........... SAH Akaun Rosmah ! Tapi Nafi Ada Kaitan Dengan Dana 1MDB ..... Kita Tanya Ada Masuk Atau Tidak ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SAH Akaun Rosmah ! Tapi Nafi Ada Kaitan Dengan Dana 1MDB ..... Kita Tanya Ada Masuk Atau Tidak ?

Saturday, July 11, 201532comments

Hmmm.... dua hari offline, banyak perkembangan berlaku ! Terbaru adalah pendedahan SR mengenai sebuah akaun Affin Bank yang didakwa milik Rosmah di mana didedahkan kemasukan beberapa deposit berjumlah RM2 juta yang dilakukan oleh seorang bernama Roslan Sohari.

Mamat itu pula mengaku di FB sebagai Resident Manager at the PMO dan Mkini turut menyiarkan gambar2 perjalanan beliau diserata dunia yang secara kebetulan turut sama dikaitkan dengan kehadiran Najib Rosmah.

Link antara Roslan dan Najib Rosmah ADA kalau mengikut apa yang disiarkan.

Ramai yang cuba mempertikaikan kesahihan akaun itu sebagai milik Rosmah ..... konon kerana nombor IC yang tertera di dokumen itu bermula dengan  A, memandangkan hanya mereka yang lahir selepas tahun 1964 saja yang IC mereka bermula huruf A ....



Seperti biasalah ...... lain kali dapatkan KEPASTIAN dari tuan punya badan dulu sebelum cepat menuduh apa2 ..... kerana ternyata dari laporan terbaru Astroawani, peguam Rosmah telah mengesahkan bahawa akaun itu memang milik Rosmah !!

“Akaun bank yang dirujuk dalam laporan berkenaan adalah akaun peribadi anak guam saya. Ia telah dibuka pada tahun 1984 ketika anak guam saya berkhidmat dengan Island & Peninsular Sdn Bhd (kini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd),”

Nampaknya pro Rosmah kena lah bertanya juga kenapa Rosmah boleh memiliki IC lama yang bermula dengan huruf A .... kan ?



“Memandangkan profil klien saya sudah didedah di peringkat nasional dan antarabangsa, adalah diharapkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjalankan siasatan segera dalam tempoh 72 jam dan memaklumkan hasil siasatan tersebut,”

“Anak guam saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau penyelewengan dana serta menafikan sekeras-kerasnya kaitan dengan dana 1MDB.
“Laporan tersebut sememangnya berniat buruk, mengancam dan salah serta bertujuan untuk menyerang anak guam saya,”

.

Peeeergh ..... Rosmah pakai peguam la untuk menjawab dakwaan SR !

TAPI ....... penafian oleh Peguam Rosmah, Noorhajran Mohd Noor menyebut - “Anak guam saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau penyelewengan dana serta menafikan sekeras-kerasnya kaitan dengan dana 1MDB ".

TheStar turut menyiarkan laporan sama - “My client has not committed any criminal offence or misappropriation of funds and strongly denies any links to the funds being from 1MDB."

Dakwaan oleh SR tentang deposit RM2 juta itu ada sebut tentang dana 1MDB ke ? Atau sekadar mendedahkan deposit2 berkenaan ?


Apa ni ? Kenapa tidak menafikan deposit2 itu ? Kalau ternyata memang wujud transaksi2 yang di dakwa, perjelaskanlah DARI MANA DATANGNYA. 

Tidak ada siapa yang kata deposit2 itu datang dari 1MDB. Ada ke ?


Mungkin ayat ini dari SR ada kaitannya dengan penafian Rosmah -

Sarawak Report can confirm that this particular bank account has now been placed under investigation, because it can be related to enquiries about the possible misappropriation of money linked to 1MDB.

Ayat di atas bermaksud, akaun Rosmah itu sedang disiasat kerana ada kaitan dengan siasatan penyalahgunaan dana 1MDB.

Tapi dari pembacaan keseluruhan artikel itu, SR hanya bertanya kenapa juta2 tunai masuk akaun Rosmah -Millions In Cash Go Into Rosmah's Account - How Come?

Entahlah ...... kalau masuk jer Lawyer, pasti ada PERMAINAN KATA-KATA.

