........... Gantung Permit TheEdge dan Sekatan SR - Satu Tindakan Menutup Mulut Pengkritik 1MDB dan Akaun Najib ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Gantung Permit TheEdge dan Sekatan SR - Satu Tindakan Menutup Mulut Pengkritik 1MDB dan Akaun Najib ! ?

Saturday, July 25, 201530comments






Berita paling hangat hari ini selepas berita Justo kena kencing ngan bos TheEdge adalah tindakan KDN menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial selama 3 bulan.

Komen2 menarik dari wakil kerajaan mengenai penggantungan permit TheEdge adalah -

Namun tegas beliau, kerajaan tidak ada pilihan jika pihak penerbitan dilihat mempunyai motif-motif tertentu dalam sebarannya. - Datuk Wan Junaidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri. - astroawani.

"Jika The Edge boleh menipu seorang penjenayah lick seperti Justo, saya tidak akan terkejut jika mereka boleh turut menipu rakyat biasa.
"Memang, organisasi berita yang berwibawa tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat dan mereka juga dijangka tidak menipu untuk memperolehnya. Jika tidak, reputasi mereka juga menjadi taruhan apabila mereka menipu untuk mencuri maklumat yang dicuri," katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata adalah memalukan apabila The Edge tidak muncul 'bersih' dari awal lagi dan 'cuba menutup perbuatan mereka' selepas Justo mendedahkan maklumat mengejutkan dalam wawancara dengan akhbar The Straits Times dari Singapura.

"The Edge berkata dokumen-dokumen curi itu tidak dipinda sama sekali tetapi pakar forensik komputer antarabangsa serta pihak berkuasa Thailand menyatakan sebaliknya.

"Mereka mengembar-gemburkan laporan ini untuk beberapa bulan untuk tujuan politik manakala berharap tiada siapa akan mengetahui siapa itu sebenarnya Justo," katanya.
- astroawani.



"Banyak persoalan akhirnya terjawab dalam temu bual eksklusif Straits Times dengan Justo. Sekarang pihak berkuasa mesti mengambil tindakan segera! " - Rahman Dahalan - TMI.


Antara yang mengkritik tindakan KDN itu adalah -

Nazir Razak - "The Edge adalah tunjang kepada komuniti perniagaan - peranan dalam memastikan kami mendapat maklumat, jujur dan kompetitif," kata Nazir dalam posting terbaru di laman Instagram.

Tambahnya, liputan akhbar berkenaan mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah luar biasa namun jika terdapat kesilapan, pihak terlibat perlu memperbetulkannya atau mengambil tindakan undang-undang.
- astroawani.



Ibrahim Ali, Perkasa - Putrajaya seharusnya membuat penjelasan terlebih dahulu kepada rakyat apakah berlakunya dakwaan penyelewengan 1MDB daripada bertindak menggantung permit. - TMI.


Tun Mahathir semasa komen kenyataan Justo hanya minta - "Tunjuklah apa yang dipinda. Tunjuk dokumen itu, tunjuk tang (di) mana yang dipinda.

"Nak pinda dokumen (macam mana), banyak tu, tak boleh,"
- Mkini.


Sekat atau tidak Sarawak Report - "Saya tetap akan menulis (mengenai 1MDB),"

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perjumpaan SKMM dengan pengarang portal berita semalam, Dr Mahathir berkata perkara tersebut membuktikan bahawa tapisan terhadap media memang wujud di negara ini.

"Ada tapisan terhadap media. Secara efektifnya, ada tapisan terhadap media," katanya ringkas.
-
Mkini.



                                                      *************************

Rata2 rakyat melihat tindakan kerajaan terhadap SR dan TheEdge adalah untuk MENUTUP MULUT PENGKRITIK kerana mungkin kerajaan dan 1MDB sudah tidak mampu untuk menjawap lagi persoalan mengenai 1MDB dan mengenai deposit RM2.7 billion akaun peribadi Najib.

