........... Benarkah Deposit RM2.6 Billion Itu Dana Politik ? Jika Benar, Najib Cakap Tak Serupa Bikin ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Benarkah Deposit RM2.6 Billion Itu Dana Politik ? Jika Benar, Najib Cakap Tak Serupa Bikin .....

Tuesday, August 4, 201573comments

Rata2 rakyat Malaysia berasa marah dengan pendedahan SPRM yang mengesahkan deposit RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib. ( KLiK ) . Walapun ramai yang seperti sudah menjangkakannya namun ramai tetap juga yang terkejut ..... ini menunjukkan bahawa rakyat walaupun di luar mereka agak kritikal namun didalam hati, mereka masih menaruh harapan bahawa dakwaan deposit itu adalah palsu.

Amaun yang terlalu besar.... mustahil Najib sanggup melakukannya ! 

Ternyata harapan itu hancur dengan pengumuman SPRM semalam....... Ramai yang marah dan kecewa dengan Najib. Saya percaya, mereka yang atas pagar semua dah give-up dengan Umno selagi Najib masih di atas.

Apapun alasan yang cuba diberikan bagi memberi justifikasi kepada deposit itu oleh pro Najib, semuanya seperti bunyi tin kosong sebab tidak ada siapa yang mampu pusing kembali waktu dan memberi alasan yang sama ketika WSJ mula buat pendedahan deposit itu sebulan lalu.

Ya, KENAPA TIDAK JAWAB WAKTU ITU ? 


Kita semua masih ingat lagi jawapan yang diberikan Najib sebagai reaksi awal pendedahan WSJ dulu....... Kenapa bersembunyi disebalik kebenaran ? Kenapa libatkan Tun Mahathir ? Kenapa berselindung disebalik mainan kata2 ? Kenapa tubuhkan Task Force untuk menyiasat ????

Rakyat Malaysia merasa di TIPU ! Sebab tu ramai yang marah mendengar pengumuman SPRM semalam.

Oya, ayat SPRM hanya menyebut sumbangan dana tanpa dinyatakan dengan jelas apakah ia untuk politik atau untuk anak yatim atau untuk apa2 tujuan. Hanya disebut sumbangan dana.

"Dana Politik" itu hanya dimainkan oleh kabinet 1MDB sejak 3-4 hari lalu. Dan hasilnya, kini semua orang merujuk RM2.6 billion itu sebagai sumbangan dana politik. 

Takper ..... kita layan Dana Politik mereka. Mungkin mereka lupa SEBELUM dana politik itu masuk ke dalam akaun Najib pada tahun 2013, setahun sebelum itu Najib ada mengumumkan satu inisiatif di bawah GTP bagi menghalang benda yang sama dari berlaku !

Apakah ini kes Cakap Tak Serupa Bikin ? Saya copy artikel Mkini bertarikh 27 Feb 2012 ...... siap dengan video sekali di bawah!


Dalam langkah yang tidak dijangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan satu inisiatif baru untuk mengawal selia pembiayaan politik bagi semua parti.

"Inisiatif ini akan memberi penekanan bahawa setiap sumbangan kepada mana-mana parti politik, sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri, mesti disalurkan melalui akaun rasmi parti.


"Ini adalah untuk mengelakkan ahli-ahli politik daripada menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudian diselewengkan untuk kepentingan peribadi.

"Setiap sumbangan yang diberikan perlu dikeluarkan resit dan dibankkan ke dalam akaun parti itu. Dengan rekod berkenaan sumbangan, ia boleh diaudit pada akhir setiap tahun kewangan," kata beliau.

 
Kerajaan, kata Najib, yakin inisiatif berkenaan mampu mencegah rasuah dan penyalahgunaan dana pada peringkat akar umbi yang akan memberi manfaat kepada parti dan orang awam.


Inisiatif itu akan diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dicadangkan oleh lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat.

Mkini 27/2/2012

video


Jika benar deposit itu merupakan dana politik, ternyata Najib sendiri tidak ikhlas dengan pengumuman yang dibuatnya setahun sebelum itu.

I don't think so ...... tapi nak buat macamana kalau itu yang dicanang oleh orang Najib sendiri.

Sedutan ucapan Obama baru2 ini ..... bagus untuk direnung bersama -



And I’ll be honest with you, I’m looking forward to life after being president.


I won’t have such a big security detail all the time. It means I can go take a walk. I can spend time with my family. I can find other ways to serve. I can visit Africa more often.


The point is I don’t understand why people want to stay so long. Especially when they’ve got a lot of money.


When a leader tries to change the rules in the middle of the game just to stay in office, it risks instability and strife as we’ve seen in Burundi. And this is often just the first step down a perilous path.


And sometimes you’ll hear a leader say, ‘Well, I’m the only person who can hold this nation together.’ If that’s true then that leader has truly failed to build their nation.


