........... Berulangkali CheDet Tulis, 1MDB Jawab .... Kenapa Tak Buat Saja Sesi Soal Jawab ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Berulangkali CheDet Tulis, 1MDB Jawab .... Kenapa Tak Buat Saja Sesi Soal Jawab ? ?

Wednesday, July 1, 201531comments




Sejak keluar pengakuan Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi yang segala pertuduhan oleh kerajaan ( yang didahului oleh PM Najib, Para Menteri, 1MDB dan askar2 upahan PMO ) susulan kes penangkapan Justo adalah bersandarkan ANDAIAN semata2, tetiba semua dah senyap ! ?

Dah takde Menteri lain lagi yang terima arahan supaya bersuara sama ? Menteri2 yang lantang bersuara baru ni tak nak bersuara lagi ?

Apa lagi, cepatlah saman Sarawak Report dan The Edge tuh ! Kan dah banyak bukti yang terkumpul .....  cepatlah bertindak ! Seluruh rakyat yang teruja dengan laungan2 pemimpin2 kerajaan baru ni sedang memerhati apakah langkah selanjutnya ..... Kalau dah berani menuduh ketahap menuntut diambil tindakan, pastinya dah ada bukti, kan ?

Nah, sekarang editor Sarawak Report, Claire Brown sendiri cabar pihak berkuasa supaya WALK THE TALK dan bertindak terhadap Sarawak Report jika benar apa yang didakwa mereka semua. Baca artikel terbaru dari Khairuddin Hassan yang baru bertemu dengan Claire sendiri - KLiK.  Apa tunggu lagi ?

Kata Claire, sejak penahanan Justo minggu lepas, pihak Polis tidak ada pun menghubungi beliau atau SR ?

Kita pun nak tengok apa bentuk bukti yang ada, emel mana yang telah diubahsuai, nak bandingkan maklumat antara yang ORI dengan yang palsu. Bagi kami, ia satu peluang untuk lebih mencerahkan lagi apa yang kami tahu mengenai urusniaga 1MDB-Petrosaudi.


Pihak 1MDB ada menjawab artikel Chedet mengenai urusniaga dengan Petrosaudi, kononnya mereka sudah berulangkali jawab benda yang sama. Mereka hairan kenapa Tun Mahathir masih lagi bertanyakan perkara yang sama lagi.

Sebab jawapan yang diberikan tidak lengkap !

Rakyat juga mahu tahu KENAPA sesetengah keputusan itu di ambil, contohnya keputusan untuk buat JV dengan Petrosaudi ..... apakah pihak 1MDB sudah melakukan pemeriksaan yang sewajarnya bagi memastikan segala maklumat adalah sah ( due diligence ) ? Apakah benar Petrosaudi mempunyai aset USD2.7 bil ? Bagaimana penjelasan mengenai pembayaran USD700 juta dua hari selepas sain JV ?

Bukan kami tidak percaya jawapan 1MDB cuma kami mahu tahu LEBIH LANJUT sebab jawapan yang diberikan setakat ini tak berapa menyakinkan.

Point utama pihak 1MDB adalah dana asal untuk JV itu sudah dikembalikan bersama keuntungan ..... so tidak ada masalah.

Bab dana dikembalikan itu juga tak lengkap penjelasannya. Kami mahu tahu juga kenapa yang boleh silap sebut wang tunai padahal ianya dalam bentuk Unit ? Pelaburan itu dari AWAL lagi sudah ditukar kedalam bentuk Unit tapi kenapa sejak bulan Mei baru pihak 1MDB dan kerajaan sedar ianya dalam bentuk Unit ? Sebab sebelum Mei, perkataan Unit itu tidak pernah disebut pun ! Kalau anda perasan, sejak akhir2 ini 1MDB akan gunakan perkataan Unit bila merujuk kepada dana Cayman padahal sebelum kenyataan bertulis Najib yang meminda wang tunai kepada Unit pada bulan Mei lalu, tidak pernah ia dirujuk sebagai Unit.

Kenapa tidak Unit itu ditukarkan kepada wang tunai dan digunakan untuk tebus Option ? Tidak perlulah dicagarkan buat pinjaman dengan konsortium Deustch Bank kemudian kantoi tak bayar kemudian minta tolong IPIC bayarkan .... semua itu melibatkan kos tambahan yang boleh dielakkan jika Unit itu ditukar kepada tunai. Tidak pun, bayar saja kepada Aabar/IPIC dengan Unit itu dari awal !

