........... Rombakan Kabinet Najib - Prestasi Terbaik Menteri Kewangan DiKekalkan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rombakan Kabinet Najib - Prestasi Terbaik Menteri Kewangan DiKekalkan !

Tuesday, July 28, 201564comments

Rombakan Kabinet sebentar tadi  !

Ada 3 perkara penting yang saya nak komen. Pertama pasti mengenai Muhyiddin yang kena buang kerja ! 

Ramai yang menanti perkembangan selanjutnya mengenai tindakan Muhyiddin seterusnya. Apakah akan berdiam diri, akur dan terima seadanya.... dan terus tenggelam dan berakhir karier politiknya ? Atau Najib pula yang telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan Muhyiddin ?

Yalah, dengan Nothing2Loose but Everything2Gain, apakah Muhyiddin akan jadi lebih agresif sebagai Juara Rakyat dalam memperjuangkan isu 1MDB ?

Sama-sama kita nantikan.....

Satu laporan yang menarik dari TMI mengenai beberapa orang yang terlibat secara langsung dengan siasatan1MDB.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Mas Ermieyati Samsul dilantik menjadi timbalan menteri.

Seorang lagi anggota PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini merupakan menteri sains, teknologi, dan inovasi.

....terdapat keperluan menggantikan 4 anggota PAC itu untuk meneruskan inkuiri terhadap 1MDB minggu hadapan. 

Bukan ke PAC akan panggil Arul Kanda dan Shahrol minggu depan ?

Kemudian Peguam Negara juga ditukar .......

Begitu juga Bos Special Branch Dato Akhil Bulat .....

Adakah ini bermakna siasatan 1MDB akan ditunda ?

Untuk senarai penuh - Rakyatnews.

Tapi kenapa PM tak tukar Menteri Kewangan, ek ?  Prestasinya terbaik kot ........ TAK BOLEH LEPAS tuh !!!





Share this article :

+ comments + 64 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 4:45 PM

hahaha... mana ada orang lain lagi yang terbaik .. biarpun syarikat negara 1MDB ada hutang bilion2.. itu merupakan kejayaan besar kementerian kewangan. Patut bukan sahaja di kekalkan tapi tambah lagi gaji bilion2 supaya tiada lagi cakap cakap orang yang tanya mana dia dapat duit bilion bilion dalam akaun peribadi menteri yang berkaitan.

saya rasa dengan ini.. rakyat akan kembali menyokong kepimpinan Pahlawan bugis. kerana kita semua tahu yang duit bilion2 tu adalah gaji menteri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 4:56 PM

Lagi sekali konflik kepentingan. Integriti buang ke laut. Dah jadi PM paling berkuasa, dengan kewangan negara sekali nak pegang. Orang lain tak boleh tegur. Hancur Negara dapat PM suka membazir.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 5:06 PM

haha..btl tu..membazir xmasuk hasil kat rakyat pun...membazir yg masuk hasil tuk dia n the gang je...jenis yg mcm ni xlyk nk pegang jawatan kewangan,ape tah lagi jwtn sbg pm....yg tahu hanya angkat jari telunjuk ke langit sambil laungkan 1Malaysia...tu je la bakti n budi beliau...budak 4tahun pun boleh jd pm klu mcm tu je....mhahahahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 5:09 PM

Najib ni memang tak faham storyline. Isunya adalah diri tuan punya badan, bukan kabinet. Takziah BN, takziah Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 5:15 PM

Skrg masa utk najib menunggu hukum Allah yg PASTI sampai pada bila2 masa....kerana doa org teraniaya amat mudah d terima makbul juga kpd sekelian yg bersubahat...siap sedialah anda kerana menegakkan kesalahan serta menidakkan kebenaran.
Persoalan rakyat TETAP harus d jawab...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 5:40 PM

Tak sangka muka blur boleh bertindak ganas

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 28, 2015 at 5:41 PM

Assalammualaikum wmt,
Sedih jugak bila dapat tahu TSMY tersingkir kerana tidak menyokong Najib/Rosmah menguruskan negara dgn cara mereka yg tersendiri. Cara yg tak pernah dilakukan oleh mana-mana PM sebelum ini.

