........... 1MDB Yakin Kurang Hutang Dalam 6 Bulan ( Jual Tanah dan Hartabenda ... Budak2 Pun Yakin ! ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Yakin Kurang Hutang Dalam 6 Bulan ( Jual Tanah dan Hartabenda ... Budak2 Pun Yakin ! )

Thursday, August 13, 201540comments


Ramai yang menanti kemunculan Arulkanda di rancangan Soal Jawab TV3 semalam. Kebetulan pula disiarkan selepas tamat siaran langsung bola. Isu 1MDB ini semakin panas dan hampir semua orang memperkatakannya. 

Kita yang dari dulu tekun mengikuti isu 1MDB mungkin tidak punya masalah untuk memahami setiap perkembangan yang berlaku namun ramai juga yang baru berjinak2. 

Ketika ini dua isu mengungguli carta gossip rakyat. Pertama isu Derma RM2.6 Billion Najib diikuti isu 1MDB. Isu2 lain seperti nilai RM yang semakin teruk menjunam dan GST juga mendapat perhatian.Semuanya saling kait mengait.

Mungkin sebab itu Tun Mahathir tidak jemu mengulangi pertanyaan2 1MDB melalui blognya kerana sedar ramai yang masih cuba memahami kenapa 1MDB ini menjadi isu. Perhatikan artikel terbaru Tun 3 hari lepas ( KLiK ), beliau sabar menerangkan satu persatu tentang masalah 1MDB. Untuk baca terjemahannya boleh ke FB SSTDM.

Semalam ramailah yang mengharapkan Arul Kanda akan menjawap persoalan2 yang dibangkit itu ....... ternyata hampa kerana Arul langsung tidak sentuh walau satu pun.

Arul hanya bercakap mengenai Pelan Rasionalisasi 1MDB atau dalam bahasa mudahnya, bagaimana nak bayar hutang. Kita kena respek Arul kerana mampu bercakap hampir 45 minit untuk satu perkara yang orang lain hanya mampu luahkan dalam satu baris jer iaitu - 1MDB akan jual aset dan tanah untuk bayar hutang.

Yang jadi persoalan hangat adalah kenapa yang 1MDB boleh terjebak dalam hutang yang begitu banyak kemudian semput nak bayar.

Kita mempersoalkan tindakan2 lampau 1MDB yang meragukan, yang pada pemerhatian kita merugikan dan tidak seharusnya berlaku. 

Adakah Arul menjawab semua itu semalam ?

Arul hanya menganggap semua itu sebagai tohmahan dan berkata masalah hutang berlambak2 1MDB ketika ini adalah kerana cashflow mismatched .... atau pelan kewangan tak menjadi seperti yang dirancang.

Ya, kita akur yang ikut mana pun, masalah 1MDB perlu diselesaikan. Hutang2 perlu dibayar. Tapi apakah tidak penting untuk dikenalpasti di mana silapnya dan siapa yang harus bertanggungjawab ?

Kita bercakap tentang isu akauntabiliti.

Kalau soal kurangkan hutang dalam masa 6 bulan, semua orang pun boleh terima. Jual saja aset dan tanah yang ada, pasti kurang hutang itu ! Budak2 pun tahu ....


Mkini
Apakah misi kejayaan bagi 1MDB kini sudah bertukar dari mahu menjadi syarikat strategik kerajaan yang berdaya maju kepada syarikat kerajaan yang mampu selesaikan hutang berpuluh billion ?

Sekiranya berjaya kurangkan hutang dengan banyaknya, apakah itu sudah dianggap satu kejayaan ? Kes Selesai ?

Yang untung pastinya bank2 yang beri pinjaman, pelabur2 yang beli bon dan mereka yang mendapat komisen atau bahagian2 hasil urusniaga lampau.

Yang rugi adalah rakyat Malaysia ..... tanah tergadai.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan ?

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 10:37 AM

Susah nak bayar dengan cepat sebab perniagaan 1MDB bukan daripada titik peluh saperti era Tun Dr M. Model niaga mereka adalah membeli aset dan tunggu aset tambah nilai selepas bertahun lamanya.

