........... Isu Najib Billion2 - Najib Lemah Dalam Menangani Isu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Najib Billion2 - Najib Lemah Dalam Menangani Isu

Wednesday, July 8, 201545comments



Gempak dari semalam dengan pendedahan WSJ akan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaan Najib Billion2. Seperti biasa, berbalas pantunlah pro dan anti Najib dalam membincangkan kesahihan dokumen2 itu. Ada yang bising juga mempertikaikan kenapa banyak sangat blanco digunakan ....

Saya malas nak komen pada peringkat yang bagi saya masih terlalu awal ini. Apa yang saya yakin, ADA sebabnya kenapa WSJ dedahkan dokumen2 itu dan kenapa banyak ayat/nombor dipadam. Isu dah jadi PERSONAL antara WSJ dan Najib. WSJ sudah nyatakan yang mereka tetap dengan tuduhan yang dilemparkan walaupun tahu mereka bakal disaman jika ternyata palsu.

Saya lihat pendedahan dokumen2 itu lebih kepada satu MESEJ yang ditujukan kepada Najib. Bukan kepada pembaca. Ia sudah menjadi satu GAME antara WSJ dengan Najib.

Makanya saya lebih suka memerhati jer dulu ........ Pendirian saya tetap sama, Najib kena bersihkan namanya dengan bertindak proaktif, bukan lagi playsafe atau melengah2kan masa kerana itu akan hanya menambahkan lagi persepsi negatif terhadap beliau sendiri.

Ya, Najib masih boleh terus berdiam diri dan mengelak.... MACAM BIASA yang beliau lakukan, tapi fikirkanlah kesannya kepada Umno dan BN bila isu panas ini tidak ditangani segera dengan berkesan.

Satu lagi alasan kenapa saya tidak teruja sangat dengan bukti2 WSJ adalah kerana apapun hasilnya nanti, isu 1MDB tetap perlu diperjelaskan !

Benar atau palsu dakwaan WSJ, kenyataannya 1MDB tetap bermasalah kepada negara. Namun kalau benar dan Najib terpaksa didakwa .... cepat sikitlah kot proses merungkai 1MDB. Keutamaan saya adalah mencari Kebenaran 1MDB.

Cara Najib mengurus 1MDB benar2 telah memalukan negara ! Sama seperti tajuk artikel Chedet yang memulang paku buah keras kepada Anifah Aman yang sebelum ini telah mengkritik Tun Mahathir ketika diinterview oleh The New York Times.

2 . Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib. Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Dato Seri Najib, Jho Low dan 1MDB. Ini disebabkan akhbar terkenal Wasington, New York dan London telah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah “The Wolf of Wall Street”.

4. Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakan olehnya.

 5. Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Dato Seri Najib. 

Kelaaaaas cara Tun menjawab kritikan ! Pasti tak terjawab dek Anifah..... Tun hanya mengulangi secebis dari apa yang dilaporkan media Amerika. 

Tun tak lari topik pun. Tetap topik yang sama, tak perlu nak ungkit kes2 lama LAIN yang ada bersangkutan dengan tugas Anifah selaku Menteri Luar.

                                               ******************

Satu lagi cubaan alih isu Najib @ 1MDB adalah mengungkit dakwaan lama yang keluarga Tun juga ada juta2 dalam akaun di Israel. Mereka yang mengungkit kembali itu ternyata tidak buat kerjarumah kerana isu sudah pun dijawab oleh Tun 7 tahun lepas dalam artikel di Chedet !

Macamana Tun jawab ? -

I give full permission for the Israeli National Bank to make public these accounts so that I can claim the money said to belong to me and my family.

As for the anonymous scum, give your true name, I/C and address so that I can sue you. - KLiK.

Peeeeergh ..... cuba Najib cara yang sama kepada WSJ ! Saya CABAR WSJ dedahkan apa saja bukti yang mereka ada itu kerana saya tidak ada buat begitu. Biar satu dunia pula memandang kepada WSJ untuk buktikan dakwaan mereka.