Hakikatnya, eloklah TSMY terkeluar dari senarai kepimpinan Malaysia yg nanti akan tercatat dlm sejarah sebagai 'penjahanam negara, bangsa dan agama'.
InsyaAllah, ada rahmat disebalik apa yg menyedihkan itu.
Allah swt Maha Bijaksana dan segala urusan dunia serta akhirat adalah ketentuannya belaka. Sebagai hamba Allah yg beriman seharusnya TSMY redha.
Biarkanlah mereka dgn keangkuhan kerana adanya kekuatan yg bersifat sementara itu.

Segalanya dilakukan oleh Najib sebagai 'amaran' dan 'hukuman', kerana tidak menyokongnya.
Siapa yg sayangkan jawatan dan kedudukan politik, kenalah terima dan akur saja dgn apa yg dilakukan Najib. Kalau menentang atau tak mahu ikut arahan, itulah akibatnya.
Pada perkiraan Najib/Rosmah, mereka yg jadi anggota kabinet itu akan jadi 'pendinding' kpd masalah peribadi mereka yg terlambak kerana 1MDB yg jadi isu negara.

Apa yg dilakukan Najib itu bukan saja jadi perhatian rakyat tapi juga perhatian dunia. Dan ianya diyakini tidak mampu menutup apa yg jadi isu, malah semakin meyakinkan dunia yg PM ke enam Malaysia itu sedang dilanda krisis kepimpinan.
Ada rashia disebalik rahsia......
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 5:45 PM

Dato Akhil Bulat Pengarah Cawangan Khas digugurkan dalam rombakan "kabinet" hari ini. Menteri KDN naik pangkat jadi TPM. Read carefully between these two lines. AG ditamatkan perkhidmatan yang mana dia sendiri pun tak tau. 4 anggota PAC tersenarai dalam kabinet baru.

Perkara yang dapat saya simpulkan dengan rombakan kabinet ini, najib telah consolidated kuasanya sebagai Perdana Menteri. LAngsung takboleh dipersoal mana2 anggota kabinet. Kita sekarang tak ubah seperti Korea Utara dari segi dominasi ketua kerajaan. Tiada check dan balance dalam kerajaan sekarang.

Prinsip demokrasi yang digunapakai negara sejak zaman merdeka boleh dipersoal susulan perkembangan terbaru ini. Saya sebagai anak jati Johor mendoakan TSMY bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Saya juga berdoa agar UMNO terkubur di Johor PRU14.

Pesanan pada najib perlu diingat tempat lahir UMNO di Johor. Orang Johor akan pastikan keadilan untuk TSMY. InshaAllah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 5:52 PM

bodus..bg reason terpaksa pecat sbb bersuara psl 1mdb n skandalnye? gila ke apa?arghh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 5:59 PM

`Takziah' TSMY. Bangkit semula TSMY.Esok masih ada!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 5:59 PM

@Anonymous

Saya lepas ni tak akan keluar mengudi lagi.. selagi NAJIB terus pegang kuasa.

Biar UMNO jahanam masuk longkang.. sebab sekarang UMNO bukan lagi UMNO yang memperjuangkan nasib anak bangsa, negara dan islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:02 PM

kecian tsmy tak se femes anwar.kalau tak dh reformasi dh..but let see apa reaksi org johor.. aku predict mereka diamkan diri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:03 PM

Cash is king ! Ini pegangan aku! You all tau ape! he he he

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:03 PM

najib lantik zahid utk jd kusyen bila dia jatuh..kalu tsmy ...tentu jatuh tanpa kusyen...zahid akn cover najib bila najib berundur...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:04 PM

