........... Persoalan Paling Hangat Raya Ini - Betul Ada Atau Tidak Ada Duit Billion2 Masuk Akaun Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Persoalan Paling Hangat Raya Ini - Betul Ada Atau Tidak Ada Duit Billion2 Masuk Akaun Najib ?

Saturday, July 18, 201548comments


Hari ini ramai yang merujuk kepada artikel NST mengenai perkembangan terkini kes Justo dimana dikatakan Polis Thailand mengesahkan terdapat dokumen2 yang telah diubahsuai bla bla bla.... dan heboh juga mengenai 10 orang yang telah menemui Justo dalam urusan membeli maklumat bla bla bla....

Saya lebih suka menunggu laporan resmi dari PDRM atau maklumat resmi dari Polis Thai kerana ada disebut bahawa Polis Thai akan hanya berkongsi maklumat siasatan sekiranya ada permintaan melalui kabel diplomatik. 

"We have told them we can't share such data because it is part of our ongoing investigation. But if they really want it, they should use diplomatic channels by approaching the Ministry of Foreign Affairs,"... KLiK.

Yang menghairankan, dia punya gempak seolah kes Justo ini bakal membersihkan nama 1MDB dan Najib !  Blogger APANAMA melihat aksi pro Najib kali ini lebih kepada usaha untuk mengalih tumpuan dan menutup cerita sebenar yang berlaku - KLiK.

Hmmmm .... mungkin angkara Justo yang telah menyebabkan ini -

KLiK

Langkah ketara yang dilaksanakan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerusi pelan rasionalisasinya akan mengurangkan hutang syarikat dengan ketara, dan dalam jangka masa panjang, memastikan kemampanannya

Apa dia cakap, ek ? Bahasa mudah yang saya faham adalah - Jual aset dan saham untuk bayar hutang !

So.... apakah angkara Justo yang menyebabkan 1MDB terpaksa jual aset dan juga sahamnya demi untuk melepaskan diri dari cengkaman hutang yang terlalu tinggi ?

1MDB menyalahkan pengkritik2 termasuk Tun Mahathir yang telah menganggu proses bayar hutang mereka dan ini termasuk merosakkan pelan penyenaraian IPO Edra Global Energy ! - malaymailonline.

Hebat sekali Tun Mahathir punya penangan sehingga mampu mengugat bisness syarikat billion2 .......  ada rakan beritahu antara syarat untuk disenaraikan adalah perlu menunjukkan untung 3 tahun berturut2, tak betul kot. 

Kalau betul sudah pasti 1MDB akan sebut itu sebagai alasan utama IPOnya kantoi. Lagipun, mustahil sebuah syarikat billion2 mempertaruhkan wang rakyat atas sesuatu yang belum pasti (IPO) sebagai syarat utama kemampanannya.... kan ?

Pusing lagi ....selagi boleh pusing !

                              ********************

Hari ini senyap pulak bab mamat penyelamat maruah 1MDB yang juga merupakan orang pernah menghina Rasulullah tu ? 

Dilaporkan Polis sudah menemubual Lester Melanyi - Malaymailonline.

Editor SR Clare Brown pula dikatakan akan membalas 'serangan' Melanyi dengan mendedahkan emel2 Melanyi - Malaymailonline.

Kita layan jerlah nanti ....

                                      **************

Apapun jangan lupa, sebagai peringatan di sebalik segala kehebohan isu Melanyi dan Justo, hanya tinggal 4 hari saja lagi tempoh yang diberikan oleh peguam Najib kepada WSJ untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan.

We demand a reply within fourteen (14) days of the date hereof and please let us know whether you have appointed solicitors in Malaysia to accept service of legal proceedings on your behalf and on behalf of the reporters who wrote the Articles in the event that legal proceeding become necessary.

.
Itu pada 8 Julai lalu..... selepas hari Rabu nanti, apakah tindakan selanjutnya ? Peguam Hafarizam kata itu kena tunggu arahan daripada Najib.

Mungkinkah selepas hari Rabu nanti Najib akan tampil menafikan deposit RM2.6 billion yang didakwa masuk ke akaun peribadinya ?

Harap2 begitulah..... kerana itulah yang dinanti2kan oleh rakyat. Itulah juga topik utama dikalangan rakyat sepanjang cuti Raya ni !

Betul ke ada orang masukkan duit RM2.6 billion ke dalam akaun Najib ? Najib tak nafikan pun..... Najib cuma cakap dia takde gunakan wang untuk kepentingan peribadi. Masuk atau tidak masuk itu... wallahualam.

