........... Pro Najib Melompat Bila Justo Kena Kencing USD2 Juta Jual Maklumat Kepada Clare ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pro Najib Melompat Bila Justo Kena Kencing USD2 Juta Jual Maklumat Kepada Clare ! ?

Friday, July 24, 201532comments


Tetiba je bloglist saya menunjukkan beberapa blog pro Najib ada berita gempar! mengenai Justo. Mesti hangat ni, semalam baru Ketua Polis Negara pi jumpa Polis Thailand, hari ni dah keluar berita gempar.

Rupanya mereka semua merujuk kepada interview Strait Times Singapura dengan Justo di mana Justo dikatakan menjual maklumat Petrosaudi kepada Clare Brown dengan harga USD2juta tapi kena kencing dengan editor Sarawak Report itu.

"Saya beri dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya beri dokumen kepada dua kumpulan," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown dan "lelaki IT beliau" dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia dan rakannya. 

Jelas akhbar harian Singapura itu mereka tidak menamakan ahli perniagaan dan juga rakan sekerja sementara menunggu jawapan mereka kepada dakwaan tersebut.  

Justo mendakwa bahawa orang-orang yang ditemuinya bercakap mahu menggunakan dokumen tersebut "untuk cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".- Agendadaily dan NST.


Saya tak pasti mana satu yang buat mereka melompat2 .... adakah kerana Justo jual maklumat atau bab cubaan jatuhkan kerajaan atau bab rancangan ubahsuai dokumen ...


Sepantas kilat juga Tong Kooi Ong dari TheEdge balas di TMI.

- ahTong mengaku kencing Justo ! 
- ahTong tak mengaku bab nak jatuhkan kerajaan
- ahTong tidak mengaku ubahsuai maklumat yang diberi oleh Justo. Semuanya sudah diserahkan kepada Task Force baru ni.

So.... nak komen apa ya ? 

Tak nampak pula tang mana yang gempaknya ? Samada betul atau tidak ada ubahsuai maklumat, itu kena dibuktikanlah. Kenalah tunjuk maklumat mana yang telah diubahsuai.

Tang nak jatuhkan kerajaan..... itu dakwaan Justo.  Kenalah dibuktikan dulu.  Apakah pendedahan mengenai 1MDB itu boleh disamakan dengan usaha menjatuhkan kerajaan ?

Tang Justo kena kencing tu, biarlah Justo yang saman pengencing.

Saya masih tercari2 point kenapa pro Najib teruja sangat dengan pengakuan Justo. 

Adakah dari pengakuan itu membuktikan bahawa dakwaan WSJ tentang billion2 yang masuk akaun peribadi Najib itu palsu ? Kalau palsu, kenapa dah lebih dua minggu Task Force duk menyiasat dan MAS Singapura siap bekukan 2 akaun yang disabitkan dalam transaksi itu ? Dan kenapa sampai sekarang Najib masih tak berani tampil menafikan transaksi itu ?

Semalam MCMC sendiri mengaku masih belum jumpa bukti yang menunjukkan Sarawak Report ada memalsukan maklumat Petrosaudi/1MDB walaupun akses kepada portal itu sudah disekat.

Serius ni, kita nak tahu sesangat ni maklumat mana yang telah SR dan TheEdge palsukan ! 

Kenapa pro Najib melompat, ek ?

PS - Kita bukan nak pertahankan sesiapa baik Justo atau SR atau Theedge dalam isu ini tapi kita nak tahu Kebenaran je. Point utama adalah ubahsuai maklumat. Setakat yang heboh cuma dakwaan ubahsuai tapi sehingga kini tidak ada sesiapa pun yang tunjukkan maklumat yang telah diubahsuai itu.


Dari TMI -



Yes, we misled him. But that was the only way to get hold of the evidence to expose how a small group of Malaysians and foreigners cheated the people of Malaysia of US$1.83 billion (RM6.97 billion).


His statement confirmed what we have said earlier i.e. we never paid anyone.


