........... Bila Penghina Rasul Pujaan Pro Najib Kantoi 3 Kali !! .. Agak2 Kalau Dia Jadi Saksi Pro Tun, Macamana Agaknya ya .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Penghina Rasul Pujaan Pro Najib Kantoi 3 Kali !! .. Agak2 Kalau Dia Jadi Saksi Pro Tun, Macamana Agaknya ya ....

Wednesday, July 22, 201524comments

Hari ini sekali lagi cerita Penghina Rasulullah yang diambil oleh Rahman Dahlan untuk membela Najib dan 1MDB menjadi penghias media bila video keduanya disebarkan. Entah apa yang diceritakan kali ini saya malas nak tonton. Hanya baca apa yang dikomen oleh beberapa portal je.

Paling menarik adalah bila video Penghina Rasul ini kantoi dengan menyiarkan gambar SALAH ORANG yang didakwa mengubahsuai dokumen 1MDB bagi pihak Sarawak Report !

Kali ketiga KANTOI !!

Terlintas difikiran saya ...... kalaulah Tun Mahathir dalam keadaan sama yakni kantoi 3 kali dalam menggunakan saksi yang sama, agak-agaknyalah, apa reaksi pro Najib ?

Serius tanya ni ..... Kalau Tun guna saksi yang kantoi sebanyak 3 Kali, kita boleh bayangkan bagaimana bentuk serangan pro Najib, dari facebooker, blogger, Menteri Penuh atau Separuh hinggakan Najib sendiri termasuk pihak 1MDB pun akan sebut berulangkali.... kan ?

Tak cukup melalui internet, benda sama akan diulangsebut beberapa hari melalui TV3 lagi .... kan ?

Sekarang ini yang mereka duk ulangsebut hanyalah - Dulu kata hilang RM42 bil, sekarang dah jadi RM27 bil ? Hahahahaha ...... Hanya itulah modal mereka, dari askar hinggalah ke Najib ! Dari dulu hingga sekarang. Sedih rasa ...... simpati pun ada.

Itu pun modal yang bersifat pemahaman bahasa, bagaimana kalau 'kesilapan' itu lebih besar dan nyata seperti apa yang berlaku melalui Penghina Rasulullah yang kini dijaja hebat oleh pro Najib ?

Awalnya kita tak tahu banyak, makanya kita tanya mana perginya RM42 bil.  Askar2 Najib pun bukannya reti apapun. Hanya bila 1MDB mula jawab sikit, mereka pun menyalak sama. Bila diterangkan sikit, kita terimalah aset setakat RM15 bil ( contohnya ), maka tinggallah baki RM27 bil yang masih belum terjawab. Kita tanyalah - Mana pergi RM27 bil ?

Angka itu akan terus berkurangan bilamana 1MDB berjaya jawab dengan menyakinkan. Contohnya kalau boleh jelaskan lagi RM5 bil, maka akan jadilah RM22 bil yang akan kita tanya ke mana hilangnya. Itu maksudnya dari segi pemahaman bahasa.Malangnya pro Najib termasuk Najib sendiri tak reti bahasa ! Makanya diulang2 lah isu ' Dulu kata RM42 bil hilang, sekarang dah jadi RM27 bil pula ....'

Jadi bayangkan jika pihak pro Tun atau Tun sendiri yang kemukakan saksi yang KANTOI 3 KALI !

KANTOI 1 - Saksi merupakan orang yang pernah menghina Rasulullah ! Adeeeh .... dah kantoi benda sebesar itupun masih lagi pro Najib menjunjung mamat tu. Sedihnyalah .... 

Rahman Dahlan sampai keluar kenyataan merayu supaya rakyat lihat pada mesej yang ingin disampaikan oleh Penghina Rasulullah itu, lupakanlah yang dia pernah hina Rasulullah dulu. Itu tak relevan sekarang. Dulu dia hina Rasulullah, sekarang dia dah jadi aset Najib dan 1MDB jadi askar2 Najib pun sokonglah si Penghina Rasulullah itu ......