Ini tidak ..... terkemut2 nak jawab .... nak saman, akan saman, sedang nak saman .... ( sebab itu saya syak pendedahan bukti oleh WSJ adalah mesej kepada Najib. Mesej apa saya tak tahu la.. )


Apapun saya setuju sangat2 apa yang Tun katakan -

 8. Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Dato Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemoh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang.

Segala pertuduhan WSJ adalah rentetan dari isu 1MDB juga.  Dari tahun lepas, dari mula2 Tun sebut tentang 1MDB lagi Tun dah desak Najib dan 1MDB supaya tampil beri penjelasan yang tuntas tapi tidak diendahkan.

Ingat PAU tahun lepas bilamana isu 1MDB diharamkan dari dibincangkan, tapi bila isu makin panas, Najib sendiri yang terhegeh2 nak jelaskan kepada wakil2 Umno dalam perjumpaan tertutup !


                                                       ***************************

Artikel di atas saya tulis semalam, tak sempat nak habiskan.

Hari ini gempak lagi dengan isu kononnya peguam Najib dah hantar Notis Surat Saman kepada WSJ ! Peeeergh..... Najib dah bertindak !

TAPI .... mengikut pembacaan JMD, surat itu bukannya Notis nak Saman, tapi lebih kepada Surat Minta Penjelasan - KLiK.

Pelik ..... Sekejap kata artikel WSJ itu satu FITNAH, sekejap lagi minta penjelasan tentang niat WSJ sebenarnya apa ? 

In the circumstance and in the interests of our Client, we would expect a Newspaper of your international standing and reputation to state unequivocally and with clarity as to whether it is your contention that our Client misappropriated about USD 700 million belonging to 1Malaysia Development Berhad. You will no doubt appreciate the seriousness of the allegations made against our Client in the said Articles and this confirmation is sought to enable us to advise our Client on the appropriate legal recourse he can take to seek redress in relation to the publication of these Articles.
 
Kalau tak pasti, kenapa yang Najib melalak - Ini semua salah Mahathir ! sebagai respon awal terhadap penyiaran artikel itu minggu lepas ?

Kemudian peguam Najib bagi notis 14 hari untuk WSJ jawab ......

We demand a reply within fourteen (14) days of the date hereof and please let us know whether you have appointed solicitors in Malaysia to accept service of legal proceedings on your behalf and on behalf of the reporters who wrote the Articles in the event that legal proceeding become necessary.

Kalau WSJ tak jawab, peguam Najib nak buat apa ? Nak saman WSJ tapi sendiri tak yakin dengan niat WSJ ?


Najib sendiri ada artikel blog terbaru mengenai perkara ini -


1. Saya telah mengarahkan pihak peguam saya menghantar surat kepada Wall Street Journal hari ini bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).

Najib sendiri kata ia cuma surat minta pengesahan !

2. Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.

3. Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut.

Tu yang saya tanya tadi - Kalau WSJ tak layan ? 

4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut. 

5. Meskipun begitu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

DUA KALI Najib ulang dia tidak pernah ambil dana 1MDB untuk kepentingan DIRI SENDIRI. Ayat itu begitu penting untuk Najib sebut setiap kali keluarkan kenyataan tentang artikel WSJ itu.

Bukan setakat tidak ambil dana tapi tidak ambil dana untuk kepentingan sendiri. Sekarang pastinya rakyat tertanya2, bagaimana kalau BUKAN untuk kepentingan sendiri ? Contohnya untuk kepentingan parti ke ... atau untuk kepentingan .... eeerrr... Pendek kata, untuk apa2 kepentingan lain lah selain diri Najib sendiri.


                                                      **********************

- Perkembangan lain hari ini - Polis serbu pejabat 1MDB ! Dan dilaporkan oleh TheStar, 3 anggota Polis membawa keluar dokumen2 milik 1MDB.

- Peguam negara mengesahkan tidak ada satupun dari 6 akaun yang dibekukan itu milik Najib. - TheStar. Waktu sama beliau bimbang akan kebocoran maklumat dari team penyiasat - Mkini.




- WSJ pula kata tidak ada satu pun dari enam akaun yang dibekukan itu adalah yang disebut dalam artikel mereka sebelum ini ! - Thestar.
 

