........... (Video) Tun Mahathir - Kekayaan Melampau Keluarga Najib, Kenapa Income Tax Tak Siasat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

(Video) Tun Mahathir - Kekayaan Melampau Keluarga Najib, Kenapa Income Tax Tak Siasat ?

Thursday, June 18, 201540comments


Di bawah satu lagi segmen di mana Tun menjawab gesaan seorang peserta supaya diadakan satu Perhimpunan mendesak Najib berhenti -

Apa jua tindakan yang kita ambil mestilah bersopan. Kita tak boleh buat benda yang kita tidak ingin melihat orang lain buat kepada kita. Walaupun akhir mungkin kita boleh ada perhimpunan, tapi yang utama sekarang ini, menerangkan kepada seberapa banyak orang kita tentang kesalahan DS Najib.

Dia bukan macam bapak dia, tidak. Dengan Rosmah... apa semua... benda ni .... Hidup dia mewah yang bukan2.

Saya dulu jadi Perdana Menteri juga, dapat gaji tapi saya tak boleh belanja macam tu ! Saya tahu perbelanjaan itu lebih daripada perbelanjaan seorang Perdana Menteri.



KLiK untuk ke Youtube.

Sepatutnya bila kita lihat seorang yang bekerja bergaji, tiba2 dia duduk dalam mahligai., Income Tax patut pergi periksa dia. Macamana dia buat duit ? Tapi Income Tax tak buat apa. Kita kena desak ... supaya Income Tax tanya pasala apa dia duit banyak sangat ?!

Daripada mana dapat duit itu ? Apakah dia bayar cukai ataupun tidak ? Ini kita kena tanya.. cara hidupnya tak macam cara hidup Perdana Menteri yang lalu. 

Kawin anak bunyinya ..  beli bunga saja RM3 million ringgit... baru bunga. Yang lain semua... naik kapalterbang bawa 300 orang pergi Kazakhstan... sembunyi tak masuk dalam akhbar. Macam2..  cara hidup dia itu .. tak mampu dengan pendapatan dia ... dia hidup secara mewah seperti itu. Itu kita patut tanya.



Tun tidak menolak kemungkinan berlaku juga satu perhimpunan tapi keutamaan sekarang adalah mendedahkan apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Najib terlebih dahulu. Tapi janganpula kita menabur fitnah.

Mana yang tak berapa betul dan pelik, kita tanya. Dan kita minta pihak berwajib siasat. Seperti isu 1MDB yang terlalu banyak benda pelik berlaku .... kita tanya dan minta penjelasan. Bila 1MDB jelaskan namun masih tidak jelas juga, kita tanya lagi .... 

Begitu juga kes kekayaan melampau keluarga Najib Rosmah yang pasangan itu sendiri tidak nafikan, malah di iyakan oleh Pejabat Perdana Menteri kononnya kekayaan itu datangnya dari harta pusaka ! ?

Takkan jawapan sebegitu pun semudah itu diterima oleh pihak berkuasa ? Rakyat sendiri pun nak tergelak dengan jawapan seperti itu. Bila kekayaan itu disengaja dipertontonkan kepada khalayak ramai, lagilah rakyat tertanya2 ....... Kenapa tidak di siasat ?

Pegawai Rosmah ada menjawab soal perbelanjaan bunga dan kos penerbangan kononnya ditanggung keluarga menantu Rosmah. Berapa ramai yang percaya ? Kenapa tidak di siasat ?

Apakah jawapan mudah itu diterima at face value begitu saja ? 

Bagaimana pendedahan TheNewYorkTimes mengenai kemewahan Rosmah dan anaknya Reza yang tidak disanggah malah seperti diakui oleh PMO ?

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2015 at 10:55 PM

Kalau Polis,Ketua Audit dan PAC pun tak berani, inikan LHDN yang lagi tak de kuasa nak siasat penyangak besar.

