........... TERBAIK Nasihat Dari Rahman Dahlan !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TERBAIK Nasihat Dari Rahman Dahlan !!

Saturday, July 18, 201538comments

Hari ini ramai pemimpin2 Umno yang kembali meneriakkan nama Justo ekoran maklumat terkini dari Bangkok yang mendedahkan pengakuan Justo bertemu beberapa pemimpin pembangkang di Singapura. Saya copy dari Bangkok Post -

Much of what Thai police told reporters Thursday appeared to repeat information previously released or leaked by Malaysian officials. Pol Lt Gen Prawut said Thailand's investigation showed that the alleged extortion was done by a network of people, including media and politicians in "a neighbouring country", and that the documents in question had been altered. He said the goal was to discredit the government of "another country", obviously Malaysia although he refused to name it.

He said the network had held meetings in Thailand and Singapore, suggesting that payment for the documents was made in Singapore, an action he described as money laundering but outside of Thai jurisdiction. Pol Lt Gen Prawut also said there had been no request for the extradition of Justo because the alleged blackmail attempt had been made in Thailand. - Bangkok Post 17/7.
.
Antara yang komen adalah Shabery Cheek yang mencabar pembangkang buat penafian - astroawani. dan Zahid Hamidi yang menyerahkan sepenuhnya kes kepada PDRM - astroawani.

Bangkok Post ada menyebut yang pihak Polis Thai tidak dapat beri sebarang maklumat dan sebarang permohonan harus dibuat melalui laluan diplomatik @ Kementerian Luar. - KLiK.

Entahlah ..... saya tidak nampak bagaimana kes Justo ini dapat mengembalikan kenyakinan rakyat terhadap 1MDB sebab banyak persoalan yang kita bangkitkan adalah bersumberkan kenyataan 1MDB dan Kementerian Kewangan sendiri. Baca juga KLiK.

Apapun kita tunggu jerlah perkembangan seterusnya dengan Justo ini .....

Melanyi apa cerita pulak hari ini ? Hahahahaha ..... yang ini paling menarik !




Ditemui pada majlis rumah terbuka perdana menteri di Seri Perdana, Rahman berkata tumpuan sepatutnya diberikan kepada mesej yang disampaikan Melanyi.


"Saya tak tahu (jika dia berkredibiliti). Apa yang penting adalah mesej yang cuba disampaikannya," katanya ketika menjawab soalan pemberita. - TMI.


Adeeeeh, apakah pendedahan gempak oleh Rahman sebelum ini dibuat tanpa melakukan homework yang secukupnya terutama dalam meneliti latar belakang mamat tu ?


Sebaliknya, Lester Melanyi, editor yang membuat pengakuan itu dikatakan bekerja di sayap lain iaitu Radio Free Sarawak dan bekas pengarang Sarawak Tribune yang digantung penerbitannya kerana menerbitkan karikatur kontroversi berkenaan Nabi Muhammad SAW pada 2006 dan kemudiannya meletakkan jawatan.

Lebih memalukan ialah report polis itu sebenarnya dibuat oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, sebuah NGO mesra BN yang memang selalu tampil sama ada membuat laporan polis, mengadakan tunjuk perasaan kecil-kecilan dan membuat kenyataan untuk mempromosi dirinya. - KLiK.


Team Najib menggunakan pengakuan dari seorang yang pernah menghina Nabi Muhammad SAW untuk membela Najib dan 1MDB ? Memang gempak Hari Raya dari Rahman Dahlan !!

Nak cover line, terpaksalah Rahman mengulangi apa yang selama ini Tun Mahathir dan ramai dari kita sering laungkan iaitu - Apa yang penting adalah mesej yang cuba disampaikan !

Don't shoot the Messenger !

Betul tu ! Terima Kasih Rahman kerana akhirnya turut akur dengan teguran yang sekian lama kita duk ulangsebut.

Diharap Rahman sampaikan peringatan itu kepada askar2 Najib, OK. Jangan lupa TV3 juga. 


