........... 1MDB dan RM2.6 Bil Bukan Soal Politik Tapi Soal Integriti Kepimpinan - TERBAIK Dari MatSaid ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB dan RM2.6 Bil Bukan Soal Politik Tapi Soal Integriti Kepimpinan - TERBAIK Dari MatSaid !

Saturday, August 15, 201539comments

Apa yang berlaku di Malaysia, dalam Umno hari ini bukan soal politik tapi soal Intergriti Kepimpinan.

Ayat pertama yang keluar dari mulut MatSaid dalam video KiniTV di bawah sememangnya Benar dan kali pertama diucapkan oleh seorang pemimpin Umno.

TABIK MAT SAID !!





Anda boleh baca luahan MatSaid di sini -

Mkini - Ahmad Said: PM tak boleh beli saya

Mkini - 'Selepas ini kayalah TB dengan duit derma'

TMI - Bekas MB Terengganu bersumpah 1MDB minta cagar telaga minyak.

TMI - Ahmad Said bidas Najib simpan RM2.6 billion dalam akaun peribadi.


Bab sejarah TIA/1MDB ni kena tunggu pendedahan lanjut dari Mat Said.  Sementara itu saya ingin ajukan satu persoalan kepada anda ....... Sekiranya terlaksana plan asal Najib untuk mencagarkan telaga minyak Terengganu ( atau mencagarkan Royalti tahunan minyak Terengganu ? ), dengan apa yang sudah berlaku kepada 1MDB sekarang ini, apa agaknya kesan kepada Negeri dan Rakyat Terengganu ?

                             *******************

Beliau berucap di Mesyuarat Agung Umno Kemaman hari ini dan turut dinanti adalah ucapan dari Muhyiddin yang turut memberi sedikit penjelasan mengenai isu RM2.6 billion





Mkini - Muhyiddin: PM dakwa minta AG buat penjelasan

Apa yang ingin saya tumpukan kali ini adalah pertanyaan sempoi dari Muhyiddin kepada Najib -


TMI

MANA BAKI RM2.6 BILLION ?

Ingat, saya duk sebut yang isu RM2.6 billion ini belum selesai lagi sepertimana didakwa oleh Najib sebelum ini ? Ini salah satu persoalan tergantung yang Najib tidak boleh lari.


Kerana jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki

RM2 600 000 000-00
RM       1 000 000-00

Itu perbandingan antara 2.6 bil dengan 1 juta untuk mereka yang masih tidak dapat bayangkan betapa besarnya RM2.6 billion.

Berapa banyak yang diterima ? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya ? Saya mana tahu. Saya tidak dapat. Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya.

Apakah Muhyiddin wajar menimbulkan persoalan mengenai baki wang itu ? Sudah tentu sebab dana itu diakui adalah Derma Politik yang diamanahkan kepada Najib. Ini disebut oleh pemimpin2 Umno sendiri. Najib saya tak pasti ada sebut atau tidak. Najib ni pandai berselindung disebalik mainan kata-kata. 

Pendek kata - Duit itu BUKAN duit Najib. 

Tapi pemimpin2 Umno tidak seorang pun mengakui tahu kewujudan Derma itu. Mereka juga tidak seorang pun mengakui pernah terima dana dari Derma itu.

Apa cerita dengan Derma itu ? 

Dalam akaun Umno pun tidak ada ? TERIMA KASIH kepada WSJ kerana hasil pendedahan mereka lah baru ahli Umno tahu yang Presiden Umno ada terima Derma RM2.6 billion dua tahun lepas. 

KALAU TAK DIDEDAHKAN WSJ, APAKAH NAJIB AKAN DEDAHKAN ? Bila agaknya tu ?


Kemudian didedahkan oleh Task Force bahawa akaun itu sudah ditutup. ( Sekarang Task Force pun ditutup sama ! ) Dah habis semua RM2.6 billion ?

Kenapa persoalan ini tidak ditanya oleh ahli2 Umno ? Ada baki lagi tak ?

SEKARANG ni, semua orang dah tahu tentang derma RM2.6 billion itu, kan .... dan pemimpin2 Umno pun kata yang Najib ni orang yang paling amanah di dunia. Jadi kita tidak nampak sebarang masalah buat Najib untuk dedahkan semuanya sekarang.

Tapi kenapa masih liat lagi ?

Tunjukkanlah penyata bank kesemua nombor2 cek yang telah dikeluarkan dengan amaun2 tertentu yang diberikan kepada ...... entah siapa ntah itu ?

