........... ( KEMASKINI Video ) 1MDB - Muhyiddin Buat Comeback !! Gempak .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

( KEMASKINI Video ) 1MDB - Muhyiddin Buat Comeback !! Gempak ....

Monday, July 27, 201546comments

KEMASKINI  7:30 AM - Kena tonton video Muhyiddin ni ! Dari Astroawani - KLiK.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya laporan awal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadikan dokumen awam. Menurut beliau, langkah itu perlu agar masyarakat mengetahui dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam kes tersebut. Beliau berucap ketika ucapan penggulungan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad


Baca juga di TMI.

                                             *********************************


Wooooh, selepas gempak dengan aksi video di Janda Baik dua bulan lalu, tetiba Muhyiddin buat comeback !  Menarik beb ...... Boleh bikin team Najib tarik brek ni haha ....

Terbaru TMI ada laporan yang dipecahkan kepada beberapa artikel mengikut topik berlainan -



"Dalam suasana negara yang dihadapi kini saya rasa agak tergamam apa yang patut saya cakapkan, tapi saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam perhimpunan agung tahunan lalu mengulas megenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu mereka menang undi popular.


"Dan walaupun kita menang namun pada waktu itu jika undi popular berterusan turun sebanyak 2 % maka ia akan menyaksikan BN kalah dalam PRU akan datang.


"Juga saya ada bertanyakan dalam pertemuan retreat dengan pimpinan Wanita Umno di Putrajaya. Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," katanya semasa ucapan penutup mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini. - TMI.


Dari segi asasnya, kenyataan di atas lebihkurang sama dengan artikel saya sebelum ini ( KLiK ), baca juga luahan para pengomen mengenai Najib, Umno dan PRU14. 

Pendek kata, baguslah kalau Muhyiddin sedar akan sentimen yang tidak memihak kepada Umno dikalangan rakyat ketika ini, Dan ianya berkait rapat dengan Najib Rosmah.



"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea.


"Saya tidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan .


"Jadi berhentilah hentam Dr Mahathir, beliau adalah bekas perdana menteri, lagi anda hentam, lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," - TMI.
.

Nasihat yang bernas buat Najib dan askar2nya ......  

Makin diungkit isu2 basi zaman Tun Mahathir jadi PM dulu, makin kuat orang buat perbandingan dengan Najib. Semakin jelas pandangan rakyat yang melihat sekeliling mereka ....... semuanya datang hasil zaman Tun Mahathir. 

Zaman Najib ? Gempak jer lebih, slogan tak putus2 ..... hasil yilek. 1MDB dengan RM42 billion adalah contoh terbaik. Apa hasilnya ? LELONG harta negara nak bayar hutang. Ambil hutang untuk beli aset yang kemudiannya dilelong untuk bayar hutang itu balik ...... HEBAT !



"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge


"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul," - TMI.

.
Yang ini paling menarik ! Termasuk yang di bawah ini juga. Amat sesuai untuk kita buat sedikit analisa. Sila baca dua tiga kali untuk selami apa yang boleh kita terjemahkan disebalik kenyataan ini.


"Saya beritahu beliau untuk lepaskan jawatanya dalam 1MDB tapi beliau tidak mahu dengar.

"Saya tidak punyai niat jahat, niat saya baik untuk tolong beliau," - TMI.



 
OK, Kenapa Muhyiddin minta Najib lepaskan jawatan dalam 1MDB kalau 1MDB tidak ada masalah ? Kenapa minta Najib cuci tangan ?


Kenapa Muhyiddin baca The Edge semata2 untuk mendapatkan maklumat tentang 1MDB ?Apakah Muhyiddin juga tidak baca dan tidak faham buku penerangan mengenai 1MDB yang diedarkan kepada kabinet ?

Apakah orang nombor 2 dalam kerajaan juga tidak ada akses kepada 1MDB ? Apakah yang Muhyiddin tahu mengenai 1MDB SEBELUM isunya menjadi panas ?