Maknanya makin lambat lagi la siasatan sama audit... kredibiliti,kita boleh tolak tepi.. result, kita dah boleh baca ending yg baik2 saja. hakikat, rakyat masih makan tulang segelintir makan isi. Pengisian, rakyat kena telan bulat2 kenyataan atau penipuan.
Orang bodoh adalah yang dapat melihat kebenaran..merasa kebenaran tapi masih mempercayai penipuan. siapa yg menipu? tepuk kepala tanya sakit tak..
yang kecewa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:13 PM

ultra melayu pun boleh kena pecat?? tphaha..umno bungkus... aku agak tertanya knp sepupu dia xjd tpm

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 6:27 PM

Bekas penjilat Peliwat sudah jadi TPM. Tentu Bang Nuar suka nih. Tersenyum di Sungai Buloh. Orang Kaya jadi TPM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:28 PM

Takziah utk UMNO, komponen BN lain dah boleh berkira kira utk.......
Kapal dah nak tenggelam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:29 PM

ap ygjd pd pac?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:30 PM

Tiba2 sahaja, Muhyiddin Yasin, Shafie Apdal dan Gani Patail semua kena buang, kabinet dirombak, PAC kucar-kacir, dan si beruk Indon dilantik menjadi TPM.

Tiba2 sahaja, Malaysia punya indeks pemerdagangan manusia dinaiktaraf. Kalau tak dinaiktaraf, tak boleh sertai TPPA.

Sekarang bukan setakat TPPA, nak anjurkan Olimpik pun boleh. Nah, inilah habuan kalau menurut perintah. Kalau tak turut perintah, mungkin lagi satu kapal terbang akan hilang.

Telur Nakhoda dah kena cekup, maka jadilah dia boneka yang talinya ditarik2 kuasa besar.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 6:47 PM

Drama 1MDB terpaksa di berhentikan seketika untuk memberi laluan kepada iklan kabinet baru.

Saya dah bagitau kat artikel bro Din semalam kempen PAU dah bermula.

Saya selaku Penganalisis Politik Kedai Kopi (nama profesional bagi penganalisis politik yang tiada tauliah :D) membuat hipotesis seperti berikut:

Fakta 1:PAU di tangguhkan 18 bulan

Fakta 2:TS Muhyiddin digugurkan dalam kabinet

Fakta 3:Shafie Apdal turut digugurkan

Fakta 4:KJ lahir pada 10 Januari 1976

Fakta 5:Umur KJ melebihi 40 pada PAU akan datang.

Fakta 6:KJ sendiri yang meletakkan had umur untuk Ketua Pemuda UMNO ( http://www.sinarharian.com.my/politik/kj-ketua-pemuda-umno-jangan-lebih-40-tahun-1.46592 )

Fakta 7:Hishamuddin menang jawatan Naib Presiden dengan 9 undi lebih banyak daripada Mukhriz pada PAU lepas

Fakta 8:Parlimen akan bersidang pada 07 Disember 2015 - 22 Disember 2015

Fakta 9:bajet 2016 akan dibentangkan pada 23 Oktober 2015 ( http://babab.net/out/pembentangan-bajet-2016.html )

Hipotesis 1:

Najib akan letak jawatan dengan cara terhormat lepas pembentangan Bajet 2016 kerana kebarangkalian besar parlimen akan mengadakan undi tidak percaya pada Najib pada persidangan akan datang.

Kedudukan Zahid sebagai TPM merupakan insurans kepada Hishamuddin untuk menjamin kedudukan Hishamuddin pada PAU akan datang kerana saingan dari Mukhriz dan KJ.

Move Najib pada kali ini mungkin memaksa TS Muhyiddin bertanding jawatan Presiden dan Shafie Apdal bertanding jawatan Timb. Presiden akan datang.Shafie Apdal menang Naib Presiden dengan kuota Sabah.

Hipotesis 2:

Najib kekal sebagai PM.Untuk menghadapi masalah undi tidak percaya di parlimen,Najib membentuk kerajaan perpaduan sama ada dengan PAS atau PKR sebelum parlimen bersidang pada Disember akan datang.

