........... Satu Dunia Kaitkan Najib Dengan 'Skandal' 1MDB ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Satu Dunia Kaitkan Najib Dengan 'Skandal' 1MDB !

Wednesday, July 29, 201555comments

Bila terdapat satu ancaman kepada keselamatan diri pada satu2 kawasan tumpuan, selalunya pihak berkuasa akan keluarkan satu amaran kepada mereka yang mahu ke tempat tersebut supaya berjaga2 dan sebaik mungkin, elakkan atau tangguhkan perjalanan anda sehingga keadaan kembali pulih.

Ketika ini di US dan London, pihak media yang amat berpengaruh dalam membentuk persepsi rakyat mereka, turut mengeluarkan amaran tapi bukan merujuk kepada satu tempat. Subjek amaran berupa sesuatu yang mudah alih, jadi JAUHI MAMAT INI !

Majalah TIME mengeluarkan amaran supaya Obama menjauhi Najib yang ketika ini sedang bergelumang dengan Corruption Scandal.


Sementara di London, The Guardian pula memberi amaran kepada PM England, David Cameron yang mahu meneruskan pertemuannya dengan Najib yang scandal-hit.


Saya percaya media satu dunia ketika ini merujuk Najib sebagai PM Malaysia yang berdepan dengan SKANDAL. Skandal yang satu dunia juga sudah tahu merujuk kepada 1MDB.

Hebat 1MDB ..... satu dunia dah kenal sekarang ! 

Itulah.... kalau dari awal mengambil pendirian yang mesra pengkritik, mungkin semua ini boleh dielakkan. Ingat lagi waktu Datuk Khairuddin buat repot Polis supaya 1MDB ini disiasat..... Reaksi segera dari kepimpinan Umno adalah mengutuk beliau dan menuntut supaya repot itu ditarik balik.

Lebih awal lagi ...... Tun Mahathir dan pengkritik2 1MDB juga diserang hanya kerana tidak dapat menerima penjelasan longgar yang diberikan oleh pihak 1MDB dan Kementerian Kewangan.

Waktu itu ramai yang masih punya sangka baik terhadap Najib dan 1MDB. Cuba tanya pandangan rakyat sekarang .....

Dulu Umno silap kerana terikut rentak Najib yang mengUmnokan isu 1MDB, dari dulu lagi kita dah beri nasihat - Jangan heret Umno dalam isu 1MDB ! Ia adalah masalah peribadi 1MDB dan Najib, jangan jadi lembu.  


Sekarang isu 1MDB ini telah menjadi kronik dan Najib sendiri begitu terdesak sehingga terpaksa merombak kabinet ! Peeeergh ...... rombakan kabinet dek sebab isu 1MDB ! Tak perlulah nak sangkalkan, kemelut negara dan Umno berpunca dari 1MDB.

Jangan salahkan pengkritik. Jika terus mengelak dari berdepan dengan masalah, lambat laun masalah itu sendiri akan menenggelamkan anda.

Berdepanlah dengan masalah 1MDB. Bukan bertaichi bagai mahu mengelak atau mengalih isu. Kita tidak tahu apa lagi yang belum didedahkan. 

Ambil pendirian sekarang, jarakkan Umno dari 1MDB ! Tolak 1MDB dan Najib ke depan supaya mereka sendiri bertanggungjawab menjawab persoalan2 yang ditimbulkan. Jika semuanya telus, apa yang perlu dirisaukan ? Malah, Najib pula yang akan muncul sebagai Pahlawan Bugis yang disegani dan terbukti berwibawa ! Umno juga untung boleh menumpang aura beliau....

Makanya diharap hari Jumaat ini, MT Umno dapat berfikir secara rasional dan buat ketetapan yang sewajarnya. Bukan sewenangnya menghukum Najib dan 1MDB bersalah selagi belum terbukti bersalah TAPI menjarakkan diri dari terus dipergunakan. Biar Najib jadi anak jantan yang berdepan dengan masalah yang diciptanya sendiri !

Jangan hancurkan seluruh legasi dan maruah Umno hanya kerana isu 1MDB atau kerana mempertahankan masalah peribadi seorang pemimpin.

