........... TUNGGU AUDIT! Sudah Jadi TUNGGU SIASATAN! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TUNGGU AUDIT! Sudah Jadi TUNGGU SIASATAN!

Monday, July 27, 201548comments

PM Pun Blur !

Seharian duk layan komen2 di media mengenai ucapan Muhyiddin ..... Paling menarik adalah komen2 dari pro Najib yang menghentam beliau ke tahap menuntut Muhyiddin meletak jawatan kerana dikatakan tidak menyokong Najib.

Hebat juga Muhyiddin ni ya. Sesekali dia buat ringan mulut, terbatuk2 pro Najib hehehe .... Bila difikir2kan segala kritikan terhadap Muhyiddin itu, saya rasa ucapan beliau terasa pedih kerana ia membongkar sikap hipokrit atau topeng yang selama ini dipakai oleh pro Najib.

Apa yang diucap oleh Muhyiddin merupakan satu pendedahan tentang apa yang SEMUA orang rasa/fikirkan dan ini termasuk pro Najib. Bila dah terdedah begitu, maka untuk menutup malu, Muhyiddin dijadikan sasaran kritikan ..... untuk cover malu sendiri !

Bila Muhyiddin buat pengakuan yang beliau ( mewakili kabinet dan kepimpinan Umno ) juga sebenarnya tidak faham tentang 1MDB dan terpaksa merujuk kepada maklumat yang didedahkan oleh The Edge, ia adalah satu hakikat yang BENAR.

Beritahu siapa lagi pemimpin yang faham dan mampu menjawap isu 1MDB, kalau ada ? MANA ADA !!

Dalam jawapan yang dikeluarkan oleh PMO ada disebut sekali lagi mengenai dokumen Fact Sheet  1MDB yang diedarkan kepada kabinet. Ya, ia diedarkan tapi sejauhmana Kebenaran yang didedahkan ? Hanya kerana ada satu fact Sheet, tidak semestinya ia telah menjawap segala persoalan.

Mengambilkira komen Muhyiddin semalam, besar kemungkinan Fact Sheet itu tidak lebih hanyalah maklumat2 yang semua orang boleh dapat melalui laman web 1MDB terutamanya artikel penjelasan oleh Pengerusi 1MDB bulan Disember lalu.

Persoalan2 yang kita kemukakan banyak yang merujuk kepada info laman 1MDB sendiri !

Disebabkan Fact Sheet itu bersifat Rahsia, maka kita tidak boleh sesenang itu mendakwa semuanya sudah dijawab dalam sheet itu. Mereka yang duk sebut2 Fact Sheet, bagaimana mereka tahu semuanya sudah dijawab ? Mereka dah baca sheet itu ?


Kenapa ramai ahli kabinet juga blur dan tidak dapat jawab isu 1MDB ?

Kemudian PMO juga minta "Semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan..

Dulu minta TUNGGU AUDIT! ..... berbulan kita tunggu, bila siap interim report, tak mahu disiarkan ! Rahsia, kata kerajaan. Habis tu yang suruh TUNGGU AUDIT! tu apa kejadahnya ?

Final Report mungkin hujung tahun siap ..... nak suruh rakyat tunggu lagi sampai hujung tahun ? Apakah akan kekal rahsia juga atau kerajaan beri jaminan akan siarkan ? Rakyat sokong saranan supaya Interim Report itu dihebahkan kerana kita rasa di tipu ..... hari tu suruh tunggu audit, bila siap tak mahu tunjuk. Kan menipu namanya tu .......

Ni hasil siasatan Task Force yang menyiasat isu Najib billion2, apakah kerajaan boleh beri jaminan yang ia akan dihebahkan ? Atau bakal dirahsiakan juga ?


Minta rakyat tunggu hasil siasatan tapi kenapa ramai pemimpin2 kerajaan sendiri yang duk melalak kata 1MDB dan Najib bersih ? Kenapa mereka sendiri tidak mahu tunggu hasil siasatan ?


Setakat ini kita tidak tuduh apa2 lagi tapi lebih kepada BERTANYA. Pertanyaan pula lebih bersifat FAKTA yang tidak memerlukan hasil siasatan. Contoh, kita tanya/minta bukti Just Unit itu bernilai USD1.103 bil dan ia mudah cair, apakah itu perlu tunggu hasil siasatan ? 


Kemudian kita tanya apakebendanya OPTION yang dimiliki oleh Aabar sehingga 1MDB terpaksa bayar berbillion untuk tebus hingga bergolok bergadai, itu juga tidak perlu tunggu siasatan.