Sebabnya TIDAK ADA BUKTI yang kukuh untuk menjustifikasikan tindakan itu ! Semuanya berdasarkan andaian logik pihak kerajaan.

Lawak alasan yang diberikan oleh kerajaan yang menjadikan temubual Strait Times dengan Justo sebagai asas !

Sejak bila kerajaan Malaysia buat keputusan berpandukan lapuran akhbar luar semata2 ? Tak nak siasat dulu ? Kenapa dakwaan WSJ tidak diambil tindakan yang sama berat ?

Apakah isu 1MDB dan isu akaun peribadi Najib merupakan satu ancaman kepada negara ?

Apakah sudah tidak ada jalan lain lagi ? Saya nampak ada satu lagi jalan yang masih belum dibuat iaitu mengadakan pertemuan Nothing2Hide antara 1MDB dengan rakyat DAN pengakuan dari Najib tentang deposit RM2.7 juta ke dalam akaun peribadinya.

Buat dulu pertemuan itu baru cakap contohnya, kalau jawab pun bukan nak percaya. Bukankah Arul Kanda sendiri kata yang pintu 1MDB sentiasa terbuka untuk sesiapa bertanya ? Nah, sekarang bukan saja pintu itu sensitif untuk diketuk, mereka yang mahu bertanya pula yang ditutup mulut !

Apakah kerajaan mahu rakyat punya persepsi yang kerajaan tidak mampu menjawap persoalan 1MDB dan akaun peribadi Najib makanya pengkritik utama ditutup mulut ?

Sebab kita masih tidak nampak bagaimana persoalan peribadi 1MDB dan Najib boleh dikaitkan dengan soal keselamatan negara.

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 2:21 AM

Ek eleh si rman dolan ni...selesai nenek hang!

Duit ada ke tak masuk akaun si pondan tu?

Soalan senang pun nak dibelit belitnya. Da la aritu membelit psl lestongok...blh tersalah org plak tu...hahaha...lawak raja lawak 3/4 bintang..

baik2 dolan, idup x tentu brp lama...kang bla Allah panggil balik terbelit belit kat dlm kang!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 2:36 AM

hanya satu perkara najib tak boleh sekat...perasaan ingin tahu kami...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 4:27 AM

saudara pengarang menulis seperti ingin menutup kemaluannya sendiri.....

tindakan kerajaan yang sememangnya mengikut peruntukan undang-undang.... kenapa harus disamakan dengan "Satu Tindakan Menutup Mulut Pengkritik 1MDB dan Akaun Najib"

Jelas saudara pengarang sendiri terkeliru

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 4:38 AM

Terang macamana pun tak kan selesai..selagi puak2 ini tak capai cita2 nak mejatuhkan pemimpin dengan cara politik jijik..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 6:15 AM

Rahman Dahlan dan Wan Junaidi, both from east malaysian states of sabah and sarawak, respectively......to both of you, we a group of east malaysians now in peninsular malaysia are greatly ashamed of both of you.

Janganlah lagi blame orang malaya menjajah sabah dan sarawak kerana both of you have proven you are moo moo of orang malaya....sad

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 7:32 AM

1mdb sudah makan diri sendiri..Darah dh nak jd nanah dato sri oi...Jgn la dok pusing2 lagi,letak jwtn secara terhormat dan jgn malu.Kerajaan anda pun dah melalut lalut buat keputusan.Jadi lah anak Bugis yg sejati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 7:41 AM

Nilai ringgit jatuh, Perdua nak kaji harga kereta keluaranya mungkin juga dengan barang-barang lain. Tunggu dan lihat "Money is the king".Ini pun tak boleh disekat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 7:42 AM

Bro Din,

Skandal 1MDB ni bukan mengheret najib dgn rosmah je, tapi satu negara terheret sama. Perkembangan ekonomi yang amat membimbangkan saat ini;

1. Ringgit jatuh ke tahap paling rendah dalam masa 16 tahun. Kali terakhir ringgit serendah ini kerajaaan pada masa itu mengambil langkah menambat RM3.80=USD1. Kerajaan ketika ini membisu seribu bahasa. Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang amat efisien pada zaman TDM mungkin dah tak wujud lagi sekarang.

