........... Adakah Najib Akan Saman WSJ ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Adakah Najib Akan Saman WSJ ?

Wednesday, August 5, 201524comments


Najib nak saman WSJ ?


                              *************************

Di bawah saya copy komen seorang pembaca yang dipetik dari artikel sebelum ini. Beliau menjawap mengenai persoalan mengalih tiang gol yang dimainkan oleh pro Najib -

pertamanya, yang mengalihkan tiang/palang gol ni, bukan pengkritik, tapi penyokong najib. bila mereka terus memainkan isu kononnya najib telus dan tak bersalah dalam isu 'derma' najib, maka pengkritik mula menyoal tentang isu 'derma' tersebut. apabila tidak mampu menjawab persoalan 'derma' tersebut, maka dimomokkan kononnya pengkritik mengalihkan tiang gol. siapa sebenarnya berkali kali mengalihkan tiang dengan gol, dengan isu pemecatan tpm, ag dan sebagainya? tentunya bukan pengkritik.

berbalik kepada isu 'derma' najib, banyak persoalan timbul. pada mulanya, blongang najib memberi alasan tidak salah untuk menerima derma dalam akaun amanah dengan mengeluarkan perkara 27.2 perlembagaan UMNO, tetapi perkara 27.2 sendiri menyatakan akaun amanah, bukan akaun peribadi.

maka, berkokok lagi penyokong najib, memberi alasan, lebih selamat kalau disimpan dalam akaun peribadi najib. so, datang WTF question. menggunakan akaun persendirian najib lebih selamat dari menggunakan akaun amanah yang memerlukan 2,3 trustee untuk tujuan kawalselia. adakah najib lebih jujur berbanding kawalselia 2-3 orang pemegang amanah UMNO?

jika najib betul betul amanah dan akaun peribadi tersebut betul betul akaun amanah, bukan akaun peribadi (akaun peribadi untuk tujuan amanah - ha. ha. ha. semua orang dah pening dengan ayat tu kan, but that's what najib's blongang trying to say, so, try to understand it), kenapa tidak ada seorang ahli UMNO pun, selain najib aka presiden, waima timb presiden sendiri yang tahu kewujudan dana tersebut? dan sebagaimana soalan din dalam post ni, jika tidak didesak oleh netizen dan pembocoran dokumen dokumen (yang berbuih mulut blongang najib cakap palsu dengan 1001 teori, andaian and what's not. paling best menuduhnya sebagai tindakan zionis untuk menjatuhkan seorang muslim paling suci yang masih hidup) ADAKAH najib akan mengumumkan (bukan najib umum pun, SPRM sebenarnya, najib takde cakap apa pun lagi), bahawa dia ada memegang dana bernilai RM2.6b untuk kerja parti, sekurang kurangnya kepada MKT UMNO sendiri? adakah ini tindakan seorang yang amanah?

menyorot ucapan najib di Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya, pada Februari 2012. boleh tengok youtube ni

saya quote ucapan najib secara verbatim, sekitar 1:30 pada video tersebut


"Kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif dibawah GTP bagi tujuan mengawal political financing.

inisiatif ini akan memberi penekanan bahawa setiap sumbangan kepada mana mana parti politik samada diperingkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan kepada akaun parti"

adakah tindakan seorang yang jujur dan amanah apabila beliau melakukan perkara yang sebaliknya lebih kurang setahun kemudian?


cubaan untuk mengalih isu berlaku lagi apabila berlaku cabar mencabar dan tuduh menuduh pembangkang dibantu oleh orang luar dan zionis dan tidak mahu mengisytiharkan sumber dana mereka.

memandangkan ramai yang mengecam najib dan blongangnya bukanlah dari pembangkang, maka, isu tersebut tidak bersambut dan tidak begitu dipedulikan. maka, tuduhan mengalihkan tiang gol berlaku lagi, kali ini oleh rahman dahlan malam tadi.

memetik rahman dahlan malam tadi, beliau mengatakan, pengkritik sudah mengalihkan goal post, dari isu 1MDB kepada isu derma. sekali lagi kita tekankan, isu 1MDB masih dipersoalkan, cuma cubaan mengalih isu 1MDB sedikit sebanyak berjaya kerana isu 'derma' ini menimbulkan lebih banyak persoalan dan masalah yang belum/tidak terjawab oleh penyokong najib.

antara persoalan yang timbul ialah isu akaun peribadi vs akaun amanah yang telah disebut diatas. 