Jadi benarlah 1MDB ini bergerak secara senyap2 tanpa pengetahuan kabinet ! Kenapa ?  Nak sorok apa ?

RM42 billion duit rakyat diperjudikan tanpa pengetahuan kabinet ??? 


Ketika ini ramai yang duk bising dengan isu ubahsuai maklumat siap ngan pak Menteri juga sebut tentang tindakan2 tegas terhadap mereka yang disyaki terbabit. Gantung permit dan sekat portal kerana di SYAKI ubahsuai maklumat.

Nah sekarang Muhyiddin juga bertanya  - Orang cakap laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul !


Lawak lah tengok wakil2 kerajaan kita tiap2 hari duk melalak pasal isu ubahsuai maklumat. Tunjukkanlah mana satu maklumat yang sudah diubahsuai itu dan tunjukkan yang betulnya macamana !

Takkan itu pun nak tubuh jawatankuasa untuk siasat ? ?

Serius beb ..... The Edge dah lapor mengenai isu 1MDB ini hampir 2 tahun, dan selama ini kita duk pung pang pung pang berbalas hujah dengan 1MDB dan wakil kerajaan termasuk Najib, TIDAK SEKALI PUN mereka sebut tentang salah maklumat. 

Alih2 si Justo sebut tentang KEMUNGKINAN maklumat yang dijualnya diubahsuai, baru pro Najib pun ikut sama melalak isu ubahsuai maklumat !! Pelik ......

Selama ini 1MDB dan kerajaan TAK TAHU ke apa yang disiarkan oleh TheEdge dan SR itu salah ? 

Ni apa punya syarikat billion2 ni ?

Sekarang bukan saja 1MDB dan Najib yang kena perjelaskan persoalan2 mengenai urusniaga 1MDB, tapi kerajaan juga telah diheret sama dalam isu kredibiliti !


Bagi ramai rakyat yang mengikuti isu ini, kita tak kisah kalau The Edge dan SR didapati bersalah, maka hukumlah mereka. No hal. Tapi kita nak tahu mengenai 1MDB dan akaun Najib.


Oya, selepas beberapa minggu berlalu sejak pendedahan WSJ mengenai deposit RM2.7 billion ke dalam akaun peribadi Najib, saya rasa pihak Task Force kena jawab apakah benar dakwaan itu.

Task Force ni sebenarnya SIASAT APA ? kalau tidak ada kes, kenapa berminggu2 duk siasat, duk tahan suspek bagai ...... apa kes ?

                                                ********************************

Saya cek maksud MONEY LAUNDERING, iaitu salah satu tuduhan yangdi mainkan oleh beberapa pihak sejak akhir2 ini - 

Money laundering is the process of making illegally-gained proceeds (i.e. "dirty money") appear legal (i.e. "clean"). Typically, it involves three steps: placement, layering and integration. First, the illegitimate funds are furtively introduced into the legitimate financial system. Then, the money is moved around to create confusion, sometimes by wiring or transferring through numerous accounts. Finally, it is integrated into the financial system through additional transactions until the "dirty money" appears "clean."[3]

hmmmm ..... yang lebih sesuai dengan maksud Money Laundering adalah dakwaan terhadap 1MDB dimana wang dipindah2kan ke beberapa akaun, ditukar2 bentuk bagi tujuan mengelirukan. Begitu juga dengan dakwaan billion2 deposit ke dalam akaun peribadi Najib.

Setakat jual beli info ...... errr.... itu cuma satu urusniaga direct.  Info curi itu kesalahan lain, bukannya money laundering.

Jadi terimakasih kepada mereka yang memperkenalkan terma Money Laundering itu ! 

PS - Kalau kita mengambilkira lawak Tunai-Aset-Just Unit, mungkin boleh diterima jugalah kalau 1MDB dan kerajaan terpaksa menunggu dakwaan Justo mengenai isu ubahsuai maklumat terlebih dahulu sebelum melalak sama ...... agaknya sebelum Justo bersuara, mereka pun tak terfikir kemungkinan maklumat yang disiarkan TheEdge dan SR telah diubahsuai..... cuba klik balik artikel2 lama mengenai isu 1MDB, ada sesiapa pernah sebut tentang ubahsuai tak sebelum ini ?