Pada PAU akan datang,Zahid telah mengosongkan kerusinya untuk bertanding jawatan Timb. Presiden.Kemungkinan besar KJ akan mengisi tempat Zahid.








....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:47 PM

-luv tun m.

- you help me, i help your back.
bukan hamba kata, tetapi NAJIB.
-hamba orang selatan dan agak kecewa pra perdana menteri tan sri m, ditendang serta agak pelik secara tiba peguam negara digugurkan. anggota p.a.c setengahnya menjadi menteri.
-memang cantik permainan najib.
-kurang ajar punya pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 6:51 PM

Anda berhujah yg baik tuan hasnul. Mmg betul pasti ada rahmat buat yg tersingkir...pekung bukan kecik!Lagipun najib bukan lama lagi kat situ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:56 PM

terbaik!? pac tunda siasatan. boleh conclude semuab menteri xksh. psl rakyat.. terima ksh kpd fan jibby. good move upgrade mmber pac dari pecat.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 6:58 PM

KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 7:01 PM

Rasa saya Najib dah langgar konvensyen bahawa TPM haruslah Timbalan Presiden UMNO. Zahid hanyalah Naib Presiden. Jika satu konvensyen boleh di langgar maka apa-apa konvensyen yang lain pun boleh di abaikan. Salah satunya ialah konvensyen utama ialah bahawa Perdana Menteri haruslah Presiden UMNO. Seingat saya ketika pemecatan Anwar hari itu kerusi Timbalan Perdana Menteri di kosongkan. (kerana pada hari pemecatan beliau masih Timbalan Presiden UMNO)

Memang benar konvensyen tidak mempunyai ikatan perundangan. Akan tetapi ianya menjadi amalan sekian lama dengan atas kefahaman bersama-sama. Kalau tidak MCA, MIC atau mana-mana parti komponen boleh demand jawatan TPM tanpa segan silu. Konvensyen ini menjadi satu ikatan untuk kestabilan.

Dengan ini jika konvensyen ini di langgar maka Najib bersetujulah juga bahawa mana-mana MP dalam UMNO (hatta mana-mana MP dalam komponen BN pun) boleh di namakan sebagai Perdana Menteri. Kenapa tidak?

Menanti usul dalam EGM UMNO meminta jawatan TPM di kosongkan (kalau nak minta di kembalikan pada Mahyuddin memang mustahil) kerana tindakan Najib telah melanggar konvensyen. Lagi bagus kalau usulnya minta Najib berundur. Hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 7:04 PM

Mungkin inilah pengeras yang perlu dipersembahkan utk selesaikan hutang 1MDB. Bernasib baiklah pahlawan bugis diberikan tempoh masa utk menyediakan sumber2 yg bernilai berbilion itu utk dicagarkan. Selepas ni kita x perlulah tanya lagi pasal isu ini sebab dah xda hutang. Dikalangan mereka ini akan diangkat sebagai hero dan tumpuan akan mula teralih. kisah kak ros dan bunganya akan semakin dilupakan.

Tapi adakah taruhan ini berbaloi? Jawapannya selepas PRU14 nanti.

Den suspek kisah nyo nnti mcm tu lah. Apo yg tergolok dan torgadai bergantung kepado koyakinan sumo org kek hero yg akan diangkat ni bsok.

Nmpak mcm geng rombau dah cukup korum tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 7:09 PM

salam,
minggu ni mesyuarat kabinet habis awal. tak ada bantahan, tak ada perbincangan, tak ada pertanyaan , semuanya angguk2, tunduk2, yes man, senyum2, angkat tangan ramai2. senang kerja. yang pasti jangan tanya pasa 1mdb kerana dah diberi maklumat. tak faham, ngaku faham ajer. kita tunggu siasatan, kalu nak beri bantuan, tak perlu tunggu siasatan, kabinet baru lulus ajer kerana p sebagai menteri kewangan tahu hala tuju 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 7:16 PM

Takziah BN and UMNO,especially the new cabinets.Tahniah pada yg kena drop,at least you dont have to spend your remaining days in jail like them....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 7:24 PM

Sbnarnya dah kena tempias balasanNya Ketika tsunami ribut hujan pd tahun lepas.
Rupanya masih buta hati ish ish boring betul...larat ke pm buat sumpah seperti dulu pasal imdb

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 7:26 PM

Tumpang tanya bro Din,betul ke TS Zeti Aziz dah resign jadi Gabenor Bank Negara?

