........... Nazri Aziz Sahkan Transaksi RM2 Juta Akaun Rosmah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nazri Aziz Sahkan Transaksi RM2 Juta Akaun Rosmah ?

Monday, July 13, 201527comments

Adakah berita ini SAH ? Apakah kenyataan sebenar Nazri sebelum diterjemah ?

Dalam respons kepada Sin Chew Daily di Kuala Kangsar semalam, Nazri berkata ia tidak sepatutnya memeranjatkan jika Rosmah, sebagai isteri perdana menteri, mempunyai RM2 juta dalam akaun bank beliau.

Sebaliknya, kata menteri itu, ia hanya memeranjatkan jika akaun itu hanya ada RM5,000.



Mkini
Bergantung kepada cara penilaian anda, kenyataan Nazri itu boleh diterjemah sebagai merestui/menyokong transaksi2 deposit berjumlah RM2 juta sebagaimana yang didedah oleh SR sebelum ini jika beliau merujuk kepada kes itu ....

atau Nazri sekadar komen umum yakni adalah satu perkara biasa jika Rosmah punya amaun RM2 juta dalam akaun ?


"Inilah ketelusan yang rakyat mahu," katanya sambil menambah beliau berharap rakyat tidak keliru apabila ada ketelusan dan fikir ia rasuah.




Jadi memang sahlah transaksi di atas ?

Yang RM2 juta itu adalah jumlah amaun transaksi2 itu ... BUKANnya jumlah baki dalam akaun Rosmah ! Dan transaksi2 itu berlaku dalam tempoh tidak sampai 2 bulan.

Kita tidak tahu berapa banyak lagi transaksi2 deposit tunai atau cek dengan jumlah yang begitu besar ke dalam akaun Rosmah dan kita juga tidak tahu berapakah baki dalam akaun Rosmah.

Macamana kita nak terima semua itu SAH di sisi undang2 kalau kita tidak diberikan penjelasan yang tepat berkaitan transaksi dan akaun itu ?

Siapa yang bagi duit itu ? Sebagai balasan untuk apa ? 

Ketelusan ? Dari segi apa ia disebut sebagai telus ?

Kan Najib ada berpesan semalam supaya kita buat penilaian sebelum terima sebarang berita secara buta tuli, jadi sekiranya anda menilai berita kenyataan Nazri di atas, apakah anda mahu terima dan percaya apa yang dilaporkan itu begitu saja ?

Kalau seorang Menteri senior yang punya latarbelakang undang2 boleh menganggap pendedahan itu sebagai TIDAK APA dan TELUS, dan tidak memerlukan sebarang penjelasan atau siasatan lanjut ....... saya tak tahulah apa nak jadi dengan kerajaan dan masadepan negara dan bangsa kita.

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2015 at 5:15 PM

Seperti nya skrg org2 UMNO secara terbuka dan selamba mengakui mereka memang simpanan dan harta mereka melebihi dr gaji dan pendapatan nya. Tidak lg segan silu. Melayu Baru bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 5:24 PM

Akaun bini RM2 juta tidak memeranjat, akaun suami RM2 billion pun tidak memeranjatkan... Gitu kot?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 5:26 PM

Lepas sorang, sorang lg menteri 'bodoh' terpecah lobang. Akhirnya menyusahkan najib jugak. Tak taulah, nk kesian kpd najib ke nk asak najib cepat2 turun takhta... Kes lawyatpun dh makin mengerikan. Ya Allah, lindungilah negara malaysia kami dari bencana dan kekacauan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 5:38 PM

Semakin hari semakin betyl apa yg dirisau Tun M. Pemimpin umno yg haloba dan bangang akan runtuhkan kuasa umno dan kuasa melayu sekali gus.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2015 at 5:55 PM

Talkin untk Umno Bro...

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2015 at 6:02 PM

Maksud Nazri mungkin kalau sudah jadi menteri umno atau isteri perdana menteri atau isteri timbalan perdana menteri, jutaan itu hanya jumlah yang biasa-biasa.