2) wang yang dibawa masuk itu, adakah sudah disiasat dan disahkan dibawah AMLA?


3) memandangkan 'derma' tersebut dimasukkan ke akaun peribadi, adakah ianya disiasat oleh LHDN. adakah ia nya taxable?


4) jika ianya tidak taxable, LHDN sepatutnya mengumumkan dibawah perkara/akta berapa yang ianya dikecualikan. ini penting kerana, orang ramai mungkin boleh menggunakan perkara sama untuk tujuan pengecualian cukai dan meminta refund jika mereka telah membayar cukai sedangkan mereka layak dibawah perkara sama


5) jika ianya taxable, sudahkah cukai tersebut dibayar?


6) jika belum dibayar, bilakah tindakan arahan pembayaran akan dibuat?


7) pendapatan RM2.6b mempunyai nilai cukai lebih kurang RM800j tidak termasuk penalti. ini adalah jumlah yang sangat besar untuk dihapuskira/sapu bawah karpet. siasatan tidak perlu lama kerana SPRM sudah mengesahkan perkara tersebut, jadi tiada isu wujud atau tidak 'derma' tersebut.

penyokong najib bersorak gembira dengan kenyataan SPRM, seolah olah najib sememangnya suci dan sudah disucikan oleh SPRM. benarkah begitu?


merujuk akta SPRM di website mereka dibawah tafsiran perkara 3 m/s 12, derma juga adalah suapan.


“suapan” ertinya—
(a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

adakah kenyataan SPRM bahawa ia adalah derma bermaksud najib tidak bersalah atau bermakna najib sedang disiasat kerana mungkin menerima suapan?

satu lagi yang orang lupa ialah, SPRM/MACC sebenarnya bukan hanya anti rasuah. corruption juga bermakna penyalahgunaan kuasa. anwar aljuburi pernah dipenjarakan kerana menyalahguna kuasa.

berbalik kepada rahman dahlan dan 1MDB, rahman dahlan memberi contoh wang JV dengan petrosaudi tidak hilang kerana 1MDB mendapat pulangan bernilai lebih RM2b.

tetapi rahman dahlan buat buat lupa, bahawa, pulangan itu berbentuk unit (just unit), bukannya wang. dan unit tersebut kita tidak tahu apa nilai sebenar, siapa penilai dan disandarkan pada apa. kalau unit ASB, sekurang kurangnya kita tahu nilai dan penilainya, dan jika kita nak bayar hutang, kita boleh tebus duit kita di ASB dan membayar hutang tanpa perlu menggadai tanah.

kalau kita tanya rahman dahlan, kita hutang dengan dia RM1,000,000.00 (RM100.00 sikit sangat bagi diorang), dan kita bagi dia sekeping kertas bertulis RM2,000,000.00, adakah beliau gembira? adakah beliau menganggap hutang tersebut selesai?

isu 1MDB masih belum berjawab dan masih belum selesai. cuma perbincagan sekarang tertumpu kepada 'derma' najib. siapa yang telah mengalihkan isu kepada 'derma' najib? tentunya bukan pengkritik, tapi penyokong najib.

- jiwa kacau -

.

Komen DT - Soal samada isu derma RM2.6 billion ini berjaya mengalih isu dari 1MDB tidak timbul. Isu 1MDB sentiasa menjadi keutamaan dan radar kita amat sensitif kepada sebarang perkembangan tentang 1MDB. 

Walaupun SPRM kata dana ini adalah derma dan bukannya datang dari 1MDB, kita masih tidak menolak terus kaitan dengan 1MDB sehingga kita tahu cerita sebenar sepenuhnya mengenai derma ini. 


Kaitan dengan 1MDB cuma kita KIVkan saja. Maksud saya, masih ada kemungkinan dikaitkan dengan 1MDB jika didedahkan nanti pemberi derma ada kaitan dengan 1MDB..... kan ?

Derma bukan duit 1MDB tapi tidak semestinya derma tidak ada kaitan dengan 1MDB ! Sehinggalah kita diberitahu cerita sepenuhnya disebalik derma ini.

Oya, Najib masih tidak cakap apa2 pun lagi. Semuanya masih datang dari mulut balaci2 Najib. Apakah mereka tahu cerita sebenar derma ini sehingga berani mengatakan ia tidak ada kaitan dengan 1MDB ?