Aset bangunan atau rumah boleh mendatangkan hasil lumayan.

Orang tengah yang paling untung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 10:38 AM

Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 10:50 AM

Tuan,

2 soalan utk pencerahan:
1. 6 bulan kurangkan hutang dah disebut oleh Geng PM dari April ... Bila tarikh akhir 6 bulan - dari Apr or dari sekarang? 2. Arul pernah berkata initial audit report semua ok pada Mac/Apr - macamana dia ada akses ke report itu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 10:56 AM

Bila asset habis, 1MDB nak business apa? Mintak lagi kat kerajaan pada harga murah? Macam ni tak payah tunggu yahudi pelingkup Malaysia. Yang ada lagi teruk dari yahudi. Syaitan pun menangis sebab tak ada kerja dengan diorang ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 10:57 AM

As'Salam... Bro D.T..

Tahun lepas 2014 adalah tahun yg AMAT menyedihkan bagi rakyat Malaysia...negara kita ditimpa musibah3 dalam macam2 bentuk..

...dan tahun ini 2015 pula adalah tahun yg LAGI AMAT menyedihkan bagi kita rakyat Malaysia..

"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"

Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

-Taipan Jr-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 11:00 AM

JENG JENG JENG... Jaga-jaga Najib. Takkanlah Zahid Hamidi nak pikul biawak hidup lama-lama. Bau bangkai pun makin busuk.

Tunggulah gandingan Muhyudin Yasin dan Zahid Hamidi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 11:17 AM

Kalau mcm ni merdeka kah kita din???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 11:24 AM

Ya lah tu! Si Pahlawan bugis yakin dengan memansuhkan ISA ,rakyat dan pembangkang akan suka dia tapi sebalik nya kes pembunuhan berlaku hari hari.

Ah Jib Gor yakin dengan ada nya CASH dan rakyat pegang placard 'i Love PM' dia akan menang besar PRU lepas.

Dia jaga yakin PAC akan siasat dan bukti 1MDB tak ada hanky panky tapi akhir nya dah lumpuh. Dia juga yakin Task Force and SPRM akan membuktikan duit yang diterima ada lah derma bukan nya rasuah tapi malang semua orang2 terlibat ini di pecat atau di tranfer. Si Ah Jib Gor ini sure ada a very high level of KEYAKINAN !

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 11:37 AM

-luv tun m.

-hanya disebabkan 1mdb tanah kita digadai. untungnya orang diluar dan lukanya orang di dalam.
-tanah kita miliknya orang kerana ketamakkan kuasa. andai kata 1mdb di selesaikan pada masa 6 bulan, jelaskan dimana kedudukan tanah yang ingin dijual. ini indai kata, andai kata sahaja jika sebahagian bandar kuala lumpur dibeli oleh negara luar apa pula kesannya pada kerakyatan?. itu sekadar andai kata.
-arul kanda tahu pula ingin muncul selepas PAC di gantung. sudah tentu perkara ini memudahkan arul dalam menjelaskan cara penyesaian hutang di dalam kewawancaraan. namun, sebaliknya jika PAC berkuasa dan sudah tentu sukar untuk arul menyembunyikan fakta jika disoal dengan bertubi-tubi.
-najib itulah dalang konspirasi kerajaan hingga mencemarkan nama baik parti suatu masa dahulu menuntut kemerdekaan.
-najib, berhentilah. orang johor pun majoriti tidak menyukai anda tetapi rakyat johor majoriti masih sayangkan parti keramat UMNO.

