........... Rombakan Kabinet Berjaya Melengahkan Siasatan PAC | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rombakan Kabinet Berjaya Melengahkan Siasatan PAC

Wednesday, July 29, 201533comments

“Saya yakin bahawa, masa berlaku, kabinet baru ini akan meningkatkan keyakinan awam terhadap kerajaan dan BN menjelang pilihan raya umum ke-14,” 

( typo kot, mungkin Mkini maksudkan - .... masa berlalu,.. ) 

Apakah Najib mengakui kerajaan pimpinannya tidak disukai/tidak diyakini oleh rakyat ? Untuk apa ditingkatkan kenyakinan rakyat melainkan kenyakinan itu sudah jatuh ? Bukankah itu juga yang disebut oleh Muhyiddin baru ni ? 

Baguslah kalau dah sedar ! Tapi itu cuma sebahagian je, sebahagian lagi adalah mencari punca ketidakpuasanhati rakyat ..... apa masalahnya yang rakyat tidak puashati dengan kerajaan pimpinan Najib ?

Adakah barisan kabinet yang menjadi punca masalah ? Well ..... ada lah dua tiga orang mamat tu yang merosakkan kredibiliti kerajaan tapi tidaklah ke tahap nak ugut tukar kerajaan masa PRU. Rakyat masih boleh menerima 2-3 orang pak lawak dalam kabinet, sekurang2nya pak lawak itu mampu jadi kambing hitam kepada isu2 yang timbul hasil dari polisi dan tindakan kerajaan yang tidak disenangi rakyat. 

Sebenarnya panjang kalau nak dilayan skop ini tapi biar saya terus je kepada point utama. Pendek kata, apapun tindakan Najib, kita tetap mahu penjelasan isu 1MDB dan akaun Najib.

Saya percaya tidak lama lagi rakyat akan kaitkan rombakan kabinet ini dengan 1MDB ! Antara kaitannya adalah - sebagai salah satu usaha melengahkan lagi hasil siasatan 1MDB.

Kenapa dikacau anggota PAC ? Tak pasal2 perjalanan siasatan PAC terhenti. Rakyat kena tunggu Parlimen bersidang untuk memilih anggota baru menggantikan mereka yang dilantik ke dalam kabinet. Mungkin ada ahli PAC sedia ada pun akan digantikan dengan orang lain ... kemungkinan keseluruhan siasatan harus bermula dari awal.

Maknanya kalau ada niat sampingan untuk melengahkan siasatan PAC ke atas 1MDB, Najib berjaya !

Kenapa tidak lengahkan rombakan kabinet sehingga selesai siasatan PAC ? Atau paling tidak, tangguhkan dulu perlantikan mereka yang terlibat dengan PAC ?

Padahal rakyat ternanti2 hasil pertemuan PAC dengan Arul Kanda dan Shahrol yang telah tertangguh dari sebelum puasa lalu, Kini tertangguh lebih lama lagi .......

Dalam konteks 1MDB, saya tak tahulah samada penangguhan ini mampu meningkatkan kenyakinan rakyat.. Saya rasa tidak ..... malah saya tidak menolak kemungkinan rakyat pun dah jadi bosan dan hilang kenyakinan kepada PAC itu sendiri !

Lebih perit lagi, jangan salahkan rakyat yang sudah malas nak layan dalam mencari kebenaran disebalik 1MDB. Ya, mungkin bahang 1MDB akan dirasai semakin kurang selepas ini. Tapi jangan salah faham. 

Itu tidak bermakna rakyat dah terima penjelasan kerajaan mengenai 1MDB. Tapi itu juga membawa makna yang rakyat sudah buat ketetapan untuk tidak lagi percaya kepada kerajaan. Buang masa layan 1MDB .... banyak lagi benda lain yang nak difikirkan... Ikut pandai Najib lah nak buat apapun, tapi PRU14, sorry la nak bagi undi kepada BN lagi.

Apakah itu yang Najib mahu ?

Selagi rakyat duk bising bertanya, itu menunjukkan yang rakyat masih mahu mencari kebenaran. Itu tandanya kerajaan masih punya peluang untuk membuktikan kredibiliti. Jangan tunggu sampai rakyat dah fed up.