Begitu juga bila kita tanya kenapa beli IPP dengan harga yang jauh terlalu tinggi berbanding harga pasaran, dijawabnya kerana memandangkan potensi masadepan IPP ..... itu bukan jawapan. Kalau beli ikut harga pasaran pun, potensinya tetap sama ! Potensi masa depan tidak bergantung pada harga belian.

Begitu juga kita minta Najib buat pengakuan ADA atau TIDAK ADA RM2.7 bil didepositkan ke dalam akaun peribadinya, pengakuan itu juga tidak perlukan siasatan.

Semua itu bersifat FAKTA yang tidak akan berubah sebelum ataupun selepas siasatan. 

Oya, Fact Sheet itu diedarkan zaman Tunai atau zaman Just Unit ?

Akhir sekali PMO turut menyalahkan Tun Mahathir -   "Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang terus membuat pelbagai tuduhan yang tidak berasas termasuk kehilangan RM42 billion kepunyaan 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh Kerajaan turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap Kerajaan dan parti,"  -  astroawani.


Adooooi ...... Tun terus bertanya kerana penjelasan itu tidak jelas ! 

Macam Fact Sheet juga, hanya kerana sudah ditulis Fact Sheet atau kerana kerajaan sudah beri penjelasan, tidak semestinya persoalan sudah dijawab.  Kerajaan patut tanya lagi, apakah penjelasan itu sudah cukup atau masih tidak jelas.


Makanya kita berulangkali minta diadakan satu sessi pertemuan antara 1MDB/kerajaan dengan wakil2 media dan rakyat dan kita bebas bertanya mengenai 1MDB. Biar sessi berjalan secara dua hala.

Sehingga hari ini, ISU 1MDB BELUM DIJELASKAN SEPENUHNYA. ISU AKAUN NAJIB JUGA BELUM ADA PENGAKUAN.

                                               *****************************

Dilaporkan MT Umno akan bincangkan isu 1MDB Jumaat ini. - Mkini. Wooit ? Bukankah dah beberapa kali dibincangkan dan dijelaskan ? Masih tak faham2 lagi ke ? 

Ni satu lagi berita yang kontradik antara satu sama lain ......  ada antara MT yang menganggotai kabinet, dan kenyataan PMO sebut tentang Fact Sheet. Nah, ternyata Fact Sheet itu tidak lengkap ! 

Yang jadi ahli kabinet yang dah faham melalui info Fact Sheet itu, kenapa tidak tolong jelaskan kepada kawan2 dalam MT lain ? Kerana mereka juga sebenarnya tidak faham walaupun selepas baca Fact Sheet !!!

Jadi bukan Muhyiddin saja yang tidak faham .....  rasa2 Najib faham tak 1MDB ? Hahahaha ...... 

Oya, JANGAN LUPA! Bincangkan juga soal deposit RM2.7 billion dalam akaun peribadi Najib.

                                               *****************************

Last sekali saya nak komen mengenai deposit RM2.7 billion akaun Najib. Nampak gayanya memang Pahlawan Bugis takut nak buat pengakuan. 

KATAKANLAH memang wujud deposit seperti yang didakwa dan KATAKANLAH memang wang itu tidak digunakan untuk kepentingan peribadi tapi digunakan untuk parti ..... ini bermakna wujud pertukaran tangan wang itu dari akaun Najib kepada kepimpinan Umno, kan ?

12. There is no denial that money was deposited in the private account. The explanation to UMNO is that it was for the elections. UMNO seems satisfied. Don’t they know that Government money cannot be used to help a political party to win elections? But the money was from donation. Who donated 2 billion Ringgit? No answer.


Itu dakwaan Tun Mahathir yang menariknya, TIDAK DINAFIKAN oleh sesiapa pun dari Umno !

Nah, kenapa kita tidak minta KETUA2 BAHAGIAN pula yang jawab, ada atau tidak mereka menerima wang dari akaun peribadi Najib ( mungkin dalam bentuk cek ) dalam jumlah yang besar sebelum PRU13 ?

Jika benar seperti yang didakwa Tun Mahathir, mereka yang tahu dan ada menerima wang itu, adalah menjadi tanggungjawab untuk buat pengakuan atau mereka juga boleh disabitkan sebagai bersubahat ! Seperti kata Tun Mahathir -

8. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang enggan mendedah maklumat. Bagaimana pula dengan orang-orang yang menyembunyikan salah laku yang mereka tahu. Bagaimana pula dengan mereka yang menyelindungi.
9. Undang-undang menyatakan mereka yang menyelindungi, menyembunyikan bukti jenayah akan dianggap sebagai aksesori untuk jenayah. Mereka akan dianggap membantu dan bersubahat dengan penjenayah. Mereka juga harus didakwa, dibicarakan dan dihukum.

