........... Najib - Ikut Ajaran Islam, Kita Perlu Cari Kebenaran | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib - Ikut Ajaran Islam, Kita Perlu Cari Kebenaran

Friday, July 3, 201540comments

Kena abadikan ayat2 nasihat terbaru dari Najib yang banyak disiarkan oleh askar2 beliau semalam !  

- "Ikut ajaran Islam, kita perlu mencari kebenaran,"

- Tambah Najib, sesuatu berita yang dilaporkan para wartawan mendorong kepada pembentukan persepsi masyarakat. Namun sekiranya persepsi tersebut berasaskan kepada ketidakbenaran sesuatu maklumat, amat sukar untuk ubah persepsi tersebut.


Saya harap cybertrooper Najib yang mendengar pesanan beliau itu faham dan amalkan apa yang bos anda ceritakan itu. Jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan .... kosong je kat tengah2 tu.

Najib kata sebagai orang Islam kita kena CARI kebenaran. Jangan terima buta jer apa yang disampaikan oleh sesiapa pun walaupun apa yang disampaikan itu banyak menimbulkan keraguan.


Kalau ragu2, kita kena tanya ! Kalau kita ditanya soalan yang tidak mampu kita jawab, maka kita kena cari jawapannya ... BUKAN menghentam sipenyoal hanya kerana dia bertanya.

Si Penyoal itu sedang mencari Kebenaran. Kalau kita sendiri tidak mampu jawap, maka bantulah orang yang bertanya itu dalam mencari Kebenaran. Sama-sama kita cari Kebenaran itu.


"Contohnya, kalau kata berbilion ringgit hilang, mana buktinya?" ujar Najib sambil tersenyum ..


Jika jawapan2 yang diberikan itu kelihatan longgar dan tidak menyakinkan, apakah sebagai seorang Islam kita harus mendiamkan diri ? Bagi yang tidak berapa cerdik mungkin mereka tidak dapat merasakan sebarang keraguan kepada jawapan2 longgar yang diberikan tapi jangan pula dipaksa orang lain yang lebih cerdik supaya berada sama2 di level mereka dan menerima buta seperti mereka !

Bagi menjawab ayat Najib di atas itu, saya rasa kena bagi satu analogi supaya mudah faham.

Bayangkan sebuah Koperasi di mana kita semua menjadi ahlinya. Sesekali kita dengar Pengerusi dan Koperasi merasmikan majlis dan memberi bantuan ..... baguslah ! Kita puji Pengerusi. Bagus, teruskan usaha anda !

Satu hari kita dengar pelbagai cerita mengenai aktiviti Koperasi yang agak tidak menyenangkan. Kita tanya Pengerusi ..... dan dia jawab itu khabar angin jer.

Cerita2 khabar angin itu terus tersebar dan ceritanya semakin besar dan disertai dengan beberapa bukti yang agak kuat, contohnya Koperasi membeli perabut dengan harga yang jauh lebih mahal dari pasaran,...... kita mula rasa tak sedap hati sekali lagi dan kita bertemu Pengerusi untuk bertanya, kali ini dengan contoh2 yang kita dengar itu.

Pengerusi sekali lagi kata itu semua khabar angin. Kita terima lagi ..... sebab Koperasi kelihatannya teguh. Itu bukti yang kita pegang.

Kemudian kita lihat Koperasi mula berdepan masalah yang berkait rapat dengan khabar2 angin sebelum itu. Koperasi dah tak cukup duit nak bayar hutang, terpaksa meminjam.

Bukti yang kita pegang selama ini iaitu kekukuhan prestasi Koperasi, dah goyang. Maka sekali lagi kita bertanya kepada Pengerusi. Kali ini Pengerusi jawab soalan2 kita .... malangnya jawapan2 yang diberikan itu tidak menyakinkan sesetengah kita malahan menimbulkan lebih banyak keraguan pula.