Share this article :

+ comments + 46 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 4:32 AM

cuba periksa kenyataan azmin yang dilaporkan fmt.

usd 1 billion bukan usd 700 million yang dimasukkan dalam akun najib...

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 6:18 AM

Yes...lah Muyhiddin PM ke Enam Malaysia. Antara yang paling menarik ujah Muyhiddin JANGAN HENTAM TUN MAHATIR lagi hentam lagi popular tetap sekali analysis Muyhiddin. Apa salah kalau bincang dgn Tun tentang urusan negara apabila TUN sendiri pengalaman 22 tahun sebagai PM TAK MAHU DI TUDUH JADI PM PROXY cuma alasan bodoh Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 6:26 AM


TS Mahyuddin baru nak bersuara mungkin kerana desas desus mengatakan yang rombakan kabinet yang akan berlaku bakal menyaksikan nama beliau tidak lagi disenaraikan didalam kabinet baru Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:00 AM

salam...artikel ni bagus....cume bile bukak MYKMU nye website artikel die macam biase, utk protect DSN....abis TSM kene tegur....bile la MYKMU nak berubah

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 7:09 AM

@izad12Berani sesiapa nak perbetulkan ? Contoh - Bukan 1 billion la, cuma 700 juta jer ..... hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:11 AM

Allah mendengar dan mengetahui segala galanya.Terima kasih Tun diatas pengorbanan ikhlas mu selama ini ,dan terima kasih juga kepada tuan admin diatas hasil usaha tuan mengendalikan blog yang begini hebat,syabas.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:15 AM

Jika PM boleh tipu /berhelah /cover up dgn org no.2...maaf...sy xyakin org no.2 sesuai jd pengganti. Ni br pencacai kelentong dia..blum lg org luar yg berkonspirasi-konspirasi yg ubn duk canang-canangkn nkkn msia la nk hinakn org melayu la. Ni dr sini org melayu bugis kelentong org melayu org no.2 pn..org no.2 xtau..rs sesuatu tp eh..eh..eh..minta maafla. Mys ke si hishamudin ke zahid ke smua apa...sy tak tau tak tau

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:17 AM

Solution terbaik ialah....

PM pecat Menteri Kewangan...
Menteri Kewangan pulak pecat Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB...
Habis tu, saper pulak nak pecat PM ? Yang tu kita serahkan pada kebijaksanaan rakyat Malaysia dalam PRU-14 nanti.

P/S : Muhyidin ni bagus. Cuma kantoi tang selagi ada bulan dan bintang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:28 AM

Sebab itulah aku nak tergelak jer bila Tun M diserang tiap2 malam oleh TV3. Hakikatnya, semakin banyak serangan, semakin tinggi kewibawaan Tun. Rakyat bukan sahaja semakin bertambah simpati kat Tun, malah semakin sayang kat Tun. Makin banyak website disekat, makin bertambah dahaga rakyat terhadap kebenaran. Ya, rakyat memang dahagakan kebenaran. Sehingga sekarang, penjelasan 1MDB bukan memuaskan hati rakyat, malah semakin banyak persoalan2 baru timbul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:32 AM

Yg dihadapi adalah isu ekonomi negara yg kelam. Nilai ringgit tu jatuh tahap nk nazak dh. Yg duk pung pang pung pang kt tv shahir bnbb(nth apa apa singkatan bahasa english nama kumpulan konon perjuang bhs melayu) si rahman dahlan ..rakyat taulah ini cover up politik. Isu ekonomi org-org kementerian kewangan ptt duk 24jam kt tv tu. Xpyh duk canang la menteri kewangan yg xreti xpandai pn buat keje. Pm cum menteri kewangan kita ni pandai nk menipu je. Idea semua org bwhan dia. Dia mcm ketua mafia dia panggil org interview tnya apa awk buat jika bla bla. Lepas tu amik idea org tu. Cmtu la dia buat kerja. Tak reti buat keje order org buat keje. Jangan ingat rakyat bodoh. Awak pm cum menteri kewangan. Duk ckp bagus tangkap dadah. Isu dadah ni rakyat dh serabut. Cmne berguni-guni terlepas dr kastam dan immigresen kapal terbang? Gi la siasat imigresen. Imigresen dh xbetul tu. Ingat. Rakyat xlupa ttg isu mh370. Imigresen msia salah satu faktor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:43 AM