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2015 at 11:23 PM

Betul la tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2015 at 11:34 PM

Income tax berani kat rakyat marhaen je

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2015 at 11:41 PM

Nampaknya macam betul je rumour kabinet akan bertukar lepas raya nanti. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2015 at 11:53 PM

sesungguhnya masalah najib ini amat besar pada negara. najib punya masalah , rakyat yang menanggung kesan . busuk-busuk perdana menteri yang lepas-lepas lagi baik daripada najib yang mempergunakan duit rakyat hingga menuju inflasi pada ekonomi negara. silap-silap negara bankrap , ekonomi habis, rakyat terduduk .
-luv tun M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 12:12 AM

mampus Najib... lagi banyak orang cabar Tun lagi mengila Tun cabar Najib.. hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 12:37 AM

LHDN zaman Najib memang SANGAT EFFICIENT. Sekarang ni audit dibuat 2 kali setahun at least. Tak sampai 6 bulan audit tahun 2011, dah datang surat audit 2012. Lepas ni tutup le Enterprise orang2 melayu. Bukan ape, menyampah dgn kelakuan LHDN dan pihak2 berkuasa yg super efficient. Bab rakyat marhaen, bukan main efficient, bab salahguna kuasa dan kekayaan melampau, tak ada teloq nak tengok. Elok audit CEO LHDN dan top management LHDN jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 4:53 AM

Da tuh kalau najib tu makan nasi macam kita... ap istimewa sangat die? cara die running negara dgn macai2 baghal die tuh... aku rase rakyat mesia level spm pon cmtuh layak dapat pelepasan cukai sbb bole kuar statement kangkung... senang kate audit je sume... skrg ni org jbtn agama pon iakn je pe si baghal dr pekan ni ckp... sbb ape? Sbb masing2 mkn gaji...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 5:12 AM

Sebab apa? Sebab nak korek duit rakyat sebanyak mungkin..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 6:35 AM

Saya seorang pesakit jantung, dah lama bersara. Tidak punyai pendapatan, tidak ada pencen. Anak-anak masih kecil bersekolah. Hanya isteri saya, seorang pegawai kerajaan menampung sara hidup. Tiap bulan, setiap tahun, LHDN memotong cukai pendapatan isteri yang berlebihan namun agak susah nak klaim balik. Baru2 ni LHDN menghantar surat kepada saya kerana ada cukai pendapatan saya yang kurang di bayar pada tahun2 80an dulu berjumlah sebanyak lebih kurang Rm 4 ribu. Bukan saya tidak mahu bayar, hanya saya tidak mampu bayar dan kerajaan akan ambil tindakan. Tidak cukupkah cukai2 yang di perah dari rakyat sehingga di GSTkan lagi barang2 keperluan kita dan juga di cukai ke atas cukai tanah dan pintu kita!?! Apakah ini semua sehingga kita di pertontonkan dengan kemewahan dan kejelekan Perdana Menteri sedangkan rakyat ramai yang menderita seperti di Kelantan dan Sabah? Bangsat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 8:12 AM

Tun pernah kata, srorang itu tidak didapati bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Ramai rakyat nak tahu bukti kesalahan najib dan dibuktikan kesalahan itu. Rakyat bukan risau jika najib diturunkan dari jawatan pm, rakyat risau dengan tuduhan2 yang berkisar 'dengat kata orang' yang rajin disebut oleh tun mahathir kebelakangan ini. Jika belum benar maknanya fitnah. Tun pernah menuduh new york post adalah akhbar yahudi, malah tun paling lantang menentang yahudi. Namun kenapa tun menggunakan media yahudi tersebut untuk memburuk2kan najib dan kerajaan? Walaupun tun sudah tidak menyokong nsjib, janganlah bertindak seperti pembangkang yang desperate menggunakan apa.sahaja untuk sabotaj pihak lawan. Tun marah kepada najjb ke marah kepada umno/bn? Harap selepas ini tun akan bertindak betul untuk menyerang nsjib. Jangan macam budak2 tak cukup akal. Kata2 fitnah dari kucing kurappun nak dikutip untuk mengumpulkan keburukan najib. Gunakan kebijaksanaan tun untuk mencari bukti sahih tentang kelakuan buruk dan kelemahan najib, barulah rakyat akan berpuashati. Sesuai dengan status negarawan ulung yg malaysia pernah ada.

....................
Reply To This Comment ...................
June 19, 2015 at 8:48 AM

MACC dan LHDN harus menyiasat siapakah menantu najib sebenarnya adakah dia ini seorang hartawan atau bangsawan kerana byk rumours diluar sana yg negative terhadap menantu beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 9:05 AM

Org lhdn tu buat keje jgn salahkan dia. Kita ni suka sangat serkap jarang. Bila kena batang hidung kita mula la meroyan. Kalau kita tak mau pemimpin yg korup, membazir, suka menipu dll maka kita pun jgn la buat perangai tu. Cara ko cakap macam nak lari cukai je. Bayar jela ikut rate yg ditetapkan. Pemimpin yg baik untuk rakyat yg baik. Ingat sabda nabi tu.