-hamba orang johor.
-pemuisi dan seni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 11:43 AM

najib dengan penyokong-penyokong dia lah kena bayar hutang tu!
masa buat dealing senyap-senyap bila kena bayar hutang mulalah bergolok bergadai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 12:26 PM

Takda insan Yg pemurah nak bg Derma lg...
Dpt 20 penderma langsailah hutang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 12:29 PM

Jangan lupa bahawa kutipan GST daripada rakyat akan digunakan untuk membayar hutang ini sebab kutipan GST dikatakan antara 4-6b sebulan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 1:04 PM

Standbye credit masih ada bang din...hahaha(gelak dalam tangisan)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 1:05 PM

Dia terangkan Apa itu ONEMDB
Kebaikan penubuhan ONEMDB
Hala tuju plan jangka panjang , faedah yang akan diperolihi pada Negara danm Rakyat

Setiap apa jua syarikat yg hendak kita TUBUHKAN , yang HENDAK kita jalankan
DIATAS kertas / perancangan apa jua syarikat hendak ditubuhkn semua CANTIK ,
Walaupun nak tubuh syarikat GORENG PISANG SDN BHD
Kita akan buat perancangan yg bagus , seperti lantik franchisers , akan beli tanah tanam pokok pisang DanSeBagainya , PERFECT
Maka kita mula labur wang....last2 dah berbulan apa pun takada wang tah kemana ,,,,malah kuali dapur gas nak goreng pisang pun takda
PISANG PUN TAK NAMPAK yang ada TANAH itu pun anugerah dari mak ayah...

Ini yang berlaku pada ONEMDB
Kita tak mau dengar ini semua APA KITA INGIN TAHU
Mana lesapnya rm42billion yg sebegitu banyak ? Duit pergi MaNa ?
Sapa Jho LO? mana dapat duit beli harta di usa ?
Anak tiri najib dapat duit mana beli rumah hundred of million RM ?
Buat filem ratusan juta usd ?

Apa itu PETRO SAUDI

INI KITA NAK DI PERJELASKAN
Bukan perancangan ONEMDB

We are not interested - but where all those rm42B ----missing . Tell us more about this OK
LAST NOT LEAST Who gAve the usd700m for what ? and why people give you so much hard cash bankin to your Acc Mr NajiB ??????? and the RM2m parked dekat Acc Rosmah Why? Who Gave ?
ALL THIS NEED TO CLARIFY OK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 1:23 PM

Arul telah memberikan penjelasan yang agak baik semalam. Namun penjelasannya hanya terarah pada isu rasionalisasi & fundamental sahaja. Nak salahkan beliau 100% pun sukar cos dia baru duduk situ untuk handle or tutup segala lompang yang dibuat oleh pengurusan lama.

Berkenaan pembelian IPP ini memang sangat meragukan dari segi fakta. Maybe tak ada mana2 businessman yang akan buat deal as apa yang telah 1MDB buat.

Beli pada harga 2 billion. Sedangakn :-
Harga pasaran. 400juta
Untung setahun. 200juta
Lesen baki 3 tahun

Harga pasaran 400J ➕ 600J (200J ❌ 3 tahun baki lesen) = 1000 Juta. Persoalannya, 1000 juta lagi ini apa? Persoalan ini juga la jadi persoalan Suruhanjaya Sekuriti bila mereka menolak permohonan 1MDB untuk IPO kan IPP ini.

Kini Jimah power plant yang belum lengkap & sempurna telah diambilalih oleh 1MDB atas arahan MOF. TNB terpaksa terbit Bon 10 billion untuk digunakan bagi menyiap & mulakan operasi power plant jimah ini yang entah bila akan lengkap then beroperasi.

Ada ura2 mengatakan yang pelabur dari Singapore berminat untuk membeli/melabur dalam IPP ini. Persoalannya, they nak ke beli pada harga 2billion sebuah ini sedangkan harga pasaran maybe dalam 400 juta sahaja. Tetap "menang sorak, kampung tergadai" gak laa.

Berkenaan tanah TRX & Bandar Malaysia ini yang dbeli-dapat pada harga murah. If cara macam ini, kita pun mampu jadi businessman berjaya cos 'untung atas angin'.

1MDB tak ada modal, so macam mana nak bangunkan tanah2 ini? Nak pinjam lagi ke or boleh dapat pinjaman lagi dari Aabar & China dengan syarat. Apa syarat2 ini, maybe Rahman Dahlan & Azalina lebih tau banyak daripada PM yang juga MOF. Sama macam isu IPP, "Menang sorak, kampung tergadai" again.