Hentikanlah semua usaha2 mengalih tumpuan dengan mengungkit kembali dakyah2 lama berkaitan Tun Mahathir supaya rakyat mempertikaikan kredibiliti beliau.  Seperti kata Rahman - Tumpukan pada mesej yang disampaikan oleh Tun Mahathir ! 

Rakyat rata2 dapat menerima pesanan itu. Ini dapat kita lihat dari reaksi sokongan yang diberikan kepada Tun Mahathir dan ini dibuktikan sendiri oleh askar2 Najib yang gelabah dalam menepis mesej yang disampaikan oleh Tun. Cuma askar2 Najib je yang perlu diberi peringatan itu ..... juga TV3.

Ulang balik - Apa yang penting adalah MESEJ yang cuba disampaikan !

PS - Teguran menggunakan khidmat Lester Melanyi turut disuarakan oleh Tan Sri Dr James Masing - KLiK.


“I'm quite surprised (Abdul Rahman had used him). If Abdul Rahman had asked me, I would not have advised him to use him (Melanyi).


“I would tell him not to listen too much (to what Melanyi said) and not to pin too much on his claims." said the Sarawak Land Development Minister.


“There seemed to be a question of credibility with the Lester I saw in the video.” 

Share this article :

+ comments + 38 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 3:48 AM

Polis thai juga ada mengatakan dokumen yg disiarkan SR berbeza dengan dokumen asal yg dijumpai pada justo. Kenapa tak sebut kat atas tu? Kihkihiih...

Kau nak kata melanyi tu tak ada kredibiliti, justo, SR dan balaci2 yg menfitnah tu ada kredibiliti ke? Muahmuahmuahmuah...wahwhahahahaha.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 7:02 AM

Semua benda kaberap geng 1mdb ko konsisten kondem ye din. Aku nak cakap satu kat ko din, dalam perang yang penting peluru. Kalau peluru habis, taik kambingpun boleh ganti peluru. Dalam isu terkini 1mdb, aku tak pasti samada geng 1mdb atau geng anti najib yang terpaksa jadikan taik kambing sebagai peluru. Yang aku dok perati, lepas satu satu kaberap muncul bagi meneguhkan bahawa 1mdb disabotaj dan dikhianati (siapa yg khianat?) manakala geng anti najib hanya mampu memperlekeh kaberap geng 1mdb. Contoh lawak yang kelihatan penasaran ialah kenyataan 'apa masalahnya kumpulan tertentu dari malaysia berjumpa justo di singapura'. Apa ni din, bila geng tony pua, sr dan xavier justo berjumpa maknanya ada syak suatu benda dibincang berkaitan maklumat sulit 1mdb. Aku teliti satu2 jawapan tidak konsiten najib menjawab persoalan 1mdb oleh tun m dan yang lain. Namun kebelakangan ini geng anti najib pulak terkesima dan hanya tau mengondem sahaja tanpa ada peluru baru.
Apapun, selamat berjuang din, walaupun terpaksa gunakan taik kambing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 8:22 AM

Pattern lalang aaa nihh ......
Tak konsisten .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:06 AM

Ahmad Shabery menegaskan jika pembangkang tidak berbuat demikian ia menunjukkan kepada orang ramai bahawa dakwaan itu benar. - Menteri Komunikasi

SO what ? kalau betul pun mmg itu kerja pembangkang. masalahnya sekarang adakah tuduhan itu betul atau palsu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:39 AM

