........... Najib Minta Kita Nilaikan Berita Sebelum Percaya ...... Anda Nilaikan Gossip ini ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Minta Kita Nilaikan Berita Sebelum Percaya ...... Anda Nilaikan Gossip ini !

Sunday, July 12, 201515comments

Ahad selalunya trafik internet slow apalagi kalau waktu malam. Jadi rasanya sesuailah kalau kita bergossip sikit... hehehe... tapi sebelum tu, suka saya sampaikan peringatan dari Najib sepertimana majlis di Pekan tadi -

Najib kata kita jangan cepat percaya dan terpengaruh dengan berita di media sosial. Najib minta kita buat penilaian sendiri apakah berita yang disampaikan melalui media sosial itu benar atau palsu.

Betul tu, saya setuju sangat2. Kalau menurut penilaian kita ada kebenarannya, maka benarlah dan bolehlah kita terima/percaya.

Oya, sebelum ini tersebar berita di media sosial yang ramai percaya ada kebenarannya tapi bila di sanggah secara tegas dan tepat oleh pihak yang dituduh, maka kita terimalah penafian itu. 

Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pegawainya telah membocorkan maklumat sulit kepada pihak media sambil menegaskan BNM tidak menyebelahi mana-mana pihak dan juga tidak akan memperdaya amanah rakyat.

"Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali," BNM berkata mereka telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
- astroawani.


Menurut penilaian logik, jika BNM berani buat repot Polis terhadap dakwaan itu, sedikit sebanyak ia mencerminkan kredibiliti BNM dalam isu berkaitan. Biarlah pihak berkuasa pula yang siasat. sekurang2nya di pihak BNM, mereka berani mempertahankan integriti yang dimiliki. 

Bagaimana pula penilaian anda dengan berita ini -

KLiK

BUKAN saya tanya apakah anda percaya atau tidak kepada Task Force tapi adakah anda percaya kepada lafaz sumpah jawatan ?

Hahahaha ...... semua wakil rakyat akan angkat sumpah jawatan tapi berapa ramai yang hidup mengikut pendapatan resmi dan/atau melalui pendapatan lain yang diketahui umum sebelum mereka dipilih ?

Begitu juga penjawat2 awam ( dan swasta ) yang bersumpah jawatan ? Bukan semua tapi point saya, bukan soal angkat sumpah atau tidak saja yang menentukan kepercayaan kita.

Dalam soal Task Force, saya rezab kepercayaan saya sehingga saya teliti hasil siasatan. Jangan ada yang pelik. Cuma satu, kepercayaan saya itu akan naik berlipat kali ganda jika orang yang disiasat itu digantung jawatan atau bercuti sehingga siasatan selesai. Normal la tu kan ....

Ni satu lagi ..... apakah penilaian anda kepada kenyataan ahli MT Umno ni -

TMI
Dia kata serangan media luar seperti WSJ terhadap Najib merupakan satu usaha terancang untuk melumpuhkan kepimpinan Melayu di Malaysia.

Sekarang ramai pro Najib yang menggunakan sudut hujah itu untuk pertahankan Najib. Well ..... boleh diterima walaupun saya agak skeptik sikit.

Sebabnya ...... saya nak tanya - SERANGAN APA ? 

Adakah SERANGAN itu merupakan satu serangan berbentuk Retoriks yang sememangnya payah untuk dibuktikan atau serangan terhadap dasar2 kerajaan yang mempertahankan hak Melayu ?

WSJ hanya dakwa Najib terima deposit USD2.6 juta dalam akaun peribadinya. Itu saja. Payah sangatkah nak tangkis ?

Kalau Wall Street Journal dan Sarawak Report tuduh sejumlah wang 1mdb yang berjumlah USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, DS Najib tanpa berlengah harus pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis terhadap pihak yang kononnya memfitnah beliau. Fitnah ini pula disebarkan ke seluruh dunia yang amat memalukan beliau serta imej negara. Malangnya, DS Najib enggan lapor polis serta tidak ambil tindakan saman malu secara secepat yang mungkin.....  Kenapa??

Surat dari pihak peguam DS Najib yang dihantar ke Wall Street Journal pula hanyalah seutus surat 'bodoh' yang cukup melucukan. Bukan surat saman tetapi surat untuk meminta penjelasan dari Wall  Street Journal saja. Saya tak tahu samada peguam 'benak' atau DS Najib pun tak faham bahasa.