Lebih-lebih lagi kalau asal usulnya bukan dari keluarga penoteh atau nelayan.
Kalau seketerunannya, atok nenek abang sepupu memang berjawatan dalam umno, mana mungkin simpanan setakat ribu ribu.

Apatah lagi kalau sudah bijak menabung sejak kecil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 6:22 PM

Cuba check akaun dia dgn ahli keluarga dia pulak..

Mungkin dia terasa jugak tu sebab tu dia cakap mcm tu.

Rosma kata surirumah mcm dia takde income terkesan sangat dgn GST. ni blh dpt 2juta dlm 2bulan. Income sejuta sebulan dari mana? Patutlah cuci rambut rm1200 per session...

Kalau dapat cara haram...memang bawak masuk kubur la jawabnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 6:41 PM

orang tak tau malu memang begitu...buat muka seposen aje...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 7:08 PM

Rakyat Malaysia sekelian, sebenarnya wang berkenaan adalah hadiah kemenangan Kak Mah sebagai pemain badminton.dalam kejohanan yang disertainya. Kan kelian tak tahu Kak Mah adalah seorang pemain badminton yang tersohor juga. Kebetulan pada waktu transaksi tersebut berlaku, pemain badminton utama negara, Datok LCY telah digantung permainan dan bebanan tersebut telah dipikul oleh Kak Mah. Itulah kau orang, kurang membaca, kurang pengetahuan. Lainlah kalau gua. Betul tak? Lu orang ada caya sama gua ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 7:23 PM

salam,
bila bro tanya mana mari duit tu? saya ingat bro dah lupa ingatan. saya fikir, bro dapat info yang jelas dan bukan dikutip di tepi jalan, duit tu rasanya dari jualan rock melon la. dulu bro juga yang tulis kata kebun rock melon sri perdana menghasilkan hasil yang banyak. kebun rock melon bro dah siap ke belum?

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2015 at 8:16 PM

Yg masuk RM2juta, baki sebenar kita tak tahu lagi. Itu baru satu akaun belum lagi akaun2 yg lain. Nazri ni cakap guna otak ke tidak? Main ikut sedap mulut je.Semakin hari semakin jelek tgk menteri2 UMNO ni.... Semua kaki bodek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 8:24 PM

Sukar nak sembunyikan kebenaran.. akhirnya terkeluar juga.. lebih2 apabila sudah menjadi kebiasaan/amalan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 8:40 PM

Kak Ros pun terlupa yang dia pernah tanam rock melon ... Ah Jib Gong pun terlupa yang Kak Ros pernah tanam rock melon ... sebab itulah mereka x boleh jawab dari mana duit itu masuk ...

I LOVE PM ...

marilah makan rock melon ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 8:56 PM

Mungkin RM2j itu duit main kutu...
Mungkin Rossy kepala kelab elit main kutu..
Mungkin Nazri pun salah seorang ahli main kutu..
Segalanya mungkin kutu punya pasal..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 9:22 PM

-luv tun m.

yang kita mahu tahu sekarang sebagai balasan apa rosmah ada kemasukan wang ke akaunnya?.
-tidak tahulah jika rosmah itu seorang peniaga mahupun arkitek(sinis) .
-atau mungkin rosmah mewarisi kekayaan keluarganya(sinis).
-saudara keluangman sinis terhadap rosmah, seperti itu jugalah sinis hamba pada rosmah. najib dengan rosmah sama sahaja membebankan rakyat tanpa memikirkan susah setitis peluh untuk menangkap rezeki.
-moga najib dengan rosmah tersungkur, tetapi bukan heretkan rakyat sekali.
-parti tidak bersalah, yang bersalah adalah ketua pemimpin membuat dasar sebegitu tidak mengena terhadap rakyat.
-moga juga najib sedar bertapa pentingnya I.S.A selepas kejadian di law yott dan di media sosial yang terang-terangan bermain api dengan melayu serta menghina anggota keselamatan.

