........... Petrosaudi Kencing 1MDB ATAU 1MDB-Petrosaudi BerJV Kencing Rakyat Malaysia ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Petrosaudi Kencing 1MDB ATAU 1MDB-Petrosaudi BerJV Kencing Rakyat Malaysia ? ?

Tuesday, July 7, 201535comments




Dalam artikel kontroversi WSJ isu Najib Billion2, kenapa WSJ merujuk Petrosaudi sebagai sebuah syarikat yang tidak dikenali sedangkan kerajaan Malaysia begitu amat teruja sekali bila dapat berurusniaga dengan Petrosaudi, bertuah konon dapat buat usahasama dengan sebuah syarikat minyak gergasi milik negara Arab Saudi ! ?

Semakan melalui laman web Petrosaudi menemukan kita kepada kenyataan ini -

PetroSaudi was founded in 2005 by Tarek Essam Ahmad Obaid and private investors. PetroSaudi International is a privately owned oil exploration and production company, with its main offices in the United Kingdom, Saudi Arabia and Switzerland.

Privately owned / Milik persendirian ? Laaaa..... bukanlah milik kerajaan Arab Saudi @ keluarga diRaja Arab Saudi !

Laman web nya pula tidak menunjukkan ianya sebagai sebuah konglomerat atau syarikat yang besar. Banyak maklumat yang tidak ada sepertimana yang biasa kita temui di laman2 web syarikat besar. Paling mengejutkan adalah, Petrosaudi tidak ada langsung aktiviti perniagaan sebelum tahun 2009. Dari tahun 2005 sehingga 2009, Petrosaudi merupakan sebuah syarikat yang dormant / tidak aktif !

Err... sekadar peringatan..... JV 1MDB-Petrosaudi Cayman adalah pada tahun 2009 .... Bagaimana 1MDB boleh sesenang itu beri USD1 billion hasil jualan bon Islam untuk JV dengan sebuah syarikat yang tidak aktif ? Bukankah track record sebuah syarikat itu penting sebelum kita buat keputusan hendak JV .... apalagi atas nama kerajaan Malaysia ?

Dari laman web Petrosaudi, berita tentang projek pertama dalam industri minyak hanya bermula Januari 2010 bila mereka beli kapal gerudi - Petrosaudi Discoverer dan diikuti dengan sebuah lagi kapal Petrosaudi Saturn pada November 2010.


Tidak ada Petrosaudi News sebelum Januari 2010 dan berita pembelian dua  buah kapal pada tahun 2010

Kedua kapal itu dibeli oleh anak syarikat Petrosaudi bernama Petrosaudi Oil Services Limited yang ditubuhkan pada tahun 2009. ( tahun JV dengan 1MDB ! ? )


Perhatikan kronologi JV dan Petrosaudi bila dikaitkan -

September 2009 - JV antara 1MDB-Petrosaudi. 1MDB beri USD1 billion untuk 40% saham dalam JV

Januari 2010 - Petrosaudi beli kapal Petrosaudi Discoverer

Mac 2010 - JV di tamatkan tidak sampai 6 bulan selepas sain kontrek TANPA sebarang aktiviti perniagaan. 1MDB tidak dikembalikan wang pelaburan tapi ditukarkan menjadi pinjaman yang diberikan oleh 1MDB kepada Petrosaudi. Beberapa bulan kemudian, 1MDB beri lagi pinjaman USD500 juta kepada Petrosaudi.

November 2010 - Petrosaudi beli sebuah lagi kapal Petrosaudi Saturn

Mei 2011 - 1MDB beri lagi pinjaman USD330 juta kepada Petrosaudi.

Ogos 2011 - Petrosaudi buat JV dengan Ghana dalam projek carigali minyak


Perhati balik kronologi di atas ....... kenapa terbau hancing jer ...  Siapapun akan beranggapan bahawa 1MDB sebenarnya memberi  bantuan kewangan kepada Petrosaudi untuk memulakan bisness ! Menggunakan wang rakyat Malaysia....

