........... Bila 1MDB Tuduh TheStar Sloppy, Tapi Jawapan Yang DiBeri Lebih Sloppiest ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila 1MDB Tuduh TheStar Sloppy, Tapi Jawapan Yang DiBeri Lebih Sloppiest !

Sunday, July 12, 201523comments


Lama juga ya kita duk tumpukan pada side issue 1MDB yang dibangkitkan oleh WSJ. Jadi bagus juga bila 1MDB kritik Thestar atas laporan yang disifatkan sebagai "sloppy", jadi kita boleh ulas balik ISU UTAMA ini.

Artikel asal Thestar ( KLiK ) merujuk kepada maklumat seorang penyiasat antara lain -

- “Even assets that are being held for sale cannot be easily liquidated,” Investigators also say the financial position of 1MDB is unsustainable and it faced liquidity problems.
Aset RM13 bil yang boleh dijual sebenarnya tidak mudah dijual. ( tidak cair ) Prestasi kewangan 1MDB tidak mampan dan berdepan masalah kecairan.

- The investigators also said the external auditors who had been examining 1MDB’s books did not verify the value of the assets held by 1MDB PetroSaudi Ltd before issuing their report giving the accounts of the fund a clean bill of health.
Tidak ada pengesahan dibuat ke atas aset 1MDBPetrosaudi ( mungkin merujuk kepada aset USD2.7 billion milik Petrosaudi yang dibawa masuk sebagai saham )

- The external auditors also did not disclose material information on 1MDB’s loans taken to finance its investments. The gains from investments were not verified.
Auditor tidak jelaskan maklumat pinjaman2 yang dibuat oleh 1MDB, Pulangan dari pelaburan juga tidak disahkan.

- Investigators also revealed that between 2009 and 2014, 1MDB had to replace two of its external auditors due to disagreements with the management over the valuation of its assets.
Dua auditor 1MDB terpaksa digantikan antara tahun 2009 dan 2014 kerana tidak ada persetujuan atas isu penilaian aset.

1MDB hanya jawab 2 isu -

1. KECAIRAN ASET - For example, The Star states that “Even assets that are being held for sale cannot be easily liquidated”. This is clearly wrong as the notes to the 30.03.2014 financial statements of 1MDB, as audited without qualification by Deloitte, describes how USD1.22 billion (approx. RM 4.6 billion) of these assets had in fact been liquidated and cash proceeds utilised.

1MDB merujuk kepada dana bahagian pertama yang telah ditebus dari Cayman sebagai bukti aset yang dimiliki punya kecairan tinggi. 

Tapi untuk mendakwa transaksi itu sudah diaudit oleh Deloitte .... saya kurang setuju. Tranche pertama dana Cayman ditebus dalam tahun 2014 selepas akaun berakhir 31 Mac 2014. Jadi ia dimasukkan dalam akaun berakhir 31 Mac 2015 yang mana masih belum di audit lagi !

Satu lagi, tidak ada sebarang maklumat langsung mengenai dana yang telah ditebus itu. Kita hanya diberitahu ia telah ditebus dan sudah habis digunakan buat bayar kos kewangan dan menebus Option Aabar.

Bayar kepada siapa dan berapa ? 

Malah kalau dirujuk kepada kenyataan Tan Sri Lodin pada 23/12/2014, amaunnya juga berlainan ! Beliau sebut USD1.4 bil bukannya USD1.22 bil !

However, the company has already redeemed a significant portion, US$1.4 billion, of the fund and expects to redeem the remaining amount in the coming months.

1MDB
Arul Kanda pula sebut USD1.22 bil semasa menjawap artikel Chedet pada 16/6/2015

1MDB

In fact, the first tranche of USD1.22 billion fund units was redeemed in cash in 2014 and the cash proceeds were used to pay for termination of options relating to the energy business, granted to Aabar, working capital and interest payments - as outlined in the company’s publicly available financial accounts.


