........... Lester Melanyi Penyelamat Maruah 1MDB dan Najib ? Hahahahaha .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lester Melanyi Penyelamat Maruah 1MDB dan Najib ? Hahahahaha ....

Friday, July 17, 201538comments

Ingatkan nak Raya ni takdelah apa2 isu baru yang timbul, masing2 lupakan sekejap isu2 politik terutamanya berkaitan 1MDB dan sambung semula lepas beraya. Rupa2nya ada pihak tak senang duduk membiarkan rakyat dengan keadaan sediaada, paling tidak diorang nak juga selitkan sedikit propaganda yang mampu beri sedikit ruang bernafas kepada Najib.

Semua dah baca kenyataan Rahman Dahlan semalam kan ? Ada saya copykan di bawah. Punyalah usaha team Najib nak buat gempak minit terakhir .... habis dikerahnya askar2 siarkan kenyataan itu.

Point utama Rahman adalah semua pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report adalah palsu dan dakwaan itu berpandukan kenyataan/laporan polis oleh bekas editor SR bernama Lester Melanyi.



Turut bersama pakej kali ini adalah siri video yang merakamkan aksi Lester bercakap. - KLiK.

Baca di Mkini.

Nak komen apa ya ..... ? Setakat apa yang dipaparkan ..... mungkin ia sesuatu yang gempak buat pro Najib. Tapi bagi saya ... tidak nampak lagi apakebendanya yang gempak itu. Mungkin belum keluar lagi kot.

Harap2 adalah apa yang disebut sebagai bukti kukuh itu kalau tidak sekali lagi team Najib akan ditertawakan oleh rakyat.

Setakat ayat yang kononnya diambil dari emel yang dikirim oleh Clare yang berbunyi - “Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!” - saya rasa masih terlalu jauh untuk menyakinkan rakyat akan dakwaan Rahman ini.

Rakyat mahu tengok dan bandingkan antara yang ORI dengan yang PALSU. Itu saja bukti yang boleh menyakinkan rakyat. Dedahkanlah dokumen yang ORI itu.

Satu perkara yang ingin saya tekankan di sini - Jika benar terdapat salahlaku SR dalam isu ini sebagaimana didakwa, maka bertindaklah ke atas SR !

Salah tetap Salah. Tapi isu 1MDB tetap kena jawab.

Jika tujuan segala episod pendedahan oleh PMO ini adalah untuk menyucikan 1MDB, suka saya ingatkan bahawa hampir kesemua persoalan yang ditanya oleh rakyat adalah merujuk kepada sumber 1MDB dan Kementerian Kewangan sendiri juga laporan2 dari media arus perdana mengenai transaksi2 yang berlaku.

Satu lagi, jika apa yang didedahkan selama ini oleh SR adalah palsu, adalah satu perkara yang amat senang untuk disanggah oleh 1MDB sendiri. Tak perlu tunggu pendedahan si Lester sebab 1MDB sendiri boleh kantoikan melalui dokumen yang mereka sendiri ada. 

Begitu juga dengan kes Najib Billion2. Najib punya akaun, Najib sendiri boleh kantoikan segala dakwaan palsu terhadap dirinya. Tunjukkan penyata bank bagi membuktikan segala transaksi billion2 itu adalah palsu/tidak wujud.

APA YANG PAYAH SANGAT ? ? ?

Itulah persoalan utama yang bermain di fikiran rakyat dan pastinya menjadi perbualan utama rakyat ketika cuti panjang ini - APA YANG PAYAH SANGAT UNTUK NAJIB JAWAB ?

Tak perlu heret parti Umno, tak perlu heret kerajaan, tak perlu libatkan maruah bangsa dan keselamatan negara bagai ..... Najib SENDIRI boleh jawab.

Pro Najib akan kata - eleh, kalau jawab pun apakah korang nak terima ?

Masalahnya Najib TAK JAWAB lagi ! Terlalu sukar untuk Najib berkata kesemua transaksi itu adalah PALSU, tidak ada deposit billion2 masuk akaun peribadi saya. Nah, ini penyata bank saya mengikut tarikh/bulan/tahun yang didakwa.... MANA ADA deposit2 itu ?

                                              **************************

Satu lagi lawak bodoh adalah dari Ngo CAGM yang mengaku mereka BERBOHONG selama ini dengan pelbagai kenyataan. ( KLiK )

Saya harap pihak MCMC akan dakwa mereka yang dibelakang CAGM kerana tindakan mereka adalah satu jenayah ! Mereka mengaku telah menipu rakyat. Kumpulan Ambank sudah mula siasat perkara yang berkaitan dengan mereka - KLiK.

