........... AlKisah Pakcik Dengan UNIT | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

AlKisah Pakcik Dengan UNIT

Thursday, July 2, 201530comments

Eh, Pakcik ! Apa khabar ? Dekat sebulan tak jumpa ..... lalu je depan rumah pakcik, orang tutup tingkap. Kalau dari jauh riuh bunyi TV tapi bila saya sampai tangga, tetiba TV senyap. Pakcik nak mengelak ya......?

Hehehe, yalah, samalah kita. Sibuk kan..... pakcik ada dengar berita terbaru koperasi kita tu ? 

Eh, kenapa berubah warna hijau muka pakcik ? Relaks la... saya bukan nak cerita hal 1MDB ! ( KLiK ) Takperlah kalau pakcik tak faham pun, ramai lagi orang Malaysia yang tak faham sama. Bukan pakcik sorang jer. 

Ni cerita pasal koperasi kampung kita ni.... yang ni betul. Bukan berlakon lagi dah.  Pakcik tak tahu apa2 ? Tulah, lain kali pergilah Mesyuarat Agung Koperasi kalau nak tahu perkembangan. Gini ..... koperasi kita dulu kan ada banyak duit, hasil kutipan saham orang kampung. Kalau tak silap masa mesyuarat agung dua tahun lepas ada disebut dekat RM50 ribu dalam akaun bank.

Baru ni Pengerusi bentangkan akaun terbaru .... eeeehhh... Ada ! RM50 ribu tu ada. Saya tak kata pun hilang. Sabarlah pakcik, saya nak cerita ni.

Ditulis dalam penyata tu .... ada RM50 ribu tu, tapi bukan 50 lagi dah, dah jadi RM60 ribu ! Hah lah..... Untung RM10 ribu kata Pengerusi. Tapi masalahnya .......... kat ruangan akaun bank tu ditulis RM8 ribu lebih jer ..... 

Pulak .... siapa yang sebut handbeg ? Takde, takde .... ada RM60 ribu tu tapi ditulis satu ruangan baru ..... namanya UNIT.

Haaaa..... tu yang ramai bertanya tu ! Apakebendanya UNIT tu ? Pengerusi pun jawablah - UNIT, JUST UNIT !

JUST UNIT ? Lagi la orang kampung pening.... apa binatang pulak Just Unit tu ?

Rupanya Pengerusi kita cakap omputih ! Hahahaha ..... lagilah orang kampung bising. Orang tahu belaka dah, kalau Pengerusi cakap omputih tu maknanya adalah yang tak kena tu.

Jadi Pengerusi pun berceritalah .........

Rupanya dia pergi melabur kat syarikat AK ( Aku Kaya ). Katanya nak buat usahasama .... entah, usahasama apa pun tak tahu. Pengerusi tak sebut pulak. Dia cuma kata, syarikat AK tu ada banyak sawah padi kat Indonesia. Katanya nilai sawah tu lebih RM150 ribu. 

Jadi Pengerusi kita pun melaburlah dekat RM30 ribu dalam syarikat usahasama tu ..... pakcik tak pernah dengar ? Bukan pakcik sorang je, takde siapapun tahu sebelum ni. Pengerusi tu yang memandai2 guna duit koperasi pi melabur.

Dah dia juga Pengerusi .... Bendahari pun dia juga ! Jadi senanglah dia nak buat apapun dengan duit koperasi. Tapi katanya nak tolong koperasi buat untung. Nanti ahli juga yang dapat dividennya.

Lepas tu .... dengarlah ni pakcik. Lepas tu, Pengerusi kata, lepas 5 bulan dia tak berapa yakin pulak dengan syarikat AK tu. Dia tak cakap pulak kenapa. 

Haaa ... samalah, kita pun ada tanya samada Pengerusi tu ada cek tak yang AK tu betul2 ada sawah bernilai RM150 ribu di Indonesia. Tapi dia tak jawab. Sebab tu ada yang mula tinggi suara, tapi Pengerusi buat bodoh jer.

Lagi ..... dia cakap, dia pun batalkan usahasama tu. Tapi tak dapat duit balik ! Dia gi tukar pulak jadikan pinjaman Islam. Tak faham ?