Yang ini pun tidak ada ahli Umno yang mahu tanyakan ....... Najib kata dia belanjakan untuk Umno, masalahnya tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang tampil mengaku ada menerima sebarang dana dari akaun peribadi Najib ! ????

Kepada siapa Najib bayar dana politik itu ? 

Sekarang bila satu dunia dah tahu tentang Derma itu, pastinya tidak timbul sebarang masalah untuk Najib keluarkan baki yang ada ( kalau ada ) dan masukkan kesemuanya ke dalam akaun Umno..... kan ?

Barulah tampak yang Najib ni ikhlas tentang Derma itu ..... well, ikhlas bab baki jerlah dulu.

Blogger Satd ada komen isu sama ( KLiK ) dan beliau merujuk kepada satu perenggan no 33 dari artikel Chedet yang ada mendakwa, setelah akaun itu ditutup, dana itu kemudiannya dipindahkan ke Singapura. Dan pihak Singapura pula sudah membekukan akaun itu !!

Apa dia Najib sebut baru ni ? Isu dah selesai ?

Isu RM2.6 billion ini adalah 100% isu peribadi Najib. Najib mungkin mahu mengheret sama Umno ke dalam masalah peribadinya tapi terpulang pada ahli Umno untuk RELA diheret atau mempertahankan integriti Umno dari dicemari masalah peribadi Najib.

Seperti kata Mat Said - Apa yang berlaku di Malaysia, dalam Umno hari ini bukan soal politik tapi soal Intergriti Kepimpinan.

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 1:23 AM

betul .. soalan biasa boleh terima akal, logik. tapi nanti jawapan yang luar biasa akan keluar bersama persoalan persoalan yang baru.

cash is king !

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 3:41 AM

bro din bagi la info..agaknya berapa banyak RM dah derma kat ketua umno bahagian? ahli bawahan nak jugak tahu.. harapkan info ketua bahagian sebiji macam bapak borek anak rintik ter....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 4:11 AM

Si Strawberry Cheek terkemut kemut bila Mat Said bercakap......PANAS!!!!! Tapi kan ada satu mamat cakap 1MDB nih - Najib 1-satu M-alaysia D-ia B-odohkan kan kan kan?

Tapi yang nampak lagi bodoh tuan punya badan dengan hulubalang nya!!!!

Ringgit dah 4.10 against greenback, foreign capital drained from KL's index dan lagi dan lagi.....masih nak menidak kan masaalah yang gerun nih??? Nampak gaya macam kalau dia tenggelam kalau boleh dibawa sama rakyat jelata.....itu kah yang UMNO mahu???

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 7:11 AM

Mohon jangan persendakan nama orang ya... biarpun cute

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 7:26 AM

dengan jatuhnya ringgit, Wang derma telah melonjak ke 2.8 billion

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 7:29 AM

Ayat mat said pasti tidak akan keluar seperti itu andainya beliau masih lg mb trengganu. Keberanian mat said ialah kerana beliau tidak lagi duduk kerusi empuk mb yg menjanjikan pelbagai keuntungan dan paling penting dendam beliau kerana dihambat keluar dari pejabat mb dulu. Luka lama bro, parut tetap ada. Betul apa yg mat said kata tu, ini soal integriti. Namun adakah mat said juga ada integriti jika masih lg menduduki kerusi mb? Bolehkah integriti berlaku jika dendam ingin dibalas?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 7:58 AM

Harap-harap ahli-ahli UMNO yang berkedudukan buka mata dengan apa yang diucapkan oleh kedua pemimpin ini,cuba-cuba tafsir balik dalam ketenangan kemungkinan tuan-tuan akan dapat cahaya pencerahan sebelum tiba hari PRU ke14 bagi mengubat luka-luka yang terpalit.Bertindalah dengan menggunakan akal fikiran bukan habuan.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 15, 2015 at 8:06 AM

Assalammualaikum wmt,
Terima kasih Bro Din!
Bila ada video seperti ini diviralkan, maka tak timbullah lagi soal berita palsu, fitnah, konspirasi nak jatuhkan kerajaan dll.
Semoga rakyat semakin faham apa itu 1MDB dan apa pulak masalah yg diperkatakan mengenai salahlaku PM Najib.