You look at Nelson Mandela. Mandiba, like George Washington, forged a lasting legacy not only of what they did in office but because they were willing to leave office and transfer power peacefully.

And I’ll be honest with you, I’m looking forward to life after being president.
I won’t have such a big security detail all the time. It means I can go take a walk. I can spend time with my family. I can find other ways to serve. I can visit Africa more often.
The point is I don’t understand why people want to stay so long. Especially when they’ve got a lot of money.
When a leader tries to change the rules in the middle of the game just to stay in office, it risks instability and strife as we’ve seen in Burundi. And this is often just the first step down a perilous path.
And sometimes you’ll hear a leader say, ‘Well, I’m the only person who can hold this nation together.’ If that’s true then that leader has truly failed to build their nation.
You look at Nelson Mandela. Mandiba, like George Washington, forged a lasting legacy not only of what they did in office but because they were willing to leave office and transfer power peacefully.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/opinion/khairie-hisyam-aliman/article/these-transformational-words#sthash.ZyaWmiBu.dpu

Share this article :

+ comments + 73 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 8:55 AM

terbaik bro din...siapa menteri yg ckp bebal tahap maksima maksukkan duit ke akaun sendiri?? mereka nie dh byk kali telan ludah sendiri.tak malu btl. kalau ada jgk org yg sokong tak tau nk ckp apa dah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:04 AM

najib adalah PENIPU BESAR!

Perdana Menteri Malaysia sekarang adalah PENIPU BESAR!

Anak Arwah Tun Razak adalah BAPAK SEGALA PENIPU!

UMNO Malaysia bakal dikuburkan oleh NAJIB PENIPU!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:08 AM

Rakyat malaysia sedang diperbodohkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:08 AM

Cari makan bro..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:10 AM

Siapa leader pilihan Tuan yg cerdik jujur amanah Dan berjiwa rakyat..? DSAI .? LGE..? or Mat sabu...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:10 AM

Selalunya kalau rakyat biasa, sekiranya sejumlah wang dalam kuantiti besar dalam dalam akaun peribadi, LHDN dan SPRM pasti akan cari sampai ke lubang cacing. Itu rakyat biasa. Tapi nampaknya dalam negara ni unik sikit kerana rakyat biasa diambil tindakan, tapi pemimpin atasan dilepas begitu sahaja.

Kita memang tidak menafikan derma atau sumbangan untuk tujuan politik itu adalah perkara biasa. Mana-mana parti politik pun akan buat benda yang sama. Sebijik macam tabung milo milik PAS yang tak pernah diaudit. Cumanya, amaun tersebut adalah terlalu besar untuk pihak berkuasa melepaskan begitu sahaja. Harus diingat, ini adalah akaun peribadi. Bukan akaun atas nama Tabung UMNO atau Tabung Derma atau Tabung Ehsan.

Sekali lagi kita nak tegaskan di sini ialah, ini adalah akaun peribadi. Meskipun akaun tersebut hanya sekadar akaun tumpang sementara sahaja, tapi dari segi prinsip akauntabiliti, integriti ianya tetap salah. Salah tetap salah walau atas alasan apa sekalipun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:22 AM

najib sungguh tidak bernasib baik. bila terdapat kumpulan yang berkepentingan ingin menjatuhkan dia sedangkan perkara ini telah lama berlaku, dikorek ape jua isu yang boleh menjatuhkan dia sedangkan pada zaman tun m dan anwar p berapa banyak isu yang di ketengahkan mereka tidak ambil peduli, cerita anwar sekeluarga mempunyai dana di israel, anwar bawa duit keluar berbillion dalam bentuk duit rm 500 dan rm 1000, kes bank bumiputra, tun m dengan pelaburan mata wang asing semua tak ambil tahu, pasal tidak ade satu kumpulan pun mempunyai kepentingan. malangnya nasib najib. semalam baru baca dari entry raja petra ok kut sal pak din pun ambil dari malaysia kini. bagaimana pemegang amanah umno tidak memulangkan harta umno setelah menjadi pemegang amanah. tun m pun yang pulang dia cerita yang dia tak pulang allah saja yang tahu. hanya dari segi sejarah tidak ade individu yang keluar parti menubuhkan parti lain yang boleh bertahan sekian lama jika tidak mempunyai sumber kewangan yang besar kecuali seorang saje anwar ibrahim.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 9:28 AM

@AnonymousSaya bergerak sorang, tak dibayar jadi saya tidak punya masa untuk cover banyak isu. Saya pilih untuk tumpu pada pihak yang SEDANG berkuasa, sekurang2nya perkara yang jadi isu boleh diubah.