Citing a source close to the investigations, WSJ reported that "the accounts ordered to be frozen were different from those described in the Journal report last week."

Mana pulak mereka tahu siapa pemilik 6 akaun yang dibekukan itu untuk mengatakan yang semua itu bukan akaun yang sama ? Patutlah Peguam Negara bimbang akan kebocoran maklumat.

Paling menarik adalah kenyataan dari Dow Jones, penerbit WSJ yang tetap dengan laporan mereka yang ADIL DAN TEPAT. - The Star.

                                                          **********************

Mengimbas kembali segala perkembangan isu Najib Billion2, apa yang dapat saya rumuskan setakat ini adalah - Najib LEMAH dan LEMBAB dalam menangani isu ini.

Saya lebih tertarik kepada penafian Najib yang lebih tertumpu kepada Untuk Kepentingan Diri Sendiri.

Apapun, isu 1MDB masih perlu dicari Kebenarannya !

Share this article :

+ comments + 45 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 8, 2015 at 9:51 PM

Lebih banyak persoalan yang timbul.najib yang lembap atau report WSJ tu memang betul.nasib baik Najib bukan Tun M,kalau x dah lama Najib minta nama penuh dengan no.ic dan alamat bro Din Turtle sebab bro Din berani sangat nak sailang Pahlawan Bugis. :D

....................
Reply To This Comment ...................
July 8, 2015 at 10:05 PM

bang din..pkr ura2 mcm nk bawak ke mahkamah..Jika jibby Kontoi lps tu mngaku dia gunakan dalam kempen PRU 13..adakah boleh mahkamah membatalkan kemenangan BN?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 10:11 PM

-luv tun m.

isu najib ini benar-benar sulit dan sukar. hamba percaya pasti ada banyak DALANG di sebalik pembikinan 1mdb. sudah tentu juga najib adalah kepalanya kerana menubuhkan 1mdb tanpa mendapat restu dari rakyat. surat penjelasan itu cuba menyampaikan mesej yang najib cuba menghitung nasib untuk menyaman wsj. jika najib benar samanlah dan buat apa buang masa untuk respon penjelasan. ini najib awal-awal lagi salahkan tun m diatas apa yang berlaku sekarang . sedangkan yang berlakunya 1mdb itu sehingga tidak mampu di tutup adalah disebabkan tangannya sendiri gatal untuk menubuhkan 1mdb selepas itu rugi. salah siapa?, apa punyanya?, dan siapa dalang selain najib yang benar-benar memainkan peranan sebagai orang dalam di dalam 1mdb. hamba kecewa dengan najib...
saudara din, mengapa tidak siarkan komen hamba pada halaman yang lepas?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 10:18 PM

seperti kita kira 123,,cukup mudah, najib hanya tunjukkan bhw account tu bkn dia yg punya..publlist kat rakyat biar rakyat tgk itu saja cukup senang,pasal pa bagi susah kalau dah betol,ni dak cari mcm2 alasan...najib jgn ingat semua rakyat bodoh.tunjukkan bukti yg account tu bkn dia yg punya,,just simple

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 10:29 PM

Tun M tak akan sebodoh tu utk d pergunakan oleh anasir luar.najib yg sebenar2nya bodoh dan tak cerdik utk counter isu.WSJ tak akan berani publish berita kalau sourse yg ada tak strong..najib kena ingat confident level pd kerajaan skrg jatuh merudum,,belia2,makcik & pakcik2,pak long2 d kampung pun dah naik meluat dah...boleh bertahan lagi kah umno&bn pd pru 14 nanti???

....................
Reply To This Comment ...................
July 8, 2015 at 10:29 PM

entahlah mana satu labu mana satu luncai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 10:30 PM

stuju...100000000% sokong tun M che din turtle dn yg seangkatan dgn mu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 10:33 PM

Samalah dengan sumpahnya "tak bunuh atau tak terlibat membunuh altantuya"... mmg pun hang tak bunuh, lg pun org bukan tuduh hang.... yang sibuk p3rgi bersumpah tu apasal? Sumpah bagi pihak kot?... nak berpolitik sampai kedalam kubur agaknya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 10:40 PM