2. Rizab Bank Negara Malaysia jatuh ke tahap paling rendah dalam masa 5 tahun. Menunjukkan BNM telah mengambil langkah intervensi dalam menstabilkan ringgit dengan menggunakan rizab sedia ada.

3. Harga minyak mentah, bahan komoditi, emas jatuh. Eksport negara yang banyak bergantung pada minyak dan bahan komoditi memberi kesan pada pendapatan negara.

Petunjuk di atas memberi gambaran keadaan ekonomi negara. Apa yang amat merisaukan adalah tindakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang membisu. Mungkin tumpuan sekarang bukan menyelamatkan ekonomi negara tapi bagaimana untuk menyelamatkan diri sendiri.

Apabila ekonomi negara meleset, dengan kadar pengangguran tinggi, jualan kenderaan jatuh, banyak rumah lelong, tiada aktiviti ekonomi, shopping complex lengang; kita boleh lihat banyak lot kosong di shopping complex sekarang, pada masa itu tumpuan kita bukan isu politik yang melemaskan kita semua, tapi fokus kita bagaimana untuk mengharungi tempoh mencabar tersebut. Moga negara kita dijauhkan dari perkara yang saya sebutkan tadi.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 25, 2015 at 7:42 AM

Assalammualaikum wmt,
Maknanya, keselamatan yg mahu diselamatkan oleh Kementerian Dalam Negeri bukanlah keselamatan negata tapi, keselamatan Najib dan Rosmah dgn kisah 1MDB mereka yg mendapat perhatian dunia.
Maka tersohorlah Malaysia dibawah kepimpinan Najib ke seantero dunia. Yg jadi mangsa ialah UMNO yg dipimpinnya sekarang. Dulu lain sekarang lain.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 9:08 AM

Jangan jadi bodoh ..... Yang dok tentang 1MDB semua ada kepenting, memang 1MDB ada masalah sama cam zaman Tun M dulu .... 1MDB telah potong dia orang punya stim, tapi penentangan ini lebih bahaya sebab boleh menghancurkan Malaya & kehidupan kita. Jangan lah percaya kerana rakyat, semua kerana tamat lahoba. Sial kenapa Melayu bangang sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 9:14 AM

solat hajat pecah perut dah terjawab.....biar pecah perut jgn pecah mulut....
2x5 - sorang kesalahan seksual luar tabii habis rakyat dilibat, yg ni pun serupa heret rakyat kerana dia & isteri kerana duit...

dapat tidur lena??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 9:16 AM

Demokrasi telah mati di malaysia demi mempertahankan individu bernama najib tun rosmah....

Start hari ni mula saya mengerti bahawa penggugat keselamatan negara bernama Malaysia adalah individu yang membongkarkan kemungkaran!!!!

Jadi Freemason,iluminati,I.s,alqaeda,j.I boleh mulakan rancangan untuk beroperasi di Malaysia!!!!

We love p.m,we love rosmah too...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 10:20 AM

Hek elehhh....low class.... Semua menda kamu nak anggap tutup mulut yer Din. Kalaulah ditakdirkan hari tu Najib saman AWJ.... perkara sama kamu akan kata...Najib nak tutup mulut media guna mahkamah juga.... Senang cakap saman kau ngata...tutup pun kau kata. Terimalah kenyataan fitnah harus di hentikan dgn apa cara sekalipun.. Jom makan kerak tepung nasi ayam beragas Din. Saya belanja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 10:21 AM

Akhir zaman dah Din. Betul jadi tak betul. Tak betul jadi betul.

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 11:03 AM

Conclusions correct. What can the government do other than become a police state?