As for Justo's allegations that we told him we intended to tamper with the documents and that our objective was to bring down the government, surely if we had such intentions we would not tell it to someone we were meeting for the first time. All the more so when we know he will be upset with us because we will eventually not pay him what he wants.


There was no tampering because we immediately did a digital fingerprint of the hard disc that contained over 400,000 emails and documents and secured it. What is in the discs we have given Bank Negara Malaysia, the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission this week is the exact copy as the one Justo passed to us and he has said he did not tamper with it.

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 12:44 PM

Lawak juga bila baca kenyataan peguam Justo

"Justo faces up to seven years in jail and a fine if found guilty of extortion. He was hoping for a lighter prison term in view of his confession, his lawyer Pranot Kalanuson told The Straits Times."

Macamana pengakuan jual maklumat untuk jatuhkan kerajaan boleh diringankan hukuman. Sepatutnya hukuman perlu ditambah sebab ada niat jahat untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Justo ditangkap kena memeras ugut majikan dan dengan pengakuan terbaru polis Thai patut menambah sabit kesalahan bukan mengurangkan hukuman.

Sepatutnya dari segi peraturan polis Thai harus memaklumkan kepada polis Malaysia kerana apa yang dilakukan oleh Justo adalah jenayah besar kerana berniat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan. Apa yang berlaku sekarang adalah terbalik, Ketua Polis Negara Malaysia tidak boleh menemubual Justo sebalik pemberita ST Singapore diberi peluang dahulu.

Nak kutuk polis Thai tak boleh tapi nampak lain macam saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 1:45 PM

Aku tak percaya TheEdge, SR, Justo, Tony Pua, Rafizi atau saper2 pon. Aku cuma percaya kat Tun M sorang jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 2:11 PM

Dengar cerita geng ting. 4 sedang buat persediaan utk gantikan Najib dgn Zahid Hamidi supaya mereka dpt terus berkuasa di sebalik tabir. Harap tiada yg termakan idea mereka. Lebih baik umno bungkus saja jika penyangak jadi ketua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 2:12 PM

Kenapa salahkan penyokong Umno pulak bloger? Artikel ini sungguh mengelirukan rakyat, fakta berpusing-pusing.

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2015 at 2:18 PM

@Anonymoushuh ? Takde pun perkataan UMNO kat atas ! ?

Kepada pro Najib, mohon komen yang berkaitan dengan artikel, janganlah main tuduh2 secara retorik. Malas saya nak layan !

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2015 at 2:34 PM

Saya hanya pecaya buah pemikiran abang Din jer...terimakasih abg Din. Lebiu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 3:00 PM

Faktra bepusing-pusing? Kamu tu yang mabuk ketum sebab sokong Najib!! Aku sayangkan UMNO & Tun M, cuma tak sokong Najib & Rosmah je..

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2015 at 3:04 PM

Pro-Najib melompat sebab nak alih isu,Isu sebenarnya Ketua Polis Thailand x benarkan PDRM soal-siasat Justo.PDRM kene guna saluran yang betul iaitu melalui Kementerian Luar sebab Justo bukan rakyat Malaysia.

Agak2 kenapa Tan Sri Khalid x guna saluran yang betul erk?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 3:15 PM

Apa yang terlindung didepan mata: Anjing Besar kata polis ada pakar forensik IT sendiri. Semua dokumen dan disket sudah diterima daripada Ah Tong. Masih tak bolih buat keputusan. Setelah bahan-bahan diperiksa mesti ada tangkapan.
Jika palsu, Tong, Tat mesti tangkap! Bukan?
Jika semua bersih? Najib dan rakan-rakan kena tahan. Apa yang dituduh itu benar!
Kalau sehingga sekarang belum ada sebarang tangkapan? 2 kesimpulan.
1.Pakar forensik IT belum habis kerja. Atau
2.IGP dah tahkut tangkap bos!
Kami bersekolah lah. Jangan bullshit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 3:21 PM

Nak tanya Din penyu. 2 akaun yg disita oleh MAs itu berkaitan DS Najib atau kelompok yg mahu membeli dokumen kat justo. Hang ni pening arrrr .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 3:49 PM