Berserabut -saolan dulu belum terjawab datang lagi saolan ''checkmate'' dari negara sahabat golop najib WSJ
Biasanya jika WSJ masuk ''ini dikira penyudah , jika kita yg hidup kata malaikal maut dah jemput''
nazak GST ,nazak THE BUGIS WARRIOR , apakah najib masih ada simpanan
DARAH PAHLAWAN untuk bertarung dgn WSJ?
Malu aku jika njib tumbang...mula2 2 pesawat jatuh dan hilang
airasia tenggelan kapal tenggelam(kapal selam),heli terhempas
hanya yg tinggal najib berhempas pulas....
Tula tak dengar ckp TUN , kan ke dia orang tua , kena hurmat , kasihi dengar nasihatnya
bila masa nak jadi pm apa kata TUN akur,,,,,
firasat aku - najib -no way out !!!

....................
Reply To This Comment ...................
July 8, 2015 at 10:42 PM

So lebih kurang macam wang memang ada masuk tapi bukan untuk diri saya sendirikan?

....................
Reply To This Comment ...................
July 8, 2015 at 10:51 PM

@Anonymoussehari dua ni sibuk sikit...

....................
Reply To This Comment ...................
July 8, 2015 at 10:59 PM

@Jayne SaidinKalau mengikut apa yang Najib cakap, tidak salah kalau bersangka begitu:)

....................
Reply To This Comment ...................
July 8, 2015 at 11:08 PM

Terbaru komen Tun Mahathir dari Astroawani -

Dalam satu temu bual bersama BBC pada Khamis, Dr Mahathir berkata apa yang dilakukan oleh Najib sebelum ini hanya menafikan tuduhan, namun tiada bukti yang disertakan.

"Mengapa beliau (Najib) tidak menjawab segala tuduhan yang dibuat? Apabila dituduh atas sesuatu perkara, beliau menganggap ia seakan satu rancangan. Itu mengarut.

"Mudah saja untuk beliau buktikan jika tuduhan itu tidak benar. Suruh pihak yang bertanggungjawab memeriksa akaun banknya. Itu sahaja," kata Dr Mahathir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 11:09 PM

Slm din….saya rasa loya2 ni x keliru….dorang xde kes nak kenakan wsj so dorang request info dan mta confirmation yg wsj kata duit dari 1md (padahal wsj x penah kata pun dr 1md).kalau wsj tersilap bg jawapan maka barulah loya2 ni bertindak. Namun WSJ pun ada loyar sendiri gak dan rasa saya mereka x semangkuk utk bg info/pengakuan yg diminta ni…

Ni smua mainan loya utk build a case shj. Tapi yg BODOHNYA loya2 ni g mta pengesahan/detail dr pihak yg sebarkan maklumat....jenis loya makan gaji buta malas nak keje...
Lebih kurang mta prompak nama alamat waktu cara rompakan supaya boleh diadakan kes terhadap perompak tu...
Dia dan loyanya nampak xde idea/ground utk menyaman wsj.

Fakta:
1) Dia x penah deny bersama bukti sampai ke hari ni secara umum.
2) Dia x kotakan janji utk ambil tindakan undang2 sampai ke harini. (Apa yg lawyer dia htr cumalah surat pertanyaan/pengesahan dgn tujuan utk menjerat wsj)
3) Bank kancil yg berkuasa penuh x deny/beri kenyataan
4) Bank unta pun senyap
5) Akaun dibekukan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 11:11 PM

-luv tun m.

jika begitu tidak mengapalah asalkan saudara din sudah nyatakan kekangan waktu yang saudara nyatakan itu. terima kasih beri respon.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 11:17 PM

-luv tun m.
sinis bunyinya dari tun m kepada najib. moga-moga najib belum pinda wang dalam akaunnya ke akaun lain.
simple answer dari tun m, periksa akuan najib. jika ada puluhan atau ratusan juta memang faham-fahamkan sahajalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 11:30 PM

Hihi din, lupakh pd jusof kala, sblum pru13? perjanjian dgn nwar utk serahkn kerusi dgn cara damai kn? Bersyarat lah tuu, sbb kerusi umno meningkat dn tlg menangkn pru lepas, tk langsung tima kasih pd org terutamanya pd org melayu, sbb kemenangan itu jadi beban dgn segala bahana spt skrg.