Kita bertanya lagi ... bersandarkan apa yang dijawab oleh Pengerusi tadi untuk mendapatkan kepastian. Masih dijawab belit2 oleh Pengerusi. Sebagai seorang Islam yang disaran mencari Kebenaran, apakah wajar kita berdiam diri ?

Ya, bagi setengah yang lain,  tidak tercapai akal mereka untuk melihat sebarang masalah atau keraguan kepada jawapan yang diberikan Pengerusi. Bagi mereka ini semuanya OK. Dan kebetulan ramai di antara mereka makan gaji dengan Pengerusi ......

Sebagai orang Islam, wajarkah mereka ini marahkan rakan2 mereka yang bertanya ?

Semakin hari semakin kronik masalah yang dihadapi oleh Koperasi. Ini jelas terpampang di depan mata kita.  Salahkah kita terus bertanya demi mencari Kebenaran ?


KLiK
Yang ini pula dari TMI di mana Najib berpesan tentang fitnah serta syurga dan neraka -


"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga.


"Pakai lambang besar pun tak jamin masuk syurga, ini peringatan untuk kita semua,"


Peeeergh .... kuat menasihat PM kita kali ni ! Terbaik lah .....


Adakah Perpaduan mampu menyelesaikan masalah pecah amanah, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya ?

Kita bertanya soalan kepada Najib, DEMI PERPADUAN Najib seharusnya tampil dan menjawab. Jangan melibatkan orang lain dan minta tolong orang lain pertahankan dirinya kerana tindakan itu bakal menghancurkan perpaduan ! Itu namanya ADU DOMBAkan masyarakat, melagakan pihak2 yang tidak ada kaitan dengan isu yang kita timbulkan.

Jika Najib seorang yang bertanggungjawab, beliau kena tampil dan berdepan dengan isu2 yang hanya beliau saja yang boleh berikan jawapan. 

Jangan jadi pengecut !

PS - Oya, anda dah baca artikel terbaru Sarawak Report ? Kali ini SR dakwa ada bukti duit ratus2 juta masuk akaun Najib ! - KLiK.

Apakata kali ini kita bersatu minta pihak berkuasa siasat bukti yang mereka ada ..... demi Kebenaran. Besar fitnah kali ini kalau ternyata semuanya palsu !

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 7:28 AM

najib ni terlalu banyak teori tapi praktik kosong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 7:48 AM

Dari pemerhatian aku kaulah sebenarnya pengadu domba.sejak awal tahun sehingga sekarang kau asyik dok pusing sana pusing sini.

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 8:10 AM

GST+harga Petrol naik+isu tabung haji+isu properties kat Aussie+statement bank singapore x de duit+dari duit ke unit+1MDB di cabar saman Sarawak Report = bukan bukti.... :D.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 8:51 AM

dah betullah apa yg hj najib tu cakap. kejar kebenaran, ikut cara Islam. sangat sesuai digunapakai oleh kedua2 belah pihak. maksudnya yang tak puas hati dengan hj najib dan yang menyokong hj najib. maksudnya dalam mencari kebenaran, kena kesabaran, dalam membuat tuduhan kena kemukakan bukti. jika ada bukti, kemukakan bukti kepada haj najib sendiri untuk dia membela diri. tak boleh letakkan terus sebagai kesalahan kepada hj najib sehinggalah bukti2 yang dikumpul itu selesai 'dibuktikan'.
bagi pihak hj najib sendiri, jawablah dengan telus. jawab apa yang disoal. jangan guna skil konar baring sebab skil ini akan memakan diri. lagi konar baring, lagi sakit hati orang yang menyoal, malah lebih menyampah jika pm hanya tahu konar baring berbanding berterus terang, menjelaskan fakta dan bukti dan BERANI berdepan. hj najib jangan terlalu bergantung dengan macai2 kaki ampu untuk menyiapkan jawapan, rasa curigalah sedikit kepada pegawai2 yang nampak macam bagus tetapi sebenarnya api dalam sekam. banyak sumber yang boleh dirujuk oleh hj najib untuk menyelidik adakah para pegawai yang nampak macam sayang sangat kepada anda itu memang sebenarnya sayang, atau kaki ampu baik di depan tapi buat taik di belakang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 8:51 AM