RAMAI lagi blogger yang punya masa dan sumber luas yang boleh main pelbagai isu lain termasuk mengorek cerita2 pemimpin2 lama. Tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:34 AM

Institut Intergiti Malaysia,IIM jawabla apa hal semua ni!!! SPRM jawablah apa hal duit derma banyak sungguh dalam akaun peribadi tak salah tak ada unsur rasuah?!!! Bank Negara ooooii jawab lah!! Aku sumpah semua bangang semua pegawai tinggi pemegang amanah. 7 keturunan korang ak laknat. Salah tetap salah. Ak malu dengan anak-anak yang sedang belajar di sekolah sekarang ni. Korang semua ni bapak mak xde akal ke buat kerja xingat tuhan xingat amanah?! Ni bukan ttg parti mana-mana dah ni. Dah isu mana-mana manusia mana-mana bangsa,warna kulit,beza bahasa,beza agama yang xde nilai kemanusian buta hati. Amanah kerja amanah kata kata. Semua tak ikut undang-undang! Tak guna insititusi kehakiman jika asas peraturan tak diikuti. Pergi mampuslah BN!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 9:34 AM

Akhirnya....
SPRM terlepas satu jawaban yg d tunggu2...
walaupun rakyat mcm dah tau...
terpaksa tunggu berminggu2...
Membuat lidah menjadi kelu....
Tak mungkin lepas ni boleh keliru...
Cukuplah berkali2 d tipu!
Sbb tu KITA MESTI BERSATU....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:35 AM

@AnonymousBro Anon August 4, 2015 at 9:10 AM

Bila mengkritik pemimpin UMNO, tidak semestinya menyokong pembangkang. Sayang UMNO, tapi belum tentu sayang pemimpin UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:43 AM

Langkah pembersihan Najib sumbang. Dgn meletakkan Zahid terlalu berkuasa akan memakan diri sendiri. Terbukti Najib bersalah, terpaksa gantung belas ikhsan Zahid utk tidak mendakwanya. Jelaslah usaha Najib utk melucutkan jawatan Timbalan Presiden UMNO boleh memakan diri. Kalau Zahid jadi T. P. UMNO tidak mustahil Najib akan ditangkap utk membolehkan Zahid jadi PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:59 AM

Apa kat malaysia ni ada 3 orang je ke boleh jadi PM. Dah pupus orang UMNO.. ???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 11:02 AM

Bila Najib nak ditangkap, AG kenapa lambat sangat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 11:03 AM

Syabas Bro Din... antara BLOG yang terpenting dlm menyediakan analisis yg munasabah dan pencerahan yang mudah & berkesan dlm isu terkini. Bukan senang wooo nak tulis & publish.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 11:29 AM

Saya sokong bro..malu saya jd ahli umno,syg..umno rosak kerana ego dan tamak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 11:31 AM

922, Kalau hang sendiri ber OTAK, hang x mungkin komen apa yg hang komen diatas.... komen hang menunjukkan bacul bugis ni adalah bodoh, bahlol, bongok, biol, bengap, bebal dan baghal...
sape yg jd ketua? Org keliling atau dia? Klu dia xde otak wat per jdi ketua??? Bla org bg tau dia xde otak x nak dengar...sombong...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 11:34 AM

anon 9:22 am,ini soal masa depan umno bn. buat ape sebut kesalahan org lain.rata2 komentar disini adalah penyokong umno bn. kami semua sygkan umno bn.tak guna jaga tepi kain org klu kain sendiri dah koyak rabak
.menyokong membabi buta boleh hancurkan masa depan parti sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 11:39 AM

Siapa 'penderma' tersebut? Dari mana sumber 'derma' tersebut?

Najib sepatutnya disiasat mengikut peraturan AMLA (Anti Money Laundering Act) kerana sumber kewangan yang didermakan ke dalam akaun Najib itu adalah amat meragukan dan dikhuatiri dari sumber yang menyalahi undang-undang.

Pihak PDRM terutama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil tak mau siasatkah pasal hal ini?

Pelik betul bila para penyiasat dari SPRM, Pejabat Peguam Negara, serta Bank Negara ditangkap dan disoal siasat oleh pihak polis, tetapi suspek jenayah iaitu Najib dibiarkan lepas bebas, apa cerita ni Khalid Abu Bakar, kau ni Ketua Polis Negara ke, ahli kumpulan penjenayah sampaikan jenayah sebesar itu pun kau boleh biarkan?

Najib perlu ditangkap, dia suspek jenayah Pengubahan Wang Haram berdasarkan undang-undang Anti Money Laundering Act.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 11:51 AM

apa kata PM MUHYIDIN dan TPM ZAHID HAMIDI. kalau zahid dakwa najib, ingat dia menteri negeri,... dia ttp tak boleh jadi PM. Mungkin Najib ingat tak mungkin Zahid boleh lawan dia sbb Timbalan Presiden UMNO masih Muhyidin dan jika najib jatuh Muhyidin dan bukannya zahid yg naik. Tapi nungkin Zahid boleh membentuk gandingan baru dgn Muhyidin dan singkirkan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 11:59 AM