Saya sendiri tidak pernah nak layan CAGM ni... tak tahulah macamana yang mereka boleh dakwa berjaya 'jual' cerita mereka.

Apapun alasan yang diberi bagi penipuan mereka, apa yang mereka lakukan adalah salah dan harus dikenakan tindakan.

                                  **********************

Terbaru mengenai kes Xavier Justo, beliau dikatakan mengaku bertemu dengan beberapa individu di Singapura bagi merunding untuk menyerahkan dokumen2 Petrosaudi. Tapi Justo menafikan ada mengubahsuai dokumen2 asal itu. - TMI.

Bagi saya tidak ada salahnya kalau ada sesiapa yang berjumpa Justo atau sesiapapun di Singapura atau di mana sekalipun. Melainkan kalau dapat dikaitkan dengan perkara jenayah.

Yang saya tahu, Najib, 1MDB dan beberapa Menteri kita yang terpaksa membuktikan dakwaan yang mereka lemparkan kononnya Justo ada ubahsuai dokumen milik Petrosaudi untuk diberikan kepada SR.

                                 **********************

Beberapa hari lepas peguam Najib ada keluarkan kenyataan menyatakan bahawa artikel WSJ mengenai Najib Billion2 itu mengelirukan ! 

Sebab itu mereka hantar surat minta penjelasan ...... 

Bila ditanya apakah tindakan lanjut selepas tamat tempoh 2 minggu itu jika tidak ada balasan dari WSJ -
 
Mohd Hafarizam berkata pihaknya perlu mendapatkan arahan daripada Najib terlebih dahulu.

Bernama
Kalau tak pasti atau keliru mengenai dakwaan pembabitan 1MDB, kenapa tidak tuntut saja penarikan artikel itu atas alasan TIDAK WUJUD segala transaksi deposit billion2 itu ? Tak kiralah dari siapapun sebab dakwaan transaksi itu sendiri telah mencemar nama Najib selaku PM Malaysia.

PS - Pendek kata, apapun usaha team Najib bagi mengalih tumpuan rakyat dari persoalan2 utama yang mengenai 1MDB dan Najib, semua itu tidak mampu menjelaskan kenapa 1MDB terpaksa bergolok gadai ketika ini untuk bayar hutang berbillion2.


KENYATAAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA
JULAI 15, 2015

1.​ Telah dibawa kepada perhatian saya pagi ini, satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report: Claire Rewcastle Brown.

2. ​Laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

3.​ Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar: “Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB”.

4.​ Selain daripada itu, pengadu juga mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

5.​ Pengadu juga mendakwa bahawa segala tindakan – termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut – telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.

6.​ Saya difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis – termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu – di laman web Sarawak Report.

7.​ Sehubungan dengan itu, saya menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.

8.​ Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

9.​ Saya telah dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.

10.​ Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report. Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh Polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

11.​ Selain daripada video pengakuan tersebut, saya dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, sesalinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown telah didakwa menulis:

“Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”

12.​ Pada masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan. Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, saya berharap pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan.

13.​ Akhir sekali, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat laporan polis ini dengan terperinci, profesional dan telus. Saya juga mempunyai tahap keyakinan yang sama bahawa pihak Interpol akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengesahkan dan mencari kebenaran dalam isu pemalsuan fakta dalam Sarawak Report.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional
Putrajaya
Malaysia

Share this article :

+ comments + 38 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 2:04 AM

ding,

SR dah jawap pun, mamat gagap ni X editor Sarawak Tribune lah.

http://www.sarawakreport.org/talkback/so-whos-desperate/

http://www.sarawakreport.org/talkback/more-clutching-at-straws/

Selamat Hari Raya Bro ...

:),
./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 2:06 AM

This is the proof yang si Pahlawan Bugis berkata ÇASH is king' bila dengan duit nya beratus juta boleh MEMBELI low life scumbag macam Lester untuk BERBOHONG untuk preserve kedudukan DIA. The reason Ah Jib Gor resort mengguna semua HARD CORE penentang UMNO dari zaman Dr M ada lah SEBAB apa apa kata yang di KELUAR dari UMNO sudah tidak di PERCAYAI oleh umum sekarang.

