........... Kos Option IPIC Bernilai USD2.22 Bil ! ? Merepek la... Tapi Buktinya Ada | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kos Option IPIC Bernilai USD2.22 Bil ! ? Merepek la... Tapi Buktinya Ada

Thursday, July 23, 201521comments


Dah lama rasanya tak komen bab 1MDB secara khusus. Ramai yang dah baca artikel yang dikatakan sebagai yang terakhir TheEdge mengenai isu 1MDB. KLiK. Pihak Task Force khabarnya akan siasat juga semua dokumen yang telah diserahkan oleh TheEdge.

Buat artikel ini saya cuma nak sentuh satu bahagian kecil dari artikel itu, iaitu berkaitan dengan OPTION IPIC ( Aabar ) yang terpaksa dibayar/ditebus oleh 1MDB. Mereka yang mengikuti blog ini pasti ingat yang saya dah lama bertanyakan tentang Option ni. Antaranya - KLiK.

Yang paling sering saya ulang tanya adalah - Berapa sebenarnya JUMLAH KOS yang perlu dibayar oleh 1MDB untuk tebus balik Option ni ? Apakah sudah habis dibayar atau masih ada baki lagi ?

Saya copy bahagian berkaitan Option itu di bawah.

Untuk refresh balik, pada tahun 2012 1MDB ada buat pinjaman ( jual Bon ) USD3.5 bil melalui Goldman Sachs tapi sebab orang dah tak berapa nak percaya pada 1MDB, terpaksalah 1MDB minta tolong syarikat dari AbuDhabi, IPIC ( Aabar adalah anak syarikatnya 100% ) untuk jadi penjamin.

Selain dari charge yang terlalu tinggi dari biasa yang dikenakan oleh Goldman Sachs ( salah satu persoalan dari Tun Mahathir ), 1MDB juga terpaksa buat perjanjian lain dengan IPIC. Ada kos lain juga kalau nak minta orang lain tolong jadi penjamin.

Perjanjian antara 1MDB-IPIC itu tidak pernah didedahkan jadi kita tidak tahu sepenuhnya terma2 yang mengikat 1MDB. Tapi dari apa yang telah 1MDB sendiri nyatakan sedikit demi sedikit, kita tahu bahawa ia melibatkan  deposit sebanyak RM4.2 billion yang dipegang oleh IPIC. ( Berapa lama dipegang dan siapa yang dapat faedah dari deposit sebesar itu, wallahualam ) DAN OPTION kepada IPIC untuk memiliki/membeli 49% daripada IPP yang dimiliki oleh 1MDB jika disenaraikan. Option itu adalah untuk 10 tahun.

Maknanya, dalam tempoh 10 tahun, IPIC bila2 masa saja boleh beli 49% pegangan IPP milik 1MDB. ( tobat bengong siapa yang setuju dengan syarat2 deposit dan option sebegitu ! )

Dari Laporan Kewangan 1MDB berakhir 2014 ada dinyatakan pada mukasurat 172 bahawa 1MDB dan Aabar ( yang dimiliki sepenuhnya oleh IPIC ) sain perjanjian untuk batalkan Option itu pada Mei 2014 tapi tidak ada sebarang maklumat lain. 

Seiring dengan itu, 1MDB buat satu pinjaman USD250 juta pada bulan yang sama ( Mei ) dengan alasan untuk bayar balik Option itu.

Pada mukasurat 171 Laporan Kewangan sama, Aabar tulis surat pada 2 September 2014 kata nak tamatkan Option sama sepertimana yang dipersetujui pada bulan Mei. Juga tidak ada maklumat lanjut.

Sama juga seperti bulan Mei, seiring itu 1MDB buat pinjaman USD975 melalui Deutsch Bank untuk bayar Option itu.