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
June 19, 2015 at 10:21 AM

Sekarang Income Tax Najib pula dia soal. Apa yg sebenarnya Tun mahu. Nak duit dah banyak dah dia ada. Anak2 dia apa kurangnya. Anak2 dia bayar Income Tax ke tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 11:20 AM

as long hold the title PM nothing can be done. xde siapa berani punya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 11:24 AM

ding,

http://futurefastforward.com/images/stories/financial/ArulKanda'sDilemma.pdf

pahlawan bugis lembik dan kawan-kawan masih boleh bersukaria with shit like this? PDRM? SPRM? Bank Negara? PAC? this is so surreal, only in Malaysia!

./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 12:12 PM

Rasuah kecil aka Ikan bilis kita lihat sorm cpt perangkap.. Jerung x dgr apa apa..tu la Malaysia.. Nak ambio zmbil juta juta berbillion..sukar meka nak cari atsu hitung..noleh kautim jika duit byk..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 12:58 PM

PENIPU DGN PENIPUANNYA DA TERBUKTI...negara dan rakyat TAK MAU PEMIMPIN PENIPU...

tolong baca keseluruhan baru komen...kalau tak nampak tahap 'kebijaksanaan' hang menyerlah kat sini

....................
Reply To This Comment ...................
June 19, 2015 at 2:27 PM

Dia mahu Penipu penakut pengecut pemerah duit rakyat supaya jawab soalan dia dan turun sebab Ah jib gor tak layak jadi pemimpin. Dah la Plkn ditangguhkan kerajaan kata 'JIMAT' 400 juta. Subsidi minyak ditarik supaya kerajaan 'JIMAT'...Pengambilan penjawat awam pun dibekukan 'JIMAT' tak ada duit nak bayar gaji ... kerajaan sekarang ni buat apa? Nampak sangat dah tak ada duit??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 2:36 PM

xbleh kata apa dah utk anon 8.12
mungkin dia duk dlm gua batu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 7:06 PM

aku redha duit cukai aku digunakan dgn betul utk pentafbiran dan pembangunan negara.
sejak aku mula kerja lagi sudah byr tax.
TAPI aku tak redha kerajaan sekarang berbelanja dgn tak berhemah menggunakan duit rakyat.
aku yakin ramai lagi rakyat Malaysia yg punya pendapat yg sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 7:15 PM

Tun dah bosan , kami pon dah bosan inginkan jawapan. Jawap jer la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 7:17 PM

He is upset about brim. Jadi perkara berlarut2 hgga pulak sampai ke 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 7:21 PM

Padan la dia sibuk main golf time rakyat menderita banjir...padan la dia nak sgt tppa. Abisla negara klu kena mta bantuan imf...kena sondol blkg le nampaknya....Ya Allah Ya Tuhanku...kau tunjukkan lah kekuasaan kau ke atas najib dan semua yg terlibat mempertahankannya agar mereka kembali bertaubat...amin...

WSJ
"Were the prime minister to heed such calls, the result could be a setback for U.S. interests in Southeast Asia. Under Mr. Najib, relations with the U.S. have improved as Washington tries to build up its alliances in the region to counter China’s rise"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 7:55 PM

Sape kata camtu jentayu? Ko tak kena lg bolehla cakap camtu..aku tak percaya sikit pun kat org2 lhdn tu..depan cakap lain..belakang keluar taksiran lain..

Dah bagi 200% kerjasama pun..depa tetap akan kata itu tak boleh ini tak boleh..sbg contoh..sumbangan kpd rumah anak yatim..dulu boleh..tp dlm tahun taksiran xboleh pulak. Kononnya tak mohon lesen..sedangkan sumbangan dibuat dlm bentuk autodebit..

So nak salahkan kitorang yg menyumbang pulak sampai kena penalti..?

....................
Reply To This Comment ...................
June 19, 2015 at 8:27 PM

Ketua Pengarah LHDN tidak berani ambil tindakan pada Najib dan kuncu2. Kalau cuba ' bertanya ' aja akan di transfer ke Ulu Tembeling.

KP LHDN hanya berani ambil tindakan pada rakyat biasa yg Kais pagi mkn pagi ' jer.

Hutang income tax saya yg dah lebih 15 tahun dulu tetap di kejar dan hambat. Sungguhpun sisa nya tak banyak dan di sebabkn syarikat kroni Menteri tida byrr duit saya..saya tidak dpt melunaskn sisa income tax ke LHDN. Saya maseh byr secara ansuran ikut kemampuan saya tp LHDN tidak puas hati dan ambil tindakan dgn melarang saya keluar negeri.