bro din jgn syok dulu. muhidin mmg mcm ni. pastu senyap balik. hampa balik kita. asyik play safe saja dari dulu. dulu saya menaruh harapan pada dia. tp bila dia byk berdiam ckp sikit2 saya consider dia turut bersekongkol. org kata sabar tunggu dulu. duit kita berjalan kerajaan amik utk byr hutang 1mbd, masa x berenti pn utk itu.

saya lihat payah kalau terang2 ketua sudah buat jahanam, org bawahan duk masik berkias2 bersilat2. x payah lah. buang masa saja. org bawahan sedang menderita tapi mereka masih mengambil sweet time derang acah mengacah, main play safe.

apa yg susah berani kerana benar takut kerana salah. tp mana ade org kualiti sebegini dlm umno ? akhirnya pangkat dan nama jgk yg menjadi priority

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:47 AM

Aku tak boleh memaafkan Najib atas dasar2 liberalnya yang meminggirkan hak bumiputera. 1Malaysia yang intipatinya ialah Malaysian Malaysia boleh menghancurkan masa depan anak2 melayu pada masa akan datang. Sedikit demi sedikit hak melayu dirampas melalui meritokrasi dan pemansuhan MECD yang kononnya kerana nak mewujudkan kesamarataan antara pelbagai kaum di Malaysia.

Dasar2 ekonomi yang bertunjangkan liberal seperti BR1M, GST, pemansuhan subsidi, kenaikan harga rumah, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga minyak, akan menyebabkan melayu semakin bertambah papa kedana. Melayu dipaksa untuk menyerap pelbagai kos dalam perbelanjaan harian sehingga menyebabkan mereka mengalami defisit setiap bulan. Kenapa mereka mengalami defisit ? Kerana mereka tidak mampu lagi untuk menyerap sebarang tambahan kos yang naik secara mendadak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:49 AM

Jika PRU-13 menyaksikan berlakunya Tsunami Cina. Dalam PRU-14 kelak, saya yakin dan percaya, akan berlakunya Tsunami Melayu pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:50 AM

Diharap penyokong DSN tak memburuk-burukkan TSMY pulak lepas ni. Masalahnya bukan orang lain tapi pada duit berbilion2, pada urusan pembelian tanah ,pada pembayaran hutang berbilion ambil duit dari mana - bukannya fasal DSN tu bagus,pandai mentadbir negara, bijak dan banyak meninggalkan legasi untuk anak cucu dan keturunan kita dan seluruh warganegara Malaysia!
Take payahlah nak spin sana sini rakyat bukannya buta kayu. Lagi pulak penerangan yang dibust oleh DSN pada orang yang tertentu saja - rakyat yang ramai ni dok tahu gapo.

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 7:55 AM

TSM tidak perlu lg berlapek bahasa. Tetus terang suarakan kpd Najib ' He has to GO ! '

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:58 AM

Sebenarnya, aku tak kisah pon soal 42bil 1MDB ke, soal belanja mewah ke apa ke....lantaklah, aku tak peduli pon. Yang aku peduli ialah kenapa ekonomi rakyat terjejas dan terganggu. Perbelanjaan rakyat tidak sepadan dengan pendapatan yang diterima. Rakyat semakin terbeban dan terhimpit dengan kenaikan harga barang. Rakyat menjadi tertekan kerana dasar2 kerajaan sendiri yang menyusahkan rakyat. Senang citer, pemimpin yang selalu kacau poket rakyat adalah pemimpin yang dibenci rakyat. Manakala, pemimpin yang selalu jaga poket rakyat, adalah pemimpin yang disayangi rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 8:10 AM

mr ong... yg ke 6 ke yg ke 7? fakta kne btul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 8:13 AM