Kenapa 1MDB berJV dengan sebuah syarikat yang tidak aktif dan tidak punya pengalaman dalam industri minyak ? Petrosaudi juga tidak punya sebarang aset langsung kecuali aset dalam bentuk Hak Carigali Minyak ( oil exploration rights ) yang kita sendiri sudah kantoikan kesahihannya !

Ooooops .... nanti jap.... bukan ke USD700 juta dari jumlah USD1 billion dah lesap dua hari selepas sain kontrek ? 

Well, actually ..... carian internet menunjukkan Petrosaudi beli kapal Discoverer pada harga USD150 juta dan Saturn USD260 juta. 

Kemungkinan itu masih ada !

Baca artikel dari laman 1MDB bertarikh 30/9/2009 -

- Malaysia and Saudi Arabia today entered a new era of economic cooperation with the setting up of a US$2.5 billion joint-venture company, which will spearhead the flow of foreign direct investments from the Middle East as well as make strategic investments in high-impact projects here.

- The JVC is also expected to be a vehicle for investments from the Middle East into the region, thereby giving Malaysia the edge in drawing investments from the cash- and resource-rich region.

- "The JVC is set to further increase foreign direct investment from the Middle East, in particular Saudi Arabia. We will leverage on PSI's strong international presence, their networks and expertise to promote Malaysia as the preferred investment destination." - CEO 1MDB Shahrol Halmi.

Letakkan diri anda kembali pada waktu itu dan sedang baca artikel berkenaan ....  dan dengan apa yang kita ketahui sekarang - Siapa yang kencing siapa ni ?

Petrosaudi kencing 1MDB atau 1MDB-Petrosaudi berJV kencing rakyat Malaysia ?

Ya, semua itu hanya kemungkinan saja tanpa bukti ..... tapi ia adalah kemungkinan yang berasaskan circumstanstial evidence

AKHIRNYA .... keseluruhan USD1.83 billion duit dari Malaysia menjadi tandatanya, dah tak nampak bayang sejak dibawa keluar. Yang ada hanyalah Just Unit .... yang juga menjadi tandatanya rakyat.

Rujukan / terjemahan lebihkurang dengan tokok tambah - JMD Did Petrosaudi swindle 1MDB and steal our money?

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 8:20 AM

Itulah yang dari pelaburan jadi murabahah, lepas tu jadi unit dan entah jadah apa lagi yang hanya melingkupkan wang negara, 1MDB lingkup kerana permainan Najib dan juak-juaknya mempergunakan wang 1MDB hingga lingkup semuanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 8:33 AM

Tengok Najib berucap dlm TV3 semalam ???? nampak real dia punya perbezaan...
Cara bercakap tu ada dua keadaan, satu bercakap dalam keadaan yang sangat marah atau under extreme pressure atau kedua bercakap dalam keadaan ketakutan yang luar biasa... mampos kali ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 9:08 AM

panglima bugis kalau marah...kaurang siap..boleh jatuh telornya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 10:19 AM

salam,
semua fakta tu ditulis oleh tdm. mereka telah hack laman web tersebut atau mengadakan laman web untuk memburukkan ahjibgor. ini merupakan kerja jahat yang dilakukan oleh tdm untuk menjatuhkan ahjibgor. 1mdb berada di landasan yang terbaik untuk rakyat malaysia di masa hadapannnnnnnnnnnnnn kerana pelaburannya yang dijangka mendapat keuntungan jangka panjanggggggggggggg. sekarang 1mdb dijangka akan pulih daripada hutang setelah campur tangan kementerian kewangan. sehingga kini hanya bukti air liur sahaja yang dapat dikemukakan untuk pendengaran sesedap telinga mendengar.