Arul kata then awal lagi Najib nyatakan juga dalam masa 6 bulan ini masalah 1MDB akan selesai. Mampu ke selesai tanpa korbankan asset...? If mampu then dari mana nak dapat 7billion sebulan ini untuk bayar ansuran pokok & interest...?

Maybe mampu, tetapi memang sah akan ada yang terpaksa dikorbankan. Lembu punya susu, sapi dapat nama then lembu itu pun dikorbankan juga.

Selesai but tetap akan tetcatat dalam "Hari ini dalam sejarah" untuk selama2nya. Najib perlu bertanggungjawab cos sebab sifat gelojoh terburu2nya untuk bina legasinya beliau telah hasilkan kekalutan ini.

Cuba kita study dari semua sudut apa legasi yang Tun telah hasilkan. Adakah Tun terburu menghasilkan apa yang kita ada now ini? Tun bermula dari bawah, tak banyak yang Arwah Tun Razak wariskan pada Tun seawal Tun ambilalih jawatan PM ini.

Najib sangat bertuah cos mewarisi banyak yang Tun telah siapkan. Najib sekadar untuk teruskan, jaga dengan baik, tambah sana-sini sikit. Ini pun Najib gagal uruskan dengan baik. So, sendiri ingat laa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 1:28 PM

Jangam lupa orang ini juga yang YAKIN kepada kita duit dah MASUK dalam bank di Singapore, tapi rupa nya hanya units....just units.

Jangan lupa orang ini juga yang kata tidak dapat hadir sesi PAC sebab ada hal di luar negara tapi ada orang nampak berjumpa dengan tan sri Shahril dalam pekan!!!

Believe at your own perils!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 1:37 PM

Saya memang tak percaya 1MDB dan mereka yang menubuhkannya dan terlibat dengannya dari mula. Tapi you all kena faham Arul adalah seorang professional. Dia sebut berkali-kali dia seorang professional. Dia tak peduli politik, punca berlaku, kenapa, siapa dsb. He is not concern about what, why, who, when, where; tetapi HOW. How to bring out 1MDB from debt burden? Dia menjalankan tanggungjawab dia sebagai CEO untuk mengeluarkan syarikat itu dari beban hutang, so program dia dinamakan rationalisation plan. Bagi dia ini business. Cara mudah jual asset. Takkan hang semua lupa itulah modus operandi Idris Jala masa jadi CEO MAS, habis semua asset MAS dia jual nak tunjuk keuntungan MAS dalam financial report. Lepas tu program MAS WAU Unbundling dsb...Buat business macam ni makcik tua pun tahu. Yang untung depa lah. Idris Jala jadi menteri sebab berjaya tunjuk untung dengan jual asset MAS. Arul pun sama. Mungkin dia pun nanti jadi menteri kalau Bugis masih emperor. Hang pa semua dapat ape???

Warrior.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 1:49 PM

Jeruk buah pala asam gelugoq,
Nyok kukoq tumpah berteraboq;
Tak ketahuan hala gatai pungkoq,
1MDB tersungkoq 1MPM terkuboq.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 13, 2015 at 1:52 PM

Assalammualaikum wmt,
Bijak sungguh strategi Najib dan para penasihat selesaikan isu 1MDBnya.
Arul hanya keluar TV setelah AG ditukar, PAC tak bergerak dan Task Force diisytihar tutup oleh AG baru.

Setelah semuanya clear barulah Arul Kanda berani tunjuk muka kat TV walaupun masalah sebenar yg diisukan masih tak terjawab. Yg dia bagi tau hanyalah bagaimana 1MDB akan selesaikan sebahagian hutangnya.

Kepada Najib, bila hutang berbayar maka segalanya dikira selesai. Mudah dan nampak macam bijak sangat.
Benar-benar bijakkah mereka?
Cukupkah apa yg diperkatakan Arul itu?
Mampukah ianya memadamkan syak wasangka rakyat yg mendakwa salahlaku dan salahurus 1MDB berlaku secara rahsia. Ada yg tersorok dan ada yg disembunyikan?