Share this article :

+ comments + 55 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Kuntum
July 29, 2015 at 3:31 PM

Percayalah MT akan sebulat suara 'bersolidariti' di belakang najib & mungkin juga kita akan dpt 'bonus' dgn penyingkiran TSMY sbb melanggar peraturan parti or whatever bs reason they could think of. Saya dh hilang segala kepercayaan kpd kepimpinan umno. The whole lot of them are in this sh!t together. If my prediction is true, they all can sink, I dun care anymore, just pray that they don't drag the rest of us Malaysian with them.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 3:41 PM

Legacy Tun Mahathir Bin Mohamad tetap utuh as Petronas Twin Tower. Juga bukti yang nyata & jelas pada mata kita.

Legacy Dato Sri Najib Tun Razak ni apa yang ada setakat today...? TRX hanya sekadar nama, pagar & 2 tower crane sahaja setakat today. Type "sembang je deras".

World Anti Corrouption Forum akan berlangsung in Jordan if tak silap pada 23 Ogos ini. Sama2 la kita tengok air muka Pahlawan Bugis ini.

Perkara yang kita sedikit sedih just tentang nama Malaysia terpalit sama...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 3:42 PM

Terbaek bro....amat setuju..ni masalah najib n menteri kewangan pertama.... bkn umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 3:45 PM

Ada sesiapa anggot MT yang berani bertanyakan soalan panas pada Najib pada hari khamis nanti? Kesemua MT dah mula jumpa tukang urut suruh selamatkan telur mereka, kah kah kah!!...............

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 3:50 PM

1MDB hebat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 3:53 PM

mesyuarat batal bro.

najib mmg xde cara lain libatkan umno sbb dia bersalah.

org umno lah bodoh kerana mahu terus membodek org yg terang2 bersalah.

persoalannya, kita org melayu sekarang, dimanakah undi kita?

apakah masa depan kita kelak ?

bagaimana kita mahu menjaga kepentingan bangsa agama dan negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 3:55 PM

Setuju juga tapi bersyarat. Pendapat ahli biasa ini juga perlu diambil kira. MT perlu asingkan UMNO - 1MDB.

-Tetapi berani, jujur & ikhlas ke MT pada Jumaat ini...?
-Pasti ke Muhyiddin, Shafie Afdal & sebahagian ahli lain akan terus kekal jawatan dlm UMNO?
Bukan ke agak janggal TPM & Menteri gugur/dipecat jawatan kabinet kerana bersuara isu 1MDB ini terus kekal dalam UMNO?

But tak mustahil juga jika MT tau & berani bezakan UMNO - 1MDB. Sama2 la kita tunggu Jumaat ini, itu pun jika ada mesyuarat cos perkara hanya 'dijangka' sahaja setakat hari ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 3:56 PM

ni kira macam anwar la berapa lama tangguh kes liwat ... kalau tak bersalah nak takut apa ???

LAWAN TETAP LAWAN.

Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 4:05 PM

Rosmah: Abg nak ke mana tu?

Najib: ‎Nak kluar jap, tukar kabinet.

Rosmah: Yay! Mah nak semua kayu tau...

Najib: Jangan risau, abg amek semua mmg kayu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 4:22 PM

Orang melayu pun kena jauhkan diri pemimpin umno yang ada sekarang ni....sudahlah memomokan kami mengenai ancaman cina dan yahudi!!!!ancaman itu sentiasa kami ingat...Dan ancaman Dari bangsa sendiri lagi maha dashyat bahayanya....kalau pemimpin umno lagi bangsat dari yahudi xkan kami nak pejam mata jugak???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 4:33 PM

You all nihh kannn....najib mme bodoh bangang....nnti kak mah bole settle semua tuhhh...najib perasan dia setaraf tun dr m.....puiiii...umno hancur sebab najib.....umno x bersalah pun.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 4:45 PM

Najib musuh negara!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 4:52 PM

X sabar tunggu pu14. Harap pembangkang menang dan semua setan2 umno dgn ketua pondan ni ditangkap, dibicara, dimalukan dan disumbat ke dalam...