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 7:37 PM

Tu la pasal....takpe ada lagi...KHAS buat Najib yg beliau langsung tak mampu buat apa2 lagi kerana menzalimi rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 7:49 PM

kalau diteliti balik...kes TSMy ni mcm kes Ahmad Said a.k.a Robin Hood gak...kan ahmad said ckp baru ni..dia xnak buat mcm yg najib nak..( maksud saya gadaikan harta petroleum terengganu utk 1MDB) lps tu Ahmad said berkeras xnak..akhirnya ahmad said dipaksa turun jwtn menteri besar dgn segera.....
# so mslh kat sini....najib xleh org lawan dia bab 1MDB..mangsa pertama kekejaman najib kerana 1MDB adalah Ahmad Said..kini taktik sama digunakan dan mangsa kedua adalah TSMY..nampak x??

++++ Kakmah dan najib mesti gembira kan sbb diorg dh jumpa trick singkir menyingkir tuk takutkan menteri2 supaya menteri2 xbocorkan tembelang busuk diorg..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 8:14 PM

Benci Najib. Malaysia semakin merbahaya dengan adanya PM yang sebegini. Ya Allah, selamatkanlah Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 8:19 PM

Tabiat org Johor ni beradab, biasanya tak bnyk membnth, tengok aje la PRU14 nanti kalau Najib masih kekal di tmptnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 8:25 PM

Kabinet najib fan club.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 8:33 PM

Kepada TAN SRI MUHYIDDIN..jgn risau. Ada hikmah tu anda disingkirkan. Sebab bila umno bn tersungkur nanti..anak cucu anda tetap bangga kerana anda bukan puncanya.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 8:38 PM

betul ke TSMY dan peguam negara( t.Ghani pHatail) nak jumpa Ydp.agong tuk lucutkan jawatan perdana menteri?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 8:43 PM

Scenerio selepas raya 😀

A : Kabinet dapur baru ke bro??
B : Tak lah, kabinet lama jugak. Susun2 balik je. .maklum la lepas raya ni besepah sikit. Huhuhu. . .yg mangkuk kasi dok atas sikit, letak kipas sekali. .yg mana dah xmau pakai kasi buang. Cantik x?
A : makin beselerak je kabinet kau ni bro aku tengok. Banyak sgt mangkuk kt atas tu.
B : Eh kau ni, rumah aku, aku punya suka la. .kau tak suka kau bole blah. .yg mangkuk² aku letak susun kat atas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 8:48 PM

"Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Mas Ermieyati Samsul dilantik menjadi timbalan menteri. Seorang lagi anggota PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini merupakan menteri sains, teknologi, dan inovasi."

I hope these 4 people have enough integrity to refuse the positions. If this is not conflict of interest, I don't know what is. Shame on you Najib! Rakyat disogok dengan BR1M. These PAC people disogok dengan jawatan. Yang tak boleh disogok kena pecat. Apa punya jenis PM ni? Patutlah orang yg Tun M buang sebab corruption, Najib ambil balik jadi orang kuat gomen and GLC. Dah sahlah Najib tu kepala segala corruption. Lanun bugis to the core!

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
July 28, 2015 at 9:06 PM

Buat la kosmetic surgeri kepada seluruh anggota badannya tapi kalau kepalanya masih kepala lembu, orang tetap kata anggota badan yang dah diubah-ubah tetap anggota lembu. Pi mai, pi mai, dok tang tu jugak.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 9:15 PM

Timing AG dipecat memang banyak timbulkan keraguan. Dua tiga hari lepas ada terbaca berita pasukan siasatan khas 1MDB telah mendapat bukti yang cukup untuk mendakwa dalang yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Tak lama lepas tu AG dipecat. Gani Patail perlu melaporkan pada YDP Agong penemuan siasatan pasukan tersebut. Rombakan kabinet ini desperate move by najib. Bila tengok berita tadi pun tergagap gagap nak sebut nama zahid hamidi.

