........... Mengikut Berita2 Resmi Terkini Mengenai 1MDB, Siapa Yang Gelabah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mengikut Berita2 Resmi Terkini Mengenai 1MDB, Siapa Yang Gelabah ?

Friday, July 24, 201521comments

Sehari dua ini banyak sangat perkembangan side issues 1MDB, tak reti saya nak komen yang mana satu. Kalau dulu semuanya hanya tertumpu pada jawapan mengenai 1MDB, kemudian diikuti dengan kes Justo, Najib Billion2, Rosmah Juta2, Penghina Nabi Muhammad, Pengkhianat Negara dan Konspirasi, Sekatan Sarawak Report, Tahan Pasport ..... terbaru perkembangan dari Singapura pulak.... adoooi, kalau sehari tak online mesti tertinggal bas.

Berita dari Singapura menyebut pihak Penguasa Kewangan Singapura ( MAS ) membekukan dua akaun bank yang dikaitkan dengan 1MDB pada 15 Julai lalu, disyaki terlibat dalam pembersihan wang haram ( money laundering ). - TMI.

Pulak ..... last kita dengar tentang Money Laundering ni bila ia disebut oleh Polis Thai dan segera disambut oleh media pro Najib kerana dikaitkan dengan Justo dan mereka yang bertemu dengannya di Singapura. Alih2 MAS pula guna isu sama tapi ia melibatkan Falcon Bank yang didakwa memindahkan USD700 juta ke dalam akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank seperti didakwa oleh WSJ.

Tu dia ..... dari Justo swing kepada Najib balik !

PERSOALAN - Kalau tidak ada masalah, kenapa perlu BEKUkan akaun ? Apakah pihak berkuasa Singapura sesenang itu mahu bertindak hanya bersandarkan lapuran media ?

Mesti ada sesuatu tu ....... 

Oya, yang ini berita dua hari lepas mengenai penahanan  Datuk Shamsul Anwar, Pengarah Urusan Ihsan Perdana berkaitan kes 1MDB. - TMI.

Isnin lalu Jerome Lee Tak Loong, Pengarah Eksekutif Putrajaya Perdana Bhd telah ditahan, dipercayai juga berkaitan 1MDB kerana anak syarikatnya berurusan dengan SRC International.

Kedua Ihsan Perdana dan SRC ada disebut oleh WSJ dalam kes Najib Billion2.

Hmmmm ..... jika anda jadi Task Force atau mana2 badan siasatan ..... apakah perkara pertama yang anda akan cek sebelum memulakan siasatan ?  

Anda akan pastikan terlebih dahulu apakah wujud kes untuk disiasat, kan ? Kena ada satu titik untuk bermula dan menjadi titik tumpuan keseluruhan siasatan seterusnya. Jadi kalau nak siasat dakwaan mengenai adanya deposit billion2 masuk akaun seseorang, apakah yang anda akan cek mula2 sekali ?

Kalau sayalah, saya akan cek dulu penyata bank.... pastikan dulu benarkah akaun itu dimiliki suspek dan cek apakah benar ada deposit2 itu. Maksud saya, kalau tidak ada ditunjukkan deposit2 itu, nak siasat apa lagi ? ? 

Saya harap Task Force pun sama macam itu juga lah .....


                                                   *************************

Ketua Polis dilaporkan bertemu dengan Ketua Polis Thailand di Bangkok hari ini berkaitan kes Justo. - TheStar.

Laaaa....... baru jumpa ? ? ? Habis tu yang selama ini duk pung pang pung pang mengenai apa yang didakwa Justo cakap tu dapat dari mana ? 

Maknanya bukanlah dari siasatan PDRM sendiri ? oh, OK ...

                                                  **************************

Malaymailonline pula melaporkan MCMC masih belum temui sebarang bukti LAGI yang mengaitkan Sarawak Report dengan info palsu.

Mengulas tindakan sekatan ke atas portal itu, MCMC kata itu adalah tindakan pencegahan.  oh, OK ...
Sepatutnya ditanya juga kepada MCMC, atas dasar apa dan maklumat siapa yang digunakan sebagai asas untuk tindakan pencegahan itu ? 

                                                  **************************

Dow Jones yang memiliki WSJ memberitahu peguam Najib, WSJ tidak perlu nak jelaskan apa2 kerana artikel mereka sudah cukup untuk menceritakan pendirian mereka.