Jalan terbaik buat Najib untuk mengembalikan kenyakinan rakyat adalah dengan mengadakan sesi soal jawab antara 1MDB dengan media dan rakyat. 

Tidak lupa juga kenyakinan rakyat terhadap Najib sendiri dalam isu deposit RM2.7 billion ke dalam akaun peribadinya.

MT Umno yang akan bermesyuarat Jumaat ini juga harus fikirkan satu persoalan. Apakah masalah kenyakinan rakyat itu ditujukan kepada kabinet atau kepada Najib ?

Oya, ramai dah mula hairan kenapa Najib tetap mahu terus pegang juga jawatan Menteri Kewangan ? Apakah Najib merasakan beliau adalah yang paling layak untuk jawatan itu ? Dah tidak ada orang lain yang lebih mahir dalam mengurus ekonomi negara dalam berdepan dengan kemelut ekonomi selain beliau ?

Ramai yang mahukan seorang Menteri Kewangan yang boleh berikan sepenuh perhatian kepada ekonomi negara ! Menteri Kewangan sepenuh masa.

Najib adalah PM dan beliau juga pegang kunci harta negara ...... dan dakwaan tergantung sekarang RM2.7 billion masuk akaun peribadi Najib..... tak terfikirkah kenapa rakyat bising bila Najib payah ngat nak mengaku ?

Masa sudah semakin suntuk sebelum PRU14 jika perlu bertindak. Jangan lupa, antara sekarang sehingga tarikh Pru, kemungkinan akan ada lagi pendedahan lain .... jika ada, tamatlah riwayat kerajaan Umno.

Kali ini dengar cakap Najib - “Tiada yang lebih penting daripada keperluan Malaysia dan rakyatnya – saya akan sentiasa letakkan kepentingan itu mengatasi segala-galanya,”

PS - Saya difahamkan Parlimen akan hanya bersidang lagi pada bulan Oktober ! 

Mkini

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 12:42 AM

Must say I never saw that one coming. Got to admit it was a brilliant move. Trouble makers sacked, 2 investigations derailed (or stretched over years until ppl forget or get bored -- (msians kan short attention span).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 12:49 AM

Bye-bye Najib.
Bye-bye UMNO
Bye-bye BN

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 1:03 AM

2 daripada Task Force pun dah x de dalam Task Force.

*Bulan Oktober ni Najib letak jawatan lepas bentang bajet 2016.:D
Parlimen bersidang bulan 12 ni.

Source:http://www.parlimen.gov.my/takwim-dewan-rakyat.html?uweb=dr&

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 1:18 AM

@Anonymous
Consultant baru Washington mari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 1:47 AM

........."Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet, maka saya reda."......... TSMY (Bekas TPM)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 1:49 AM

Ha3..Nur Jazlan dah kena beli..Ingat Dsn..Mt dan ketua bhg u blh beli lah,tp rakyat dan ahli umno sori la..Syg2 Talqin untk umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 1:53 AM

holding onto two top ministrial post, is more or less giving absolute power to ones whims nd fancy... presently it seems like the PM nd FINANCE MINISTER is not accountable to anybody.. welcome to bolehland..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 3:25 AM

Taktik Najib mudah. Lengahkan segala galanya. Tangguhkan segala galanya. Acah sana acah sini. Bila tiba PRU 14 tabur cash! Cash is king! Lihatlah berapa ramai ketua bahagian yang dia sudah beli! That is his game plan. No need to resign. Just create distractions and delays. He is confident that he can still buy success in PRU 14 with cash. Such is his perception of the quality of the electorate!

Cuma yang kita dapat harapkan ialah TSMY akan betul betul bangkit untuk singkirkan Najib. Tapi sampai sekarang tak nampak pun ada gelombang yang menyokong dia. If this moment is not seized it will just fizzle out. It will then be victory to Najib and another nail in the coffin for umno and BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 3:29 AM

The rakyats' hate are now at an aggravated level and you will definitely see the pinnacle of this bugis-circus be sent to its final frontier ie. oblivion! UMNO will not be seen as the melayu-muslim-bumiputera saviour any longer only because 1 bloody-stubborn-bugis. He has made it clear that when the ship do sink, he is not alone!

Then so be it.