Najib ni nampak luaran macam baik. Siapa sangka corrupt giler rupanya. Jangan sangka air tenang takde buaya. Bilalah PakCik ni nak belah. Liat betul. Kalau AG buat kerja dia betul2, dah lama Najib ni jadi cell mate dengan Anwar..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 8:52 AM

@Anonymous

"kosong"? sila baca Sarawak Report saper yang di linkkan oleh admin. pada aku dah tahap hyper active.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 8:57 AM

pak din penyu kalau sarawak report ada bukti najib songlap 200 juta tak payah ramai ramai minta pihak berkuasa siasat hang sorang pun boleh. hang p jumpa tun m kan tun m tu kawan aunty claire. kalau kebenaran ia tidak memerlukan ramai orang, selepas tu bawak p jumpa polis ke,sprm ke, nama hang mesti naik dan meletop punye. ini tak. sekian lama cakap belakang belakang je. kutip cerita dari sr, mk, mi, edge ape ni. bukti din bukti, nanti di lakhnati allah swt. tambah bulan ramadhan. jangan cari makan je din cari bukti, pergi temuramah sarawak reports minta bukti, kata nak menyelamatkan negara lillahitaala. mesti ramai yang sokong hang. lepas 1mdb, tak lekat, isu duit masuk akaun najib lak. tak baik din kira rujuk atikel orang je, cari sendiri. kemon din hang antara blogger berwibawa, kalau takut dilanda ombak jgn buat rumah tepi laut peasan orang tua2. tun m mesti sokong nye, teruskan din kami dibelakang kamu. wan azizah nak kena saman dah oleh felda, tapi dia berani macam tulah berjuang demi keadilan,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 9:47 AM

Din..2 peg MARA yg disuspek terlibat dah direhatkan..bila mas pulak org yg terlibat dan mempunyai percanggahan kep3ntingan dlm kes 1MDB ni tidak direhatkan sama..double std betul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 9:49 AM

kononnya Malaysia inverstigators dah dah trace beratus2 juta masuk akaun seorang individu yang amat dikenali di Malaysia selepas wang itu dipusing2 ke sini sana..

jika berita ini adalah fitnah, suspek tu kena bertindak cepat dengan saman. KAN NAK BUKTIKAN DIA HENDAKKAN KEBENARAN.

tapi dia berani ke?

kalau tetap dengan elegant silence, confirm bungkus lah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
July 3, 2015 at 9:59 AM

As salam Saudara Din,

Mohon off-topic sikit.... Bolehkah Sdr. Din buat ulasan sikit berkenaan laporan SR yang terbaru ni:

http://www.sarawakreport.org/2015/07/sensational-findings-prime-minister-najib-razaks-personal-accounts-linked-to-1mdb-money-trail-malaysia-exclusive/

Yang mana pada hemat saya sekiranya benar, memang bakal meranapkan BN/UMNO dalam PRU yang mendatang dan secara khususnya bangsa Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 10:04 AM

Bang dalam Islam klau nk menuduh kena bagi bukti!...kena siasat betul2!!...Dah bagi bukti ke belum?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 10:11 AM

TAK MASUK SYURGA pemimpin2 yang menganiaya rakyat apatah lagi makan harta rakyat..
terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 10:50 AM

Dengan cara dia menangani masaalah yang dia sendiri buat, dia memang pintar buat kerja kerja Cover Up ni. A cover up expert.

Apa pun kalau sampai lupa diri ni dan bersumpah tapi sepandai pandai tupai melompat, jatuh tu akhirnya....

Nasib baik tak ada orang yang syor untuk dia sumpah laknat pasal I MDB ni. Kaki macam ni sumpah sumpah ni nothing.