bila pmo nak buat solidiriti dengan ketua bahagian, ketua penerangan bahagian, timbalan ketua bahagian, setiausaha bahagian, ajk bahagia dan semuanya nak bahagian masing-masing. mungkinkah ahjibgor lena tido setelah terbuai oleh sokongan rakyat serawak berbanding suara tdm tu. lagi lambat, lagi susah nak betulkan maklumat wsj tu. ketua penerangan, ketua bahagian, dah tak sabar nak membantu memberi penerangan kat rakyat malaysia di kafe-kafe 4 5 bintang dan hotel-hotel . boleh juga dibuat dalam jamuan raya nanti. jangan lupa pakai baju merah dan bawa kad i lap pm. masi ada banyak lagi tu. pm sendiri bolehlah buat rakaman ucapan hari raya untuk memburukkan tdm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 10:39 AM

sy xtgk tv3.. boleh bg link video tersebut kalau ada? tq

....................
Reply To This Comment ...................
July 7, 2015 at 11:22 AM

duit pelaburan 1MalaysiaDahBungkus dah jadi pinjaman Mudahrebah dikaki pak arab..

....................
Reply To This Comment ...................
July 7, 2015 at 11:46 AM

Syarikat anak Kak Ros Riza Aziz Red Granite jugak baru muncul pada tahun 2010! Saja nak bagi tahu...

....................
Reply To This Comment ...................
July 7, 2015 at 12:57 PM

Sama2 kencing la senang cerita....maklumlah bukan sikit tu...
Satu pihak ada kuasa satu lagi bagi platform iaitu company utk berurusniaga. Bukan kah itu jln utk menghalalkan cara ? Terlupa pulak yg rakyat ni bijak ! Adalah mustahil dlm perbincangan tu tak tahu hala tuju ? Selepas perjanjian tu banyak urus niaga luar kawalan menjadi aktif....bernilai ratusan juta...yg tak de kena mengena dgn 1mdb pun ! Lagi pun kabinet tak tahu....jika telus...tu kita boleh terima lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 1:16 PM

Nasehat buat Dato Sri Najib.
1.Kalau benar
Minta pihak bank dan Bank Negara keluarkan kenyataan dan penyata yang dikatakan milik Najib itu.

2. Kalau bersalah.
1. Cara Islam.
Letak jawatan dan minta maaf dgn semua rakyat Malaysia. Terimalah apa saja hukuman yg dijatuhkan. Itu lebih baik dari menerima hukuman dihari pembalasan nanti sebagai pemimpin yg tidak amanah dan berlaku curang terhadapnya.
2. Bukan cara Islam.
guna pistol boleh, racun pun boleh atau gantung aja diri tapi pastikan tali tu cukup kuat. Masaalah dunia selesai tp akhirat jawaplah.


Penasehat yg tak perlu di bayar apa-apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 1:19 PM

depa semua kenceng rakyat Malaysia..jgn Negara Malaysia terjual nati ya...jom memasing berdoa agar Malaysia dilindungi Allah dr pemimpin munafik dan menzalimi rakyat secara halus...

....................
Reply To This Comment ...................
July 7, 2015 at 1:25 PM

syarikat songlap duit lagi ka...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 1:38 PM

Kalau tengok dalam laman web Petrosaudi tu, terlalu cincai, tak bermaklumat, sebab mudah untuk auta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 2:44 PM

Parlimen patut memanggil sesi tergempar berkenaan 1MDB ni. Lagi-lagi setelah najib pertama kali dikaitkan secara langsung dengan salah laku skandal 1MDB. Menteri KDN awal lagi mengatakan dakwaan WSJ ini merupakan ancaman kepada keselamatan negara.

Oleh itu, seruan agar rakyat tidak perlu percaya kerana terdapat agenda kuasa asing dilaungkan. Persoalannya atas dasar apa Menteri KDN membuat telahan pendedahan WSJ memberi ancaman kepada keselamatan negara?

Pengarah agensi keselamatan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam keselamatan dan pertahanan negara iaitu Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan dan Pengarah Cawangan Khas langsung tidak membuat apa-apa kenyataan berkenaan isu ini. Mereka ini barisan hadapan pertahanan negara dalam menghadapi ancaman luar tapi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong telahan Menteri KDN.