Jawapan mudah juga ditagih dari mereka - ADA atau TIDAK ADA ?



Semuanya kerana kita punya pemimpin no 1 yang payah nak buat pengakuan ...... sampai rakyat pun jadi tension dibuatnya .....

Share this article :

+ comments + 48 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 11:39 PM

Kempen PAU dah bermula.Kita ramai2 lihat siapa yang kena. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 12:10 AM

Sabor jer ler, tunggu lepas PRU14, TSMY boleh jadi ketua pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 12:11 AM

RM2.7b dalam akaun najib tu 'takde bukti' kata nya.

tanya pasal RM2j dalam akaun Rosmah je. itu kan dah confirm akaun kak Ros.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 12:19 AM

Din....santai sikit ok?
Pertama sekali bila ada newpost dari anda saya pasti tersenyum dulu....ok kan? Dlm selamba2 tu masih topik yg sama isu yg sama soalan yg sama dan lain2 yg sama! Dah mcm Tun la pulak...FAKTA yg TEPAT. Maka sbb tu pro ajib bertungkus lumus oleh pertanyaan anda....tu yg best tu!
Rasa2nya ajib pun payah nak jawap soalan anda ni......yelah benda nyata dari kenyataan mereka jugak.....cuma kita bertanya balik......kelam kabut nak jawap. Mmg banyak perkara yg TAK perlu tunggu apa pun boleh jawab terus,on the spot je tapi tak jugak. Bak kata tsmy
tunggu....tunggu. TUNGGU apa lagi? Benda simple tu sikit sebanyak dapat huraikan apa yg patut....ok la yg lain tu kena tunggu...ni dah jadi PENUNGGU dah ni.
Lepas tu banyak bab pakai wakil je,d parlimen pulak secara bertulis...d media melalui pmo. Kita ni ada ke takde PM ni? Setakat pengetahuan saya ini sikap seolah2 rakyat tak penting....bukankah ini isu rakyat yg perlu penerangan jelas? D sini jelas dah mengapa....kan?
Lepas tu mudah je nak letak semua salah ni sbb Tun....eh eh pulak? Sbb Tun sibuk tanya itu ini..... La,rupanya tak buleh tanya....salah!
Tsmy tak paham tapi yg lain tu mcm paham malah lebih lagi sbb nak cover boss la konon!
Sapa2 boleh pikir cara santai2 kan nampak jelas dan terang sangat isu ini. Benda belit2 ni tak boleh layan cara tension tak masuk. Sbb tu penyampaian anda mudah bagi saya...fakta terus kan senang? Takkan nak pergi gombak ikut langkawi kalau dari pj...kan? Hahaha
Anyway tahniah che din....tetap tak lari terpesong dari soalan pokok. Itu yg paling utama sekali.

Tanpa tekanan jelas kelihatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 12:20 AM

bila najib jawab ada yang kata dia menipu...baik dia diam jer...siasatan yg rapi pun dia dah arahkan....so tunggu jerlah....kalau dia buat salah dia dah cabut keluar negara...tapi ni najib tenang jer...TSM n TM pulak kalut melalak...malu arr....dah tua duk diam2 sudah...TSM menteri pendidikan tapi ranking universiti kita jatuh paling teruk.....TM pulak sebok sgt dgn legasi dia musnah...dengki x sudah..nak sgt masuk bertanding balik lerrr....

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 12:32 AM

@Anonymousbila masa yg Najib jawab dengan jelas ? Cuba copy jawapan beliau tapi kalau setakat jawapan blog Najib tu, tak payah lah sebab kita dah bongkarkan.

najib tenang ya ...... hahahaha .... yang tak tenang proksi beliau je duk alih spin isu sampingan, jawab tak juga.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 12:42 AM

Agak2 din mengapa masih ada yg mcm anon 12.20am ni? Utk apa....ke langsung bengap tak dapat pikir dah? Dia paham ke tidak din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 12:48 AM

Majlis tertinggi UMNO 'dijangka' akan bermesyuarat Jumaat ini. Penerangan akan diberi pd wakil bahagian, fact sheet sekali lg akan diberi pd MT :-

Jika tak silap, semasa MT putuskan agar perhimpunan agong & pemilihan UMNO tangguh utk 18 bulan ini, TPM tiada dlm majlis cos berada di-Bahamas. Betulkan if sy tsilap.