Bagaimana agaknya reaksi pro Najib sekiranya saksi yang Tun Mahathir sokong merupakan Penghina Rasulullah ?  Bukan setakat internet dan paper, pasti akan dijadikan topik utama untuk dibahaskan dalam rancangan2 ugama di TV3 !!

TAK NAMPAK LAGI KE TANDA2 YANG DIBERIKAN ALLAH ?

KANTOI 2 -Saksi pujaan team Najib yang pernah menghina Rasulullah itu juga mengaku menerima bayaran untuk membuat pengakuan terhadap SR !

Malaymailonline

Bagaimana kalau saksi yang pernah menghina Rasulullah itu disokong oleh Tun Mahathir tetiba mengaku yang dia menerima bayaran untuk membuat pengakuan ? Agak2 bagaimana reaksi pro Najib ?

Gegak gempitalah Tanah Melayu ini konon saksi telah dibeli ! Tak boleh pakai ! 

Kemudian akan dikorek habis sejarah silam saksi..... bukan saja pernah menghina Rasulullah tapi juga terkenal sebagai seorang yang penipu, sengkek ( persepsinya akan sanggup buat apasaja demi wang ) dan pelbagai sifat negatif lain.  Saya berani cap jari lah itu yang akan mereka buat !

Tapi bila Penghina Rasulullah yang dibayar itu menjadi saksi membela Najib dan 1MDB, terpaksalah askar2 Najib berbondong2 julang juga ......

TAK NAMPAK LAGIKAH TANDA YANG DIBERIKAN ALLAH ?

KANTOI 3 - Yang terbaru adalah bilamana dikatakan dalam video kedua si Penghina Rasulullah itu, disebut nama orang yang bertanggungjawab dalam memalsukan dokumen2 milik Petrosaudi sebagai James Steward Stephen dan disertakan gambarnya sekali tapi ternyata gambar itu PALSU !

Malaymailonline
Hahahaha ...... Kenapa tak sebut je yang video itu sudah di hack dan gambar palsu itu merupakan satu tindakan sabotaj ! ?

Halo.... siapa yang buat video itu ? Takde siapa ke yang cek kesahihan isikandungan video sebelum disebarkan ?

Tak pasal2 seorang Pengurus Customer Service keretapi British yang bernama James Steward telah menjadi mangsa fitnah si Penghina Rasulullah !

Video itu merupakan bahan bukti UTAMA si Penghina Rasulullah yang dijulang oleh Rahman Dahalan dan askar2 Najib dan di situ pun boleh kantoi !!

Bayangkan jika Tun Mahathir mengemukakan bukti utama dalam bentuk video kemudian didapati ada kesilapan BESAR ..... apa agaknya reaksi pro Najib ?

MASIH TAK NAMPAK LAGI TANDA YANG DIBERIKAN ALLAH ?

Berlaku jujurlah dalam menjawab ketiga2 soalan di atas ...... jika berlaku kepada pro Tun, pastinya beraya sakan pro Najib kan ? Tapi kenapa bila kena batang hidung sendiri, anda masih juga menjulang si Penghina Rasulullah itu ?

Ni tak habis2 dengan - Dulu kata hilang RM42 billion, sekarang dah jadi RM27 billion ?  alahai .... sedihnya ....

Dah bermacam2 kekantoian berlaku, namun masih lagi dipertahankan 1MDB dan Najib. Biar tak berjawab isu Najib Billion2, tetap juga dipertahankan ..... Memang dah BUTA MATA HATI KALIAN !

PS -  Nasihat saya kepada rakan2 blogger yang pro Najib - Takperlah kalau nak teruskan juga bela Najib ( saya faham ), tapi tak payahlah masuk bab julang si Penghina Rasulullah ni. Tergamak korang ? Takde rasa apa ke ?

Biar jerlah si Rahman Dahlan sorang je yang julang Penghina Rasulullah ni, korang jangan terbabit sama. Agak2 lah ... mamat tu pernah HINA RASULULLAH !!

