........... Bila Tempoh Tamat, Peguam Najib Anggap Sebagai Pengakuan Bersalah ? ? Hahahaha ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Tempoh Tamat, Peguam Najib Anggap Sebagai Pengakuan Bersalah ? ? Hahahaha .....

Tuesday, July 21, 201530comments




Dua minggu berlalu, hari yang dinanti berkunjung tiba ...., dari TMI -
.


Mewakili firma Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak, beliau berkata, sehingga semalam pihaknya belum menerima sebarang respons daripada penerbit WSJ, Dow Jones.

"Sekiranya pihak kami tidak menerima sebarang jawapan sehingga hari ini, maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai beberapa pilihan undang-undang

"Antaranya mengemukakan saman atau mengeluarkan surat tuntutan kepada WSJ


Wan Azmir dilaporkan berkata, tindakan berdiam diri WSJ itu memberi tanggapan akhbar itu mengaku bersalah dan pihaknya menunggu arahan lanjut daripada Najib mengenai tindakan yang sesuai diambil terhadap artikel tersebut.


Apakah tindakan Najib seterusnya ? Diam sebulan sebelum bagi NOTIS 3 bulan pula sebelum saman WSJ ? 

Nak saman atas alasan apa kalau motif WSJ masih belum jelas pada pandangan Najib ? Kenapa tidak saman saja pada dakwaan yang jelas iaitu - Dakwaan transaksi deposit billion2 masuk akaun peribadi Najib. Itu kan yang JELAS ?


Kemudian keluarkan satu kenyataan yang jelas juga kepada rakyat Malaysia  bagi menafikan transaksi2 itu. 

Saya amat hairan sepanjang isu ini berlegar, TIDAK ADA seorang pun pemimpin Umno  atau BN yang berani tampil meminta Najib menafikan dakwaan deposit billion2 ke dalam akaun peribadinya itu !

Apakah anda semua merasakan ia satu perkara yang boleh diterima ? TIDAK APA ?

Apakah rakyat Malaysia tidak perlu tahu apa2 mengenai deposit2 itu ? 

Apakah mereka yang pro Najib juga tidak merasakan keperluan untuk mendapatkan kepastian akan deposit2 itu ?

APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN2 NEGARA INI ? ?

Bagaimana dengan dakwaan Tun Mahathir melalui artikel Chedet semalam ( KLiK ) -

 12. There is no denial that money was deposited in the private account. The explanation to UMNO is that it was for the elections. UMNO seems satisfied. Don’t they know that Government money cannot be used to help a political party to win elections? But the money was from donation. Who donated 2 billion Ringgit? No answer.

Ya, siasatan masih berjalan. Tapi bukankah PENGAKUAN atau PENAFIAN dari empunya badan perlu ditagih terlebih dahulu ?

Apakah kepimpinan Umno merasakan TIDAK APA deposit2 itu sekiranya ia untuk kepentingan parti ?

Setakat mengesahkan transaksi2 itu tidak memerlukan masa yang lama, hanya rujuk kepada dokumen2 sah yang ada. Malah kalau merujuk dari penyata bank pun dah boleh sahkan samada transaksi2 itu wujud atau tidak.

Kenyataan Tun Mahathir di atas juga perlu mendapat perhatian bukan saja dari Task Force tapi dari pihak Polis dan SPRM !

Untuk menyiasat apa yang disebalik transaksi2 itu mungkin mengambil masa. Tapi buat masa ini apa yang rakyat mahu dengar adalah samada ADA ATAU TIDAK deposit billion2 itu ?

APA YANG PAYAH SANGAT ? ? ?


Oya, rumusan dari pihak peguam Najib ini memang kelakar -

"Keengganan Dow Jones memberi sebarang jawapan mahupun penjelasan terhadap dakwaan itu boleh diterjemahkan sebagai pengakuan bersalah,"
.

Hahahahaha ........ BERSALAH atas apa kalau Najib sendiri terkemut2 nak jawab ! ? 

Satu lagi, bila diberikan syarat  'Jawab/Tarik Balik ATAU Berdepan Saman' dan suspek tak layan, bukankah itu membawa maksud dia CABAR BALIK supaya di saman ?

Saya baca pendirian BOLAYAN pihak WSJ terhadap surat minta penjelasan Najib sebagai SATU CABARAN supaya Najib menyaman mereka bukannya sebagai satu pengakuan bersalah sebagaimana kata peguam Najib.