Apapun yang berlaku kepada Unit itu, rakyat tetap mahu lihat bukti akan kewujudan Unit itu dan nilainya. Kalau dulu dikatakan dalam bentuk tunai rakyat nak tengok penyatanya ( yang pernah dilihat oleh Arul Kanda ), sekarang dah jadi Unit pun rakyat tetap nak tengok juga penyata Unitnya.

Bukannya susah pun ..... pung pang pung pang 1MDB duk menjawab padahal dengan menunjukkan bukti kewujudan Unit itu saja sudah cukup untuk sekurang2nya mengembalikan sebahagian kenyakinan rakyat terhadap 1MDB. Buktikan yang duit rakyat yang digunakan untuk projek bersama Petrosaudi itu masih ada.

Bahagian pertama dana Cayman itu pun tak diterangkan ke mana perginya ? Berapa banyak yang dibayar untuk tebus Option ? Tidak cukup sekadar sebut yang sebahagian darinya digunakan untuk bayar Option IPIC sebab dah 3 kali pembayaran dibuat untuk tebus Option itu .... berapa sebenarnya jumlah tebusan Option itu ? ( KLiK )

Kenapa IPP dibeli mahal dari harga pasaran pun tidak dijawab dengan menyakinkan. Kita tanya kenapa beli mahal dan kenapa tidak tunggu saja 3 tahun untuk kontrek itu berakhir sebelum beli ? Di jawab -

"Kami percaya dengan nilai yang dibayar - yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, seperti biasa apabila membeli perniagaan lain - adalah setara dengan potensi masa depannya,"

Adakah itu menjawab persoalan yang ditanya ? Kalau nilai IPP cuma RM400 juta, kenapa dibeli dengan harga RM2.3 bil ? ( KLiK )

Kalau harganya tidak boleh dirunding lagi ( pemilik tetap berkeras dengan RM2.3 bil ), kenapa tidak tunggu saja 3 tahun lagi bila kontreknya dengan TNB tamat ? Waktu itu belilah dan kemudian bincanglah dengan TNB untuk sambung kontrek. LAGI BAIK, biar saja TNB yang beli ! Tak perlulah 1MDB berhutang.

Persoalan2 sebeginilah yang perlu 1MDB jawab. Jika benar 1MDB yakin dengan kredibiliti dan tindakan2nya, kenapa tidak adakan satu sesi soal jawab dengan media ?

Ajak sekali Tun Mahathir untuk bersoal jawab. Tak perlu nak tunggu Tun tulis artikel baru kemudian 1MDB jawab dalam bentuk artikel juga. Padahal sama2 duduk dalam kawasan Lembah Kelang juga !

Kalau Pahlawan Bugis takut nak bersemuka dengan Tun Mahathir, bagaimana dengan 1MDB ?  You got Nothing2Hide, kan ?

PS - Baca juga artikel terbaru JMD - Bekerja keras melindungi penyelewengan 1MDB

- Apabila kita bertanya mengapa kita hanya dikembalikan unit dan bukan wang tunai, 1MDB menemplak para penyoal dengan mengatakan jawapan sudah diberi berulangkali. Yang hanya diberi adalah jawapan bagaimana wang USD1.83 billion telah bertukar menjadi unit sebanyak USD2.318 billion.

Itu semua sudah tahu. Yang kita mahu tahu ialah, mengapa 1MDB begitu bodoh memberi wang tunai, yang telah digunakan sesuka hati oleh syarikat arab tersebut dan sebagai ganti, kita mendapat unit sahaja? Mana perginya wang asal USD1.83 billion tersebut?

- Sedangkan Deloitte, iaitu auditor 1MDB sendiri mencurigai kesahihan jumlah tersebut bilamana di dalam laporan audit 2014 mereka, unit unit ini telah diklasifikasikan sebagai aset kelas ketiga iaitu, kesahihan nilai aset tersebut tidak dapat ditentukan secara jitu.