1.4 bil atau 1.22 bil ?


Bagi saya, bukan saja kecairan aset ( dalam kes ini - Unit ) itu saya ragui, malahan kewujudan aset itu sendiri saya tak yakin !!

Sebab satu lagi, jika benar aset 1MDB mudah cair, kenapa tidak dicairkan buat bayar option Aabar, tanpa perlu buat satu lagi pinjaman dengan konsortium Deutsch Bank ? Kemudian bila kantoi pinjaman itu, kenapa tidak ditukarkan juga aset mudah cair itu untuk bayar hutang itu tanpa perlu merayu Aabar minta tolong bayarkan ?

Itu belum ambilkira kes tertunggak beberapa kali pinjaman RM2 bil IPP Ananda yang terpaksa buat pinjaman lain nak bayar kemudian ditambah pula dengan bail out hampir RM1 bil oleh kerajaan ....... di mana perginya aset mudah cair 1MDB itu ? 

Banyak lagi contoh keadaan di mana kita boleh pertikaikan kecairan aset 1MDB sebagaimana yang didakwa oleh 1MDB.

2. PENILAIAN ASET - The Star further states that "there was no document related to the existence of assets and valuation of PetroSaudi Holdings (Cayman)". This is blatantly incorrect. There was a valuation report prepared when the investment was made and 1MDB has in fact submitted the same report to the lawful authorities for their review.


Hmmmm .... kita sendiri berpeluh nak buktikan aset USD2.7 bil yang didakwa dimiliki oleh Petrosaudi Cayman itu ! Mungkin 1MDB boleh beri pencerahan ......

Apakah aktiviti dan aset yang dimiliki oleh Petrosaudi sebelum 2009 kerana dari laman webnya sendiri, seolah syarikat minyak itu dormant / tidak aktif dari mula ditubuhkan tahun 2005 dan hanya aktif  ketika nak sain JV dengan 1MDB tahun 2009 ( KLiK )

1MDBPetrosaudi didaftarkan pada 18 September 2009 dan JV di sain pada 28 September 2009 ...... tak sampai 10 hari ( KLiK ) dah boleh siap Laporan Penilaian ? 

Bukan Deloitte yang buat penilaian itu tapi pihak ketiga. Siapa pihak ketiga yang buat Penilaian Aset Petrosaudi USD2.7 bil itu ? Begitu cepat sekali ...... dan lebih pantas adalah kelulusan pihak 1MDB menerima bulat2 laporan itu ! 

Itulah maksud bila kita tanya apakah 1MDB sudah lakukan due diligence dalam mengesahkan aset itu. Duit yang mahu dilaburkan itu adalah hasil jualan bon Islam atau Sukuk di tanahair sebanyak USD1 bil, itu duit rakyat ! 

Salahkah kita tanya bab ketelusan pihak 1MDB bila banyak perkara yang kita ketahui amat meragukan ?

Jawapan 1MDB Kepada Thestar

Jawapan 1MDB kepada TheStar di atas juga seperti biasa adalah AMAT LONGGAR. Bukan soal maklumat itu diperolehi The Star dari seorang penyiasat yang harus dipertikaikan tapi maklumat itu sendiri yang harus dijawab dengan tuntas oleh 1MDB.

Sejak akhir2 ini, maklumat2 yang diperolehi oleh pelbagai pihak seperti TheStar, SR mahupun WSJ ternyata ada kebenarannya ! 

Contohnya, kenapa Najib sampai sekarang BELUM lagi menafikan ada billion2 masuk akaun peribadinya  seperti yang didakwa WSJ ?

Kita bukan tanya Najib guna untuk apa ..... well, nak tahu jugalah tapi itu selepas Najib buat pengakuan transaksi itu terlebih dulu. 