Sama jugalah dengan penafian Najib yang berulangkali sebut
saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri,  padahal WSJ tidak sebut pun Najib guna dana itu untuk apa.

Rakyat cuma nak tahu BETUL ATAU TIDAK ada dana billion2 masuk akaun Najib ? 

Dan sekarang dah tambah satu lagi pertanyaan - Betul ke ada RM2 juta dimasukkan ke dalam akaun Rosmah ?

                              ***********************
Beberapa perkembangan menarik lain :

Akaun PM tak dibeku kerana sudah tutup - Mkini.

- PAC akan panggil Jho Low - Utusan. Harap2 Jho Low datang la.... Oya, PAC tak nak panggil Najib ?

Yang ini memang menarik - Sumber: Pengarah 1MDB tak dibawa berunding - Mkini.

Keputusan-keputusan itu dibuat melalui resolusi bertulis, dan bukan dengan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah, kata satu sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai laporan interim jabatan tersebut.

"Pasukan audit menyifatkan ia seolah-olah lembaga itu telah diketepikan atau keputusan dipengaruhi oleh orang lain," katanya lagi.


"Mereka juga mendakwa bahawa terdapat keadaan di mana lembaga pengarah diberi maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap mengenai keputusan pelaburan,"


Sumber itu berkata, pasukan audit juga mendapati syarikat itu tidak mempunyai jawatankuasa pelaburan untuk memastikan kewajaran sebelum membuat pelaburan.

Syarikat yang aktiviti utamanya adalah MELABUR tapi tidak punya Jawatankuasa Pelaburan ?

Habis tu, SIAPA yang buat semua keputusan 1MDB ?

Akhir sekali yang paling menarik adalah komen dari Mat Maslan !


"Perdana menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana agensi kerajaan dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi?


"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia kebebalan yang terlalu amat sangat. - TMI.
 
YES, saya setuju dengan Mat Maslan, sememangnya ia satu KEBEBALAN yang terlalu amat sangat !

Malangnya Najib tidak menafikan tindakan paling bebal itu ..... Najib hanya menafikan yang dia  mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri !
  
Kita cuma tanya dia ambil atau tidak ?

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2015 at 1:25 AM

Siapa yg makan cili,dia terasa pedasnya.Duit tu datang dari mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 1:44 AM

Yg gatai pi bukak 1mdb tu sapa suruh?? Punasihat2 dah la bodoh..kan dah lantoi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 1:50 AM

kantoi lagi CYTRO pro Najib... kah kah kah. lain kali dapatkan berita dari sumber yang boleh dipercayai buat malu je Pahlawan la korang ni. Dah lah najib cakap korang bangang janganlah membenarkan pulak apa yang Najib cakap korang sememangnya bangang....KAH KAH KAH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 2:35 AM

Kesiann balaci najib rosmah..makin dicover..makin membusuk pulak nama pasangan tersebut.

Taksub pada pemimpin boleh menjadikan kita buta hati. Nauzubillah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 2:57 AM

Sekali lalu this is a 'better' letter compared to the one issued to Dow Jones. See, even in this case the lawyer bertanyakan peranan bank negara dlm menangani isu confidentiality etc etc. Tgk, how fast BNM will respond.

Happy Birthday Tun M. Moga terus sihat dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

We love you Sir.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2015 at 2:59 AM

Berbelitnye komen kau kali ni din. Dah tedesak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 3:16 AM

Skrg...roslang soharee pun akan disiasat...baru je 2 hari lalu dia menafikan sekeras2nya...jenis makan harta haram kot sanggup menipu di bulan ramadhan ni..pastu kantoi pulak tu.
rosma camne pulak? pun akan disiasat ke?

Dan yg paling bebal yg amat adalah blongang2 yang dok backing rosma...bagi alasan surat palsu la..ic ada huruf A la... hah..skrg korang jawab la balik..kah kah kah..korang ingat SR dan WSJ tu bodo? Depa for sure ada simpan peluru maut. Saja je depa release sedikit demi sedikit...

Kpd blongang2 najip...tak rasa berdosa ke membela penganiaya rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 3:18 AM

Salam Din, sempena harijadi tun, boleh tak hang tulis dan jemput komen2 drpd semua yg pernah bercakap/berjumpa dgn tun/toh pua (pengalaman individu)..sebelum/semasa/selepas jadi pm?