Rakyat Malaysia mahu Pahlawan Bugis kesayangan mereka bangkit mempertahankan maruah dirinya sendiri dan maruah negara yang tercabar melalui satu notis saman bernilai billion2 USD !!
Secara jujur dan ikhlas, saya sebagai rakyat marhein ingin menasihati DS Najib agar sekurang-kurangnya bercuti untuk izinkan satu siasatan yang komprehensif oleh pihak 'task force' dapat dijalankan secara telus, adil lagi saksama.
.
Itu saya copy dari blog Datuk Khairuddin - InsyaAllah ....Najib Akan Tumbang !

Direct to the point ! 

Kebenarannya tetap ada..... serangan WSJ amat mudah ditangkis jika Najib tampil dan jawab dengan mudah - Saya TIDAK ADA menerima sebarang deposit seperti yang didakwa dalam akaun peribadi saya !

Senang, kan ? Kemudian buat repot Polis dan hantar Notis saman kepada WSJ supaya tarik balik atau berdepan dengan saman USD2.6 billion.

Tak perlu nak libatkan Umno atau kerajaan pun. Najib sendiri boleh lawan serangan itu kerana sememangnya serangan itu bersifat peribadi. 

Jadi penilaian kita terhadap kenyataan ahli MT tadi harus mengambilkira bentuk serangan itu dan cara kita jawab yang seharusnya berpaksikan kepada Berani Kerana Benar.

Seperti kata Tan Sri Sanusi tidak berapa lama dulu...... yang telah saya ubahsuai! -

Kalau duit itu tidak masuk akaun najib, alhamdulillah lah. Tapi bagaimana kalau duit itu benar-benar masuk akaun Najib ? Kita menyesal nanti bila kita kalah. Waktu itu dah terlambat .....

( well, actually he said -  Kalau pemikiran Tun Mahathir itu salah, alhamdulillah lah. Tapi bagaimana kalau pemikiran Tun Mahathir itu betul ? Kita menyesal nanti bila kita kalah. Waktu itu dah terlambat ....    KLiK  )


OK..... Gossipnya .......

Ingat cerita Pengerusi Koperasi Kampung baru ni - KLiK ? Dengar cerita minggu lepas dia panggil mesyuarat tidak resmi ahli lembaga pengarah koperasi di rumahnya. Sebelum itu, orang dah bising lagi bila penyata banknya dibocorkan oleh cucunya. Ceritanya, posmen yang hantar penyata tu ke rumah Pengerusi disambut oleh cucunya. 

Budak kecil .... manalah dia tahu apa2. Dia buka dan habis dijajanya satu kampung yang atuknya ada banyak duit dalam bank ! Ditunjuknya penyata bank beberapa deposit juta2 masuk akaun atuknya.

Jadi dalam mesyuarat tidak resmi itu, Pengerusi BUAT PENGAKUAN bahawa apa yang disebarkan oleh cucunya itu BENAR !! Memang betul itu akaunnya dan memang betul deposit2 itu masuk akaunnya.

Cuma dia bagi alasan ..... tujuan dana itu bukan untuk kepentingan dirinya sendiri tapi demi ahli2 lembaga pengarah dan juga koperasi itu juga.

Jadi Pengerusi minta ahli2 lembaga pengarah koperasi supaya turut sama mempertahankan transaksi itu. 

Hmmmm ..... anda nilaikanlah gossip itu. Jangan terus percaya. Ambilkira faktor2 lain juga ...

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 11:43 PM

Kerat tujuh Kali pun saya tak percaya dengan spender force ni!!!!karut!!!!letaklah ulama serban besar gunung tahan sekalipun....ia hanya memperbodohkan rakyat Malaysia sahaja!!!(harap sb tak gegar Rumah aku sebab komen mcm ni)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 11:53 PM

Memang anda bijak bro. Bijak mengelicik sehinggakan penjaga gol pun naik terpukau memikirkan arah kemana bola akan ditendang. Kipidap!!!