Malaysia-Tanah Melayu, it will be ANTYTHING GOES.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 5:33 AM

Umno rosak kerana pemimpin..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 5:39 AM

Now we know who are the crooks in the cabinets to bring along with Najib after PRU for this 1MDB fiasco.,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 5:59 AM

Aku adalah menteri kwgn dan Pm yg terbaik di dunia,dan mempunyai isteri yg terbaik di dunia.Cash is the King ingat tu..Tsmy pun blh kena jentik,hadi pun blh sokong,Pac pun bye2..Taakan ahli umno dgn rakyat pun tolak aku.So kau org jgn cemburu tau!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 6:28 AM

sy tidak akan mengundi BN atau najib lagi. selama ini sy undi BN lepas ini sy undi PR. hanya kerana TSMY. biar la lingkup negara dan mendapat pemerintah lebih teruk dari najib dlm PR, tp yg penting sy tak undi BN. sbb sy benci najib. biar la org kafir memerintah, yg penting bukan najib. biar lah hancur negara salah undi. yg penting bukan najib. biar la sy kafir dan murtad serta hancurkan bangsa dan negara. yg penting bukan BN dan najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 6:54 AM

Pada mulanya aku ingat malaslah nak pergi mengundi time PRU-14 nanti. Tapi bila mengenangkan boleh dapat elaun mengundi, aku gagahkan jugak untuk pergi. Cuma, aku nak kasitau awal2 yang aku akan kasi 1 undi rosak khas untuk si pencipta slogan 1Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 7:07 AM

Jika dengan kabinet sebelum ini pon kedudukan BN adalah amat2 lemah dan goyah. Aku tak dapat bayangkan bagaimana kabinet baru ni nak mendepani rakyat ketika PRU-14 kelak. Skandal 1MDB adalah ibarat bangkai dinosour yang tidak mampu ditutup lagi. Baunya amat busuk dan meloyakan. Confirm kali ni kerajaan BN akan tumbang buat pertama kalinya dalam sejarah. Benarlah teori RAHMAN yang menyatakan bahawa Najib adalah PM terakhir dari ketajaan sedia-ada. Ini kerana selepas ini akan wujud kerajaan baru. BR1M tidak lagi mampu untuk meraih sokongan rakyat gara2 GST, kejatuhan ringgit dan kenaikan harga minyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 7:10 AM

Jika dengan kabinet sebelum ini pon kedudukan BN adalah amat2 lemah dan goyah. Aku tak dapat bayangkan bagaimana kabinet baru ni nak mendepani rakyat ketika PRU-14 kelak. Skandal 1MDB adalah ibarat bangkai dinosour yang tidak mampu ditutup lagi. Baunya amat busuk dan meloyakan. Confirm kali ni kerajaan BN akan tumbang buat pertama kalinya dalam sejarah. Benarlah teori RAHMAN yang menyatakan bahawa Najib adalah PM terakhir dari ketajaan sedia-ada. Ini kerana selepas ini akan wujud kerajaan baru. BR1M tidak lagi mampu untuk meraih sokongan rakyat gara2 GST, kejatuhan ringgit dan kenaikan harga minyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 7:30 AM

sori la pak Ajib.

keyakinan rakyat semakin menjunam. kabinet dapur anda kini hanya dipenuhi oleh yes men only. lantak kau lah kalau terus nak berada dlm sindrom denial...

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 29, 2015 at 7:33 AM

Assalammualaikum wmt,
Kepada saya, Najib kini sangat terdesak. Tembelangnya semakin hari semakin terserlah. Mana yg pecah baunya sangat busuk.... melantong.

Mahu tak mahu Najib terpaksa ambil tindakan susun semula kabinetnya bagi memastikan tidak ada siapa yg mampu menentangnya secara terbuka dikalangan ahli kabinetnya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Semua itu adalah usaha terakhir Najib/Rosmah untuk selamatkan diri.

Tak mustahil lepas ini Najib akan letak jawatan dan biarkan Zahid jadi PM dgn syarat segala tembelang diri dan keluarganya dlm isu 1MDB ditutup rapat tanpa ada tindakan.
Najib yakin Zahid mampu lakukannya nanti. TSMY mungkin tak sanggup, maka itu dia rela dikeluarkan dari kabinet yg terpalit dgn apa yg dilakukan Najib/Rosmah. Tak ada rotan, akar pun berguna.
Persoalannya, mampukah Zahir memikul tugas dan ngjawab yg sangat berat itu?