Maka fahamlah rakyat, isunya bukan soal politik tapi soal kejujuran dan kebolehpercayaan terhadap Presiden UMNO yg diamanahkan ahli jadi pemimpinnya.
Tahniah dan terima kasih.
Teruskan perjuangan dgn ikhlas kerana Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 8:24 AM

http://www.sarawakreport.org/2015/08/pms-anonymous-donation-was-transferred-back-to-singapore-major-exclusive/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 8:31 AM

Jika duduk d akar umbi kita akan tau isu ni bukan sekadar integriti sahaja....semua ada! Pergilah dan tanya semua jawapan nya PASTI sama....rasuah kuasa berleluasa. Dah berpuluh tahun mcm tu sbb sikap melayu juga....takpalah. akhirnya merebak menjadi penyakit yg tiada penawar lagi. Adakah jaminan dgn membuang najib ianya akan menjadi bersih. Saya juga tak mahu lihat umno terkubur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 9:20 AM

Betul la kata Tun M..... org UMNO semua bodoh2...dah terbukti melalui pertanyaan MY di atas.. klu org bodoh. Bahasa kedah kata BENGONG... maksudnya bodoh tahap tertinggi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 9:29 AM

semalam pak habib telah melancarkan buku berkenaan tun m dan ape yang dilakukan oleh tun m sepanjang memerintah 2 tahun, aku pun nak cari gak sal tun m kata dia jujur, amanah dan melayu maju semasa dia memerintah. bila orang kena buang dalam satu satu persatuan dia akan jadi penyagak. dia akan heboh kata sume orang tak betul, sejarah membuktikan, anwar, said, muhyiddin, sabu, dan yang seangkatan dengan nya termasuk tun m. semasa depa duduk dalam sebat sume, rakyat pun tak nampak mangapa dulu masa duduk dalam tak perbetul dah kena halau baru nak kata orang tak betul. kalau tak reti sal ekonomi duduk diam je dan kalau masih kerja kerajaan anak bini kerja kerajaan anak sekolah guna pinjaman kerajaan baik tak usah cakap sal kerajaan. berenti keja baru cakap. kutuk kerajaan anak bini dok makan gaji kerajaan haram ooh. aku tak pe aku kerja swasta. aku nak kutuk ape pun tak pe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 9:39 AM

ala che din nie... bialaa..lg pon nme nye best..hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 9:40 AM

che din...nama nya x mengaibkn...ok wat huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 10:01 AM

Jawapan kepada pertanyaan Muhyiddin Yasin

http://www.sarawakreport.org/2015/08/pms-anonymous-donation-was-transferred-back-to-singapore-major-exclusive/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 10:48 AM

Mohd Najib 'Saya terima DERMAnya....'


https://youtu.be/fBhCevczQCs

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:21 AM

Ini fitnah ke....Klu fitnah saman Jgn tak saman... Tambah duit dlm bank lg....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:31 AM

Ni Yg dinamakan hikmah... Allah lebih mengetahui

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 11:36 AM

Rahman Dahlan dah kata, jangan serang pembawa mesej.... yang penting adalah mesej yg disampaikan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:48 AM

Betul ke kasi king(cash is king)?
Bukan queen control?
HAHAHAHAHAHA......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:50 AM

SAMAN?
Saman lama pun banyak tertunggak daa...!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:59 AM

Aku xdpt bayangkan kalau terengganu dicagarkan kepada proxy yahudi....sudah pasti maskot terengganu ditukarkan daripada penyu kepada Pamela Anderson....dinturtle pun kena ubah nama kepada din Pamela Anderson....kahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 12:06 PM

Aku tk berapa bijak dlm permainan rhymes n riddles ni...

1. Anonymous
2. Annoy
3. No
4. Mo
5. Us
6. Nyonyamansor

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 12:14 PM

tuan din;

pada TAHAP 4 isu DERMA atau DANA POLITIK , najib sedang mengujudkan perundangan yg boleh membantu dia keluar dari kemelut WANG BESAR, adakah dia akan berjaya ?

disini soal intergriti seluruh kepimpinan kerajaan dipersoalkan ! macam bidalan "nak terberak baru nak korek lubang", dalam kes najib bahan berbau telah bersepah merata, namun atas kecekapannya masih ada dapat disembunyikan, pada andaian barangkall berguna dibuat baja untuk menyuburkan kawasan lain.

namun kembali kepada persoalan intergriti kepimpinan, adakah pengubal undang2 di parlimen membenarkan menghalalkan perundangan baru dimaktubkan.