Pada penghujung majlis, Presiden umumkan yg MT sebulat suara setuju perkara itu ditangguh utk 18 bulan. Tumpukan pd "sebulat suara" ini yea. Pada waktu selepas itu, tiada mana2 individu dlm UMNO yg berani 'pukul bedok' cos TPM tiada dlm majlis itu. Kenapa? Maybe risau/takut jawatan mereka dilucutkan? Ada kemungkinannya.

Ahad lepas TPM dah mula 'pukul bedok' then dah mula kedengaran secara jelas beberapa individu dah mula menyambung paluan dr TPM. Ini belum campur lg bedok yg dipalu oleh ahli biasa di-kedai kopi.

Jumaat ini 'dijangka' Presiden UMNO akan jelas sekali lg isu 1MDB sahaja. Kenapa tak jelaskan isu 'transaksi meragukan' ini sama? Tuan-tuan faham2 la sendiri mcm mana MT pun faham-faham sendiri.

Bezanya Jumaat ini (dijangka), TPM dah bersuara ahad lepas, kedengaran juga suara2 lain, TPM pasti hadir dlm majlis kali ini. Persoalan :-

1) Adakah TPM akan terus bersuara lantang as Ahad lepas then akan disambut oleh ahli MT lain?

2) Adakah TPM & ahli MT lain akan akur jua utk sekian kalinya agar isu ini diberi masa till all siasatan selesai?

3) Adakah TPM tetap dgn suara ahad lepasnya till letak jawatan as TPM but tetap kekal as timbalan presiden UMNO? (jawatan TPM dilantik oleh PM dgn persetujuan MT UMNO & BN. jawatan Timbalan presiden UMNO ini dipilih & dipersetujui oleh ahli UMNO, walaupun menang tanpa bertanding).

Sama-sama la kita tunggu Jumaat ini (dijangka), paluan bedok pihak mana yg benar2 ikhlas & jujur utk bela bangsa, agama & negara kita....

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 12:53 AM

Pro Najib yg komen simple, contoh - Najib dah jawab, tapi tak sertakan jawapan itu, saya tak layan dah. Begitu juga yg dakwa saya fitnah tapi tak beri hujah tang mana yang dikatakan fitnah itu.

Spt biasa, elakkan bahasa kasar atau menghina nama sesiapa.

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
July 28, 2015 at 12:58 AM

apa yg najip jawap...ko tau kan jadi mohon kongsi jawapan najip yg ko dah tau tu...
1.tunai tukar aset tukar unit?
2.ipp beli harga lebih nilai pasaran?
3.sape jo lo?

tolong lah bagi tau apa yg najip dah jawap 3 soalan di atas tu ye...tak kan tu pun nak kene tunggu siasatan selesai...tu bukan jawapan tp alasan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 1:00 AM

Salam DT
"kenapa beli IPP dengan harga yang jauh terlalu tinggi berbanding harga pasaran, dijawabnya kerana memandangkan potensi masadepan IPP"
> suatu alasan yang tak munasabah
> rasanya mungkin dijumlahkan "harga semasa (harga pasaran waktu pembelian) + forecast profit (masa depan, ie 10 tahun sambung contract?)"
> yang bestnya dimasukkan "hutang" yang sebanyak RM6B tu dalam harga..
> tak masuk akal, sebab kalau IPP-IPP tu menguntungkan, dah tentu boleh self-sustain dan boleh bayar balik hutang2 RM6B tersebut.
> sendiri yang memberikan persepsi negatif, pastu nak marah kat orang yang bertanya..
> kan budusssss tuuu..ooops terkasar siki... :P
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 1:04 AM

Din, TPM dah bukak gelanggang, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi jumaat ni mungkin ada cerita menarik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 1:04 AM

Najib go, or everybody go.
Nak UMNO tp tak nak Najib.
Sayang UMNO ke sayang Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 1:05 AM

@Anonymous
Sendiri jawab merapu, pastu cakap orang lain merapu plak..
Sendiri takleh jawab, pastu tuduh orang macam2..
Cuba bagi jawapan yang JELAS, supaya orang lain bleh bantu jelaskan plak kat orang2 yang masih blurrr..
Adakah sedare/sedari tau jawapannaya..?
Pohon kongsi...
Kalau tak tau, lebih baik dok diam2...k ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 1:05 AM

FACT SHEET????? Bank statement dari Bank Singapura pun mereka di BOHONGI dengan MENGAKU ada wang kemudian TUKAR cerita ' unit...hanya unit'.

FACT SHEET ini pulak untuk internal circulation hanya untuk orang atasan UMNO menjaja cerita untuk tutup mulut rakyat aje,lagi banyak lah mis-fact dalam nya.