Sama-samalah kita nantikan perkembangan seterusnya.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 1:57 PM

Sangat tepat... Masalah lain dalam isu 1MDB ini kita at least nampak asetnya as IPP & tanah. Deal terawal hal 1MDB ➕ Petrosaudi ini kita tak nampak apa pun, bau pun tak ada but 2 billion dah labur-pinjamkan seawal September 2009.

Dalam masa 6 tahun ini, apa pulangan yang 1MDB dapat dari pelaburan-pinjaman to Petrosaudi ini...? 1MDB sendiri pun berhutang then bayar bunga pinjaman but boleh jadi baik hati pula, sangat baik hati pula till boleh bagi pinjaman USD2billion to Petrosaudi tanpa ada apa balasan kelas setakat hari ini.

Maybe sebab Najib as MOF sangat baik hati to Petrosaudi then 'timur tengah' pun sangat baik hati untuk 'derma' pada Najib secara peribadi sebanyak USD700 million.

Rakyat dapat la gst....

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2015 at 2:24 PM

Setuju pulak sku dgn gelaran kaki kencing yang diberi oleh wanita besi Langkawi kpd Jibbraouk( dah hampir 15 tahun aku tak dengar gelaran ni )

Memang kita cuba bersabar dan berhemah bila tegur puak2 Maharaja ni( makin lawa janda tu )
Masalahnya kepala puak ni senang2 kencing merata2, depan2 pulak tu...siap muka poyo tanya ...nak BR1M lagi tak ?????
Sikap ni aja dah tunjuk, dia umpan rakyat , ketua bahagian, cawangan dgn duit, yg pergi haji dibantu pun diungkit
Kadang2 termakan jugak cakap2 puak PR yg kata , negara sdg menuju kebankrupan
Satu lagi, aku dulu cukup skeptikal dn prejudis bila laki bini ni terkait dgn cerita pembunuhan, cincin juta2, komisen kapalselam, rombongan boros belibelah luar negara
Tapi bila 'derma' 2.6 b masuk, aduhai moga dilindugi Allah aku ni dari buruk sangka
Persoalannya fitnah yg berlarutan, bertebaran ni di mana mulanya, tidakkah puak maharaja yg semakin dibenci rakyat ini begitu betsungguh menutup pekung lantas membiarkan fitnah terus meliar dan subur
Fitnah ke ??????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 2:51 PM

KAKI KENCING MEMPERCEPATKAN MAKSUD LAGU INI

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 3:49 PM

Najib takkan turun dr kabinet..sebab? hari Ni dia resign esok dia di sg buloh. Rakyat dah tau sebenarnya taktik dia Dan jgn ingat rakyat bodoh sgt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 3:49 PM

Tahniah...najib dpt genius utk handle 1mdb...bkn senang bro...utang segitu bnyk nk setel 6bln..hebat arul...satu negara kena kencing..ingat najib hari hari kencing org umno...aru lg gevat...kencing satu negara mgkin satu dunia...hebat hebat...tok aku nk jual roll royce dia boh dlm mudah dotcom...setahun pun tak laku lagi..ni billion punya,hutang blh setel....zaman najib ni zaman now u see now u dont.....ada harta...jual...ada harta jual....rupa ni najib mcm pak pandir...menang sorak kg tergadai.....so betsedialah kita,utk bumi dipijaj milik oranggg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 4:11 PM

Bro din...aku siap rakam lg...buat rekod utk vs kan pd masa depan apa jd pd 1mangkuk ni....cara dia jawab pun berbelit2....x konfiden....pusing2...yg mudahnya...jual aset...setel semua masalah...adakah 1mangkuk ini membantu mengurangkan keresahan rakyat dgn pelbagai kos sara hidup...
p.s...barack obama ada buka x 1amerikadb...thaksin dulu dah kena perambat dr thai sbb x cakna ekonomi thai...singapore ada buat tak 1singaporedb...aduhhhh...jib...jib...
.
.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 4:22 PM