Jangan terkejut satu hari nanti bila keadaan terdesak Ah Jib Gor membebas Anwar Ibrahim dari penjara melalui proccess Amnesti atau pengampunan,agar Anwar Ibrahim melawan 'serangan' Dr M bagi pihak dia,supaya Ah Jib Gor dapat selamat diri nya. Kalau kita 'tengok' sekarang,UMNO sudah tidak di sukai oleh orang ramai dan semua pembesar2 dalam UMNO sudah jadi bahan ejekan dan tidak di hormati oleh sesiapa lagi kecuali di antara ahli2 mereka sahaja.

Dan segala policy yang di implement oleh Ah Jib Gor pun sudah sa ARUS dan mirip dengan idealogi pembangkang pun. This time around it is about the survival of Ah JIb Gor bukan nya kerana UMNO, kerana BN/UMNO sudah lama BERKUBUR semasa PRU 13 yang lepas,di mana kempen PRU tu was about Ah Jib Gor NOT BN or UMNO.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 2:07 AM

http://www.rockybru.com.my/2015/07/swiss-justo-met-msian-vip-in-singapore.html

Swiss Justo met Malaysian VIP in Singapore before selling docs on PetroSaudi, say Thai pokice

---

Tak akan orang bayar Justo juta-juta untuk beli dokumen palsu dari dia, baik buat sendiri. Mesti dokumen sahih ni. LOL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 2:21 AM

Bro Din,

Apa yang kita tanya Najib hanyalah beberapa perkara pokok... Dua yang berikut pun cukuplah buat permulaan..

1. Betulkah dia ada menerima kemasukan duit kat akaun peribadinya di Ambank seperti didakwa, jika ya - tutup cerita... Jika tidak, tunjukkan penyata (yang tunjukkan tak pernah terima duit sebegini). Jangan jadikan alasan 'privasi', kalau nak privasi, jangan jadi PM, jadilah MP biasa..

2. Tunjukkan pelaburan SRC kat Mongolia itu wangnya tak lelap kat sana, manalah tau orang Mongolian pun boleh lelap @ lenyap kat sini, kalau duit lelap kat sana bukanlah satu perkara yang pelik..




....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 2:46 AM

Salam bro din, mengalahkan piem tak senang duduk dibuatnya, sambil bakar lomang idea datang mencurah..

Tolong semak bagi pihak kawan-kawan si makhluk tu editor Sarawak Tribune ke Sarawak Report?
Bukankah dia yang muatnaik kartoon yang menghina Rasulullah dan macmana boleh Rahman Dahlan berkiblat dan percayakan orang yang macam ni !!! Anak buah Salleh Said Keruak ni tak check dulu integriti makhluk tu..

Perjumpaan Justo dengan pembangkang..apa nak peliknya pada pembangkang, memang mereka akan berusaha menjatuhkan kerajaan sekarang, itu kerja pembangkang...kalau pun mereka buat fitnah, itupun sebahagian juga.
Tetapi pokoknya apakah kerajaan buat silap atau salah ..kalau buat salah itu bukan fitnah tapi pendedahan...kalau tak buat salah itu baru fitnah...tetapi kalau kena fitnah kena nafikan secara nothing to hide.
Itu yang tak buat selamanya..cuma belit dan kornar sana sini.. langsung tak jantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 2:53 AM

Relex bro Din. Jgn tunjuk sangat.gelabah puyuh kau tu. Biar polis siasat dulu. Baru kita tengok siapa yg kena gelak nnti. Cool ye brother. Raye ni. Makan dulu ketupat dan lemang . Nnti x lalu makan pula. Membazir je juadah yg terhidang di depan mata.

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 3:27 AM

@Anonymousgelabah ? Hahaha .... yang nampak gelabah sekarang adalah team Najib !

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 4:47 AM

pada 2006 serawak tribune di bawah lester melanyi telah menyiarkan kartun yang menghina nabi muhammad.

akibatnya akhbar tersebut telah digantung permit penerbitannya.

orang yang menghina nabi muhammad sebegitu,telah diangkat sebagai penyelamat najib.

apa implikasinya pada imej najib di kalangan umat islam malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 5:12 AM

SR dah respon tu..

Siap cakap lagi ' i assumed someone paid him for this'...siapa bayar mamat tu agaknya ye?

SR siap suruh saman lg jika berani..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 5:13 AM

Yang pasti...pro najib memang takde selera dah...lepas raya nak cari alasan apa pulak...haaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 7:11 AM

Kalau nak propaganda ..yang ni baru terbaik. TUN M kami sokong anda. PILIH JUJUR, PILIH BERANI, PILIH UNTUK BERCAKAP BENAR.

