........... Kemelut Najib Billion2 - Keutamaan Najib Perlu Dapatkan Kepercayaan Rakyat Terlebih Dulu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemelut Najib Billion2 - Keutamaan Najib Perlu Dapatkan Kepercayaan Rakyat Terlebih Dulu

Monday, July 6, 201530comments

Tidak banyak perkembangan hari Ahad ini kecuali kenyataan2 dari Najib -

"Sehari dua ini, mereka telah membawa macam-macam berita. Saya telah menjadi mangsa kepada serangan mereka secara bertubi-tubi kononnya saya songlap duit yang besar.

"Saya berterima kasih kerana ramai juga menyatakan bahawa mereka tidak percaya (songlap duit),"


Najib juga berkata pembangkang telah menggunakan media sosial memainkan isu bagi mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin BN. Beliau berkata media sosial kini bukan lagi mencari kebenaran tetapi membawa berita terkini tanpa mengira ketepatan dan kesahihan laporan yang disiarkan.

"Matlamatnya bukan untuk mendedahkan kebenaran tetapi untuk mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin.

"Ini bukan untuk membina akal budi rakyat supaya berfikir secara matang, mengisi minda kita dengan fakta benar sebaliknya apa yang mereka lakukan ialah ubah persepsi.


"Itulah matlamat mereka. Kalau persepsi negatif, mereka boleh tambah undi masa pilihan raya," katanya. - astroawani.


Dari Mkini - "Saya telah merujuk perkara ini kepada peguam-peguam saya dan peguam-peguam saya akan memberi nasihat kepada saya apakah tindakan susulan dalam bentuk undang-undang dan sebagainya yang boleh saya buat dalam negara dan luar negara," 

"Saya akan buat keputusan dalam masa beberapa hari lagi akan apa tindakan selanjutnya yang akan saya ambil berhubung dengan dakwaan yang cukup jahat,"  

Juga Mkini -  "Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun," 

.
                                              ********************************

Whatever lah !  Rakyat cuma nak tahu apakah dakwaan oleh WSJ dan SR itu betul atau palsu. Mereka kata bukti yang mereka ada betul dan berita itu sudah tersebar SATU DUNIA. Najib pula kata tak betul ..... jadi salah satu pihak menipu. 

Apakah harus dibiarkan penipuan itu berlanjutan ? 

Sebagai Ketua Negara, Najib harus bertindak. Tidak cukup dengan menafikan saja segala dakwaan itu. Nama Najib dan negara Malaysia sudah tercemar dan menjadi tanggungjawab Najib untuk bersihkan semula. Jika Najib berjaya, beliau akan muncul sebagai HERO.

Dari reaksi yang saya baca, memang itulah yang ditunggu2 oleh rakyat - Najib kena lawan !

Kalau tidak, siapa yang sanggup nak berGolf Diplomasi lagi bersama Najib ? Pemimpin2 negara lain pun ahli politik juga. Persepsi rakyat menjadi keutamaan seorang ahli politik.


TOP ASIAN NEWS tuh ! Satu dunia dah baca ....

Hujah pro Najib yang paling kuat sekarang adalah semua dakwaan itu berupa satu bentuk Konspirasi Kuasa Asing.  

Apakah pendedahan isu 1MDB itu satu konspirasi ?

- Ya tiada siapa nafikan WSJ, Sarawak Report ada agenda masing-masing yang kita perlu awasi. Mereka hanya buat kerja mereka iaitu menghidu kelemahan kita yakni korupsi dan pecah amanah untuk mereka ambil kesempatan ke atas keculasan dan kebodohan kita. 




Adakah ianya satu konspirasi asing? Ya.



Adakah Tun Mahathir membantu konspirasi asing? Tidak. 


Saya sudah ulaskan dulu sebulan lalu (https://goo.gl/Iwsjb9) bahawa pendedahan-pendedahan The New York Times (NYT) yang mereka sanggup terjemahkan ke dalam dua bahasa vernakular terbesar di Malaysia adalah mirip modus operandi media asing untuk menjatuhkan Suharto sekaligus menjajah ekonomi Indonesia melalui "Structural Adjustment Plan" di bawah IMF dan World Bank. 