Muhyidin jgn tarik brek plk.. kena teruskan.. baru nampak syg rakyat bukan syg jawatan.. mungkin masih lg ada harapan.. kerana rakyat makin putus harap pada najib dan kuncu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 8:14 AM

yer benar alhmdlh..dan syukur kepada Allah swt..kita mmpunyai tun m dn tuan admin yg istiqomah dlm mmbongkar kebejatan najib dan rosmah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 8:19 AM

sekurang2 nyer ts mhydin berani kehilangan jawatan dlm usaha utk mmperbetulkn keadaan wlpn beliau tidak mmpunyai askar yg ramai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 8:40 AM

TSMY ni hangat2 tahi ayam aje macam sebelum ni. Lepas ni dia senyap pulak...

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 8:54 AM

Memandangkan beliau melayu maka percakapan paling tepat atau saranan terbaik adalah....anda wajib pergi dan letak jawatan. TIADA pilihan lain lagi. Pemimpin yg bertanggungjawab sentiasa memastikan rakyat tidak terbeban dgn apa jua isu...jika tidak apa guna memimpin?

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 9:01 AM

Ni ibarat final exam tsmy......jika dia senyap balik....PASTI dia akan senyap seterusnya.....maka tinggallah sejarah perjuangan beliau. Nak tengok siapa yg bakal menyokong usaha berani beliau ini. Siapa yg akan bangun bersama beliau.....atau tenggelam bersama cash yg d taburkan.........

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
July 27, 2015 at 9:53 AM

kenapa tsmy senyap?
beliau lebih tahu kekuatan dan kelemahan diri dan bosnye...siapa yg menyokong beliau selama ini?rasanya tak ada yg berani dlm umno nak nyata pendirian menyokong tpm.mudah bagi kita untuk membentak tpm kerana berkokok sekejap sunyi berpurnama tanpa kita sendiri berani menyatakan sokongan terbuka pd beliau.adakah gerakan menyokong kenyataan tpm hingga kini?siapa yang berani memulakan langkah menyokong beliau secara terbuka?timbalan yg bersendirian mana mungkin suara pandangannya didengari oleh atasannya.sungguh kasihan.

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 10:15 AM

Maaf bro yang ke 7 hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 10:22 AM

tak tahulah samada ds najib benar2 terlibat dalam penyelewengan wang 1mdb sebagaimana yang didakwa dakwi oleh pelbagai pihak selama ini. namun, situasi semasa menunjukkan bahawa sokongan kepada umno/bn semakin merosot kerana dakwaan tersebut. bukan sahaja dikalangan mereka yang di atas pagar, dikalangan penyokong umno/bn sendiri dah makin menjauhkan diri. demi kelangsungan parti dan kerajaan semasa, elok benarlah kiranya ds najib mengambil tindakan paling berani dan paling bersejarah untuk TURUN dari puncak kuasa perdana menteri. ds najib sebenarnya sedang dipermain-mainkan oleh sokongan palsu ketua2 bahagian umno yang kononnya kekal menyokongnya. dibelakang, mereka juga sudah mula cuak samada sokongan mereka perlu dikekalkan atau u-turn. siapa yang berani mati sokong pm ds najib sekarang ini? sebelum situasi lebih mudarat, disarankan pm ds najib mengambil tindakan paling HEBAT dalam sejarah pemimpin negara ini berbesar hati mengosongkan kerusi pm kerana menyedari sokongan yang diterima sekarang ini hanyalah palsu. diharap dengan PENGORBANAN BESAR ini akan menyelamatkan kerajaan, negara serta ekonomi yang mengalami kemerosotan nilai ringgit amat teruk dalam sejarah. tak kiralah ds najib terlibat atau tidak dengan skandal 1mdb, tetapi demi rakyat dan negara, berbuatlah yang terbaik. bukan demi diri sendiri dan keluarga sahaja....
tqvm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 10:40 AM

Sekurang-kurang dalam keadaan sekarang, DS Najib perlulah serahkan jawatan menteri kewangan kepada orang lain yang berhak. Ini tidak, selama jadi PM, selama tu nak pegang menteri kewangan. Ini dah kira konflik kepentingan!