Din yg tu tkkan tk leh baca

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 11:35 PM

itu lah dia pah lawan bugis.. cara dia jawab tu tak kukuh. tak de pedirian... bila dia jawab je mesti ada benda akan berbangkit... MAMPUS. bye bye BN. MMG ajaib kalau BN masih menang PRU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 11:37 PM

Tun M mempunyai sumber yang banyak pasal 1MDB. Sudah tentu apabila Tun membuat tuduhan, ianya bersandarkan kepada bukti dan saksi. Tun takkan membuat tuduhan sewenang2nya. Sama seperti tuduhan terhadap Anwar Ibrahim yang pada mulanya diragui tapi sejarah membuktikan Tun tak pernah silap.

Oleh itu, tuduhan terhadap Najib ada asasnya. Cumanya, Tun semacam merahsiakan "sesuatu" sebab sebenar beliau menyerang Najib. Ya, sesuatu yang Tun sengaja sembunyikan demi menjaga aib Najib. Ingat lagi tak bagaimana Tun merahsiakan isi surat Wan Azizah yang ditujukan kepadanya. Mungkin sampai mati pun, Tun tetap merahsiakan kandungan surat tersebut. Najib pun sama jugak, ada rahsia besar yang Tun simpan dan takkan dedahkan demi menjaga air muka Najib.

Tapi macam biasalah, Najib buat2 tak faham signal Tun. Tun suruh berenti tu berentilah. Ada sebab Tun suruh macamtu. Ini bukan soal maruah Najib semata2 tapi maruah sebuah negara kerana Najib adalah seorang PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 11:38 PM

salam,
selepas ketiadaan tukang fikir yang meninggal, maka keadaan ahjibgor sangat buruk, kondom playsafe yang dipakainya tak dapat lagi menyelamatkannya hingga kini. segala yang keluar dari mulutnya, makan diri. ahjibgor tak nafikan kemasukan wang tersebut, hanya berkata tak guna duit untuk kepentingan diri sendiri. teringat artikel yang dibaca bahawa ada yang keluar wang berjuta. salah tdm ke ?rasanya salah diri sendiri kerana tak cerdik dan lambat dalam tindakan. semua kena tunggu dah jadi bubur baru nak selamatkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 12:39 AM

Mungkin duit masuk akaun Jibby tu digunakan oleh 'Momok' utk shopping2 enjoy2 dan joli2 katak kut..? Hehe.. Itu 'Momok' banyak pandai la..

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2015 at 12:49 AM

setuju

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2015 at 12:54 AM

Kak Ros tgh pikir strategi tu...sbb pahlawan Bugis tu pick up slow.Punasihat yg lain dok mkn panadol,x blh tido dan stress.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 12:57 AM

Salam Pak Din,

Pasal pak jibby ni suka sangat bersumpah, ni nak ajar sikit cara-cara bersumpah yang diajar oleh tokyang aku (Sheikh Sharif Hidayatullah)..

Mula-mula ambil wuduk, sholat taubat mohon dilapangkan dada dari sebarang gangguan mental, pastu sholat hajat mohon dizahirkan petunjuk oleh Allah akan perkara yang hendak diikrarkan. Ikrarkan dihadapan sebilangan saksi, mungkin mufti dan imam.

Lepas saja sholat, lalu duduk kat sejadah. Buka Al-Quran, bacalah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas beberapa kali lalu diletak kat depan dan mulakan ikrar.

“Dengan lafaz Bismillah.(habiskan)..., , aku.(nama....) dengan bersaksikan ditangan ku ini Al-Quran yang menjadi kitab panduan hidupku, dengan aku menghadap mukaku ke kiblat-Mu Ya Allah, sesungguhnya...

Wallahi Wabillahi Watallahi.. Aku tidak pernah secara sedar dan waras mengambil apa-apa jua wang atau apa-apa jua manfaat kewangan dan kebendaan dari sebarang urusniaga yang melibatkan syarikat dibawah amanahku yang bernama 1MDB samada dimanfaatkan kepada diri sendiri atau kepada sesiapa saja melalui kuasa amanah yang aku ada secara bathil dan menyalahi kehendak seperti diamanahkan.