"Kami percaya permintaan anda tidak perlu kerana artikel berita dan pendapat bercakap bagi diri mereka sendiri," - Mkini


Saya cadangkan peguam Najib hantar satu lagi surat minta Dow Jones jelaskan apa yang mereka cuba jelaskan di atas !

Rakyat cuma nak tahu ADA ATAU TIDAK ADA wang RM2.6 Billion itu masuk akaun peribadi Najib. Itu saja ......


                                                ****************************




TAHNIAH NAJIB ! Anda sudah populer di seluruh dunia ketika ini ! Nakal juga Sinar yang menyiarkan carta artikel popular WSJ hehehe ...

                                                    ***************************

Yang last ini agak menarik walaupun kalau dibaca sepintas lalu macam tak menarik.


TMI

Mula2 baca macam standardlah, pembangkang pastinya mahu laporan awal interim Ketua Audit yang diserahkan kepada PAC itu didedahkan. 

Husni sebelum Raya ada cakap yang laporan itu menyatakan 1MDB suci bersih dan tidak ada deposit billion2 masuk akaun Najib ...... habis tu takkan Tony Pua yang dikenali sebagai antara pembangkang yang paling vokal dalam isu 1MDB sengaja nak ambil risiko tuntut laporan itu dihebahkan ?

Tapi bila lihat gambar diatas, kelihatan apek tu pegang satu salinan Laporan Interim tersebut ...... maknanya dia dah baca. Walaupun dah baca, ahPua masih mahu ia didedahkan kepada umum !

Now that's menarik....

Waktu sama agak menghairankan juga kenapa kerajaan tidak mahu dedahkan kalau benar seperti dakwaan Husni yang laporan itu akan bersihkan nama Najib dan 1MDB ?

Kan senang kalau didedahkan ? Tak perlulah si Rahman Dahalan susah payah tebal muka nak menonjolkan Penghina Nabi Muhammad yang 5 tahun lepas dia sendiri maki hamun semata2 nak bersihkan nama Najib dan 1MDB !

Entah berapalah Penghina Rasul itu dapat RM sebagai balasan ........ dan entah siapa yang beri.

                                ********************

Cuba skroll balik berita2 di atas ..... itu semua berita2 yang resmi, ok. Bukan spin yang sengaja dibesar2kan tanpa asas atau retorik, contohnya dakwaan konspirasi la, pengkhianat la .... yang lebih banyak berita resmi adalah mengenai apa ?

Siapa yang gelabah ?

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 2:53 AM

Salam Bro Din..

Cuma tertanya-tanya puak-puak yang mendewa-dewakan jibby, macam la jibby ni kebal dari pembalasan Illahi. Entah2 esok lusa diambil Illahi.. Nak sokong tu berpada-padalah... Nak taksub sangat, buatlah sholat taubat dan ishtikarah dulu, patut ke tidak jibby ni disokong dengan jiwa raga kita.. Mudah-mudahan di sana ada sinar kebenaran dipancarkan Allah ke qalbu kita dan kita akan dapat cerminan kebenaran ni sejernih kristal.. Tak lah kita ni bodoh piang..

Wassalam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 2:55 AM

Siapa yg GELABAH now brother Din...? Semestinya 'monggol-monggol' yg blm bperang tapi dah pulang ini.

1) Sedar tapi monggol tpaksa buat2 tak sedar isu ini sebab all legs mmg tpalit lumpur on 2013.

2) Sampai bila monggol ini nak heret isu ini? Hingga tahap rakyat 'atas pagar' ini turun mnentang BN dlm pru14 ke? Jika itu yg BN mahukan then kami ttp akan tunaikan & bsabar untuknya.

3) Sebelum isu ini mmusnahkn kseluruhan image BN, maka ada baiknya cepat2 la akui silap, mohon maaf pd rakyat. Kami 'atas pagar' ini tak la skejam pembeci kamu, kami juga bkn minta sarapan & skotak rokok gudang garam seludup dr bahagian/cawangan kamu.

4) Lihat la tahap demokrasi Thai dlm hal Justo ini. Sekadar perbincanga antara KPN both negara, blm tahap PDRM utk campurtangan siasat terus Justo ini.