DAN semua orang pun tahu yang dana dari Cayman yang telah ditebus buat kali pertama, ada dinyatakan antara lain tujuannya untuk bayar Option IPIC/ Aabar. Ini dinyatakan oleh Pengerusi 1MDB sendiri. Sampai sudah tidak dinyatakan berapa banyak yang dibayar dari nilai USD1.22 bil yang ditebus itu kepada IPIC.

Dan ini maklumat baru dari artikel TheEdge di atas - dinyatakan USD993 juta dari dana yang ditebus dari Cayman dibayar untuk tebus Option itu pada November 2014.

Tidak dinyatakan dari mana TheEdge dapat angka itu dan saya harap 1MDB dapat berikan pengesahan. ( eleh, macamlah 1MDB nak layan .... ) Mungkin dari Laporan Kewangan 1MDB juga kot.

Sebabnya saya tumpukan pada benda ni adalah kerana OPTION ini MEREPEK !!

Serius beb .... tak masuk akal langsung ! Jumlah ketiga2 bayaran itu adalah 250+975+993 = hampir USD2.22 bil ! Takkanlah sebegitu tinggi kos nak tebus Option ? Gila .....

Saya tulis balik ..... Nilai pinjaman               USD3.5 Bil
                                Kos tebus Option         USD2.22 bil
                                Deposit (RM4.2 bil )     USD1.1 bil

Jadi berapa baki yang dapat kepada 1MDB dari pinjaman asal USD 3.5 bil ? - Takkanlah USD0.18 Bil  atau USD180 juta ??

Eh, itu belum tolak caj yang dikenakan oleh Goldman Sachs !! Bagaimana dengan kos FAEDAHnya ?


TheStar 11/11/2014

Kalau mengikut TheEdge, jumlah ketiga2 bayaran itu USD2.22 bil adalah untuk menutup lubang keseluruhan dana Cayman !! Kebetulan nilainya hampir sama iaitu USD2.32 bil.

Pening beb kalau nak layan ..... makanya saya lebih suka stop sehingga bab Option saja. Samada Option itu samaran untuk belanja lain ( contohnya nak tutup lubang Cayman atau apa ke ), itu kita tolak tepi dulu.

Saya cuma nak tahu - Berapa jumlah yang telah dibayar untuk 1MDB tebus OPTION itu ? Apakah sudah habis dibayar atau akan ada lagi pinjaman baru untuk tebus option ? Berapakah jumlah sebenar yang perlu 1MDB bayar untuk tebus option itu ?

Lagi baik kalau 1MDB dapat dedahkan perjanjian penjamin 1MDB-IPIC, bahagian yang ada sebut Deposit dan Option sebab terlalu merepek perkara ini. 

Option itu dah jadi macam satu nota hutang (IOU) pula. Sesiapa pun kalau diberi pilihan antara dapat billion2 jika batalkan Option yang diberi ATAU keluarkan duit untuk beli saham seperti disebut dalam Option, pasti mereka akan pilih untuk batalkan ! Dapat duit free....

Ini bukan fitnah tapi angka2 itu dapat dari akaun 1MDB sendiri. Kan lebih baik 1MDB sendiri yang jelaskan. Tak perlulah guna askar2 yang akan jawab secara tak resmi. Kita nak jawapan yang official, yang tak boleh ditarik balik.

Untuk rekod, 1MDB tidak pernah dedahkan sepenuhnya hal Option ini. 

Dari TheEdge -



Covering The Hole:
1. In 2012, the International Petroleum Investment Corp (IPIC) of Abu Dhabi was  given an option to subscribe to 49% of the future listing of the power assets owned by  1MDB. Tis 10-year option, which was later transferred to IPIC’s associate Aabar Investments, was for co-guaranteeing two bonds totalling US$3.5 billion that 1MDB issued.

2. In May, 2014, 1MDB and Aabar signed an agreement to terminate the options. This was stated in Page 172 of 1MDB’s FY2014  accounts but no details were given.

3. In page 169 of the FY2014 accounts, it was stated that 1MDB had obtained a bridging loan of US$250 million to buy back the options.