Duit RM2 juta yang masuk akaun Rosmah pulak macamana ? 

Entah. Itu pun tak dijawab juga ..... betul ke tidak ada masuk ?

Yang pasti, rakyat nampak pasangan Najib Rosmah ni jenis payah nak mengaku dengan jelas bab duit masuk akaun peribadi.

Adakah persoalan itu sesuatu yang penting buat rakyat untuk tahu jawapannya ?

Share this article :

+ comments + 48 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 7:55 PM

yg penting ko terus spin buat fitnah .. mmg dajjal 😡

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 8:01 PM

satu perkara yang saya keliru adalah kenyataan polis thailand sebelum ini.

mereka menyiasat kes justo berdasarkan laporan petrosaudi bahawa dokumen2 sulit mereka dicuri dan mereka diperas ugut oleh justo agar dokumen2 sulit tersebut tidak diserahkan pada pesaing2 mereka.

jika ini benar,maka kes yang disiasat sekarang adalah kes peras ugut dan kes curi maklumat.mereka yang disiasat juga adalah mereka yang berkaitan dengan maklumat2 curi ini.

ianya bukan kes pemalsuan maklumat.

jadi agak pelik bila media2 dan blogger serta facebooker yg cenderung pada najib menyiarkan2 artikel2 dan cerita2 tentang individu2 yang mungkin disapina untuk keterangan bagi kes pemalsuan dokumen.

samada saya keliru atau undang2 thai bercelaru...

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 8:01 PM

Cuba tunjukkan tang mana yg fitnah itu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 8:17 PM

Tun M hanya mula membangkitkan isu 1MDB setelah ia dua kali gagal dalam IPO nya. Jadi adalah satu pembohongan mega mengatakan kritikan Tun M yang mengagalkan IPO nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 8:20 PM

tanya soalan pun fitnah ke? ....bangang (bukan aku cakap tapi perwira bugis)

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 9:01 PM

Kenapa Polis Thai begitu mesra saolan wartawan sedangkan masih ongoing investigation? Rujuk semuthitam80.blogspot... bercerita macam berbual dengan kawan-kawan, menepati intipati untuk dispin...

1MDB sewajarnya menceritakan keuntungan yang bakal diperolehi untuk pembangunan negara dan bukannya sekadar megah jual asset untuk kurang beban hutang, berniaga opah kau arulkanda?

Saolan ini dan persaolan rakyat adalah untuk mendapat jawapan telus, hanya yang melakukan jenayah sahaja akan merasakan saolan ini menakutkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:12 PM


Dahlah tu....carilah cerita lain pulak...
Kalau Najib semua salah....Bang Non dulu ada gambar pun bukan dia!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:14 PM

Cara penulisan kau cam najib dan Rosmah dah benar2 bersalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:16 PM

susah soalan tu. Ambank dan BNM pun sampai sekarang GAGAL menafikan kewujudan dan aliran wang yang masuk itu.

Adakah teknologi maklumat pihak pihak ini masih ditakat 60an? takkanlah kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:26 PM

Tun M bukan tanya soalan tapi bocorkan maklumat yg tak ya tau tidak. Dia dah awal2 lagi cakap tak sokong najib menunjukan dia bukan lagi expect jawapan tidak dari najib.
Wawasan 2020 dah dekat sangat
Mana nal cekau duit nak buat development bersaiz mega kalau tak berhutang? Duit pembayar cukai tak cukup nak buat momentum sbb 2020 dah dekat sgt dah.
Ada org kata Tun M segaja nak dabotaj supaya wawasan 2020 tak dpt achieve supaya org nanti tak salahkan dia yg salah pengiraan risk mitigating factors masa nak buat wawasan tempohari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:36 PM

Ni la contoh spesies bangang yg dimaksudkan oleh ajib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:43 PM

ayat 7:55pm pun dah sah spin hihihi
pengikut sang kelembai eh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:52 PM

Hakikatnya 1mdb masih gagal untung.. skrg terpaksa jual harta utk settle hutang (harta tu milik rakyat). Najib masih buat org dia percaya 1mdb bagus sgt2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 9:55 PM

1mdb gagal.. hutang banyak. Untung tada.. gadai harta bayar hutang. Mungkin yg lain belum terbukti, tp terbukti najib gagal jika masih anggap 1mdb berjaya