Oya, kalau si isteri pun berdepan dengan situasi yang hampir sama ! ( KLiK )

“Memandangkan profil klien saya sudah didedah di peringkat nasional dan antarabangsa, adalah diharapkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjalankan siasatan segera dalam tempoh 72 jam dan memaklumkan hasil siasatan tersebut,”

Itu pada 11 Julai lalu. Sudah 10 hari atau 240 jam berlalu ..........

Media kita hanya gempak masa nak hantar surat jer, konon yang kena tuduh berani ..... tapi bila tempoh hadmasa tamat tanpa sebarang reaksi, tidak ada yang mahu hebahkan.

Rakyat mahu tahu - ADA atau TIDAK ADA deposit billion2 dan juta2 itu ke dalam akaun peribadi pasangan Najib-Rosmah ?

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Abu
July 21, 2015 at 4:03 PM

Rosak malaysia ni.. Rosak, rosak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 4:12 PM

Sudah terang Najib hilang tel*q. Peguam pun tak berkemampuan. Memalukan Negara. Apa punya intellect Bugis ni??

WSJ sudah menjawab serta merta bahawa mereka tetap dengan tulisan mereka.

Lim Kok Wing pun dah tak sanggup lalu letak jawatan tak jadi Datuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 4:27 PM

Bodohnye... klu wsj minta maaf barulah blh anggap mereka betsalah dlm fitnah.. klu wsj senyap? Boleh dikatakan mereka tak menerima surat peguam atau mereka bolayan atau mereka betul mencabar atau mereka dah sedia dibawa ke mahkamah atau mereka anggap PM kita ni takde telur...lantaklah ko nak buat apa...
Apa lagi ? Samanlah wsj... asyik denial syndrome je.. klu masuk court dah tentu masuk dalam klu hanya nafi..nafi..nafi

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2015 at 4:29 PM

haha..mmg xsusah nk jwb YA /TAK..tp xde nye dia nk jwb..
mn x nya..kalau jwb YA,t pecah tembelang.. dia..satu msia mgamuk sbb di lesapkn duit negara....kan xpsl2 abis duit bilion2 tu kene kluarkan balik n bg sedekah tuk rakyat..haha.
tp kalau dia jwb TAK,kene condem sumpah seranah je..duit xabis..hihi..sabor je la hadap pemimpin cmni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 4:54 PM

kadang kadang kelakar dengan puak puak politik.. tak kira lah BN ke PR. baca BNBBC
http://www.bnbbc.my/tidak-sukar-tony-pua-nafi-bukan-beliau-bertemu-justo/

kenapa suruh TONY PUA untuk tunjuk bukti tapi tidak NAJIB RAZAK ???

BAHALOL APAKAH INI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 5:17 PM

Ahli politik skrg semua sama.. belit mcm ular. Tak tahulah wujud lagi ke tak ada ahli politik yg komited dgn rakyat..
Yg kecewa

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2015 at 5:22 PM

Yang jelas disini pihak WSJ sdg menunggu dgn tangan dan kaki yg terbuka utk menerima saman dari Najib dan begitu juga oleh pihak Sarawak Report dan The Edge kerana mereka2 ini telah pun mencabar Najib utk menyaman mereka dan persoalannya skrg adakah Najib berani utk menyaman mereka??? Persoalannya skrg juga dgn tidak mengambil tindakan terhadap WSJ dan yg lain menunjukkan kelemahan Najib dan juga the whole kabinet khususnya Umno dan dgn itu tidak salah jika rakyat Malaysia dan dunia menganggap perkara ini benar dan yg menghairankan lagi tiada kah para menteri dan ahli Umno yg ramai diantara mereka berkelulusan undang2(Peguam) tidak menegur Najib supaya menyaman WSJ dan yg lain in the first place??? Dgn penjelasan chedet dlm latest entri dipoint no.12 itu juga merupakan satu tamparan utk Najib dan askar2nya utk menjawab dakwaan tersebut dan sehingga skrg tiada seorang pun yg dpt menjawab kritikan tersebut inikan lagi utk menyaman WSJ yang. berpangkalan diluar negara dan utk menjaga maruah dan kerajaan Najib tidak seharusnya berdiam diri dan sebaiknya jika dia tidak mahu menyaman WSJ dan yg lain Najib seharusnya menjawab secara gentleman dan terbuka serta berundur secara hormat dgn melupakan egonya sebagai pahlawan bugis kerana kita harus ingat that nobody will pleased and cover you forever cause everybody hv their own ass to cover.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 5:54 PM

Macamana nak suruh pemimpin2 UMNO lain tanya najib kalau dia terima atau tak duit 2.6beliyon tu sedangkan mereka semua tahu dan telah menerima bahagian masing2. Dan yang paling banyak terima akan bercakap lebih banyak daripada yang lain macam KJ.