Ye lah mana ada umno kat ayat atas tuh ... Takut betul org umno skang ni ye...kesiannnn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 3:50 PM

kita sibuk pasal justo buat ape....polis thai yg tahan ..kita yg suka...kpn pun tak dapat soal justo...kita soallah terus pada tertuduh atau mereka yg di syaki...pusing sana pusing sini...nak saman ...tapi tak saman...mcm kita gadoh kecik2 dulu main tolak2...nak lepaskan penumbuk pun takut2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 4:01 PM


Kalau tentang membela Najib semua misti bukti kukuh, tapi untuk menekan Najib tak perlukan bukti kukuh...Najib awal-awal diminta berundur.....

Paling senang cakap je Justo ke, TE, SR ke, Polis Thailand ke Polis Simgapura ke, semuanya dah dibayar oleh UMNO. Maknanya Najib misti letak jawatan...

Alahai......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 4:34 PM

rakyat semakin kaya
alhamdulillah..sejak gst dilaksanakan
harga barang semakin mampu milik

betul ckap menteri umno....lepas gst harga barang turun (guling)

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2015 at 5:04 PM

IGP jd jantanlah.......on la info mana dokumen asli....mana dokumen palsu...perabih duit rakyat jer terbang sana sini at last reporter pass interview justo engko dpt aper...klu bodo2 aku ni pikir yg konspirasi tu najib n geng lah ,nk tutup salah pi aniaya org len......Tun M buat salah apa....kalu org tua ni tak buka mulut,samPi bila pon "I LOVE PM"'(ni pon kata org kuat,najib sponsor).....

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2015 at 5:13 PM

klu sapa ada maklumat pasal 1Mdb,pikir dlu klau nk serah ke polis.....nah the edge plak kna gantung publish 3 bln...nasib je gantung 3 bulan,klu kdn arah task force gempur lagi naya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 5:33 PM

@Anonymous

Dia sendiri yang letak diri untuk ditekan.. senyap manknya bersalah ya tak ???

KAH KAH KAH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 5:38 PM

bang... betui ka dengaq kata dokumen tu justoq juai harga 7 juta? awat mahai sangat? dah la mahai lepaih tu nak kena modified pulak.

makna kata dokumen tu tak mampu untuk menggugat negara lah. kecuali nak kena blanco dulu ...tukar sana sani skit baru boleh bagi depa goyang teluq.

makna kata justoq xdak niat nak menggugat negara lah. dia berniat nak dpt 7 juta ja. dokumen tu xda apa cerita pun.

bagi aku jadi lawyer justoq lah. boleh lawan nih. hat dokumen yg dia juai tu utk bungkus kacang putih ja. Tun M punya geng yg duk pi ubah. depa katalah. lepaih dah kena ubah harga dia jadi sekupang ja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 5:50 PM

Ramai komentar Pro BN/ UMNO iq depa below primary school !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 6:09 PM

Buktinya najib tak beranipun nak berehat seketika bg laluan utk org buat siasatan.apa lg dok mengcongok d kerusi pm sedang dia di siasat.tdk ke org akan melihat siasatan itu sebagai sandiwara sj.sedang kan jika najib berundur seketikapun blum pasti org akan percaya.jika justo dbayarpun knpa ingat najib seorg yg tahu pakai duit.najib seorg je yg ada duit.sudah nak saman wsjpun terkemut kemut hantar surat cinta segala.apa ingat org tak nampak tak ada pemikiran.sudah tu diam seribu bhsa.lepas raya ni ada buat mengulas isu.bila nak turun road shoo lg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 7:03 PM

Kpn kantoi tak dpt kautim polis thailand utk jumpa justo.kata polis thailand tak ikut saluran yg betul main terjah sj.ini org swizeland bukan org msia atau thailand kita yg boleh dkautim.surat khabar singapore bleh pulak jumpa justo tu.mereka pakai saluran mana suruh kpn cuba tanya.jln jln makan angin sj la kpn kita.nak tanya apa lg justo dah jwb dgn surat khabar singapore.dianak jual matlumat tp kena kencing.agaknya sbb kena kencing dia buat cerita ttg manipulasi matlumat n jatuhkan kerajaan.siasat la kpn bukti org yg perlu dsiasat sendiri dah beri.kerja senang.jika nak tunggu cari bukti sediri kucing bertanduk la jwbnya.bukti dr 1mdb blum cukup lg ke.nak buat proses apa agaknya ye.buat peram bleh jd pekasam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 9:44 PM