Isunya di sini adalah perbuatan Najib ini boleh didakwa di bawah kesalahan pengubahan wang haram. Ini kerana jumlah wang yang disalurkan itu tak kiralah kecil atau besar, tetapi wang itu tidak diketahui sumbernya, patutnya perkara ini perlu diishtiharkan kepada pihak yang berwajib, apakah Najib menghishtiharkan kemasukkan dana itu kepada pihak yang berwajib mengenai jumlah, dari siapa pendermanya, dari sumber mana penderma itu, kerana kita risau sumber 'derma' itu adalah sumber yang menyalahi undang-undang seperti pelacuran, perjudian, dadah, vcd/dvd/kaset cetak rompak, barangan tiruan, pemerdagangan manusia, pejualan organ manusia, urusniaga senjata api yang menyalahi peraturan antarabangsa, pusat maksiat, pemerasan, ceti haram, rasuah, atau lain-lain sumber yang meragukan.

Oleh itu pihak berkuasa terutama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman perlu menyiasat perkara ini. Jika terlibat dengan unsur rasuah, maka serahkan kepada pihak SPRM, tapi kalau jenayah lain seperti diatas tu, maka Jabatan Siasatan Jenayah perlu ambil tindakan siasatalah.

Apa yang pelik kini adalah para penyiasat dari SPRM, BNM, serta Jabatan Peguam Negara, malahan Peguam Negara pun dipecat dari jawatannya serta merta tanpa sebarang alasan yang munasabah, siap bohong lagi kata Tan Sri Gani sakit, sedangkan dia masih ok dan bila datang ke pejabat, dia dihalang masuk ke pejabatnya, malahan notis pun diberikan kepada Tan Sri Gani mengenai pemecatannya itu, apahal ni semua?

Pihak PDRM perlu segera menahan Najib, kerana dia sekarang ni dah dianggap sebagai suspek kes jenayah, sampai bila nak biarkan suspek jenayah itu bebas di luar sana? Jangan jadikan kes Najib ini sebagai rujukan oleh orang lain yang buat jenayah di masa akan datang untuk mencabar penangkapan mereka oleh PDRM pula selepas ini.

Nanti kita tak maulah bila ada suspek pengubahan wang haram ditangkap dia nak lepaskan diri maka digunakan alasan PDRM tak tangkap Najib walaupun Najib ada kes pengubahan wang haram. Apa akan jadi dengan undang-undang kita kelak?

Kesimpulannya Najib perlu ditangkap atas dakwaan membuat pengubahan wang haram, jika tiada tangkap dibuat oleh pihak polis, maka pihak SPRM perlu menyiasat pihak PDRM terutama Ketua Polis Negara atas dakwaan tidak menjalankan tugas dengan betul dan melakukan salah guna kuasa dengan tidak menangkap suspek jenayah.

Sedarlah semua.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 12:10 PM

Utk pengetahuan semua,datuk seri najib telah memberi keterangan kepada SPRM,dan beliau akan membuat sidang media pada keesokan hari di kediaman rasmi beliau.SPRM memberitahu wang 2.6b dalam akaun datuk seri najib sah hasil dari derma.seorang dermawan yang berasal dari kazastan mendermakan 2.6b kepada datuk seri najib atas sebab membalas jasa beliau sepanjang menjadi perdana menteri malaysia.ini sebagai penghargaan beliau.bagi beliau 2.6b tak ternilai jika di bandingkan dengan jasa datuk seri najib.pendema itu adalah dari keturunan diraja yang dikenali sebagai ismet ulam raja. Harta2 beliau amat banyak, antaranya di kazakhstan, afganistan, konggostan, rambutan, gohead gostan dan setan,,, hahahaha.......

# sprm pun dah kene rasuah..mcmn nak cegah rasuah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 12:36 PM

Itu strategi politik takkan lah semuanya nak didedahkan. Semoga UMNO akan terus cemerlang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 12:40 PM

-luv tun m.

-najib kini terperangkap diatas perbuatannya itu.
-secara tidak langsung ini mendatangkan kemusykilan pada pandangan mata rakyat.
-isu yang sedang bergelut sekarang ini adalah siapa si penderma itu?. perkara ini pasti membuatkan najib dibelenggu rasa malu dan serba salah atas apa yang ia lakukan.
-perbuatan sebegini amatlah memalukan negara dan terutamanya orang melayu kerana UMNO parti keramat orang melayu. hal ini disebabkan najib menerima baik sebagai penerima. tetapi, tentunya ada balasan yang harus najib sertakan dan tentunya lumayan kepadanya tapi bukan pada partinya.
-SPRM juga harus memainkan peranan sebagai badan yang bebas untuk mendakwa sesiapa sahaja jika benar telah di sahkan sebagai perasuah(pemberi, penerima, cenderahati) oleh pihak-pihak tertentu.
-sudah tentunya menjadi amalan kepada mana-mana syarikat yang menolak untuk penerimaan oleh mana-mana pemberi sebagai tanda, hadiah dan tidak kepada najib.
-perkara ini sudah pasti melibatkan sesuatu permintaan oleh sebuah pihak kepada najib dan sebagai balasan najib harus mengadaikan atau memberi apa yang dituntut diatas gelaran wang dan kuasa.
-kepada bank negara, peguam negara serta semua badan yang terlibat mestilah adil dalam menjalankan tugas yang dianggap profesional itu. malulah pada tuhan yang melihat dan malulah diatas sebab pemesongan.