Rombakan kabinet ini dah masuk dalam BBC, WSJ, TIME. Dah tak lama dah tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 9:17 PM

Perkara yang terjadi adalah atas nasihat PM 1 (Rosmah Mansor)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 10:08 PM

Habis!.kali ini siapa panggong saja kena cantas?.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 10:28 PM

Kenapa Timbalan Pengerusi UMNO boleh dilucutkan sebagai Timbalan PM mengikut tradition adalah jawatan di beri kepada Timbalan Pengerusi UMNO yg dipilih oleh ahli UMNO. Kalau nya ada sebab yg kukuh seperti langgar udang udang negara baru boleh dilucutkan kerusi. Tetapi kes TSM tak ada jadi betulkah PM mempunyai hak mutlak berbuat demikian. Faham kalau jawatan menteri dilucutkan. Sebab TSM dipilih oleh ahli UMNO sendiri bukan Najib yg pilih beliau Juga saya tak faham bagaimana Zahid boleh di lantik jawatan Timbalan PM????

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 28, 2015 at 10:54 PM

Takziah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Takziah juga kepada UMNO kerana bakal hancur dibuat AhJib siPahlawan Bugis.

Punca kepada terjadinya skandal berbillion hutang negara 1MDB ialah AhJib siPahlawan Bugis. AhJib sendiri tak nafikan cuma katanya beliau tak guna wang tersebut untuk kepentingan peribadi sahaja.

Apa sudah jadi dengan PAC dan Special Task Force dalam siasatan terhadap skandal 1MDB?

Tak pernah dalam sejarah negara ini orang nombor 2 dibuang hanya kerana mengkritik orang nombor 1. Tun Dr Mahathir yang kononnya dianggap diktator tu pun masih membiarkan orang dalam mengkritik beliau dengan wujudnya Team A & Team B dalam UMNO.

Sepatutnya Muhyiddin dan pemimpin2 UMNO yang lain yang masih mempunyai integriti dan maruah tak perlu tunggu sebegitu lama untuk bersuara berkenaan skandal 1MDB ini.

Semua perlantikan masih belum diperkenan YDP Agung.

Harap masih ada sinar dihujung terowong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 10:59 PM

datuk jazlan kalau tolak jawatan dan kekal sbgai ketua PAC aku tabik spring.tp kalau lps ni back up 1mdb tak tau nak ckp apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 11:07 PM

Mengikut amalan tradisi dalam UMNO. Timbalan Presiden akan dilantik secara automatik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Amalan ini berlangsung sekian lama sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi.

Setuju dengan saudara Ong, TSMY dipilih perwakilan UMNO dalam PAU sebagai Timb. Presiden. Tindakan najib menggugurkan TSMY dan menggantikannya dengan zahid hamidi yang menjadi Naib Presiden UMNO sebagai TPM baru memang di luar kebiasaan.

Situasi ini berbeza dengan anwar di mana dia dipecat dalam kabinet dan juga parti pada masa itu. 48 jam akan datang akan menentukan nasib TSMY sama ada kekal atau tidak dalam UMNO.

Negara kita telah terjerumus dalam krisis politik yang amat parah sekarang gara-gara najib. Negara memerlukan keberanian, ketelusan dan kejujuran daripada semua pihak terutama mereka yang berada di dalam pasukan petugas khas 1MDB untuk mendedahkan hasil siasatan mereka kepada umum. Seterusnya mengheret mereka yang terlibat ke mahkamah.