Lagi lama Najib biarkan perkara ini berlarutan, lagi teruk kesannya terhadap Umno. Najib memang pentingkan diri sendiri. Lantaklah Umno nak lingkup disebabkan diri dia pun dia tak kisah. I wished he would put an end to this. Kasihan pada rakyat yang hendakkan ketenangan jiwa.

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2015 at 11:13 PM

Di Thailand 72 orang telah ditangkap dan didakwa termasuk panglima tentera dan pegawai kanan polis berhubung dengan isu pemerdagangan manusia dan penemuan kubur besar pendatang haram. Di Malaysia se ekor lipas pun belum didakwa! KPN sedang sibuk terbang kesana sini ke Thailand nak temuduga Justo tp AG panggl balik. Kesian KPN berusaha keras mempertahankan 'bos' nya..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 24, 2015 at 11:32 PM

Special Task Force ni ditubuhkan atas nasihat Najib ? Jika ya, apa tujuan ?

Saya nampak pemberi maklumat yang dianggap sebagai suspek jenayah sedangkan suspek sebenar berkaitan jenayah 1MDB tidak disentuh langsung.

Di antara Justo & Jho Low mana satu terlibat secara terus dengan 1MDB ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 11:44 PM

Apa yang peliknya sekarang ini adalah suspek kes penyelewengan wang hutang 1MDB serta penyelewengan harta-harta kerajaan dengan menggunakan kedudukan dalam kerajaan tak pula ditangkap atau disoal siasat atau ditahan dari keluar negara, tetapi yang mempunyai maklumat mengenai kes penyelewengan itu pula yang ditahan dan dihalang ke luar negara, undang-undang di Malaysia dah jadi undang-undang rimba, yang disyaki buat jenayah tak ditahan, tetapi orang yang mendedahkan kegiatan jenayah pula yang ditahan, apa nak dihairankan, jawatan Ketua Polis Negara adalah jawatan kontrak, membodek sakanlah dia supaya kontrak jawatannya disambung lagi lepas ini, kerana kepentingan kontrak jawatan, amanah tugas pun boleh dipam dalam lubang jamban oleh manusia seperti Ketua Polis Negara sekarang ini.

Kalau Najib tak bersalah, sila jawab soalan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit serta GIL Funds, pelaburan dalam bidang apa? Pelacuran? Ceti Haram? Pemerdangan Manusia? Tanaman Hidroponik Kangkung? Pengedaran Kapcai? Pemprosesan Dadah? Agensi Membekal Chinadoll ke pusat maksiat? Perusahaan Membuat Alatan Rangsangan Seks? Perusahaan Membuat Ubat Kuat Seks? Video Lucah? Kelab Malam? Dangdut? Pub? Karaoke? Disko? Pemprosesan Arak? Pemprosesan Air Ketum Untuk Penagih Dadah? Jual Burger? Perjudian? Jual Nasi Lemak? Jual Satay? Dalam bidang apakah pelaburan oleh 1MDB dengan nilai sebanyak RM 15.4 bilion itu?

Malahan sila buat penjelasan umum mengenai apakah Najib pernah membuka dua akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan menutupnya selepas beberapa bulan berakhirnya PRU 13 dan apakah benar wang RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib atau tidak.

Malahan sila Najib berikan penjelasan mengapakah Rosmah si penganggur tua yang haram tak ada pekerjaan tetap boleh ada RM 2 juta dalam akaunnya melibatkan beberapa transaksi melibatkan sejumlah wang antara RM 150,000.00 hingg RM 300,000.00, dari mana sumber wang itu? Malahan Rosmah melalui peguamnya pun dah mengaku itu akaunnya, tapi dia hingga kini tak menafikan mengenai RM 2 juta itu.