Kepada yang takde telor sila letak jawatan

Selamat Hari Raya

dari http://chedet.cc/?p=1807


1. Memang benar apabila Najib berkata beliau tidak melakukan apa yang saya menasihati beliau lakukan. Tetapi itu bukanlah sebabnya mengapa saya mahu beliau meletak jawatan.

2. Semua orang tahu bahawa saya berkempen untuk beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 walaupun dia enggan untuk membina jambatan itu, atau landasan berkembar dan elektrifikasi keretapi. Beliau juga tidak menerima pandangan saya bahawa BR1M dan membawa sepanduk “I Love PM”, “1M4U” dan lain-lain harus dihentikan. Tidak juga dia terima banyak perkara lain yang saya memberitahunya supaya tidak melakukan atau yang perlu dilakukan jika beliau mahu menjadi popular. Beliau berkata “Tunai Adalah Raja”. Masih saya menyokong beliau semasa Pilihan Raya Umum ke-13 dan selepasnya.

3. Saya tidak meminta beliau untuk berundur sehingga skandal 1MDB itu. Beliau tidak menjawab tuduhan yang dibuat terhadapnya.

4. Najib mempunyai penasihatnya sendiri, termasuk tiga Brits. Dia membayar perunding asing untuk menasihatinya tentang hal-hal Kerajaan. Beliau juga bertanya Singapura sama ada dia perlu membina jambatan atau kereta api berkelajuan tinggi. Apabila Singapura berkata jangan dia ditangguhkan projek-projek itu. Jho Low adalah kawannya dan kelihatan mempunyai pengaruh yang besar ke atasnya.

5. Hakikatnya ialah beliau adalah proksi mereka bukan proksi saya. Jika dia telah berkelakuan sebagai proksi saya, maka tidak akan ada 1MDB dan lain-lain

RM600 Juta Hilang

1. Saya mengalu-alukan cadangan bahawa pihak berkuasa perlu hentikan menyiasat hal ehwal perbankan Dato Sri Najib tetapi sebaliknya menyiasat dakwaan Tunku Aziz yang saya kehilangan RM600 juta dalam 80-an.

2. Keperluannya adalah untuk menentukan sama ada wang itu masuk ke dalam akaun saya di bank atau wang telah hilang disebabkan oleh syarat pihak berkuasa Pasaran Pertukaran London bahawa bijih timah yang dibeli oleh kita dari penjual tidak perlu dihormati.

3. Jika terdapat bukti bahawa wang itu masuk ke dalam akaun saya, sila dakwa dan tangkap saya. Ini tidak terlalu lewat.

4. Tawaran saya ini tidak bertujuan untuk memesongkan perhatian daripada penyiasatan semasa ke atas akaun Najib. Saya hanya mahu membuat orang gembira.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 7:33 AM

Puyuh siapa yg gelabah? Cmon....atas pentas ialah en Najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 9:12 AM

Najib bg statement salah ....suruh jabatan audit negara buat siasatan pun salah .....suruh audit bebas pun salah ....semuanya salah .....

Bila si justo kata dia buat blackmail .....kes x sarawak ngaku buat keje x elok .....kes justo junpa opposition ....tada komenn kerr broo???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 10:00 AM

Yg pergi cari isu sampingan buat apa??? yg SAHIH terbentang depan mata. Beli murah giler jual mahal giler, buat hutg & byr hutang secara melampau n etc. HANCUR LAH DIERG NI. malang sungguh ada kerajaan camni.

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 10:33 AM

Benda yang terbukti salah kita cakap salah la, saya tak dibayar untuk betulkan apa yang salah. Justo blackmail petrosaudi itu masalah petrosaudi melainkan kita tahu ia berkaitan 1mdb.... kes sr belum terbukti lagi dan justo jumpa sesiapa, apa masalahnya ?

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 10:48 AM

Din,

Najib and Rosmah thought they can insult rakyat's intelligent. I can't wait next election..