4. In page 171, it was stated that on Sept 2, 2014, Aabar had written to 1MDB that it wished to terminate the options according to the terms set out in the agreement signed in May. Again, no details were given.

5. 1MDB has never given out enough de-tails of the terms and costs of terminating  the Aabar options. But 1MDB appeared  to have paid Aabar the following as ter-mination costs:

i) US$250 million paid in May, 2014
ii) US$975 million paid in September, 2014  via a Deutsche Bank loan
iii) US$993 million paid in November, 2014 via a partial redemption of the Cayman SPC funds.

6. This adds up to a total of US$2.22 billion.

7. The scheme to cover the US$2.32 billion hole at the Cayman SPC is by paying Aabar US$2.22 billion as option termination fee.  Aabar then passes the money to the Cay-man SPC from which 1MDB would then be able to redeem the money, thus covering the money that was already gone.

8. The termination fee totalling US$2.22 billion that 1MDB paid to Aabar between May and November, 2014 was, however, not reflected in the FY December, 2014 of IPIC (which owns 100% of Aabar) as income or revenue. There were no such entries in IPIC’s accounts. This reinforces our analysis that the termination fees paid  to Aabar were in reality used to cover the  hole at the Cayman SPC


PS - Jika mereka yang didakwa berkonspirasi untuk menjatuhkan Najib @ Kerajaan melalui pendedahan 1MDB itu dilabel sebagai PENGKHIANAT, bagaimana pula mereka yang bersekongkol membuat urusan perniagaan yang meragukan, bernilai billion2 duit rakyat hingga menjahanamkan ekonomi negara .... tidakkah mereka juga boleh dilabel sebagai PENGKHIANAT ? Yang menyokong pula ?

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 8:14 AM

Salam bro Din . Nk tanya dokumen yg gunakan ni udah diubah Suai ke belum. Ori atau tak ori. .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 8:24 AM

bro din, sorry lari topic.

tp timbul balik penggubalan undang2 akta keharmonian national lagi gara2 kes low yat.

minta bro din kupas lagi org kita x sedar. dlm paper pn column kecik je. nnt tiba2 dh termaktub. kita wajib tolak undang2 yg didraf para liberal. kes najib satu hal now bende ni plak. byk bende merepek dgn najib ni. dia mmg kene undur. org melayu x boleh nk tarik nafas lega kalau malaun ni remain pm.

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 9:33 AM

Pelik tapi benar!
Bertanya skrg menjadi KESALAHAN....

Apa sangat yg ada pada najib yg perlu d pertahankan sedemikian rupa?
Kenapa perlu d sokong sedangkan bukti serta pembohongan jelas?
Tiada konspirasi....cuma alasan utk menjawab fakta.
SUPERKHIANAT boleh kot....utk menyokong penipuan ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 10:51 AM

Pening bro nak faham... senang kata mcm ni lah... penipu tipu penyangak tipu perompak lps tu tipu penipu... najib2 alahai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 11:58 AM

Yg menyokong pula kaki jilat sj bro tak terfikir nanti anak cucu mungkin mkn pasir.dpt seposen dua posen dr najibpun sudah cukup buat kenyang perut srhari dua.apa punya org hati mcm menatang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 12:09 PM

Bang, den tak paham kos tobus opsyen tu lah. kalau full settlement den biaso dongar. corai tobus balik pun ponah dongar gak. tapi kalu yg ado opsyen tu den minto pencorahan skit. timo kasih.

nota: Yg bersekongkol tu pengkhianat + lakhanat! hee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 12:58 PM

Bila najib nak resign?

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 2:03 PM

Saya berikan satu analogi mudah untuk mereka yang susah nak faham bab Option ni ....

A nak buat pinjaman 10k nak beli teksi tapi terpaksa cari sorang penjamin kerana bank tak berapa nak percaya kepada A. Jadi A minta tolong B untuk jadi penjamin.