Justo dah macam pembuat keputusan dalam 1mdb syarikat sarat hutang. Atau Justo ni menteri kewangan Malaysia???. Justo ni setarap budak Jo Low ker? Golongan lemah minda ni cuma nak menyedapkan hati je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:43 AM

salam
selagi ada bulan dan bintang, apa yang dapat menaikkan imej ahjibgor akan digunakan. kalu selama ini mereka maki hamun orang tertentu, tapi kalu orang ini memburukkan tdm dan cuba menaikkan imej ahjibgor, maka mereka akan gunakannya seperti kucing kurap dan beberapa ahli pkr yang selama ini memburukkan bn, tapi diberi liputan kerana kejayaan idea memburukkan legasi dan keluarga tdm. kalu pm israel memberi maklumat memburukkan tdm dan dapat menaikkan imej ahjibgor, maka pm israel di hati mereka. kalu nanti, lim kit siang tersilap sebut macam menaikkan imej ahjibgor, maka lim kit siang akan diangkat sebagai penyokong pahlawan boooogis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 10:02 AM

So kalau mesej yg cuba disampaikan itu penting, maka segera Najib mesti berenti lah...reflek balik mesej anda selama ini, atau dia masih oh silap.., 'memang' tiada telur! Anda telah memudaratkan seluruh negara!

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 10:12 AM

Maaf le bro...lain kali kalau lu benar-benar terdesak, gua nasihatkan lu angkat itu mat gian atau mat rempit kasi berlakon, baieeekkk punye..

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 10:34 AM

Apa kaitan antara pendedahan Justo dan wang di bank singapura yang bertukar kepada unit?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 11:04 AM

The recent confession by a Sarawak Editor, Lester Melanyi that DAP Member of Parliament Tony Pua was one of the main conspirators to bring down Prime Minister Najib Razak via Sarawak Report must be looked into seriously by the authorities via a proper investigation. - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/07/tonypua-must-immediately-resign-from-pac.html#sthash.6ZxdO2gF.dpuf - TAKAT KENYATAAN BEGINI DARI MELANYI - apa nak perlu kredibalitinya pulak....biarlah disiasat. Itu pun kau nak jadikan isu ker DIN..... naper...kau suka kan kalau tak disiasat... dan tak der lembu yang akan di libas kerana bawa lumpur....sebab kau nak terus ,melanyak NAJIB... melayu jenis apa lah kau ni.... atau lepas ni kau akan cakap...aku ni sebenarnya melayu jenis apa...kan..kan..kan..kan.. sama jer bro.... aku pun mencari kebenaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 11:25 AM

Makin lama isu makin berbelit
Umno skrang dah masuk gelanggang selamatkn najib sorg...bkn nk selamatkn umat melayu
Ekonomi melayu,ekonomi malaysia
Umno masuk jerat sejak dr awal...sumbat duit,mcm anjing dpt tulang
Nmpk mcm desperate sgt nk kabera najib sampai upah melanyi yg penah hina nabi...
Punyala x hormat xde maruah umno ni skrang...hina sungguh
Tp nmpk juga umno cuba semai mana2 maruah yg ada dgn kaberap biarpon pembohongan demi pembohongan dilakukan..
Maknanya umno tau survivalnya makin nipis...bc fesbuk najib,fobn blh tau 99% kutuk dr bela najib
Kubur umno sudahpon digali
Melayu,cina,india,sarawak,sabah sudah benci pimpinan umno
Soalan x dijawab,lagi bermusuh dgn tun m
Sprm,polis,bank negara dilihat tidak integriti lg
Adeke pesuruhjaya sudah jd juruckp najib hentam tun?
Lhdn x berani soal najib
Soalan jmm sgt bodoh & mkn diri bila org tanya knp x tanya kekayaan anak najib pula??
Terus diam mcm anjing takut...so...umno blh la dikatakan sedang ditalkinkan oleh kebodohan umno sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 11:44 AM

Hei Penyu.... cubalah bincang dengan fakta....bukan dengan emosi. Adakah org jahat akan seterusnya jahat dan apa tiadakah kemungkinan ianya menjadi baik? Apakah tiada kemungkinan orang kafir bertukar menjadi Islam??... Jadi usahalah guna bahan kao tu untuk mengesahkan apa yg kao sokong. Dh jelas skrg....TM juga BERKEMUNGKINAN BESAR terlibat secara terus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 11:54 AM

PENYU.... baca ni.... http://www.nst.com.my/node/92414

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 11:56 AM

@Anonymouspeluru baru ? Untuk apa ? Kita akan ulang2 persoalan sama sehingga terjawab sebab kita mahukan Kebenaran. Ketelusan 1mdb dan integriti Najib. Apakah tidak penting persoalan deposit billion2 kedalam akaun peribadi Najib?