Since umno pun nampak da bersetuju dgn hudud maka rakyat berharap sangat lah pondan dan semua pengikutnya dihukum hudud kerana menyonglap, menipu dan mengkhianati rakyat..

UNTUK PEMBANGKANG YG BAKAL JADI GOMEN...RAKYAT NAK MEREKA NI DIBICARAKAN SECARA UMUM/TERBUKA DAN KLU TERBUKTI BERSALAH, SETAN2 NI MESTI DIHUKUM.HUDUD...PONDAN DAN GENG 1MD NYA MESTI DI POTONG TANGAN MEREKA...UNTUK GENG2 PENGKHIANAT NYA...HUKUM REJAM/BALING BATU KEPADA MEREKA....kalau 1/3 jer rakyat malaysia jer da ada 10juta pembaling batu...JANGAN PLAK PASAL DORANG NI ORG BESAR DILEPASKAN!!! KAMI NAK TENGOK HADI AND THE GANG JUJUR ATAU PENIPU GAK...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 5:11 PM

Saya mencadangkan supaya TSMY mencabar Ah Jib Gor sebagai Presiden UMNO. Bagi kerusi Timbalan Presiden UMNO pulak, kita beri pengharapan kepada Shapie Apdal untuk berdepan dengan Zahid Hamidi. Dah tiba masanya, Mukhriz mendapatkan salah satu tempat sebagai Naib Presiden UMNO. Mana-mana pemimpin UMNO yang berjiwa liberal patut disingkirkan. Kita mintak supaya TSMY diberi sokongan penuh oleh ahli2 UMNO seluruh negara demi mengembalikan UMNO ke landasan asal iaitu demi alif, ba, ta. UMNO sekarang sudah jauh terpesong daripada matlamat asal. Hanya TSMY jer yang boleh diharapkan demi menyelamatkan UMNO daripada tumbang dalam PRU-14 yang akan datang. Kita mahukan TSMY mengetuai tsunami melayu bagi menumbangkan mana-mana pemimpin UMNO yang merosakkan UMNO dari dalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 5:52 PM

Teman sokong mike yeop. Tapi pemilihan dah tangguh 18 bln. Ada jln lain ke.

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 5:56 PM

Sebenarnya yang mengatakan sesiapa BODOH adalah dia lebih BODOH. Kamu tau ke fakrta sebenar apa yang berlaku di dalam 1MDB. Mana kamu dapat maklumat berlaku penyelewangan 1MDB? Sumber mana? Dari mahkamah ke? Apa buktinya?
Bukankah penerangan demi penerangan telah dibuat oleh pihak terlibat?

Saya berpandangan selagi tiada bukti yang kukuh dari Pihak berkuasa dan Mahkamah maka tidak perlu kita menghukum sebelum diadili. Ini konsep yang asas sekali.

Melainkanlah kamu dari pihak yang sengaja mewujudkan suasana resah serta rasa bersalah dari sumber yang tidak diketahui hujung pangkal dan dengan sengaja menimbulkan rasa kebencian kepada kepimpinan yang sedia ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 5:56 PM

Percaya la bro. MT UMNO x ada tulur...

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 29, 2015 at 5:57 PM

Assalammualaikum wmt,
"Kalau saya jadi Najib, saya akan pecat siapa yang tak sokong saya". Itu komen Tun M yg saya terbaca dlm media sosial mengenai kabinet baru Najib.
Pedih dan sangat tajam bunyi ulasan itu kalau dianalisis mengikut apa yg tersirat.

Maknanya, barisan kabinet baru itu semuanya penyokong Najib.
Oleh kerana Najib kini sedang senak dgn isu salahlaku 1MDBnya, maka sokongan yg diusahakannya adalah bermaksud menyokong tindakannya mengenai isu 1MDB.

Justeru, adalah lebih munasabah kalau kabinet baru Najib ini kita namakan 'Kabinet 1MDB'.