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 22, 2015 at 1:26 AM

Patutlah Lim Kok Wing resign jadi image consultant Najib. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 2:59 AM

kalau ckp bodoh, marah.. sedar la wahai rakyat.lg satu kalau sahih lkw resigm mmg makim menarik drama 1mdb

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 3:03 AM

-luv tun m.

-najib semakin teruk selepas berlakunya gst dan 1mdb ini. malahan sikap najib yang kurang prihatin juga menjadi isu atau bualan mulut orang melayu.
-najib juga tidak bertimbang rasa tanpa berfikir panjang selepas menghapuskan akta I.S.A sehingga banyak kebocoran yang berlaku serta menjadikan orang cina semakin pijak kepala melayu.
-berkaitan 1mdb pula, najib terlalu lemah dalam pentadbiran serta perniagaan yang memakan puluh ratusan juta hingga mendatangkan kerugian.
-najib sepatutnya janganlah mengheret rakyat, parti utama orang melayu(UMNO) dan mempergunakan orang dengan wang ringgit. itu tidak menjamin dalam jangka masa panjang dan tidak berbaloi.
-tentang penghina nabi itu pula ada baiknya jangan cuba bermain api dengan kenyataan-kenyataan yang boleh memakan diri. serta ia juga tidak mustahil inginkan sesuatu dari najib dengan membuat kenyataan semua berkaitan 1mdb. ini satu permainan spikologi yang cuba mengatur minda orang melayu terutamanya. bahkan, kenyataan si penghina nabi itu juga berbaur dakyah yang cuba memesong perkara-perkara tertentu di dalam semua kemelut yang berlaku di dalam 1mdb.
-najib pula, ia angkuh dan tiada jiwa melayu di dalam dirinya. sikapnya hanya menambahkan kemarahan rakyat. terutamanya melayu bandar, kerana merekalah antaranya merasai apa itu gst dan begitu juga dengan kaum lain secara am nya
-ini fakta, orang muda yang malas memahami apa itu ekonomi juga turut sedikit demi sedikit memahami apa itu ekonomi selepas adanya gst dan wang ringgit mengecil(menguncup) berbanding negara lain.
-justo, ia seperti kambing hitam yang perlu diperhatikan setiap masa. kerana justo juga diheret di dalam kemelut 1mdb serta dokumen-dokumen yang diwar-warkan.
-hutang negara meningkat, tetapi tiada hasil pulangan balik modal seperti zaman pemerintahan tun m, ini fakta.
-kepada semua pro najib, hamba ini orang umno. tetapi hamba kecewa dengan adanya pemimpin seperti najib yang tidak cuba merasai beban yang rakyat tanggung. najib hendak niaga, niagalah. tetapi jangan heret negara serta rakyat untuk menanggung hutang hingga anak cucu. tidak kesiankah pada anak-anak cucu kita nanti?. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA.

luv tun m.
-orang selatan
-jiwa melayu
-keranamu malaysia, jalur gemilang, anugerah, wawasan 2020, malaysia boleh !.
(harapan).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 3:33 AM

Muka si lestongok ni je pun da blh wat slipar jepun urk g tandas...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 5:16 AM

orang melayu dok maki hamun orang yahudi dan nasrani sambil menjunjung tinggi bangsa arab, akhir nya bangsa arab al unta lah yang telah mengencing orang melayu berbillion-billion ringgit.... WAKAKAKAAKAKAKAKAKA

....................
Reply To This Comment ...................
July 22, 2015 at 5:20 AM

Sorry, This Time We Are Going To Have To Sue!

21 JUL 2015
Sarawak Report takes a tough tone in many of its stories, especially when revealing corruption in high places. So we are generally phlegmatic about the often angry rebuttals we sometimes get.

Usually, we rely on the facts to make our case against detractors and allow readers to decide by comparing those facts with the criticisms against us.

However, over the past days, certain characters who claim to represent the government and their friendly media outlets have gone too far.

