........... Laman SR DiSekat - MCMC Lebih Hebat Dari PAC Dan Task Force ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Laman SR DiSekat - MCMC Lebih Hebat Dari PAC Dan Task Force !

Monday, July 20, 201537comments



Najib sudah makin gelabah ! 


Itu adalah reaksi pertama saya bila dapat tahu Sarawak Report sudah di sekat oleh MCMC semalam. Jom kita layan alasan yang diberikan oleh MCMC -

"Sekatan berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas," kata SKMM.

"Sehubungan itu, SKMM ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sosial, terutamanya kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, lantaran ia mungkin kandungan palsu.

"Kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi," kata SKMM
.- Mkini.


Saya setuju sangat jika terbukti SR bersalah sebagaimana di dakwa. Tapi kalau diteliti kenyataan MCMC di atas, sekatan itu adalah sebagai satu langkah pencegahan..... atau mungkin untuk melancarkan siasatan tanpa gangguan .... entahlah.

Jika SR boleh disekat sementara atau dengan kata lain diGANTUNG PERKHIDMATAN sehingga tamatnya siasatan, pastinya ramai yang akan buat satu perbandingan lain - Kenapa Menteri Kewangan juga tidak digantung perkhidmatannya sehingga siasatan Task Force tamat ?

Alasan yang diberikan adalah kandungan SR yang tidak dapat dipastikan kesahihannya ....... alahai, saya dah boleh agak isu akan akan meletup nanti !

Ramai yang akan minta MCMC tunjukkan bukti maklumat SR yang mana yang didakwa sebagai tidak dapat dipastikan kesahihannya ? Apakah MCMC mahu mendahului siasatan Task Force dan/atau PAC ?

Kerana antara sebab kedua jawatankuasa itu ditubuhkan adalah untuk menyiasat segala dakwaan yang dilontarkan oleh SR yang sehingga kini tidak mampu dijawab dengan jelas oleh 1MDB dan Menteri Kewangan ! 

Jika dari awal sudah didakwa maklumat SR itu tidak dapat dipastikan kesahihannya, untuk apa di siasat lagi ? Saman sajalah SR !

Apakah MCMC ada menjalankan siasatannya sendiri ke atas artikel2 SR ? Apakah pihak MCMC sudah bertemu dan menemuduga pihak SR untuk memastikan kesahihan maklumat2 ?

Saya amat berharap pihak MCMC sudah bersedia untuk kemukakan kepada umum maklumat SR yang mana yang didakwa sebagai tidak dapat dipastikan kesahihannya atau kemungkinan palsu, kerana jika tidak, satu persepsi negatif akan mula bercambah diminda rakyat terhadap kredibiliti dan integriti MCMC. 

MCMC adalah kerajaan. Yang disiasat ( 1MDB dan Najib ) juga adalah kerajaan. Anda boleh agak apakah yang bermain difikiran rakyat seterusnya .....

Saya komen secara jujur ni.... itulah sentimen rakyat.  Tanpa bukti yang menyakinkan, saya khuatir tindakan MCMC ini akan backfire.

Keadaan akan menjadi lebih panas bukannya semakin reda.

                                             ******************************

Saya juga melihat tindakan drastik oleh MCMC ini sebagai satu indikasi betapa lemahnya peranan yang dimainkan oleh askar2 Najib dan 1MDB dalam menangani SR.

Mereka ternyata GAGAL dalam membendung pengaruh SR dalam membentuk persepsi negatif di kalangan rakyat dalam isu 1MDB dan Najib Billion2 !

Tindakan MENUTUP MULUT PENGKRITIK adalah langkah terakhir bagi menyelamatkan keadaan yang semakin tidak dapat dikawal. Langkah yang langsung tidak Gentleman ( jika tidak disertai dengan bukti2 kukuh ).

Kenapa tidak pihak kerajaan ( MCMC adalah juga kerajaan ) saman saja SR ? Bukankah itu lebih baik dan efektif malah memberi satu kesan positif dikalangan rakyat yang akan melihat tindakan itu sebagai langkah yang berani ( kerana Benar ) ?