jika tak sempat, kemana empunya badan membawa diri ? EXIT PLAN jika salah merancang, kemungkinan meranalah sesiapa yg tertinggal dikemudian hari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 12:42 PM

Kata fitnah...saman je
Lambat ke cepat ke....lain cerita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 12:43 PM

@AnonymousBetul kata saudara. Selagi ahli2 UMNO ini di beri atau ada jawatan,mereka tidak perduli isu2 INTREGRITI atau MORAL. Yang penting dengan jawatan mereka pegang ia lah peluang untuk buat duit. Jadi kalau nak duduk lama dan pegang jawatan kena lah belajar, selalu setuju dengan President,belajar tutup mata dan telinga kepada isu2 yang tak popular kepada President mereka!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 1:21 PM

Kalau apa yang dato mat said katakan tidak benar .... Wajib pm menjawab dimana mana pentas umno....tak payahlah juak Yg jd tukang jawab....

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 1:22 PM

Yg pnting kita nak tau secara sahih isu 1MDB ni, jgn kita terus bergelut dgn fitnah dan jgn pula kita tersalah sokong pemimpin yg pepat di luar rencong di dalam

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2015 at 1:26 PM

Silap tu bro, abih yg ramai di sini tak ade jawatan atau kepentingan pun, tak bolehkah bersuara utk jawapan hakiki ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 1:39 PM

Najib nak jawab? Hilang akal apa!
Dia bukan jantan...p****n.Jika waras lama dah beliau jawab bukan soalan susah.
Nak jawab soalan bocor pun tak paham....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 6:04 PM

A copy and paste from a news. Somebody got to tell this is not true.

Further mysterious ‘donations’?
Shahrir Abdul Samad - Chair of UMNO Back Benchers received a RM1 million cheque AFTER the election
Beneficiary – Shahrir Abdul Samad, Chair of UMNO Back Benchers received a RM1 million cheque AFTER the election

The Malaysian public and the rest of UMNO are now entitled to ask how it was that the Prime Minister was able to transfer such an enormous sum out of this private account, despite his expenditure on the election?

Was he in receipt of further hundreds of millions of secret donations or had the Prime Minister’s own personal money become mixed up with the ‘donation’ funds?

In either case, how has the Prime Minister acquired such a vast stash of cash amounting to hundreds of millions of US dollars and how could it possibly have been appropriate for all this money to have been sloshing around in this private and secret account, now described as money ‘donated’ for party purposes?

Sources have revealed to Sarawak Report that in fact this AmPrivate Bank account did receive at least two other substantial injections of money during this period in 2013 – one via Saudi Arabia and one via Dubai.

We have been told that the sum in the account swelled above a staggering one billion dollars in the period preceding the election.

In which case it is surely quite extraordinary and inappropriate that the newly appointed Attorney General (the Prime Minister having sacked the last one hours after the Inspector General of Police warned that an arrest warrant was being drawn up against him on a separate 1MDB-related matter) should have announced the closing down of the investigating Task Force into 1MDB.

Election hand-outs
Meanwhile, evidence is starting to emerge that money was indeed handed out personally by the Prime Minister to UMNO party heads, not only before the election but after, including numerous payments to MPs.

Deputy Finance Minister received RM2 million
Deputy Finance Minister received RM2 million

The money was distributed in the form of cheques, handed to key party coordinators by the Prime Minister, drawn on the same AmPrivate Banking account number 2112022009694.

Many of the recipients are proving themselves to be some of Najib’s strongest defenders in the present crisis.

They include the UMNO Back Bench Chairman Shahrir Abdul Samad, who received RM1 million after the election and the Deputy Finance Minister Ahman Maslan, who got a cheque for RM2 million.

This confirms that the money was indeed being used, but raises the question as to how the Prime Minister ended up with almost as much money after the election in this account as the sum injected into it beforehand from Tanore Finance Corporation?

Another recipient - Mas Ermieyati Samsudin from the Public Accounts Committee also received a cheque after the election
Another recipient – Mas Ermieyati Samsudin from the Public Accounts Committee also received a cheque for RM50k after the election

What many will be asking in UMNO is how relative has the PM’s generosity has turned out to be, given so much more money seems to have been sent back out of the country by the Prime Minister?

There are also the serious remaining questions of legality regarding the handling and the provenance of so much money.

And there is a final mystery to be solved. Examination of Tanore Finance Corporation’s documents in the British Virgin Islands establish that this company was in fact closed in April 2014.