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 10:00 PM

@Anonymouscara Najib Rosmah dan 1mdb jawab yg beri persepsi mereka bersalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 10:01 PM

salam,
tang fitnah tolak tepi la. ahjibgor punya idea nak buktikan tak bersalah, semua benda fitnah kalu babitkan dia. dah jadi macam geng pas juga la ni. tanya pun fitnah. kita tanya betul ke itu fitnah? yang di pi jawab benda lain kenapa?

bab mamat swiss ni, aku pun pening dengan polis thai dan akhbar. macam mana mereka tau yang betul dan palsu. mereka dah tengok dan bandingkan dah ker antara kedua maklumat tersebut. tunjuk yang palsu dan tunjuk yang betul, baru la kita tau berapa banyak dia tipu. setakat ni yang babitkan petrosaudi tak banyak pun, kurang usd2billion jer. yang lebih tu kat dalam mesia. aset kat luar negara tu takat bagi tau ajer, tarak nama pun rasanya lah. mungkin tertinggal maklumat. tak pasti kerana tak banyak blog yang sebut yang ada kat luar negara. yang ada kat dalam negara 3 janakuasa, tanah beli murah dan tanah beli mahal. ada lagi tak? yang tnb ambil alih tu tak pasti la pulak yer.

so macam mana duit 2 juta juta tu boleh masuk akaun ahjibgor? apa kaitan dengan mamat swiss ni? bukan petrosaudi yang masukkan duit tu kan? jadi, macam mana 1mdb berada di landasan yang betul jika persoalan yang ada tidak ada kaitan dengan mamat ni?

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 10:05 PM

@AnonymousTunM cakap tak sokong selepas beberapa kali tanya termasuk mengutus surat dan berdepan dengan Najib juga dengan bos 1Mdb, tapi semua gagal jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 10:32 PM

Betul tu, hubungan dgn petrosaudi hanya melibatkan 2 billion dari jumlah hutang 42 billion ( yg pastinya sudah bertambah selepas setahun akaun diaudit ) tapi gempaknya lain mcm besar

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 10:43 PM

@dinturtlemaaf, usd2bil atau hampir rm8bil

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 11:16 PM

Justo disiasat atas kes PERAS UGUT. Justo tidak memalsukan maklumat. Dia meninggalkan syarikat PetroSaudi n dibayar 4 juta franc. Ingat.... dia tidak disiasat dalam kes memalsukan maklumat. Apa2 kenyataan yang terkeluar dr lingkungan kes PERAS UGUT official ker ataupun boleh dikatakan hanya sembang2 sahaja??? ada ke kes dlm hal memalsukan maklumat???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 11:21 PM

@Anonymous

wawasan 2020.. tak semestinya capai tepat pada masanya. Sama macam belanjawan.. kalau tak cukup kerajaan akan buat peruntukan tambahan. samalah macam wawasan 2020.

wawasan adalah matlamat.. terpulang kepada kepimpinan hari ni nak capai wawasan tu bagaimana. Tun dah terangkan dari kaca mata dia apa wawasan 2020.

Negara berhutang bukan salah wawasan 2020. tapi salah kebagangan Kepimpinan negara menterjemah wawasan 2020 mengikut acuan CASH IS KING.

Sebab tu orang tua pesan malu bertanya sesat jalan. tapi pahlawan bugis jangankan tanya orang nasihat free pon tak nak dengar.


BANGANG

....................
Reply To This Comment ...................
July 18, 2015 at 11:24 PM

1MDB ni pun mana ada......FITNAH tu. Jibmah ni baik....baik betul. Pandai ,taat agama, cakap tak tipu duit pun tak berapa nak ada.....cukup2 makan je. Beg2 tu semua petaling street punya.
Pendek kata semua yg baik lah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 11:54 PM

755...kalau nak jadi mangkuk kat tempat lain...
Fitnah ke tak fitnah ke jawab je la ya atau tak. Klu kat mahkamah da sah2 org yg kena dakwa kalau x mau cakap/cakap berbelit kena hukum

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 12:04 AM

Najib PM yang paling bangang dalam.sejarah Malaysia. Itulah yang sedang berlaku pada negara. Macam ni punya bangang (ayat rosmah), baik tukar ke gomen. Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 12:06 AM

Kok ye pun kena brainwash, takkan gaya cakap, suara, lenggok sama dgn sang pengarah..? Cuma muka je mcm dari benua kecil sana nunn,,, tak mcm dari Sulawesi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 12:16 AM