Najib ni ingatnya lama dah ni buat kerja kerja tak betul. Pasal dia ada satu skill yg jarang orang lain ada - he is a cover up expert

Terima kasin Tun Mahathir.




....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 11:20 AM

Bila mendengar ucapan Najib ni, terkenang aku akan banyak takzirah yang Anwar buat didalam masjid masjid diseluruh negara dan aku sangkakan Anwar hebat dalam penyamaran dan putar belitnya tapi rupa rupanya Najib pun sama hebatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 11:33 AM

Demi kebenaran najib, tolong siasat betul duit dah masuk kantong najib nie...guna ugama nak tunjuk warak konon.....belasah duit rakyat tak apa, tak berdosa sbb dia yg buat...kalo org lain berosa besar lah...ak masyk syurh=ga..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 12:05 PM

"Contohnya, kalau kata berbilion ringgit hilang, mana buktinya?" ujar Najib sambil tersenyum"

Berita terbaru

Contohnya, kalau kata berbilion ringgit hilang, mana buktinya?" ujar Najib sambil tersenyum ..

Ohh baru faham itu pasal Najib selalu tukar bank ke bank lain, nak hilangkan trace, tapi ini zaman IT, macam mana nak tutup bangkai gajah?

Mungkin ini yg Tun ada solid proof kot?

Kalau Najib Resign dari awal, tak lah terjadi kecoh, skandal, bala dan malapetaka menimpa nimpa terhadap Malaysia.

Resign gracefully aje lah, chai ahjibgor tak pasal2 dapat dosa, macam mana nak minta maaf? tuduh orang yg tak sokong Najib fitnah? penangkapan Xavier Justo umpama meraikan Hari Raya.tapi mereka lupa Xavier Justo juga ada original 1mdb email & doc. transaction selain dari yg tampered tu. lagi sekali macam mana nak tutup bangkai Gajah?

Permintaan Rakyat sekarang adalah,

Najib Resign gracefully aje lah, Tengok Pak Lah x der siapa yg kacau dia lagi, heran juga kenapa Najib tak mahu resign? takde sekumit dosa pun kah? tak ada pengganti yg berkelayakan? Hebat sangatkah Najib ni macam Tun? What have Najib Contribute terhadap Alif Ba dan Ta?

Cer citer chai ahjibgor.....

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 12:13 PM

Kebenaran sudah ada. Duit dari 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib. Nak tunggu apa lagi??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 12:13 PM

Saya rasa yg tulis nota2 percakapan Dsn adalah peminat tegar MG RAMACHANDRAN KOT..Tu sbb PM pun dah jd mcm MG.Ckp x serupa bikin..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 3, 2015 at 12:16 PM

Assalammualaikum wmt,
Paparan terbaru SR ini benar-benar mencabar PM Najib.
Pendedahan nama bank, nombor akaun dan tarikh setiap transeksi bukan sesuatu yg mudah untuk ditepis oleh para tentera siber Najib.
Bukan kepalang cabar nampaknya.
Kalau DSNajib atau PMO tidak dakwa SR dimahkamah atas pendedahan ini, maka semakin yakinlah rakyat dgn apa yg dihebohkan mengenai PMNajib dgn skandal 1MDBnya.
Sementara dipihak SR, saya yakin mereka ada lebih banyak lagi bukti seperti itu. Tak mustahil pendedahan yg sama akan dibuat untuk isteri PM pulak.
Makin lama segalanya makin terdedah dgn lebih terang dan nyata.
Lebih teruk lagi ianya tidak mampu disangkal oleh pihak PMNajib.
Panasssssssssssss!

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 12:35 PM

Masih menunggu bila Ah jib gor nak saman SR ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 12:35 PM

Cuba tanya bugis,

Kalau tak mahu ambil referendum dari rakyat, cukup setiap ahli UMNO saja samada PM, President UMNO nih bermasaalah atau sebalik nya.