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 11:58 AM

@Anonymoussaudara faham ke maksud artikel ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 11:59 AM

@Anonymous This is simple as jawab betul atau tidak secara tegas, bukan menyorok bukan berdalih bukan alih isu

kalau ada telorlah.

kalau nak dibandingkan dengan kes konspirasi Anwar. SAMA. Anwar juga tak berani jawab secara tegas.

adakah anwar meliwat saiful atau tidak ? Jawapanya mudah Ya atau tidak.

samalah maca kes najib. bukan spin sana spin sini.

Ini adalah logik saya. Buat masa ni tiada jawapan yang tegas dari pihak najib semuanya longgar yang boleh dipersoalkan

guna otak.

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 12:01 PM

@Anonymousdeposit billion2 kedalam akaun peribadi Najib juga satu penipuan fakta Justo ? Sampai najib sebagai tuanpuanya akaun sendiri tak boleh nak jawab betul atau tidak ?

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 12:09 PM

@AnonymousNst ambil dari link bangkok post di atas. Spt yg saya duk sebut, kalau salah maka dakwalah SR. Takde kesan kepada persoalan2 kita ttg 1mdb dan akaun najib.

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 12:51 PM

FAKTA NYA MUDAH.
Kenapa berdalih2 dgn mengheret pihak lain? Jawab je soalan yg cukup mudah. Nak pusing2 benda lain apa pasal? Najib tuan punya badan....rakyat tuan punya duit. Tanya jadi kesalahan pulak? Habis tu biar je la dia buat sesuka hati....negara ni bapak dia punya?
JGN TERPESONG DARI SOALAN POKOK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 1:25 PM

Nampak nya grand plan LKW untuk membersih image Ah Jib Gor ada sidikit 'lope-hole'. Dalam rekaan cerita 'offensive' LKW,pihak Ah JIb Gor tak check 'integrity' dan reliability orang2 atau watak yang di guna untuk membuat 'public' announcement. When you are NOT on the TRUTH side, nak reka cerita mungkin senang tapi sometimes the choice of 'pelakun' may be limited.
We can expect more shady characters coming out in the open to defend Ah Jib Gor. Saya harap rakyat dapat melihat sekarang how desperate si Ah Jib Gor nak . remain in power kerana bila pembelaan nya di buat oleh ahli2 UMNO siapa pun tak PERCAYA. Statement pada pak2menteri nya yang menyokong dia pun sudah jadi bahan ejekan raykat. So desperate nya si Ah Jib Gor sekarang sampai kena mencari dan mengguna orang2 macam si Lester ini yang anti Islam,penghina Nabi,pembohong yang tak pernah berkerja dengan SR,orang kapiaq untuk membela image nya!

Kalau kita ini dikenali by the company that we KEEP or associated then si SCUMBAG Lester dengan Ah Jib Gor MUST be from ' Bird of the feathers flock TOGETHER!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 1:44 PM