Gini pakcik ..... mula2 dia melabur, maknanya dia bagi duit dan dia dapat saham syarikat usahama dengan AK bagi pihak koperasi. Sekarang bila dia batalkan kontrek, saham tu dia tolak balik la. Tapi sebab syarikat AK tu takde duit nak bagi balik duit pelaburan maka duit RM30 ribu tu di tukar jadi pinjaman la pulak.

Maknanya syarikat AK pula yang pinjam duit koperasi sebanyak RM30 ribu.... faham ? Manalah saya tahu kemana perginya duit RM30 ribu tu ? Saya pun heran juga, dalam masa lima bulan dah habis. 

Tu la pasal ..... ada mamat yang tanya, orang kampung nak buat pinjaman dua tiga ratus pun punyalah banyak songeh, macam2 minta surat sokonganlah bagai... itu pun belum tentu lulus. Ni senang2 jer bagi taukeh AK tu pinjam RM30 ribu.

Lagipun koperasi kita tu mana ada lesen nak bagi pinjaman kat orang luar ! Masalahnya takde siapa tahu semua ni. Pengerusi tu yang memandai2 buat. Dia tanya Bendahari, Bendahari kata OK. Padahal dia juga Bendahari !

Setakat ni OK tak ? Lepas tu ...... tak cukup bagi pinjaman RM30 ribu, Pengerusi tadi bagi lagi pinjaman dua kali pada syarikat AK, jumlahnya RM20 ribu. 

Pelik kan ? Kata dah tak berapa yakin, tapi bagi lagi pinjaman ! ? Lepas berapa bulan ntah, Pengerusi tu kata dia minta balik semua duit koperasi yang dia dah pinjamkan tu .... semuanya RM50 ribu.  Tu yang taukeh syarikat AK bagi balik ..... siap dengan untung RM10 ribu ! 

Tapi dia tak bagi balik duit .... dia bagi balik UNIT.

Bila Pengerusi tengok orang kampung ternganga jer .... sekali lagi dia ulang - UNIT, JUST UNIT !

Entah, katanya nilai Unit tu RM60 ribu, itu yang ditulis dalam akaun pun. Jadi koperasi kita dapatlah balik duit RM50 ribu tu sekali dengan untung RM10 ribu ...... kononnya.

Dan Koperasi kampung kita pun adalah banyak Unit .......... Pakcik jangan buat muka macam tu ..... Ni tak habis lagi cerita ni .... laaaa ni bukan cerita 1MDB ni ! Betul ni, ni cerita koperasi kita ni.

Saya sambung ya  ..... Yang buat kecohnya sebab tauke mesin bajak tu minta balik hutangnya dari koperasi, dekat RM50 ribu juga. Jadi Pengerusi pun buatlah pinjaman bank atas nama koperasi. Ditunjuknya akaun bank koperasi yang banyak Unit tu. Itu kata dia lah , saya pun tak pasti apa yang ditunjukkannya kepada bank tapi yang pasti bank luluskan pinjaman tu dan keluarkan cek RM50 ribu buat bayar tauke mesin bajak tadi.

Ada juga yang tanya, kenapa tak bayar je ngan Unit tu kalau betul nilainya RM60 ribu ? Bagi jer Unit tu kat tauke mesin tu, kira settle hutang. Tinggallah RM10 ribu Unit. eeerrr..... lebihkurang begitulah kot. 60 tolak 50 jadi baki 10 ..... kan ?

Baru ni, bank bising ..... entah masalah apa entah. Katanya bank tuntut koperasi bayar balik pinjaman RM50 ribu tu sebelum tempoh matang. Bank tak percaya dengan Unit tu kot .... Tu yang kita heran, entah apa yang dicagarkan masa minta pinjaman hari tu. Alih2 bank dah tak percaya pulak.

Jadi melilaulah Pengerusi kita cari bank lain atau sapa2 yang sanggup bagi pinjaman nak bayar bank. Malulah kalau bank tu bising nanti. 