Objektif utama: membangkitkan kemarahan rakyat jelata.

- TPPA adalah salah satu mekanisme kepada dasar "containment" ini dan Malaysia berada di tengah-tengah kancah yang besar seperti yang saya telah beri amaran setahun lalu dalam tulisan saya "Pelanduk on the Pivot: Is Malaysia 3S Ready?" (http://goo.gl/PBwxKv).


1MDB adalah keldai sekaligus kuda trojan (mule and trojan horse) untuk operasi ini melalui mekanisme perangkap hutang (debt entrapment) menggunakan "pensabotaj ekonomi" (economic hitmen) seperti yang dijelaskan oleh bekas economic hitmen, John Perkins yang sudah berlaku ke atas Greece sejak tahun 2000 (http://goo.gl/CTNRgG).



Siapakah "economic hitmen" untuk 1MDB? Goldman Sachs. 

Baca analisis menarik ini seterusnya - KLiK.


Satu lagi pembacaan menarik sementara menunggu Sahur - Why M’sian gomen so heboh over a Swiss guy arrested in Thailand?


                                                *****************************



Ada satu perkembangan menarik juga bila gambar Datuk Khairuddin bersama Clare Brown, editor Sarawak Report dijaja oleh askar2 Najib, bukan calang2 blogger sehingga RockyBru pun turut sama mainkan persepsi kononnya gambar di atas menjadi bukti yang mengaitkan segala dakwaan WSJ dan SR dengan Tun Mahathir !

Pertamanya, gambar itu diambil beberapa tahun yang lepas di dalam sebuah negara di rantau ASEAN bukannya di London.

Keduanya, Clare Brown dan suami beliau adalah sahabat saya dari London. Perjumpaan kami sekadar berdasarkan pada tali persahabatan saja. Baca seterusnya jawapan dari Datuk Khairuddin - KLiK.



Saman ! Sekarang ni semua main SAMAN jer !! Takder dah Tunggu Audit!


                                                ***************************

Terlintas satu perkara bab saman menyaman ni ...... sekiranya Najib saman WSJ dan SR di atas artikel yang didakwa sebagai fitnah itu, apakah keputusannya bakal diketahui segera ? Bila tarikh masuk court pun belum tahu apatahlagi keputusannya.  Mungkin saja makan masa bertahun2 .......

Bagaimana kalau proses mahkamah itu tidak sempat selesai menjelang PRU14 ?


Apakah nasib Umno BN nanti bila berdepan dengan pengundi dalam keadaan kes ini masih dalam perbicaraan ? Makanya pada pandangan saya, Najib dan 1MDB masih perlu buat sesi soal jawab dengan rakyat. Biarlah betul2 Nothing2Hide.

Dengan cara itu, sekurang2nya Najib dapat kembalikan sokongan dari rakyat Malaysia terlebih dahulu. Itu pastinya menjadi Plus Point bila bertempur dipentas antarabangsa kerana antara perkara yang terlebih dahulu dilihat oleh dunia luar adalah - Apakah rakyat Malaysia sendiri sokong Najib ?

Jadi hentikanlah acara menuding jari mencari kambing hitam dalam isu 1MDB. Tak laku ! Sebab rakyat nampak jelas sejelas2nya yang 1MDB sedang berdepan masalah dan ini diakui sendiri oleh Najib dan Kementerian Kewangan.

Dan jangan terus berlagak bodoh sombong dengan menempelak sesiapa saja yang tidak dapat menerima penjelasan longgar dari 1MDB sebagai pro pembangkang.

Cubalah bersikap rendah diri .... at the end rakyat adalah BOS anda. Anggaplah sesi soal jawab itu sebagai sesi penerangan antara pekerja (1MDB) dengan Bos (rakyat). Masuk akal ke kalau pekerja menempelak bos bila penjelasan dari pekerja tidak cukup lengkap ?


PS - Dalam soal dakwaan Najib Billion2, mungkin nampak mudah tapi saya setuju, kenapa tidak bank2 yang dikaitkan dengan transaksi dana itu tunjukkan penyata bank bagi membuktikan TIDAK ADA transaksi yang didakwa itu ?