Sama juga dengan kes akaun Rosmah, masa mula2 keluar pendedahan itu ramailah yang pertikaikan kesahihan akaun itu milik Rosmah tapi ternyata BENAR ! Dan kita nak tahu benarkah ada wang juta2 masuk akaun beliau, kita tak tanya dari 1MDB atau dari siapa.

TheStar sudah pasti yakin dengan sumber maklumat mereka sama juga dengan SR dan WSJ.  Ya, kita boleh pertikaikan sumber pemberi maklumat tapi sejak akhir2 ini, banyak maklumat mengenai 1MDB, Najib dan Rosmah ternyata ada kebenarannya.

Dan dalam konteks artikel ini, maklumat Thestar lebih dipercayai dari penjelasan 1MDB ! Yang lebih tampak SLOPPY adalah 1MDB.


                                                      ****************************

Bagaimana pula dengan dakwaan yang Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009. ? - KLiK.

ATAU dakwaan "Pasukan audit menyifatkan ia seolah-olah lembaga itu telah diketepikan atau keputusan dipengaruhi oleh orang lain," atau  "Mereka juga mendakwa bahawa terdapat keadaan di mana lembaga pengarah diberi maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap mengenai keputusan pelaburan," ? KLiK.


Harap Najib dan 1MDB serta penyokong2 buta Najib faham maksud kenyataan dari Musa Hitam yang minta mereka jawab soalan yang ditimbulkan, BUKANNYA menuduh penyoal sebagai mahu menjatuhkan Najib atau kerajaan -  TMI.

Ini bukan soal sokong Tun Mahathir atau sokong Najib ..... sebab Musa Hitam sendiri kita tahu sering tidak sebulu dengan Tun Mahathir, tapi ini soal mencari KEBENARAN.

PS - Bila task force sedang menyiasat akaun Najib, tidakkah itu bermakna Najib sendiri sedang di siasat ? Maka, sewajarnyalah Najib bercuti sehingga siasatan selesai ! Jika tidak, orangramai akan pertikaikan ketelusan siasatan.

PS2 - Seorang rakan yang biasa terlibat dengan projek2 mega kerajaan berkata, bab penilaian aset dan/atau projek termasuk Feasibility Study selalunya akan ambil masa berbulan2 untuk diluluskan ! Ini tidak sampai 10 hari dah boleh sain kontrek ? 

KEMASKINI 7:45 AM




Saya terima salinan nota akaun bagi tahun berakhir 31/3/2014 yang merujuk kepada kenyataan 1MDB berkaitan USD1.22 bil seperti di atas. ( dipercayai Subsequent Event notes )

Pasti ada disebut dalam Penyata bank amaun USD1.22 bil itu, kan ...

Point utama masih sama - Jika benar aset2 1MDB mudah cair, 1MDB tidak akan berdepan dengan masalah sekronik sekarang !

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 1:59 AM

Natijah drpd bila kerajaan terlibat dgn bisnes oppsss...nmpknya hanya najib shj yg terlibat dlm 1mdb ini...nkra...netp..stp...ppp...mcm2 transformasi lagilah entah kemana halatujunya....yg pasti hutang makin bertambah...rakyat dicengkam dgn gst...petrol...cukai...zakat...oppsss ini hanya utk rakyat marhaen shj...rakyat yg kaya raya pi mampuih hang lah...dan yang pasti... YG MEMPENGARUHI SETIAP RESULT 1MDB INVESETMENT ADALAH JHO LOW...JHO LOW...JHO LOW....KENAPA YA AKU PASTI SANGAT....HABIS TU DIA BUAT APA DI PULAU CAYMAN DGN KAPAL MEWAH TU....HIII...GERAMNYA...Nak marah pun tsk guna...whatever...i l.o.v.e. pm...hahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 2:35 AM

Bank singapura dah confirmkan najip ada masukkan sebanyak us500mil++ dlm akaun jolow. Siap tulis kpd Bnm lg tapi Bnm buat diam2 je. Kononnya Bnm cerewet? Ke ini cover up lg?
Bila Bnm pun cover up, sudah tentu atas arahan seseorang. Sape bos kpd zetti?