Nmpknya isu 1mdb telah menjadi isu integriti,korup peringkat global tertinggi
Melibatkn msia,arab saudi,thailand,singapore
Integriti polis,bank negara,sprm apa tah lg setelah terang2 menyerang peribadi tun m secara melulu & tidak profesional spt menahan tun m jika beliau berbohong ttp tidak dilakukan
Lhdn pon x berani tanya kekayaan luar biasa najib & anak tirinya
Skrang main polis thai...media patut tanya soalan apa bukti forensik bhw justo ubahsuai dokumen?
Tangkapan kata peras ugut skrang ubah suai dokumen...eh..peras ugut dgn cara ubahsuai dokumen?mcm mana tu polis thai??
So far hanya press conference ckp2 sj...bila nk dakwa justo si mahkamah dgn bukti forensik?
Xkan ambik masa setahun?
Nmpknya polis thai akan berhadapan dgn dilema integriti spt mana polis & sprm di negara ini..isu integriti akan turut heret kepimpinan thailand pula selepas ini..
Thai x patot terlibat dr awal..rakyat thai akan memandang serong sgn pihak polis & politik mereka sendiri..risiko sendiri
Najib,umno pula tanpa segan silu merompak wang rakyat...pru dah x lama sgt.
Org kg pon terasa kesan gst. Atas pagar tidak atas pagar lg...mereka sudah tahu siapa utk diundi..mereka muda, perlu beli top up,isi minyak kereta,motor & belanja harian..
Mereka tahu keadaan berubah selepas isu najib.
Umno terus jd monyet sampai pru kekal najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 12:38 AM

tue baru pendek yg kata....panjang kata...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 12:46 AM

Sabak bernam, teluk intan, cenderong balai, bidor, sungkai, kg bahagia, tanjum malim saya dah ceritakan pasal pondan bugis ni utk 2 hari raya...sambutan menggalakkan...ujung2 org kampung yg datang rancak bercerita pasal palawan x bertelor ni....ingat org bandor jer yg bercerita rupa2nya banyak gak org kampung yg meluat ngan si pondan ni terutama bila citer bab TH...

Esok nak sambung lagi raya ke selatan...

Dont worry bugis pondan! Saya kempen free utk u...i lap penipu mesia!!! Aww..

Oh ya...cuma kat kg pasir ulu kelang jer yg 50/50...yg lain smua give up dgn pondan

....................
Reply To This Comment ...................
July 19, 2015 at 5:05 AM

Dan kita juga nak tahu dengan adanya laporan polis terbaru yang disertakan dengan 'bukti pengakuan video oleh Lester Melanyi' mengenai tindakan Clare Rewcastle-Brown mengubahsuai dokumen 1MDB, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawap melakukan pegubahsuaian ke atas dokumen 1MDB tersebut samada Xavier Justo seperti dakwaan pertama ataupun Claire dakwaan yang terkini... Mula-mula Justo sekarang Claire pulak... Errr.. dakwaan dokumen audit 1MDB yang telah diubahsuai untuk mohon pinjaman bank tu macamana pulak ceritanya. Tak ada pihak ka yang nak buat laporan polis minta siasat samada betul atau salah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 5:47 AM

Sembang kedai kopi..pon kira pondan..tu baru sembang belom jadi pm...dia ingat perintah negara ni macam jaga kebun..duit pon tak seberapa dalam th..dia tak tahu orang pegi haji tu kerajaan bagi subsidi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 6:52 AM

Ha ha ha... satu buah pikiran diluar kotak a.k.a luar tabii... mcm ni punya fikiran yang pm nak... ada harapan nak sertai kabinet najib... psssttt dedak dah makan ke belum?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 7:19 AM

Najib bodoh klu jawab soalan sambil tembak semula bang non srbagai contoh atau tembak prmimpin DAP spt lim guan eng n kit siang sekurang kurang boleh beri impak terbaik dlm balas jawapan ....tapi nsjib tak buat lansung....najib tak vokal mrmbiarksn rskyat tertanya Tanya. .....undur najib PM lembik dan lembab......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 7:27 AM

Dalam kes anwar, saya merasa hairan mengapa masih ramai penyokongnya mempertahankan beliau walaupun pembuktian telah dibuat......taksub tahap tertinggi.

Sama dengan kes allahyarham nik aziz. Pentaksub yang tidak dapat bezakan yang mana satu kebenaran yang mana satu kepalsuan.