Amat berbahaya jika orang yang paling berkuasa dalam kerajaan tetapi mempunyai akses terus kepada kewangan negara. Sebab itu kalau dilihat syarikat multinasional di sini, kalau pun jawatan plant manager diberi kepada bangsa cha, financial controller tetapi dipegang oleh bangsa multinational.

Sendiri mau ingat la!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 12:40 PM

Tahniah TPM! kerana berani bersuara..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 12:45 PM

Apa akan jadi pada kita ni yea...keputusan dan kesimpulan sukar betul nak di buat...benda kelihatan salah ramai juga penyokongnya..siapa nak sebelahi TSMY dah tentu kena terajang...rakyat boleh jatuhkan kerajaan lalui pru14...tapi kalau boleh biarlah UMNO dapat di bersihkan sebelum PRU...aku bukan takut apa? jika ada peringkat kelompongan kuasa BN kalah ...pasti ada huru hara kerana parti melayu lain pun tak kuat....bilangan tentera dan polis 200,000 org mcmana nak kawal 30 juta orang...nak tanya najib kenapa Firaun nyawa dah sampai tenggorok baru nak taubat...kalau najib taubat dan insaf awal kan bagus

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 12:51 PM

Setuju 100 peratus.... Inilah masa kita semua terutama ahli2 Umno menyokong tan sri... Klu mahu umno bernafas kembali...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 12:53 PM

@izad12 Sejak bila kerajaan dan pak2 menteri menggunapakai dakwaan penjenayah (Justo) sebagai backup statement untuk berhujah dgn rakyat?... kalau dah terkantoi tu, tahi pun boleh jadi modal untuk berniaga... ha ha ha!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 1:04 PM

Wlwpn playsafe ok jugaklah... Bg semangat...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 27, 2015 at 1:54 PM

Saya tak berharap apa2 dengan kenyataan Muhyiddin tersebut.

Jika tiada sokongan dan tindakan daripada pemimpin2 tertinggi UMNO untuk BERSATU mendesak Najib supaya berundur dari jadi Menteri Kewangan, Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan kadar SEGERA selagi itu kenyataan ini tiada apa2.

Selagi Najib tidak berundur selagi itu kenyataan ini hanya akan jadi seperti angin lalu.

UMNO sebagai parti kaum melayu/bumiputera perlu diselamatkan SEGERA dengan membuang pemimpin korup. Tidak ada masa lagi untuk menjadi hipokrit dan berpura2 menyokong pemimpin yang korup.

MASA tidak menunggu kita.

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 2:27 PM

Saya pernah baca ada satu kisah purba kat negara China.Saya x ingat zaman dinasti apa.
Kisahnya macam kat bawah:

Ada dua orang kawan yang baik sejak kecil.Kita namakan dia si A dan si B.Apabila meningkat dewasa,kedua-dua kawan baik ni dapat menjadi pegawai kerajaan.Pada zaman ni,orang yang tahu membaca dan menulis sudah dapat jadi pegawai kerajaan.

Kedua-duanya merupakan pegawai cekap sehingga di lantik menjadi pegawai tinggi dan mempunyai tempat dalam istana bersama-sama dengan Maharaja China.

Apa yang membezakan si A dan si B ialah si A seorang yang jujur dan amanah.Si B pula seorang pegawai yang korup dan tamak.

Sifat kedua-dua sahabat ini telah di ketahui oleh seisi istana termasuk maharaja dan putera mahkota.Rakyat pula hidup menderita kerana hanya peniaga yang korup sahaja yang berjaya dan yang lemah di tindas.Namun maharaja hanya buat x tahu dengan apa yang berlaku.