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 11:04 AM

Kepada geng lanun,takkan kamu tak nampak lagi permainan ketua kamu?Ada AKAL pakai jgn dijadikan TANGKAL .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 11:06 AM

Normal. semakin takut semakin lah aggressive. X boleh jwb dh mula nak marah. X tahan marah silap hari bln kena bedal. sekarang ni tahap mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 11:41 AM

Dan najib tak boleh ubah keputusan hati kecil kami... memang najib ambil duit kami rakyat malaysia masukkan dalam akaun peribadi.. Mana sanggahanmu..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 11:48 AM

Ada betul & ada silap dari KDN & KKMM dalam isu ini.
BETUL :-
1) KDN & KKMM memang punyai kuasa untuk 'block' SR, juga untuk gantung penerbitan The Edge.

SILAP :-
1) Tanpa surat tunjuk sebab or minta penjelasan rasmi dari dari SR & The Edge dahulu. Ada ke?

2) Alasan utama KDN & KKMM, tulisan 2 pihak ini boleh mengelirukan rakyat semata2. Persoalannya, Najib diam diri ini tanpa jawap soalan mudah ttg 2.23billion ni lebih mengelirukan rakyat.

3) KKMM/SKMM amat cerdik & pantas sekat SR, syabas... Persoalan dari rakyat juga, kenapa tak mampu sekat/tak sekat judi online?

4) KDN cerdik & pantas bertindak pada The Edge, syabas KDN... Persoalan dari rakyat juga, sgt hairan November 2014 hanya dgn 1 arahan sahaja, satu Malaya tutup terus judi online mereka. But segalanya muncul semula pada awal Ramadhan lps.

Ingat la wahai monggol2 BN, kemenangan anda dlm pru-13 bkn dtg mutlak dr ahli parti anda sahaja. Kami yg 'atas pagar' ini blh andai as 'sambung nyawa2 ikan' anda.

Andai pd pru-14 nanti, 'atas pagar' turun then tunjukkan hak mereka by lompat to jiran sebelah anda, jgn la kata 'melayu tak tolong melayu' yea. Jgn lak Najib kata "apa lg org melayu nak" ini as malam result pru-13.

Andaikata 1511 berulang semula (harap tak berulang), then jgn nk salahkn rakyat. Kami rakyat melayu tiada upaya utk jatuhkan/bunuh pemimpin melayu. Sejarah pun lama dah mbuktikkn yg pemimpin shaja mampu buat begitu pd rakyat indirectly.

Ambil la sejarah pertembungan Hang Tuah dgn Hang Jebat as panduan kita dlm situasi now. Mcm crita telur dulu ke ayam dulu yg till now tak ada jawapan muktamad. Saya tetap akan cuba sanjung Hang Tuah, juga kmakan lebih sanjung pd kberanian & sifat mengalah Hang Jebat semata2 atas dasar persahabatan seguru mereka. Hang Jebat bkn mgalah sebab taat pd crita Pemimpin yg zalim...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 11:49 AM

Mula2 team najib berharap pd cg bad.semingu lebih juga la muka cg bad yg tak hensem tu keluar tv3suku.tp rasanya rakyat tak heranpun dgn cg bad tu.muka cg bad hilang mcm tu sj.cuma dpt duit juga cg bad tu rasanya.tak dpt duitpun dpt popular dah cukup juga utk cg bad.team najib kemudian berharap pd pendedahan lester pula.bila lester sudah kantoi mantoi semua jd malu sendiri.sekarang berharap pula pd pengakuan justo yg sedang bengang krn telah dtipu itu.wpun blum dpt d.bultikan kebenaran team najib sudah terlompat lompat bagai.jika tak bleh percaya kpd the edge knpa nak percaya kpd justo yg telah dtangkap itu pula.sekurang kurang the edge blum dtangkap lg.hanya d sekat pengeluaran dgn alasan yg tiada siapapun dpt terima selain team najib.

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 12:15 PM

Mesti Najib menyesal sebab mansuhkan ISA. :D

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 12:39 PM

Kepada pengomen yg tak tahu nak komen apa selain mencarut atau suka alihkan topik, mungkin anda boleh jelaskan kenapa isu 1mdb dan akaun Najib dianggap ancam keselamatan negara. Anda yg rugi bila komen dipadam sebab ribuan pembaca tidak dapat menatap komen anda.

