........... Macam2 Najib .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Macam2 Najib ....

Friday, July 3, 201530comments


Isu paling hangat hari ini adalah pendedahan Sarawak Report dan WSJ tentang deposit billion2 yang masuk akaun peribadi Najib. Buat masa ni saya lebih suka mengikuti perkembangannya. Dalam pada itu tertanya juga,apa lagi yang SR ada, ek ? 

Kita tidak dapat menolak dakwaan SR begitu saja kerana kita semua dapat lihat ia bukan dakwaan kosong kerana disertakan dengan bukti2 yang menyakinkan. Adalah lebih baik pihak berkuasa mengambil jalan tengah, jangan cepat melatah dari terus menyokong Najib tanpa usul periksa. 

Apasalahnya buat engagement dengan SR ? Jumpa dan berbincang, kaji apa2 bukti yang SR ada sehingga begitu berani SR siarkan dakwaan sebesar itu. Setelah itu baru lah buat keputusan samada bukti yang ada itu cukup untuk dilakukan siasatan yang lebih menyeluruh ke atas kewangan Najib dan keluarganya.

Baru saja kerajaan dimalukan kerana melompat  mendahului siasatan pihak Thailand dalam isu penahanan Justo, jangan memalukan negara sekali lagi.

Tun Mahathir pula tulis artikel berkaitan kekayaan Najib, bertanyakan kenapa pihak income tax tidak menyiasat kekayaan melampau yang dimiliki oleh keluarga Najib seperti mana SOP yang biasa dilakukan terhadap pegawai2 kerajaan lain iaitu -  siasat jika seseorang itu memiliki kekayaan yang melebihi dari pendapatan. Baik punya timing ! - Chedet - TAXES.

Tun menulis dengan lebih detail apa yang beliau sebut semasa pertemuan dengan NGO dua minggu lalu di Yayasan Kepimpinan Perdana seperti video saya - KLiK.

Itulah BUKTI kalau orang tanya .... Semua orang pun dah tahu yang keluarga Najib kaya raya ... darimana datangnya kekayaan itu ? Selain dari Pejabat PM yang mengaku kekayaan itu datang dari harta pusaka, Najib dan keluarganya tidak pernah mahu menjawab sumbernya.

Kenapa dibiarkan rakyat tertanya2 ? Jadi bila timbul dakwaan2 seperti di atas, baru kelam kabut nak nafikan. Kenapa tidak telus dari awal ?

Lainlah kalau Najib, Rosmah dan keluarga hidup cara sederhana yang sesuai dengan pendapatan resmi Najib ..... Rosmah cuma surirumah sepenuh masa kan ?

Apapun kita tunggu perkembangan seterusnya ...

                           ************************

Semalam seorang lagi blogger otai yang amat disegani kerana penulisannya yang mantap berfakta bagai tapi lama menyepi, kini kembali menulis ! Berlatarbelakangkan ekonomi dan bidang kewangan antarabangsa, SatD menulis tentang  jeng jeng jeng ...... 1MDB !

Memang pening bagi yang tak biasa dengan cara beliau menulis - KLiK - tapi menggunakan jawapan yang pihak 1MDB sendiri berikan, SatD telah mengenalpasti beberapa perkara pelik berkaitan urusniaga 1MDB-Petrosaudi.

Banyak yang sudah saya sendiri sentuh cuma kali ini penjelasan beliau lebih mantap ! Tak sabar menunggu sambungan dari SatD.

Tak terfikirkah anda kenapa bloggers yang banyak bertanya tentang 1MDB merupakan bloggers bebas sementara majoriti ( hampir kesemua ) yang menyokong 1MDB merupakan bloggers yang berbayar atau yang mengharapkan bayaran dari Umno .... kenapa ek ?

Blogger JMD ada buat ulasan lagi mengenai Penyelewengan Ketara 1MDB, sesuai dibaca bagi menambah ilmu mengenai isu 1MDB-Petrosaudi dan Unit.