- pemuisi , sastera dan pemikir' luv tun m.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 12:49 PM

komen2 hanya ikut nafsu..tunggulah pru14 pangkahlah pembangkang supaya komunis boleh berkuasa semuala..apakah pembangkang tidak dapat dana dari luar untuk parti..yang sumber pun meragukan..mungkin dari yahudi atau wang haram..mengapa takut nak lapor..memang dasar politik kotor pembangkang..kalau orang lain satu dunia nak di besar2kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 1:03 PM

Disarankan supaya Najib memohon maaf secara terbuka kepada Tun diatas tuduhannya mengatakan Tun berkonspirasi dengan WST untuk menjatuhkan beliau.Najib sepatutnya merasa malu kepada diri sendiri kerana telah menghina dan merendahkan Tun sedemikian rupa. Semuga Allah melindungiTun dari segala mara bahaya dan berjaya dalam perjuangan ikhlasnya memerangi kemungkaran ini,insyallah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 1:20 PM

Article baik dari DT so to give some intake on the speech by Obama is,

"...what in this world has got into my mind that I played golf with this bone-head?" just a one liner regret without naming anybody but the guy knew who he is!

Another thing is I didn't see any comment on $2 million RM in the account that is indeed acknowledged by the Bini-Kepalanun-Bugis.

Then again if $2.6 Billion RM that goes into the bonehead's personal account (now finally out albeit still not being acknowledged by the bonehead himself) is not been looked into by the Revenue Agency ie. LHDN so apalah sangat $2 Million RM dalam account suri rumah kan?

Rosak dah UMNO tahap gone case! Melayu-muslim malu terpalit sama di luar negara!

Sekarang dah bakal jadi satu lagi tipu - nak saman WSJ, (Zahid pulak konon nak heret-extradite RCB-SR) modal saman dah kantoi!

Syabas DT, teruskan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 1:31 PM

Hancur integriti seluruh jabatan kerajaan zaman pm 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 1:38 PM

Semua org Umno kan korup d pandangan rakyat...sokong la 3 ekor setan tu..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 4, 2015 at 1:38 PM

Assalammualaikum wmt,
Antara SPRM dgn Pak Menteri-Pak Menteri Najib yg jadi tukang jawab, siapa mainkan siapa sekarang?
Hmmmmmmm! "Duit sebanyak RM2.6b itu bukan duit 1MDB".
Bunyinya macam Najib dah terlepas tuduhan menyalahgun kuasa, tapi sebaliknya menyerlahkan salahlaku sebenar. Tidak ada yg tidak benar melainkan benar belaka.
Semakin hari semakin parah. Terlambakkkkkkkk....

Itulah akibatnya apabila jawapan bagi pihak Najib selaku yg tertuduh, diberikan atau diharapkan kepada orang lain. Mereka hanya jawab apa yg mereka tahu. Apa yg tersembunyi, yg hanya diketahui oleh Najib dan Kak Ros mereka tak tahu. Tak boleh nak jawab.
Semoga SPRM terus jadi wadah harapan rakyat mencegah kemungkaran salahlaku rasuah di tanah air tercinta ini.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 2:33 PM

Hari ini kj kata 2.6bil yg ajib terima tu bukan jenayah! Saya org pertama setuju.
Tetapi d kedudukan beliau itu adalah RASUAH...yg mana merupakan satu kesalahan jugak!
Spin jgn tak spin.....bos buat mesti betul...mana ada salah...yg jadi salah kita yg bertanya. Mat asan kata bos buat apa mesti betul. H****h. Buek malu ghombau yo....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 3:15 PM

3 juta ahli berdiri teguh di belakang wooooiiii ! Hebat kan ! Betul keeeeee? Pencari makan dan pencacai?

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 3:37 PM

DT, awak betul pasal golongan atas pagar. Saya atas pagar juga walaupun leaning towards UMNO a bit. PRU 13 saya pangkah BN, walaupun entah cina mana tak kenal pun.

Selepas kes ni dah terbongkar camni, abis menyampah dah. Pembangkang memang hampeh, BN pun sama hampeh....kecewa tak terkata.