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2015 at 6:09 PM

"Keengganan Dow Jones memberi sebarang jawapan mahupun penjelasan terhadap dakwaan itu boleh diterjemahkan sebagai pengakuan bersalah,"

Kenapa peguam Najib x tanya anak guam diorang,ade x 700m USD di masukkan ke akaun peribadi anak guam diorang tu?

Najib x pernah jawab Ya atau x bila di tanya mengenai persoalan 1MDB ni.Sekaligus peguam Najib mengesahkan Najib mengaku bersalah-kalau ikut cara peguam Najib berfikir. :D

#Semakin banyak jawapan dari pro-Najib,semakin banyak persoalan yang timbul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 6:27 PM

KJ.....? Kau ni jangan fitnah, berdosa

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2015 at 6:28 PM

Diam Najib pon selama ini pon menunjukkan dia bersalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 6:51 PM

Kita tengok pahlawan bugis bertindak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 7:05 PM

Some years ago someone kept drumming ....

- Anwar is a DECOY
- Najib is the TROJAN

With the latest explosive-revelations by CHEDET, it seems the Bugis will indeed make the 'listing' ship to sink but before it did, as many lapped-dog passengers will be dragged and sink together. The price and treasured chest ie. UMNO will be forever anchored to the bottom of the abyss!

Then again next few days could be revealing moment when the unthinkable happen ie. Bugis will throw in the towel as its getting too hot to handle. Precursor to that is already on the card in LKW's departure!

So say the crystal ball?

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2015 at 7:42 PM

Betul....jgn tuduh2 sebarangan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 7:48 PM

Din Turtle, siapa yg kau nak naikkan jadi PM yg baru ???

Kenapa kita nak adili Najib di media sosial?
Kenapa tak tunggu penyiasatan audit negara, PAC dan international auditor?
Kamu nak kebenaran atau nak jatuhkan Najib?
Kenapa apa yg keluar daru mulut Mahathir dianggap betul?? apa reference kamu?
Sedangkan Mahathir pun dapat info dari Punto yg ternyata berbohong.
Tak kan semua benda Najin nak jawab?? Padahal, dia dah jawab pun. Tapi semua tak ambil kisah. so, apa lagi jawapan yg kamu mahu??

Tak kan kerja najib menjawab semua persoalan yg tak pernah habis yang bertanya pun tak ikhlas sebab bukannya nak tahu kebenaran...

Janganlah jadi agen yahudi yg nak merosakkan negara ini

Mahathir dulu berkuasa 22 tahun sebab tak ada internet di era dia.
Semua media cetak dan elektronik dia kontrol
Media tak bebas seperti sekarang. Mahathir memang diktator dulu.
Byk isu dan skandal tak diketahui oleh rakyat secara menyuluruh sebab tak ada internet

Sekranag zaman berbeza, ada info sikit terus masuk internet. Lepas 1001 macam interprestasi di buat dan disebarkan...

Cubalah bersifat adil kepda Najib!!! itupun kalau anda org islam yg beriman

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
July 21, 2015 at 7:59 PM

Sekiranya diam WSJ dengan mudah para peguam boleh menafsirkan sebagai pengakuan bersalah maka diamnya Najib pun boleh lah rakyat tafsirkan sebagai satu pengakuan bersalah jugak la kan?

Jangan praktis double-standard la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 8:13 PM

kalu owg ckp ko bongok ko mrh...anon7.48
tp itu laa hakikat nye...ko mmg bongok
era tun malaysia di segani di dunia....era najib jd bahan gelak jerr psl telo xde

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2015 at 8:19 PM

@AnonymousNajib dah jawab ? Bila dan apa jawapannya ? Mohon berikan sumber ya, jangan sebar fitnah di sini!

Bab kenyataan TunMahathir di atas, kan saya minta pihak berkuasa siasat termasuk tanya Tun sendiri..... baca betul2 ya.

agen Yahudi ? Errr.... maksud saudara mesra Yahudi mcm PMO dan 1mdb ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 9:32 PM

Anon 748..betul ke zaman Tun M xder Internet?