Sejak kebelakangan ini kita lihat ramai menteri dr sabah dan sarawak yg membela najib dan hanya segelintir saja menteri dari semenanjung yg memberi komen ttg isu ini dan ramai diantara mereka masih menunggu laporan dari AG dan PAC kerana ramai antara menteri dan mt umno masih lagi dlm keadaan samar2 ttg isu ini dan apa yg memalukan bahwa isu ini telah pun dan mungkin diketahui secara menyeluroh oleh pihak dari Singapore dan Thai kerana pada pandangan saya jika isu ini telah diketahui oleh pihak luar maka ia membabitkan kredibiliti kerajaan dan parlimen malaysia keselurohannya kerana jika kita baca akhbar2 utama negara2 jiran dan mungkin segelintir dunia kebanyakan menjurus kpd Najib dan kerajaan yg dipimpinnya dgn byk berita mengesahkan ttg pembabitan najib dan kerajaan yg rasuah dan ini telah mencemarkan kerajaan malaysia secara total dan ini sgt memalukan kpd para menteri dan penjawat awam yg bekerja secara telus tanpa rasuah dan kita menharapkan agar parlimen atau pun pihak istana dpt. bersidang dgn segera tanpa menunggu laporan AG dgn menyoal najib diparlimen secara tertutup dan menasihatkan najib antara bercuti atau letak jawatan secara terhormat dlm kes dan isu ini didalam penyiasatan kerana kes ini akan makan masa yg lama mungkin bertahun jika najib enggan berundur maka ekonomi dan politik dimalaysia akan menjadi huru hara dlm masa yg akan datang dan diharapkan para menteri dan ahli2 parlimen baik dari BN khususnya mestilah berfikiran terbuka utk menghuraikan masaalah ini kerana harus diingat sesiapa dlm kerajaan yg terlibat secara langsung atau tidak dlm isu ini akan diketahui jika ingin cuba menutop dan membela pemimpin jika dakwaan ini benar dan jika perkara ini asyik di "spin" sana sini baik dari pro najib dan pembangkang tanpa noktah kesudahannya yg rugi adalah negara dan rakyat dgn keadaan matawang yg susut ekonomi yg merundum dan politik yg tak stabil gara2 1mdb ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 2:14 PM

sehingga hari ini, 1mdb sendiri tidak menyatakan fakta yg mana satu tlh diputar belit oleh Justo tp pro Najib dah kompang seluruh kampung punyalah suka macamlah Justo tu kerja dgn 1mdb walhal dia adalah bekas pekerja PetroSaudi.

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 2:45 PM

Terima kasih saudara....pandangan yg bernas. Saya amat setuju dgn fakta anda. Keutamaan kpd rakyat dan negara. Dari bercuti lebih baik letak jawatan,memandangkan negara jiran kita mempunyai asas kukuh kerana kebanyakkan transaksi berlaku d sana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 3:12 PM

jgn suka sgt. byk lagi isu 1mdb selain drpd hubungannya dgn PetroSaudi.
pembelian overpriced IPP. "units just units" di BSI. takut kompang jadi sumbang je....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 3:20 PM

Apapun yg gatal pi buat 1mdb tu buat apa...?kan dah susah..Nak jaga negara dgn bini x blh takut bro Dsn!! Punasihat2 pi tukar,projek2 x penting jgn di buat la..Keretapi laju spore k.l tu membazir je..naik air asia dah murah dah.improvekan dulu KTM tu..Ckp org2 tua ada yg betul juga.Jgn melawan dan nilaikan betul2.Duit Rm jatuhpun pelancong dan pelabur x berminat dato bro,Gst lagi,brg2 mahal..Kalau x blh handle kasi bersih nama dan Undur dgn cara terhormat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 5:37 PM

Dah nama pun pemimpin pembangkang mmg lah niat utk memburok dan menjatuhkan kerajaan & PM, tu x payah nak tudoh dan siasat ..mmg itu agenda politik . ada lubang mesti gali punya... Masaalah nya yg dok perintah ni dok pi buat lubang banyak banyak apa pasal... Lepas satu satu dok bagi bola tanggung kat lawan. Kami yg ahli kat bawah dah x boleh nak cakap apa dah kes 1MDB ni.... X de jawapan yg meyakinkan . Ni keluar pulak nak restructure ka apa 1MDB ni... Ni semua menunjukkan mmg masaalsh wujud... Cuba mengaku mmg dah buat silap dsn sedang diambil tindakan dan diperbetulkan... Habis cerita ... X payah nak pusing pusing tuduh itu ini... senang betulksn dan buang org yg buat silap tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 6:04 PM

Aku rasa dlm sejarah PM Malaysia ni, Najiblah satu satu nya PM paling tebal kulit muka dia. Tak tahulah kalau lbh tebal dari kulit gajah atau kulut b**i?. Kalau Najib ni jenis manusia kulit muka biasa, dah lama dia berundur dlm situasi ramai yang tak mahu dia lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 6:39 PM

Tun M terlibat cara terus? Sumber mana yang melaporkan? Pihak mana yang mengesahkan? RPK?