Tak payah nak putar belit, sekarang ni dah terdedah bahawa Justo tu bukannya memalsukan dokumen 1MDB pun, sekarang kerana nak cover line, maka didedahkan satu watak baru iaitu James Steward pula yang dituduh bersekongkol untuk memalsukan dokumen 1MDB pula.

Lepas ni kalau kantoi lagi bukan James Steward ini yang memalsukan dokumen berkenaan, saya tak akan tekejut jika juak-juak Najib termasuklah si Khalid Abu Bakar KPN Penipu tu akan menangkap dan menggari seekor beruk di Zoo Negara serta beruk itu diheret ke dalam Black Maria dan dibawa ke Bukit Aman serta dilokapkan untuk dituduh membuat 'pemalsuan' dokumen melibatkan 1MDB-Petrosaudi ini.

Sebabnya Najib dah tak ada arah lagi, makin banyak terbongkar, malahan pecacainya pun dah mati kutu, mereka akan buat apa sahaja hatta perkara bodoh sekali pun untuk melengahkan masa.

Tetapi kebenaran akan muncul jua akhirnya.

Kepada Nek Tempoyak, kalau nak beri komen tu, biarlah komen yang munasabah dan menjawab isu yang sedang dibincang, bukannya mencarut tak tentu hala pula.

Atuk Cincaluk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 12:30 AM

Satu perkara SAHAJA yang saya nak kata di sini iaitu jika ISA tidak di bubarkan oleh Ah Jib Gor NONE of these issues would have arises. Dengan wujudnya kuasa ISA it was also a good preventive tool for the government to use against people who was undermining the government.

Tengok sekarang tindakan yang di ambil oleh kerajaan kita sama macam negara2 AFRICA dan ARAB yang berstatus 3rd world ,di mana internet di BLOCK,orang di TANGKAP, suratkhabar di HARAMKAN,media spin yang berungsur TIPUHELAH,orang di TAHAN dari keluar negara! Dan macam undang2 dan AKTA di gunakan oleh kerajaan untuk bertahan kedudukannya contoh dari segi akta immegresen,akta percetakan,akta keselamatan dll. ISA ibarat SATU bumbung yang di BUANG oleh Ah Jib Gor dan di ganti dengan puluhan PAYUNG kecil untuk kita berlindung. UNDANG2 ISA yang di buang untuk mengambil hati orang CINA akhir nya MAKAN Tuan atau pun makan si Ah Jib Gor. This PM is JINXED,apa yang dia buat membawak MUDARAT kepada NEGARA walaupun NIAT nya baik SEBAB he CLUELESS on how to run this country dan dengan permergian arwah JJ lagi dia tak tahu apa nak buat.

MAY Allah help us while this incompetent man is in POWER. Satu perkara yang jelas dari dia ni ia itu dari rancangan2 DIA seperti BLUE Ocean,Tranformasi,1MDB dll,this CLUELESS man memang nak tempah LEGACY yang lebih BESAR dari Dr M bila dia pencen nanti tapi malang nya arwah JJ sudah tiada dan dia tiada OTAK!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 5:57 AM

Munkin laporan ST kurang tepat atau tempered.

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 5:59 AM

Sungguh anih. Orang PMO kejan dia kut.

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 6:05 AM

Dia raja motherhood. slogan sana slogan sini apa pun takda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 11:43 AM

Macam mana KPN boleh biarkan diri di malukan pihak polis Thailand..akhirnya KPN diarah balik ke Malaysia..Pihak polis Thailand hanya memberikan taklimat dan melarang Justo di soal siasat..Kelam Kabut dah Malaysia hanya kerana 1MBD...

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 12:40 PM

Anon 211 pm
Ada bukti ke ? Atau hanya khayalan sahaja.
Tuduh tanpa butti - fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2015 at 10:38 AM

Eh arini da ade bukti kan? Zahif da naik tpm? Nk ckp ape lg lak pasni?

Post a Comment