Saya rasa ianya dapat bantu semua orang utk lebih memahami mereka...

Terimakasih
LK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 4:20 AM

Dalam kes rosmah, dengan tidak bergaji seperti suaminya, bagaimana ada bayaran sebanyak rm2juta dimasukkan kedalam akaunnya? Jika ianya datang dari pertubuhan naungan rosmah, kenapa pula dimasukkan ke dalam akaun individu bukan akaun pertubuhan tersebut?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 4:20 AM

Suami dan isteri BODOH. Dengan penghapusan ISA dan juga majority 53% rakyat Malaysia SUDAH tak sokong UMNO/BN tak kan Ah Jib Gor tak tahu setiap 10 rakyat/perkerja Malaysia,5.3 rakyat Malaysia akan sokong Pembangkang dengan membocor rahsia jika mereka ada access kepada nya. Kalau masih ada ISA saya fikir masalah ini tidak akan timbul.

Dr M must have some FORESIGHT bila dia suruh Ah Jib Gor berhenti kerana pihak asing dan pembangkang mempunyai banyak RAHSIA2 Pahlawan Bugis yang akan menjatuhkan dia.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 5:16 AM

@KERIS BERAYON

mana tak berbelit.sebab jawapan rosmah pon berbelit ..

macam biasalah CYTRO najib.. spin lagi belit belit..

dah tak de modal.. bulan pose jangan finah nanti masuk neraka..

mmg lah tak masuk neraka kalau fitnah..

abis kalau menipu masuk syurga ???

Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 5:17 AM

The "CLUELESS to the max" title is officially bestowed to Najib Razak.

Mrs PM has any comment?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 5:23 AM

Aisehman ... mereka ni semua suka NAFI sana nafi sini. Kemudian keluar bukti, masih pertahan diri.

Ramadhan 2015 paling terbaik!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 5:26 AM

@KERIS BERAYON

Gaya komen KB macam cacing kepanasan je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 5:28 AM

Akan datang - jeng jeng jeng ...

Diadakan lelong beg birkin, lelong intan berlian, lelong filem hollywood, lelong penthouse. lelong tatoosh, lelong bunga, lelong jet dll ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 5:38 AM

salam,
kalu belajar kat u la, kalu soalan dan jawapan macam ni, berapa agaknya prof nak beri markah yer. mungkin jawapan ni menjawab soalan? tanya akaun, beri jawapan akaun didedahkan. tanya duit mari mana? jawapan tak seleweng, betul ke akaun anda, no i/c tak betul. berapa nombor i/c yang betul? ada kat tuan punya diri. dah tu macam mana tahu tak betul? goreng ajer, kita nak dengar jawapan kata itu bukan akaun saya atau itu memang akaun saya. duit itu tak ada dalam akaun saya atau duit itu ada dalam akaun saya. duit itu duit gaji saya atau duit itu harta pusaka keluarga saya atau dari sumberl ain. soalan berdasarkan kepada jawapan. kenapa nak guna loyar dan blogger untuk jawab? memang hebat la pm kita ni, tak ambil pedulipun rakyat tanya,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 6:23 AM

Patriotisme bukan bererti mempertahankan pemimpin yang merosakkan dan menjahanamkan negara, hanya kerana dia adalah seorang pemimpin. Patriotisme adalah mempertahankan negara dari perosak negara samada perosak itu adalah dari dalam negara yang merompak khazanah anak2 warisan atau perosak dari luar yang mahu menguasai khazanah negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 6:31 AM

Bro Din,
Bab pak jibby dengan mak ros ni kira dah macam kapal karam dah. Kalau dapat diselamatkan cuma tong-tong kosong dan debris yang ringan2 je yang terapung. Malas nak komen pasal takut ada konflik dengan siasatan yang berjalan.