Mesyuarat MT UMNO Jumaat ini mungkin menjadi penamat kepada karier politik TSMY. Walau bagaimanapun, sebaik mana manusia merancang, Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Kepada Allah kita berserah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 11:08 PM

@Ong Poh Leong

saya tolong jawab, walaupun saya dah tak sokong dengan kerajaan sekarang

Ia memang hak PM. PM punyai HAK dan berkuasa mutlak untuk melantik barisan kabinetnya sendiri dengan perkenan Agong

Jawatan PM juga tak semestinya presiden UMNO. Siapa siapa saja layak jadi PM asal dipersetujui oleh parti dan agong.

tapi dah jadi amalan biasanya presiden sesebuah parti akan jadi PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 11:11 PM

Siapakah di belakang PM?keputusan yng dibuat... Mesti ad mastermind!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 11:28 PM

Masalahnya TSMY lambat sangat bertindak sedangkan rakyat mmg mengharapkan dia selamatkan bngsa, agama dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 11:33 PM

Terima Kasih bro atas penerangan di atas. Dunia politics sangat kotor yg betul digugurkan tapi saya masih harap keajaiban boleh berlaku jangan putus asa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 11:38 PM

Tapi TSMY dah let down the people yg mmg harapkan dia selamatkan umno & bn..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 28, 2015 at 11:45 PM

Assalammualaikum wmt,
Mengikut sejarah yg terpahat dlm UMNO, kedudukan TSMY sebagai Timbalan Presiden UMNO akan terpaksa ditamatkan oleh Najib. TSMY semestinya akan dipecat dari UMNO oleh Najib beberapa hari lagi. Jika tidak, UMNO jadi tak stabil gara-gara Tim. Presidennya tidak ada jawatan dlm kabinet. Janggal...

Sejarah telah membuktikan bahawa Tun M pernah dipecat dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO ketika itu kerana Tun M menulis surat menghentam peribadi Tunku ketika Peristiwa Hitam 13 Mei 1969.

Maksudnya, kerana mengkritik Presiden, keahlian UMNO Tun Mahathir telah dipecat.
Tak mustahil Najib akan buat perkara sama terhadap TSMY atas alasan sama - mengkritik Presiden secara terbuka.

Apapun sama-samalah kita nantikan apa tindakan Najib seterusnya dlm usaha membersihkan kepimpinannya yg agak tercemar kerana isu 1MDB yg kini jadi perhatian dunia itu.

Tak mustahil sejarah berulang. Lagipun Najib suka bertindak berdasarkan apa yg pernah dilakukan oleh Presiden UMNO sebelumnya sebagai menghalalkan tindakan terdesaknya itu.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 11:49 PM

Keruak pun dah jadi menteri.penuh persekutuan. Akhirnya penat lelah dia membela najib selama ini mendapat.ganjaran yg cukup.lumayan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 12:04 AM

http://msomelayu.blogspot.com/2015/07/apakah-tindakan-muhyiddin-seterusnya.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 12:19 AM

Janganlah sedih. Yakinlah dengan perancangan Allah yang maha hebat.

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 12:35 AM

Benar sekali

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 12:46 AM

Perkara yang berlaku hari ini, sesuatu yang mungkin telah dijangka oleh TSMY, tetapi tidak sangka ianya secepat ini. Pertembungan 'sokong vs tentang' DSN pertembungan antara penyokong boleh ulas vs penentang tak boleh ulas isu 1MDB.

Pihak yg menyokong DSN bebas utk ulas berkali2, panjang lebar dalam suratkhabar & tv3. Kini mereka2 ini telah dapat habuan mereka, syabas... But tunggu la pru-14 & lihat dimana diri anda pd masa itu. Kami as pengundi akan beri habuan juga pd anda masa itu.

Pihak yg mnentang DSN , 2 kali sahaja berucap dalam majlis tertutup/terhad UMNO, tiada dalam suratkhabar & tv3. Kini TSMY telah dipecat as TPM, Shafie Afdal pula gugur dari kabinet, takziah... But jangan gusar yea, banyakkan bersabar till pru-14. Kami pengundi ini tetap kenang Jasa & keberanian serta pengorbanan anda ini.