A dan B buat perjanjian penjamin :
1 - B sebagai penjamin akan pegang 3k sebagai deposit selama mana tempoh pinjaman.
2 - B diberi pilihan selama 10 tahun untuk beli 49% saham syarikat teksi A. Maknanya selama 10 tahun, B sudah booking 49% saham teksi A dan A terpaksa jual jika B kata nak beli.Tak boleh tolak. Umpama caveat, A tak boleh buat apa2 dengan 49% syarikat teksinya selama 10 tahun. kena rezab untuk B kot2 B nak beli.

Lepas 2 tahun, A dan B setuju nak hapuskan option/booking yang dimiliki oleh B itu.TAPI A kena tebus/bayar B !

masalahnya tidak diberitahu berapa banyak yang perlu dibayar kepada B untuk tebus balik hak option/pilihan itu. A telah buat 3 kali bayaran berjumlah 6k atau 60% dari pinjaman (10k) hanya untuk tebus balik option/pilihan yang dimiliki B itu !

Makanya kita tanya, kenapa merepek sangat perjanjian option antara A-B itu ? Benarkah wujud option itu atau hanya samaran untuk A pakai duit tanpa pengetahuan bininya ?

Sebab option itu bukan satu barang yang kita boleh nampak bila dibayar. Ia cuma satu bentuk HAK UNTUK BELI SAHAM yang dimiliki oleh B.

Kalau anda dipihak B, apakah anda akan gunakan Hak/option itu dengan keluarkan duit untuk beli saham teksi A

ATAU anda batalkan dan anda bakal dapat 6k cash secara percuma !!?

Nampak kenapa kita patut minta penjelasan mengenai Perjanjian Penjamin A-B kerana ianya terlalu merepek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 3:09 PM

Ponyamun ikut law namonyo ni!
Kiro macam bawak keto ...lesen sumo cukup ..bawak pun ikut speed limit. tapi pinjam keto abah x mintak izin. poei mano pun x bagitau. dongan sapo pun xtau. Bueknyo keto tu eksiden ko kono rompak ko ...kan susah. bagilah alasan macam mano pun ...boleh cayo ko. yang menanggungnyo abah eh jugak.

timo kasih bang. corah sangat dah tu.

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 3:31 PM

Sorry bro Din.Kali ni saya sokong 1MDB.Pada pandangan peribadi saya,bro Din x faham apa itu option.Biar saya tolong 1MDB jawab soalan2 bro Din:

1)Berapa jumlah yang telah dibayar untuk 1MDB tebus OPTION itu ?
2)Apakah sudah habis dibayar atau akan ada lagi pinjaman baru untuk tebus option ?
3)Berapakah jumlah sebenar yang perlu 1MDB bayar untuk tebus option itu ?

Hanya 1 jawapan jer:
1MDB x wajib tebus option yang dijual kepada IPIC.

Sesape yg x tau option tu ape biar sy explain:

Secara mudahnya option ni macam insurans-pihak penjual menjual janji kepada pembeli option untuk membeli aset pada harga spesifik dalam tempoh masa tertentu.Contohnya dalam saham.

Secara spesifik,maksud option ialah kontrak yang memberikan hak kepada pembeli aset yang spesifik pada suatu harga yang ditetapkan oleh penjual.Pembeli option tidak wajib membeli aset daripada penjual.

Andaikan saham ABC pada hari ini di niagakan pada harga RM50.00 seunit.Anda menjangkan saham ABC akan meningkat sehingga RM100.00 seunit.Anda boleh membeli option pada harga yang spesifik contohnya RM60.00 seunit saham.Harga spesifik ini dipanggil strike price.

Mengunakan option anda boleh membeli option RM60.00 daripada penjual option dengan membayar premium kepada penjual option.Katakan penjual menjual option dengan harga rm2.00 seunit dalam jangkamasa 90 hari.Dalam contoh ini:

1)Penjual option mendapat keuntungan RM200.00 dengan hanya menjual janji kerana bilangan unit minimum yang boleh dibeli ialah 100 unit (1 lot).Penjual untung RM200.00.