Jangan pakai ketua bahagian dan ketua penerangan UMNO saja yang boleh ditambat!

Wahai bugis nasihat kamu tuh bagus yang masaalah nya benda tuh juga yang kamu buat, cuba cermin sikit diri tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 12:35 PM

Si pondan dok kata pasal tipu dan penipuan....dia cakap dgn diri sendiri kot...

Encik Najib....dunia akhirat saya takkan maafkan anda!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 12:55 PM

Saya berani katakan bukan hanya kebenaran kita cari tapi mendengar nasihat sebelum kebenaran yang dicari menjadi bebanan.

Sila lihat tulisan terbaru WSJ and SR

Mahathir was clearly right when he pictured najib as involved in crime

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 1:32 PM

sedikit demi sedikit najib mula kambus salah jejaknya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 1:33 PM

Latest news from the Malaysia Chronicle and WSJ,it is CLEAR that our BUGIS Liar took the rakyat's money from the government so he could dispense some of the CASH himself. Now we know what he meant by ÇASH is KING! Hail ! Long live King Ah Jib Gor!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 2:44 PM

Akibat penipuan bertalu arus.....maka satu persatu bukti terkeluar....akibat agama d persendakan semakin jelas apa yg kabur selama ini. Berbohong d parlimen,mengelak dari bersemuka,penipuan pelaburan,pembelian melebihi harga,duit dah jadi unit,siapa jlo,pembelian apartment mewah riza,penerbitan filem .....tu semua bukan BUKTI ke selama ni ? Bukti yg mcm mana lagi nak d tengok wahai pencacai.....buktikan semua tu fitnah ! Baru anda benar. Rakyat nak dengar dari mulut PM.....merangkap men kewangan merangkap pengerusi 1mdb terus ....boleh ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 2:52 PM

@Anonymous

Lepas ni orang yang nak mencegah kebatilan dan menegakkan kebenaran kena berhati hati....Mamat mangkuk macam ni panggil kita "pengadu domba!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 2:55 PM

Kau pulak anon 7.48am adalah si bangang penjilat tegar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 2:59 PM

@Anonymous

Aik!!! Yang bertanya kena Bukti?

Ko ingat Din ke yang jaga "koperasi" tu?? Balik cerita koperasi Din kat atas...

Bila nampak ewangan koperasi dah macam goyah...ambik hutang untuk bayar hutang maka...bini pengerusi koperasi pun semakin bermewah.. maka bertanya lah para ahli koperasi akan pengerusinya yang bernama Ah Jib Gor (tiada kaitan dengan PM Malaysia)akan kemana peginya wang koperasi yang berbillion billion tu??

Maka dijawab lah pengerusi koperasi: Mana Bukti???

Tercengang lah para ahlinya? Macam mana nak cari bukti??...mereka tak ada kuasa keatas akaun koperasi....

Yang ada kuasa atas akaun pula buat bodoh tak nak tunjuk bukti mudah menolak segala fitnah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 3:02 PM

@Anonymous
salam..
ini contoh jawapan yang belit2, takde isi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 3:04 PM

Bro Din, macam mana nak beramai-ramai minta pihak berkuasa mulakan siasatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 4:16 PM

Bro Din,

Susulan pendedahan WSJ mengenai najib songlap 700 juta adakah kita boleh harap jibby dah check mate?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 4:30 PM

hanya ada satu cara sahaja. rakyat harus ada pertimbangan dengan membuat satu atur cara dengan memanggil para media datang untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap cukai yang salah digunakan oleh najib. parti tidak bersalah, yang bersalah adalah ketua parti yang merosakkan nama warisan parti keramat orang melayu itu sendiri. ada baiknya kumpulkan orang ramai yang berparti umno itu sendiri dengan menzahirkan rasa kecewa. dengan cara itu, tentu najib tersesak untuk menjelaskan tentang perkara tersebut. apa jua keputusan yang najib utarakan nanti tunggu ia membuat sidang media . ini adalah kebebasan bersuara. justeru, rakyat perlu membuat sidang media dimana tempat orang kuat umno(rakyat). hamba percaya, sedikit sebanyak pasti memberi tekanan kepada najib serta serangan spikologi dengan rakyat memakai baju umno.
-melayu bangsa inspiritual.
-hamba sayangkan parti keramat melayu.
-luv tun m.