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 10:09 AM

Bro din.minyak naik lg..hati bagai disiat2..jilake najib

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2015 at 10:20 AM

@AnonymousLaaa..... kan harga minyak dunia dah naik, maka bila diapungkan, harga minyak kita pun ikut sama naik lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 10:20 AM

seperti reading man dok asyik kata, 100% true and report.

masalahnya sekarang, berdasarkan ANDAIAN LOGIK saya, SR tahu memang 1mbidi juga tidak 100% true. so mereka mana berani nak saman. kalau betul 1mbidi 100 true dan difitnah...dah laaaaammaaaa dah mereka samannnnnn.. betul tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 10:36 AM

Din..ko ni sarkastik ke hapa..hehehehe..minyak naik hadiah hari raya Ah Jib Gor...rakyat sedang nak berbelanja raya..raya nak balik kg lagi....bayangkan nak balik kg dr KL ke Kelantan contohnya..dr Johor ke Kedah..betul2 tak kena timing Din...kalau mggu depan ada PRU..mmg bungkus Ah Jib gor ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 10:47 AM

dah sampai skrg Din..rasanya rata2 rakyat tak dapat merasa kesejahteraan dr penghapusan subsidi minyak dan pengenaan GST..semakin hari semakin tertekan rakyat ada lar....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 11:29 AM

Minyak tu sumber tenaga fosil yg terhad,nak taknak baik kita mula belajor bejimat skrg..aku pun skrg da mula kerap matikan enjin bila brenti..da mula belajar plan perjalanan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 11:38 AM

laaaa...bukan ke baru je dapat BRIM dan bonus raya kepada kakitangan awam???

semua dok pakat puji gila kat ajib.

la ni dia nak amik balik. so toksahlah marah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 12:53 PM

Bro Din,

I have comment before. Its does not matter if they give the answer or not. People will still whack the company and Najib.

Even they give answer setebal kamus, no one will accept it.

I just cant wait fir PAC finding. I hope Tony Pua can find all the lying he have said.

Cheers.

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 1:42 PM

Jawapan yg mengelirukan termasuk penipuan semata. Mereka ni nampak sangat menganggap bahawa rakyat senang dikaburkan.

Tak sabar nak dengar apa kata Arul dan Shahrol pada ahli PAC nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2015 at 4:39 PM

@AnonymousKALAU jawab......? Masalahnya - TAK PERNAH jawab lagi. Cuba jawab satu kali dulu kemudian baru cakap yang dulu pernah jawab tapi tak diterima juga......

ini tidak, berbulan2 duk beri alasan yang sama iaitu, kalau jawab pun bukannya nak terima ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 5:18 PM

Sepatutnya Najib 'direhatkan' seketika dari jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan Pertama, Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan jawatan dalam Khazanah Nasional sepanjang penyiasatan di dalam 1MDB kerana akan menimbulkan konflik kepentingan. Tetapi perkara ini tidak terjadi, malahan makin banyak urusniaga yang pelik-pelik yang merugikan GLC, badan berkanun, serta rakyat yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kepimpinan Najib sekarang ini boleh dipertikaikan, kerana makin banyak perkara pelik yang berlaku di dalam negara ini yang dipercayai untuk menyelamatkan Najib dan kuncu-kuncunya daripada masalah yang telah mereka buat sebelum ini hingga memudaratkan kepentingan Malaysia dan rakyat Malaysia.

Berhubung isu 1MDB ini, persoalan ini sahaja pun mereka tak mampu nak jawab:

Modal berbayar penubuhan 1MDB adalah RM 1 juta.

Hutang pokok 1MDB adalah RM 42 bilion, iaitu 42,000 kali ganda dari modal berbayar.

Kos faedah bank yang perlu dibayar oleh 1MDB secara tahunan adalah sekurang-kurangnya RM 2.4 bilion, iaitu 2,400 kali ganda dari modal berbayar.

Kos faedah bank yang perlu dibayar oleh 1MDB secara bulanan adalah sekurang-kurangnya RM 200 juta, iaitu 200 kali ganda dari modal berbayar.

Kos faedah bank yang perlu dibayar oleh 1MDB jika dikira secara mingguan adalah sekurang-kurangnya RM 50 juta, iaitu 50 kali ganda dari modal berbayar.

Kos faedah bank yang perlu dibayar oleh 1MDB jika dikira secara harian adalah sekurang-kurangnya hampir RM 6.7 juta, bersamaan 6.7 kali ganda dari modal berbayar.

Dengan perniagaan 1MDB yang sentiasa rugi setiap tahun sejak penubuhannya, bagaimanakah 1MDB nak selesaikan masalah ini? Aset-aset yang ada telah yang dijual, malahan hutang baru makin bertambah, jadi macam mana 1MDB nak uruskan operasinya?