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 5:57 PM

memang dasar nak memecahbeahkan UMNO komen anon diatas ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 6:05 PM

Aku pun..aku nak cakap pegi mamposlah umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 6:08 PM

Najib hanya pecat TSMY, Shapie Apdal dan beberapa orang pemimpin UMNO jer....
Rakyat pulak akan pecat Najib dan kesemua calon Barisan Nasional dalam PRU-14 nanti...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 6:19 PM

Andai kabinet baru ini dibiarkan bermaharajalela, nantikanlah kemusnahan kerajaan BN yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu. PRU-14 akan membuktikan bahawa kerajaan BN akan tumbang buat pertama kalinya dalam sejarah. Kabinet Tak Siap @ Kelab Penyokong Najib akan mempercepatkan proses kejatuhan UMNO kerana orang melayu tidak lagi akan menyandarkan sokongan kepada parti keramat melayu itu. Ketika itu, jika BR1M diberi dengan amaun RM2,000 sekalipon belum tentu dapat memenangi hati melayu. Orang melayu tidak mudah digula-gulakan dengan wang ringgit. Banyak mana pun duit, takkan mampu untuk mengekang kenaikan harga barang secara mendadak. GST, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga minyak hanya memburukkan lagi keadaan. Jika kabinet baru ini terus diberi kepercayaan selepas PRU-14, percayalah, melayu akan terus mengemis dan merempat di bumi sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 7:29 PM

TS Muhyiddin ni boleh masuk kategori godfather of UMNO.X sampai 24 jam kena pecat,dah heboh satu dunia.Jauh beza dengan Anwar. :D

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 8:00 PM

Din, jangan buang masa lah mahu pertahankan umno. Dah masa kena buang...scrap dari kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:01 PM

Kalau liberal dalam Pas sudah dinyahkan, tiba masa Umno pula menyahkan puak liberal mereka pula. Bermula dengan bapa liberal sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:14 PM

huiii hebat ko shaha.... byk ke dpt duit raye dr piem billon2... ke ko penciom tegar tgn osmah dn tukang pkaikn kasut die

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:15 PM

ko ni siok sndri kot shaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:16 PM

Good one

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:17 PM

ya benar... die sanggup kehilangan jawatan utk mnyatakn kebenaran....ini baru ahli umno sejati

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:44 PM

Lepas ini sesiapa yang bersuara menguingkit tentang 1MDB sure punya kena cantas.Semuanya dilantik mesti setia dengan ketua,hendak tak nak tutup mulut,hanya cukup dengan hangguk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:51 PM

Komen2 ngarut Dari pembangkang..pembangkang nak menang?..bodohnya..alamat jadi hamba komunis@yahudi lah..tak ada pemimpin pembangkang yang layak..melayu perlukan pelindung bukan parti carca marba yang nak hancur melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:55 PM

Memang lah satu dunia mahu jatuhkan Malaysia, nanti jangan menyesal sudah lah yer din

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:55 PM

Bro Dinn

Kasi PANASSS

https://www.youtube.com/watch?v=4WTwQkcCrxY&feature=youtu.be

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 9:02 PM

Cadangan yg sangat baik!!!
"Kurangkn berckp bykkn tindakan tunku...kerajaan ni telinga diorg dh lali..ayat2 mcm ni diorg dh x ambik port..apakata tunku ajak mp2 dan adun2 johor ni kluar BN..apabila mp2 adun2 Johor kluar BN...serta merta najib tumbang," said Hairil Amri.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 29, 2015 at 9:05 PM

Assalammualaikum wmt,
Mesyuarat MT UMNO Jumaat ini dah dibatalkan. Kenapa dan mengapa tidak dijelaskan oleh SUA - Tengku Adnan. Yg pasti ianya dah tentu atas arahan Najib.
Apakah kerana TSMY kata dia akan hadiri mesyuarat itu, maka Najib tarik hand brake? Atau apakah benar pada mesyuarat itu kononnya MT akan membuat keputusan memecat TSMY dari UMNO? Kerana dia kata akan hadir, maka mesyuarat dibatalkan?