Jika MCMC tidak dapat berikan bukti2 bagi menjustifikasikan tindakan kerajaan yang saya sifatkan sebagai desperate/terdesak itu, ia akan lebih dilihat sebagai satu langkah MENUTUP MULUT SR dari terus mendedahkan salahlaku 1MDB dan Najib !

PS -  Saya tidak hairan jika askar2 Najib akan ikut belakang MCMC dan menjadi batu api supaya mereka yang pro Tun yang vokal dalam menuntut Kebenaran isu 1MDB dan Najib Billion2 juga turut dikenakan tindakan.

Itu sajalah yang mereka mampu lakukan .....  bila dah tak mampu nak berlawan hujah.

PS2 - Baca juga luahan geram dari Datuk Khairuddin atas isu yang sama - KLiK

Apakah asas Menteri Komunikasi dan Multi-media menyekat portal Sarawak Report di negara kita? Yb DS Ahmad Shaberry Cheek nampak sangat kurang cerdik dan takut pada bayang-bayang sendiri!!


Kita tak perlu sekat portal Sarawak Report kerana negara kita tertakluk dengan pelbagai akta komunikasi dan multi-media yang mana kementerian boleh ambil tindakan selaras dengan undang-undang negara sekiranya mana-mana portal melanggari peruntukannya.

Apa yang mengancam keselamatan negara? Sarawak Report sedang mengasut rakyat di negara kita untuk berbalah di antara kaum ke?

Sarawak Report mempertikaikan hak orang-orang Melayu ke?

Sarawak Report mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu ke?

Sarawak Report menyokong pergerakan anasir Isis ke?

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 7:53 AM

Mungkin lepas ini blog Pak Din, DAKJ, Shahbudin etc etc bakal disekat MCMC (MaChaiMaChai) pulak..? Sang Kelembai kan ada sentuhan power boleh freezekan sesiapa apatah lagi ada Momok Puaka menenggek tercongok atas bahu dia.

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2015 at 8:19 AM

Jangan Gelabah wahai din Penyu... bijak sikit, boleh tengok walaupun disekat.cuba tukar kau punya DNS. link untuk tukar DNS.... saya bagi Mac software sebab pakai yang mahal. korang kalau pakai window murah carilah setting window 7,8

https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=change%20dns%20mac

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2015 at 8:23 AM

@Matkilau penangSaya sendiri jarang klik baca SR. Bukan soal tak boleh baca SR tapi tindakan sekat itu yang amat tidak bijak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 8:46 AM

Selalunya, semakin banyak sekatan, semakin banyak sumber2 baru yang muncul. Rakyat Malaysia amat dahagakan kebenaran. Oleh itu, mereka akan cari apa jua sumber yang boleh memuaskan segala persoalan mereka. Rakyat taklah bodo sangat. Banyak lagi sumber2 lain. Kita ada facebook, twitter, instagram, blog dan macam2 lagi sumber altenatif.

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2015 at 8:57 AM

Laju jer Yb DS Ahmad Shaberry Cheek buat kejer apabila berkaitan 1MDB.Isu topup RM10=kredit 10 dah selesai ke belum? :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 8:59 AM

https://proxy-nl.hide.me/go.php?u=VzgMS3KllaVyY1HWyD2KnYRDskk%3D&b=5

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 9:18 AM

ding,

kepada pembaca yang nak akses laman SR sila pergi ke uri dibawah,

http://unblocksit.es/

taip http://www.sarawakreport.org/ dalam ruang kotak yang disediakan dan klik "go".

cheers,
./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 9:51 AM

Din,standby backup blog... ko punye blog ni pun tak lama lagi senasib dgn SR la ni... mengancam najib ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 9:56 AM

aku lose confidence dgn govt n agency nye. paling kecewa dgn bnm ts zety aziz.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 9:58 AM