Kenyataan TSMY bahawa pendedahan WSJ menjejaskan kredibiliti dan integriti negara kerana Ketua Kerajaannya terlibat dalam salah laku adalah amat tepat. Moga bulan Ramadan yang mulia ini dapat membawa kita keluar dari kemelut politik dan juga ekonomi yang amat meresahkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
July 7, 2015 at 3:02 PM

Siapa yg buat keputusan bagi pihak 1MDB untuk melabur kat PetroSaudi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 3:34 PM

dah kena con...malu nak ngaku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 3:56 PM

Klau tak salah tareq ni was only at his 20s when in ceo position...dasyat msia buat jv ngan company with such a young ceo...hmm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 4:09 PM

Logic nak simple aje Bro Din, kalau duit kita(rakyat) dia pun tak pandai JAGA, kesimpulan nya si Pahlawan Bugis ada lah seorang yang bodoh! Jangan lagi hal lain lebih complex seperti isu ecomony, foreign trade dengan exchange ,saya fikir hal ni BEYOND dia pun comprehension!

Selama ni dia duk berbohong kerana MALU nak beri tahu kepada rakyat Malaysia yang dia kena KENCING! Tapi hasrat hati masih mahu jadi PM walau pun dia di perbodohkan!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 4:58 PM

din, ari ni blog chedet mncecah 1598 users online. smpai nk log masuk pun payah... angin perubahan brtiup kencang agaknya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 5:48 PM

Hanya segelintir yg sokong kalau nak tau. Yang datang tanda sokong itu dari sifat luaran tapi dalaman lain. Malas nak tunjuk temberang sebenar. Kalau nak dapatkan pungutan suara setakat mana sokongan secara individu, baru nampak sebenar siapa sokong siapa. Kalau yang mewakili setiap bahagian dr setiap komponen parti, minta maaf. Tak telus. Sebab itulah kalau dapat mana bongkar siapa betul siapa salah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 5:56 PM

1MDB = 1Malapetaka Dan Bencana. Wujudnya hanya mengundang malapetaka dan bencana kepada wang rakyat dan ekonomi negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 6:35 PM

yg aku sakit hati kta xknl jlo tp??siot. pape pun kurang yakin dgn polis or bnm or macc.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
July 7, 2015 at 7:03 PM

Mamat yang tiba2 kaya buat filem wall street..
sekali ajib pun dikantoikan oleh wall street (journal)..

Memang hebat perancangan Allah

....................
Reply To This Comment ...................
July 7, 2015 at 7:08 PM

Pelik dgn Majlis Tertinggi UMNO nii, semua boleh dikatakan sokong Najib walaupun tindakannya kita lihat banyak yg merugikan. Mungkin sebahagian unit mereka telah terima dari Najib. Jika Najib bersalah maka semua ahli MT pun bersalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 7:58 PM

Murabahah ke atau mudahrebah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 8:23 PM

sikiit jerr cite beku acc kt tv3 td

....................
Reply To This Comment ...................
July 7, 2015 at 11:07 PM

Harap unit yg mereka dapat boleh ditunaikan kalu tak sia2 aja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 7:43 AM

In my humble opinion, the answer to your question that forms the title of your blog piece is simply the latter. Have you heard the expression: birds of the same feather flock together! You know who in Malaysia and the Arab Bedouins of Petrosaudi (we really need to learn more about these people by for example looking through what Ar Rasul saw has said about them...) are in collusion because each (plus the Chinese guy from Penang!) are of the same type: con artists. It is clearly a match made in heaven! (By the way, dear dinturtle, you have so far done an excellent work... My do'as for your continuing strength in enlightening us all on 1MDB, etc.)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 8:42 AM

Hahaha good one!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 8:44 AM

Brilliant audit trail..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 12:47 PM

-luv tun m.