Tu pun ramai yang tanya, kenapa tak tukar je Unit tu jadi duit ? Tak dijawabnya juga ......

Nak dijadikan cerita, rupa2nya tauke mesin bajak tu yang pinjamkan ! Entah apa yang Pengerusi tu janji kat tauke tu entah.  Yang kita tahu, hutang bank dah settle. Mungkin tauke tu guna balik duit yang bank tu bayar kat dia buat bayar hutang bank koperasi..... sekali dengan faedah lah. Pusing2 kat situ jer.

Jadi sekarang koperasi dah berhutang balik dengan tauke mesin bajak tadi...... hutang mesti dah bertambah sebab campur faedah. Kata Pengerusi, dia masih berbincang dengan tauke tu macamana cara nak selesaikan hutang baru tu. 

Haaaa.... pandai pun pakcik ! Tu yang kita tanya balik, kenapa tak bagi jer UNIT tu pada tauke tu dari awal ? Tak perlu susah2 buat pinjaman bank la, last2 kita berhutang balik dengan tauke yang sama juga.

Sekarang masalahnya, apakebenda UNIT tu ? Berapa nilai UNIT tu ? Tak pasal2 nanti dengan UNIT2 tu habis, dengan mesin2 bajak koperasi pun kena lelong.

Pengerusi kata jangan risau, koperasi boleh selesaikan hutang dengan tauke mesin bajak tu. Masalahnya kita nak tahu mana pergi duit asal RM50 ribu koperasi tu ? 

Sampai sudah Pengerusi tak tunjukkan apakebenda UNIT tu. Ramai dah pening dengan cerita Pengerusi tu . Sekarang diorang cuma nak tengok dalam akaun bank ada duit RM50 ribu..... tak kisah dah untung berapa juta sekalipun, kalau bukan dalam bentuk duit, Pengerusi kena jawab.

Nak cerita apapun orang dah tak kisah.... janji TUNJUK JER DUIT RM50 RIBU TU ! Senang cerita. Selagi tak tunjuk duit tu, selagi tu orang kampung akan bising. Macam2lah yang ditanya hal usahasama dengan AK.

Orang kata, kalau semua tu tak berlaku, koperasi masih ada RM50 ribu dalam akaun bank dan duit tu boleh bayar tauke mesin. Selesai masalah. Biar takde untung pun. Kepala pun tak pening dengar cerita pelaburan Pengerusi. Ni nak kena bincang lagi lah .... nak kena lelong mesin lagi lah .... apa semua ni ? Benda senang dijadikan susah. 

Ada yang kata nak buat repot Polis la.... tapi selagi Pengerusi tu jadi Pengerusi, dan dia juga jadi Bendahari .... nak siasat apanya ? Dia kenalah letak jawatan dulu supaya senang orang nak siasat. Tapi dia degil ..... siap ungkit darah pahlawan dia lagi !

Ni nak Raya dah, mesti ramai yang nak buat pinjaman ngan koperasi. Takkan nak bayar dengan Unit ? Jawabnya budak2 kampung kita ni dapat Unit lah ganti duit Raya tahun ni !

Macamana rupa bentuk Unit tu .... wallahualam.  Kalau tanya Pengerusi, pasti dia jawab - UNIT, JUST UNIT !

Pakcik OK ? Betuuuul..... ni bukan cerita 1MDB. Ni betul2 ni ...

PS - Kesimpulannya ... Unit itu adalah Unit, JUST UNIT !

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 4:40 AM

The best story of 2015.....tahniah DT terus berjuang!