                               ************************

Semalam dalam pertemuan dengan media, Najib ada keluarkan satu kenyataan yang makan diri bila gatal mengulangi kes pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji -



Najib, yang juga penaung kepada 1MDB menafikan tindakan membeli tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) dari syarikat sarat hutang tersebut merupakan langkah 'bailout' seperti yang didakwa pengkritik.


"Takkan kita nak gunakan wang rakyat untuk 'bailout' 1MDB. Itu bukanlah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab," katanya. - TMI.

.


Benarkah Najib tidak pernah gunakan wang rakyat untuk bail out 1MDB ?  Tak baik menipu tau, Najib ..... nanti tak masuk syurga !

Malas nak berdebat tentang isu Tabung Haji walaupun bagi saya ia tetap merupakan satu bail out tapi saya nak sentuh mengenai Kredit Siap Sedia atau Standby Credit bernilai hampir RM1 billion ( RM950 juta ) yang diberikan oleh kerajaan pada pertengahan bulan Mac lalu.

Apakah itu bukan satu bentuk BAIL OUT yang menggunakan wang rakyat ?

Bail out kalau anda rajin cek membawa maksud memberi bantuan kewangan kepada syarikat yang sedang berdepan dengan masalah kewangan kronik. Kan tepat sekali !

Standby konon ..... tak berapa hari diberikan, dah habis ! Banyaklah ko punya standby ..... tak cukup lagi, itu yang terdesak minta bayaran penuh dari Tabung Haji sebaik saja sain kontrek jual beli tanah TRX.

Itu pun tak cukup lagi ..... kena minta tolong pak Arab bayarkan hutang. 

Tidakkah keadaan kewangan 1MDB yang kronik itu sendiri merupakan satu BUKTI yang cukup kuat untuk kita meminta penjelasan tentang perkara2 pelik yang diakui oleh 1MDB sendiri ?

Nah, apakah Najib sendiri mengakui kerajaan pimpinannya amat tidak bertanggungjawab kerana telah menggunakan wang rakyat untuk bail out 1MDB ?

                                   *****************

Sejak akhir2 ini juga sering dimainkan isu perpaduan yang dikaitkan dengan pengkritik 1MDB, kononnya para pengkritik itu mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

Sesuai jika anda baca semula apa kata Tan Sri Sanusi yang mengulas isu ini dengan tepat - KLiK.

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 11:49 PM

Agak2 kalau Najib buat Nothing2Hide 2.0,Tun M pergi x? :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 12:51 AM

semakin jelas nmpknya dgn penamaan bank2 tertentu, cuma tunggu dan lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 1:06 AM

Najib tak habis habis ulang isu 1mdb ni agenda pribadi TUN. BNBBC baru post tadi kenyataan Najib terkini. Hai lah pahlawan bugis...

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2015 at 1:12 AM

Sekarang ni rasanya seperti Najib yang nak kena bailout dan kita lihat seterusnya ada tak menteri atau timbalan menteri atau askar2 Najib yang akan bail him out...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 1:30 AM

http://news.yahoo.com/video/probe-finds-1mdb-money-malaysia-023600479.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 2:26 AM

khabarnya Sime Darby punya fulus pun terpaksa guna.... cuba check ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 2:33 AM

Salam,

Since this is a super duper huge t-rex like attempted execution on a bugis palawan...i wonder why the bank has not come up with any confirmation immediately???

Buying time? Waiting for instruction?

And what is bank kancil doing the whole day today? Dont they have the power over these banks? Why so slow to respond? Waiting dor instruction as well? Buying time?

Hehehe

LK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 4:16 AM

Ah jib gor complaint....org yang tuduh selalu tak datang kan bukti......tapi yang aku peliknya org uang kena tuduh tu boleh senang senang buktikan yang si penuduh menipu...contoh kalau org tuduh 1mdb salurkan 10million kat akaun aku?dengan mudah aku boleh print penyata akaun aku tunjuk kat bank akaun aku takda transaksi tersebut! Mudahkan!