5) Ksilapan sgt besar dr Tuan Najib, bkn isu now ini tapi lebih pd enggan Tuan Najib trima nasihat Tun seawal 2014 lg. Lihat dr mata kasar, ramai anggap Tun benci then nk jatuhkn Tuan Najib.

Ini bukan matlamat utama Tun, cuba la kaji & fahami why Tun yg mewah segalanya, dah tahap usia 90 ini nak letihkn diri beliau?

Mungkin pd mata & hati Tun dah tgk bukti, dah blh jangka yg Tuan Najib akan dserang btubi-tubi dalam isu ini (tangan dpulas habis2an) till tahap mengaibkan seluruh nama baik Malaysia selama ini, till 'no ways out & one way ticket', ini yg buat Tun berterusan cuba utk selamatkan semua pihak utk kebaikkan kita semua rakyat Malaysia.

Saya tau, akan ada pihak yg akan kata, jika itu niat Tun then kenapa Tun berterusan serang Najib? Jawapannya mudah, Tun dr 2014 lg dah approach Tuan Najib but Tuan Najib yakin tiada pihak yg tau & how to attack him by andaikan segala apa yg berlaku dr 2009 till kini, hanya Tuan Najib seorang sahaja yg tau.

Nah, lihat la sekarang ini... Makin Tuan Najib & Panglima beliau explain then umpama makin dalam lubang itu berlaku.

6) Saya sbenarnya tak perlu tau pun isu ini cos selama usia ini saya belum pernah minta apa2 dari mana2 party politik pun even arwah bapa tak tinggalkan satu sen pun harta utk saya warisi.

Tapi kini saya terpaksa ambil tau juga cos msh ramai saudara, rakan2 saya yg btungkus-lumus kerja utk tampung keluarga masing2. Monggol2 ini apa ada rasa cos all pun they almost dpt percuma. Derma/sumbangan dr mereka ini pun bukan sbetul sgt dr duit poket mereka sendiri.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 2:58 AM

Trying to patch-up the many holes that is making the bugis ship taking in water will not provide for a safe journey to keep sailing. As you said it the Task Force should have zoom-straight to the largest and imminent target-cause, but they don't, why???

These goons can do what they like but Truth is very resilient and persistent, not convinced? How long does Anwar's case dragged? Where is he now? Despite his 'meowing' once in awhile from behind the iron-curtain, he's good as gone for at least 7-years, sesumpah kut?

Najib's case will be quite similar as it dragged, for how long, remained to be seen. Perhaps it will outdo the sodomy's case.

The sad part is for as long as the country is embroiled and pre-occupied with such defeating scandals ie. 1MDB, the governance of Malaysia stayed out-focused! And, the rakyats' pawned!

So much for Negara Berpendapatan Tinggi, for whom ehhhk? I bet Tun M's vision was something bolder and ambitious and achievable but scuttled by some bugis who said cannot be ruled by proxy but chickened from Jambatan Bengkok for just that reason?

All sprays of DENIALS' statements does not make one INNOCENT or rather NOT GUILTY?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 5:31 AM

Depa terpaksa sokong sebab dah masyuuuukkk....hihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 6:37 AM

Menurut hakim semua laporan rasmi apa-apa media adalah dari tulisan kata-kata daripada penulis,pengarang bukan kata-kata disebut oleh tuan punya badan yang ditanya oleh penulis/pengarang--sila lihat kes peguam Shafee menang rayuan terhadap dakwaan salah laku
profesion - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shafee-menang-rayuan-terhadap-dakwaan-salah-laku-profesion#sthash.qyBGpQfj.dpuf

Begitulah spin kerajaan Malaysia sekarang. Aishhh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 7:57 AM

Din ... engkau jangan heran ... jika sekiranya pemberi wang juta2 kepada kak ros dan bilion2 kepada ah jib gong akan didakwa di mahkamah manakala kak ros dan ah jib gong selaku penerima wang itu akan menjadi saksi utama kes rasuah pemberian wang juta2 dan bilion2.

maka pada masa ini bersoraklah penyokong kak ros dan penjilat tegar ah jib gong dengan hujah mereka berdua ini tidak bersalah tetapi menerima nasib malang kerana menerima duit juta2 dan bilion2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 8:26 AM