Memang sah Najib and the gang sedang terdesak.

Memang pun Tun M terlibat secara langsung di dalam mempersoalkan ketidak telusan isu 1MDB dan yang sewaktu dengannya untuk kepentingan rakyat.

Apa yang jadi masalah pada kau?

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 6:51 PM

Berapa kali najib nak jawap tak ada duit yg didepositkan ke dalam akuan peribadi dia? Sejak akhir2 ni pulak SR dah tukar statement...duit tu dimasukkan ke dalam akuan org ketiga.....pulak......

Bertambah sengal dah sesiapa yg percaya dengan SR ni. Maklumat yg berkiblatkan kafir harbi.

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 7:41 PM

@KERIS BERAYONTolong berikan link atau sumber yang menyokong kata saudara bahawa Najib dah berulangkali jawap tak ada duit yang didepositkan kedalam akaun peribadinya.

....................
Reply To This Comment ...................
mangkok HAYUN
July 18, 2015 at 8:59 PM

Apa2 pun .. kami rakyat Marhaen nak tahu cerita sebenar 1mdb .. flow duit .. in n out .. cukup cukup la dok putar ..
Tengok nilai RINGGIT TERKINI ..
Bagi kami rakyat Marhaen .. memang TERASA KESAN NYA .. APATAH LAGI TINGGAL KAT SEMPADAN MALAYSIA / THAI ..SUDAH LETIH MENANGGUNG NYA ..

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 9:11 PM

Najib tidak jujur sebab tu takut nak jawab semua tuduhan yg dilemparkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:36 PM

kalau betol najip ada cakap apasal media xsiarkan eh...yg aku penah dengar najip cakap dia tak pernah guna dana awam utk kepentingan peribadi..soal lain jawap lain.
tau tak sang kelembai???haahahhahaaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 11:47 PM

Ni la mamat bugis...ingat bijak tapi bodoh...apa yg dikata BERULANG2 oleh species pondan bugis nya sendiri pun dia x paham...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 7:24 AM

Bukan lalang bro. Analisis kena neutral. Korang nak memihak korang punya pasal. Aku jugak ada hak untuk tidak memihak, cuma memerhati dan menulis. Masalah ke ni? Pengundi pun ada hak untuk tidak keluar mengundi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 8:24 AM

Aku heranlah depa ni. Apa yang seronok sangat bila Justo ditangkap. Kes Justo ni rakyat biasa tak peduli. Yang orang pedulikan ialah apa relevannya penangkapan Justo dengan hutang 42 billion, pembelian IPP yang yang tinggi, tunai yang menjadi unit? Justo ditangkap atau tidak hutang 42 billion tetap ada. Pembelian IPP dengan harga yang tinggi telah berlaku. Tunai juga telah menjadi unit. Macam mana penangkapan Justo boleh selesaikan masalah ini semua?

Pak Mat

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2015 at 4:45 PM

Aku melayu singapura pun tak faham dgn cara melayu pro najib ni berfikir.Bila anak TDM jadi jutawan akibat berniaga teruk dihina dan dicerca,Bini dan anak tiri najib ada juta2 boleh pulak disanjung dan dijulang.Kenapa lah diheret sama parti keramat melayu dalam masalah yang dicipta oleh najib sendiri.DUNIA DUNIA KERANA DUIT SEMUA BOLEH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 12:07 AM

@KERIS BERAYON

KESIAN betul dengan orang macam ni..

Post a Comment