PRU 14, hmm....pasal sy duduk area majoriti DAP, malas nak keluar. gone case maaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 4:01 PM

@AnonymousSaya fikir bukan strategi TAPI TRAGEDI politik sebab PM kurang CERDIK walau pun mempunyai banyak consultant yang telah di bayar berBILLION BILLION untuk menasihat dia.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 4:24 PM

hahahahh.. sokong anon 11:31.. cerita bkn main panjang .. 1fakta pun x da .. mrapuh ja lebih ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 5:47 PM

Manusia berakal sokong perkara yang betul, yang salah kita salahkan. Yang salah cakap salah yang betul kita cakap betul tp perangai anjing bertuan tak kira salah atau betul akan terus menyalak dan menggigit utk membela tuan yang memberinya makan dgn tidak seberapa.

Kalau dah banyak menipu, putar belit, mencuri dan membelit, it doesn't take a genius to figure it out. Mungkin yg bersifat spt anjing akan divert isu utk cover up guna taktik basi yang orang dh boleh baca.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 5:49 PM

Najib nampak mcm tak sihat je sejak 2-3 hari ni....pucat, lesu, letih, stress, rambut gugur, bibir biru....padan muka. Sapa suruh kamu berbohong!


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 6:04 PM

Jadi apa beza pembangkang dgn pembangang yg memerintah skrg?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 6:12 PM

Tu la.. pening nk pilih... perompak ke penyamun.. penyamun dlm rumah.. perompak jiran sebelah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 6:16 PM

Disebabkan ramai sgt penjilat najip yg dok backing dia termasuk menteri...dlm usaha menghalalkan yg salah...maka dengan ini saya memohon kepada najib supaya MENDERMAKAN hanya 1% drpd 2.6billion itu dan sila masukkan ke dlm akaun peribadi saya di Tabung Haji.

Alaaaa...takkan kedekut kot. Saya mintak derma 1% je..yg 99% tu awak ambil le...

Lagipun tak salah la...agensi2 kerajaan takkan bising punya. Dari bnm sampailah lhdn...semua akan diam je sebab depa kata itu semua sah.

So...jgn lupa derma kat akaun saya ye bang najip ;)

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 6:46 PM

@Anonymousjika tidak diubah, maka sama jer lah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 6:49 PM

@Anonymousspim, putar, pusing, alih tajuk, dan sabitkan kesalahan kat orang lain. kita pun tahu lge pun salah guna kuasa dan bini dia baik dengan kontraktor. tapi itu libat penang ajer. sprm boleh siasat, kenapa tak siasat? ini cerita bab ahjibgor dan wang derma yang masuk dalam akaun peribadi atas nama sendiri bro. yang cakap sprm bro. bukan bertujuan nak jatuhkan kerajaan tetapi pemimpin kerajaan buat benda tak betul bro. tu sebab bunyi kuat, kalu tak bunyi mungkin lebih banyak wang derma masuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 7:04 PM

@Anonymous semua tu cakap dan tanpa bukti. sila buktikan. ahjibgor juga orang cakap dan ada bukti iaitu pengesahan daripada sprm. wang derma masuk dalam akaun bernama ahjibgor. tak masuk dalam akaun amanah. personel akaun. bab lain cari bukti. apa guna lantik tunku aziz kat tranperancy apa ke jadahnya tu, kalu tak siasat dan dakwa tdm. makan duit buta ker?tdm kata, sila siasat, awat orang ahjibgor bodoh tak siasat. jangan jadi beruk bodoh bila tak dapat buktikan. bang non terbukti bersalah dalam kes sondol belakang, kes main amoi, ada video tapi tak sampai ke mana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 7:08 PM

Nampaknya poket rakyat makin lama makin menipis Rakyat dipaksa menyerap segala kenaikan kos gara2 gst, ketidakstabilan harga minyak dan kejatuhan nilai ringgit. Cubalah bayangkan. Macamanalah rakyat tak marah kat kerajaan. Ekonomi rakyat terganggu kerana tak mampu nak survive. Untuk itu, saya mintak En. Najib, dermalah sikit kat rakyat yang susah ni. Kalau tak dapat kasi RM10,000, kasi RM100,000 pon jadilah.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 7:16 PM

Ape bukti sahih yg mengatakan duit itu adalah 'sumbangan' dan bukan 'habuan'....?? Ape bukti yg mengatakan duit RM2.6bils itu bukan datang dari aliran transaksi ciptaan 1MDB....?? Knp empunye akaun ini tidak menerangkan apa2 mengenai 'sumbangan' semasa isu ini mula dibangkitkan oleh WSJ...? Knp statement dari MACC ini pula hanya keluar sebaik sahaja selepas beberapa ahli utama Task Force 'digugurkan' dengan mengejut dan secara umum...?? Tidakkah pada fikiran kita yg berakal ini bahawa sesuatu statement(walaupun lafaz cerai) yg dibuat oleh mana2 pihak dlm keadaan 'tekanan' dikenakan ke atas mereka samada secara langsung atau tidak langsung, tidak boleh digunapakai...?? Maaf, saya hanya memberi pandangan dari atas pagar.....still digesting the situation....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 7:18 PM