Macam-macam persepsi rakyat boleh timbul yg dibuat sendiri oleh Najib. Bila rakyat beri riaksi negatif, marah. Konon tak ada bukti dan fitnah serta konspirasi nak jatuhkan kerajaan. Yg dituduh buat kerja tak betul hanya Najib selaku PM, kenapa bila nak jatuhkan PM dianggap konspirasi nak tumbangkan kerajaan?

Majoriti rakyat masih mahu kerajaan yg ada kekal. Cuma yg rakyat mahu ubah ialah PMnya saja, iaitu Najib. Dan desakannya pun bukanlah macam mana Anwar Ibrahim bertindakan semasa dia dipecat dulu. Desakan rakyat masih lembut dan berbudi bahasa. Minta undur secara terhormat. Itu saja.

Buktinya, bila TSMY dipecat, beliau tidak bertindak mengumpul penyokong untuk 'lawan tetap lawan' sebagaimana Nuor.
TSMY cool dan merencatkan emosi umum dgn perkataan 'redha' dan 'itu hak PM'. Tak ada rusuhan. Tak ada bantahan beramai-ramai. Malah TSMY tidak mahu dirinya jadi penyebab perpecahan Melayu dan perosak kesetabilan UMNO.

Langkah TSMY nampaknya jadi anti-climex. Diluar jangkaan ramai. Mungkin para penasihat Najib menjangka TSMY akan mengamuk macam Nuor dulu bila dipecat sebagai TPM. Kalau TSMY bertindak macam Nuor, tentulah mudah mereka 'menarik hidung' pemimpin UMNO yg setia pada Najib untuk mengecam dan memburuk-burukkan bekas TPM itu.

Nampaknya apa yg dijangkakan mereka tak menjadi kenyataan. Malah kenyataan TSMY menjadikan beliau semakin dihormati dan disanjung sebagai pemimpin sejati yg taat dgn ajaran Islam. Pemimpin beriman yg disanjung ramai.

Mereka sekali lagi kantoi.
Terima kasih TSMY. Anda pemimpin sejati UMNO harapan bangsa. Syabassssssssssss!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 9:07 PM

Lawak beb, terima kasih kat atas tu kerna menyumbang lawak tahap mega. Akhirnya cabinet kayu terbina sudah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 9:09 PM

Doa dan terima kasih buat Pak Cin Din kerana berani perjuangkan kebenaran demi keadilan. MOga panjang umur dan sihat sejahtera, gagah perkasa walau terus diserang dan dicaci oleh para penjilat tegar Najib Liberal acuan Amerika.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 9:12 PM

Najib mengaku depan muhyiddin ada duit masuk akaun dia .. http://www.ismaweb.net/2015/07/video-muhyiddin-kata-najib-mengaku-rm2-6-bilion-masuk-akaun-peribadi/

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 9:31 PM

Apa ni....bukan jatuh kan msia,jatuhkan pemimpin yg bongkak yg menjadikan rakyat musuhnya! Jauh beza tu beb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 9:47 PM

-luv tun m.

-kepada sasha, jika rasa 1mdb tiada masalah beritahu kami diblog inilah apa dianya unit itu?, kami pun mahu tahu juga.
-benarkah tiada wang masuk dalam akaun najib?.
-mengapa hingga ke hari ini najib tidak nafikan yang wang itu disalurkan ke dalam akaunnya?.
-kenapa hingga hari ini najib masih belum saman swj dan edge?.
-kenapa juga 1mdb mempunyai hutang yang tinggi dari sepatutnya?. jika mampu bayar, kenapa masih mahu berhutang lagi?.
-jika sasha tahu apa itu 1mdb, jelaskanlah.. -sinis.
-bukan umno yang pecah belahkan rakyat, tetapi najib dan isterinya serta pengikut yang buta tuli menyokongnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 10:27 PM

Tu bukan komen Tun berkenaan kabinet baru Ahjib, tgk tarikh betul2 der..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 29, 2015 at 10:32 PM

Boleh dikatakan hampir semua pemimpin negara di dunia ini jika terpalit dengan skandal akan letak jawatan sambil meminta maaf kepada rakyat negara mereka.