Ya Allah Ya Tuhanku demi nyawaku dibawah kekuasaanMu, aku sedar dan aku mengetahui akan balasanMu, sesungguhnya andai aku berbohong akan ikrar ini, aku bersedia menerima apa jua balasanMu baik balasan yang tertunda atau balasanMu secara serta-merta hatta oleh sambaran petir sekalipun. Maka dengan ini, disaksikan kalian yang hadir bahawa aku telah berikrar yang sesungguhnya aku menafikan akan keterlibatan aku dalam dakwaan penyalah-gunaan kuasa yang dibuat bersabit perkara di atas. KepadaMu aku berserah, kepadaMu aku menyerah. Sekian..

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2015 at 1:28 AM

Surat yg dihantar oleh peguam najib kepada WSJ sangat2 memalukan terutama kpd para peguam di Malaysia kerana ianya akan jadi bahan ketawa bukan saja diMalaysia malah diseluroh dunia dan latest news dari Dow Jones menyatakan mereka tetap dgn dakwaan mereka haa tgk tu tak sampai nak tunggu 14 hari dlm masa 24jam mereka dah jawab dan seterusnya kita lihat bagaimana peguam Najib handle kes ini .Bro Din skrg ni yg lagi musykil pihak Attorney General. dan IGP nak cari pembocor rahsia yg dedahkan rahsia2 1mdb ni dan dari segi logiknya mungkin apa yg didedahkan oleh WSJ dtg dari dlm dan mungkin sahih dan lagi soalan kenapa dah lepas beberapa hari baru nak raid pejabat 1mdb kan lebih baik pihak task force ni pergi raid di AmBank kerana disitu lah bukti 2 yg dpt ditemui samaada wang tu masok ke keluar pergi akaun mana ke mesti ada bukti dan sepatutnya pihak polis harus memanggil Najib utk beri statement dan apa yg bro Din katakan bahwa Najib ni lembab memang benar dan sangat2 memalukan dan sepatutnya Najib dia yg saman malu terhadap WSJ tapi ini dia sendiri yg memalukan dirinya dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 1:48 AM

Isu yang paling penting dalam crisis fiasco 1MDB ini ia lah kata kan lah walau pun laporan WSJ TIDAK BETUL dan PALSU,and si Pahlawan Bugis BODOH ni TIDAK SALAH,what we the rakyat MALAYSIA can CONCLUDE that si Ah Jib Gor dengan pasukan consultant nya TIDAK ARIF dan incompetent in MANAGING this country and GOVERNMENT dari serangan Anwar Ibrahim yang dapat pertolongan media asing dan foreign powers untuk menjatuhkan kuasa UMNO.

This WSJ revelation FIASCO reflects that Pahlawan Bodoh Bugis ini tak pandai anticipate serangan dari LUAR negara. Dia adalah seorang pemimpin yang NAIVE dan berotak amateur!!! WE should ask him if he is INNOCENT ,WHY did this isu dah jadi GLOBAL knowledge and emberassment! Kalau kita renong balik masa si Pahlawan Bodoh Bugis ini baru memang PRU13,isu KANGKONG nya sudah jadi ejekkan dan virul seluruh DUNIA. The sign was already on the WALL that Ah Jib Gor is a WEAK,STUPID and INCOMPETENT leader! Dengan permergian arwah JJ,dia ibarat รก headless chicken'!

Negara sudah di landa sekali lagi Foreign attack macam serangan mata wang asing oleh kuasa luar macam zaman Dr M,si Pahlawn Bugis ini masih belum on the offensive mode untuk membela negara. This is also because Ah Jib Gor sudah jadi sekutu negara Amerika dan tidak boleh dan tidak berani marah kepada mereka!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 1:52 AM

Tu la..nasihat org xmau dgr,kan dah kena.Yg gatai2 pi buat 1mdb tu buat pa? Pi naik minyak zaman minyak tgh turun..Rm jatuh tp pelaburan masuk kurang!,pelancung pun x mau dtg.Najib2..awat degil sngt no..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 1:56 AM

la...macam dah jawab soalan la tu...dia kata dia tak ambil duit untuk kepentingan sendiri....mungkin duit tu memang dah masuk tapi untuk tujuan lain la....walau apa pun alasan yang dia bagi...bila duit tu terus bank in dalam personal akaun...salah tetap salah...