Hampir semua bukti yg terkeluar melibatkan najip dan isteri dan org2 terdekat dgn dia. Tp masih takde tindakan? At least suruh rehat la wei..sementara siasatan dijalankan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 2:53 AM

Najib takut masuk jel tu ajer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 3:07 AM

Apabila pulang kampung atau berjumpa saudara mara pada hari raya ini maka topik perbualan yang diutamakan adalah menyebarkan pentingnya "Najib wajib letak jawatan!"

Jika mereka bertanya kenapa?
Maka jawablah; Najib sudah tidak layak mentadbir kerana pentadbirannya telah tercemar dengan pelbagai skandal, bala dan malapetaka yang menimpa rakyat dan negara Malaysia. Maruah agama dan bangsa kita tercabar, diperkotak katik oleh pemikiran liberal terlampau Najib!

Sebagai contoh; GST, skandal 1MDB,Kenaikan harga barang, kawalan harga minyak yang membebankan dan menyusahkan malahan rakyat tidak boleh berbelanja (bukan sakan) seperti zaman Tun Mahathir. Bala dan malapetaka terlalu kerap dibawah pentadbiran Najib seperti Banjir, insiden lahad datu, kapalterbang terhempas dan sebagainya. Perlakuan dan tindak tanduk DS Rosmah menambahkan lagi pelbagai masalah bertingkat tingkat sebagai contoh, majlis perkahwinan anaknya, bunga hanya untuk yang terpilih, apa pula rakyat marhaen dapat faedahnya? Kenapa pula Najib membela dan menjaga hati kaum cina, mempersoalkan agama islam dan penyebaran agama evangalista yang tidak terkawal dan berleluasa? Kenapa ISA dihapuskan? Kenapa Najib perlu kowtim dengan singapura?

Yakinkan mereka; bahawasanya rakyat hanya mahukan kepimpinan diubah dan bukan pula umno mahupun BN. Pengganti beliau tidak semestinya TS Muhyidin, terdapat ramai lagi calon yg berkelayakan. Pemberian BR1M tetap diteruskan tetapi diutamakan adalah kepada kaum melayu, bumiputra dan yang benar2 memerlukan.

Yakinkan lagi kepada mereka; Bahawa yang utama adalah perjuangan, kepentingan alif ba ta dan maruah, perpaduan ummah dikalangan kaum melayu dan bumiputra terpelihara.

Ingatlah Saudara dan saudariku,
Sematkan dihati masing2 bahawasanya perjuangan kita bukanlah kerana ingin mendapatkan habuan dan laba , tetapi adalah ikhlas demi masa depan anak2 kita dan sudah pasti demi alif ba ta!

Kepada bloger chai upahan ahjibgor,
Bertaubatlah, kembalilah ke pangkal jalan tinggalkan ahjibgor tu, mohon maaf kepada Tun Mahathir dan seluroh rakyat marhaen malaysia.mohon maaf secara rambang di hari raya di blog masing2 , kosong2 dan sebagainya adalah tidak terpakai dan tidak di terima, kerana kamu diupah, dibayar untuk melindungi pemimpin yang tercalar, tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah.

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2015 at 5:39 AM

Agak2 apa yang penyokong Najib akan jawab bile ada sedara-mara tanya pasal 1MDB ni time raya nanti?