Inilah bila dh terlebih pakar...
1mdb tak pernah guna wang rakyat...kerajaan cuma penjamin atas setiap pinjaman 1mdb.
Aset yg dibeli rm42bil dgn harga murah mgkin dpd pelabur dan pengetahuan kerajaan sendiri.Klu dijual semua akan berlipatganda keuntungan cuma adakah nak matikan perniagaan tersebut terus!??
Untung rugi adat berniaga dan blm lagi spt era mahdir yg gunakan berbilion2 rm utk tutup segala hutang2 syarikat.Sesiapa yg dewasa era mahdir akan msh ingat segala skandal kewangan zaman dia.
Jgn sokong pkr n dap yg jelas dpt dana yahudi melalui singapura.Kenapa dpd singapura??Nak mengelak dijejak bank negara msia.Klu mrk dpt sikit...tak mgkin mrk dpt berkempen bsr2 an....tak akan mgkin!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 4:39 PM

Onemdb tu aset ..
Rm42bil tu aset..
Dlm tempoh 10 tahun...onemdb boleh dpt 4 ke 5 kali ganda dpd rm42bil tu...
Klu pakar ekonomi tepi jln mgkin lingkup aset tu dijual sukati..
Usd700mil disedekah kpd najib utk kerja parti..
Usd400mil disedekah kpd pkr utk keja parti
Usd300mil disedekah kpd dap utk keja parti
Beza...pkr n dap dpd yahudi
Najib...errrr umno/bn dpd timur tengah aka negara Islam
Rm2mil...tanya dgn rosmah sendiri...aku tak tahu...hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 4:44 PM

Baru terfikir dan sekadar nak bertanya, 1MDB hantar ramai pak-pak imam masjid pergi haji guna duit hutang tu halal dan sah ke? Mungkin para-para ilmuan Islam kat Malaysia ni boleh jawab? Rasanya kalau tanya rakyat Malaysia yg ended up kena bayar hutang 1MDB ni, mungkin dia orang tak halalkan kot..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 6:57 PM

Kalu kau orang curi duit
Aku haramkan dunia akhirat
Semoga Allah memberi pembalasan
Dan Allah sebaik baik pemberi pembalasan
Amin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 7:11 PM

Sesama kita sengketa najib pulun bilion bilion.najib pertahankan jawatannya n umno dgn cara tdk bermoral.umno n rakyat perlu membuka mata n bersatu hati menangani masalah ini.raja rasuah @derma perlu dhapuskan jika tdk negara kita akan tenggelam oleh penyakit ini.nanti bila pegawai polis dtanya byknya duit dlm bank.ada org derma.apa nak kata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 7:29 PM

https://dinmerican.wordpress.com/2015/08/12/71263/#comment-254560

Din
On Tuesday Tun M had a busy day. He met Zahid Hamidi in the morning then He call Mahayuddin to see him. In the afternoon he meet with TR.
He ask TR do you have enough support from MP to form the new government . TR reply yes. I have 129 who had sign SD to support me to form a new government . TR said how do we do it . The speaker won’t allow the vote of no confidence in Parkiment.
Tun suggested we follow Perak style when BN took over from Pakatan.
In the afternoon he ask TS Abu Talib to follow up with Diminic Putuchary .TR lawyer .
Meantime Sultan Johore was mandate to negotiate with Mahayuddin and Zahid how they could help to replace Najib. They want to avoid the new government lead by opposition.
The Sultan will meet Mahayuddin tomorrow at the end of his Kembara tour. Follow by a speech by him.
He will say among other thing that Malaysia need a new leader.
Meantime Najib had indicated he prepare to go if Zahid can replace him as new PM.He don’t trust Mahayuddin as new PM.
Meantime Tun M want a positive respond when he return from Italy in a week time.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 9:10 PM

http://www.ismaweb.net/2015/08/ahli-umno-kena-pilih-nila-atau-susu-kerana/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 10:07 PM

interesting.. will this happen for real?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2015 at 10:12 PM

Tuan lawak apa ni...? 2 billion to Petrosaudi ini duit tuan ke? 950 juta (stand-by credit) dari MOF ini dari poket tuan ke...?