Anything THAT is associated with CAYMAN ISLAND is always DUBIOUS!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 1:13 AM

@dinturtleApa pun Bro Din, TV3 will be BUSY digging 'dirt'on TSMY and from onwards SEMUA isu news mereka will be about Dr M dengan TSMY. We will SEE more ex-opposition running down our UMNO leaders on behalf of the Bugis LIAR.

Something is WRONG with UMNO kalau pihak pembangkang kena membela kedudukan Ah Jib Gor dalam UMNO.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 1:53 AM

tp kelmarin mse kt uma terbuka tun dollah najib ckp okeylahh kn...huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 3:02 AM

Pelik sekali PMO ditugaskan untuk minta TSM tutup mulut dan diminta TSM supaya bersabar tunggu siasatan selesai tetapi macai macai sudah mula menyerang TSM seperti budak bankrupt Ramesh Roa mula tanya 1Bestari project apa ini betul betul professional TIDAK JAWAPAN SAYA. Soalan TSM tidak dijawab lansung cuma minta TSM jangan tanya banyak banyak adakah ini cara tak hormat TIMBALAN PERDANA MENTERI kita. Pelik lah PMO ini segala gala tindakan nya lagi membuat rakyat benci pada PM dan jalan selesai tak nampak pun.

Saya menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan padu pada TSM. BERANI KERANA BENAR TSM.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 3:19 AM

Belanja untuk beli IPP boleh diterima walaupun kalau cerdik seperti TM pernah sebut tunggu IPP di hujung contract atau hampir lupus baru beli pasti harga berpatutan dapat di faedahkan. TETAPI soalan besar adakah Jho Low dan Petrosaudi telan duit sebanyak billion billion untuk kepentingan sendiri sebab itu rakyat marah kerana akhir sekali yg menangung beban ini ialah rakyat sementara Jho Low ini boleh seronok minum arak n seronok liar dgn celebrity seperti Paris Hilton. Adakah ini adil untuk kita lagipun Jho Low macam ada kuasa untuk perli UMNO spinmaster dan macam macam dikatakan beliau tetapi tak ada sesiapa berani tegur beliau. Wah hai rakyat Malaysia kita sebuah negara ISLAM kalaupun nak berniaga dgn orang pun biar mereka ini adalah ahli Usahawan yg baik buat terbaik untuk negara dan bukan kaki arak dan kaki playboy.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 3:36 AM

@Anonymous

Pulak .. tak tau diam.. apa kejadah punya punya penyokong pahlawan bugis

apa masalah susah nak terangkan kalau betul tak ada masalah ???

habis yang buat task force jadah .. buat apa ??

dah tak ada masalah kan ? apa kejadah suruh tunggu siasatan kalau tak ada masalah ?

kalau din (Penulis blog) tau apa masalah 1MDB ni rasanya Din dah tulis dalam blog ni

mungkin kalau betul 1mdb tak ada ,masalah rasanya Din sendiri akan pertahankan najib.

MASALANYA APA KEJADAH MASALAH 1MDB sampai kena buat audit, bat taks force.. sumua jadah

apa kejadahnya ni ??

klau ko tau sangan msalah haram jadah 1mdb ni. cer terangkan bagi semua nampak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 3:37 AM

@Anonymous

takdenya nak berharap .. kejap lagi media spin semua SONG NAJIB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 4:42 AM

Bayangkan...seorang TPM yg sudah tentu ada byk maklumat pasal 1mbd pun tak faham dan tak puas hati dengan tindakan ajib dan 1mbd...inikan pula para blongang penyokong ajib.

Yang bangangnya, muhidin yg cakap benar disuruh letak jawatan. Tu ajib yang penuh skandal tu tak pulak? Alangkah bangangnya!

Korang suruh rakyat ikut mentaliti rakyat negara maju. Tapi kenapa korang tak suruh pemimpin2 negara ini ikut mentaliti pemimpin negara maju?

Nak ganti muhidin dengan zaheed? Itu lagi membuktikan ajib memang takut dan rasa bersalah. Jika buat jugak...confirm umno bn akan tersungkur nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 5:40 AM

Apa la Umno ni..Time pembangkang lemah pun x blh menang,dah la sgor x dpt balik.1mdb dah jd nanah.Mcm filem Drakula Pulak.Aku org Umno pun dah meluat.Bangsa lain tepuk tangan.Umno2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:07 AM

Alahai anon 12:20am..ko kutuk muhiddin pasal ranking u jatuh?