Juga jangan guna huruf besar.

jadikan bahasa artikel dan komen2 yg disiarkan sebagai panduan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 1:10 PM

Contoh orang yg kurang matang. Membuat tohmah 'orang malaya' jajah Sabah n Sarawak. Sejak bila pulak kita menjajah Sabah n Sarawak. Pendapat begini kalau tak dibendung dari awal bakal menjadi barah di masa hadapan Malaysia. Dan ini lah yg di mahukan oleh pihak yg busuk hati dgn Malaysia. Silap PM ialah bila batalkan ISA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 1:35 PM

Alasan tindakan ini senang sahaja. Mahathir juga pernah membuat perkara yang sama!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 1:56 PM

Najib gagal dlm 1mdb
Gagal dlm kawal hutang negara
Gagal dlm ekonomi
Gagal dlm mrnangani ringgit
Gagal menjawab persoalan
Memang belum terbukti salah laku lagi tapi najib gagal ubah persepsi ino.
Sesiapa yg ckp bukan semua salah najib,jadi pada siapa kita nak salahkan. Kalau najib tak mampu serah pada org lain. Bukan najib sahaja pandai di malaysia .
Jgn harap pada najib ,sekarang harga kangkung pun tak mampu dikawalnya(ini cuma sarcasm pd yg tak memahami)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 3:55 PM

The Edge akan membawa isu penggantungan permit media mereka ke mahkamah.

Tahniah The Edge, itulah berani kerana benar, bila berada di pihak benar, akan ambil tindakan terhadap pihak pemfitnah dan pengainaya, bukannya melalak ke sana sini kononnya darah pahlawan, kononnya keturunan panglima bugis bagai, tapi pengecut nak ambil tindakan undang-undang kepada pihak yang dikatakan 'memfitnah' panglima bugis berdarah pahlawan itu.

Dengan membawa isu ini ke mahkamah, maka The Edge akan mengheret Najib dan Rosmah untuk beri keterangan di mahkamah, malahan Najib bolehlah panggil tukang jawab bertaraf sampah yang menjadi balacinya seperti Sharir Samad, Zamil KITA, Tunku Aziz, Abdul Rahman Dahalan, Ahmad Maslan, Zaharain Hashim dan lain-lainnya untuk memberi keterangan untuk 'membela' Najib, malahan bawa sekali 154 ketua UMNO bahagian, pimpinan wanita UMNO, pimpinan Pemuda UMNO, pimpinan Puteri UMNO yang sebelum ini telah mendengar 'penerangan panjang lebar dan sangat jelas' dari Najib mengenai isu 1MDB itu untuk turut 'bantu' Najib menjawab apa yang akan dibangkit di dalam mahkamah kelak.

Harapnya Najib janganlah pula nanti jadi macam Anwar, tiba-tiba sakit perut, atau pun yang lagi dahsyat Ali Tinju menggelupur di depan mahkamah dan digunakan pula oleh Ketua Polis Negara yang penipu iaitu Khalid Abu Bakar untuk dijadikan alasan 'faktor keselamatan' untuk membolehkan Najib menangguhkan perbicaraan itu pula kelak.

Selamat menjawab di mahkamah.


Ikhlas dari,

Atuk Cincaluk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 4:03 PM

The edge bole tipu justo. Apa la masalah nk tipu rakyat malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2015 at 5:56 PM

Pada anon 4.03pm,

Yang mana satu lebih teruk,tipu justo sorang atau tipu semua rayat Malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2015 at 8:54 PM

Ape yg kau merepek ni labu.... peruntukan undang2 ape? Maksum sgt Kerajaan najib ni agaknya.. please open ur eyes n look what's happening around u rather than watching tv3 n reading utusan, bh, nst

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 26, 2015 at 7:39 AM

Umpama mentemun dengan durian,senang cakap "langar durian pun sakit,durian timpa pun sakit".berjaga-jagalah!.Yang dituduh tak disiasat,tetapi yang menuduh disebat.

Post a Comment