Kalau pemilik akaun sendiri yang tunjuk, tidak timbul isu BAFIA. WSJ dan SR dakwa ADA masuk..... Najib tunjuk je penyata yang TIDAK ADA masuk.  Simple kan ? Ke tidak ?

PS2 - Tolong lah jangan mainkan persoalan - Takkanlah Najib bodoh sangat nak masukkan billion2 dalam akaun sendiri ..... bila teringat kes Tunai-Aset-Unit, saya nak jawab pun tak sampai hati !

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 2:33 AM

Suka sangat baca blog ni. Salah satu blog yang mesti saya kunjungi untuk dapatkan informasi politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 3:11 AM

Saperti isu Audit PAC kita tahu sengaja di perlambatkan agar Ah Jib Gor dapat buat "damage control"' sebelum ia di annouce ke public. In the mean time penyokong2 Ah Jib Gor mencari 1001 alasan untuk buang Tony Pua dlm committee tu,agar mereka dapat membuat conclusion yang memihak kepada Pahlawan Pembohong Bugis ni.

Isu saman WSJ dan SR will NEVER happen,kerana jika Ah JIb Gor mula kan nya suara pihak ketiga juga akan di panggil untuk memberi bukti dan fakta, yang could be DAMAGING utk dia. He needs to CONTAIN masalah 1MDB within dia punya control or parameter.

He will try to pretend dia lebih mula dan tak akan layan fitnah2 ini.

In the meantime Bloggers2 pro Ah Ji Gor akan cuba spin mcm2 cerita. Latest blogger tukang karut Raja Petra dah spin cerita yang ada cubaan membunuh Justo,supaya nak tutup mulut nya dari mencerita perjumpaan PA Dr M dgn dia. Secara tak langsung memberi peluang kepada bloggers pro Ah Jib Gor some room to spin. A sign of desparation!!!

Once you start lying,susah nak stop! Now Ah Jib Gor needs a BIGGER LIE to cover the previous lies!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 3:22 AM

@AnonymousTerimakasih... saya pun suka baca !

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 3:26 AM

@AnonymousSemua tu syok sendiri jer ... the real test will be PRU... adakah rakyat terima dan percaya spin cytro Najib ?

Umno kena buat survey dikalangan rakyat sejauhmana sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 3:39 AM

Tak payah buat survey pun dah tahu bro....cuba buat sampling dekat facebook ah jib gor....dekat situ pun dah boleh tahu suara hati rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 3:47 AM

No substance

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 3:50 AM

mengikuti perkembangan 1MDB sejak sekian lama dan juga tindak tanduk dan tindakan DSN menghadapi dan menyelesaikan masalah saya rasa boleh disamakan dengan pasukan bolasepakMalaysia SERANGAN TAK TAJAM PERTAHANAN KOYAK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 5:02 AM

Slm Ramadan
Apakah motif pengasas ArabMaysian bnk d tembak mati pada pagi buln Ramadan 2013 ?????????

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 5:55 AM

DS Najib dan isu berkaitan dengan wang.

1)Masa jadi Menteri Pendidikan-PTPTN di perkenalkan.
2)Masa jadi Menteri Pertahanan-isu jet hilang dan komisyen kapal selam
3)Masa jadi PM-isu 1MDB

Memang kesian kat DS Najib kalau kena fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 6:13 AM

Selamat Subuh Pak Din..
Apakah kebetulan awal tahun ni CEO Ambank resign secara agak mendadak, CEO Affin juga sama dgn dinasihatkan meninggalkan bank lebih awal dari tempoh tamat kontraknya (ada soksek terdapat ketak-serasian dengan beberapa pengarahnya). Juga CEO RHB Bank...

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 6:31 AM

@Anonymousaduuuuh.... gi komen kat blog lain la, minta diorang yang cek !! Malas saya ....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 6:32 AM

Wow !! Interesting..good question anon@5.20am

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 6:43 AM

salam,
pemilihan dalam umno perlu diteruskan. melalui cara ini, maka ahjibgor akan dapat sokongan penuh ahli umno. buat la apapun, ahli umno akan sokong anda. rakyat yang sokong bn tak pasti la lagi nak terjun ikut presiden umno. yang pasti penyokong pembangkang tak berubah hati walaupun pemimpin ulama pas kata tak logik, yang rugi, pastinya bn dan umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 6:56 AM

Umno perlu gulung tikar sebelum rakyat bakar tikar buruk berlubang penih dengan kutu dan pijat. Rakyat mahu karpet yang baru.