2)Sekiranya dalam masa 90 hari,andaikan saham ABC meningkat sehingga RM100.00,anda berhak membeli 1 lot saham ABC dengan harga RM6000.00.Anda boleh memilih untuk menunaikan hak option anda atau tidak.

Sekiranya anda menunaikan hak anda,anda boleh menyimpan atau menjual saham anda pada harga pasaran.Anda untung dan penjual option rugi.Anda memiliki saham yang bernilai RM10,000.00 dengan kos RM6200.00:

Kos premium:RM200 (1 premium berharga RM2/unit)
Strike price:RM6000.00 (Seunit saham berharga RM60.00)

3)Andaikan selepas anda membeli option saham ABC ini,saham ABC terus menjunam sehingga RM20.00 seunit.Anda boleh membeli seunit saham daripada penjual option dengan harga RM60.00 walaupun ianya bukan tindakan yang bijaksana.(Penjual option untung RM200.00 dan anda rugi RM200.00 untuk kos premium)

Kelebihan option ialah memberikan anda pilihan untuk mengawal sejumlah aset dengan harga yang kecil.

Dalam konteks 1MDB ni,urusniaga option tidak didedahkan kerana terdapat 2 jenis option iaitu:

1)Option Call - hak membeli sesuatu aset dengan spesifik dalam tempoh masa tertentu kepada pembeli

2)Option Put - hak menjual sesuatu aset dengan harga spesifik dalam tempoh masa tertentu kepada pembeli

Berikut merupakan peranan penjual/pembeli kedua-dua kategori option ini:

Penjual Call-Kewajipan menjual aset pada harga strike
Pembeli Call- hak membeli aset daripada penjual dengan harga strike

Pembeli Put - Hak menjual aset kepada pembeli dengan harga strike
Penjual Put - Kewajipan membeli aset kepada pembeli pada harga strike

Dari segi risiko kedua-dua jenis option ini:

1)Pembeli mempunyai hak untuk membeli aset pada harga strike namun tidak wajib membeli aset

2)Penjual menanggung risiko tidak terhad kerana harga aset boleh meningkat


Dalam konteks 1MDB ni berlaku senario di bawah:

1)1MDB menjadi penjual options iaitu pihak yang menjual 49% aset 1MDB (IPP) dengan harga premium pada harga strike

2)IPIC menjadi pembeli options-pihak yang berhak membeli aset 1MDB (IPP) dengan harga strike dalam masa 10 tahun selepas membayar harga premium

Harga IPP yang dijadikan aset dalam urusniaga option ini dalam masa 10 tahun menentukan sama ada 1MDB akan untung atau rugi.

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 4:34 PM

Terimakasih Panduan Asas di atas penerangan mengenai Option.

Tapi apakah yg dimaksudkan option dalam kes 1mdb-ipic ini berupa Option dlm kamus Saham atau hanya Option dlm bahasa biasa ( atau sekadar pilihan ) ?

Sebab itu 1mdb harus perjelaskan dan dedahkan Perjanjian dengan ipic semasa sain kontrek penjamin dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 4:51 PM

Apapun ke he nya bilion2 knpa tlah ke ipic.meniaga apa 1mdb tu.bilion2 pulak ke akaun najib.aduhai.apa tak enjoy katak bini borosnya.sekarang menjadila najib muka cam kodok sbb asyik pangil ong ong ongkos.tungu masa nak mati penyet mcm kodok agaknya.disuruh berundur cara baik tak nak pula.sampai dah kena siasatpun nak juga jd berkuasa dgn muka bilion2nya.tgok sj la sampai bila bilion2nya tu dpt berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 5:57 PM

Ok...kata benar sangatlah teori kau ni.....kenapa buat secara sembunyi2 tanpa pembentangan parlimen?
Terlalu banyak ruang kebocoran aliran tunai...yg mana mungkin d sengaja kan utk memudahkan cara ? Sektor koporat mana yg tak berbelit...kan? Tujuannya? Logiklah jlo dan teamnya buat begitu....akhirnya yg carry baby tu....NEGARA....tepatnya rakyat lah. Few billion bro compared ngan BRIM....500?
Bijak2........sayang hidup tak berkat!
INI LAH FAKTA NYA.