Najib resign now!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 9:25 AM

Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah, kebenaran itu akan nyata pada waktunyaaa. There's no where to run from Allah. Tindakan perlu diambil walaupun masuk penjara sebab banyak 'hanky panky' dan penipuan telah dilakukan untuk menutupkan kesalahan. Yang melibatkan kewangan dan, masa dan tenaga. Juga perlu diambil tindakan terhadap menteri2 dan pemimpin 2 yang bersekongkol dan berdiam diri walaupun tahu duduk perkara yang sebenar. Saya ingin tengok muka2 hipokrit itu nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 10:09 AM

Din,

Saya baru-baru ini berkenalan dgn blog tuan. Saya suka baca blog tuan kerana ianya memang 'incisive', 'intelligent' dan 'articulate'. Bravo ! Saya nak kongsi sekali lagi kata2 Zaid Ibrahim mengenai penubuhan task force... Task Force ni kalau nak hiburan ok-laa, macam sarkis. Sebenarnya Bank Negara dan Ambank dua2 dah cukup utk menjawab soalan berbilion2 ini...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 10:28 AM

Apalah yg kau tulis ni Turtle???

Merapu aje??

Kau nak kebenraan atau dalam kepala otak kau dah memang dah buat keputusan..

bertindak adil lah!!!!! kenapa kau sokong sgt cina Tony Puah tu???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 11:00 AM

Depa terpaksa sokong laa ...teloq dah kena pegang....

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2015 at 11:10 AM

@Anonymoushuh ? Sokong tony ? Cuba baca betul2.... sokong tony atau isu ?

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2015 at 11:13 AM

Nanti mesti ada penyokong Najib cakap ni semua agenda Yahudi nak memecah-belahkan Malaysia secara halus. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 11:19 AM

Saya cadangkan Snap Poll sekarang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 11:52 AM

@Anonymous

saya setuju... tidakan tidakan najib sebenarnya yang menjadikan isu mudah jadi susah.

Persepsi semua datang dari tindakan najib.. bukan orang lain.

sangat mencurigakan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 12:22 PM

ish..ish..ish...adalah pulak pengakuan xavier justo dalam kandungan 22 muka surat, ada geng mana ntah janjikan duit juta2 utk tukaran dokumen yang dia curi dari petrosaudi. tak tahulah siapa yang makin tak tenteram sekarang. takpelah, masa masih kekal berjalan...haha.

jangan kata aku ikut mana2 geng tau. geng tun m, sebijik kurma tak pernah hulur kat aku. geng najib pulak, sebatang rokok tak pernah hulur kat aku. so....perati ajelah dan sesekali komen. kasi meriah.

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2015 at 12:25 PM

tu penyokong ajip anon 1028 dah masuk...tp dia cam marah din xsokong ajip...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 7:57 PM

;) saya tak minat kpd pm kita nih tetapi mmg pon ada rancangan kafir laknatullah sampai akhir zaman nak.jatohkan dunia islam. Tgk la sekeliling dunia islam sekarang nih. Sbb ego tahap tinggi fikiran langsong berkarat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 8:41 PM

Kah!...kah!...Kah!... sudah jatuh ditimpa konkrit,jaga-jaga nanti terlalu buntu dengan tekanan banyak yang masuk dalam,Sukurlah TDM masih diberi Allah SWT sihat dapat juga kita semua serba sedikit mengetahui apa yang di hidu oleh beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 11:12 PM

Mintak maaf ye tuan... Jgn salahkan org lain klu org islam sendiri taknak berubah. Bangsa lain cari dan majukan ilmu dan beri kemajuan kpd dunia. Buka mata dan lihatlah tanda2 disekeliling kita. Umat islam? Balik2 gaduh pasal hudud, haram sana sini, kafirkan org sana sini entah bila nak selesai. Yg dah kawin dan beranak pinak tapi tak jaga anak2 betul2 sbb konon nak kawin lagi 1 dan 2 dan 3 sbb konon nak ikut sunnah. Takde pon yg ikhlas nak baca Quran dan FAHAM kandungannya.
Sebenarnya tiada konspirasi kafir... org yg kononnya mengaku islam yg dah menyimpang jauh dr Quran dan Allah timpakan bala didunia ni lagi. Insaflah kita semua.

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 8:40 AM

Tak ada masalah kita sokong cina Dap.kalau dia di pihak yg benar. Ini bukan saya nak ajar tapi Islam yg ajar

Post a Comment