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 5:20 AM

check-in-tongue ~ terrer pokcik buat satira ~

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 5:22 AM

......Tiba2 pengerusi ni mukanya merah padam......seraya.berkata......nak.... Pachik nak bagitau sikit,dengar betul2 ye...
pakcik dah tak larat lagi dah...puas dah pakchik jawab tapi ramai yg tak caya....mcm diaorg dah tau cerita sebenarnya nak !pakcik dah bincang ngan makcik kau. PACHIK NAK BERHENTI LAH NAK ! Tapi masalah nya makcik kau tu TAK SETUJU....
ni masalah besar Pachik skrg....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 5:23 AM

just UNIT dont ask any more. shut up please.
hey why you keep asking.. its UNIT you know UNIT, JUST UNIT.
STOP asking, dont you know im a Pahlawan Bugis. will not surrender. Just HIDE.

hahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 5:41 AM

... not surrender just hide.... Lawak betul. Ada ke patut !
Hahahahahaha
Pahlawan la pulak !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 5:58 AM

Bagus cerita ni.. Lagi bagus kalau Lembaga Peperiksaan Malaysia masukkan dalam soalan SPM Bahasa Melayu tahun 2015. Macam-macam soalan boleh buat dari cerita ni.. Tahniah kepada penulis.. Macam ni baru boleh jadi sasterawan negara, ganti sasauwan negara yang serabut tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 6:11 AM

Bro Din,
Ni cuma sekadar info. Dengan kelebihan berhubung dengan rijalul-ghaib, makanya saya bawakan info ni. Setahun setengah dulu, lebih tepat bulan Januari 2014, saya dah tau apa yang berlaku sekarang dari pemberitahuan para wali rijalul-ghaib ini yg kasyaf. Cuma kita tak mahulah dianggap mendahului takdir dan takdir boleh berubah dengan doa dan tawakkal. Setakat ni semuanya terjadi seperti dinyatakan. Diberitahu bahawa pemimpin yg ada sekarang akan turun tetapi dalam keadaan yang diluar pemikiran kita. Juga diberitau yang negara ni tetap terpelihara dari kehancuran yang dahsyat, inshaa Allah dan sesuatu diluar tabii usaha manusia bakal berlaku.

Berkaitan 'kehilangan' wang negara, juga telah diberitau berapa banyak, ke mana wang2 ni pergi, siapa penerimanya dan tangan siapa yang mengarahkannya, semuanya telah diberitahu. Awalnya memang mengejutkan tapi bila direnung kembali, benarlah benda ni. Sebenarnya tidak ada yang rahsia bagi kalangan rijalul-ghaib ini. Begitu juga beberapa perkara besar yang berlaku seperti kehilangan pesawat MH370, banjir besar dan kemalangan helikopter yg mengorbankan TSJJ serta pelbagai lagi. Aneh tapi benar, jika tidak lihatlah bagaimana Tok Kenali dah beritahu beberapa tahun sebelum banjir besar @ bah merah melanda negara 90 tahun dulu dan bila sampai ketikanya, takdir Allah itu berlaku. Itu keistimewaan golongan ini.

Saya sekadar memerhati dan tak berhajat untuk berkongsi maklumat lebih-lebih kerana biarlah semua diuruskan diperingkat kita manusia awam.

Cuma boleh dikatakan, tanahair kita sekarang semakin 'panas' akibat perlanggaran amanah oleh pemerintah melebihi apa yang berlaku sebelum ini. Sekian, selamat berpuasa. (terserah kepada Bro utk publish atau tak, sekadar info bro sahaja)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 6:19 AM

Polis thai cakap penahan justoe takde kaitan pun dengan malaizia..

Betul lah tun kata..takde kaitan. Patutlah para penjilat kata itu semua hanya andaian logik. Yang blongang pulak skrg dah senyap telan ludah sendiri..haha

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 6:23 AM

@AnonymousRasa macam kenal jer .......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 7:50 AM

ajk kampung tu buat apa plak din? ke dh kecut kena ugut lepas jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 7:52 AM

Bg Din... awat ahli koperasi lain kena tangkap di kampung seberang nunnn di utara. Dengaq cerita kawan tu tak tau pa pun. kata ugut la, surat layang la. yang syoknya ajk koperasi bersorak sakan cakap koperasi dah bleh settle bab hutang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 8:27 AM

haa...dah paham dah. tapi tak paham mcm pakcik tuk jugak. tapi citer tu paham. tapi yolah mcm pakcik tu jugak xpaham lah. haha.