In which case, where were all those hundreds of millions of US dollars sent on to next?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 8:45 PM

SAMA TAK MCM LAPORAN SR (Aug 15, 2015)?..CUMA SR LEBIH DETAIL...
"After the Wall Street Journal reported on Najib’s 2.6 billion Ringgit in his private account, it was closed. You cannot take all that money to keep with you. It had to be transferred. Apparently it was transferred to a Singapore bank. Then the Singapore authorities froze it".
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Aug 10, 2015

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 9:01 PM

Dua dua bro.. kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 10:45 PM

Kerajaan ini Najib ke tuan. Gaya tulisan tuan melambangkan siapa tuan, tunggang-langgang macam peluru tabur je. Langsung tak ada kaitan dengan tajuk. Tuan pakar ekonomi ke 'bakar' ekonomi? If yea tuan PhD dalam ekonomi then tuan tak makin gaji kot, mesti tuan punyai beratus pekerja sendiri.

Boleh tuan jelaskan apa itu Fundamental ini, apa itu Perception ini & apa itu Inflation ini...?

Kita tak bercerita pun hal Mat Sabu or Anwar. Kita bercerita tentang Najib sahaja tentang 'derma peribadi' then kenapa nak heret Umno pula...

Hujah tuan menjurus seolah2 kaum cina boleh makan khinzir then kenapa kita tak boleh pula... Saya sebagai ahli Umno ini, tak ambil satu sampul even duit raya pun dari 'derma' itu then kenapa pula saya terheret sama...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:06 PM

Intergriti = Maruah...

Orang yang ada intrgriti & maruah ini tak akan lompat sana lompat sini. Mat Said tak lakukan pun walaupun peluang terbuka luas untuk jatuhkan BN in Trengganu selepas diturunkan dari jawatan. Soal pada pihak yang highlight kenapa now Mat Said bersuara, maybe he also as Muhyiddin baru kini tau tentang wujudnya isu 'derma' ini.

Apa perasaan kita jika kita duduk tempat Mat Said waktu dia diturunkan seminggu sebelum majlis kahwin anaknya...,? Rasanya satu penghinaan yang amat dasyat. Tak boleh ke tangguh till selesai majlis itu, darurat apanya waktu itu. Najib pasti tau jawapannya.

Kita persoalkan Intergriti, bukan persoalkan Umno. Jika dah terang salah then masih taichi by kata tak ada salah apa pun ianya seolah sama la kita pertikai kenapa bangsa lain boleh minum arak then kenapa kita yang Islam ini tak boleh pula...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2015 at 11:18 PM

Kalau xde integreti maybe beliau belum kena pecat lg kot..dgn pertahankan telaga dari digadaikan dah terbukti integreti beliau tahap mana dr ahli2 umno yg lain

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2015 at 7:00 PM

http://chedet.cc/?p=1831
http://webcache.googleusercontent.com/search?hl=en&q=cache%3Ahttp%3A%2F%2Fchedet.cc%2F%3Fp%3D1831

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2015 at 10:19 PM

Tuan... Mane2 pemimpin pun akan ade ketirisan... X kire dr.M ker... Sape2 ker... Tapi najib ni... Kalau betul ape yg di perkatakan... Melampau sgt tiriss nye... Bukan tiris dah ni... Bocorr teruss...

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2015 at 7:14 AM

Jap, Tun M urus 2 tahun?? Aku salah tengok ka? Atau typo? Typo kot.. kan? Ke tuan ni baru darjah 6? Kalau sekolah lagi pergi balik basuh kasut dik.. jangan main sini, nanti mak marah..
Aku swasta tegaq punya, dari dulu tak pernah kerja kerajaan. Tapi aku nak habaq bagi kat hang, dengaq sini baik-baik : urusan penyediaan keperluan asas rakyat seperti sekolah, kesihatan, infrastruktur masyarakat, peluang pekerjaan, keselamatan, dan lain-lain ADALAH TANGGUNGJAWAB kerajaan setiap negara tak kira apa bendera parti sekalipun, dan dipulangkan kembali kepada rakyat tak kira apa parti sekalipun. Jangan bercakap serupa rakyat marhaen ini terhutang budi pada kerajaan pulak.. itu mencerminkan akai hang..
And don't talk like you are 1 of those badass Elite Club Member. Hang belum tau arti lelah.

~Hang Kebun~

Post a Comment