Tetapi di Malaysia, pemimpin2 yang dipilih rakyat menyokong penuh pemimpin yang ada skandal. Bukan calang2 skandal tapi skandal yang boleh menjatuhkan ekonomi negara dan menggadaikan apa saja berkenaan negara ini.

Sekarang kita semua sudah tahu mana satu pemimpin patut dipilih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 10:50 PM

Xphm kalo ada yg kata nk kn BN tp xnk Najib...kolo Najib dpt full backing from kabinet, makna kata Najib tu BN, BN tu Najib la derr...so mana akal nk tetap sokong BN kalo BN pn tetap nk sokong Najib...

Pilih kerajaan x mcm pilih pasukan bola derr...

Menyu xde sir alex pn lu balun sokong xde hal lg...

Najib corrupt , kabinet sokong..diorg x layak lg lu sokong

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 10:51 PM

kabinet konkrit bingkas dirombak....lantas...kayu nyatuh ply bikin tengkuk terkulai...kayu nyatuh solid membuatkan kepala bertambah merelit-relit...hoh hoh hoh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 11:11 PM

Betul & sah ke yang mesyuarat MT Jumaat ini tangguh...?

Jika betul & sah then sah juga yang Muhyiddin, Shafie Afdal & lain2 akan dihadapan to Jawatankuasa disiplin UMNO. Ada yang akan dipecat & ada yang sekadar gantung keahlian sahaja.

Najib memang nekad untuk hapuskan pengaruh Muhyiddin & Shafie Afdal dlm UMNO. Tunggu la apa sebenarnya Jumaat ini.

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 11:51 PM

mcm2 la..nk wt camner..lain org lain pdapat....emmm..jap nk ty...ni shasha solero ke ni?hihi..
# sorry..just kidding

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2015 at 12:09 AM

Tolak najib ke depan dan jwb wlwpun agk terlambat. 1mdb ni dh jadi mcm BABY UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2015 at 12:29 AM

yerr btul tue... ni baru laa panjang yg kata.... Bugis rupanya takot bini..hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2015 at 1:05 AM

Kalau Tun jadi NAJIB, bukan kalau Tun jadi PM , tersirat Tun kias perihal si Najib ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2015 at 1:08 AM

Nape nak tunggu pemilihan....??? Ni bukan utk umno...mp dan adun pakat kuar bn jadi bebas...

Alah mcm perak laa...2-3 lompat terus tukar gomen...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2015 at 2:26 AM

Sudahlah dengan komen2 mengarut..tunggu saja pru14..bolehlah undi pembangkang kalau yakin boleh menang..tiada pemimpin pembangkang yang layak selain hanya yang kat dalam tu saja..orang2 melayu hanya akan jadi kda2 tunggangan cina2 dap..jangan mimpi pembangkang nak menang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2015 at 9:59 AM

@Anonymous komen tu nak lepas geram dan marah. itu apa yang ada dalam hati dan fikiran pada waktu itu. kalu 3 tahun lagi sejuk, tak ada apa pun berlaku. dalam pas dan umno dah terbukti, bunyi kuat yang menentang, tapi bila undi tak serupa bunyi. bunyi tu bikin gempak ajer. tapi saya percaya, undi untuk umno akan berkurangan kerana penyokong bn berubah angin kerana sakit mata dan hati. kalu pembangkang tak buat perkara yang bodoh serta menyakitkan hati, mungkin undi akan beralih arah. tapi yang pasti undi popular bn akan berkurang dari 48% mungkin ke 45%.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2015 at 12:56 PM

nampaknya Najib kena pecat Obama juga..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2015 at 8:57 AM

Mmg akan merempat, tgk rumah2 baru diseluruh negara dijual harga sgt tinggi tp habis dibeli oleh mereka yg byk duit dan berharta. Siapa pula bangsa yg paling berkuasa dgn RM itu? Bagaimana kjaan baru masa itu beri kerakyatan baru pd warga asing mcm dibuat di negara jiran terdekat? 5 thn pegang kuasa cukup utk pecah undi org melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2015 at 11:21 PM

Harapkan pagar. Pagar yg makan padi......kecewa sgt....

Post a Comment