Cuma nak sentuh post-jibby nanti. Tun M tu mati-matian nak jibby turun segera pasal beliau nak tengok Malaysia ni kembali ke landasan yang betul. Tun amat yakin atas banyak perkara. Pertamanya hutang negara yang dah tiga suku trilion tu (ikut pengkelasan BNM) akan dilunaskan sepenuhnya dalam masa 12 bulan selepas jibby turun. Keduanya negara mempunyai lebihan rezab tunai melebihi Norway, Kuwait atau Saudi Arabia dalam tempoh 12 bulan berikutnya. Baby protonnya akan kembali sukses, banyak cita-citanya untuk infrastruktur mega untuk rakyat akan terlaksana (mungkin oleh orang lain tetapi beliau masih punyai kapasiti menasihat). Pada ketika ni nanti, politik yang kalut-kalut dan huru-hara macam sekarang dah tak relevan lagi dengan rakyat. Inilah yang dikejar-kejar beliau. Tak percaya, tanyalah beliau senyap2 dari hati ke hati. All these nothing to do with anak-anaknya. Tun percaya semua ni boleh terjadi dan direalitikan - syarat utamanya jibby mesti turun. Dan jibby juga sebenarnya tahu setahu-tahunya apa yang Tun tahu ni dan mengharapkan era ni di zamannya (zaman jibby)...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 6:37 AM

Sikit benor komen ko brader...dah terkedu ? Cat got your tongue????? Hahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 11, 2015 at 6:49 AM

Assalammualaikum wmt,
Lepas ni akaun siapa pulak yg akan terdedah?
Akaun Jho Low atau Redza?
Sama-sama kita semua tunggu......
Kalaulah PMNajib ikut nasihat Tun M supaya berundur, tentulah semua ini tidak akan berlaku.
Semua orang tahu Tun M bukan 'kaki kelentong' dan bukan 'pembohong'.
Pandangannya jauh ke depan.
Pendapatnya mendahului masa.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 7:46 AM

Pemimpin yang selalu menyenangkan rakyat dan suka jaga poket rakyat adalah pemimpin yang disayangi rakyat.

Manakala,

Pemimpin yang selalu menyusahkan rakyat dan suka kacau poket adalah pemimpin yang dibenci rakyat.


Dasar2 kerajaan yang buat rakyat susah ialah :

1. Rasionalisasi Subsidi untuk kurangkan subsidi
2. GST dikenakan kepada semua peringkat termasuk yang berpendapatan rendah
3. Mempromosikan Malaysia sebagai rumah ke-2 sehingga menyebabkan nilai hartanah melambung tinggi
4. Menghapuskan kuota bumi dan memperkenalkan meritokrasi
5. Menghapuskan ISA dan Ordinan Darurat
6. Menghapuskan MECD
7. Liberalisasi
8. Transformasi
9. Agensi2 yang tidak diperlukan seperti PEMANDU dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional
10. Memperkenalkan slogan 1Malaysia yang intipatinya ialah Malaysian Malaysia (samarata dan samarasa tanpa mengira bangsa asalkan warganegara Malaysia)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 8:29 AM

Najib dan menyusahkan rakyat seperti tidak boleh dipisahkan. Najib dan menipu seperti isi dan kuku. Najib dan blur seperti aur dengan tebing. Najib dan integriti seperti langit dengan bumi. Baru ku sedar, ku sangkakan intan, rupanya kaca di dalam tempat pelupusan sampah. Apabila Tun Mahathir yang dengan cermat mengatur perjalanan politik Najib hingga menjadi PM tetapi kini dicemuh dan dihina oleh Najib, apakah masih ada perkataan yang baik untuk diberi kepada Najib?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 9:30 AM

teringat bacaan, ahjibgor dapat anugerah daripada arab, maka pak arab dapat projek. beri anugerah, dapat projek. macam terbaik, maka lepas tu projek mari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 12:06 PM

Letih la empat penyiasat dsbbkan oleh najib rosmah ni.selama ini mereka bagai ketawakan rakyat miskin sambil duduk dkerusi empuk.sekarang mcm sibuk la sikit.wpun mungkin hanya sibuk berlakun.adakah wajar melaporkan siasatan kpd org yg dsiasat.apa dah jd dgn msia kita ini.najib tu ambik 'cuti'pun tak nak.agaknya takut 'cuti' akan berterusan.apa kesudahannya duduk menebalkan muka dsitu.memegang kuasa yg barangkali telah diambil semula oleh rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 1:19 PM

Ikut ni dah lama penjenayah2 ini dibawa masok penjara. Semua wang dah lesap......cucu cicit kita akan bayar hutang, JAHANAM LAKNAT ke atas mereka2 yang pecah amanah!!