They have paraded a sick and discredited individual, who has poured out strings of lies, which none of them have sought to check out, in order to claim this as “proof” that our research was all “forged”.

This would be entertaining for being so ridiculous, given the mass of evidence that supports all we have written. But ministers have now used this character and these ludicrous libels as an excuse to order an internet ban on Sarawak Report.

BN’s so-called strategic communications chief, Abdul Rahman Dahlan, a minister for housing, has on the same grounds outrageously libelled the writer, calling her “scum” and labelled our research as “blatant lies”.

This is despite the fact that all our articles have been closely researched and substantiated.

Moreover, numerous other publications have supported our findings and repeated our conclusions in the global media.

Mr Dahlan has not produced a single shred of evidence that would lead anyone to believe the ravings of the mentally unbalanced bankrupt, Lester Melanyi.

We therefore accuse Mr Dahlan of criminal libel, motivated by malicious intent.

We are consulting our lawyers with a view to reporting him to the Malaysian police authorities and also issuing libel proceedings against him and other parties, including the New Straits Times and other publications which have deliberately promoted falsehoods designed to damage the credibility of Sarawak Report.

We will also report Mr Melanie’s vicious criminal libel to the local police (he’s not worth suing) and we warn him and anyone who continues to promote his present and future made up stories that we will seek appropriate damages.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 8:31 AM

Mari belajar... 1 billion = One Thousand Millions, 1billion = 1000 juta, 42billion = 42000 juta. Mari kita guna UNIT JUTA. dari desa ke bandar semua boleh absorb klw pakai unit JUTA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 9:25 AM

Sy masih ingat di zaman tun,apa2 isu akan dijawab di media perdana dgn pantas & x keliru...walopon xde fb,tweeter dll tp kite tahu perkembangan negara...
Di zaman skrang,zmn najib,tah apa2 yg dipost dlm fb najib...sudah x mahu jawab soalan 1mdb 1 hal..hal2 lain psl dlm negara pon x dijawab atau penjelasan memuaskan..
Lebih parah tiba2 ckp isu yg mcm xde kaitan!
Cth isu indeks pencapaian syariah...skrang dah kemana isu tu?
Cth dlm fb najib tiba2 plak ckp rakyat diminta bersedia hadapi ancaman luar & dlm negara??
Sblm hari raya tempoh hari...aih...xde hujung pangkal tetibe ancaman apa?
Sehari selepas itu baru muncul news SR diharamkan...
Nmpk x permainan die?
Mcm x jive antara najib & rakyat...mcm x kena...mcm kera sumbang
Org tgh hot isu tol,minyak,1mdb,hari raye tetibe ade kwn dtg kat kiter ckp psl org luar nk serang kiter??
tak ke bodoh peee m cuba panik kn rakyat?
Nasib baik rakyat mmg mls nk layan najib!
Btw selamat hari raya din!

....................
Reply To This Comment ...................
July 22, 2015 at 11:18 AM

BUKAN KANTOI ;
jika jadikan orang munafik dan fasik sebagai SAKSI jawapan cepat lagi terjawab, simpulan belenggu kefahaman terbuka terbentang pada orang Islam yg waras.
kepada najib carilah orang lain sebagai SAKSI untuk menyatakan bahawa anda dipihak yg benar.
Islam bukanlah agama yg boleh dijualbeli , andainya anda terlibat kami sebagai saudara seagamamu tetap memohon pintu taubat dibuka untuk mu, kami tahu dalam silap mu ada juga kebaikan dibuat dalam isu2 yg lain.
pesanan dari cicitmaulanaishak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 11:52 AM

din, tunjukkan video atau bukti yang mamat lester ni menghina rasullullah utk makluman orang ramai.

....................
Reply To This Comment ...................
July 22, 2015 at 12:48 PM

@Anonymoussemua pihak akur termasuk tuanpunya badan, tak perlu bukti lagi. Ada artikel utusan tahun 2006 dimana Umno kutuk sarawak tribune dan editornya -http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Sekarang julang pulak .....alahai....