mungkin ada cubaan tutup kes. bila polis siasat sprm, maka ada sesuatu yang tak betul berlaku. siasat bab orang bocor rahsia lebih diutamakan berbanding salah guna kuasa dan wang masuk akaun, tu yang keluar kenyataan tu. habis cite. ngelupur orang yang dok defend ah jibgor. kat luar negara, pm dah bincang letak jawatan. kat mesia , pm kata dapat sokongan daripada 3 juta ahli umno. tu yang pemuda umno dah malu nak pegang gambar ahjibgor kalu pru14 esok tapi bukan esok camna pulak? tak termasuk dalam 3 juta ker? tu pun masih lagi nak halalkan wang derma, punya la i lap pm. kalu wang tu halal, maka banyak la lagi derma akan masuk dalam akaun boss kat mesia ni. sprm hanya perlu tangkap orang hulur sahaja. kalu masuk akaun, tak boleh pasal wang derma. cakap tahun 2012 duit derma masuk akaun amanah parti, tahun 2013, wang derma masuk akaun peribadi. ahjibgor lupa dia cakap apa dulu. baca teks tapi blur tak tahu apa. mungkin teks tu sprm tulis, ahjibgor baca ajer. baca untuk orang lain bukan untuk diri sendiri macam ustaz dok ceramah la. orang yang dengar wajib ikut, orang yang baca teks tak perlu ikut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 7:31 PM

Tuduhan mula2 dibuat wsj yg wang itu dari 1mdb.Najib telah serah pada peguam negara n bank negara utk siasat sumber wang tersebut.Dia dh maklum pada tsmy.Cuma skrg kenapa tak buat pc khas dari mulut dia sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 7:46 PM

DARI AHLI UMNO - DERMA UTK PARTI MESTI MASUK AKAUN PARTI ( sekurang2 2 tanda tangan dan MKT mesti tahu) BUKAN AKAUN PERIBADI- ADA FAHAM DS Najib Razak

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 7:57 PM

Apa la nasib 3 juta ahli UMNO mempunyai seorang ketua yang MUNAFIK.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 8:41 PM

satu masalah baru..
jika ini benar, tiada alasan sama sekali ntuk TS Muhyiddin dipecat dulu. Ahli UMNO yang cintakan kebenaran mesti mendesak TS dikembalikan statusnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 8:46 PM

wayang soalsiasat petugas sprm..
esok lusa wayang bank negara pulak
soalsiasat atau kowtim maklumat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 8:50 PM

Aku tak tau pasal sprm ni..tp semua org tahu ketua pesuruhjaya sprm masih bercuti. So sapa yg sign kenyataan akhbar sprm ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 9:03 PM

Umno mungkin perlu Pas utk menang Pru14, sbb itu Hadi back up Najib. Ni pun mcm ade udang sebalik mi...tonton je lah. Aku pun 50/50 nak undi Bn kalau Najib still Pm, tp Pakatan pun hancur. Nasiblah labu oi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 10:48 PM

Najib memang cakap➖ tak serupa bikin.

Najib juga bikin➖ tak serupa cakap.

Try cari ucapan Najib tentang "munafik" ini. Beria-ia he explain 3 petanda orang itu munafik. Yang berucap ini apa cerita...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 11:09 PM

sedih... apa yg seronok sangat tu.klu maut menjelma yg penting amalan taqwa shaja... rakyat semakin ssh,ekonomi semakin perlahan,semua ini akan dihisab atas nama amanah dipdg mahsyar kelak.baik pemimlpin mahu pun kita... kesudahan hanya satu tempat,raja,pemimpin,hartawan,jutawan mahupun rakyat biasa tempat kita klu tidak di syurga atau neraka.... pilihlah.... tanya iman dan taqwa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2015 at 11:29 PM

Org GILA yg bgi derma byk GILER tu...kikiki

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 12:17 AM

lucukan....
anggota SPRM disiasat kerana kebocoran dokumen deraf kertas pertuduhan terhadap PM. tapi new AG sendiri yg kata dokumen itu palsu. kalau dah palsu kenapa pula nak siasat. palsu pun bocor ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 12:19 AM

aku pelik knp nk tarik pembangkang? spinner mc tue ke? hmm
pengundi atas pagar baguslah sokong najib. terima kasih byk2, krn anda kita ada pm yg terbaik. drama queen

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 12:28 AM

Baru kita tahu PM kita perahsia orangnya. Kerajaan dapat sumbangan 2.6B sorang menteri pun tak tahu. MT UMNO pun tak tahu. Malah TPM sendiri pun tak tahu. Hebat.

....................
Reply To This Comment ...................
eri
August 5, 2015 at 1:03 AM

bezanya pembangang yg berkuasa sekarang berjaya menjelmakan bangang2 yang berkebangangan berkuasa tinggi seperti anon 1249 diatas....