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2015 at 5:54 AM

1MDB ADALAH MALA PETAKA KPD MSIA...MENGAPA ?
Lebih TEPAT d panggil skandal....perbuatan menghalal cara utk menyamun dana negara. SIAPA ARKITEK NYA ?
Sbb itu setiap kali jawapan yg keluar akan timbul persoalan baru....memandangkan karangan itu mesti d olah agar kelihatan satu pelaburan yg sangat baik...hingga kepincangan yg nampak bukan lagi d anggap SALAH. Pelik tak ? Malah mempersoalkan nya adalah satu kesalahan.MANDATORI.....kerana ia idea PM !
Demi rakyat.....kononnya la !!
Walau terpaksa menipu d parlimen...dari nampak cash menjadi unit dan bermcm2 lagi.Jln pintas utk mengatasinya ? GST !!
Wujudnya skandal ini telah berjaya melahirkan ramai menteri pak sanggup yg kononnya nak pertahankan bos mereka....sedang d awal cerita mereka tak tahu apa2 pun.....malah tiada perbincangan d parlimen....PELIK LAGI !!
Maka ramailah menteri ini (yg baru menikmati kenaikkan gaji mereka) berlumba2 mengeluarkan kenyataan betapa gah nya projek mega ini....malangnya semua kenyataan itu menampakkan betapa rendahnya tahap pemikiran mereka dlm satu2 isu....malah d ugut oleh bos mereka jika tak sependapat ! Ni bukan pelik lagi tapi BODOH !!!! Kita sebagai rakyat perlukan pemimpin yg bijak menghurai isu dan berhujah bernas...
Akhirnya kesemua persoalan skandal ini salah siapa? Ni lagi la pelik......
Salah TDM !!!!! Sbb nak guling kan najib. Ada ke patut ? Sendiri buat tapi yg salah org lain....sbb banyak tanya.....emm....mmg sah BODOH la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 7:27 AM

Rindu zaman Tun M. Walaupun gaji kecik, masih mencukupi untuk berbelanja. Siap boleh buat simpanan lagi.Tanpa brim pun rakyat masih boleh hidup dengan selesa. Subsidi lagi. GST pun takde. Harga rumah mampu milik. Meskipun Tun pernah bikin projek mega seperti putrajaya, cyberjaya, klcc, klia yang bernilai berbilion ringgit, tapi Tun tak pernah menyusahkan rakyat. Meskipun kerajaan ketika itu berbelanja besar, rakyat tidak terkesan atau terbeban walau sedikitpun. Sebab itu rakyat sayang Tun ngan ikhlas tanpa perlu pegang sepanduk I Love PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 9:19 AM

untuk saya yang bisness burger tepi jalan, bab 1mdb ni, memang tak tercapai dek akal untuk memikirkannya. terima kasih atas keprihatinan bro din untuk terus membongkar dan menimbulkan isu ini walaupun ada pihak yang cuba alih isu dan tenggelamkan isu ini. sememangnya kita nak dengar jawapan kerana hutang ratus ringgit pun kita dah pening nak cari jalan bayar hutang. jawapan yang dapat menutup mulut para penyoal 1mdb sahaja yang akan mematikan isu 1mdb. selagi tiada jawapan yang tuntas dan asyik nak menyorok, dok cari telur hilang, pakai kondom, maka jawapan yang dicari tak akan muncul. yang ada hanya spin jawapan dan alihkan isu.

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2015 at 9:24 AM

Akaun Rosmah dah lihat, ada sapa sapa boleh tunjuk akaun MT UMNO. Rasa curiga juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 10:15 AM

Tuan Din,

Ada berita pasal hubungan Najib dengan pembankan di Singapore

http://www.tremeritus.com/2015/07/11/anti-money-laundering-vs-falcon-bank-singapore/

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2015 at 11:12 AM

1Mdb tak bolah jawab tapi KERIS BERAYON boleh jawabkan dia kan hebat gila.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 11:38 AM

betul..

zaman tun m dulu memang zaman rakyat hidup aman damai dan selesa.

ingat lagi dulu2..RTM selalu siarkan lagu patriotik yang sedap didengar dan hebat senikata lagunya. rakyat yang dengar pun amat bersemangat jadinya.

sekarang? a yam for uuuuu...a yam for uuuu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 12:02 PM

DUA orang bekas ahli lembaga pengarah pun letak jawatan sebab protes pada tahun 2009.