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 6:58 AM

@AnonymousTang 'karpet' tu slow sikit ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 7:18 AM

pada saya najib bersalah.

najib tidaklah cerdik sgt. bila seorang sudah berkuasa songlap duit x hengat dh lama. bila dh naik tocang u get so arrogant as to not even fear the law anymore. Dia x sangka org akan dedah kegiatan account dia. well thts the kind of pm kita ada.

senang saja bank hanya perlu nafi. reaksi dia tunjuk gelabah maksudnya ada benarnya. kenyataan dia TIDAK menafikan betul2. seperti 1mbd dia hanya jawab pusing2 kata x amik utk peribadi. jadi mungkin masih amik utk apa dan sapa?

saya sependapat dgn bro din. najib announce nk saman hanya nk dptkan kemenangan moral. walaupn dia akan kalah kita xkan tau mungkin makan masa setahun. kalau dia pakai taktik anwar tangguh demi tangguh ntah bila baru selesai.

bila mereka menyaman, segala maklumat tidak lagi menjadi privilege pada rakyat jelata, maka sudah berkesan menutup mulut AWSJ. itu sajalah tujuan najib.

well kalau Allah masih sygkan msia, Insyallah ade intervention.

melihat hishamudin dan zahid masih menyokong najib kita ade sbb utk berfikir bahawa najib mungkin masih ada senjata utk digunakan. sekiranya tidak mereka dh lama menjauhkan diri. kj sudahpn berada di tgh2.

muhidin... muhidin sentiasa menghampakan bila kita mengharap tindakan dia. wallahualam saya pn xtau apa dia akan buat.

kalau dh x berminat bersara sajalah tan sri.

melangkah 10 tahun lagi umno masih penuh dgn org x guna corrupt dan tidak bersemangat a ba dan ta. tp one step at a time.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 7:19 AM

Aneh betul. katanya fitnah... tp x bley nk settle lg. Rasanya najib ni dh jem kot. Nk tengok aras kecerdikan & kepakaran DSN tengoklah CASH-ASSET-UNIT. Sedey beb....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 7:32 AM

Saudara Din,

Mana boleh Najib letak duit beliyon2 dalam personal account dia.

Bukan ke dia kata BNM banyak kerenah bila nak bawak masuk duit lebih kat dalam negara.

Tu lah sebab alasan kukuh beliau untuk simpan duit cayman kat singapore kan..

Tetiba lak ada kisah duit beliyon transfer ke acct dia. Takkan zeti tak bising..

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 7:37 AM

@AnonymousBab BNM ni saya pun tertanya juga.... mustahil BNM tidak tahu transaksi sebesar itu berlaku. Kenapa BNM tidak nafikan saja terus jika perkara itu tidak berlaku ?

Ni bukan zaman kena buka file lama, cari secara manual.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 7:44 AM

Din, Yang membimbangkan saya ialah terdesaknya Najib menyebabkan Najib tertekan dan hilang pertimbangan. Zionist yg mahu Malaysia tandatangani TPPA akan menggunakan jarum dan kuasa ekonomi mereka utk selesaikan najib dan menyebabkan najib tidak ada pilihan melainkan bersetuju mengikut telunjuk obama. Itulah bahayanya bila miliki PM yg problematik, banyak sejarah yg tidak elok, dikelilingi org yg tamak dan suka kekayaan dunia. musuh negara akan mudah menguasai negara diatas kelembikan PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 7:49 AM

Kita ada isu lebih dahsyat menunggu rakyat. TPPA kesannya dan akibatnya kepada umat melayu. Bayangkan kes yg menyelubungi Najib ini akan digunakan sepenuhnya oleh Obama. Harap Din Turtle siarkan kesan buruk bakal menimpa negara kalau Najib yg trrlalu byk masalah no masih memimpin negara. Apa agaknya tawaran Obama akan buat kpd org yg bermasalah dan tersepit ni. Bahaya! Bahaya!'