....................
Reply To This Comment ...................
eri
August 5, 2015 at 1:11 AM

hg x merasa bersalah ka knowing u are one of da reason da whole country heading towards da longkang!!!!akhir kata pangkah la lagi bagi kita sumer mampus trus...tq...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 3:11 AM

Najib sendiri kata semua political financing mesti masuk akaun rasmi parti.

Tapi kenapa masuk akaun peribadi? Dahla timb presiden dan MT tak tahu...akaun ditutup pulak tu.

Lebih sebulan baru dpt idea pasal "derma"...tp tetap kantoi jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 3:29 AM

ang ni lambat la din...kan najib dah cakap dia dah bwak isu political funding utk dibahaskan...tetapi dap xnak...jadi isu ni disenyapkan....!!mgkn apa yg ang copy tue adalah idea najib utk buat semua tue...tetapi x menjadi....!len kali nak komen biar bijak la din...tgok dulu semua channnel pastu baru posting...

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 4:00 AM

PINTU utama Al Quran semua orang2 Islam yg beriman dgn Allah swt dan rasulNya tahu iaitu surah Al Fatihah, didalamnya ada KUNCI untuk memahami seluruh isi Al Quran.

pada yg arif bidang perakuan kena memahami KUNCI kira2.

untuk keselamatan rumah, kenderaan, hp, komputer dsbnya semua disediakan KUNCI yg bersesuaian dgn keperluannya.

tentu maklumat WANG BESAR ini di KUNCI dengan rapi penjaganya. namun kebiasaan KUNCI ada masterkey.
tiba2 KUNCI masterkey ghaib, penjaga WANG BESAR kata tak perlu cari, cukup dia seorang menjaganya.
namun datang sekumpulan orang bernama RAKYAT menyatakan mereka ada hak terhadap WANG BESAR, mereka mohon diberi KUNCI atau pendua , penjaga kata tak boleh, itu semua haknya, orang lain tak perlu ambil tahu.

RAKYAT tak putus harapan, mereka bertekad mencari masterkey yg ghaib, persoalannya di tempat mana nak dimulakan pencarian ini atau memang masterkey ada tapi disorokkan oleh penjaganya.

MASTERKEY itu bernama......................

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 5:03 AM

Ada Sprm pun salah,xde pun salah,siasat kena soal pulak!!,kata nak guling kerajaan.Heran betul la..Hari tu iya2 nak tubuh lembaga penyiasat.Mcm ni tutup je lah Sprm.Apa punya politik lah org melayu kita ni.Nak melawan Rasuah konon..Puuiiihhh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 6:38 AM



Sejak dulu lagi kita semua tahu..istilah "derma" atau "duit kopi" atau "sumbangan" atau "pelincir" selalu digunakan bagi menggantikan istilah rasuah oleh pengamal2 rasuah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 12:09 PM

Tiada undang-undang yg menyatakan yg PM mesti Presiden UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 12:51 PM

Bro Din patut satu article yang di mana bila isu duit ini keluar,loyalist Bugis ini BERBOHONG untuk Boss mereka. Contoh mcm Ahmad Maslan kata 'Tak kan PM Bodoh nak masuk duit dlm akuan dia. Jangan lupa juga pegawai CIMB yang 'pakar swift'yang kata perkara ini pembohongan!! You should start çollecting all the lies yang orang2 UMNO dan juga pak menteri yang bohong yang kata perkara ini tak wujud, kerana this list of liars will HELP the rakyat to know sapa yang kaki bohong dan sapa yang boleh di percayai!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 2:19 PM

yang cakap tak mungkin Preseden Pas & Mursyidul Am Pas.... huhuuhu mustahil, najib sanggup terima duit sebanyak itu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 3:22 PM

xaya pun sokong idea saudara alfie. sekurangnye kita tau siapa yg sokomg membabi buta. pemimpin seperti ni patut di jauhi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 3:44 PM

Mati la pak-pak menteri ni kalau list pembohongan/mulut celupar diorang kita buat list.mesti KO bila time ngudi nanti.Tak boleh cover dah mcm mat maslan ni,dah byk buat statement bangang dan fumble. Next in line is that Rahman Dahlan yg kata dia sendiri akan topple Najib kalau ada salah laku...hahahahaha...apa punya loyalist la ko simpan ni Najib oiii!!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 7, 2015 at 1:11 AM

Sebenarnya SPRM menggunakan bahasa kiasan.

Derma pun dikategorikan sebagai RASUAH juga sebenarnya.

Jika tidak sudah tentu ada pihak tidak senang dengan SPRM dengan mengarahkan polis siasat orang2 SPRM yang menyiasat kes 1MDB & Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2015 at 1:18 PM

Apa kata kita ramai2 desak najib bersumpah dgn nama ALLAH bahawa duit 2.6B betul2 memang derma.Kalau dia berani bersumpah kita tutup hal ni.

Post a Comment