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2015 at 4:20 AM

KEMAH!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 5:11 AM

Sdra Din,

Saya ingin bertanya mengapa ahli MT Umno macam berat nak ambik tindakan ke atas najib?

1. Adakah semua ahli MT Umno abettors because the money was/is meant to finance election, especially umno candidates?

2. Adakah berkemunginan sebilangan KBUs telah "disogok" untuk bersetuju to support najib to this day?

Saya bukan ahli umno tapi penyokong BN dari malaysia timur.

Walaupun saya tak hendak membuat spekulasi, dalam hati saya kes scorpene, altantuya, pengasas Ambank dan 1MDB, orang yang pegang "joystick" adalah orang sama....moga Allah beri petunjuk secepat mungkin.....aaminn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 7:34 AM

Ada kemungkinan dalam tempoh ini, PM akan meminta bantuan Presiden Amerika...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 8:01 AM

Tun respon cepat apa saja isu yang dibangkitkan, DS Najib seharusnya bersifat begitu. Seperkara lagi jika 1MDB dipantau oleh PM dari awal-awal lagi rasanya perjalanan 1MDB akan berjalan lancar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 12:04 PM

@AnonymousSaudara,walau pun duit itu bukan di guna utk peribadi TAPI duit itu di guna dan di tabur kepada awan agar DIRI nya di sukai ramai. Secara INDIRECT boleh dikatakan ia diguna utk PERIBADInya.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 4:32 PM

Masalah sebenar umno dan mungkin semua parti politik malaysia!!!

1) Bermimpi - Tak sedar dilantik utk berkhidmat kpd rakyat dan bukan berkhianat kpd rakyat!
2) Persepsi buruk dan bodoh - Yg tua ingat yg muda lembik yg muda ingat yg tua nyanyuk. (Ruang bicara bernama news baru ni menunjukkan tahap pemikiran ketua pemuda wp sangat cetek!!! Apa jaminan yg tua lebih baik atau yg muda lebih baik? Bukan pasal tua/muda tapi lebih kepada fikiran dan hati utk berbakti kpd rakyat
3) Tipu diri sendiri - Kenapa mereka2 ni masuk politik? Nak bantu rakyat atau nak bantu diri sendiri?
Ketua pemuda wp blh kata 'kalau ada masalah/soalan boleh datang dan tanya terus kpd kami di bhg/caw'...yg lantik kamu tu siapa? Hang boss ke atau rakyat?
4) Berlagak - Bila da berjawatan jadi berlagak taknak turun kebawah tanya dan bincang dgn rakyat...suruh rakyat g turun cari dia...sama macam suruh boss dtg cari kuli kalau ada masalah...
5) Sesat - Asas politik ni da jauh menyimpang!!! Rakyat bertukar jadi kuli dan org politik tukar jadi raja dan hulubalang..

Sistem politik negara mesti diubah!!! Rakyat dgn sokongan Raja/Sultan mesti ada kuasa veto utk membuang pemimpin2 yg tak tau buat keje, menipu, menyeleweng, merompak, menindas dan menzalimi rakyat!!! Takkan bila ada pemimpin sebegini kita biarkan dia perintah lagi sampai 5 tahun atau lebih!!! Kalau begitu maknanya kita adalah BANGSA YG PALING BODOH dalam dunia!!! Da tau di zalimi tapi dibiarkan!!! Saya mohon semua rakyat, ahli politik, ahli perniagaan, professional, sultan dan raja2 berusaha keatas perubahan ini agar negara kita tidak dijadikan tunggangan bagi mana2 pihak yg x bertanggungjawab utk meraih keuntungan peribadi!!!

Banyak lagi yg kita sebagai rakyat negara ini boleh buat utk kebaikan diri sendiri, rakyat, negara dan agama...