Wah ini kelajaan sudah mau tuka jadi kelajaan DIKTAKTOR ni... Mau jadi kolea utala dah ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 10:27 AM

Najib & gerombolan menteri/pcacai yg umpama "belum bperang, monggol dah pulang" lately ini bsikap seolah2 mereka ini pmilik mutlak thadap Malaysia. Mereka2 ini tak perlu jawap pkara ini :-
1) Tak perlu jawap isu 1mdb.
2) Tak perlu jawap mana duit deal dgn petrosaudi.
3) Tak perlu saman wsj.
4) Tak perlu saman sr.
5) Tak perlu berbuih2 mulut.
Just Unit = By bubarkn Parlimen. BIAR RAKYAT YG JADI HAKIM... Berani la if benar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 10:36 AM

Saudara Din terimalah kenyatan bahawa akhirnya kebenatan harus membayangi kebatilan...setelah sekian lama kebobrokan maklumat oleh kebanyakan portal terutama portal yang sudah di sekat ini.... maka sudah sampai masanya pembetulan di lakukan...menyekat bukan berarti takut,,,, tapi adalah lebih baik daripada fitnah yang berpanjangan..... hak saya untuk mengatakan semua ini fitnah semata... sekuat mana saudara rasakan ini adalah fakta belaka..... selamat menempah ruang di neraka buat kamu jika kamu bersalah... jika kamu benar... tahniah.... syurga buat kamu..InshaAllah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 10:37 AM

saya pun mcm kamu Din. jarang sgt layari SR. cuma baru2 ni je sbb nk tengok kapal Tatoosh. tp kerajaan terdesak nk sekat seolah2 SR satu ancaman besar kpd negara (najib?).
sekat ke tak sekat ke saya tetap juga nak tahu apa tu "units...just units"....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 10:55 AM

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 11:07 AM

Ini lah kerajaan yang konon kononya terbuka .. masuh ISA nak mansuh akta hasutan. KAH KAH KAH KAH. Baru tau kenapa perlu teruskan akta akta cuma perlu bila mana PM Malaysia / seorang pahlawan bugis terpaksa hadapi ancaman dan serangan bertubi tubi. Adakah seorang PM lebih penting dari sebuah negara ???

KEPALA HOTAK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 11:15 AM

Kalau paid blogger cakap semua yang mahal. Pro Najib blogger semua kena yang extra cost, al maklum bab Najib kalau tak pakai duit mana blh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 11:18 AM

Tak sangka saberi chik yg slama ni disanjung baik di kalangan rakyat kemaman telah jd sebodoh kera disepohon kayu daunnya rimbun lebat buahnya apalah guna hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.
Kalau ckp bab agama berbuih mulut tp bab terima kenyataan dia jd org bodoh yg skola tinggi.
Tak apa bos..teruskan kebodohan mung saberi. Pru 14 kita tengok org kemamang buat apa. Jangan ralek sgt saberi. Jgn ingat smua org seronok baca SR. Org tak pernah baca SR pun stat benci kau. SR bkn ukuran, isu top up lama dh membusung...jgn seronok sgt jd pengampu pak saberi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 11:20 AM

Sekat salah tak sekat salah, apa pun undang 2 membenarkan sekatan dilakukan. Negara lain juga melakukannya dari masa ke semasa. Istiqamah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 11:38 AM

Banyak cara boleh...guna proxy. X pun blh msk fb dorang

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2015 at 1:09 PM

Din, najib dan rosmah sudah kecut dengan kebangkitan rakyat. Mari semua bagi penerangan kepada mereka yang tinggal di luar bandar akan betapa borosnya first lady dan lakinya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 1:34 PM

Sekat...

Saman??? Tak berani pulak.

Nampak sangat takut dan rasa bersalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 1:35 PM

Pada permulaannya kita fikir pimpinan Ah Jib Gor akan membawa pembaharuan dalam kerajaan Malaysia dan juga kepada rakyat Malaysia dengan sikap LIBERAL nya tapi rupa nya sebalik itu.