itu dah terang2 menunjukkan memang dari awal lagi 1mdb dah terpesong...aka memang nak songlap duit rakyat.

wahai blongang2 ajib, apa lagi korang nak kata?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 12, 2015 at 1:14 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Diharapkan para menteri si Najib dan para pemimpin serta ahli UMNO baca apa yg anda luahkan ini, supaya cahaya keinsafan dapat menerangi 'kepala hotak' mereka yg berserabut dgn kepentingan diri dan poket serta melupai jasa orang yg berjasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 1:42 PM

Dalam maksud Ah Jib Gor bila dia berkata ÇASH is KING. Dia sebat duit rakyat kemudian masuk ke personal account dia. Berani mengaku pulak dia tak guna nya untuk peribadi. Duit rakyat yang di sebat tu di beri balik melalui tangan nya dan atas nama nya agar rakyat suka DIA dan nama nya sentiasa POPULAR. Bukan kah ini mengguna duit itu untuk PERIBADI nya?

Dengan berbillion billion CASH dalam account Ah Jib Gor,kita BOLEH buat kesimpulan CASH=Ah Jib Gor ,maka Ah Jib Gor is KING!!!

Duit duit yang ada di tangan rakyat di ambil nya melalui GST dan di beri BALIK melalui BR1M,agar rakyat BERTERIMA KASIH kepada dia.

THIS PM is a DIABOLICAL,NARCISSITIC person dan isteri nya pun SAMA. That could explain WHY hari hari dia mengupah ramai orang untuk menghina image dan legacy DR M,rupa nya dia nak TEMPAH nama nya SUPAYA lebih BESAR dalam sejarah Malaysia as the most popular PM yang menabur DUIT!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 2:39 PM

Masih ingat skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)? Sharizat letak jawatan. Tetapi mengapa skandal yang melibatkan lebih banyak RM, orang tu taknak letak jawatan? Nampak! Orang lain kaedah penyelesaiannya lain, diri sendiri kaedah penyelesaiannya lain. TransforBASI...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 3:56 PM

Apakah pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan kos sebanyak RM 15.4 bilion dalam GIL Funds, Brazen Sky, dan Aabar Deposit? Di manakah pelaburan itu dibuat? Apakah pelaburan dalam bidang jual burger? jual nasi lemak? jual kapcai? jual kangkung? tanaman hidroponik kangkung? pelacuran? dadah? perusahaan membuat alat rangsangan seks? perusahaan ubat kuat seks? video lucah? agensi membekal chinadoll ke kelab malam? perusahaan kelab malam? perusahaan pub? perusahaan karaoke? perusahaan disko? perusahaan dangdut? dalam perusahaan apa?

Kalau betul sangat 1MDB tak ada masalah, malahan kalau betul wang hutang 1MDB tidak disonglap untuk dimasukkan ke akaun orang-orang tertentu dan bininya, harap macai-macai, juak-juak, kuncu-kuncu Najib dan seangkatan dengannya sila berikan penjelasan mengenai perkara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 4:06 PM

Mungkin ramai yang terlibat dengan penyelewengan di dalam 1MDB ini, terutama para menteri dan ketua bahagian yang begitu beria-ia membela Najib secara membuta tuli ini. Malahan mungkin juga orang-orang seperti Tunku Aziz dan Zamil KITA turut sama-sama merembat duit hutang 1MDB yang disonglap selama ini, sebab itulah mereka beria-ia membela segala salah laku Najib walaupun sudah terang lagi bersuluh, bertimbun-timbun, bersepah-sepah bukti mengenai salah laku itu.

Saya bukannya menuduh sesuka hati, tetapi melihat kepada senario yang berlaku, berkemungkinan besar ramai yang terlibat dalam penyelewengan ini, sebab itulah masing-masing gelabah jika Najib 'direhatkan' dari jawatan Perdana Menteri, maka jika siasatan dapat dibuat dengan telus dan amanah, mungkin golongan yang selama ini menyokong sebab mereka terlibat itu akan turut sama ke penjara bersama Najib.