Si A hanya hidup dengan sederhana dan Si B pula bermewah-mewah dalam kehidupan hasil rasuah yang di terimanya menggunakan kuasa yang diberikan oleh maharaja kepadanya.

Masa terus berlalu.Maharaja semakin tua dan boleh meninggal pada bila2 masa.Ini meresahkan hati si B kerana dia tahu seisi istana termasuk Putera Mahkota bencikan beliau.Mengikut tradisi,apabila Maharaja meninggal,Putera Mahkota akan di tabalkan menjadi maharaja.

Pada hari2 terakhir Maharaja,hanya orang2 terdekat sahaja yang boleh berjumpa dengan beliau kerana maharaja sedang tenat.Kebetulan salah seorang daripada orang yang dapat berjumpa dengan maharaja pernah meminta bantuan si B untuk dapat bekerja dalam istana.

Kesempatan ini digunakan oleh si B untuk mendapat pertolongan daripada pembantu maharaja.Si B meminta pembantu maharaja yang pernah menerima bantuan beliau ini untuk meminta dekree daripada maharaja agar beliau tidak di hukum atas segala kesalahan beliau semenjak beliau menjadi pegawai kerajaan oleh maharaja yang baru.

Dekree ni merupakan titah maharaja dalam bentuk bahan bercetak.

Kemudian kerana terhutang budi dengan si B,pembantu maharaja ini meminta kepada maharaja untuk mengeluarkan dekree yang di minta oleh si B.Maharaja bersetuju dengan permintaan pembantu beliau.

Maharaja menulis sendiri dekree dan menyimpannya dalam satu bekas dan memberinya kepada pembantu beliau.Beliau menitahkan agar dekree itu hanya di baca di depan maharaja baru.

Perancangan ini hanya di ketahui oleh 3 orang sahaja iaitu Maharaja,si B, dan pembantu maharaja.

Tidak lama kemudian maharaja pun mangkat.Apabila Putera mahkota di tabalkan menjadi Maharaja,titah pertama beliau ialah untuk menghukum si B.

Perkara ini sudah di ramalkan oleh si B akan berlaku.Pembantu mendiang maharaja segera menceritakan mengenai dekree yang di keluarkan oleh Maharaja.

Apabia dekree tersebut di baca dalam istana,semua orang terkejut.Mendiang maharaja menitahkan agar si B di hukum bunuh dan seluruh hartanya dirampas.

Kemudian si B di hukum bunuh.Orang yang melaksanakan hukuman bunuh tersebut ialah si A.(Macam cite Hang Tuah dan Hang Jebat versi Cina)

Apabila seluruh harta si B di rampas,nilai harta si B berpuluh-puluh kali ganda lebih banyak daripada khazanah negara.Hasil rampasan itu di gunakan oleh Maharaja yang baru untuk mentadbir China.



**barangkali Najib dah lama tau pasal cite ni.Sebelum Najib letak jawatan,selain daripada rezab negara,antara perkara yang di fikirkan ialah penyatuan bangsa Melayu.Selepas GHB jadi pari politik,move Najib ialah menjadikan Unity Government dengan PAS.Lepas tu baru Najib letak jawatan dengan aman dan tenteram. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 3:03 PM

Pm najib ni tamak haloba tak cukup jawatan pm nak tambah menteri kewangan lg.sudahnya segala salah laku sudah ingin terburai.apa motif pegang byk jawatan tak percaya kwn sendiri.ringgit sudah jatuh ,gst menekan rakyat dr berbelanja.politik tdk stabil krn pm sendiri dtuduh salah guna kuasa n mengelapkan wang.jika berlarutan bkn ke ekonomi akan turut jd lemah.mana pakar pakar ekonomi knpa diam membisu.tunggu msia jd grese.bukti apa lg yg dicari penyiasat.sampai bila nak cari bukti.akaun najib bilion bilion wujud atau tidak.kurun berapa baru rakyat akan dpt jawapan.bagaimana najib dpt menyelesaikan masalah kejatuhan nilai ringit jika dia sendiri bergelut dgn masalah 1mdbnya.1mdb bagai ular yg digunakan utk memutar belit n menelan duit rakyat.sama spt kejahatan yg lain mereka biasanya akan menelan tuannya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 3:10 PM