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 10:58 AM

Dokumen dokumen dan penyata kewangan sedang d pinda. Bukan senang nak betulkan data. Kita kena tunggu sebulan dua, baru Najib boleh tunjuk KEHEBATANnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 11:05 AM

... Xnak beri ucapan raya pada kao Turtle... sbb Kao penyokong dan pencacai Penyangak Ekonomi negara....yang berkerjasama dgn Claire Brown....Mark my word.... kao Xkan selamat lagi lepas ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 11:07 AM

Pada aku apa pun yang berlaku lewat ini adalah satu pengalihan isu. Isu yang penting adalah menjawab dengan betul dan telus. Kenapa tak disiasat kesahihan dakwaan (aku tak mengatakan fitnah selagi belum dibuktikan tak betul) pendakwa daripada melakukan siasatan terhadapnya? Kalau asyik sipemberi maklumat saja yang disiasat sampai bila persoalan terhadap 1MDB ini hendak dijawab? Ada kah pehak 1MDB dan cyber troopernya cuba nah alihkan isu 1MDB yang jelas melengahkan masa.

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 11:59 AM

Dan 1mdb itu kebanggaan negara ...... dan Najib Rosmah kesayangan rakyat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 12:20 PM

Mark my word tahi kucinglah..tolong jwb dulu soalan2 kpd najib..baru betol penyokong rosmah,gst,1mdb,pahlawan bugis yg sebenar..komen pon pkai anon

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 12:28 PM

Ahmad Maslan dan Lester ni kalau digandingkan berdua ada mirip2 menjadi juara raja lawak kerana dari segi perwatakan dan ketokohan mereka ni boleh jadi juara lawak bodoh anjuran tv3.

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 1:30 PM

Hahahahahaha....ni mesti ahmad maslan....semcm je komen !
Bila lah anon ni nak bijak sikit....sikit pun takpe...supaya faham isu sebenar.....lawak la pulak.
Nnt kita bagi soalan bocor...senang nak jawab !
Simpan mark my word tu dlm semak je...tau?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 2:19 PM

sebelum kaitkan justro ke, akaun najib penuh duit bilion bilion ke ? ... . ke ? ke ? ke ? ke ? jawab dan selasaikan masalah 1mdb. isu baru baru ni cuma penguat hujah menunjukan kepimpinan PM yang lemah & PM yang kurang cerdik dalam menangani isu. sumbang sungguh langkahmu wahai pahlawan bugis. Ayuh capai parang mu rentap segala tenaga bedepan dengan musuh mu andai kamu di pihak yang benar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 2:36 PM

Yg jd masalahnya ....belum dibuktikan bersalah ....tp smua dah jatuh hukum ....

Serba tau ???
Tp allah lebih mengetahui .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 5:33 PM

Sebab tu..klu nak siasat...pergilah bercuti. Biar org lain ganti buat sementara.. bila kuasa masih kat tangan awak..camne orang nak selidik dan siasat? Itu yg jadi masalah...Awak faham tak pasal kredibiliti dan intergriti?

Dan lebih bermasalah lg ialah adanya orang mcm awak yg berlagak pandai tapi otak memang bermasalah...faham tak ni?

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 5:43 PM

Che Din si RD ni dah angau cerita sejuk nak dihangat dia ni macam cerita Ali Baba Bujang Lapok bila ditanya apa kerja dijawab nya reporter pesan Ketua Penyamun jangan kasi tau orang lain ha..ha..orang pekak saja yang dengar cerita dia ni

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2015 at 6:14 PM

MMG SALAH !!! Jika tak benar...betul kan fakta jgn d lihat dah jadi BODOH. Nak jawab pun tak buleh ? Apa bangang sangat ?Isu negara ni kepentingan rakyat...paham ?

JGN TERPESONG DARI SOALAN POKOK.....yg mana jika bermaruah dah lama letak jawatan....rupa je mcm ada telor tapi kalau telur sambang mmg tak berguna !!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 6:39 PM

never care much about the vid. or if im adamant enough i can just say anyone can be bought. for example you can probably buy those in the task force, i mean for example, well..

conspiracy to topple najib. but based on real crime or made up crime? so fabricated emails to spice things up but did najib receive payment or not? who the hell is this jho low?

the thing is najib never deny properly.

as far as im concern, if pm is guilty, then he is guilty. it doesnt matter if the PR are the whistle blower. plan to leak the crime or not.

we should be careful with bmf. clearly they have their agenda, for example if they want to pressure pm to sign tppa or wht not. but are they putting pressure using real evidence or not?

maybe they do tht using their proxy in msia who we know who. we all know how this cia and whtever play their games.

carefull indeed we must be but still pm need to answer for all the alleged crimes.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 8:18 PM