Satu lagi, saya TIDAK PERNAH mengaitkan 1MDB dalam isu deposit RM2.6 billion ini. Saya juga TIDAK PERNAH kata dana itu datang dari 1MDB. Saya secara konsisten hanya minta Najib buat pengakuan tentang deposit itu saja. Jadi komen2 pro Najib yang menyebut sebaliknya, saya tidak layan.  

Satu point utama yang mampu mengkantoikan APAJUA alasan yang diberikan oleh balaci Najib dalam isu RM2.6 billion ini adalah - TIDAK ADA SEORANG PUN TAHU APA-APA MENGENAI RM2.6 BILLION YANG MASUK AKAUN PERIBADI NAJIB ITU SEHINGGA WSJ DEDAHKAN.

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 9:06 PM

Wah wah wah seronok ye kau din gelakkan mereka.....tapi bukan salah kau,salah Najib yg simpan semua orang bangang tapi loyal sebab nak hidup dgn duit derma Najib...muahahaha...satu melaya buat bahan lawak sekarang ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 9:10 PM

PM & cacai cacainya more lie please.

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 9:24 PM

@AnonymousHakikatnya Satu Malaysia sedang ketawakan alasan2 yang diberikan oleh balaci najib !

Mereka ni sedar tak ? atau syok sendiri jer ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 9:43 PM

Patut guna gambar ni:
https://pbs.twimg.com/media/CLk-X0bWsAAb5CY.jpg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 9:46 PM

Satu dunia dah tahu sebenarnya siapa najib dan belacai-belacainya. Maruah najib, rosmah dan pengikutnya sudah tidak ada lagi. Alangkah malunya. Tapi manusia jenis ni bukan tahu malu pun! Sebagai rakyat Malaysia aku tumpang malu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 9:49 PM

Alihlah goalpost ke mana-mana sekali pun untuk kelirukan orang atau supaya orang terlupa isu-isu awal yang sebenar namun ramai orang masih lagi ingat Dan tidak lupa. Usaha untuk memperbodohkan orang Dan rakyat akhirnya Akan memperbodoh diri mereka sendiri. Itu belum Kira dosa-dosa berbohong. Rakyat dah tak percaya lagi mangkuk-mangkuk tersebut. Sampai bila nak menipu? Tak takut tuhan dan balasan tuhan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 10:01 PM

Semalam saya berpeluang menonton rancangan di TV Al Jazeera bertajuk "Goldman Sach -The bank that rules the world". Saya fikir scandal $2.6 B is a tip of an iceberg. Its a known fact that Goldman Sach cook the books for the Greece Government to enter the Eurpoean Union walau pun negara itu miskin dan banyak hutang. Rancangan ini highlighted bahawa the Head of Federal Reserve Amerika SEMUA nya ex Goldman Sach punya staff.

Jangan lupa bahawa Goldman Sach juga yang cook up project 1MDB sampai exposure $42B, plus with high interest rates and consultantcy fee. Saya fikir si pahlawan bodoh Bugis kita ini sudah termasuk perangkap 'Iluminati" tanpa di sedari nya. This 'buy-in'yang membawa sokong dari congress mereka yang kemudian membawa PRESIDENT OBAMA ke Malaysia. Perangkap ini juga yang akan di guna sebagai leverage supaya TPPA di tangani oleh Malaysia. In America ada saying 'There is no such thing as a free LUNCH', $700USD is not a small amount for someone to GIVE without a STRING ATTACHED!

In politik we should NEVER just see thing on FACE value,semua statement dan perbuatan mereka ada agenda dan propaganda yang tersirat.

Maybe the trail of $USD 700 was to be used to overthrow UMNO and put Anwar in power or kalau mereka tak berjaya, si pahlawan bodoh Bugis kita di BLACKMAIL oleh penderma nya untuk objective dan agenda mereka. So penderma or donor $2.6B still has a hold on our PM selagi kerajaan tak declare the identity orang ini. Kepada penyokong Ah Jib Gor later dalam sejarah mereka ini akan di kenali sebagai TRAITOR yang telah bersubahat menjual negara Malaysia!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 10:21 PM

kesetiaan sentiasa boleh diperbodohkan manakala kecerdikan tidak mudah diperkotak -katikkan

sy quote dr OSTB

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2015 at 10:34 PM

Akaun Najib yang di dedahkan ialah akaun Ambank.Sebelum ni kalau x silap isu NFC dan kak Ijat pun berkait dengan akaun Ambank.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2015 at 10:48 PM

Kalau wang amanah kena tidak Husni yang simpan, sebab dia Bendahari UMNO, gila betul Najib nih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 12:09 AM