....................
Reply To This Comment ...................
zethro
July 22, 2015 at 1:17 PM

Bro, mmg camtu tactic Najib pun. Dia pakai tactic 'scare' di mana dia akan buat/wujudkan persepsi kpd rakyat akan ada ancaman/bahaya kalo kerajaan tak amik tindakan supaya rakyat akur dgn tindakan kerajaan tu.

Cth BR1M. Najib ckp kalo kerajaan tak bg BR1M, rakyat akan lg susah. Simple statement but big impact. Padahal BR1M tu bg sekali setahun je dgn jumlah yg tak seberapa pun. Org2 yg berpendapatan kecil mungkin memerlukan tp sebenarnya mereka lebih memerlukan peluang yg lebih besar utk mencari rezeki lebih.

Sama gakla ngan kes SR ni. Punye la dah lama SR ni buat article mcm2, tup2 tetibe je jd ancaman negara? Celah mana article SR tu jd ancaman negara? SR hanya buat article berdasarkan maklumat yg dorang dpt je. Kalo article2 tu tak betul, saman je la. Ni tak, bile pendedahan demi pendedahan dibuat, tetibe je SR jd ancaman negara? Ancaman negara ke ancaman pd 1MDB? Jelas kat sini, isu 1MDB ni dah meleret2 sbb dikaitkan dgn keselamatan negara plak. PM bangang je yg buat bende ni sume.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 1:38 PM

Sakit... bangang.. bodoh..
Bancrupt unbalanced mentality of najib "yes man"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 1:43 PM

Teringat dulu ada pihak solat hajat minta pecah perut Najib. Takdir, teruk dilanda banjir negeri tu...maka menyebut lah org sbg petanda ditimpa musibah akibat doa sendiri.
Kini nampak seolah2 pihak yg didoakan dah seperti pepatah 'biar pecah perut jgn pecah mulut'!!!

Betul sdr DT, sy setuju...masih tak nampak lg tanda yg diberikan Allah...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 2:12 PM

Kpd kb, kp, kw, kputeri, cuba2 la buat survey skrg...tanya rakyat kawasan masing2 samada mereka masih suka umno ke dak?

Buat homework ckit...tgk brp byk kaw ge13 yg cukup2 makan jer. Masukkan faktor pondan menipu, menyonglap dan mengkhianat rakyat dan negara, TH, 1Md, duit msk ke akaun laki bini, penyokong tun, tr, tmj dll pastu buat projection utk ge 14...
JUGA UTK GE 14, BOLEH LUPAKAN BAB NAK BELANJA BESAR2AN CAM GE13 PASAL RAMAI YG AKAN PANTAU...MAKNANYA BUDGET PUN DA TINGGAL CIPUT JER...susah le nak beli membeli...

Yg TERANG ialah banyak jika tidak semua ahli akar umbi umno, rakyat, penyokong tun, tr, tmj dan byk lgi yg merupakan pengundi BN pada GE13 da meluat/menyampah/menyumpah dgn pimpinan bugis pondan x bertelor ni...

Mungkin xde sekor pun org tinggi umno yg ada telor utk buat survey dan projection ni pasai takut dgn apa yg mungkin di persembahkan (sama mcm mktg/operation head sykt la...kena siapkan yearly budget/5years growth plan dll...cuba bayangkan growth plan yg nak dibentangkan bukan menaik tapi menurun!! Mau kena buang keje trus!)

Kata org umno ni byk yg berpelajaran...takkan bab feasibility study ni sikit pun tak tau...

Pendek kata kalau umno tak kembalikan keyakinan pihak2 yg disebutkan diatas maka undi kpd umno/bn akan banyak merosot. Apa jadi jika merosot? Mungkin akan KALAH...Lepas kalah apa jadi? Mungkin kena heret ke mahkamah....