Tu ajib menteri kewangan..ringgit jatuh merudum lowest in 17yrs!!! Lebih teruk dari zaman penyangak matawang dulu. Itu pun nasib Tun M jadi PM. DENGAN BERANI BELIAU TAMBAT RM DENGAN USD. tengoklah..orang tua tu jugak yg berusaha selamatkan negara ni..kalau ajib? Confirm tak berani punya. tenang konon...PENGECUT adalah..

So..jangan tunjukkan kebodohan ko kat sini boleh tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 8:11 AM

Tunggu siasatan yg mana satu ni?.. 700juta usd tu ke yg billiyun tu?
Ckp tngu audit sm siasatan, belum apa2 lagi dah canang bersih,org lain yg salah.. kes justo lagi syok, mcm justo dan geng plk yg rugikan duit 1mdb.. mungkin betul ckp ahmad maslan,mungkin tun M yg sbbkan ringgit jatuh.. bukan sbb ketidakpercayaan antarabangsa 1mdb dlm menebus kembali bon2 luarbiasa mereka. Yg jadi mangsa ialah ekonomi dan harta rakyat sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 8:50 AM

Bro Din

Kerajaan Gagal Kesan Jo Low ???

Ini paling lawak minggu ini... cuba check hp ah jib, dail je laa...

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 9:09 AM

Kalau Jibby turun dengan baik, cakap mintak maaf dengan rakyat(Melayu), mengaku salah walaupun belum salah..bercuti dari kerajaan, bagi org lain siasat tanpa gangguan kan senang. Apa yg Jibby nak takutkan kalau dia di pihak yg benar..Kalau ko resign PM secara terhormat..rakyat akan lebih respect..jangan dijatuhkan sebab disabitkan salah nanti..sian Tun Razak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 9:32 AM

audit.... just audit...

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 9:35 AM

Tujuan kerajaan nk beli IPP utk dijual semula tu agak kelakar.
Kerajaan dh jd broker tanah ka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 10:24 AM

Sori Din...off topic jap...

Betol ker ada rombakan kabinet dalam masa terdekat ni ? Persoalan utama yang berlegar2 dalam pemikiran kita semua ialah apakah kedudukan Muhyidin masih selamat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 10:48 AM

cuma nak minta penjelasan daripadas emua pihak...1MDB syarikat pelaburan kerajaan atau UMNO atau najib..jika syarikat pelaburan kerajaan kenapa dan mengapa hanya wakil dari parti UMNO je yang memberi penjelasan itu pun tidak menyeluruh..mane perginya wakil dari parti komponen dan kenapa hanya beberapa menteri sahaja yang bersuara..yang lebih bersuara tentang hal ini semacam telah dibeli dan diberi sesuatu untuk mengulas tentang 1MDB ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 10:59 AM

-luv tun m.

-memang benar tekaan hamba dimana masalah 1mdb ini 99% rakyat tidak faham(termasuk semua parti politik kerajaan mahupun pembangkang secara kasar atau tidak). hal ini memungkinkan bahawa isu dalaman ini adalah serius. hamba jujur, hamba juga tidak memahami apa itu 1mdb secara keseluruhannya. benar, kes 1mdb ini sulit hingga sukar untuk sesiapa tahu apa yang berlaku sebenarnya.
-isu muhyiddin yassin pula adalah atas nama kebenaran disebabkan beliau sendiri tidak faham pergelutan 1mdb. perkara ini bagi beliau mungkin sukar baginya untuk memahami kemelut yang berlaku kerana hanya najib sahaja yang benar-benar tahu puncanya.
-isu kemasukan jutaan wang ke dalam akaun najib pula ada benarnya dan kemungkinan BESAR WANG ITULAH YANG DIGUNAKAN NAJIB UNTUK MENARIK PERSATUAN-PERSATUAN CINA DENGAN MEMBERI JUTAAN RINGGIT AGAR ORANG CINA MENYOKONGNYA .

-kemungkinan besar, ada benarnya atau sebaliknya-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 11:08 AM

Jangat jadi pengkhianat!
Pengkhianat kepada perjuangan (parti)?
Atau pengkhianat kepada ketua?

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 12:05 PM

haha..kan? lwk tul

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 12:09 PM

abg din...klu rakyat biase lesapkn duit syarikat ke korupsi,rasuah,sah2 polis dtg tangkap buat siasatan n bekukan akaun diorg kn? walaupun br skdr laporan..tiada bukti kukuh..klu dh selesai tbukti xbslh baru dlpskn? hbis tu .yg Pm najib ni...xleh wt prosedur mcm tu ke..?
# maaf...sy bodoh sikit bab siasatan2 ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 12:33 PM

Sah. AG- Tan Sri Ghani Patail ditamatkn perkhidmatan sebagai Peguam Negara berkuatkuasa semalam atas sebab kesihatan beliau. Namun beliau msh terus berkhidmat di-Jabatan Perundangan Negara.