Manakala kalau Najib masih tak mahu undur, maka apa yg dilakukan Najib itu akan jadi penambah kpd keyakinan majoriti rakyat yg Najib/Rosmah memang bersalah. Ada buat salah dlm isu !MDB yg membabitkan bilion-bilion ringgit.

Malangnya, malapetaka yg menimpa Najib/Rosmah itu mengheret sama UMNO kekancah kebencian rakyat. Kaum cina dah lama sepakat tak akan sokong BN sejak Najib berkuasa, kini kaum Melayu yg sokong UMNO pun dah tawar hari. Hanya mereka yg termampu dibeli Najib saja yg masih kekal menyokong UMNO. Itupun belum seratus peratus, memandangkan ramai yg hanya berpura-pura. Sokong demi kepentingan diri semasa Najib masih berkuasa.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 7:42 AM

pm IF GOT BALLS he wont postpone PAU for sake of 'to perpare for GE14' . Come on PM let have PAU and let the members decide if they still want you to lead. Muhyiiddin previously did stated ' dont postpone PAU' and PM feels insecured and gave the GE `14' as an exuce.Is UMNO member still exist? then why let things goes awry? People are geting uncomfortable with PM antics plus his rhetoric and SLOGANS escpeially 'I LOVE PM' . LOVE IS TO BE EARNED not FORCED upon!. PEOPLE WILL LOVE YOU NATURALLY FOR WHAT YOU ARE AND AS ALEADER FOR WHAT YOU HAVE DONE > Look at TDM even though there are haters but PEOPLE Still naturally LOVE him because HE 'S TDM!. .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 7:44 AM

PAC members yang ditawarkan jawatan Menteri patut MENOLAK tawaran itu atas sebab kepentingan awam dan supaya siasatan 1MDB diteruskan. Itulah namanya INTERGRITY! Jika dipaksa maka BERHENTI sajalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 7:45 AM

kalau tiada perkembangan baru org melayu harus mula berfikir adakah umno masih relevant dan masih memperjuangkan kepentingan org melayu dan islam.

pru14 sudah menjelang. lebih awal alternative utk org melayu muncul, adalah lebih baik. sekiranya tidak lebih baik undi rosak sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:05 AM

Recall what Clare of the Sarawak Report has mentioned recently? All that she and the Edge personalities got from Justo was also given to the authorities in US, UK and Switzerland! Najib and gang can hardly have influence over these people - unlike what is the case in Malaysia. (Well, one may qualify that statement with the Obama administration who is desperate for Malaysia's involvement in the TPPA and would do anything for that to take place... The same perhaps for UK when Cameron is still on the hunt for money flowing into Britain. But, Switzerland? One of the richest countries in the world! There is now hope...) Hence, within the next few months, stay tuned for what's coming from overseas... Malaysia may truly be the Laughing Stock of the World (instead of Truly Asia).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:13 AM

Sekarang najib bukan lawan mahathir
Bukan lawan muhyidin
Bukan lawan pembangkang
Tapi dia lawan rakyat..
Masa mahathir masih PM, pemecatan TPM dilakukan ketika Mahathir masih mendapat sokongan rakyat dan dilakukan kerana benar2 utk kestabilan UMNO.
Sekarang najib lakukan semasa dia tidak mendapat sokongan rakyat dan hanya kerana satu syarikat yg gagal di bwh pimpinannya. Pilihan kabinetnya hanya loyalist pada diri najib bukan pd rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:28 AM

Sepandai2 tupai melompat akhirnya ketanah jua. Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Adil. Samai bilakah penipuan2 ini akan berakhir? Turunlah ke bawah dan dengarlah betul2 suara rakyat dan anda akan mendengar bahawa rakyat dah menyampah dan meluat dengan najib dan rosmah serta yang bersekongkol dengan mereka. Rakyat dah menyampah dan meluat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:33 AM

kalau aku jadi pm dan aku nak selamatkan tengkok aku, aku juga akan buat macam itu. mana mungkin orang kanan yang tembak aku kat luar aku biarkan sahaja. tak kiralah orang kanan aku tu orang yang aku sayang. atas sebab dia tidak bersama dengan aku pastinya aku perlu singkirkan. ini bermaksud survival politik. politik ini ada seninya dan ada strateginya. dalam politik tiada istilah kawan selamanya atau musuh selamanya. politik ini seninya perlu diadun dan ditambah perisa dengan cara kotor dan memualkan. itu sebab segala skandal besar didahului oleh orang politik. nasib baik aku bukan pm.....alhamdulillah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 8:58 AM

lama mana pun najip ambik masa tangguh tangguh ubah sana sini sampai masa rakyat takkan lupa kamu zalim...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 9:22 AM