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2015 at 11:54 PM

Saya tunggu apa tindakan Najib selepas tempoh masa 14 hari yang di berikan oleh peguam Najib pada WSJ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 12:00 AM

Ape2 pun Allah je yg tau kebenaran. Ramadan bulan beribadat. Politik put aside for a month.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2015 at 12:03 AM

Komen berkaitan insiden di LowYat tidak akan dilayan. Ramai dah yang tulis mengenainya, bagus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 12:16 AM

salam,
ramadhan tahun ni kita banyak bergossip la pulak. tak boleh nak tinggal kerana cepat jer orang bawa masuk dalam peti sejuk dan tenggelamkan. dalam dok ingat untuk tambah pahala dalam beribadat, harap apa yang kita gossip ni juga satu perkara yang memberi manfaat kepada bangsa dan agama kita. perkara ni mana berhenti bila masuk ramadhan, ianya berterusan. so, kita pun fikir juga, tambahan pulak ostb siar dari indonesia, maka kita rakyat bukan tolol. kerja pm, kerja menteri dan semua kerja sama menteri itu bekerja untuk rakyat. kembalikan ekonomi seperti dahulu. bukannya memikirkan apa yang menteri dapat, tetapi apa yang rakyat akan dapat, itu baru bekerja untuk rakyat, memberi itu bukan bekerja untuk rakyat, tapi membuat rakyat asyik nak minta lagi. mana cukup, 1,5juta kongsi hampir 6000 orang. tempat lain tak dapat lagi. mereka pun nak juga. kenapa tempat pm, dapat banyak, tempat mp biasa ciput jer? kerja pm bukan untuk orang pekan sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 12:28 AM

Ehhh betulla apa yg najib ckp tu, Dan Mmg kita ikut nasihat dia utk soal selidik sampai sahih, selagi x sahih kena la jwb sampai semua rakyat puas hati,,,kannn????..,

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2015 at 1:02 AM

Samada isu yang kita bawa ini bersifat Politik, itu bergantung kepada penilaian masing2. Jika politik, ya, tinggalkanlah sementara. Tapi jika anda nilaikan sebagai satu perjuangan demi Kebenaran yang melangkaui Politik, sewajarnya tidak ada batasan masa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 1:36 AM

@dinturtle

saya setuju. bergantung pada niat... kalau niat kita betul isyaAllah ini satu jihad

semoga Allah buka jalan

sekiranya Pahlawan bugis benar.. maka Alhamdulillah.

Selagi ia masih dalam samar samar.. wajib untuk kita persoalkan sehingga yang bernar itu keluar.

terus persoalkan DIN demi kebaikan bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 7:50 AM

Sama macam nuar berahim, asanya ianya adalah masalah peribadi, kemudian mengheret penyokong, heret rakyat, dan akhirnta heret agama, bangsa dan negara. mangkuk bijan.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2015 at 9:34 AM

Sdr Din,
Saya memang risau tentang wang 1MDB yang diambil dari institusi kewangan Malaysia dan yang berkemungkinan tidak dapat dibawa balik ke Malaysia. Harap dapat Sdr beri analisis terhadap isu ini terhadap negara dan orang awam (termasuk pesara seperti saya) dan juga kemungkinan negara Malaysia menjadi seperti Greece.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 9:37 AM

A KADIR JASIN7:21 AM
1. Pembahas Doncin Cai, antara lain, menulis: "harap sangat MP titiwangsa boleh press MKT.."

2. Dalam pertemuan dengan Mohd Najib aka Presiden Umno baru-baru ini, MP Titiwangsa bangun bercakap. Nadanya tak cocok dengan Mohd Najib dan para pengampu dalam MT, bermasuk seorang betina. MP Titiwangsa kena belasah depan Mohd Najib.

3. Bila habis majlis, telefon pintar MP Titiwangsa dibanjiri SMS/Whatsapp kata "kami sokong anda" termasuk daripada yang kutuk beliau depan Mohd Najib.

4. Demikianlah betapa hipokritnya (munafiknya) para pembesar Umno.

Wallahuaklam.

terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2015 at 9:44 AM

@Anonymouse-eh.... mcm meeting koperasi jer :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2015 at 12:17 PM

Setuju kalau Najib bercuti. Dulu ada kes bocor soalan SPM, pegawai yg mengetuai jabatan tersebut digantung tugas sampai kena trasnfer pi tempat lain.

Patut Najib pun kena la buat mcm tu pastu kita transfer Najib pi balik dok kampung dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 16, 2015 at 11:36 AM

Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia Yang Sangat Mengejutkan!





Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.


~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.Kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.

- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.

~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?

~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...


KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI




~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.

~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.


KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ




~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nedim dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita

~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.

~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.

~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.


KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK

~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.

~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.

~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK




~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.

~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.

~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.

~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunya

Post a Comment