PM dah bagi jaminan kat pelabur luar dan dalam negara, dia akan selesaikan segera hal2 kewangan nih. Tapi masa bila pulak kita bagi dia jaminan utk terus jadi PM lepas nih. kahkahkah..... sonang2 jo dio nak guno duit rakyat buek jaminan kek org lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 9:14 AM

@Jayne Saidinaku nak jawab sebab kau cantik...
oooops puasa.. DT ni memang brilliant sebagai pemudahcara, dulu dia cerita pasal LGE kena baling senduk sampai kena tampal plaster... klako kate ko...
Walaupun cerita ini berunsur satira, tapi cukup memudahkan bagi kita faham, inilah gambaran sebenar 1MDB yang puak-2 penjilat dan si Pengerusi tu dok berpusing2 dan bersilat bagai.
Tapi Din, ada elemen2 yang din tak masukan sebagai menambah perisa... contohnya watak bekas pengerusi yang asyik dok bertanya sehingga memaksa pengerusi menggelabah jadi serba tak kena.
Apapun syabas DT... you are the best.
Jangan bagi duit raya dalam bentuk unit sudahhh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 9:39 AM

Yang dikatakan unit just unit tu rupanya macam kerpok kering - dok ada berkontena- kontena tersadai kat pelabuhan Pekan......err....pelabuhan Kuantan waiting to be distributed dekat raya nanti!

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 10:52 AM

Tahun ni dalam sampul raya letak kertas bertulis Units. Bila budak2 tanya 'Apa ni?". Jawabnya, "Units, just units" :-D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 11:34 AM

pak din penyu pengerusi lupa nak bagi tau dia keluar dividen dari 50 ribu unit tadi dalam rm 20 000 untuk repair masjid kat kampung yang lama dibiar tanpa dibaiki. walaupun dalam unit dia kata bonus dan dividen dia akan bagi gak tiap tiap tahun kerana dividen sebelum ni dia dah beli tanah dan harga tanah tu dah naik sampai rm 100 000. pak cik nyanyuk dan beberapa kerat ahli koperasi si labi, si kura tak setuju dia kata tanah nak buat ape suruh jual dia nak nampak duit gak. so pengerusi kata dia akan jual kat tokeh cina yang nak beli dengan harga rm 105, 000. semua ahli koperasi pun sokong. tokeh cina tu pun ketawa berguling guling sebab dia tau tak lama lagi orang melayu tak de tanah lagi nak duduk pasal tanah dan mesin tu dia yang punye. dengarlah lagi nasihat yang nyanyuk dan bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 2, 2015 at 12:41 PM

@Maliq AlsamaniAssalammualaikum wmt,
Bukankah Pengerusi tu orang Bugis? Orang Bugis datang merantau ke Tanah Melayu ini naik perahu layar. Dan perahu mereka kemudinya diritabun (dibelakang). Justru, perlayaran Bugis ke negara ini sampai dgn selamat. Tidak bersimpang siur ke sana ke mari kerana kemudinya berada di belakang.
Bila si Pengerusi tu letakkan kemudi kapalnya dialu (didepan), maka tidak luruslah perlayaran kapalnya. Sesat larat dan tak sampai ketempat dituju.
Kalau si Pengerusi tak faham, sila rujuk makna Melayu berbunti 'Berkemudi di alu'.

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 12:58 PM

Cerita di olah semudah mungkin supaya pembaca faham kewujudan Unit ..... bukan faham apa itu Unit sebab kenyataannnya rakyat masih tidak tahu apa itu unit, berapa nilainya dan dimana letaknya. Cubaan menjelaskan unit memang ada dikalangan cytro Najib yg memandai2 padahal secara resminya, tidak ada apa2 maklumat tentang unit..... ia cuma Unit, just Unit.