Kita ramai yang tersilap dalam membuat perhitungan kita tidak perlu untuk mengapa-apakan Umno, kerana UMno / BN adalah acuan terbaik anugerah Allah kepada kita untuk mentadbir Negara. Yang perlu diperbetulkan dan dihapuskan ialah pemimpin2 yang korup, hipokrit, zalim, bebal, mentality pak turut dan sebagainya. Wajib dimulakan dengan bapa pencipta masalah ekonomi Negara dengan 1MDBnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 12:29 PM

Kalu pengerusi takda...tak bleh teruskan ke? Kan ada timbalan pengerusi......Cukup bilangan ahli PAC....rasa boleh kot...cuma nak dengan x nak jer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 1:23 PM

Yang merisaukan, jika Pru 14 BN kalah, Najib tak terkesan. Dengan kekayaan yang dia miliki, boleh migrate ke mana2 negara dalam dunia. Kita yang tinggal ni yang bakal teraniaya kerana Anwar dan Lim Kit akan bermaharajalela. Adakah benar kita mahu dua manusia ini memerintah Malaysia? Tolonglah ahli Umno, buatlah sesuatu sebelum engkorang semua jadi bahan ketawa PR. Jika Muhyiddin lawan Najib masa perhimpunan Umno, sudah pasti Muhyiddin boleh menang. Najib muka blur, gentle dengan pembangkang. Tapi dgn Tun dan Muhyiddin, bagai singa ganas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 2:10 PM

Entah apa apa punya komen.pm atau pemimpin patut jd payung atau memberi payung kpd rakyat.bkn mencuri payung rakyat.ini lah masalahnya bila mengangkat kejahatan menjadi Tuhan.Tuhan yg sebanar akan tetap menjatuhkan hukuman yg adil menurut caranya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 2:17 PM

It will be very interesting should TSM steadfast and challenged Najib on UMNO's presidency. He's got nothing to lose now, mesyuarat tergempar and lose, he will just retire happily, win he'll get the prized catch, but more importantly moral-victory.

Go Muhyiddin do the unthinkable and you might be surprised that ahli UMNO may just jumped ship into your vessel!

Meanwhile I'd like to share what Matthias Chiang wrote,

" Some people may perceived this act of desperation as indicating that Najib is
now all powerful and cannot be indicted and removed from office for his criminal
acts.

On the contrary, this act of desperation has sealed the fate of the Prime
Minister. He has lost all credibility, and other than the hard-core group of
sycophants, the entire country has found him guilty as charged in the Court of
Public Opinion. Any subsequent contrary findings by any investigative agencies
would not be accepted by the rakyat.

Najib is on borrowed time. ".

Again I repeat, KARMA is a damn real BITCH!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 2:38 PM

A) Berjaya lengahkan siasatan PAC :- Najib tetap akan menyatakan perlantikan 4 ahli PAC kedalam kabinet ini tiada kaitan/tidak brrniat secara sengaja/cipta agar PAC trrtangguh secara automatik. Baik la, kami terima penjelasan/nafi tanpa fakta jelas Najib ini. So, sila jelaskan point2 ini dengan terang & fakta jelas :-

1) Bila perlantikkan ahli baru PAC ini akan berlaku...?
2) Adakah perlantikkan ahli PAC ini dibawah kuasa mutlak PM...?
3) Adakah perlantikkan ini dibawah kuasa Parlimen...?
4) Adakah perlantikkan by kuasa Parlimen ini boleh dilakukan diluar waktu sidang Parlimen...?
5) Adakah perlantikkan by Parlimen ini hanya boleh dilakukan hanya dalam Parlimen yang bersidang October ini...?