Sekarang ini kes najib.....pentaksub beliau bukan sahaja peringkat kbu malahan menteri2 umno walaupun pada peringkat akar umbi berpihak2.

Perbezaan di antara senario2 di atas adalah

1. Anwar....penyokong menanti ganjaran jika menang jadi kerajaan dan dilantuk sebagai PM

2. Nik Aziz....pemesongan pemikiran pentaksub atas kefahaman agama yang sempit dan kejumudan atas persepsi keulamaan individu bernama nik aziz

3. Najib...fear of those who have received a slice of diverted public funds and greasing of voters at the last GE13 where it would put BN's victory at jeopardy. Silence is the only thing najib can afford and supporting najib is what those recipients of money can do could. Grand conspiracy within ruling power.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
July 19, 2015 at 8:02 AM

Yang saya masih x faham2 lagi pasal 1MDB ni,company ni bisnez ape sampai hutang bilion2?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 8:30 AM

Hahaha..betul tu. Kat tempat aku..jangan harap lah pengundi2 muda nak undi parti najeeb tu. Pengundi2 muda ko kenakan gst..nak kahwin pun gst.. tapi kaum kerabat ko kahwin sampai juta2 tak ingat dunia.

Masak lah ko 2018 nanti..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 8:52 AM

Ada akta bafia brooo ....mn leh dedah maklumat ...
Yg bolehh buat rafizii jee ....cuba ko tanyaa diav.....depa pakar serbaa tau..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 12:01 PM

Puluh billion boss... blm convert tukaran ringgit dollar terkini.. mau 60-70billiyun... rakyat jgk yg byr.. tunggu je lah cukai sm tol sm subsidi mn yg effect nnt. Rasionalisasi la katakan.. masih lg kata masih di landasan kukuh.. skrg minyak pun x ikut harga dunia, ikut rm skrg.. semua salah rakyat, najib and the gang terbaik dlm management...my ass!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 12:19 PM

Serah pada Allah bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 12:23 PM

Itu duit juta2 dan bilion2 ada masuk pasal itu kak mah ada tanam rock melon dekat villa perdana d putrajaya ... haiya lu orang x buleh fikirka ...

....................
Reply To This Comment ...................
July 19, 2015 at 1:07 PM

Hehe......panjang kata...sebaliknya ! Ish ish ish....cubaan.....apa pun bro mmg best ! Tegolek2 saya gelak ni.....sbb pendek kata !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 19, 2015 at 2:58 PM

Apa pon din.. yg menang jd arang.. yg kalah jd abu....yg pasti kalah rakyat malaysia jugak din..tunggu je pilihanraya akan datang..

Amat jelebu

....................
Reply To This Comment ...................
July 19, 2015 at 3:05 PM

@AnonymousSaya tak setuju. Kalau dibiarkan Najib, pasti kalah.Kalau ditukar PM, mungkin masih ada peluang lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
July 19, 2015 at 5:41 PM

Abg din bila nak up video ucapan hari raya Najib dan Kak ros rindu la...

....................
Reply To This Comment ...................
July 19, 2015 at 7:20 PM

Sarawak Report sudah kena blocked ke

....................
Reply To This Comment ...................
July 19, 2015 at 8:12 PM

Hanya tiga institusi yg ada jawapan berkenaan betul atau tidak duit billion2 masuk akaun Najib.
1)Penguasa Matawang Singapura (MAS)
2)Bank Negara
3)AmBank
Yang peliknya skrg apalah susah sangat pihak task force yg menjalankan siasatan utk confirm yg duit tu masuk akaun Najib ke tidak dan jika perkara sebegini mudah pun masih tidak terjawab maka integriti dan kredibiliti task force ini akan menjadi bahan "lawak" bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malah masyarakat dunia terutama Singapura.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 1:54 AM

Sya msh blh access. Klu x blh masih blh access di lain tempat...

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2015 at 5:58 PM

Bro din,aku rasa mereka takkan jawap punya,walau apa pun tahniah lah rakyat malaysia terutama yang pro dsn kerana mempunyai seoran PM yang bertaraf JUTAWAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 11:42 PM

Hang bohonglah rakyat mcm rakyat ni bodoh. Tapi hang tunggu PRU nanti. Lepas tu nanti rakyat yg hang perbodohkan tu akan heret kau ke mahkamah. Apabila kau didapati bersalah rakyat akan ludah muka kau.

Post a Comment