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 1:19 PM

Semalam baru tengok cerita The wolf of wall street. Cerita dia memang perghhh...persoalannya...macam mana Riza aziz dapat duit dan tiba2 jadi kaya? Adakah riza dapat duit koperasi daripada bini pengerusi atau duit koperasi disonglap? Istimewanya cerita The wolf of wall street ni kalau siapa perasan credit last sekali ada satu Special Thanks to Jho low! Khas untuk nama Jho Low sahaja wow!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 1:44 PM

Kelakarlah, pakcik oooiiii. Nak nangis pun ada dikala ayat meminta pengerusi tu letak jawatan supaya siasatan dapat dilaksanakan. Apa jadi ngan keluarga dan isteri tercinta si pengerusi @ bendahari tu si puan Sri Rom 95. Rasa2 duit koperasi tu mereka buat belanja hangus shoping raya tahun ni hingga tahun2 mendatang kot. Anyway, semua ini hanya akan terlerai jika si pengerusi sanggup berdebat ngan mantan Pengerusi yang dikatakan tua nyanyuk tu. Debat dulu baru tahu siapa yang benar atau salah.. _Pahlawan cap ayam bugil. Buat malu orang kampong kat Indon jeee.

....................
Reply To This Comment ...................
Riza a. ziz idung kemex
July 2, 2015 at 3:28 PM

Brutal din. Ni sbenanye kes kawan2. Kawan a ngan kawan b. Kawan a kata bnyk duit dia jaga jadi dia ajak kawan b dia ni tibai duit dia jaga. Guna teknik pusing2. Pastu masukan cita kau plak. Si bini a tu plak ada anak tiri. Dua dua melayu hidung kemek tapi nk gaya maria menado. Last2 dah temakan diri nk tutup lubang, semua orang dia tembaknye bila ungkit. Melayu akhir zaman

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 3:59 PM

selamat la raya tahun ni...bagi unit je kat budak-budak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 4:38 PM

Bunyi mcm matawang baru Je, unit just unit malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2015 at 4:51 PM

Nasib baik ler pengerusi cakap unit.Kalau dia cakap unit split,masih confuse orang kampung.

Info:
Split unit ni pecahan unit sesuatu saham.Biasa digunakan dalam saham syarikat untuk meraih lebih banyak modal.Contahnya 1:10=1 unit Saham bernilai RM1.00 dbahagikan kepada 10 unit RM0.10.

Kalau mutual fund plak buat split unit ni biasanya sebab nak suruh nampak untung/bagi bonus unit kepada pelabur walaupun hakikatnya rugi. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 9:20 PM

Dalam isu pembelian bangunan oleh pihak MARA, dua pegawai tinggi 'direhatkan' sepanjang untuk mengelakkan ketidaktelusan dalam penyiasatan sebagaimana yang dilaporkan oleh laman web BNBBC, lihat ini: http://www.bnbbc.my/?p=51973.

Tapi yang peliknya tu, pasal apa dalam isu 1MDB, seorang pengerusi lembaga penasihat 1MDB, pengerusi lembaga Khazanah Nasional, Menteri Kewangan, serta merangkap Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya yang terlibat langsung tidak 'direhatkan' sepanjang bagi memastikan ketelusan sepanjang penyiasatan terhadap 1MDB selama ini?

Harapnya Ted Manoff, Keris Berayon, Nek Tempoyak serta Kiasfansuri dan lain-lain kuncu, cacai, macai, juak, dan balaci serta orang suruhan Najib dan kuncu-kuncunya dapat memberikan penjelasan mengapakah terjadinya kejadian pilih kasih sebegini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2015 at 10:36 PM

hey, i have said before. it UNIT... JUST UNIT. if you asking again you will masuk neraka...

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2015 at 3:22 AM

Kesimpulan....nya

J - Jawapan
U - Untuk
S - Semua
T - Tipuhelah.........

Tetapi....

U - Untuk
N - Negara
I - Ianya
T - Tidak !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 7:16 AM

dah dekat raya ni kalu kita pergi ke bank nak tukar duit RM1 bank tak kasi dah...
kalu didesak juga mereka kata boleh tapi...
units...just units...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2015 at 11:54 PM

kalau kita bayar income tax dan saman dengan unit aci tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 5, 2015 at 9:25 PM

Assalamualaikum.
terima kasih atas keberanian bro yang boleh berhubung dgn rijalul-ghaib.
insyaallah kebenaran pihak yang haq akan menang dan pihak yang batil akan terhapus musnah!
walaupun terlalu amat pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya.

Post a Comment