B) Kami sebagai rakyat tetap akan berterusan makin tebal persepsi bahawa perlantikkan 4 ahli PAC kedalam kabinet ini jelas secara indirectly memang atas tujuan tangguh siasatan PAC berdasarkan fakta2 ini :)

1) Ogos depan bekas ceo & present ceo perlu hadir PAC untuk menjelaskan lapuran dari interim report ini.

2) Bekas ceo & present ceo sebelum Ramadhan lagi patut hadir PAC, tetapi mereka minta masa tangguh atas alasan sibuk & berada luar negara. Kini bila tiba Ogos & pendengaran PAC then PAC ini lak telah 'dipandu' indirectly kearah tangguh lagi. Jauh sangat ke Wisma IMC jalan Sultan Ismail ini to Parlimen...?

3) PAC telah tetapkan September ini untuk Jho Low hadir beri penjelasan. Kini perkara ini pun tangguh.

4) MOF pun tak tahu & tak pasti dimana Jho Low berada kini untuk mereka sampaikan notis padanya. Logik yang lawak... 1MDB berurusan dengan Petrosaudi melalui Jho Low secara butiran & transaksi duit, now MOF kata tak tau mana Jho Low ini.

C) " Saya yakin bahawa, masa berlaku (masa berlalu), kabinet baru ini akan meningkatkan keyakinan awam terhadap kerajaan dan BN menjelang pilihanraya umum ke-14"... Sila tumpu pada words "masa berlalu" ini. Apa maksud tersirat Najib sebenarnya :-

1) Adakah "masa berlalu ini bermaksud menjelang pru-14 nanti, isu 1MDB & hutangnya selesai, 'transaksi meragukan' ini juga selesai, ringgit akan stabil, ekonomi akan stabil, harga minyak lonjak semula & politik kembali stabil...?

2) Adakah "masa berlalu" ini bermaksud menjelang pru-14, rakyat akan lupa isu 1MDB, lupa isu 'transaksi meragukan' ini, harga minyak stabil mcm sekarang ini, tiada lagi gst, rakyat lupa isi pemecatan Muhyiddin...?

D) Tidak puashati rakyat kini :- Point utama isu ini terbahagi 2. Pertembungan kepentingan group sederhana/mewah ➕ kepentingan rakyat marhain. Kini 2 kepentingan ini telah menjadi satu isu bersama :-

1) Group sederhana/mewah tak gusar apa tentang gst or harga petrol semasa cos they sangat & lebih mampu. Group ini memang pembayar cukai tinggi kepada kerajaan. Maka mata mereka lebih besar memerhati tentang kemana oungutan cukai ini dibelanjakan. Mata mereka juga besar & jelas ingin tahu kenapa isu 1MDB ini berlaku, apa cerita isu 'transaksi meragukan' ini, bila nak siasat, lengkap then dakwa.

2) Rakyat marhain, mata kami maybe kecil sedikit dalam isu 1MDB & transaksi meragukan' ini, lagi pun kami tak la besar sangat bayar cukai. Maka kami tak kisah & tak jelas sangat isu2 itu cis tak babitkan duit dalam poket kami. Yang buat mata kami jadi besar adalah isu gst & petrol semasa cos kami group cukup makan sahaja tiap bulan...

Kepada anggota kabinet baru, anda syok la cos dapat jawatan & gaji mewah then segala macam percuma sahaja. Anda yakin ke pru-14 anda masih ada jawatan lagi...?

Pru-13 cina scara almost keseluruhan tidak lagi undi BN, sebahagian kecil melayu, India & lain2 pun tak undi anda. Golongan kami ini yang masih bersifat seperti Tunku Abdul Rahaman "tak pe laa, biar pi laa" then terus sokong BN. Maka dalam masa 2 tahun hadapan ini, mampu ke kabinet baru terus miliki undi kami ini...? Fikir guna akal la pak menteri, bukan fikir guna 'perut & bhtuu' ini...

....................
Reply To This Comment ...................
July 29, 2015 at 2:57 PM

Rupanya kalau takut kat bayang2 ni bahaya betul ye? Mcm2 tindakan yg ternampak oleh sikap itu......
Hanya satu lagi yg saya nak tengok utk najib ni iaitu bayangan maut....yg pasti menjemput beliau pada bila2 masa.


Ingatlah kuasa doa org2 yg d zalimi....PASTI.

Post a Comment