Apakah TSMY & Shafie Afdal akan berdiam diri, akur dan terima seadilnya :- Perkara ini agak sukar untuk dijangka. Ada kemungkinan akan berlaku beberapa tindakkan susulan dari DSN bermula now till pagi Jumaat ini sebelum mula mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Beberapa perkara2 ini mungking boleh dijangka :-

1) TSMY , Shafie Afdal & beberapa pemimpin UMNO yang lantang bersuara sejak Ahad lepas mungkin akan digantung keahlian or dipecat. Boleh ke DSN lakukan perkara ini tanpa mandat dari Jawatankuasa Disiplin & MT UMNO...? Ada juga kemungkinan penentang ini digantung or dipecat selepas mesyuarat MT Jumaat ini.

2) Andaikata TSMY dipecat juga jawatanya as Timbalan Presiden UMNO then adakah beliau akan terus setia & kekal as ahli biasa dalam UMNO? Rasanya tak mungkin cos ini bukan soal setia or not, tetapi lebih to prinsip & maruah TSMY. Perkara ini amat berbeza banding situasi DSAI dulu.

3) Adakah ahli MT lain akan ada yang bersuara & sokong TSMY Jumaat ini? Rasanya ada but they akan amat berhati2 demi menjaga 'perut & bhtuu' masing2. Perkara ini amat mirip situasi DSAI dulu.

PAC :- Sudah terang lagi bersuluh, penyiasatan PAC isu 1MDB ini amat pasti tangguh till ahli baru dilantik. Apa yea game ini? Interim report sudah selesai tapi belum muktamad cos 1MDB belum serah beberapa dokumen yg telah diminta oleh audit negara. Now PAC pula macam sengaja dipandu kearah penangguhan indirectly. Task Force dah hilang AG yang almost lengkapkan siasatan, kini ganti AG baru yang sangat pasti akan meminta/perlu masa untuk selidik semula all dokumen dari 1st page dari beribu2 pages dokumen 1MDB ini. Bila perkara ini akan selesai...?

Dato Akhil Bulat- Chief SB/Risik :- Jika benar telah dipecat/posting, kenapa sekarang ini nak pecat/posting beliau? Adakah sebab beliau telah ubahsuai bukti siasatannya ke or beliau ingkar arahan agar mengubah bukti siasatan beliau...?

Kepada Dato' Panglima Najib Bin Tun Abdul Razak, makin kuat & kerap Tuan spinning then makin luas & dalam lembah yang terjadi. Buat & teruskan la apa yang Tuan rasa betul. Kami as pengundi tetap akan bersabar till pru-14 then kami akan hakimi Tuan...

Kepada Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin, Shafie Afdal & yang lain ini yang mungkin akan dipecat juga dari UMNO, teruskan langkah anda. Kami tetap akan sebaris anda & akan tetap sokong anda pada pru-14 nanti.

Kepada brother Din & komentar lain, teruskan usaha kita yang maybe tak sekuat pasukan DSN. Maybe juga soon kita2 ini akan 'dipecat' juga.

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 1:23 AM

Talqin untk Umno..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 5:50 AM

Malaysia mempunyai Menteri kwngn dan Pm yg terbaik di dunia.MMengapa saya mesti undur!!??,Malaysia juga mempunyai isteri Pm yg terbaik di dunia juga tau..so jgn cemburu.Umno bungkus pun kami adalah pasangan yg paling kaya di dunia.Peduli apa psl rakyat..Huuh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:56 AM

Najibugis, you boleh tangkap steam while it last. Then again KARMA is a BITCH. When the time come for it to bite, even your bedfellow will say she has to save herself first before she can save you.

The fortress you build will be come down like bread crumbs! And, along it took the people whom are smiling and gloats about their roles.

Already the Bugis FB is flooded with curses and swearings.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2015 at 1:01 PM

@Anonymous Tanya org yg tahu baiah Mekah antara mereka bertiga...

Post a Comment