Bila NEP di hapuskan dan cogankata 1Malaysia di wujudkan,the 'wind of change'is here to bring us into the new millinium that would benefit semua rakyat tetapi lepas melihat keputusan PRU lepas baru kita sedar betapa BODOH nya strategi Ah Jib Gor.

Seperti empire Roman dahulu,kemuncak tamadun mereka ialah corruption menjadi kebiasaan,dimana jawatan2 Senator boleh di BELI by the highest bidder aje. Dengan pengaliran duit yang dikebas dari 1MDB ke tangan Ah Jib Gor dan kemudian di agih kepada orang2 bawahan MAKA wujud balik lah sistem Fuedalistic di negara ini,dimana ahli2 politik UMNO no longer fight or voice their opinion for the RAKYAT but to SERVE their master interest aje.,maka 'democracy'di kopromi kan.

Ah Jib gor's leadership has taken us back into the dark ages,and his Ministers are CREATING the environment for ÍT'.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 2:19 PM

Hanya tukar ke open dns macam Google punya, 8.8.8.8 atau 8.8.4.4

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 3:10 PM

isu dia bukan boleh access ke tidak.
nak access banyak cara. paling mudah. pakai online proxy.
google je free online proxy.

isu utama dia adalah. kenapa disekat? sarawak report belum dibicarakan/didapati bersalah.
tapi sekatan website tu, tertera "kandungan melanggar undang undang negara".
sarawak report sudah bersalah dan dihukum oleh kerajaan sedangkan siasatan dan perbicaraan belum buat.

macamana dengan mantra favourite najib sebelum ni?
jangan tuduh melulu. jangan buat keputusan melulu, tunggu audit (walaupun audit tak bagi orang baca pulak), tunggu siasatan dan sebagainya.

kenapa bila pihak yang tidak pro najib/1mdb, cepat je kena ban? betul pulak tindakan yang dibuat tanpa siasatan dan pertuduhan rasmi?

that smacks hypocrisy. hipokrit ni bahasa orang putih. bahasa arab dia munafik. so, tak payah la datang buat lawak seram ugut syurga neraka kat sini. pegi cakap dekat najib tu dulu.

sama macam ada blogger pro najib terbitkan satu artikel suruh tony puaka letak jawatan pac sebab dituduh bersubahat dengan justo. aku setuju je puaka letak jawatan. tapi saranan sama kena bagi kat najib. bercuti sementara siasatan 1mdb selesai. tak boleh pulak. sebab belum sahih najib bersalah.

kelakar seram betul budak najib nih. patut la najib cakap bangang.


isu justo bagai tu tak menjejaskan persoalan kat sini.
persoalan kat sini, orang kutip dari jawapan najib, husni, 1mdb, arul kanda, rosmah dan lawyer rosmah.

bukan dari justo, sarawak report, wsj etc.

itu pun tak berjawab. dari najib sampai lah ke reading man dan keris berayon.

datang setakat nak buat lawak hydrogen fuel. tak payah lah. pegi sekolah dulu.
jangan dok buat kelakar seram.

jangan la datang sini kemudian dok cakap nak fakta atau fitnah bagai. kecuali kalau korang nak nampak bodoh, sebab aku dah cakap, soalan tu datang dari jawapan najib, husni, arul, 1mdb, rosmah dan lawyer rosmah.

kalau jawapan najib, husni, arul, 1mdb, rosmah, lawyer rosmah, korang fikir masih salah atau bukan fakta atau fitnah. korang pegi lempang diorang dulu. sebab apa bagi jawapan fitnah.

ada faham?

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 3:49 PM

apa sudah jadi din..pahlawan Bugis sudah kecut ke? Zaman Tun M dulu pun teruk Tun M kena belasah lalu internet ni...mahafiraun dan mcm2 gelaran lagi Tun M diberi..tapi takde pulak Tun M gelabah nak sekat akses sana sini? Sebab apa? Sebab Tun M tahu yang dia membuat sesuatu yang betul dan tidak ada apa2 yang cuba disembunyikan.....