Kita lihat semula reaksi, kelakuan golongan pengampu Najib tahap dewa ni, mereka bermati-matian, macam Shahrir Samad, Zamil KITA, Tunku Aziz, Salleh Said Keruak, dan ramai lagi yang menjadi para pengampu Najib selama ini dalam isu 1MDB.

Samada mereka ini turut sama mempelahap wang yang disonglap dari 1MDB atau mereka ini adalah manusia yang jenis pemikiran CASH IS KING, diberi CASH, terus gelap mata, tak ingat dosa pahala, tak peduli halal haram, terus jadi pecacai setia kerana mungkin dilempar oleh Najib sebanyak dua tiga ringgit ke muka mereka dan mereka ketawa girang ibarat beruk mendapat pisang dengan CASH itu.

Ini adalah dua kemungkinan mengapakah Najib begitu sukar untuk 'berehat' seketika dari jawatannya untuk mengelakkan ancaman dan gangguan terhadap siasatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 4:10 PM

Berita Terkini 12/7/2015:
Pihak Polis Thai telah dapat pengesahan dari 'Director of International Cooperation' Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Brown di hotel Fullerton, Singapura. Polis Thai akui bahawa mereka semua terlibat dalam jenayah mencuri, memalsu dan mengubah suaikan dokumen PetroSaudi. Ternyata agenda politik DAP amat halus dan sangat berkesan sehingga mampu memecah belah UMNO melalui media sosial. DAP pula pergiatkan usaha untuk tarik remaja melayu sertai parti tersebut. UMNO pula ragui sama sendiri. END

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2015 at 6:03 PM

Bro Din boleh bikin research tak berapakah jumlah rasuah terbesar yg dilakukan oleh seseorang pemimpin di rantau ini yg mencecah berbilion ringgit.Dan pada pandangan saya kes Najib ni lah yg mendapat liputan yg meluas diseluroh dunia kerana ia nya unik ibarat ada chronology asal duit dari mana and at last ended at his account dan senang cakap its ''red handed" lah bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2015 at 9:19 PM

@Anonymous

walau apa pon permainan licik PR, kelemahan kepimpinan najiblah (LIBRAL)yang menyebabkan geng geng barua DAP dan PR ambik kesempatan.

Takkanlah UMNO baru tahu macam mana pemainan licik DAP.

tindakan lambat, jawapan longgar, tak ada pendirian...hempeh takde telor.. dan macam macam lagi.

CYTRO UMNO pun sama naik je bangangnya salah satu puncanya rakyat bertambah menyampah dengan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 10:09 AM

Saya setuju pendapat "Jangan salahkan orang luar dan Pembangkang terutama DAP" Kita yang sebenarnya bodoh memilih pemimpin yang korup dan kurap hanya kerana ingatkan jasa bapanya dahulu. Kalau kita berperang kita tidak boleh menyalahkan musuh kita kerana berjaya menembusi pertahanan kita tapi kena menyalahkan General kita yang leka dan bodoh kerana tidak bersiap sedia. Tukar saja General baru yang mampu menyaingi musuh kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2015 at 8:22 PM

penyokong dap memang dah tak sokong umno, penyokong pkr pun tak sokong umno, penyokong pas juga tak sokong umno. yang sokong umno ni, ahli umno sahaja dan juga pengundi atas pagar. macam mana nak tarik undi yang dok atas pagar dan sebahagian kecil ahli umno ahli umno agar sokong kepada umno? jangan pulak pi buat lawak dan hancurkan terus sokongan pengundi atas pagar dan sebahagian kecil ahli umno yang tak sokong ahjibgor. kita minta jawapan agar kita tak sokong buta tuli macam penyokong pembangkang. sekarang ada ahli umno yang sokong presiden serupa ahli pkr sokong bang non.

Post a Comment