....................
Reply To This Comment ...................
Small Green Fish
July 6, 2015 at 8:02 AM

Sebenarnya alasan kerana BNM itu hanyalah untuk menutup hakikat bahawa tidak ada duit dibawa pulang. BNM tidak pernah dan tidak akan menjadi masalah kerana Gabenor BNM mendapat arahan dan perintah dari Menteri Kewangan. Yang demikian itu bukankah sesuatu yang mustahil jika duit berbilion Ringgit dibawa masuk ke dalam akaun atas nama sendiri. Pada kita yang tidak mempunyai kuasa, tentunya kelihatan seperti tindakan yang kurang bijak, tetapi kalau kita mempunyai kuasa dan memegang jawatan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan, siapakah yang berani mempertikaikannya? Tindakan yang kelihatan tidak bijak pada rakyat jelata, tetapi paling login dan bermunafaat kepada mereka yang berkuasa (seperti juga dengan GST). Yang demikian itu, kemasukan duit berbilion Ringgit ke dalam akaun dengan nama sendiri bukanlah sesuatu yang mustahil bagi sesiapa yang menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana menyangka kuasa yang ada padanya akan melindunginya

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 8:07 AM

Selamat berpuasa, Din. Lama saya tak komen tapi percayalah, tiap-tiap hari saya sedang follow semua posting Din berkaitan dengan 1MDB.Teruskan kerana ianya cukup meyakinkan.Until today, you still remain as one of my favourite bloggers.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 8:42 AM

Najib nih boring lah.
Nak raya pun takda mood.
Ada duit raya pun xbleh nak guna. diorg suruh guna utk cover duit minyak. Kalau nak raya gak tahun ni diorg kata jgn balik kampung.

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 8:53 AM

@Laksa JohorTerimaKasih Laksa Johor ! Sokongan berterusan dari pembaca setia dan lama seperti saudara dan ramai lagi, merupakan salah satu kekuatan blog ini! :)

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 12:26 PM

hehehe...jangan balik kampung....kesian anon 8.42am, nampak Gaya berKAMPUNG aje di rumah terbuka Rosmah.... siap dapat DUIT RAYA lagi ( Money is KING...bak kata trak JIB ngok )

....................
Reply To This Comment ...................
July 6, 2015 at 1:12 PM

Apa nak diherankan tentang berita dari WSJ, Mahadir juga dituduh ada juta2 wang dalam bank di Israel masa dia jadi PM dulu. Siap dengan nombor akaun sekali. Tun tak pun letak jawatan pada masa tu. https://dupahang.wordpress.com/2010/08/02/dr-m-ada-rm768-juta-dalam-akaun-di-israel/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 3:42 PM

Tlg google dan buka cerita...nak tau gak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2015 at 3:44 PM

sekejap atas nama Mahathir anak beranak; sekejap lagi di blog lain atas nama Anwar anak beranak. Mana satu yg betul tak tahulah.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 7, 2015 at 12:45 AM

1) Sebenarnya isu peribadi yang hanya melibatkan DS Mohd Najib ni boleh selesai dengan mudahnya jika beliau dengan rela hati atau dipaksa oleh semua menteri untuk berhenti menjadi PM. Ini bagi memudahkan siasatan dilakukan dengan kadar segera.

2) Semua menteri tidak faham akan tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Mereka lebih sayangkan Mohd Najib lebih daripada segala-galanya. Buktinya, walaupun semua tuduhan dilemparkan hanya berkait dengan Mohd Najib tiada kena mengena dengan mereka mahupun UMNO/BN mereka masih mahu Mohd Najib menjadi ketua mereka.

3) UMNO tidak sepatutnya diheret ke dalam kemelut peribadi Mohd Najib. Apakah begitu bodoh MT UMNO dan semua pemimpin UMNO sehingga perlu bertanggungjawab ke atas perkara yang tiada kaitan dengan parti ? Sehinggakan perlu ditangguhkan pemilihan hanya kerana isu peribadi yang tiada kaitan dengan parti ?

4) Pertukaran seorang PM tidak akan menjejaskan jawatan-jawatan anda semua. Anda masih boleh tidur lena. Jadi, buatlah sesuatu.

Post a Comment