Sila 1MDB beri penjelasan mengenai perkara ini, penjelasan yang mudah, tak payah dengan bahasa retorik bodoh untuk membodohkan rakyat kerana rakyat pun tahu retorik bodoh menggunakan bahasa retorik 1MDB itu adalah penipuan semata-mata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 5:25 PM

Kita juga mahu tahu mengenai projek Jimah Timur 3B, projek itu diluluskan kepada 1MDB melalui anak syarikatnya iaitu Edra Global Energy untuk membina dan membekalkan bekalan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad oleh pihak Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Mengapakah dengan tidak semena-mena, malahan dengan projek pun bukan setakat sangkut, malahan tak di mulakan lagi pun, 1MDB mahu menjualkan peratusan ekuiti yang tidak diketahui di dalam projek Jimah Timur 3B itu kepada TNB, malahan dengan harga yang tidak dinyatakan, sesuatu yang sangat pelik.

Persoalannya di sini, apakah justifikasi Suruhanjaya Tenaga Malaysia memberikan kelulusan kepada 1MDB melalui anak syarikatnya Edra Global Energy untuk mendapatkan projek sedemikian dan kemudiannya meng'ali baba' kan projek tersebut?

Malahan apakah justifikasi TNB membeli projek berkenaan yang tak dimulakan lagi pun? Mengapakah tidak dinyatakan jumlah dan peratusan ekuiti yang dibeli oleh TNB serta harga yang dibayar bagi perolehan ekuiti berkenaan? Kerana TNB adalah syarikat milik negara, bukannya milik Najib, milik Rosmah, milik Shahrir Samad, Salleh Keruak, Zamil KITA, Ahmad Maslan, Husni, Arul Kanda, Tunku Aziz atau kuncu-kuncu Najib yang lain, mengapakah disembunyikan transaksi jual beli ekuiti ini, kerana tidak melibatkan isu keselamatan pun, jadi kita mahu tahu mengapakah tidak diumumkan kepada rakyat kos perolehan ini? Sila beri penjelasan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 5:36 PM

Malahan dari segi pelaburan yang dibuat oleh 1MDB di luar negara sebanyak RM 15.4 bilion, tidak pernah dijelaskan pun pelaburan itu di mana. Dari jumlah itu sebanyak RM 6.1 bilion melalui Brazen Sky, pelaburan apakah dengan Brazen Sky ni? Kemudian ada lagi pelaburan dengan GIL sebanyak RM 5.1 bilion, pelaburan apakah dengan GIL ni? Malahan ada satu lagi pelaburan adalah dengan Aabar Group sebanyak RM 4.2 bilion dalam bentuk deposit, pelaburan deposit apakah dengan Aabar Group ini?

Malahan urusniaga antara 1MDB dengan Petrosaudi seperti telaga petroleum di Argentina dan Turkmenistan, tak ada pun projek sedemikian di dalam laman web Petrosaudi, mengapakah terjadi sebegini?

Kita tak tau pelaburan dalam bidang apa yang yang dibuat, apakah perjudian? Arak? Kelab Malam? Pub? Disko? Kasino? Kabaret? Pelacuran? Video lucah? Dalam bidang apa?

Malahan Petrosaudi tu syarikat milik kerajaan Arab Saudi atau oleh Tarik Obaid dan beberapa pelabur swasta sahaja? Apa kena mengena pelaburan 1MDB dengan Petrosaudi hinggakan dikaitkan dengan projek monorel di Mekah dan Madinah pula?

Sumber ini bukanlah dari e-mel Xavier Andre Justo, tetapi sumber ini adalah dari laman kenyataan oleh Najib dan kuncu-kuncu serta dari laman web Petrosaudi sendiri.

Sila beri penjelasan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 6:03 PM

Indeed..

The problem is...they never answer all the questions clearly and with 100% honesty. Yet they think they already answered.

Kalau dalam exam..you jawab tak ikut skema atau keluar tajuk. Camne nak dapat 100% markah ye tak? Silap2 dapat markah 0.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 7:30 PM

orang menipu mana nak jawab jujur

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 8:00 PM

You can't wait for PAC finding?
I'm sorry Reading Man, but if you do read, then you know it's a long time coming.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2015 at 8:05 PM

@dinturtle

Kalau x silap awal Jun,harga minyak 65 USD seton.Akhir Jun harga minyak 62USD seton.Harga minyak naik sebab "kecemerlangan" pentadbiran DS Najib yang menyebabkan matawang malaysia jatuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 8:40 PM

Brp x daaah harga minyak naik. Nak pitam aku d buatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2015 at 8:47 PM

sudahlah bang din, pusingan 1 mahathir dah kalah, mengaku sajalah. pusingan ke2 belum twntu lg.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2015 at 9:22 PM

@kiasfansurihuh ? Pusingan 1 ? Adik ni merujuk pada Nothing2Hide ya ?