PMO to DPM :- Wait for the outcome. Tan Sri Muhyiddin Yassin has been singled out in statement issued by the Prime Minister' Office, telking him and ither Cabinet members not to say things that could confuse Malaysians over the 1MDB controversy. Persoalan :-

1) Ghani Patail sudah lama ada & tau all dokumen ttg controversy 1MDB ini, now tetiba lak ditamatkan khidmat semalam dgn notis singkat. So, bila "Wait for the outcome" ni akan reach garisan penamat...?

2) Kenyataan PMO ini juga bermakna tiada siapa pun dlm kabinet boleh ulas isu ini. Arahan ini semacam bawa maksud yg 1MDB ni milik penuh Najib & Jho Low sahaja. Tapi duit dr kerajaan but rakyat sebagai pemilik bersama negara Malaysia ini sila 'tutup mulut'.

3) Angin bertiup sgt kencang now (belum pasti) yg TPM & team paluan bedok beliau perlu dipecat segera or selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (dijangka) Jumaat ini.

4) Jika benar khabar dr 'angin' ini, maka berani kah TPM teruskan juga langkah beliau. Jika betul ini berlaku, bermakna Najib mmg benar "mrmbujur lalu, melintang patah" utk terus kekal as PM.

Kami rakyat bawahan ini sgt berharap TPM terus mbawa panji2 kami utk dsamapiakn pd MT UMNO. Kami tetap berdiri teguh sebaris atas nama jujur & ikhlas. Kami tak mengharap sarapan percuma tiap pagi dr pemimpin kami.

Andaikata TPM tumbang juga dlm langkah tirus ini, then ada 1 cara lg yg mampu kita cuba iaitu TOM menghadap Sultan Johor. Jika ini pun gagal then sabar je la till pru-14. Kami akan 'makamkan' pengkhianat2 ini melalui undi kami. Saksikan laa...
4

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 12:46 PM

Anony 11.08am....jgn senang2 nak tuduh TSMY pengkhianat yea...klu dia nak khianat awal2 lagi dia dah berbunyi dan amik kesempatan. Saya sendiripun geram juga ngape sbgai TPM dia slow sgt...Tapi selepas menonton video barulah saya faham situasi beliau. Kang klu terus melompat...orgkata gila kuasa aka pengkhianat. Nie pun blogger2 pro ajibgor dah melabel beliau sedemikian....apa punya mentaliti pun saya tak faham....

Jgn lupa era tun dol dulu.....di kalangan org Umno/Menteri...rasanya TSMY yang menjadi penggerak terawal menyuarakan agar tun dol berundur...di samping TDM yg berada di luar parti. Hingga dia ditohmah sebagai gila kuasa...X sabar2 nak jadi PM & mcm2 tuduhan lain. Klu nak harapkan ajib.,.berpnjgan 'mr playsafer'....rasanya sampai lerni pun tun dol sebagai pm & dia sendiri X merasa menjadi pm.

TSMY dah byk kali nasihat najib ttg isu 1mbd ini....agar memberi respon utk menjawab sendiri segala pertanyaan/kemusykilan rakyat.....Dia nak tlg jawab pun X boleh sbb dia pun X faham/X tahu nak jawab apa. Apa punya biz laa....berdentum berdentam INTERNASIONAL....tapi kelam kelibut ngalah biz pasor malam. Klu nak tunggu PAC...4 stooges aka audit....alamat rakyat BOLAYAN bn/umno pru 14 nanti. Rakyat semua dah bosan dan mahu dia berundur with rosy the flom....

Klu najib didapati 'clean` pun selepas audit bagai dan masih jadi no.1....doomsday to umno......percayalah. Amber pulak kata....'why boder...ada aku kesah'....hahhahhhh...sori din melalut dohh niee...


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 2:34 PM

TSMY kena pecat. AG kena pecat. boss SB kena pecat. dengar berita, next adalah boss SPRM.

ha. ha. ha. najib mula bertindak. drastik nampaknya. semua orang yang tahu pasal 1MDB dah/akan kena.

bab 1MDB ... kalau tanya. jawapan standard ialah tunggu siasatan.
bab nak kenakan orang, tak perlu tunggu siasatan. pecat je.

he. he. he.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 28, 2015 at 2:45 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Sekarang sah TSMY dah disingkirkan dari kabinet Najib. Amacam kekawan yg kata dia slow dan lembab tu?
Sekarang TSMY dah tak ada akses dgn kabinet. Tak tahu dah apa yg Najib rancang untuk selamatkan dirinya.