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2015 at 11:04 PM

tu la..sanggup plk anon tu panggil org lain sbg agen yahudi...yg blogger klu buat artikel hal najib je digelar sbg anti kerajaan...phasut..agen yahudi..habis tu rakyat lain yg buat kenyataan..yg duk bersembang kedai kopi bercakap hal PM tu kire agen yahudi gak ke...?

ish2..xpatut tul gelar org agen yahudi...hihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 11:11 PM

Penyamun dan lanun yang sebat duit negara bukan sikit secara terang2 begini masih ada rakyat yang nak pertahankan?. Memang bangang tahap gaban lah rakyat Malaysia yang jenis begini?. Kalau kat negara lain pemimpin penyamun macam ni dah lama undur diri kalau tembelang mereka dah pecah, kalau tak, silap silap mereka mampus dimamah peluru kalau pun tak C4.

Tapi dinegara Malaysia pemimpin jenis penyamun dan lanun ni dipuja dan diampu bagaikan "dewa" dan kentot mereka bagaikan harum.kasturi dikalangan rakyat bengap dan baghal habya kerana BR1M dan shelai jain pelikat dan sekampit dua gula beras. Apa nak buat, asal saja ada masuk sikit poket sendiri, babi pun boleh nampak macam.kambing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 11:12 PM

Common sense yg duit tu d gunakan utk election lepas...semua bhgn dapat termasuk bhgn yg x suka najib....cuma masing2 kena jaga periuk nasi sendiri...nyatanya...pamdai2 lah ko najib jawab sendiri....ko yg ng duit tu...kami dapat skala kecil shj..ko makan lg besar bhgnnya...
2 juta pun ros maha dapat....
cuma yg jd persoalannya kini...
najib dan ros maha sedang membwa panji2 Islam dalam pemerintahannya..
jd ada org ckp..buat apa nak kacau najib...biarlah dia uruskan negara ikut acuan dia...kan dia s3dang belajar dr kesilapan..
aku jawab...kalau dah buat silap berkalikali...bangang namanya tu...rm vs dollar worst...gst worst...tol..petrol...low yatte jho low worst...

akhirnya...jom boikot loy wat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2015 at 11:18 PM

Saya anon 748...tetap bangga menyokong najib dan mama rosmah...ayuh semua termasuk brader din..kita sokong najib hingga berjaya....malaysia makin maju bawah najib...highway lpt ada...bangunan di kota bharu ni pun dah banyak...universiti banyak...ltsaas pun dah upgrade...kita ada kapal selam...istana negara yg baru...bnyk jasa najib dlm 5 tahun shj....gst dll tu kecil shj..
ayuh semua rakyat malaysia..kita sokong najib...
anon 748 yg benar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 12:23 AM

NAJIB zaman INTERNET??? klw NAJIB diletakkan pd zaman MAHATHIR dia boleh ubah ker dr negara PERTANIAN kpd PERINDUSTRIAN. 1mdb pun AZAB... boleh beli ais krim pakai unit ke??? Tp bayangkan perkara HEBAT apa MAHATHIR boleh buat atau manfaatkan klw diletakkan zaman NAJIB??? kerja semakin PANTAS. peluang TERBUKA luas... kepada CAI... Pemimpin VISIONARIS letak zaman siapapun nampak hasilnya. Tp pemimpin SLOW letak zaman manapun dia akan TERPINGA-PINGA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 2:17 AM

m i so dumb not understanding najib answer for all the allegation???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 9:25 AM

@Anonymous.. kebijakan najib hanyalah satu iaitu... dia tak makan sorang... jadi, yang lain tak boleh tidak kena sokong dan backing najib.... tengok? bijak tak PM kita... ha ha ha!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 9:32 AM

@AnonymousMamat bendul macam ko ni masih ada kat pejabat aku... tapi hanya seorang berbanding berpuluh yang lebih celik mata hatinya.... padahal kesemua tu penyokong BN tu... bukankira penyokong PR lagi... boleh bayang tak bagaimana keputusan PRU 14, jika puak2 kabinet perosak ni mengepalai PRU 14?.... dah tentu bungkus Kan? kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 10:23 AM

Anon 7.48
Heheee...tergelak aku baca kau punya ayat. Seriously kau datang dari mana ni?!?!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 4:19 PM

anon 748..klo ko nak sokong sgt najip tu p laa sokong sana...kat sini kita bincang soal kenapa najip pujaan ko nafi nafi nafi duit bilion2 tu...jasa apa laa yg najip buat kat negara spi rm susut teruk..petrol naik rega jual tanah kat 1mdb murah melampau...malaysia gah di dunia ke era najip ni...gah psl kontroversi pm ye le..bak kata kadir jasin...sang kelembai...hadoiii

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 12:32 PM

Aduhai.memanda menteri bugih lo ni,,Sapolah ejen yahudi hak hg kata tu deh...sapa!sapa!'...Pandai jo ,,mu Tu ejen sapo plak...acai jib...

Post a Comment