Biasanya komen sebegini saya padam sebab bersifat keanak2an. Jadi lain kali jangan sesenang kata saya padam komen tanpa sebab. Sebab komen tak bersebab maka saya padam.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2015 at 11:00 PM

Ini umpama nak suruh pencuri dedahkan kat mana dia curi dan simpan. Memang pusing-pusing la jawabnya.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2015 at 11:04 PM

Din....

Keseluruhan 1mdb ni cerita putar alam je. Yg fakta semua tak berjawab. Cuba tengok kebelakangan ini apa rupanya corak pemerintahan bugis ni. Asyik cuba menerangkan pasal benda yg sama je. Negara skrg seolah2 takde buat apa.....harap 1mdb je lah. Isu yg tak pernah terjawab dgn fakta kukuh. Jgn lupa fakta asas dari mula pertanyaan TDM sudah lah. Mana pergi semua duit tu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 11:18 PM

@Anonymous bro, you can wait for the PAC or Auditor General to conclude their reports before making any decision but you just cant ignore the blatant disregards of Prime Minister Officer (PMO) in handling these issues especially on the misinterpretation of assets, cash and units.

For all the brouhaha from Najib camp on the Justo arrest, it doesnt change a bit that 1MDB is indeed a problem to this country. The standby credit of RM950m is reported by PMO in all mainstream medias, not coming from justo. The IPIC agreement that enable them to hold equivalent value on 1MDB is reported by PMO not justo. The overprice IPP paid by 1MDB is reported by PMO, not justo. The liability of RM6b of IPP requisitions is reported by PMO not justo.

This is not a campaign to smear UMNO, but a conscience of some peoples that Najib is seen as a burden to the nation. A mismanagement of wealth of this country. Well you wait for the report, but it aint gonna answer all issues, the very valid questions posed by Tun M to Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 11:24 PM

Kiasfansuri ni aktif jugak komen di laman web lain. Org kuat Najib katakan. Pusingan apa sekalipun, tiada sebutir darah pahlawan pon dalam Najib berani bersemuka berdebat dengan Tun. Jadi Najib boleh terus berlindung di Putrajaya, tp dia kena tahu 51% yang tak menyokong dia dalam PRU13 akan bertambah peratusannya, kerana sikap najib dan menteri separuh masaknya dan kegilaan pentadbirannya. Kerana sikap Najib ini, org melayu menjauhkan Umno. Bukan kerana Umno tp kerana najib.

Besar sgtkah najib berbanding umno?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 11:45 PM

@kiasfansuri yay mahatir kalah.. so ? jawab lah soalan .. hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 12:44 AM

pusingan 1...kahkahkah.....dah berpusing pusing najip ngan konco2 dia nak menjawap tapi tak dapat jawap ko kata tun m kalah...kahkahkahkahkah..dapat gak aku gelak dek kenaikkan harga petrol...kahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 2:09 AM

Tunggu jwpn magic 1mdb. Kredibiliti jwpn Bantu mcm mana? Kalau semua urusan telus , dokumen depan mata , selak fail je boleh jawab on the spot kot. Nak tunggu2 sbb ada something to hide ke?

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 5:05 AM

Kau ni dah baligh ke belum ? Komen kau ni mcm tak sekolah ada....mcm tak cerdik ada.mcm tak cukup akal pun ada....
Paham tak apa isu ni ? Dah pegi main jauh2 ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 5:39 AM

Kiasfansuri ooooi...ini bukan pusingan 1 lagi la. Ini dah berpusing2 sampai muntah dah..penipu yang bangang je jawab soalan simple pusing2 sampai mabuk...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 9:29 AM

Klu dah menipu.. merompak.. membohong..
Memang takkan lengkap
Mana Ketua Bhgn Umbi Barua2 p ?
Snyp jaaaaa....


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 8:55 AM

Kalau prasangka buruk tebal sangat ... perancangan yg baik pun tak boleh faham ... kalut sangat tu kenapa .

Post a Comment