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2015 at 6:05 AM

Aku rasa laporan tu salah. Bukan berbillion masuk akaun Najib, tapi UNITS, JUST UNITS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 6:17 AM

Tengok bagaimana LKW nak mengatasinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 6:59 AM

Hahaha LKW boleh buat apa? Sikat pun tak mampu beli...





....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 7:11 AM

Bro Din..
Sekadar berkongsi komen kat FB akaun 'Najib Razak' berkaitan posting beliau..

Petikan ayat DS.. 'Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents – whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed.' Ayat ni membawa pengertian yang amat besar maknanya. DS menafikan ada mengambil untuk 'keuntungan peribadi' TETAPI jelas tidak menafikan 'ada' mengambil untuk tujuan lain (mungkin untuk politik dsbnya). Persoalan rakyat ada 'ada atau tidak DS mengambil'.. Samalah bila orang bertanya kita dah makan atau tak.. Kita jawab saya tak makan nasi lagi - bukan ertinya kita sememangnya 'tak makan lagi', cuma makan nasi saja belum..

Natijahnya dia dah secara tersirat mengaku ambil tapi utk tujuan lain.. Lainnya tu kena tanya detail kat dia. Patutnya semalam dia panggil je Lawyer dia, pengarah Ambank, wakil BNM (pasal dia PM dan MoF yg jaga BNM) - buat PC dan setelkan once n for all..

Selamat berpuasa bro..

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2015 at 7:45 AM

Keuntungan peribadi dia mungkin tidak .... tapi.... err.... peribadi orang lain ..erk ! Pendek kata, segalanya mungkin kecuali penafian jelas dan tegas dilakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 8:06 AM

Duit tu keluar balik dan masuk acc orang sebelah kot..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 10:16 AM

keuntungan peribadi dia memanglah takde...tapi orang2 keliling dia? esp orang2 terdekat..berani atau tidak dia cakap?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 10:37 AM

Bro Din..

Yg ni lebih jelas....Detail siap no akaun dan tarikh ..Bro tgk2 kan

http://suarakami-letakjawatan.blogspot.com/2015/07/laporan-lengkap-beserta-dokumen-tuduhan.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 10:59 AM

Kenapa dia salahkan Tun M, macamlah Tun M yang nasihatkan dia jadi tamak dan masukkan duit dalam akaun bernama sendiri (allegations). Dia tak sedar makin dia angkuh bercakap, makin keluar macam macam yang senada dengan percakapan angkuhnya. Yang penting cina buncit & anak tiri happy, dia disini bertemankan masters spinners yang tak cukup vitamin kena hadap kemarahan rakyat. Kemarahan rakyat reaching it's climax ya kangkung. Oh btw, yang dok defend kangkung ni yang terlebih marah, guna bahasa kesat. Bhai, duit rakyat dok masuk poket pun masih bitter lagi ke.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 11:41 AM

@Anonymous
tapi najib tuduh tun dalang laporan wsj ni tak perlu bagi bukti pulak ye?

najib dan blongang/cytro najib dok bising pasal jangan fitnah, bawak bukti, ini tuduh tun ni bukan kategori fitnah ke? bukti mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 11:42 AM

ding,

transferring/wiring money between two bank accounts is not a crime, WSJ tak kata jibby swindle money, mereka habak huge sum of money was transferred to his private banking accounts, apa jadi kat duit tu mereka tak tahu. of course bank negara will get reports/alerts of all these transactions, so most probably the "doc" that WSJ refered to adalah lapuran yang BNM forward to AG, etc for tindakan lanjut. You think the AG will want to question PM or order PDRM to start investigation regarding all these? :). He never even notified SPRM, thats why semalam baru SPRM kata lepas WSJ report diaorang buka siasatan, make sensed.

Anyway, tabik spring buat WSJ, SR and Tun Mahathir!!! Checkmate Jibby & Rossie.