Beli aset pada harga murah...? Lawak lagi tuan ni. Tuan tau ke apa makna IPP ini. Harga aset 400 juta, 1MDB beli pada harga 2000 juta. Duit tuan ke ni...

Maaf if kasar bunyinya. But tuan bercakap tanpa fakta, bercakap macam orang tak ada gigi je bunyinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2015 at 12:53 AM

@Anonymous

Teruk betul pencacai buat Najib nampak lagi bodoh. Tak faham pasal ekonomi tak payah nak bukak mulut la. Duit MOF tu bukan duit rakyat. Itu satupun dah bangang terlingkup. Sheeeee.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2015 at 3:09 PM

Bro. ...dia tak paham apa MOF tu. Tu pasal dia kata bukan duit rakyat. Dia ingat MOF tu syarikat SDN BHD. Tak paham pun nk komen pasal nk jilat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2015 at 5:48 PM

Yezza...hehehe ada yg tersirat/tersurat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 12:38 PM

lambat sikit. tapi sebab anon 10:12 dan anon 4:22 PM dah buat lawak. aku nak jawab jugak.

jawapan blongang najib ni expected sebab najib pernah cakap, kalau tak silap aku masa jamuan hari raya kat seremban ke apa (tolong betulkan), 1MDB tidak menggunakan duit rakyat.

masa mula mula aku dengar/baca statement tu, rasa nak hantuk kepala kat dinding. najib ni bodoh ke angkuh? bila najib sebodoh tu. memang expected blongang/cytro dia berpuluh kali lagi bodoh.

kat sini pernah bincang kenapa kita bising pasal hutang 1MDB RM42b tu. tapi budak najib ni bodoh sombong. tak nak baca dulu apa orang dah bincang. boleh datang dengan 'killer' statement macam ni. tak pakai duit rakyat???? korang mabuk ketum ke apa dol??

husni cakap. rasionalisasi 1MDB. dalam bahasa mudah. nak bayar hutang 1MDB, supaya boleh cakap 1MDB ni bagus, hutang tak banyak. 40% tanah 1MDB akan dijual. rujuk wawancara husni dengan rtm.

keyword dia adalah tanah 1MDB. 40% tanah 1MDB, kalau dikira yang di KL sahaja, tak termasuk penang dan johor, berjumlah lebih kurang 250 ekar.

tanah KL adalah premium. TH beli seekar lebih RM180juta. Affin bank beli lebih RM200j seekar.

tanah ni semua di'anugerah'kan kepada 1MDB pada RM60 sekaki atau lebih kurang RM2.6j. 1/1000 atau 0.1% daripada 'derma' yang najib dapat.

soalan kepada penjilat najib. anon berdua ni, keris berayon (fakta tu kan?), reading man ( yeah right). tanah tu sapa punya? kerajaan (rakyat Malaysia) punya kah? atau ahmad albab yang punya? najib punya? rosmah punya?

bila tanah ni diperolehi oleh 1MDB pada harga hampir 1/100 atau 1% sahaja dari nilai asal siapa rugi? again. is it najib? or is it rosmah? or is it ahmad albab?

since penjualan tanah ni berkait rapat dengan pembayaran hutang dan hutang berkait rapat dengan pinjaman dan pinjaman berkait rapat dengan perbelanjaan.

satu senario.

korang join koperasi. pengerusi koperasi buka satu syarikat, katanya anak syarikat koperasi.

syarikat tu berhutang dengan bank. tak pakai duit koperasi. duit bank. kenapa ahli koperasi nak bising kan? tapi hutang syarikat dijamin oleh koperasi. dalam bahasa mudah. kalau syarikat tak bayar hutang. koperasi kena tanggung. baru lah jadi duit ahli diguna untuk bayar hutang syarikat. korang faham tak ni bila pengerusi kata syarikat tu berniaga tak pakai duit koperasi?