Kenapa kita perlu buang masa dgn mereka yg menghancurkan negara??? Kalau salah atau tidak salah putuskan segera dan ambil tindakan cepat...kemudian fokus kembali kpd memajukan ummah dan negara...

MALAYSIA TAK PERLUKAN ORG2 YG BERMASALAH UNTUK MEMIMPIN NEGARA!!!

LK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 5:48 PM

Yes..lebih kurang mcm tu bunyinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 5:55 PM

Ahjibgor tgh bfikir nak minta tolong kat anwar mcm maner nak melepaskn diri.
Tgk sok lusa..lau anwar tetiba keluar dari penjara,confirm la ahjibgor minta ptolongan dari anwar tuk melawan tun M.kahkahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 9, 2015 at 6:33 PM

Assalammualaikum wmt,
Hakikatnya, dari apa yg didedah dan terdedah seantero dunia mengenai PMNajib dgn 1MDB ini menjelaskan bahawa Najib tak akan berundur sebagaimana yg diminta Tun M kerana jika dia berbuat demikian maka sudah tentu dia akan 'kedalam'. Mudah untuk diambil tindakan.

Justeru, kuasa PM yg ada padanya itulah yg menjadikan dirinya bagaikan ada pelindung kebal. Sejauh mana kebalnya bergantung kpd ketentuan Allah swt melalui 'gerak hati' rakyat negara bertuah ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 8:18 PM

Mgapa hal tunya dia bersumpah hal 1mdb tak mau bersumpah
Dah kena sumpah dan dah jadi sumpah2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2015 at 10:43 PM

Seorg doktor Israel berkata; "perubtan skg sudah maju, d mana kami memotong batang leher seorg lelaki dn letakkn pd lelaki yg lain dlm 6minggu dia sedang mencari pekerjaan".Doktor jerman berkata ; " itu tiada apa, di german, kami keluarkn sebahagian otak, letakkn dlm lelaki yg lain dan dlm 4 minggu dia sedang mencri pekerjaan".Doktor rusia berkata ; "tuan2, kami telah mengambil separuh hati manusia dn letakkn pd dada manusia yg lain dn dlm msa 2 minggu dia sedang mencari pekerjaan.Doktor malaysia ketawa; " kamu semua telah ketinggalan belakang. 4 tahun lalu kami telah mengambil seorg lelaki tanpa otak, tanpa jantung dan tiada telur dan jadikan dia sebagai perdana menteri""Dan sekarang seluruh negara sedang mencari pekerjaan"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2015 at 1:52 AM

Good joke...or not joking...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2015 at 6:27 AM

Peguam negara kata bukan akaun najib yg dibekukan sebab ia sdh ditutup. Jadi benarlah akaun tersebut wujud. Kenapa ia ditutup? Itu najib dan penyiasat kena jawablah. Ke cover up lg?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2015 at 11:29 AM

Najib kata "tak guna duit untuk kpentingan sendiri" tapi dia x nafikan pn transaksi duit tu dlm acc dia. So mkna nye kt sni mmg ade transaksi la ke dlm acc dia. Haha. Andaian semata-mata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2015 at 6:58 PM

Roslan zohari dah kantoi....

Bermewah2 kemain lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2015 at 6:59 PM

Tapi itu ANDAIAN LOGIK wahai saudara. Saya setuju. Kenapa para menteri dan penjilat tak pulak bertindak berdasarkan ANDAIAN LOGIK ini?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 11, 2015 at 10:01 PM

"....saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri."

----
1) Kalau bukan untuk diri sendiri untuk siapa ? Jika Najib kata untuk UMNO. Saya rasa pemimpin2 UMNO terutamanya MT UMNO perlu bertindak dengan kadar segera. Ini kerana Najib akan cuba mengheret parti UMNO dalam kemelut peribadi beliau.

2) Sekiranya melibatkan parti UMNO maka parti ini akan musnah begitu sahaja. Cara terbaik ialah beliau disingkirkan daripada jawatan sebagai Presiden UMNO dengan kadar segera. Jika tidak UMNO bakal dikuburkan lebih awal lagi iaitu sebelum PRU lagi.

Post a Comment