Para penyokong ahjibgor akan cuba spin dan alih tiang gol dan segala jenis tiang gol. mereka akan guna segala fitnah untuk terus tegakkan ahjibgor. kenyataan daripada sprm membuktikan bahawa ahjibgor memang bersalah oleh itu, ag ditukar, pengerusi sprm kena cuti, tpm kena pecat dan rombakan kabinet. ini nak tutup kes la ni. derma ini akan terus jadi satu perkara halal untuk orang yang berkuasa memohon derma dan dimasukkan ke akaun peribadi. sprm nak pusing kat mana sebab wang masuk akaun peribadi dan jelas. tak tahu la kalu ag baru kata tak ada kes.
sprm bermaksud wang derma bukan terus dari 1mdb. itu ajer. sumber yang banyak dan berantaian. so, kena ambil masa la nak siasat. puncanya wang tersebut dari mana. sekarang sprm hanya dapat maklumat di hilir. so kena la mudik ke hulu untuk tahu punca awal duit turun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 12:23 AM

1. Derma tu tak kene tax sebab foreign income non taxable.

2. Kalau derma, kenapa ada syarikat src, gemilang dan ihsan perdana jugak deposit duit tu? Kata derma utk parti, tp kenapa ada 3 anak syarikat 1MDB deposit duit?

3. Maknya, kalau atas kapasiti presiden umno, najib bersalah sebab ambil duit dari anak syarikat dibwh kendalian MOF masuk dlm tabung parti.

4. Kalau atas kapasiti sebagai PM duit derma tu, maka najib juga bersalah atas tuduhan menggelapkan duit syarikat dibwh 1MDB.

5. Kesimpulannya deposit dari SRC kepada gemilang kepada ihsan perdana dan masuk ke dalam akaun peribadi najib sebanyak rm42juta melengkapkan jumlah keseluruhan rm2.6b masuk kedalam akaun najib.

5. boleh mana2 menteri, rahman dahalan ke, ahmad maslan ke atau sesiapa jwb soalan ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 12:31 AM

Alih tiang gol...? Siapa tiang gol then siapa striker ni Brother Din...?

Rasanya they yang as tiang gol. Kita ni penyerangnya. Sepakan kita memang agak tepat kesasaran. Bila bola hampir saja masuk dalam gol, tetiba lak they pandai2 alih tiang. Munafik macam boss then gak lak.

Tentang SPRM ini. Sama2 la kita berdoa, moga they tetap iman even jawatan mereka juga dalam perhatian Najib.

Apa yang kita faham bahawa SPRM ini bermula dengan perkataan 'Suruhanjaya'. Maknanya mereka bukan bebas sepenuhnya, bebas untuk siasat then penghujungnya kena serah pada peguam negara.

Kenyataan media sahaja, bukan PC or by bersama Task Force tentang 'wang derma' ini. To me, it's just a beginning je. Mereka telah selesai siasatan peringkat pertama. Soon then akan masuk pula tahap seterusnya iaitu detail punca etc. Read kenyataan ini :-

Vexed over the police's action again MACC, it's special operation division director Bahri Mohamad Zain thundered :- " I will find the prepetrators who are ordering the arrest. By God, i will find the prepetrator till kingdom came. We do not have time to play politic as we are doing our job as entrusted by the public on what they expect us to do so with regard to this investigation. You may have (political) power, but i have Allah". (TMI)

Pengarah cuti, timbalan pengarah ada tugas luar negara masa 'kenyataan media' ini dikeluarkan. So, atas arahan & tandatangan siapa 'kenyataan media' ini dikeluarkan...? Siapa yang Bahri maksudkan 'hidding hand' ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 12:40 AM

Tak rasa pelik ke, kenapa Nazir selalu tak sehaluan dgn abangnya (atau kakak iparnya kut???) bila keluarkan kenyataan. Berkias-kias, bermadah-madah. Sebagai ahli keluarga Nazir dah tentu banyak tahu tentang skandal ini. Takkan Nazir sengaja tak hormat abangnya yang tarafnya sebagai pengganti arwah bapa? Dan blogger2 pro 1mdb pun dgn pantas dan garang memperlekehkan Nazir bila ada kenyataan dikeluarkan beliau.
2.6 billion... hmmmm.. Derma? Atau yg sebenarnya.... Komisyen?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 1:00 AM

Bahri Mohammad Zain kata dokumen itu 'reproduce'. Ada kemungkinan ia memang dari draf yg asal, cuma ia 'reproduce'. Jadi, ada kemungkinan memang bekas AG dah drafkan pendakwaan, cuma tak sempat. Bekas AG pun belum keluarkan kenyataan pasal draf 'reporoduce' itu kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 5:35 AM

Betul...mana2 penyokong najib yg tunjuk pandai..bila aku tanya pasal akaun peribadi dia tu..semua kelu...jawab pun sgt hampeh termasuklah akaun peribadi lebih selamat lah...lebih mudah control lah...ini semua jawapan orang takde otak.