Woit!! Dah Aku Pm dan Menteri kwgn,suka hati aku lah nak buat apa pun!!..Yg kau org sibuk2 psl apa?? Org dlm Mt aku blh beli la..ketua bhgn pun aku blh byr,Umno adalah parti Keramat dan ada daulat tau..Jgn main2 tau.Cash is The King.

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 3:45 PM

Hahahahahaha....mcm ajib plak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 4:24 PM

Setuju sangat dengan pendapat tuan.

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 5:53 PM

Penjelasan TSMY secara terang menunjukkan tiada seorang pun ahli kabinet dan mt umno yg faham akan kedudokan 1mdb ini dan berkemungkinan menteri dlm negeri Zahid Hamidi pun tak tahu perjalanan isu ini secara total kerana beliau hanya menerima arahan dari PM utk menghalang lebih banyak skandal sebelum terbongkar dan dgn komen yg dikeluarkan oleh TSMY ini maka pintu TPM ini terbuka luas utk Zahid duduki kerana apa yg didesas desuskan akan ada rombakan dlm kabinet tak lama lagi mungkin menjadi kenyataan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 7:39 PM

Pasal lantaklah, tak pedulilah dan tak kisahlah rakyat tertekan. Kau ingat duit dtg dari langit ke. Setiap sen duit yg berlegar dlm negara ialah hasil titik peluh rakyat. Kalau duit aku lebih maknanya adalah duit sesiapa yg kurang. Guna akal yg Allah bagi.

....................
Reply To This Comment ...................
July 27, 2015 at 8:05 PM

@pak kaduk
Terfikir jugak kenapa mcm bodoh je semua dlm kabinet beliau? Tepat kata tsmy....tak siapa faham apa itu 1mdb. Langsung tak boleh berhujah atau berkata tidak ke? Selama mana najib boleh lindungi menteri2 ni? TAK MATI KE?
Buang yg korup....alamat semua la kena buang....setuju?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 8:41 PM

Interesting to see that all the pro pembangkang Bloggers attacking TSMY but I think we know their reason,ya lah selagi Ah Jib Gor jadi PM,peluang mereka untuk nak memang PRU14 amat tinggi dan bagus sekali.

Something is definately WRONG with Ah Jib Gor ni,sebab yang duk BELA image dia di TV3 hari hari SEMUA nya dari pihak pembangkang . Sekarang kedudukan dia tergugat SEMUA pihak pembangkang timbul membela nya agar he is NOT REMOVE! Do the opposition KNOW something about Ah Jib Gor that we don't??

I hope that we ALL have learned something from Ah Jib Gor premiership that is anything that has to do with CAYMAN island is a SHADY DEAL!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 10:10 PM

Kalau ikutkan khabar angin rombakan kabinet dalam masa terdekat ni, berani ke si bibir merah ni nak gugurkan TSMY?

Umno Johor pun dah keluar kenyataan mahu suara akar umbi diambil perhatian oleh pucuk pimpinan. Dalam kata lain teguran TSMY disokong Umno Johor.

Kesultanan Johor tak mungkin akan berdiam diri melihat TSMY digugurkan kerana berani bersama rakyat. TMJ dah bagi sedas tempoh hari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2015 at 10:14 PM

Bro din tak lama lagi ringgit jadi mcm rupiah. Kaya kita din!!

Esok mat maslan gtau ini perkara biasa. Ari tu menteri ckp pengangguran 10k dari awal tahun perkara biasa.

Menteri skrg semua pandai belaka. Bljr dari bos mereka. Paling pandai antara terpandai.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2015 at 1:00 AM

Hahahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2015 at 6:35 PM

TSMY dah kena lempak (lempar).

Post a Comment