kawan, jangan menjatuhkan hukum sesuka hati. tunjukkanlah bukti yang tun m terlibat. mana buktinya?, jika kita membuat berdasarkan kata orang atau andaian itu bukan dipanggil bukti tetapi pembawakan mulut orang. kita hendak menghukum tuduhan pada seseorang hendaklah kukuh. tentang wsj itu pula ada rekodnya yang tersendiri seperti fitnah dan saman. tetapi, untuk menangkis itu semua haruslah membuktikan pada rakyat melalui saman wsj jika benar najib tidak terlibat. andai kata sekarang ini dalam proses penyiasatan kita harus meneliti apa yang di siasat dan apa yang perlu di siasat oleh badan-badan itu. hamba bukan manusia yang sempurna untuk menghakimi seseorang, biarlah hasil siasatan yang menentukan. berkaitan dengan tun m pula, saudara janganlah jatuhkan hukum. jika benar dakwaan saudara itu tunjukkanlah bukti yang tun m berkomplot. setahu hamba, sebelum para wartawan jumpa tun m untuk bertanya tentang 1mdb telahpun tersebar perkara 1mdb itu sendiri. jika tidak, masakan wartawan mahu wawancara?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 1:04 PM

-luv tun m.

siasatan agak tidak begitu sempurna jika najib masih memegang jawatan menteri kewangan. najib haruslah direhatkan mahupun dicutikan dahulu untuk menyelesaikan masalah 1mdb ini dahulu. hamba orang umno, hamba amat sayangkan parti seperti mana tun m sayangkan parti . parti keramat orang melayu haruslah dipertahankan, namun disebabkan pemimpin-pemimpin yang kurang arif politik menjadi punca parti keramat orang melayu itu busuk. jika pembangkang mentadbir tanah air, hamba berasa kuatir pelbagai pelembagaan dipinda , I.S.A di hidupkan kembali(kerana singapura ada I.S.A, pasti adiknya D.A.P akan mengikut cara abangnya P.A.P) untuk mengukuhkan kekuasaan. akta hasutan(menjaga kepentingan melayu, hak orang melayu serta raja-raja melayu) pasti juga tidak mustahil dimansuhkan. namun, hamba tidak menuduh cuma berasa kuatir jika perkara sebegini berlaku. amat malang nasib pribumi tetapi ditadbir bukan diatas haknya. melayu hanya tinggal kuasa POLITIK untuk mengawal ekonomi( cina pegang) dan pentadbiran profesional(india mula bercambah dalam bidang profesional) . itulah kuasa melayu yang tinggal, iaitu kuasa politik untuk mengawal . tetapi, pemimpin umno yang sekarang ini benar-benar membusukkan parti warisan melayu. hamba kuatir, 13 mei berulang.

-warisan anak kecil main api-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 2:57 PM

http://www.rockybru.com.my/2015/07/just-three-questions-for-wsj-hafarizam.html

Just Three Questions for WSJ, Hafarizam please take note

Bru Notes: This is not the work of PGI but I’m sure the people who tracked down Justo would be impressed by the analysis done by this author, who by the way is a legally-trained Malaysian currently heading a banking/finance institution [and therefore, unfortunately, must remain anonymous].


ding,

Saya guna google search engine je. LOL

cheers
./mkh
p/s: nampaknya rocky perlu berputar lagi. :)

(1)
Bank-correspondent of the addressee Bank / Correspondent bank of beneficiary’s bank
Wachovia Bank NY International Branch, New York
4th Floor, 11 Penn Plaza, New York 10001 USA
S.W.I.F.T PNBPUS3NANYC

(2)
https://www.wellsfargo.com/about/corporate/wachovia

Wachovia Is Now Wells Fargo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 4:25 PM

jeng3 drama 1mdb sgt menarik. office kena raid kat tim..
pape pun sy kurang yakin. kite nantikan bersama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 5:57 PM

En Din,
Siapakah AhJibGor?
A) pencuri menjadi PM
B) PM menjadi pencuri.

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2015 at 4:38 AM

Crime Minister

Post a Comment