Tu kak rusma tu...smp skrg senyap je ke? Wang tu dari mana pulak?

Nasib baik wsj buat pendedahan...klu tak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 7:29 AM

@Anonymous
peh ... komen aku jadi artikel. bangga nih. ha. ha. ha.

aku nak tanya pasal no 1.

kau ni pegawai lembaga hasil ke?

bab pendapatan diremit dari luar negara memang tidak dikenakan cukai. ada kat muka depan website rasmi lembaga hasil.

tapi aku dah tanya beberapa orang pegawai lembaga hasil, jawapan dia tak semudah tu.

jawapan paling mahsyur adalah, kalau kau buat kerja untuk syarikat luar negara, tapi kau duduk di Malaysia, ia tidak dikira pendapatan diremit dari luar negara.

aku difahamkan, pendapatan diremit dari luar negara hanya dikira jika kau kerja kat luar negara, kemudian kau bawa balik pendapatan tu ke Malaysia. ini bersesuaian dengan perjanjian double taxation, iaitu untuk mengelak cukai dua kali iaitu dicukai dinegara asal dan dicukai lagi sekali diMalaysia.

the gist of the argument is actually, jika CEO/HQ lembaga hasil mengeluarkan kenyataan rasmi dan garis panduan rasmi yang jelas tentang pendapatab yang diremit dari luar negara ini. jika ia adalah blanket, iaitu sebarang pendapatan yang masuk dari luar negara seperti 'derma' najib ni dikelaskan sebagai pendapatan diremit dari luar negara, dia boleh jadi precedence kepada pembayaran cukai selepas ini. even to the extent that, sesetengah pembayar cukai boleh minta refund sebab terlebih bayar.

kalau dekat sini sahaja, dan kenyataan itu adalah pendapat peribadi seorang anonymous poster, ia bukan rasmi dan tidak boleh digunapakai untuk permohonan pengecualian cukai.

aku percaya ramai orang akan mempunyai pendapatan dari luar negara jika 'derma' najib dikelaskan sebagai pendapatan dari luar negara

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2015 at 7:41 AM

Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 7:45 AM

Kenapa beli IPP BANGLADESH???? BANGLADESH???? BANGLADESH???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 7:45 AM

Yang saya heran, manakah agamawan kita? Harussaini, kazim, jamil, badlishah? Pekak, bisu, sakit gigi?

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 7:57 AM

JEng...jeng..
aci aci buka pintu, Najib balik pukul satu,
tak sangka betul si najib bela balaci,
dapat upah belaci berlagak berani,
kemudian hari sama2 masuk tirai jeriji..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 6, 2015 at 8:25 AM

Assalammualaikum wmt,
Melihatkan tindakan pihak polis menyerbu, menahan dan menyoalsiasat pegawai-pegawai kanan SPRM akhir-akhir ini, maka terjawablah dibenak rakyat kenapa TSMY terpaksa digantikan dgn Zahir Hamidi yg kekal sebagai Menteri Dalam Negeri yg bertanggungjawab keatas Polis Di Raja Malaysia.

Hanya Zahid saja yg sanggup dan berani lakukan apa yg sedang berlaku sekarang - Polis siasat pegawai SPRM, yg dok siasat aliran salahlaku dana 1MDB.

Kesian kakitangan SPRM. Buat kerja yg diamanahkan pun tak senang kerana terbabit adalah PM Najib.

Semoga Allah swt memakbulkan doa 'solat hajat' mereka.
Sesungguhnya hanya kepada Allah swt saja kita berserah. Bukannya kepada kuasa sihir atau ilmu hitam.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2015 at 10:37 AM

Budak muda nama Kj
Tengah hari gulai maman
Apa cerita pasal WSJ
Jadi ke tak nak d saman......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 11:40 AM

@Anonymous
sorry salah quote.

nak quote [
Anonymous
August 6, 2015 at 12:23 AM] sebenarnya

- jiwa kacau -

Post a Comment