TUGAS ahli lbga pngrah umno/bn skrg ialah cari penyelesaian SETELAH mereka dipersembahkan dgn GE14 projection tadi...nak menipu lagi kah? Nak menyeleweng lagi kah? Nak pertahankan pondan bugis lagi kah? Nak simpan menteri2 x berkualiti lagi kah? Nak biar umno kalah kah? Nak biar mereka diheret ke mahkamah kalau pembangkang perintah kah? Byk lagi lah kah nya....kah kah kah (gelak)

LK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2015 at 2:23 PM

Biarkan... Biar Tuan Najib susun then serang Tun by his Panglima. Tun tetap berada di-barisan hadapan tanpa gentar pun cos benar & bala tentera rakyat yg selama ini umpana "harimau tido" sudah bangun berdiri bersama Tun.
Seorang demi seorang Panglima itu akan tumbang bkn cara keras dr rakyat, tapi atas fakta benar "senjata makan tuan".
Biar Pang-Enam turun padang berdepan sendiri dgn Tun. Itu pun jika benar la he "Pang-Enam"...
Lester Melanyi :-
1) Dulu hina islam then kini diangkat & djulang oleh parti berteras islam. Lawak...
2) Mengaku dibayar utk terbit video itu. Sah muflis. Org mcm ini mudah la dgunakn.
3) Fakta palsu ttg photo informer, then now akan trima saman dr SR.

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 1:29 AM

haha..mmg puak2 pencacai najib ni buat kije mcm tu..buat mcm2 isu nk alihkan rakyat dr konspirasi NAjib..tp betul la..rkyat mls nk lyn...kesian najib n the gang kan? buat isu nk alihkan konspirasi,tapi konspirasi dia jgk yg rakyat duk korek..kikiki..
#pergi pasar beli durian..
# aku pun mls nk lyn..
****

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 11:39 AM

Ada ramai arab celup pergi masjid dan keluar tv. Ukur lah agama dari segi ilmu yang pelajari bukan jubah dan janggut.

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 11:47 AM

SR jijik nak sama dia kerana mufis.

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 11:50 AM

Sdr din, SR jadi follower. tahniah.

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 12:19 PM

Check it out
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Sarawak_Tribune#/search

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 12:52 PM

Kenapa dibuat begitu? Kerana...

- masih menaruh harapan bahawa pakcik makcik nek atuk di kampung akan termakan berita yang diwar2kan di TV3 dan mana2 media pro-BN.

- sudah terlalu lama berada di atas, sudah tidak dapat memahami kemampuan berfikir rakyat dizaman kini yang lebih agresif kerana mempunyai banyak saluran informasi.

- kerana jika Najib letak jawatan, tak akan dapat gelaran TUN sekaligus membolehkan segala jenayah yang dilakukannya datang mengetuk pintu satu persatu. Oleh itu, Najib dengan machonya akan kata "Saya takkan berhenti mentadbir negara". Wakdehey?

- kerana para backers2 Najib ini telahpun seronok dengan hasil projek2 dan kontrak2 yang tidak telus lantas jika Najib diheret ke penjara, mereka2 ini akan satu-persatu dipanggil oleh rakyat. Kepada orang yang terasa ni, jangan ingat rakyat tak tau ok, anda punya kawan2 kenalan2 yang pernah anda dengan riaknya menunjukkan kemewahan dan ke'terer'an anda memenangi projek kan? Sindri mau ingat la alright?

- Kerana Rakyat Sudah Jemu Dengan Penindasan Kamu Wahai Pemerintah Yang Zalim.

- Time is up. Time to WAKE UP. Your days are numbered.

- I really don't see UMNO-BN as the governing party in the near future. So better start packing up and do some homework, because every honest people of Malaysia will slowly come to your doorstep.

- Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku...

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2015 at 1:56 PM

sochai LKW tu pun memang bahlol.... DUIT punya pasal, Mahathir diTIKAMnya..... Sochai punya LKW

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2015 at 5:41 AM

Bukan negara yg terancam..hanya dia dan keluarga/kroni dia je yg terancam pon..patut pun taknak resign..

Post a Comment