Ini lah Kerajaan kita..org politik yg mengesuai semua Jemntrian dan Jbtn Kerajaan. Utk apa ada Ketua Pengarah dan pegawai2 tinggi kslau mereka tidak berkuasa utk menjlnkn tugas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2015 at 10:11 PM

pemberita new york digunakan mahathir untuk hentam najib? . setahu saya, tun mahathir antara pemimpin dunia yang di segani . kemungkinan besar para wartawan itu sendiri yang ingin bertemu mahathir untuk diwawancara . dengar baca sebelah pihak terus menjatuhkan hukum . tentang income tax, pula itu adalah atas dasar pandangan dari bawah sebagai rakyat. kenapa sudah lama bersara tun tidak di income tax?, baru sekarang hendak jadi ayam bertelur riuh sekampung? .
-luv tun M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 4:43 AM

@Esa Adam

Pikirlah sendiri kenapa ? ... :3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 6:23 AM

Omg.

Dana 1mbodo digunakan untuk pru13? Patut pun beli 'aset' dengan harga melebihi harga pasaran..

Betul ke ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 8:19 AM

najib dan rosmah dilihat terlalu mewah dan tidak sepadan dengan gaji sebagai pm. manakala tun anak beranak juga tidak dilihat miskin. bagaimana anaknya menjadi jutawan jika ayahnya bukan tun mahathir? minta lhdn siasat diri sendiri dan keluarga sejak mula menjadi ahli politik dulu kemudian minta siasat betul2 bagaimana najib-rosmah boleh semewah itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 8:29 AM

@Anonymouskenapa bro, tak boleh berbeza pendapat ke? orang yang tak boleh terima pendapat orang lain ialah tun mahathir dan orang yang tiada idea dan sentiasa guna pendapat orang lain adalah najib. aku bukan di antara keduanya. salah ke begitu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 11:12 AM

PM nih serupa jer mcm anak2 manja..., yg.manjakan dia nuh puak2 yg.dikeliling dia. X bran nak tegur bila dia tersasul, bila dia menggila, bila dia buat salah. bak kata org.tua2 dah jadi buluh bru teringat nak tegur.

Yg.dikeliling PM nih lagi pelesit kuat..
kerana nak periok nasi berisi..., kot2 boleh tumpang sekaki..., sanggup membodohkan rakyat. Rakyat nih banyak yg.kurang cerdik sbb.tu laa boleh dijual seposen2 aje...
Salah org.diatas kerna salah tngn.dibawah yg.memilih. Padan muka rakyat....
Tuhan x kan ubah nasib hambanya, kecuali ....??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 12:42 PM

Bro Din,

From all the comments, its all about whacking. Its okey to whack (Malaysia is free country) but use appropriate word. Jangan hina. Its shows how low that mans brain.

Other than that, nothing new. Same question. Same issue. Same story. Same mentality. No improvement.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 1:34 PM

Betul. Boleh di katakan semuanya BARUA. LHDN, JPJ, POLIS dan penjawat awam semuanya. Sedarla melayu sebelum bangsa lain yg berkuasa. Habis kita oooiiiiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 3:50 PM

LHDN dan pihak2 berkuasa lain memang SUPER EFFICIENT sekarang. Inilah penangan regim Najib. Don't talk about malay or chinese. PRU14 nanti, for me and my malay company with 50 staffs akan pastikan we'll vote ANYTHING BUT BN. Kalau sesiapa tak setuju, take the hiway. BN dan regim Najib akan terima balik apa yg ditanam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 5:16 PM

Semua Kena siasat tak kira dari politik kerajaan atau Pembangkang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 5:38 PM

Din,..tertanya2..dan agak musykil..boleh ke duit rakyat angka berjuta2 dibayar kepada con-sultant just utk menaikkan imej sendiri (bukan negara) dan juga untuk memburuk2kan (demonized) org lain spt yg diceritakan Tun hasil lawatan bekas sahabat baiknya...seblm tu pun rasanya berjuta2 dihabiskan untuk menaikkan imej peribada rather than image the nation as a whole...tolong2 siasat sikit Din...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 6:19 PM

Berhati-hati nak beri komen silap2 hilang pahala puasa tuan2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2015 at 4:54 AM

Only satisfaction kalau diaorang tu dihukum,charged oleh new govt lepas Pru 14 .Kalau tak kita aje terseksa masa yg teramat lama lagi rasanya.Diaorang masa tu dah bertambah kaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2015 at 5:53 AM

Setuju!!!

Post a Comment