syarikat tu juga di'beri' tanah koperasi bernilai say RM150 juta sebagai aset. tanah RM150 juta beli pada RM2.6 juta, macam bagi free la kan

syarikat meminjam RM100 juta. tapi takde orang tahu kemana dibelanjakan. bila ditanya, antara jawapannya ialah, beli mesin buang bulu ayam RM40 juta. lagi baki. errr. apa letak eh. kita cakap belanja mengurus syarikatlah RM60 juta. cukup kan? RM100 juta. cukup kan? loan RM100 juta. belanja RM100 juta. mana ada hilang? bekas pengerusi bohong. gila kuasa.

bila orang check. harga mesin bulu ayam second hand tu, yang dibeli, orang iklan baru RM100 k. so, orang tanya, kenapa beli pada harga RM40 juta? lagi pun. lagi dua bulan, orang tu cakap nak bagi free je.

apa jawapan yang geng pengerusi bagi? dengan mesin bulu ayam tu, kita boleh buat bisnes cabut bulu ayam dengan anak syarikat koperasi yang lagi satu. yang bela ayam tu.

itu cerita dulu. cerita terbaru. anak syarikat yang bela ayam tu tengah ber ura ura nak beli mesin cabut bulu ayam tu. memang anak syarikat tu nak beli ke, pengerusi suruh diorang beli ke, kita tak tahu.

bila kena asak, termasuk kenapa belanja mengurus syarikat sampai RM60 juta? keluar jawapan lain pulak.

syarikat tu hutang RM100 juta je. dia ada aset RM150 juta. kalau kita jual tanah tu. syarikat akan untung RM50 juta. tengok. untung kan?

kalau campur bunga bank etc, kalau hutang tu lebih RM150 juta, koperasi kena tanggung baki hutang tu je. belum tahu lagi berapa. itu baru guna duit ahli koperasi. itu pun kalau hutang + bunga lebih dari aset.

bila ahli komplen lagi. mana boleh jual tanah tu! itu yang keluar lawak seram. syarikat guna duit bank. bukan duit koperasi.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 12:39 PM

[sambungan lagi ...]

the gist of the argument is. walaupun tanah tu dah technically kepunyaan 1MDB, kalau korang nak bawa fakta tanah tu dah jadi aset 1MDB, tapi hutang 1MDB masih lagi berpotensi ditanggung oleh rakyat Malaysia.

paling mudah, LHDNM adalah agensi bawah MOF. cukai pendapatan, perniagaan, hartanah yang dibayar, MOF punya. kastam pun agensi MOF. GST tu pun. MOF yang punya.

1MDB pun MOF yang punya. sebab tu hutang 1MDB tu nanti, kena cover guna duit, sebahagiannya dari LHDNM dan kastam. sebab 1MDB dijamin kerajaan.

antara entiti MOF lain yang akan kena perah adalah petronas. dan keuntungan sebelum cukai petronas Q2 2015 menurun hampir 50%!

elok lah tu. asal 1MDB selamat. petronas mampus pun takpe.

untuk pengetahuan korang, setiap tahun petronas menyumbang bampir 50% kutipan cukai LHDNM. korang rasa selamat ke?

itu belum kira tanah beratus ratus ekar yang dah di'gadai' jadi aset 1MDB dan akan digadai untuk bayar hutang bagi pinjaman bank (yang bukan duit rakyat) untuk belanja ntah apa apa.

ada faham dol?

cuba korang fikir. kalau korang nak fikir lah. tapi, kalau sebab duit yang najib kata dah bagi, jadi "bila saya diserang, serang lah balik" tu lebih besar, bermanfaat dan berguna dari bala hutang 1MDB sebesar RM42b yang nak kena bayar ni. then, suka hati korang lah. tapi baik korang main jauh jauh daripada memalukan diri sendiri dengan statement bodoh kat sini.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 4:44 PM

Anak kecil main 1mdb

Post a Comment