Salleh Keruak dah jadi menteri yg jaga media. Jangan-jangan kerja pertama beliau ialah menahan miker, Din! Mintak dijauhkan Allah swt.
Menteri yg ada sekarang semuanya pengampu Najib/Rosmah. Siapa tak sokong untuk kekalkan mereka berkuasa ' out you go'.
Politik Malaysia semakin panas.

Konon yg buat kacau adalah pembangkang. Sekarang siapa yg resah-gelisahkan rakyat kerana isu 1MDB kalau bukan pihak yg dituduh?
Sudah terang lagi bersuluh.
Hampehhhhhhhhhhhhhhhhh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 2:53 PM

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ah Jib Gor kerana telah memecat TSMY. Dengan pemecatan beliau, barulah rakyat Malaysia mempunyai sebab yang kukuh untuk memecat Ah Jib Gor dan Barisan Nasional sekaligus dalam PRU-14 kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 2:58 PM

Semuanye suruh tunggu hasil siasatan...hasil kutipan GST yang bermillion2 setiap hari tu pun rakyat masih xtahu untuk apa. Itupun kena tunggu dan bakal dijelaskan...

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 3:03 PM

TERBARU -MUHYIDIN DIGUGURKAN DARI KABINET

PM & MOF - DSNajib
TPM & KDN - ZAHID HAMIDI
Menteri MOT - Tiong Lai
Menteri NRE - Wan Junaidi
Men mindef - H2O
Men Luar Bandar - Ismail Sabri
Men Miti - Tok Pa
Men KTTHa - Maksimus Ongkili
Men Komunikasi - Rahman Dahlan
Men MOH - Dr Subra
Men Asas Tani - Sabri Chik
Men MOF 2 - Husni Hanazlah
Men Luar - Anifah Aman
Men JPM - Azalina Said, Jamil Khir dan 2 nama lagi.
Men Wilayah - Tg Adnan
Men Peg Tinggi - Idris Jusof
Men Pelajaran - Mahzhir Khalid
Men KBS - KJ
Tim Men KTKT - Salleh Said Keruak
Tim Men Mosti - Ivone
Tim MOT - Aziz Karpawi
Tim NRE - Hamim Samuri
Tim Men Pelancongan - Mas Ermawanti
Tim Men Mindef - Johari Baharom
Tim Men Luar Bandar - Jazlan ( Kelantan )
Tim MITI- Ahmad Maslan
Tim Wisma Putra - Rizal Marican
Tim wanita -Azizah
Tim Kerjaraya - Rosnah Rashid
Tim Kpdnkk - Hamzah Zainudin
Tim Sumber Manusia - Ismail Tahir
Tim Wilayah - Loga Balan
Tim Pelajarann - Marry Yap
Tim Peg Tinggi -P Kalamanathan
Tim KBS - Saravanan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 3:20 PM

dengan ini, akan tumbanglah ajib dan umno bn dalam pru akan datang. tunggu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 3:28 PM

haha dh kena pecat sudah.. ksian.. tsmy lambat sgt bersuara....drama yg menarik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 3:35 PM

siapa jd ketua PAC??

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 3:52 PM

Sedih dgn berita TSM dilucutkan sebagai TPM dan Menteri Pendidikan harap rakyat doa untuk TSM. Hari ini dikira black day. Hati saya cuma berasa seidh dan pedih. Harap ya Allah akan selamatkan TSM.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 4:06 PM

malapetaka pepecahan orang melayu dah bermula, lebih teruk dari pepecahan kes umno baru vs semangat 46, bersedialah apa yg patut.
seperti komen blogger diatas, yg bersabar menyatakan kebenaran dihukum, yg memimpin dalam samar disanjung diandaikan berada dipihak benar.
inilah salah satu secebis kisah akhir zaman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 11:33 PM

Nak tunggu hasil siasatan macam mana? Ketua siasatan pun kena terminate. Ini lagi menggangu/membantut/menghentikan siasatan.
Kita nak dengau penjelasan. Kalau kasi tahu betul betul sampai rakyat kebanyakan faham, kita boleh faham. Kalau nak jelas dalam loghat bugis pun tak apa, rakyat boleh upah translator. Ini tak jawap. Bila kita bising, dijawabnya tunggu hasil siasatan. Sekarang dah tamatkan khidmat ketua siasatan.. bila kita boleh dapat jawapan ni?
Kita rakyat ni kena buat macam baju kuning baju merah la.

Post a Comment