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 4:44 PM

Kalau 2 pegawai MARA boleh direhatkan semasa siasatan kenapa pegawai2 1MDB tak direhatkan? Bahkan semakin aktif!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 5:16 PM

Ini tanda seorang pemimpin yang bodoh. Dia sudah tahu dari awal Anwar Ibrahim mahu musnahkan political career dia bersamaan UMNO, tapi dia nak juga tubuh kerajaan perpaduan. Lepas tu under Talent Corp mengambil pekerja2 yang ANTI kerajaan untuk berkerja bawah PMO kemudian bising banyak rahsia bocor. Kemudian hapus kan ISA yang memberi penjenayah dan anarkis2 kebebasan untuk hancur negara. Jangan lupa consultant2 asing yg pro Barat di beri kedudukan yang penting dlm kerajaan nya! Memang nak cari penyakit si Pahlawan bugis ni!

Tak kan dia tak sedar that the whole is against him and Anwar has a global support!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 5:22 PM

jawapan tentang 1mdb itu adalah najib yang harus di rehatkan dahulu sebagai perdana menteri. sebabnya najib adalah kepala di dalam parti yang mana najib adalah menteri kewangan. bagaimana menteri lain hendak tahu tentang 1mdb kerana yang pegangnya adalah najib sebagai menteri kewangan . 1mdb itu juga dibuat oleh najib. kalau mara boleh rehatkan pengerusi serta ceo, mengapa najib sendiri tidak boleh rehatkan hingga 1mdb itu sendiri selesai. kerana ia perdana menteri, jadi badan penyiasat pun tidak dakwa najib. kes 1mdb itu rumit dan hanya boleh diselesaikan jika ada pihak di dalam 1mdb memecahkan amanah satu persatu apa yang berlaku sebenarnya.
-luv tun m.
-melayu itu bangsa misteri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 5:55 PM

Mari kita tengok macam mana blongang2 ajib counter hujah WSJ dan SR tu.

Setakat ni hanya penafian dengan mengatakan itu fitnah...jika benar fitnah...balas balik dengan segeralah. Tunggu apa lagi?

Masalahnya..laporan Wsj dan sr tu agak detail jugak. Siap tarikh dan alasan dan identiti org2 terlibat semua ada. Mgkn banyak lagi yg sengaja disembunyikan..saja je bagi ajib dan 1mbidi gelabah dgn tunjukkan sedikit2 hint camtu..

Come on pahlawan berdarah bugis...jangan berdiam diri. Anda diam...alamat bungkuslah...

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 6:28 PM

Apakah saolan Mahathir, kemana hilangnnya "billions"... sudah terjawab kini dengan perkembangan mutakhir...

Nafikan atau sekadar sebut fitnah - alasan tu rakyat dahbtak percaya...

Malu besar kalau makcik felda tahu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 7:33 PM

@Anonymous

patutny orang yang kena tuduh berikan bukti yang dia tak salah. atau pun orang yang kena tuduh tuh, kalau benar tak bersalah, buatlah lapuran polis. biarkan polis siasat untuk mendapatkan bukti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 12:35 PM

Si Najib menggunakan ilmu berfikir dan 'reasoning' ala Bang Non Sungai Buloh.Senjata terbaik untuk pertahankan diri ialah dengan menonjolkan diri sebagai 'agamawan',dan juga berdampingan dengan ostard wal retard sekelian.Aktiviti keagamaan sekerap mungkin.

Post a Comment