-hamba sedih, hamba kecewa, hamba terkilan, hamba setia umno tidak sedikit pun setia dengan dasar najib ! .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 9:27 PM

-luv tun m.

-menteri-menteri di dalam umno tidak seperti zaman tun mahathir . walau orang mengata tun m, ultra melayu tetapi kita boleh lihat jelas bertapa hormatnya agama islam dan melayu pada zaman tun m.
- berkenaan dengan rosmah pula, hamba curiga. adakah rosmah seorang ahli perniagaan korporat atau arkitek mendapat projek puluhan ratus ribu juta mungkin?.
- kepada nazri, dirimu itu benar-benar membuat orang bukan melayu ketawa melihat bertapa bodohnya setiap kata yang dirimu nyatakan. termasuk menteri-menteri yang sekian degar, habuk pun tiada .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 9:42 PM

Mengikut kefahaman saya, apa yang menteri berkenaan maksudkan secara tidak langsung ialah "ia tidak sepatutnya memeranjatkan jika orang politik dan ahli keluarga mereka makan rasuah. Ia hanya memeranjatkan jika mereka tidak makan rasuah"?

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2015 at 10:03 PM

Din semua "sumbangan" tu datang nya dari para saudagar minyak, saudagar batu permata dan juga pedagang unta Timur Tengah serta Malaysia kerana Rosmah telah banyak "berjasa" kepada mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 10:05 PM

marilah kitew berdoa kpd Allah tuk mengundurkan najib..semuga doa2 kitew semua dimakbulkan Allah di bulan yg mulia ini..aminnnn...letih dah ngan peel kuarga piem nih...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2015 at 12:07 AM

Aku rasa macam kata anon diatas tadi.....akaun anak beranak Nazri tak payahlah disiasat,sebab dia sendiri dah pernah mengaku semasa orang hebohkan pasal anak dia buat rumah dengan harga 6 juta.......dia kata dia memang kaya dan banyak duit.

....................
Reply To This Comment ...................
July 14, 2015 at 1:48 AM

Bro tu duit anak lelaki dan menantu punya kan menantu kaya tiap2 minggu hantar duit dari Kazastan dan anak tiri najib dari USA pun hantar duit semua dorang sayang mak so apa yg Nazri bilang tu betul tak memeranjatkan dan kalau lah Rosmah cuma ada 5000 jer dlm bank baru lah Nazri terperanjat kerana mungkin simpanan isteri dan anak2 Nazri tu melebihi dari simpanan Rosmah haa itu yg dia maksudkan so takde lah dakwaan....jgn percaya media sosial..itulah kata2 hikmat dari Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2015 at 7:17 AM

Untung jual&beli emas kut?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2015 at 8:31 AM

Menteri itu asyik kepada "talk cock speak shit"

....................
Reply To This Comment ...................
July 14, 2015 at 8:48 AM

Pada hemat saya banyak bukti sudah ada pada tangan AG. Cuma pendakwaan saja yg tidak dijalankan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2015 at 10:30 AM

kalau dah kena penyakit cintakan dunia, ini la ghopenye. sungguh la dekat nak kiamat dah yopp...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2015 at 3:40 PM

dia buat part time online di rumah le tu...agaknye lah..kikiki

....................
Reply To This Comment ...................
July 14, 2015 at 6:26 PM

Nazri tu sebenarnya ada satu benda yg sedia terbuku dalam dirinya untuk diluah dan ditunjukan kepada pengetahuan umum. Jadi, dia hanya mencari satu feeder statement dengan harapan statement beliau ini disengsasikan dan mendapat tumpuan, kebetulan pula isu akaun Rosmah ini sesuai dan boleh menjana apa yang dikehendakinya dan menunggu masa untuk menerima killer question dari wartawan dan dia akan terus balun dengan "SO WHAT?"
Barulah puas hati dia agaknya.

Kan dunia ni ana yang punya!



Post a Comment