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 4:36 PM

istilah derma bagi sprm adalah spt rasuah
faham betul2
maka ia adalah salah untuk terima derma kerana pasti ada konflik kepentingan
tapi realitinya aku x percaya ia derma
mesti duit 1mdb ni yg dikona disaring dideposit ke dlm bbrp akaun dulu pastu baru masuk ke destinasi akhir akaun peribadi kawan kita tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 5:11 PM

Satu soalan tetapi jawapannya tidak menjawab sama sekali.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 6 : Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 7 : Yahudi kini sedang menyerang Malaysia.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 15 : Duit itu saya guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan.

Satu soalan yang perlu dijawab YA atau TIDAK sahaja. Tetapi malangnya jawapan yang diterima ternyata Tipu & Bohong belaka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 5:57 PM

@Kutukan Dewata
macamana kalau keuntungan itu adalah Malaysia sign TPPA?

menteri MITI dah 2 orang.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 6:52 PM

MUNGKIN = PERSEPSI. Ini juga antara punca merudum Bursa KL & ringgit. Awalnya nafi, nafi dan nafi. Now pula, mungkin,mungkin dan mungkin. Sampai bila..?

"Media sosial perlu disiplinkan diri mereka atau di-disiplinkan melalui pindaan akta komunikasi" -Kenyataan Rahman Dahlan.

Umum memang tahu fakta ini tentang media sosial yang ada berita palsu,berita 'mungkin' dan juga berita benar. Persoalannya, lepas akta dipinda then mampu ke SKMM laksanakannya...?

Sesiapa pun sebagai manusia akan terarah pada kepantasan berita apa jua, cepat percaya, lambat percaya or tunggu till fakta sebenar keluar juga akhirnya.

Antara berita palsu - berita 'mungkin' - berita sah terang tapi dinafi secara berterusan by 'mungkin' ini, yang mana lebih besar impact nya hingga terhasil "Persepsi". Sampai bila penjelasan 'mungkin' ini mampu tewaskan persepsi..? Setakat suasana dunia kini, jarang terbukti lagi yang Fundamental telah mengalahkan Perception dengan mudah.

Persoalan asas akan terus tergantung selagi mana mereka berterusan guna 'mungkin' ini as their weapon. 'Mungkin' ini akan berterusan menghasilkan 'persepsi'. Seterusnya 'persepsi' ini awalnya kudis then jadi nanah then jadi barah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 7:58 PM

The best bro ! Tq.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 8:02 PM

Terbaik bro. Kalau tak paham juga elok pegi mati. Tq bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 8:14 PM

Anon 12.08pm Kitorang marah sebab najip tak amanah dan selalu tipu kitorang...waktu wsj dedahkan akaun tu..dia kata itu semua fitnah la..nak saman la..konspirasi tun m la...

Tup tup..mmg betul ada duit tu. Dlm isu 1mdb...cash dah jadi unit...dlm kes ini pub doa kantoi menipu. Org bangang mcm hang je yg tak serik kena tipu berkali2...maklumlah..bangang..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 8:23 PM

Org2 yg kaya nak merasuah bukan harap pulang modal dlm bentuk wang je wahai kutukan dewata. Dah dia kaya sangat...wang takde hal bg dia..ada yg nak habuan dlm bentuk lain. Sebab tu ia mmg layak diertikan sbg rasuah...sebab jika bukan rasuah..ada rekod..ada audit dan ada makluman tentang derma itu. Takkan itu pun ko xtahu? Aiyo...

Tolong beritahu kami ada tak rekod pasal 'derma' itu? Takde beb. Timbalan presiden umno pun xtahu. Umno tu badan kebajikan ke?

Jika kena kat rakyat marhaen...ada ke korang nak backing seumpama itu? Sudah2la tu nak menghalalkan yg salah. Awak tak takut tanggung dosa ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 8:28 PM

Hahaha...well done bro.

Kalau penjilat2 najip tak faham2 lg memang sah lah mereka bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 10:46 PM

@Kutukan Dewata

Ada regular baru nampaknya kat blog Che Din. Ini baru kelesss! RBA dah lama guna taktik ni! Assigna setiap blog ada satu atau dua pengomen tegar. Keje mereka ada dua: yang sorang akan kedengaran seolah-olah cerdik (note: seolah-olah) untuk create doubt. Macam Encik Dewata ni lah. Yang lagi sorang semata-mata nak bagi panas hati. Macam Encik Keris Berayon dan Nek Tempoyak.

Baguslah pro Najib dah pandai tiru RBA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2015 at 11:49 PM

salam,
terbaca apa yang rais cakap, penjelasan kerajaan tak mampu menutup isu. jawapan kerajaan lebih kepada meniru cara pembangkang. sesuatu isu dialihkan dan diletak kesalahan kepada orang lain. rakyat bila baca jawapan pembangkang, kita akan kata dah gitu caranya. memang betul atau salah la apa yang mereka lakukan. kerana jawapan mereka banyak untuk salahkan orang lain dan mengelak menjawab kerana jawapan yang benar akan menunjukkan kesalahan mereka. itu yang kerajaan sedang lakukan. apa yang berlaku adalah lebih buruk daripada zaman tun lah. tun lah disalahkan kerana tindakan anak menantu. tapi sekarang tuan punya badan yang lakukan, memang susah la nak cari ubat. senang ajer, gunakan orang lain untuk jawab, gunakan orang lain untuk mentadbir, gunakan orang lain untuk berfikir, gunakan segala orang untuk kemudahan diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 5:00 AM

Yang saya tahu ..anak anak saya yang sedang sekolah menengah kebangsaan pun tahu dan kata Rahman Dahlan,Salleh Kuak,Nazri,Najib dan bloggee pro Najib kurang ajar dgn Tun Mahathir. MIC MCA pun duk diam tak tunding jari salahkan orang dulu. Mereka yang sedang mentadbir sekarang. Memang tak tahu malu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 9:23 AM

Mencelah sikit.....
Najib minta 6 bulan kurang kan hutang 1mdb. Betul la tu....by that time GST dah berapa collection? Tentu buleh ansur dia punya bisnes mangkuk cap ayam tu! Bisnes putar belit janji poket kembung duit..LOGIK atau tidak? Sbb siapa control semua tu?

Post a Comment