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 7:03 PM

Bro din.. mmg aku tak paham sikit habuk benda ni..
Tp bro din next blh tak tulis berkenaan kesenyapan najib atas issue ini? Bg saya dia terlalu senyap.. tak defensive mahupun offensive.. adakah sedang membuat documents atau creative accounting? Atau persediaan utk lari? Atau dia tunggu rakyat lupa tanpa buat apa2? Lg satu report PAC semua bg kat menteri kewangan i.e. pm i.e. tertuduh... how come? Aku dah naik heran dgn malaysia ni... mcm benak sgt jek..

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 7:27 PM

@dinturtle

Selain dari IPP,macam ada aset lain yg disembunyikan dari pengetahuan orang lain.1MDB patut dedahkan untuk tujuan apa IPIC bayar premium sampai 4.2 billion tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2015 at 9:18 PM

Awat terlalu payah sangatkah bagi mereka-mereka yang berkempentingan dalam 1MDB bagi menghurai pertanyaan yang ingin diketahui oleh rakyaat Malaysia.Adakah GST diujutkan bagi menampong hutang pituang yang melanda 1MDB?.Setiap penghuni di bumi Malaysia sekarang ini tiap-tiap hari bayar cukai,tak kira manusia atau pun binatang peliharaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 1:02 AM

http://www.ipetitions.com/petition/malaysia-boleh-say-no-to-lanun

:)
django

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 5:32 AM

Amboi...panjang lebar komen.

Tp soalan aku pendek je...apsal segala bagai option tu dibuat senyap2 tanpa melalui parlimen?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 5:34 AM

Gst mmg confirm nak tampung hutang2 semua tu..yg puncanya dari kebodohan 1mbd dan pemimpin2 yg bangang. Ini mengikut andaian logik aku la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 2:10 PM

Skrg persoalan 1mdb diketahui oleh rakyat..dan sekarang rakyat mau tau jawapannya sebab duit 1mdb itu duit rakyat....bukan pemimpin2 pembangkang or Tum M je yg mau tau jwpnnya....berilah jawapan sdgera dan tepat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2016 at 1:56 PM

Salam...ini urusan pihak policy maker...!!!
Hak rakyat masa "PILIHANRAYA UMUM/GENERAL ELECTION"...
Ketika saat ini,kita sebagai rakyat hanya tunggu & lihat..
Antara pemerintah & pembangkang..
Kuasa rakyat hanya jika ada"PEMBERONTAKAN"..
Itu pun spt..x cukup makan/kebuluran, bunuh membunuh rakyat e.g.Syria,Iraq ..
Sekadar bising tepi macam tonton bola sepak piala malaysia..nak buat apa...!!!!
Tempoh 3-5thn adalah perjanjian rakyat dan parti2 bertanding..
Cara nak menang...atas bijaksana ..masing2..
Kesimpulanya...usah bising2...???
Buat kerja masing2..
Masa pilihanraya umum nanti cubalah jadi calon...
Cumanya..perkembangan terkini telah mula ada parti baru..
Bermakna mungkin parti besar,parti tua akan punah...???
Maka ..mana ahli parti besar/tua akan pergi..jika rumah mereka mula reput,senget & nak runtuh..!!!
Kali ini..betul2 syok pasal parti tua nih..bertahan atau hancussss
"EVER..EVER..EVER..& FOREVER.."..

Post a Comment