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2015 at 3:20 PM

MT UMNO dianggotai oleh orang MELAYU beragama ISLAM, adakah hati mereka telah dibekukan sehingga seorang pun tidak curiga dgn Najib. Saya rasa sangsi adakah mereka pun terlibat sama. Tidak ada seorang pun membuat cadangan supaya Najib ambil cuti semasa siasatan dilakukan. Siasatan tidak akan telus jika Najib masih bertugas walaupun dikatakan telus.
Jika begini tidak guna kita mempunyai MT UMNO yang ramai hanya ikut saja apa PM cakap walaupun ada keraguan yg boleh dipersoalkan.
Kita sebagai ahli UMNO hendak mereka berbahas dan berbincang kenapa ini belaku.
Data data d dlm komputer boleh d ubah dan pinda jika siasatan d lambatkan.
Kita tidak percaya dgn WSJ tetapi akuan milik PM wajib disiasat utk membersihkan nama PM kita.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2015 at 3:25 PM

Untuk lihat maklumat account hanya ambil masa tidak sampai 10 minit saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 4:21 PM

When it concerns the unbelievable goings on in the case of 1MDB, it is never the case of being stupid, bebal or whatever of the same spirit. It is truly the case of 'syiok sendiri-sendiri' to the point that what is consider unreasonable for the ones without that syndrome is pretty much a routine for you-know-who. And, this may be seen not just in the case of 1MDB, but also in various other cases that the general public is exposed to in recent time. After all, why not? One appears to have got away with just everything for decades... Endless possibilities is indeed the motto held on by you-know-who suffering from this very syndrome of "syiok sendiri-sendiri' but which the whole country now is suffering from as a result and which shall only get worse as time passes by. God saves Malaysia? But, Malaysia needs to get worse before it can get better...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 6:52 PM

Hakikatnya, rakyat tak kesah pon kalo ko nak berbelanja mewah ke, nak tour satu dunia pon, nak shopping juta2 pon.......asalkan ko tak menyusahkan rakyat, ko tak kacau poket rakyat dan rakyat rasa pendapatan yang diterima cukup untuk menampung kos sara hidup. Tapi sebaliknya hidup rakyat makin terbeban kerana peningkatan kos secara mendadak, gara2 gst dan kenaikan harga minyak. Keadaan sebegini boleh mengakibatkan rakyat tertekan kerana tidak mampu survive.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 11, 2015 at 10:14 PM

Teringin saya nak tahu perniagaan apa yang dijalankan oleh Rosmah. Sungguh menguntungkan! Dalam tempoh 3 bulan sahaja sudah dapat RM 2bil.

Apa2 pun untuk penyiasatan kes terhadap 1MDB yang lebih telus dan diyakini, Najib kena letak jawatan.

Jika kerajaan BN bodoh dan lemau dalam tindakan kenapa pembangkang tak usulkan undi tidak percaya di parlimen ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 1:03 AM

-luv tun m.

-rosmah harus kemukakan bukti kukuh tentang kemasukan wang ke akuannya.
-hal ini menunjukkan bukti kebenaran pada najib bertapa pentingnya I.S.A dalam undang-undang negara.
-jika adanya i.s.a sudah pasti orang di dalam kerajaan tidak berani menyelongkar apa yang ada di dalam pentadbiran kerajaan.
-rosmah perlu juga nyatakan pendiriannya terhadap akaun tersebut.
-kata-kata najib memakan diri jika kebenaran ditunjukkan melalui isterinya iaitu rosmah mansor.
- najib perlu bersihkan namanya dari 1mdb jika mahu dapatkan balik sedikit penyokongnya dan agak mustahil najib akan mendapat sokongan penuh melalui dasarnya yang salah dengan melaksanakan GST.
- cara najib itu menunjukkan mahu jadikan negara berpendapatan tinggi. namun, mahathir lebih dasarnya mahu jadikan sebuah negara maju tanpa menyusahkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 8:57 AM

Syurga dunia pun jadilah.

Post a Comment