Sapa kata salah , lu sapa, boleh wakili rakyat ke. Saya kata tunggu siasatan selesai. Kalau tak setuju gak tunggu PRU akan datang dan gunakan kuasa anda. Saya pun rakyat juga. Saya pun bayar cukai juga. Semua PM kita terdahulu memang ada ujian. Jangan masa PRU nanti tak mengundi pulak. Inilah system demokrasi .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 8:20 PM

salam,
makan kuih raya tahun ni nama 1mdb, felda global, n2hide, telur hilang, pahlawan booogis, ambank, 2 juta, 2billion, rm jatuh, gst, j low, dan banyak lagi la. fuhh kenyang sungguh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 9:44 PM

betul tu depa gelabah kora
segala makhluk reject depa guna nak burukkan tun M

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2015 at 10:36 PM

Jika mmg najib bersalah dia akan kena kilat.kapal terbang jatuh dia selamba je.kapalterbang hilang buat muka tapir.kinabalu bergegar pegi kenduri dgn raja arab.semua itu tanda tanda utk najib tapi dia buat degil juga.mentor nya beri nasihatpun tak nak dengar.Tuhan bg isyarat buat tak tahu.sunguh najib n the team menungu masa.apakah ia masa yg akan menyelamatkan najib atau masa yg akan menghukumnya.rasanya rakyat sudah memilih yg masih berharap barangkali najib.padahal rasanya dia bukan lg pilihan.gst 1mdb siri bencana.apakah najib menungu bom jatuh atas kepalanya spt altantuya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 12:16 AM

Setuju...
Mgkin ego seseorg...spin apa saja
Tun dulu pon org tak suka tapi dia bijak spin balik....Najib lemah dlm hal spin dan patahkan hujah lawan...mmg dh nyata tu kelemahan dia...
Dari segi kebolehan...khasnya utk kebaikan rakyat...dlm 6 thn...bnyk jugak yg dia dh buat...
Jadi terpulang kpd kita nak pilih najib..anwar ibrahim..lim guan eng atau hadi sbg pm slps pru14..
Yg kita susah payah nak cari bukti itu, bukti ini, spin sana, spin sini...tak rasa meroyan ker???
Iyelah...semua org sibuk bekerja...kita pulak sibuk tubuhkan suruhanjaya dilantik sultan melaka utk cari bukti2 terbaru yg ntah betul atau tidak...
Cdgn aku lah...baik korang join jer mana2 para penyiasat atau ikut sekali suruhanjaya yg terdiri puak pakatan n bn yg dilantik ydp agung dpd yg dilantik sultan melaka.Ada juga hasilnya krn mana tau hasil dapatan korang selama ini boleh dikongsi atau boleh membantu siasatan mrk...err dpd susah payah berkokok di belakang krn rakýat dh mula dingin dgn episod hujung 1mdb nie.Cakap2 dlm media sosial dlm fb n wtsapp telah setuju najib difitnah n puak dap cuba nak jatuhkan kerajaan dgn cara kotor n jijik mll 1mdb.Hehe...dulu aku pon terpesona dgn hujah2 tun ttg 1mdb dan kaitan dgn najib tapi 2x5 dah dgn blogger2 yg spin sampai hangit nie.
Hehe...ikut jer cdgn aku nie...join suruhanjaya yg dilantik ydp agung agar kemasukan korang akan lbh neutral dan telus.Lawak2 jugak..tapi serius benar cdgn aku nie buat korang...hehehe
Mana tau...klu najib salah...dpt pm baru yg lbh hebat dpd tun atau najib sendiri.
Klu malu dan segan...tunggu pru14 nanti dpd melayan perasaan gundah gulana spin sana, spin sini tapi jwpn pasti...ikut ego sendiri....hehe
Bro...jgn tak layan cdgn aku tu...kecuali tak ada tulur....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 12:57 AM

Dah insaf kot. Mana tahu? Lagipun dengarnya dia sakit. Takut mati pikul dosa..haha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 10:43 AM

lebih baik jadi si pekak drpd melaung2 diri sbg pahlawan tp harammmm....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2015 at 10:59 AM

Entahlah kalau sekadar "pengakuan" oleh entah siapa ni......macamana nak percaya? Tunjukkan BUKTI dan jawablah pertanyaan rakyat..........tak payahlah berbelit-belit.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 11:29 AM

Boleh yolong viralkan perkara ini, ramai yang tak tahu termasuk saya.

Post a Comment