./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 12:11 PM

" I refused, because I do not believe it is right for Malaysia to be ruled by proxy"

But....
" I believe it is good for Malaysia to be ruled by my bini"

1MDB 1 Minang Dan Bugis

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 4, 2015 at 1:48 PM

@Anonymous
ye ke takde?....harap2 selama ni yg dia merayau 1Mas utk jaga kerusi empuk PM dgn sepanduk I LOVE PM takda guna 1 senpun duit kerajaan utk "personal gain".

Oh ye Bro DT....lari tajuk skit...Bropun dah popular skrg sbb menjadi salah satu org yg menerima maklumat dalaman 1MDB yg dimanipulasi melalui Sarawak Report & The Edge (secara direct) & Tun M (bukan scr direct). ermmmmm yg tu Fitnah ke dok?

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2015/07/the-emperor-new-clothes-karya-hans.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 2:43 PM

after this pahlawan sotong will claim that the few hundred millions that was transferred to his private banking accounts just before PRU13 was campaign contributions from IPIC/Aabar, not for personal use, never used for buying birkin bags. LOL

:)
django

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 2:44 PM

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/07/04/MACC-finds-basis-to-probe-energy-company/

MACC finds basis to probe energy company

./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 2:59 PM

Baguslah tu Abg WSJ dan Adik Sarawak Report Serang Malaysia, adik beradik Brown ni boleh percaya ker bro, dulu Sarawak Report ni serang bekas KM Sarawak Taib Mahmud pun byk jugak artikel yg dia padam selepas kantoi, inikan pula nak serang najib...hehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 3:33 PM

wah wah..depa kata ini konspirasi tun m pula nak kenakan ajib. ada bukti ke? at least wsj dan sr tu ada tunjuk sesuatu. ini dok tuduh konspirasi orang dengan bermodalkan air liur dan andaian logik. ini baru betul2 fitnah..aduhai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 3:41 PM

Najib kata 'orang suka fitnah, tak masuk SYURGA…, walau kuat sembahyang sekali pun..!!'

Tuduh TM terlibat memfitnahkan dengan sekonkong bersama SR dan berita LUAR NEGARA untuk menjatuhkan dia tampa bukti..tu apa..!!??

Sekarang Najib nak jadi ULAMA/MUFTI dan PM sekali gus..?
( ini bukan fitnah/tuduh, ini pertanyaan je..) :)

OCD

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 4, 2015 at 3:57 PM

@AnonymousSalam sejahtera,
Kedua-dua mereka nampak hebat kerana tidak ada pihak yg berani ambil tindakan terhadap mereka. Mereka tak akan berani berbohong kalau setiap pembohongan dan cacian mereka akan kena macam mana Lim Guan Eng kena. Mahkamah perintahkan bayar Rm500 ribu kepada orang yg difirtnah atau dihinanya.
Kalau PM pun tak berani bertindak, maka semakin besarlah kepala mereka. Penafian saja tak cukup sebagai mengajar mereka yg dikatakan mahu menjahanamkan negara itu. Penjahanam negara mesti dihapuskan. Bukan dibairkan hidup sebur......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 5:21 PM

Ah Jib Gor the pahlawan bugis DAH mula merepet. He is beginning to sound like Anwar Ibrahim by saying all these is Mahathir punya CONSPIRACY .

Anwar pun dulu kata Mahathir cook up conspiracy theory,tapi last last kena juga kes LIWAT.


alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 5:23 PM

susah-susah benar, buat debatlah antara najib dengan swj . hendak debat dengan tun M, takut. jadi, ada baiknya najib berdebat jikalau masih tiada saman yang dikemukakan oleh najib. hujah najib sedikit pun tidak jelas dan mendatangkan permasalahan sehingga satu persatu hujahnya itu kelihatan samar dan tidak bernas.

-luv tun m.

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2015 at 10:12 PM

Agak2 tuan siapa yg menjahanamkan negara ?
individu atau laporan ?
Hehe....

Post a Comment