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2015 at 4:24 PM

Salah guna kuasa masuk syurga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 4:45 PM

Tada manusia kebal dr dosa ....
Yg kebal dr dosa mungkin orang yg selalu mencari kesalahan orang lain .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 4:49 PM

Jika kamu salah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 4:51 PM

Sekat tu hilang telur la. Tak leh jawab. Kalu fitnah, dah lama dah orang tahu. Macam orang fitnah tdm, kita tahu blogger penyokong ahjibgor buat fitnah. Kita tahu orang pas buat fitnah ke umno. Kita bukan bodo macam pahlawan booogis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 5:34 PM

well said jiwa kacau.
contohnya sapa yg cakap "units..just units".
dah tentu bukan SR...

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2015 at 5:44 PM

Nampak sangat geng lanun dah goyang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 6:14 PM

artikel baru dari chedet.cc

3. What we do know now is that I had openly called for his stepping down. No conspiracy. Just open declaration to the whole nation that I would like to see Najib cease to be Prime Minister.

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 7:01 PM

adakah ini saja yg patut kit buat...tadak jln laen kew...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 7:52 PM

1mdb adalah satu sykt yg menolong golongan bumiputera,membina umah dan islam,adil dan saksama.Dsn telah melakukan yh terbaik untk rakyat malaysia.Sapu ke,songlap ke! Kak Mah ke belakang kira.Rakyat di miskin kan,kroni di kayakan .Biar rugi billion2 juta2,tapi masyuuk..Bn parti yg amat Agong di seantero dunia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 7:59 PM

Dsn kata,saya akui 1mdb mesti ditambah baik,untk mengelakan kerugian yg berulang.Yg pi gatai buat 1mdb tu buat apa? Apa kejadah yg punasihat2 buat,mkn gaji buta ke?? Setakat buat projek billion2 tp rakyat susah..Pi resign sudah..Menyusahkan aje..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2015 at 8:07 PM

Saya org Umno.,tapi dah x percaya dan menyampah kat Umno.Time nak pemilihan baru la tgk org bawahan,time senang muka hidung pun x nmpak.1mdb,gst tinggi,brg mahal,membuatkan saya lagi mentampah nyampah.Banyak skandal la.

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2015 at 1:32 PM

sekat sbb takut la tu...takut makin byk tembelang pecah..
tp rakyat xbodoh..rakyat xbodoh....
pikir ikut logik akal..kalu betul xsalah knp xsaman je SR? takut sbb t byk lagi isu akan kluar kot..bila dh nk saman menyaman kene naik mhkamh..main guna bukti bagai..mesti la kerjaan makin takut...so..diorg pilih tuk sekat shj..hihi..

# kat kedai kg saya jual to4 rm5.60...bkn rm5.30..bile ty tuan kedai..dia ckp sbb gst..xlogik akal..baik beli 7-11 rm5.30..beli seminggu 3kali..dh najib dpt duit saya rm0.60 seminggu..klu sbulan..? setahun? tu tuk seorg..klu 10 org..pergh..masyuk...

# ramai org umno kg saye ni bpaling tadah..tp xkurg jgk yg still SETIA..ah..setia...diorg kate :

" gst,baik tuk kita..xsusah pun..mhl brp sen la sgt..pah tu 1MDB tu kate nye duit tuk bg rakyat jgk..yg mu amek Brim tiap2 tahun tu...bodoh.."
- kurang asam punye JKKK !!! ikut ht lempeng kepala dia tu! dh la duit zakat maidam pun dia syok bagai mcm dia punye harte...bagi ikut suke ht dia nak je..yg OKU tlantar pun last skali dpt..tu plk nk suruh org heret OKU tu g bank..patut ke..?
---masih ada lagi yg kekal setia pd najib..jd kite semua ht2 bila bercakap

Post a Comment